REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN
KEBERKESANAN PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN
BOLING PADANG
MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN
KEBERKESANAN PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN
BOLING PADANG
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya: MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ __________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
110,FELDA GUNUNG BONGSU DR HALIJAH BINT IBRAHIM
09700, KARANGAN, KULIM ,
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 15 MEI 2011 Tarikh: 15 MEI 2011
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) ”
Tandatangan : _____________________________________
Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : 15 MEI 2011
REKACIPTA INSTRUMEN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KEBERSANAN
PENGGUNAAN DALAM SUKAN PETANQUE DAN BOLING PADANG
MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2011
“ Saya akuikarya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nerkilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan”
Tandatangan : _____________________________________
Nama Pelajar : MUHAMMAD SHAH NUR FAIZAL BIN AHMAD
Tarikh : 15 MEI 2011
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda tersayang
AHMAD BIN MESLIN DAN KHADIJAH BINTI ABU BAKAR
Buat ahli keluarga yang tersayang
NOR ALIZA BINTI AHMAD
NOR HAFIZA BINTI AHMAD
MUHAINI BIN AHMAD
NORASMAH BINTI AHMAD
MUHAMMAD SHAH NUR FAIZUL BIN AHMAD
NURFAIZAH BINTI AHMAD
MUHAMMAD HELMEE BIN AHMAD
Buat teman-teman seperjuangan 4 SPS sesi 2011
Terima kasih diucapkan kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan
menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini
Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang
Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan
kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya merakamkan
ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Halijah Binti Ibrahim
selaku penyelia PSM sini yang telah banyak bertungkus lumus dalam memberi
bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini.
Selain daripada itu tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains
Sukan yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang
menyiapkan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat
secara langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini.
Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun 2010/2011
dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam
menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang
diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
PENGESAHAN PELAJAR ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii-xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
ix
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori Berkaitan Dengan Reka Bentuk 15
2.3 Sains dan Teknologi Dalam Sukan 16
2.4 Prinsip Dalam Rekabentuk 18
2.5 Takrif Pengukuran 18
2.6 Pengukuran Dalam Sukan 19
2.7 Kajian Berkaitan Dengan pengukuran 20
2.8 Alat Pengukuran 21
2.9 Gelombang Ultrasonik ` 21
2.10 Penutup 22
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Kaedah Penyelidikan 24
3.3 Populasi Dan Persempelan 24
3.4 Instrumen Kajian 25
x
3.4.1 Langkah-Langkah Penghasilan Projek 26
3.5 Prosedur Kajian 27
3.5.1 Pemilihan Subjek 27
3.6 Rekabentuk Kajian 27
3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 28
3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 28
3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 28
3.7 Pengumpulan Data 31
3.8 Penganalisisan Data 31
3.9 Rekabentuk Projek 32
3.9.1 Peringkat Awal Rekabentuk Instrumen 32
3.9.2 Peringkat Akhir Penghasilan Instrumen 33
3.10 Cadangan 34
3.10.1 Cadangan Awal 34
3.11 Peringkat Akhir 38
3.12 Instrumen Kajian 39
3.12.1 Rekabentuk Instrumen 40
3.12.2 Rekabentuk Alat Pengesan
Instrumen 42
3.13 Penutup 44
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Penganalisaan Deskriftif dan Inferensi 46
4.3 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan 47
Instrumen
xi
4.3.1 Kesahan Instrumen 47
4.4 Analisis Data Soal Selidik 50
4.4.1 Latar Belakang Responden 50
4.5 Persepsi Potensi Pasaran Serta Penggunaan 54
Instrumen Pengukuran Elektronik Jarak
Dekat Dalam Menentukan Pengukuran
4.5.1 Skala Likert 55
4.6 Penutup 63
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Ringkasan Kajian 65
5.3 Perbincangan 66
5.3.1 Instrumen Pengukuran Elektronik
Mempunyai tahap Kesahan dan
Kebolehpercayaan yang Tinggi 66
5.3.2 Instrumen Dapat Mengukur dan
Menentukan Jenis-Jenis Pengukuran
Jarak Dekat 67
5.3.3 Maklum Balas Potensi Pasaran Daripada
Pengguna yang telah Mengetahui, Meneliti
Serta Mencuba Menggunakan Instrumen 68
5.4 Kesimpulan 69
5.5 Masalah yang Dihadapi 70
xii
5.5.1 Kemahiran Dalam Memprogram Data
Didalam Paparan LCD 71
5.5.2 Pembinaan Sensor 71
5.6 Cadangan 71
5.6.1 Instrumen Dikecilkan Saiz 71
5.6.2 Menaikkan Taraf Pada Bahagian
Tapak Instrumen 71
5.6.3 Penggunaan Keseimbangan Air 72
5.7 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 76
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tiada ciptaan yang lebih sempurna melainkan ciptaan allah. Hakikatnya, setiap
kejadian dan ciptaan akan mengalami perubahan dari masa ke semasa mengikut putaran
alam. Perkembangan teknologi telah berkembang sejak beberapa kurun lamanya. Oleh
itu, minat manusia terhadap sesuatu perkara akan sentiasa berubah mengikut citarasa
masing-masing supaya kepuasan dapat dicapai. Dalam memenuhi keperluan untuk diri
sendiri, manusia akan terus berfikir dan berusaha merekacipta untuk keperluan yang
pelbagai. Para perekacipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan
teliti dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini perlulah memupuk budaya rekacipta
dalam masyarakat (Azrina, 2008).
