PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 1 of 18
LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No.Sebut Harga : PPN.SEL. 15 / 2018 (B)
(Kew.284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.
Kepada: Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh:
Nama syarikat dan alamat:……………………………………………... ……………………………………………..............
………………………………………………………
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 4, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40632 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
No. Tel : ...................................................... No. Telefon : 03-55189888
No. Fax : ...................................................... No. Fax : 03-55105044
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan : .......................................................
Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan
pembelian ini : 130101
Tarikh : 14 Mei 2018
1. Sila beri sebutharga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan:-
1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan:
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-AUTO
CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN BIG
BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki:
Tidak melebihi 45 Hari dari tarikh Pesanan Kerajaan dikeluarkan
1.3 Arahan Pengiriman: Sila baca dengan teliti ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA,
LAMPIRAN B, C dan D
1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda
nombor sebut harga PPN.SEL. 15 / 2018 (B)
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga yang berkenaan
di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari pada 21 Mei 2018 (Isnin)
1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Tarikh : 14.5.2018 Tandatangan : ……………………………
Nama Pegawai : ……………………………
Jawatan : ……………………………
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 2 of 18
LAMPIRAN A TAWARAN HARGA SEBUTHARGA NO. PPN.SEL. 15 / 2018 (B)
Bil
Perihal barang-barang/perkhidmatan dan syarat-syarat khas
Unit
Ukuran
Kuantiti/
Kekerapan
Kadar (RM)
Harga (RM)
Untuk diisi oleh Jabatan
Untuk diisi oleh Penyebut harga
Membekal, Menghantar, Memasang dan Mengujiguna Semi-Auto Continuous Sealer With Letters Printing, Foot Type Sealer dan Big Bag Sealer Bagi Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) seperti berikut:
1. Semi-auto Continuous Sealer With Letters Printing – Vertical Stand
2. Semi-auto Continuous Sealer With Letters Printing – Horizontal Stand
3. Foot Type Sealer
4. Big Bag Sealer Tarikh penyerahan/penyempurnaan Syarat Khas: SILA RUJUK LAMPIRAN B Spesifikasi: SILA RUJUK LAMPIRAN C Lokasi Penghantaran: SILA RUJUK LAMPIRAN D PENTING: Dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN B (Syarat Khas) adalah WAJIB disertakan oleh Penyebut harga.
Nos
Nos
Nos
Nos
hari
2 4 5 1
45
JUMLAH
(Harga Tidak Termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan,GST)
Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dalam Ringgit Malaysia.
Tempoh penyerahan/penyempurnaan yang ditawarkan ialah ............. hari
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 3 of 18
Perakuan Kontraktor:
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas (Lampiran A)
dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas (Lampiran A) tertakluk kepada syarat-syarat
di atas (Lampiran A) dan di belakang ini.
Tandatangan Penyebut harga :...................................................……………..
Nama :...................................................……………..
No. K/P :...................................................……………..
Nombor telefon :........................................................................
Nama Syarikat :...................................................……………..
Alamat Syarikat :...................................................……………..
Cop Syarikat :...................................................……………..
Tarikh :...................................................……………..
Mustahak - Lihat Syarat-Syarat Am Di Belakang
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 4 of 18
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am
itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bahagian item atau sebahagian bilangan
item.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat
butir-butir penuh diberi.
5. PENYETUJUAN
i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-
mana sebutharga; dan
ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan
menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain
sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan
ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang
dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang
dinyatakan di dalam pelawaan ini.
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 5 of 18
8. PENOLAKAN
i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak
itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah
membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan
mengenai barang-barang yang ditolak itu; dan
iii) Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan
untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa
kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih
dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju
tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa
pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini
atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 6 of 18
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat
asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur
cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. MATA WANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
17. PEMBUNGKUSAN
i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan
tidak membungkus;
ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja
bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah digantikan oleh penyebut
harga.
SYARAT TAMBAHAN
18. WANG CAGARAN
Bagi sebut harga yang melebihi RM200,000.00 dan ke atas, penyebut harga yang
berjaya adalah dikehendaki memberi wang cagaran (bon pelaksanaan) sebanyak
5.0% daripada jumlah harga tawaran. Wang cagaran ini hendaklah dalam bentuk
Gerenti Bank daripada bank yang berdaftar yang diluluskan atau Gerenti Insurans
daripada syarikat-syarikat insurans yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Wang
cagaran ini akan dikembalikan sesudah tempoh warranti bagi barangan yang dibekal
telah tamat.
