Download pptx - Presantation geografi

Transcript
Page 1: Presantation geografi

SISTEM BUMI

1.3 KONSEP TENAGA

Page 2: Presantation geografi

Menjelaskan konsep dan kaitan jenis - jenis tenaga.

Nyatakan jenis – jenis tenaga haba yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 3: Presantation geografi

• Daya atau kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu proses.

• Tenaga terdapat dalam bentuk :-haba, cahaya, pergerakan, bunyi dan arus elektrik.

• Boleh dipindah daripada satu jasad atau jisim kepada jisim yang lain mengikut fungsi sesuatu jasad atau jisim.

• Tenaga dapat membawa perubahan bentuk, sifat atau proses pada sesuatu jasad atau jisim.

APA ITU Tenaga ???

Page 4: Presantation geografi

Eksogenik

- Tenaga yang berpunca dari luar bumi (matahari)

- Menggerakkan sistem bumi

Endogenik

- Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi (tenaga graviti, radiogenik, tenaga haba)

- Menggerakkan aktiviti tektonik ( sesaran, gunung berapi, gempa bumi )

Jenis Tenaga

Page 5: Presantation geografi

Tenaga habaTenaga kinetikTenaga potensiTenaga kimiaTenaga elektrik

Bentuk tenaga

Page 6: Presantation geografi

• Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam darjah celcius. Tenaga haba terbahagi kepada :-

• Tenaga haba rasa - tenaga yang terkena pada permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas .

• Tenaga haba pendam - tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan. Ia sebenarnya berasal daripada MATAHARI.

Tenaga Haba

Page 7: Presantation geografi

• Dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad. Tenaga kinetik amat bergantung kepada halaju pergerakan.

Contoh :-1. Peredaran bumi mengelilingi matahari

dan putaran bumi berputar pada paksinya.

2. Perbezaan tekanan udara – angin3. Pemanasan kitaran air – sejatan,

sejatpeluhan, pemeluwapan, kerpasan dan larian air permukaan.

Tenaga Kinetik

Page 8: Presantation geografi

Tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jisim kerana kedudukan dan keadaannya.

Contoh : Air sungai.

Tenaga POTENSI

Page 9: Presantation geografi

Menggunakan tenaga matahari untuk membuat sendiri melalu proses fotosintesis dgn bantuan dan gas karbon.

Contoh : karbohidrat, protein dan lemak.

Tenaga kimia dari tumbuhan boleh dipindahkan kepada haiwan yang memakannya.

Tenaga Kimia

Page 10: Presantation geografi

Dihasilkan melalui gabungan cas negatif dan positif.

Contoh :- semasa berlakunya ribut petir dan pembentukan awan yang mengandungi positif dan negatif.

Tenaga elektrik

Page 11: Presantation geografi

Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba kepada permukaan bumi.

SOALAN

Page 12: Presantation geografi

• Perbezaan ini disebabkan oleh faktor – faktor :-

i.   Warna permukaan yang berbeza (Pengaruh Albedo) - permukaan berwarna gelap seperti hutan dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding dengan permukaan yang cerah seperti salji.

ii.  Tekstur - tekstur yang kasar dan kasap seperti permukaan tar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba berbanding dengan tekstur permukaan yang licin dan rata.

Ciri-ciri permukaan bumi yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang  lain akan menghasilkan kadar penyerapan yang berbeza.

Page 13: Presantation geografi

iii. Struktur permukaan - permukaan bumi/struktur geologi yang berada dalam keadaan mendatar (horizontal) lebih banyak menyerap, haba berbanding dengan struktur permukaan yang menegak (vertical). Ini berkaitan dengan keluasan permukaan yang boleh menyerap haba.

iv. Kandungan mineral - mineral batuan yang cerah seperti kuartza, silika dan mika lebih banyak membalikkan haba berbanding dengan mineral batuan seperti andersit danriolit (warna gelap).

v. Aspek - berkait dengan permukaan cerun yang menghadap, atau membelakangi matahari. Cerun yang menghadap matahari pastinya terdedah lebih lama kepada bahangan solar yang menyebabkan lebih banyak menyerap haba.

Page 14: Presantation geografi

Kadar penerimaan haba permukaan yang berbeza akan menyebabkan jenis dan aktiviti manusia juga berbeza antaranya:-

SOALAN

Page 15: Presantation geografi

Aktiviti pertanian dan penternakan - di kawasan yang menerima haba lebih banyak (suhu tinggi), tanaman seperti gandum, barli, tamar dilaiiatti di samping ternakan seperti unta. Berbanding dengan kawasan kurang haba (suhu sejuk), buah-buahan sitrus pula ditanam. Kawasan yang panas dan lembap, seperti di khatulistiwa dan tropika lembap ditanam pula dengan tanaman padi sawah, getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Page 16: Presantation geografi

Pelancongan - kawasan haba tinggi seperti khatulistiwa, aktiviti seperti berjemur di tepi pantai menjadi satu tarikan berbanding dengan kawasan bersalji, aktiviti  permainan ski menjadi tarikan utama. Kawasan pelancongan di tinggi adalah lebih popular kerana suhunya yang lebih sejuk dengan kawasan tanah pamah.

Page 17: Presantation geografi

Kegiatan ekonomi primitif - mengutip buah-buahan dan berburu - Masyarakat Bushmen di kawasan gurun di Afrika mempunyai kaedah pemburuan dan jenis binatang buruan yang berbeza dengan masyarakat di kutub. Ini kerana pengaruh cuaca/suhu setempat akan menentukan persekitaran yang berbeza.

Page 18: Presantation geografi

Perikanan - terjejas akibat cuaca panas/haba tinggi seperti tempoh El-Nino atau akibat suhu sejuk/beku. Di kawasan yang mengalarni 4  musim, aktiviti perikanan pada musim sejuk tergendala akibat permukaan lautan diliputi ais.

Page 19: Presantation geografi

Pembalakan - di kawasan hawa sederhana, aktiviti pembalakan dijalankan pada musim sejuk. Ini kerana pada musim panas, sungai mula mencair dan mengangkut bersama  kayu-kayu balak yang ditebang ke kawasan kilang yang berdekatan dengan sungai.

Page 20: Presantation geografi

Recommended