2
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2000), rekacipta membawa maksud penghasilan
sesuatu produk dan barangan baru serta pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada,
bagi memenuhi kehendak pengguna pada masa kini dan pada masa akan datang. Proses
rekacipta ini melibatkan 3 proses semasa penghasilannya iaitu minda, kemahiran dan
sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungkan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea untuk diterjemahkan ke dalam
bentuk penulisan dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.
Rekacipta juga dapat dihasilkan melalui idea tersendiri atau diubahsuai serta
mempunyai ciri-ciri nilai komersial. Rekacipta merangkumi bidang- bidang seperti
grafik, reka bentuk perindustrian, teskstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. Menurut Hosking dan Harris
(1981), reka bentuk adalah proses yang menggunakan unsur-unsur dalam sains,
kejuruteraan, matematik, lukisan teknik dan prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk
menghasilkan pelan. Kemudian, ia akan membawa kepada penyelesaian dan seterusnya
kepada keperluan praktikal.
Menurut Mohd Azhar Abd. Hamid (2006), sejarah perkembangan rekacipta
berkait rapat dengan manusia. Proses penciptaan ini telah wujud sejak zaman dahulu
lagi. Rekacipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun
tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila rekacipta pertama dihasilkan.
Pernahkah anda terfikir untuk menelaah tentang kewujudan artefak-artefak yang telah
direkacipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu. Mengapa reka bentuknya
sedemikian rupa dan mengapa instrumen-instrumen itu wujud. Persoalan ini ada kaitan
dengan rekacipta pada masa kini. Terdahulu, manusia pada zaman batu hidup secara
nomad yang lebih dikenali sebagai zaman pre-revolusi industri. Barangan keperluan
3
mereka dibuat sendiri daripada hasil tangan masing-masing. Antara contoh barangan
tersebut ialah kapak batu dan lembing yang digunakan sebagai instrumen untuk
memotong.
Menurut Jeffrey (1999), pada abad ke-17 iaitu zaman revolusi industri, manusia
berjaya mencipta perinstrumenan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka.
Manusia di zaman itu menghasilkan instrumenan logam, kerja anyaman serta ukiran.
Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan anggota tangan dan
kaki.
Manakala pada abad ke-18, ia dikenali sebagai zaman revolusi industri pertama.
Pada ketika inilah, enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh
George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi
semakin kompleks, maju melalui tranformasi zaman, serta menyebabkan lahirnya zaman
revolusi industri kedua. Manusia yang banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik,
bermula dengan mencipta radio transistor hingga ke komputer yang semakin luas
penggunaanya.
Pelbagai pendapat berkaitan reka bentuk dan zaman perubahannya. Menurut
James dan Jeffrey (1999) telah menyatakan bahawa rekacipta telah bermula sebelum
tahun masihi lagi, antara rekaan awal ialah instrumen “Skru Archimedes” ciptaan unuk
Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai perekacipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan
untuk kegunaan manusia. Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama
dalam bidang rekacipta sehingga kini. Richard Trevithick telah membina keretapi wap
4
pertama pada tahun 1804 dan Evenson(2000), manakala Alexander Graham Bell dengan
hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.
Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah semata-mata
untuk memenuhi keperluaan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Sebagai contoh
dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan barang-barang yang menjadi
keperluan seperti pakaian, instrumen-instrumen elektrik sehinggalah kepada berus gigi.
Ia menjadikan kehidupan lebih terurus, berikutan kewujudan instrumen yang telah pun
direkacipta oleh orang-orang tertentu. Sekaligus signifikasi barangan ini dapat memberi
manfaat berkaitan rekaanya apabila anda mengkajinya dengan teliti.
Teknologi didefinisikan oleh Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary
(1990) sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Ketika
kurun ke-19, teknologi terbaru dalam pendidikan ialah papan hitam dan kapur. Pada
kurun ke-20 pula, teknologi semakin berkembang dengan terdapatnya komputer,
pemain/perakam kaset video dan pemain/perakam cakera padat. Revolusi pertama
komputer tercetus pada tahun 1960 an. Di beberapa sekolah yang berbeza, satu terminal
komputer di letakkan di dalam sebuah bilik dan dihubungkan kepada sistem utama yang
terletak dalam lingkungan pejabat atau lain-lain pusat.
Signifikasi penggunaan komputer berkenaan tidak bertahan lama kerana
komputer terlalu mahal dan selalu rosak. Revolusi kedua komputer bermula lewat tahun
1970 an, dengan kemunculan komputer peribadi. Revolusi ini membolehkan komputer
dibawa ke dalam kelas, gymnasium dan rumah. Ketika awal tahun 1980 an, pengajar
5
pendidikan jasmani di peringkat universiti telah memulakan eksperimen dengan
komputer dan membangunkan program perisian (komputer mengeluarkan arahan untuk
pengguna) sebagai disiplin. Kini, kita dapat lihat di mana-mana sahaja seperti peniagaan
dan pendidikan terdapat komputer, video, cakera padat dan teknologi lain digunakan
(Bonnie dan Khayum, 1995)
Mengukur ialah satu aktiviti yang kerap dilakukan untuk mendapatkan satu
pengukuran jarak, ketinggian dan lain-lain. Antara perinstrumenan yang sering
digunakan untuk mengambil ukuran adalah pembaris, pita pengukur dan lain-lain
instrumen pengukuran yang pelbagai. Terdapat banyak cara serta kaedah yang
digunakan untuk mengambil sesuatu ukuran, contohnya pita-pita digunakan untuk
mengambil ukuran tinggi, manakala pembaris digunakan untuk pengukuran yang kecil.
Ianya suatu kaedah sama yang diguna pakai sejak zaman dahulu lagi. Kesemua proses
pengukuran ini memerlukan bantuan untuk mendapatkan satu pengukuran yang lebih
tepat.
Pengukuran merupakan aset penting bagi mereka yang ingin mengetahui jarak,
tinggi dan sebagainya.Terutama bagi mereka yang sering melakukan pengukuran jarak
yang melibatkan gelanggang untuk mengetahui kedudukan yang sesuai dan tepat. Selain
itu, mereka sering mengukur bahawa berapakah kedudukan jarak yang sesuai untuk
melihat television atau pun depan computer kerana penjagaan mata adalah sangat
penting untuk mereka.
6
1.2 Latar belakang masalah
Kepuasan dalam sesuatu permainan merupakan elemen yang sangat penting dalam
sesuatu pertandingan kecil ataupun besar. Ini termasuklah keadilan, ketelusan dan
keputusan yang tepat semasa mengumumkan keputusan yang terakhir. Hal ini dapat
memenuhi kepuasan kepada atlit yang bertanding dalam sesuatu kejohanan. Dalam
sukan petanque dan boling padang pengukuran merupakan elemen yang sangat penting
semasa membuat keputusan. Pita pengukuran akan memainkan peranan yang sangat
penting apabila ukuran dilakukan oleh pengadil berikutan jarak bola yang paling hampir
dengan bola kecil (jack) dapat diukur secara tepat.
