POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
CG501 ENGINEERING SURVEY
REPORT SETTING OUT
Nama Pensyarah : SIR LEE KONG FAH
Program/ Seksyen : DUT 5A
Tarikh Hantar : 30 / 09 / 2015
Tarikh Pemulangan :
Komen Pensyarah :
Markah Keseluruhan :
Bil. No. Pendaftaran Nama Pelajar
1. 05DUT12F1027 NUR AMALINA IZZATI ABDUL HAPID
2
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN
1.1 PENGENALAN PEMANCANGAN TANDA 3
1.2 PERANCANGAN KERJA UKUR 3-4
2. OBJEKTIF AMALI 5
3. PERALATAN/PERISIAN YANG DIGUNAKAN
3.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 6
3.2 PERISIAN YANG DIGUNAKAN 7
4. PROSEDUR KERJA AMALI
4.1 PROSEDUR PEMANCANGAN TANDA 8-9
5. HASIL AMALI 10-11
6. KESIMPULAN 12
7. LAMPIRAN 13
8. RUJUKAN 14
3
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Kerja Ukur Pemancangan Tanda
Pemancangan merupakan satu proses peralihan titik kedudukan yang
menggunakan pancang, profail dan penanda-penanda lain dimana pengukuran titik-
titik kedudukan relatif ufuk aras rekabentuk atau pelan diterjemahkan ke atas kawasan
pembinaan. Pemancangan tanda merupakan tulang belakang kepada semua kerja
yang melibatkan bidang kejuruteraan awam dimana ia menjadi rujukan kepada
anggota lain dalam kumpulan binaan bagi menjalankan kerja-kerja mereka. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pentingnya kerja pemancangan tanda dalam kerja-kerja
pembinaan struktur bangunan. Oleh itu, pemancangan tanda perlu dilaksanakan
dengan teliti bagi membolehkan penandaan dapat dibuat dengan tepat. Sebarang
selisih yang berlaku dalam pemancangan akan memberikan implikasi yang negatif
dimana ia akan menyebabkan berlakunya pertambahan kos bagi pembinaan dan
kelewatan dalam perlaksanaan projek pembinaan.
Sebelum memulakan kerja penjajaran untuk kedudukan cerucuk, semak
lukisan pembinaan dan kirakan bering dan jarak yang akan digunakan semasa kerja
penjajaran untuk cerucuk ini dijalankan. Dalam lukisan pembinaan, ia ada menunjukan
saiz dan kedudukan struktur yang akan dibina.
1.2 Perancangan Kerja Ukur
Sebelum kerja ukur pemancangan tanda dilakukan, perancangan yang teliti
perlu dilakukan. Perancangan kerja melibatkan pemilihan peralatan, pemilihan
kawasan kerja ukur dan pemilihan stesen kawalan ufuk bagi memudahkan perjalanan
kerja pengukuran. Sebelum sesuatu kerja dilakukan, perkara yang penting sekali
adalah membuat peninjauan.
Peninjauan telah dilakukan bagi mengenalpasti keadaan lokasi kerja ukur
kumpulan kami. Tujuan peninjauan ini dilakukan adalah untuk memilih stesen kawalan
ditempat yang sesuai agar memudahkan proses kerja ukur dilakukan. Kedudukan
stesen kawalan kami adalah di CP2, dimana CP1 telah dijadikan sebagai bacaan back
bearing dengan bacaan untuk CP2-CP1 adalah 270 49 05
4
Pengiraan keatas nilai bearing dan jarak bagi proses penjajaran cerucuk telah
dilakukan sebelum kerja pemancangan tanda dilakukan. Ini akan memudahkan kerja
amali untuk berjalan dengan lancar.
5
2.0 OBJEKTIF AMALI
i. Mendirikan struktur bangunan yang telah dirancang pada tempat yang
bertepatan.
ii. Memastikan bangunan yang akan dibina tidak terpesong daripada ukuran yang
ditetapkan di dalam lukisan pelan.
iii. Memastikan kerja bangunan dapat dibina sebagaimana yang dikehendaki.
6
3.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Total Station Prism Paku
Alat Ukur Aras Pemancang Tanda Mini Pole
Tukul
7
4.0 PERISIAN YANG DIGUNAKAN
1. AutoCAD
8
5.0 PROSEDUR AMALI
5.1 Sebelum memulakan amali.
Sebelum memulakan amali, langkah-langkah yang perlu diambil sebagai keperluan
dalam kerja-kerja pemancangan ialah seperti berikut:
i. Menyemak Rekabentuk
Maklumat rekabentuk mestilah disemak sebelum pemancangan dibuat.
