Download pptx - Pp gender & pekerjaan

Transcript
Page 1: Pp gender & pekerjaan

UNIVERSITI MALAYAAKADEMI PENGAJIAN MELAYU

AZEA3302GENDER DAN PEKERJAAN

SESI 2013/2014

NAMA PELAJARNOOR HAFIZAH BINTI ZAMRI

JEE120008NAMA PENSYARAH

PROFESOR MADYA DR. SHANTHI THAMBIAH

Page 2: Pp gender & pekerjaan

Soalan Tutorial

Adakah pembahagian buruh antarabangsa meneruskan

pembahagian buruh berasaskan gender?

Page 3: Pp gender & pekerjaan

• Pembahagian buruh berasaskan gender (Gender Division of Labour) adalah semua konsep dan gambaran pembahagian buruh global tertentu dalam membahagikan struktur, peranan dan pekerjaan berasaskan gender.

• Pembahagian buruh berasaskan gender ini berbeza-beza antara satu pekerjaan dan budaya dalam masyarakat global dan boleh berubah mengikut perubahan ekonomi dan budaya.

• Dalam pembahagian ini, konteks tertentu seperti pola-pola “siapa” bekerja, ”apa” pekerjaan berdasarkan gender dan “bagaimana” hasil pekerjaan tersebut diberikan penekanan.

• Globalisasi juga menentukan pembahagian buruh kerana ianya menjadi impak perubahan di dunia berkenaan gender dipersoalkan memandangkan berlaku keadaan ketaksamarataan gender.

Pengenalan

Page 4: Pp gender & pekerjaan

• Menurut Kamus Dewan Edisi Empat : Buruh merupakan orang yang bekerja untuk orang lain dan bermatlamat untuk mendapatkan upah, mencari sumber pendapatan dan makanan.

• Terdapat 4 jenis buruh : I. Buruh mahir : Buruh yang mempunyai kepakaran khusus

yang diperolehi daripada latihan professional dalam bidang tertentu seperti jurutera.

II. Buruh separuh mahir : Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperolehi daripada pengalaman bekerja dan atau latihan separuh professional seperti jurukimpalan.

III. Buruh kasar : Buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya.

IV. Buruh paksa : Buruh yang dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yang sewajarnya.

Buruh

Page 5: Pp gender & pekerjaan

• Mies mengemukakan tesis mengenai pembahagian buruh secara internasional (international division of labour) dengan menyatakan wanita lebih dipilih sebagai tenaga untuk memperbanyakkan keuntungan kapital. Dalam hal ini, keadaan wanita sebagai buruh tambahan dan bukan sebagai pencari nafkah utama atau ’breadwinner’ dalam rumah tangga membuat wanita lebih mudah dimanipulasi. Dalam masa yang sama, wanita lebih mudah diberikan dengan upah murah dan menunjukkan produktiviti yang tinggi. Hal ini tentunya menguntungkan proses keuntungan kapital terutama pada wanita di negara-negara Dunia Ketiga.

• Pembahagian buruh mengikut gender (division of labour) dipengaruhi oleh budaya. Budaya yang membuat persepsi bahawa wanita adalah ‘subordinate’ dan tidak sama dengan lelaki. Budaya yang menentukan peranan dan tanggungjawab seorang wanita iaitu ‘confined to the unpaid reproductive activities in the private domain’. Manakala, lelaki ditugaskan berperanan ‘in paid activities, outside the home’. Segala pemikiran, tingkahlaku, membuat keputusan dalam keluarga, komuniti, tempat kerja biasanya dipengaruhi oleh ‘the social norms base on culture rather than the high ideals of religion’.

Pembahagian Buruh

Page 6: Pp gender & pekerjaan

• Menurut Profesor Dr Yusuf Al-Qardawi : Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar “global” yang bererti umum dan keseluruhan.

• Menurut pandangan Sarjana Barat : I. Oscar Ugarteche : Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan

dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan nasional dan rantau. Berlaku dalam peningkatan pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta pergerakan buruh merentasi sempadan-sempadan. Berlaku juga dalam pertukaran maklumat (informasi). Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan.

II. Mittelman (1996) : Globalisasi ialah integrasi ekonomi dunia yang mendalam melalui hubungan pengeluaran barang dan penggunaan buruh serta fenomena sejagat mencantum pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negera yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi negara-negara lain.

• Daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas : Istilah moden, antarabangsa ialah sinonim dengan istilah "luar negara". Sesuatu yang "berasal" atau "terjadi" di luar wilayah daerah kekuasaan atau negera. 

