Transcript

Rancangan Pengajaran HarianBahasa Malaysia Tahun 3Hari : KhamisTarikh : 7 Ogos 2014Masa: 9.30 pagi 10.30 pagi ( 60 minit )Kelas: 3 UUMBilangan murid: 15 orang Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: KeselamatanTajuk : Menjaga Keselamatan di Jalan Raya

Standard Kandungan :3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Standard Pembelajaran :

3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif secara berpandu dengan betul.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :1. Melengkapkan karangan dengan isi tempat kosong di petikan Tali Pinggang Keledar.1. Menghasilkan sebuah karangan berpandu berbentuk deskriptif.1. Menghasilkan sebuah karangan pendek berbentuk imaginatif.

Kemahiran bahasa : MenulisSistem Bahasa :1. Tatabahasa: Sintaksis Membina ayat

Pengisian Kurikulum1. Ilmu Muzik, Pendidikan Moral1. Nilai - Bekerjasama, Yakin diri, Bertanggungjawab, Rasional

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik1. Kemahiran Berfikir : Penyoalan, Menghubung kait, Menilai dan Mentaksir1. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Verbal Linguistik, Visual1. Belajar Cara Belajar : Kemahiran mencari maklumat, Kemahiran bacaan mekanis1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMKBahan Bantu Mengajar Bil.JenisBilangan

1Komputer riba 1

2Pembesar suara1

3Petikan15

4Lembaran Kerja15

Pengetahuan Sedia Ada : Murid adalah pengguna jalan raya.

Langkah dan MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)Video Kemalangan Jalan RayaContoh Soalan :1. Apakah yang anda lihat dalam video ini?2. Apakah yang menyebabkan kemalangan di video yang dipaparkan?2. Apakah yang anda faham melalui video ini?

1. Murid dipaparkan video Kemalangan Jalan Raya.2. Murid disoal oleh guru berkenaan video.3. Guru mengaitkan isi kandungan video dengan tajuk pembelajaran hari ini.BBB: Video LCD

KP: Verbal linguistik

KB: Menghubungkait

Nilai :

Rasional Berhati hati Mematuhi peraturan di jalan raya

Langkah 1 (10 minit)

Kuiz yang disediakan dengan menggunakan perisian Hot Potatoes1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.2. Guru menerangkan peraturan kuiz kepada murid.3. Guru memaparkan soalan kuiz menerusi LCD.4. Murid membincangkan jawapan dalam kumpulan.5. Salah seorang wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk menekan jawapan yang betul di komputer riba. BBB : Kuiz dalam bentuk perisian Hot Potatoes LCD

KP : Verbal linguistik Interpersonal

KB : Membuat keputusan

NILAI : Kerjasama Rasional

Langkah 2 (10 minit)Lembaran kerja 1 Teks Petikan Tali pinggang keselamatan Teks petikan isi tempat kosong. Jawapan disediakan oleh guru dan murid dikehendaki memilih jawapan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.1. Murid diedarkan teks petikan.2. Murid diarahkan untuk berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencari jawapan.3. Guru bersama-sama murid membincangkan jawapan yang betul.4. Guru membetulkan kesalahan murid. (jika ada)

BBB: Lembaran kerja 1

KP: Interpersonal

KB: Membuat keputusan

Nilai :

Kerjasama

Langkah 3(15 minit)Lakonan Murid berbincang dan melakonkan situasi yang berkaitan akibat tidak menggunakan tali pinggang keselamatan.1. Setiap kumpulan diberi 1 kad situasi.3. Guru mengarahkan murid untuk berbincang dan melakonkan situasi yang diberi.4. Murid diberi masa selama 8 minit untuk bersedia untuk berlakon.5.Murid-murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas. BBB : Kad Situasi

KP: verbal linguistik InterpersonalKB: Mengenalpasti MenghubungkaitNILAI : Bekerjasama Bertanggungjawab Mematuhi undang-undang

Langkah 4(20 minit)Karangan Autobiografi Menulis karangan pendek bertajuk Saya sebuah topi keledar. Guru menyediakan isi-isi penting sebagai panduan untuk murid menghasilkan karangan. Guru memainkan rakaman audio yang disediakan khas untuk murid pemulihan.Penilaian1. Murid diedarkan lembaran yang mengandungi isi-isi penting yang disediakan oleh guru.2. Guru mengarahkan murid untuk menulis karangan pendek dalam masa 10 minit.Pemulihan1. Murid diedarkan lembaran kerja.2. Guru mengarahkan murid untuk berbincang dalam kumpulan dan menyiapkan lembaran kerja.3. Guru membimbing murid menyiapkan kerja.Pengayaan1. Murid meperdengarkan audio rakaman dan menyalin apa yang diperdengarkan.2. Guru menyemak hasil kerja murid.

1. Murid diedarkan lembaran kerja.2. Guru mengarahkan murid untuk berbincang dalam kumpulan dan menyiapkan lembaran kerja.

BBB : Teks Petikan

KP: verbal linguistik InterpersonalKB: MenghubungkaitNILAI : Bekerjasama Bertanggungjawab Mematuhi undang-undang

PenutupPenutup Kognitif1. Guru memilih 2 orang murid secara rawak untuk merumuskan pelajaran hari ini.2. Guru merumuskan pengajaran.3. Guru memberi peneguhan positif berbentuk pujian kepada murid kerana member kerjasama.KP: verbal linguistik

KB: Menilai dan mentaksirNILAI : Bekerjasama Bertanggungjawab Mematuhi undang-undang

Refleksi :

Lampiran 1 Video

Lampiran 2Kuiz (Hot Potatoes)

Lampiran 3 - Lembaran Kerja 1

Nama :_____________________________________Kelas : _____________________________________Tarikh : ______________________________________

Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang sesuai

keselamatan kemalangan anak-anak

Tali pinggang keledar mengurangkan

Tali Pinggang Keledar

(1)____________________________________________ merupakan satu alatkeselamatan yang perlu dipakai semasa menaiki kenderaan.Talipinggang keledar berada di tempatduduk pemandu dan penumpang.Ianya direka dengan sempurna bagi memastikan tubuh penumpangberada di tempat duduk jika berlaku (2)______________________________.Ini secara tidak langsung dapat(3)___________________________________risiko pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kereta.

Selain daripada itu, tali pinggang keledar dapat mengelakkanpenumpang belakang terhumban ke hadapan jika pemandu membreksecara mengejut.Ibu bapa bertanggungjawab menerapkankepentingan memakai tali pinggang keledar kepada(4) __________________________ sejak kecil lagi.Pemakaian tali pinggangkeledar adalah demi (5) ____________________________ dan bukan keranatakut disaman oleh pihak berkuasa.

Lampiran 4 Kad Situasi

SITUASI 1Anda bersama kawan-kawan anda berebut-rebut menaiki bas sekolah semasa pulang ke rumah. Salah seorang kawan anda telah jatuh dan mengalami kecederaan. Lakonkan situasi tersebut.

SITUASI 2Anda bersama rakan-rakan anda tidak menggunakan laluan melintas dan melintas di jalan raya yang sibuk. Anda terkejut apabila salah sebuah kereta hamper-hampir melangar anda. Lakonkan situasi tersebut.

SITUASI 2Anda bermain di tempat perhentian bas bersama kawan-kawan anda dan terlepas bas sekolah. Anda berasa cemas dan mula menangis. Lakonkan situasi tersebut.

Lampiran 5 Isi Karangan

Aku Sebuah Topi KeledarPendahuluan1. Nama2. Warna3. Tempat LahirIsi1. Dibeli oleh nama pemilik2. Kegunaan diri 3. Disimpan dan dijaga dengan baikPenutup1. Berterima kasih kepada pemilik 2. Berkhidmat dengan baik sehingga akhir

Lampiran 6 Lembaran Kerja 2

Lembaran Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun Tiga.Nama: _________________________________Kelas : ________________________________Tarikh :_________________________________

Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

penumpang

kelabutercampak

terhumban

kecederaanpemandu

Hai, kawan-kawan! Saya sebagai tali pinggang keledar. Warna saya __________________________. Saya berada di tempat duduk pemandu dan penumpang.

Tahukah kawan-kawan akan fungsi saya?Saya dipakai oleh ______________________ dan penumpang kereta supaya mereka tidak __________________________ ke luar kereta jika berlaku kemalangan.

Kawan-kawan jangan tersilap, saya tidak dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku tetapi saya dapat mengurangkan risiko ___________________________ semasa kemalangan.

Ingat tu kawan-kawan, bukan pemandu sahaja yang perlu memakai saya tetapi ____________________________ belakang pun wajib memakai saya supaya tidak _______________________ ke hadapan jika pemandu membrek secara mengejut. Pakailah saya demi keselamatan anda.

Lampiran 7 Teks Rakaman Audio

Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku pada musim-musim perayaan. Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Sikap pengguna yang tidak berhati-hati menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain semasa memandu. Pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan juga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap mereka untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan orang lain.