Walaupun pita pengukur merupakan sejenis instrumen pengukur secara manual
tetapi pengadil harus membuat keputusan yang tepat iaitu mencari bola yang paling
hampir (jack). Keadaan ini mengharapkan kejituan pada pita pengukuran supaya
keputusan yang adil dilakukan. Ini kerana kejituan instrumen pengukuran adalah
penting apabila ukuran dilakukan oleh pengadil apabila kedua-dua bola pemain berada
pada jarak yang hampir sama. Oleh itu pengadil akan menggunakan penglihatan mata
yang tajam dengan memberi lebih tumpuan supaya keputusan yang baik dan tepat dapat
dilakukan.
Keputusan yang dibuat dianggap tepat oleh pengadil tetapi ada ketikanya, masih
terdapat keraguan dalam ukuran secara manual. Misalnya, pengadil hanya
menggunakan tangan dan mata semasa ukuran dilakukan. Walaupun begitu keputusan
yang dibuat mungkin tidak tepat dan tidak jitu. Keadaan ini mungkin berlaku
7
disebabkan pancaindera yang terlibat tidak berfungsi dengan baik kerana faktor keadaan
persekitaran yang tidak sesuai sekaligus menyebabkan daya tumpuan semasa membuat
ukuran menjadi tidak stabil. Seterusnya ia bakal menimbulkan rasa tidak puas hati
dengan keputusan pengadil walaupun ianya adalah muktamad. Seharusnya, kepuasan
pemain perlu menjadi keutamaan supaya kejohanan tersebut dapat berjalan lancar.
Justeru itu, dengan adanya instrumen pengukuran tersebut, maka pengukuran yang lebih
tepat dan jitu dapat dihasilkan supaya keputusan yang dibuat dapat memuaskan hati
semua pihak yang bertanding.
1.3 Penyataan masalah
Kaedah untuk mengambil sesuatu ukuran pada sukan petanque dan boling
padang sangat sukar dibuat apabila kedudukan bola dengan bola kecil (jack) hampir
sama. Oleh itu, keputusan yang dibuat adalah tidak begitu jitu dan kebolehpercayaan
adalah sangat rendah. Mungkin pengadil akan dipanggil untuk membuat keputusan
yang tepat hasil ukuran yang dilakukan oleh mereka. Kaedah menggunakan pita ukur
dalam pengukuran adalah perkara biasa yang sering dilakukan untuk mengambil ukuran
tetapi pita ukur perlulah yang jelas dan mempunyai nilai ukuran yang tepat. Oleh itu
masalah-masalah dalam pengunaan pita ukur ini perlu dihapuskan supaya penggunaan
dalam pengukur dapat dimudahkan lagi. Semua kaedah diatas memerlukan pancaindra
tangan dan mata semasa membuat ukuran. Seterusnya, keadaan ini menyebabkan
pelbagai masalah ralat berlaku apabila keputusan ukuran diperolehi.
8
1.4 Objektif kajian
1.4.1 Merekacipta sebuah instrumen elektronik untuk membuat pengukuran jarak
dekat dalam sukan petanque dan boling padang.
1.4.2 Dapat membuat keputusan yang lebih tepat melalui instrumen eletronik ini
berbanding pita pengukuran.
1.4.3 Mendapatkan pandangan pengguna tentang potensi dalam pemasaran instrumen
elektronik ini.
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Sejauh manakah keberkesanan instrumen elektronik ini dapat mengukur ukuran
pada jarak dekat dengan sempurna terutamanya dari segi penggunaan, mudah
alih dan ketepatan ukuran ?
1.5.2 Adakah instrumen ukuran elektronik ini adalah lebih baik berbanding dengan
menggunakan pita pengukuran ?
9
1.5.3 Adakah alat ini mendapat perpepsi yang baik dari kalangan pengguna ?
1.5.4 Kepentingan kajian.
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi tujuan merekacipta satu instrumen yang
dapat menyumbang sedikit bantuan di dalam jenis sukan. Misalnya membantu pengadil
membuat keputusan pengukuran dalam sukan petanque dan boling padang dengan
berkesan. Tambahan pula, instrumen pengukuran elektronik ini dapat membantu dalam
pertandingan petanque dan boling padang yang selalunya perlu mengambil ukuran
antara bola dengan bola kecil atau jack supaya keputusan yang dibuat memuaskan
kedua-dua pihak.
