Download docx - refleksi

Transcript

REFLEKSISaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Aziz bin Shamsuddin, kerana beliau telah memberi peluang kepada saya untuk meneroka model-model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan disiplin kelas pada masa yang akan datang. Semasa penerangan yang diberikan oleh Encik Abdul Aziz, sata berasa agak keliru dengan kehendak soalan. Hal ini mungkin kerana, soalan tugasan ini meliputi tajuk-tajuk yang belum saya pelajari lagi.Namun, selepas menyiapkan tugasan EDU ini, saya mendapat ilmu yang amat berguna dan banyak member input yang bermakna serta berilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya dapat mempelajari cara-cara untuk menguruskan displin dalam sesebuah bilik darjah yang berkesan. Berdasarkan pandangan saya sendiri, tidak semestinya saya menggunakan hanya satu model sahaja untuk meyelesaikan sesuatu situasi displin di dalam bilik darjah kelak. Tugas seorang guru bukan hanya setakat memfokuskan kepada bidang akademik tetapi juga dengan pembinaan tingkah laku dan disiplin seseorang pelajar. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pengaruh media massa pada zaman teknologi ini, jiwa-jiwa murid telah tercemar oleh media-media tersebut seperti televisyen, internet dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat mencabar bagi seorang guru untuk membersihkan jiwa murid-murid.Sebagai seorang guru, kita bertanggungjawab untuk menyelesai masalah pelajar yang bertingkah laku negatif serta memberi bantuan dan peneguhan yang sesuai. Sebaliknya, hukuman yang keras diberi kepada pelajar akan mengurangkan keyakinan pelajar terhadap guru. Manakala, hukuman yang keras diberi yang berdasarkan Model Skinner dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar secara efektif.Kesimpulanya, sebagai seoarang guru, saya hendaklah mengaplikasikan model yang telah dikaji dengan situasi atau masalah displin yang timbul di dalam sesebuah bilik darjah adalah sama. Guru haruslah sentiasa menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang pedagogi supaya dapat mendidik murid dengan cara yang lebih berkesan.