Kadangkala ianya tidak mungkin untuk memancang sebahagian rekabentuk
berdasarkan kepada rintangan di kawasan tapak dan ini mesti dirujuk semula
kepada perekabentuk.
ii. Peninjauan
Pemeriksaan kawasan tapak adalah sangat penting seperti dalam rajah di atas.
Melihat pada pelan di pejabat sahaja tidak mencukupi. Sebarang perbezaan di
antara kawasan dan pelan harus dicatatkan. Semasa peninjauan, kedudukan
yang sesuai untuk tanda-tanda rujukan boleh ditanda secara sementara
dengan pancang jajar.
iii. Stesen Ukur
Stesen-stesen ukur yang digunakan untuk menghasilkan pelan ukur boleh
digunakan sebagai rujukan bagi kawasan ufuk di tapak bina. Ianya dibina di
tempat yang tidak terdapat gangguan yang boleh mengubah kedudukan
asalnya.
5.2 Prosedur pemancangan tanda semasa amali
i. Alat Total Station didirisiapkan pada piket CP1.
ii. Piket CP2 dijadikan sebagai bacaan back bearing dimana CP1-CP2 ialah
90 49 05 yang dicerap keatas paku piket.
9
iii. Prosedur pemancangan tanda dilakukan dengan menggerakkan alat Total
Station sehingga mendapat nilai bacaan bering yang telah dihitung dalam
pelan pembinaan.
Gambarajah 1: Salah seorang pelajar sedang membuat cerapan bering dan jarak
pemancangan tanda
iv. Sebagai contoh, kedudukan cerucuk pertama yang berada pada tapak 10/
dimana bacaan beringnya adalah 121 00 50 dan jaraknya pula 22.827m.
Alat Total Station digerakkan sehingga mendapat nilai bacaan bering
tersebut dan minipole didirikan pada kedudukan arah Total Station itu
berada.
v. Pencerap akan memberi arahan kepada pemegang minipole samada
berganjak ke hadapan, ke belakang, ke kiri ataupun ke kanan bagi
mendapatkan nilai yang tepat keatas bering dan jarak yang telah dihitung
dalam pelan pembinaan.
vi. Setelah mendapat kedudukan yang tepat, cerucuk akan ditanam bagi
menggantikan kedudukan minipole itu tadi.
vii. Langkah 3 sehingga langkah 6 dilakukan semula keatas semua kedudukan
cerucuk yang terdapat dalam pelan pembinaan.
10
6.0 HASIL KERJA AMALI
BERING DAN JARAK BAGI PEMANCANGAN TANDA
10/C
TITIK BERING JARAK
A 121 00 50 22.827
B 124 30 12 23.618
10/D
TITIK BERING JARAK
A 114 38 33 29.254
B 113 33 25 30.771
C 117 32 33 29.876
D 116 20 21 31.363
10/E
TITIK BERING JARAK
A 110 09 36 36.831
B 109 28 08 38.386
C 112 32 37 37.327
D 111 46 06 38.862
8A/C
TITIK BERING JARAK
A 138 26 40 27.447
B 136 09 18 28.618
11
C 140 44 36 28.614
D 138 27 10 29.739
8A/D
TITIK BERING JARAK
A 128 55 00 33.470
B 127 22 23 34.804
C 131 06 56 34.433
D 129 31 54 35.731
DARI TITIK KE TITIK BERING JARAK
CP1 CP2 90 49 05 69.419
CP2 CP3 138 15 08 108.117
CP3 CP4 271 52 18 72.822
CP4 CP1 180 34 50 78.290
12
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kerja pemancangan hendaklah dilaksanakan dengan
mengambil pendekatan yang sistematik. Pendekatan ini bukan sahaja dapat
menjamin darjah ketetapan yang tinggi tetapi juga memudahkan kerja pemancangan
yang dibuat. Setiap kerja pemancangan perlu dilaksanakan secara tersendiri
bergantung kepada keadaan tapak dan darjah ketepatan yang diperlukan.
Hasil daripada pemancangan ialah pentafsiran dokumen kontrak yang betul dari
segi kedudukan, saiz, bentuk dan aras. Hal ini menunjukkan pemancangan yang
dibuat dengan teliti menjadikan penandaan dapat dibuat dengan tepat dimana
ketetapan merupakan unsur penting dalam pemancangan bagi memastikan kerja
bangunan dapat dibina sebagaimana yang dikehendaki dalam kontrak dokumen.
13
8.0 LAMPIRAN
Rajah 3: Pemancangan tanda selesai dilakukan
14
9.0 RUJUKAN
1. Nota CG501 Engineering Surveying IV, Unit 5 ( Ukur Pembinaan)
2. Rujukan Individu: Pensyarah En. Lee Kong Fah
3. Nota CG501 Engineering Surveying IV, Unit 5 (Pemancangan Tanda)
4. Laporan Amali Pelajar Senior