19. TAWARAN PILIHAN
Satu (1) penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sebut
harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.
20. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta
atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 7 of 18
orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada
mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan
dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia atau di balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian
adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (Akta 694).
Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota
perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694).
21. SURAT AKUAN PEMBIDA
Penyebut Harga hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida seperti yang
disertakan bersama dokumen ini diisi dengan lengkap dan ditandatangani serta
dikepilkan bersama semasa menghantar Dokumen Sebut Harga.
22. PEMBATALAN SEBUT HARGA
JPNS berhak membatalkan sebut harga ini sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang
terpaksa ditanggung oleh penyebut harga kerana urusan sebut harga ini adalah
menjadi tanggungjawab penyebut harga terhadap perkara berkenaan dan tidak
boleh dituntut kepada JPNS atas kerugian.
23. SYARAT-SYARAT AM TAWARAN SEBUT HARGA
Syarat-syarat am dan syarat-syarat lain dalam dokumen sebut harga ini, setakat
mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah
disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika penyebut harga tidak
mematuhi syarat-syarat tawaran sebut harga di atas mengenai apa-apa juga hal,
maka tawaran sebut harga akan ditolak.
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 8 of 18
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
Cadangan Serahan Sebut Harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi
hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan sebelum tarikh dan
waktu tutup sebutharga. Peti sebut harga ditempatkan di alamat berikut:-
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40632 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Dokumen Sebut Harga (secara manual) hendaklah dimasukkan ke dalam 3 sampul surat
yang berasingan dan dilabel seperti berikut:
a) SAMPUL A – CADANGAN TEKNIKAL & KEWANGAN (SET ASAL)
Sampul A - Cadangan Teknikal dan Kewangan (Set Asal)
hendaklah mengandungi kesemua dokumen asal bagi cadangan
teknikal dan kewangan.
b) SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL (SET SALINAN)
c) SAMPUL C – CADANGAN KEWANGAN (SET SALINAN)
Ketiga-tiga SAMPUL A, SAMPUL B dan SAMPUL C hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) ditulis seperti berikut:-
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-AUTO
CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN
BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
(No. Sebut Harga: PPN. SEL. 15 / 2018 (B))
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 9 of 18
Cadangan Teknikal (Set Salinan) bagi Sebut Harga ini hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul yang bertanda SAMPUL B yang mengandungi:
SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL
a) MUKA DEPAN LAMPIRAN Q
b) LAMPIRAN B – SYARAT KHAS
c) LAMPIRAN C – SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSETUJUAN
PENYEBUT HARGA
d) LAMPIRAN D – LOKASI PENGHANTARAN
e) KATALOG PRODUK
f) PROFIL LENGKAP SYARIKAT BESERTA:
i. SALINAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN DARI KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA (MOF)
ii. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)
iii. SALINAN SIJIL AKUAN BUMIPUTERA DARI KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA (JIKA ADA)
Cadangan Kewangan (Set Salinan) bagi Sebut Harga ini hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul yang bertanda SAMPUL C yang mengandungi:
SAMPUL C – CADANGAN KEWANGAN
a) MUKA DEPAN LAMPIRAN Q
b) LAMPIRAN A – TAWARAN HARGA
c) LAMPIRAN E – SURAT AKUAN PEMBIDA
d) LAMPIRAN F – SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
e) SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA (3)
BULAN TERKINI
Perhatian:
Bagi setiap dokumen Set Salinan (sampul B dan C), nama syarikat / penyebut harga
hendaklah ditutup / dihilangkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
menyebabkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan.