Globalisasi Dan Antabangsa

Page 7: Pp gender & pekerjaan

• Menurut AM Saefuddin (2011) : Kapitalisme global adalah sistem sosial yang didasarkan pada pengakuan hak-hak individu. Dalam ekonomi, kapitalisme memisahkan sempadan negara dengan ekonomi seperti memisahkan agama dengan negaranya. Dalam ekonomi juga kapitalisme menekankan peranan penting kapital (modal) yakni kekayaan termasuk barangan, upah dan buruh yang digunakan dalam menghasilkan barangan adalah murah.

• Menurut Acker 1988 : Kapitalis global terus mengabaikan keperluan pekerja dan orang ramai kecuali terpaksa membayar upah buruh murah, sama ada kerana keperluan kritikal timbul untuk kuasa tenaga pekerja tertentu atau gerakan-gerakan sosial, bertindak balas kepada krisis pertumbuhan ekonomi sama ada secara langsung atau melalui campur tangan kerajaan mencabar kuasa korporat.

• Kapitalisme global meliputi :

I. Cara kapitalis hasilkan barangan

II. Cara kapitalis eksploitasi dan diskriminasi buruh wanita

III. Cara kapitalis agihkan sumber pendapatan

IV. Rancangan sosio-ekonomi kapitalis

V. Rancangan pemikiran kapitalis

Kapitalisme Global

Page 8: Pp gender & pekerjaan

• Menurut Catherine Lutz (1995) : Teori globalisasi gender ialah proses menentukan globalisasi dari penyusunan semula ruang pengeluaran merentasi sempadan negara dan luas pecutan dalam peredaran global modal, barangan, buruh dan idea-idea dikesan dalam bentuk kontemporari untuk eko-perubahan ekonomi dan politik sedunia pada tahun 1970.

• Teori globalisasi gender dilihat berubah dalam kilang dan perusahan menjana ekonomi serta cara pergerakan adalah disebabkan empat bentuk modal dalam ekonomi global iaitu :

I. Modal buruh lelaki dan buruh wanita (imigrasi, migrasi, emigrasi)II. Modal kewangan (bantuan, ekuiti, hutang, miutang, pinjaman)III. Modal sumber (tenaga, besi, mineral, kayu)IV. Modal kuasa (ketenteraan, perikatan, pakatan)

Teori Globalisasi Gender

Page 9: Pp gender & pekerjaan

• Menurut Mehra dan Gammaye, 1999 : Feminisasi buruh adalah perubahan ekonomi global dan pertumbuhan pasaran yang diterajui telah memberi kesan ke atas buruh wanita .

• 'Feminisasi buruh‘ : Digunakan untuk merujuk kepada peningkatan yang pesat dan ketara dalam nisbah wanita dalam pekerjaan yang dibayar dalam tempoh dua dekad yang lalu.

• Keadaan dalam feminisasi buruh telah diiringi oleh perubahan dalam pembahagian buruh dalam pekerjaan dari pembuatan kepada perkhidmatan di negara-negara maju dan daripada pertanian kepada pembuatan dan perkhidmatan di negara-negara membangun.

• Menurut Standing, 1999 : 'Feminisasi buruh‘ digunakan untuk menggambarkan kesesuaian buruh wanita yang lahir dari kebangkitan kapitalisme global mengeksploitasi buruh 'sekunder‘ berdasarkan gender.

Feminisasi Buruh

Page 10: Pp gender & pekerjaan

• Menurut Kamla Bhasin, 1994 : Patriarki berasal daripada perkataan “patriarch” yang bererti peraturan atau pemerintahan ayah, serta digunakan untuk mendiskripsikan istilah “keluarga dominasi lelaki”.

• Menurut Sylvia Walby dalam bukunya Theorizing Patriarchy (1990) : Patriarki merupakan suatu sistem sosial dan amalan-amalan yang meletakkan lelaki dalam posisi mendominasi, menindas, dan mengeksploitasi wanita serta meletakkan wanita di bawah subordinasi lelaki.

• Patriaki menjelaskan kuasa yang tidak seimbang antara lelaki dan wanita disebabkan oleh subordinasi wanita, organisasi kerja berupah, pemerintahan negara dan pemahaman budaya sebagai universal sehingga membawa perubahan peranan dan tugas yang berbeza antara lelaki dan wanita.

• Kesan buruh wanita dalam budaya patriaki dan di bawah kapitalisme akan dieksploitasi, gangguan seksual di tempat kerja, pekerjaan domestik yang tidak tetap dan jenayah perdagangan wanita.

Patriaki

Page 11: Pp gender & pekerjaan

• Pertumbuhan eksport adalah satu strategi ekonomi yang digunakan oleh beberapa negara-negara membangun. Strategi ini bertujuan untuk pasaran dalam ekonomi dunia untuk jenis eksport tertentu.

• Faktor yang menarik pelabur asing dalam eksport ialah penggunaan buruh murah yang tidak mempunyai kemahiran. Pekilang menawarkan upah yang rendah khusus kepada buruh tidak mahir yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan wanita. Selain daripada menerima upah yang rendah berbanding buruh lelaki, buruh wanita didapati taat kepada majikan dan mempunyai kepantasan melakukan kerja tertentu.

Export-Led Growth

Page 12: Pp gender & pekerjaan

• Zon Pemprosesan Eksport (EPZ) diklasifikasikan sebagai sebuah wilayah bukan kastam negara tuan rumah, di mana aktiviti berorientasikan eksport dijalankan dalam kilang-kilang sektor pembuatan, perkhidmatan, pemprosesan dan pemasangan.

• Buruh wanita datang dari kawasan luar bandar ke EPZ untuk sumber utama pekerjaan sektor formal di kilang-kilang.

• Sebanyak 80% - 90% buruh wanita bekerja di kilang-kilang EPZ.• Buruh wanita di EPZ :i. Kemahiran rendahii. Gaji rendahiii. Prospek rendahiv. Masa kerja yang panjangv. Tidak mempunyai akses kepada peluang latihanvi. Tidak berpotensi dan berkembangvii. Tidak selesa dari segi keadaan tempat kerja

Buruh EPZ

Page 13: Pp gender & pekerjaan

• Ia merujuk kepada kerjasama ekonomi beberapa buah negara ASEAN tertentu untuk saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

• Kadar upah di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di Indonesia. Contohnya, Jamilah seorang pekerja kilang warganegara Indonesia menjelaskan bahawa sebab-sebab utama kaum wanita berhijrah ke Malaysia bertujuan mendapatkan pekerjaan dan membaiki taraf hidup.

Segi Tiga Pertumbuhan-Growth Triangles

Page 14: Pp gender & pekerjaan

1) Pekerjaan Utama Dan Pekerjaan Sampingan

• Menurut Martin and Robert, 1984;Robinson and Wallace, 1984 : I. Pekerjaan utama adalah lebih cenderung kepada buruh lelaki

manakala pekerjaan sampingan pula cenderung kepada buruh wanita.II. Pekerjaan sampingan adalah pekerja kurang berkemahiran.

• Buruh wanita dilihat sebagai pekerja tidak mahir, upah yang lebih rendah dan sukar dalam mendapatkan kenaikan pangkat jika dibandingkan dengan buruh lelaki.

• Contohnya, kerani lelaki dan kerani wanita berbeza dari segi upah dan kenaikan pangkat. Manakala, buruh lelaki memegang jawatan sebagai pengurus dan buruh wanita pula hanya kerani atau pekerja kilang.

Faktor-faktor Pembahagian Buruh Berasaskan Gender

Page 15: Pp gender & pekerjaan

2) Bias Gender

• Menurut Martin and Robert, 1984;Robinson and Wallace, 1984 : Pekerja sambilan adalah pekerja tidak berkemahiran.

• Buruh wanita dianggap sebagai pekerja tidak berkemahiran berbanding pekerja lelaki walaupun masa mereka bekerja adalah lebih lama berbanding pekerja lelaki.

• Di Britain, buruh wanita harus bekerja 16 jam seminggu selama dua tahun dalam sesebuah syarikat untuk diterima bekerja secara sah.

• Buruh wanita yang bekerja di antara 8 hingga 16 jam harus bekerja selama 5 tahun dalam sesebuah syarikat untuk mendapatkan kerja tetap dan selamat dari dipecat dan kenaikan gaji.

• Keadaan ini, memerlukan undang-undang untuk menyelamatkan buruh wanita supaya tidak dipecat kerana buruh wanita hanya tidak bekerja beberapa jam sahaja.

• Pada tahun 1971, sebanyak 81% adalah buruh sambilan wanita.• Pada tahun 1986, sebanyak 91% adalah buruh sambilan wanita.• Pada tahun 1971, buruh tetap wanita sebanyak 25.3%. • Pada tahun 1986, buruh tetap wanita sebanyak 25.85%.

Page 16: Pp gender & pekerjaan

3) Konstruk Sosial

• Bukan hanya sistem kapitalis sahaja yang merendahkan kedudukan wanita malahan konstruk sosial juga turut berpandangan bahawa lelaki dianggap jauh lebih sempurna dan kuat daripada wanita.

• Hal ini hanya dilihat berdasarkan faktor fizikal dan mental seseorang wanita yang dianggap tidak cukup kuat dan lemah.

• Di dalam konstruk sosial, wanita dianggap hanya boleh mengandung dan merugikan majikan serta hanya perlu memberikan lebih perhatian kepada keluarga dan fungsi biologi bahawa seorang wanita hanya melahirkan dan menjaga anak sahaja.

• Perkara ini sama sekali tidak tepat dan telah mewujudkan ketidaksetaraan gender apabila buruh wanita terlibat dalam dunia pekerjaan awam.

• Dengan itu, hubungan gender telah mempengaruhi pembahagian buruh antara buruh wanita dengan buruh lelaki di dalam pekerjaan.

Page 17: Pp gender & pekerjaan

4) Penciptaan Teknologi Baru• Menurut Philips (1983:102) : Tahap kemahiran bukan hanya

ditentukan oleh kapitalis semata-mata, namun pada masa yang sama dominasi lelaki dalam kemahiran semulajadi lelaki tidak boleh dipisahkan dengan sifat maskulin.

• Kecenderungan memperkenalkan teknologi baru kepada lelaki telah menyebabkan kemahiran menggunakan teknologi hanya ditumpukan kepada lelaki berbanding wanita.

• Pekerjaan ditentukan berdasarkan sifat maskulin dan feminime, di mana kemahiran tersebut memihak kepada lelaki. Namun, apa yang berlaku adalah berpunca daripada penghasilan sesuatu mesin itu.

• Peralatan teknologi baru yang dihasilkan oleh lelaki telah dihasilkan berpandukan kemampuan lelaki dan hanya lelaki yang mampu untuk mengendalikannya.

• Andaian sesuatu teknologi yang dihasilkan adalah mengikut saiz badan dan kekuatan fizikal, mesin yang berat dan berkuasa tinggi hanya lelaki yang mampu mengendalikannya. Contohnya, jentolak vs vakum.

Page 18: Pp gender & pekerjaan

5) Undang-undang Buruh

• Terdapat pekerjaan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk pekerja wanita lakukan iaitu :

i. Mencuci mesin atau enjin ketika ianya sedang beroperasi.ii. Bekerja dengan menggunakan aram-aram (scaffolding) lebih

daripada 10 meter dari bawah tanah.iii. Pekerjaan yang perlu menggunakan gergaji.iv. Mengeluarkan, mengangkat dan mengangkut bahan letupan

atau bahan mudah bakar.v. Perlombongan di bawah tanah.

Page 19: Pp gender & pekerjaan

• Di samping itu, majikan tidak dibenarkan mengambil buruh wanita untuk tugas mengangkat, membawa, menyokong, menarik atau menolak objek yang berat melebihi daripada berat yang ditetapkan iaitu :

i. Bagi kerja dalam keadaan biasa ianya tidak boleh melebihi daripada 30kg.

ii. Bagi kerja mengangkat barang ianya tidak boleh melebihi daripada 25kg.

iii. Bagi kerja yang mengangkut atau membawa barang dengan menggunakan kenderaan beroda samaada ianya ditolak atau ditarik di atas landasan tidak boleh melebihi daripada 600kg.

iv. Bagi kerja yang mengangkut atau membawa barang dengan menggunakan kenderaan beroda samaada ianya ditolak atau ditarik tanpa landasan yang tidak boleh melebihi daripada 300kg.

