Transcript
Page 1: Refleksi Pelaksanaan Projek Setelah Menyiapkan Kerja Projek Saya

MATHANAKUMAR A/L SUBRAMANIAMKDPM-KDC NOV 2010 (PT4)

REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK SETELAH MENYIAPKAN KERJA PROJEK SAYA.

Isu /masalah :

Sokongan ibu bapa dan guru – guru yang kurang memuaskan dalam memotivasikan

anak – anak mereka .

Salam sejahterah. Sebelum saya berkongsi kekangan yang dihadapi, saya ingin

mengucapkan ribuan terimah kasih kepada tuan pensyarah saya pn.Shuaibah bt Rashid .

Saya tidak hanya menumpukan perhatian saya dalam meyiapkan projek ini semata-mata

tetapi , saya berusaha gigih untuk menjalankan projek ini supaya benar –benar saya dapat

pengalaman. Ada juga alas an lain iaitu saya perlu memebuat satu kerja projek untuk fasa

praktikum saya .walau apa pun , kerana belaiu lah saya dapat menyerlaahkan bakat saya

dalam melatih anak murid saya untuk mengambil bahagian dalam permainan sepak takrow

ini.

Setelah belaiu mengarah saya untuk menyediakan tugasn berbentuk projek , saya telah

berunding dengan guru besar saya En.Krishnan a/l Sundara rajoo berkenaan tugasan

ini.Belaiu menyokong saya untuk menganjurkan satu permainan yang boleh mengharumkan

nama sekolah di peringkat daerah. Saya ,meminta cadangan daripada rakan sekerja saya

mengenai tugasan ini dan guru besar saya menyarankan saya untuk menganjurkan

permainan sepak takrow peringkat kelompok 8.

Oleh itu saya meminta keizinan tuan guru besar untuk membenarkan saya

menghadiri mesyuarat guru kelompok 8 dalam membuat rancangan tahunan saperti yang

dilakukan pada tahun- tahun yang lepas. Pada 12 Februari 2014 saya dengan guru besar

saya telah mengahadiri mesyuarat kelompok 8 . Ini adalah pengalaman pertama , saya

terlibat dalam mesyuarat guru besar kelompok 8. Dalam mesyuarat ini saya mengambil

kesempatan untuk menggumumkan cadangan saya iaitu mengadakan pertandingan

sepak takrow peringkat kelompok yang terdiri daipada 11 buah sekolah dan bilangan guru

sejumlah 102 orang dan enrolmen murid sebanyak 1027 orang murid.

1

Page 2: Refleksi Pelaksanaan Projek Setelah Menyiapkan Kerja Projek Saya

MATHANAKUMAR A/L SUBRAMANIAMKDPM-KDC NOV 2010 (PT4)

Tidak dapat dinafikan bahawa saya memang terharu dan terbelik matanya semasa

berucap dalam mesyuarat yang format begitu. Saya dengan keizinan pengerusi mesyuarat

itu membincnagkan mengenai projek ini. Setelah panjang lebar perbicaraan saya , saya

memohon respond guru besar – guru besar yang hadir ke mesyuarat itu atas cadangan

yang saya kemukakan . Daripada 11 buah sekolah hanya 7 buah sekolah sahaja yang

membalas jawapan yang positif kepada saya. Saya berasa amat sedih dan kecewa atas

pengelibatan sekolah .Mujurnya , pengerusi kelompok 8 Tn.Hj Azlan bin Saidan memohon

sebab kepada sekolah - sekolah yang enggan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pada suatu masa dalam mesyuarat ini beliau telah hilang kesabaran apabila mendengar

alasan – alasan guru yang tidak munasabah itu. Belaiu dengan tegasnya mengarah semua

sekolah mesti mengambil bahagian dalam pertandingan sepak takrow ini.

Saya nampak ada guru yang mula mengamuk dengan saya sebab beban tugasnya

meningkat.Saya tidak mempedulikan sindiran mereka dan terus berpegang teguh dengan

pendirian saya setelah mendapat kelulusan majority dalam mesyuarat itu.Hanya satu

perkara yang melayang dalam fikiran saya iaitu , mengapa guru – guru tidak berminat untuk

melatih murid untuk pertandingan permainan sedang sekolah – sekolah yang menolak

tawaran saya itu mempunyai guru PJK yang beroption dan ini adalah permaian

kebangasaan kita.kelompok kami adalah kelompok yang berasaskan murid –murid

kampong dan murid – murid kampong ini memang berminat sangat dalam permainan ini.

Dalam mesyuarat itu kami telah membincangkan tentang tapak

permainan,pengadil ,peraturan – peraturan permainan , hadiah kepada pemenang,

pengadil, jamuan, pendaftaran, pengacara majlis, perasmian,penutupan siaraya dan lain-

lain lagi.tarikh program telah ditentukan kemudian.setelah selesai mesyuarat itu saya mula

2

Page 3: Refleksi Pelaksanaan Projek Setelah Menyiapkan Kerja Projek Saya

MATHANAKUMAR A/L SUBRAMANIAMKDPM-KDC NOV 2010 (PT4)

berkerja keras untuk mengagihkan tugasan kepada guru-guru sekolah saya. Guru besar

saya telah melantik saya sebagai ketua projek.

Saya mendapat sokongan yang padu daripada guru – guru sekolah saya. Saya

menjadi pelatih pemain tetapi saya mempunyai pengetahuan yang kurang sangat

mengenai permainan ini. Saya menggunakan khidmat bekas murid sekolah saya dalam

melatih murid- murid ini untuk menang dalam pertandingan ini. Saya juga turut terlibat

dalam sesi latihan setiap hari selepas waktu sekolah pada pukul 4.30 petang.setiap hari

sesi latihan berjalan selama 2.30 jam. Semasa latihan ini saya juga turut bermain dengan

murid saya. Sewaktu melatih saya juga turut mengetahui dan belajar mengenai permaian

sepak takrow.

Saya berasa sungguh terharu melihat murid- murid saya yang sangat berminat

dalam permainan ini. Mereka bermaian lebih bijak dan sistematik daripada saya.apabila

saya analisis kemajuan murid itu, saya dapat tahu murid – murid sentiasa bermain dengan

kawan – kawannya setiap hari pada waktu petang. Murid – murid saya memberitahu kepada

saya bahawa kemahiran permainan ini datangnya daripada pendatang asing yang hidup di

ladang itu. Jiran – jiran Indonesia yang tinggal di lading itu melatih murid- murid saya

dengan lebih bijak.

Adakalanya , saya belajar daripada anak murid saya mengenai kemahiran

permainan itu. Atas kebenaran , bekas murid saya yang berusaha gigih dalam melatih

murid – murid saya. Semasa menjalankan projek ini saya mendapat kenalan daripada

ramai orang guru dari sekolah jiran saya.adakalanya mereka memantau tahap latihan saya

di sekolah saya. Mereka benar- benar memuji saya atas usaha saya . Pujian ini datangnya

sebab tugasan ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan

pensyarah saya sebab mengarah saya melakukan tugasan ini.

3

Page 4: Refleksi Pelaksanaan Projek Setelah Menyiapkan Kerja Projek Saya

MATHANAKUMAR A/L SUBRAMANIAMKDPM-KDC NOV 2010 (PT4)

Sewaktu program ini , saya tiba ke dewan permainan itu lebih awal 20 minit.segala

urusan pendaftaran telah diurus dengan teratur oleh rakan sekolah kami iaitu, Sk sungai

Nipah, Sk Simpang Tiga , Sk Sungai Betul , Sk Bagan Datoh dan sekolah

SMK TUN ABDUL RAZAK yang memberi keizinan kepada kita untuk menggunakan dewan

sekolahnya.Perlawanan antara murid berlaku secara sihat dan pemain mendapat sokongan

yang kuat daripada semua guru yang hadir. Sekolah saya ( SJKT LDG STRATHMASHIE)

menang dalam tiga pusingan separuh akhir dan Berjaya menjadi naib johan. Satu perkara

yang membangakan saya ialah , Cuma kami ( SJKT LDG STRATHMASHIE ) saja mewakili

sekolah tamil di daerah hilir perak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Penggumuman keputusan berlaku pada pukul 5.30ptg. Sekolah saya , telah

mendapat tempat kedua dalam permainan ini dan berjaya masuk ke daerah.Saya tidak

menerima sebarang hadiah tetapi kemenangan murid saya adalah kemenangan saya

sendiri. Saya juga berazam akan melatih murid saya ini untuk berlawan di peringkat daerah

pada bulan April nanti.

4


Recommended