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 10 of 18
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Sebut Harga ini, pembekal boleh merujuk kepada:
i) Encik Mohd. Kamal bin Abdul Kadir
Tel: 03-5518 9888 ext. 5709
Faks: 03- 5510 0040
ii) Puan Sharifah binti Mokhtasar
Tel: 03-5518 9888 ext. 5433
Faks: 03-5510 0040
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 11 of 18
LAMPIRAN B
SYARAT KHAS BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-AUTO
CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
1. Penyebut harga WAJIB melampirkan:
a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan Malaysia;
b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia (sekiranya ada);
c. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM);
d. Surat Jaminan Kualiti dari pengeluar produk/ pengedar tunggal di Malaysia;
e. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir;
f. Katalog produk yang mengandungi gambar dan spesifikasi;
2. Penyebut harga wajib memberikan jaminan produk selama 12 bulan daripada tarikh penerimaan produk;
3. Penyebut harga wajib membuat demonstrasi penggunaan dan tunjukajar mesin/peralatan semasa penghantaran dilakukan;
4. Penyebut harga wajib menyertakan panduan penggunaan dan manual penyelenggaraan berkala bagi mesin/peralatan tersebut;
5. Penyebut harga wajib mematuhi keperluan spesifikasi minima bagi setiap item;
6. Penyebut harga hendaklah mengisi diruang Catatan sekiranya menawarkan spesifikasi yang berbeza;
7. Harga adalah termasuk penghantaran, pemasangan dan mengujiguna dan keperluan demo/latihan;
8. Bekalan hendaklah dihantar terus ke tempat bengkel pemprosesan usahawan yang ditetapkan. Senarai terperinci lokasi usahawan akan diberikan oleh Penolong Pegawai IAT Daerah kepada penyebut harga berjaya sahaja.
9. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk kos penghantaran di semua lokasi usahawan, semua diskaun, dan kos tambahan yang berkaitan.
10. Penyebut harga berjaya hendaklah menghantar bekalan dengan disaksikan dan
disahkan oleh Penolong Pegawai IAT Daerah ke lokasi yang ditentukan oleh Penolong Pegawai IAT Daerah tersebut. Senarai Pegawai IAT Daerah akan diberikan kepada Penyebut harga berjaya sahaja untuk dihubungi terlebih dahulu sebelum penghantaran bekalan dibuat.
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 12 of 18
LAMPIRAN C
SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSETUJUAN PENYEBUT HARGA BAGI SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-AUTO
CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
ITEM DAN SPESIFIKASI PERSETUJUAN PENYEBUTHARGA
YA TIDAK CATATAN
Semi-auto Continuous Sealer With Letters Printing – Vertical Stand
Kuantiti : 2 unit
Power supply: 220V / 50Hz
Power (W): 620 W
Print letters: <20
Speed (rpm): 0-16m/min
Weight: 34 kg
“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”
ITEM DAN SPESIFIKASI PERSETUJUAN PENYEBUTHARGA
YA TIDAK CATATAN
Semi-auto Continuous Sealer With Letters Printing – Horizontal Stand
Kuantiti : 4 unit
Power supply: 220V / 50Hz
Power (W): 620W
Print letters: <20
Speed (rpm): 0-16m/min
Weight: 45 kg
“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 13 of 18
ITEM DAN SPESIFIKASI PERSETUJUAN PENYEBUTHARGA
YA TIDAK CATATAN
Foot Type Sealer
Kuantiti : 5 unit
Power (W): 1500
Sealing Length: 600 x 5 mm
Carton dimension: 800 x 550 x 250 mm
Weight: 25 kg
“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”
ITEM DAN SPESIFIKASI PERSETUJUAN PENYEBUTHARGA
YA TIDAK CATATAN
Big Bag Sealer – Pressure Type
Kuantiti : 1 unit
Power: 2 kW
Voltage: AC 220-240V/50Hz
Sealing Length: 700mm
Packing Speed: 0 – 10 times/min
Work Air Pressure: 4 – 6 kg/cm
Packing Bag Height:
450 – 750 mm
Thick of film (single level):
≤0.2mm
Conveyor Loading: 50 kg
Weight: 100 kg
Dimension: 720 x 560 x 1340 mm
“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 14 of 18
LAMPIRAN D
LOKASI PENGHANTARAN BAGI
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-
AUTO CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN
BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
(PPN. SEL. 15 / 2018 (B))
PERAKUAN PENYEBUT HARGA:
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas
dengan keperluan minima di lokasi yang ditentukan dan syarat-syarat yang ditunjukkan di
dalam dokumen sebut harga ini.
Tandatangan Penyebut harga :...................................................…………….. Nama :...................................................…………….. No. K/P :...................................................…………….. Nama Syarikat :...................................................…………….. Alamat Syarikat :...................................................…………….. Tarikh :...................................................…………….. Cop Syarikat :
Daerah
Semi-auto Continuous Sealer With Letters Printing
Foot Type Sealer (unit)
Big Bag Sealer (unit)
Vertical Stand (unit)
Horizontal Stand (unit)
Sabak Bernam - - 1 -
Sepang - - 1 -
Gombak/Petaling 2 1 - -
Kuala Langat - 1 - 1
Hulu Selangor - 2 3 -
JUMLAH 2 4 5 1
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 15 of 18
LAMPIRAN E
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-
AUTO CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN
BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
(PPN. SEL. 15 / 2018 (B))
Saya,…….……………………………………..nombor K.P……...……………….. yang mewakili
.....(Nama Syarikat)……………………………………………………………………………nombor
Pendaftaran…….…………………………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini
dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas
untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan
Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-
tindakan berikut diambil :
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran.