Page 20: Pp gender & pekerjaan

i. Peranan 1 : Wanita bertanggungjawab melahirkan anak• Persepsi ini menghalang wanita daripada mengakses pekerjaan,

pendidikan, latihan, tanah dan aset yang produktif telah menyekat masa dan pergerakan untuk kerja yang produktif dan menghad pilihan menjana pendapatan.

ii. Peranan 2 : Wanita sebagai golongan 'sekunder‘• Hal ini supaya orang (majikan) memberi keutamaan kepada wanita

dalam peruntukan peluang pekerjaan dibayar.iii. Peranan 3 : Wanita tidak mempunyai akses yang sama

kepada sumber- sumber dan perkhidmatan yang produktif• Hal ini kerana wanita adalah sebahagian besar bergantung kepada

bekerja sendiri yang mana tanah, modal, teknologi dan buruh adalah kritikal, kekurangan akses mengekang produktiviti dan mengukuhkan stereotaip bahawa wanita sememangnya kurang produktif berbanding lelaki.

iv. Peranan 4 : Wanita masih bertumpu kepada pekerjaan lama• Ia diklasifikasikan sebagai pekerjaan “tradisi” seperti guru, jururawat,

operator kilang dan jurujual.

Peranan Meneruskan Pembahagian Buruh Berasaskan

Gender

Page 21: Pp gender & pekerjaan

• Buruh wanita dan buruh lelaki dipengaruhi oleh globalisasi berbeza dalam konteks pekerjaan.

• Kesan-kesan ke atas buruh wanita mungkin berbeza mengikut kelas, kumpulan kaum, etnik, umur, lokasi, geografi, struktur isi rumah seperti bandar atau luar bandar dan lain-lain.

• Dalam konteks buruh, buruh wanita terjejas lebih ketara berbanding buruh lelaki iaitu :

I. Lebih ramai buruh wanita berbanding buruh lelaki menjadi penganggur

II. Keadaan kerja untuk buruh wanita semakin merosotIII. Perbezaan upah antara buruh wanita (rendah) dan buruh

lelaki (tinggi) berkembang dan ketaraIV. Buruh wanita menjadi semakin miskin dan terdesakV. Pekerjaan tanpa buruh wanita yang berpengalamanVI. Kemajuan pendidikan buruh wanita semakin merosot

Kesan-kesan Pembahagian Buruh Berasaskan Gender

Page 22: Pp gender & pekerjaan

• Kecenderungan untuk buruh lelaki dan buruh wanita untuk pakar di pasaran dan kerja-kerja domestik adalah perkara biasa dalam negara-negara maju. Penyelidikan ke dalam penentu pasaran dan bekalan buruh domestik memberi tumpuan kepada satu jenis kerja secara berasingan. Sifat ini dilihat bahawa ketidaksamaan gender dalam pembahagian buruh adalah jauh lebih ketara yang dibekalkan kepada setiap sektor kerja.

• Dapat dilihat, buruh wanita terjejas oleh proses globalisasi ke tahap yang lebih besar daripada buruh lelaki.

• Dalam masa yang sama, tidak ada keuntungan kepada buruh wanita dalam globalisasi.

• Ianya perlu pemantauan secara sistematik berdasarkan faktor dan kesan perubahan gender dalam pembahagian buruh global supaya matlamat kesaksamaan dan perkembangan keupayaan gender tidak diabaikan di seluruh dunia.

• Hubungan antara globalisasi dan kesaksamaan gender secara relevan dalam globalisasi perlu diubah dalam hubungan gender yang telah semakin banyak diperkatakan.

Kesimpulan

Page 23: Pp gender & pekerjaan

Lampiran

Page 24: Pp gender & pekerjaan
Page 25: Pp gender & pekerjaan
Page 26: Pp gender & pekerjaan
Page 27: Pp gender & pekerjaan

Buku• 24. Carla Freeman. Is Local : Global as Feminine: Masculine? Rethinking

the Gender of Globalization. Signs Vol 26, No 4 Globalization and Gender (Summer 2001), pp 1007-1037.

• Clark, Ian, 2001. Globalization and The Post-Cold War Order, in; John Baylis & Steve Smith (eds.) The Globalization of World Politics, 2nd edition, Oxford, pp. 614-648.

• Gunter, Bernhard G., and Hoeven, Rolph van der. 2004. “The Social Dimension of Globalization: A Review of the Literature”. Geneva: Policy Integration Departement World Commission in the Social Dimension  of Globalization International Labour Office.

• Silvia Walby. Theorizing Patriarchy. Oxford: Blackwell. 1990.• Maria MiesPatriarchy & Accumulation on a World Scale: Women in the I

nternasional Division of Labour (New Edition)Jurnal• Warsono. 2007. Globalisasi dan Perubahan Budaya.Web• http://seishiya.wordpress.com/politic-like-crazy/11-2/• http://zenithtech.blogspot.com/2011/12/teknologi-dan-wanita.html

Bibliografi

Page 28: Pp gender & pekerjaan

Recommended