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ukuran elektronik ini akan membuat
keputusan yang hampir sama dengan instrumen ukuran biasa melalui satu ujian
berbanding. Hal ini kerana instrumen ukuran elektronik ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, instrumen ukuran elektronik ini juga
mempunyai kesahan yang tinggi seperti mendapat mengukur pelbagai sudut dan keadaan
semasa ukuran dilakukan. Disamping itu juga kesahan yang tinggi semasa
menggunakan instrumen ukuran elektronik dapat memudahkan sesuatu pertandingan
supaya berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang keraguan semasa membuat keputusan.
10
1.5.5 Pengguna harian
a) Pengguna seperti pemain-pemain petanque dan boling padang sentiasa
menggunakan instrumen pengukuran untuk membuat keputusan.
b) Dapat menggunakan instrumen ukuran elektronik ini tanpa perlu
menggunakan pancaindra mata untuk melihat jarak ukuran semasa membuat
pengukuran.
c) Boleh membuat instrumen ukuran elektronik ini kemana-mana sahaja serta
mudah digunakan.
1.5.6 Batasan kajian.
Semasa kajian dijalankan untuk menghasilkan instrumen ukuran elektronik ini,
terdapat juga batasan-batasan kajian perlu dilakukan. Kajian ini terbatas kepada perkara-
perkara seperti yang dinyatakan di bawah:
11
1.5.6.1 Instrumen ini hanya ditumpukan kepada pemain dan pengadil semasa
dalam sukan petanque dan boling padang sahaja semasa membuat ukuran.
Justeru itu, instrumen ini sangat membantu pengadil dan pemain semasa hendak
mengukur diantara bola dengan bola kecil ( jack) dalam sesuatu pertandingan.
1.5.6.2 Mengenalpasti cara untuk menghasilkan rekabentuk instrumen ukuran
elektronik supaya ianya sesuai dan selesa kepada pengguna. Selain itu, kaedah
kajian juga perlu dijalankan bagi mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan
untuk instrumen elektronik ini.
1.5.6.3 Mengetahui cara-cara untuk menggunakan instrumen pengukuran dan
bagaimanakah ia berfungsi supaya instrumen ini tidak cepat rosak atau keputusan
pengukuran yang tidak sama dengan pengukuran lain.
1.6 Skop kajian
Berkisar tentang penghasilan instrumen pengukuran instrumen elektronik ini
kemudahan teknologi elektronik digunakan. Dalam kajian ini, melibatkan beberapa
12
orang pengguna yang terdiri daripada pemain petanque Universiti Teknologi Malaysia
dan boling padang Universiti Teknologi Malaysia untuk melakukan ujian instrumen
pengukuran elektronik ini. Semasa ujian dijalankan, perbandingan antara instrumen
ukuran elektronik dan instrumen ukuran lain dilakukan. Semua keputusan yang
diperolehi akan dicatatkan dan di analisis untuk kajian.
1.7 Definisi istilah
Definisi istilah merupakan bahagian untuk menerangkan istilah-istilah atau ayat-
ayat saintifik yang telah digunakan dalam penerangan.
1.7.1 Rekacipta
Membuat, membina, menbangun atau mendirikan menurut kamus Fajar, 1997.
Instrumen yang asal diubah suai bagi menampakkan kecanggihan digital selaras dengan
perkembangan teknologi global, (Izwanuddin, 2006)
1.7.2 Ultrasonik
Sejenis gelombang yang dapat menghasilkan pantulan untuk tujuan mengukur
jarak, saiz dan lain-lain.
13
1.7.3 MASUM
Majlis Sukan Universiti Malaysia
1.7.4 Universiti Teknologi Malaysia
Merupakan sebuah universiti tempatan di Malaysia terletak di selatan tanah air
iaitu di Johor Darul Takzim.
1.8 Penutup
Dalam bab 1 ini membincangkan tentang tajuk pengenalan, penyataan masalah,
latar belakang kajian, objektik kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, limitasi
kajian, skop kajian, definisi istilah dan penutup. Walaubagaimanapun, ia adalah
sebahagian permulaan projek. Berakhirnya bab 1, tajuk bab 2 adalah sorotan kajian
yang mengenai kajian-kajian lepas yang akan dibincangkan oleh penyelidik.