Yang Benar,
………………………………………
Nama :
No.K.P :
Cop Syarikat :
Catatan: Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 16 of 18
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Pengarah,
Jabatan Pertanian Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40632 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tuan,
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA SEMI-
AUTO CONTINUOUS SEALER WITH LETTERS PRINTING, FOOT TYPE SEALER DAN
BIG BAG SEALER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
(PPN.SEL. 15 / 2018 (B))
1. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat ____________________________________
mengesahkan mengambil bahagian dalam Sebut Harga PPN.SEL. 15 / 2018 (B) untuk
Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Semi-Auto Continuous Sealer With
Letters Printing, Foot Type Sealer Dan Big Bag Sealer Bagi Jabatan Pertanian Negeri
Selangor (JPNS). Harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah seperti dalam
Lampiran A – Tawaran Harga yang terkandung di dalam tawaran sebut harga.
2. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini sah laku (valid) selama
sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat
tidak boleh menarik diri daripada sebut harga ini atau meminda harga.
3. Syarikat sebagai Penyebut harga dengan ini bersetuju menerima, mematuhi dan
terikat dengan syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen
sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa Kerajaan berhak menerima atau
menolak tawaran ini. Pihak Kerajaan juga adalah berhak mempersetujui tawaran sebut
harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.
4. Sekiranya, sebut harga kami ini dipersetujui, maka pihak kami dalam masa tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh notis setuju terima dikeluarkan akan memberi Bon
Pelaksanaan sebanyak RM_________________________________(Ringgit Malaysia :
_________________________________________________) kepada Kerajaan untuk
memastikan Kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat di dalam Kontrak. (Jika berkaitan)
5. Syarikat juga faham dan bersetuju iaitu apabila Sebut Harga ini dipersetujui melalui
notis setuju terima, maka sebahagian daripada Kontrak adalah disifatkan sebagai telah
dibuat di antara Syarikat ini dengan Kerajaan.
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 17 of 18
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Kami yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bahawa dokumen Sebut
Harga yang digunakan untuk Sebut harga ini adalah yang sebenarnya oleh syarikat ini.
Tandatangan Penyebut harga :
Nama Penyebut harga :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Nama dan Alamat Syarikat :
Cop Syarikat
Nombor Pendaftaran Syarikat :
Tarikh
Tandatangan Saksi
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Nama Dan Alamat Syarikat :
Cop Syarikat
Nombor Pendaftaran Syarikat :
Tarikh
PPN.SEL.15/2018 (B)
Page 18 of 18
SENARAI SEMAK
Sila tandakan ( / )bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. Perkara/Dokumen Untuk Ditanda
Oleh Syarikat
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut Harga
1.
Cadangan Teknikal dan Kewangan (Set Asal)
yang mengandungi kesemua dokumen asal
cadangan teknikal dan kewangan.
Cadangan Teknikal (set asal dan salinan):
2. Muka Depan Lampiran Q
3. Lampiran B – Syarat Khas
4. Lampiran C – Spesifikasi dan persetujuan
penyebut harga
5. Lampiran D – Lokasi penghantaran
6. Katalog produk
7. Profil syarikat
8. Salinan sijil akuan pendaftaran dari Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF)
9. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM)
10. Salinan sijil akuan Bumiputera dari Kementerian
Kewangan Malaysia (jika ada)
Cadangan Kewangan (set asal dan salinan):
11. Muka depan Lampiran Q
12. Lampiran A – Tawaran Harga
13. Lampiran E –Surat Akuan Pembida
14. Lampiran F – Surat Akuan Penyebut Harga
15. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi 3
bulan terkini
Bagi setiap dokumen Set Salinan (sampul B dan C), nama syarikat / penyebut harga hendaklah ditutup / dihilangkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan.
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah
membaca dan memahami semua syarat-syarat dan
terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga.
Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan
penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara
bil. …………………..(jika ada).
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh: