Download docx - Rph Perimeter Tahun 5

Transcript
Page 1: Rph Perimeter Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas 5 R

Tarikh 3 April 2014

Masa 60 minit

Mata Pelajaran Matematik

Tajuk RUANG DAN BENTUK

Topik 1. GABUNGAN BENTUK DUA DIMENSI

Objektif Pemebelajaran

1.1 Menentukan perimeter dalam gabungan bentuk 2D

Hasil Pembelajaran1.1.1 Mengukur perimeter gabungan bentuk 2D yang berikut :

(a-f)

EMK Kreatif dan inovatif

A. Objektif

Pada akhir sesi pdp murid-murid dapat:

1. Mengukur gabungan pelbagai bentuk 2D dengan tepat

2. Mengukur perimeter gabungan pelbagai bentuk 2D dengan tepat

B. Objektif Pembelajaran:Mengukur perimeter gabungan bentuk 2D yang terdiri daripada segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga.

C. Pendekatan

1. Mudah ke susah

2. Konkrit ke abstrak.

3. Pendekatan Kontekstual

4. Pendekatan Koperatif

D. Kaedah

Bercerita, tunjuk cara, perbincangan, latih tubi

E. Kemahiran Berfikir

Menyelesaikan Masalah, Menghubungkait

F. Bahan Pengajaran

Kad Gambar, Kad bentuk 2D, Alat tulis, Lembaran Kerja

Page 2: Rph Perimeter Tahun 5

G. Alatan

Papan Putih, Pen Marker, Kad Manila, Sampul Surat dan Kertas Mahjong

G. Penilaian

1. Interaksi Secara Lisan

2. Perbincangan Hasil Kerja

3. Kerja Kumpulan

H. Rumusan/Refleksi

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

Persediaan 1. Guru menunjukkan satu persatu bentuk 2D dihadapan kelas

2. Guru meminta seorang murid datang kehadapan untuk menamakan bentuk 2D yang dipamerkan.

3. Murid diminta untuk mengukur setiap sisi bagi setiap bentuk tersebut dan melabelkan ukuran tersebut.

1. Apakah nama bentuk yang kamu lihat?(murid menyatakan nama bentuk dan menulis nama bentuk 2D yang ditunjukkan oleh guru)

2. Bagimanakah kita hendak mengukur setiap sisi bentuk tersebut?(murid menyatakan alat yang digunakan)

3. Siapakah yang boleh kehadapan untuk mengukur sisi bentuk 2D ini?(murid kehadapan dan mengukur sisi dan melabelkan ukuran tersebut)

Page 3: Rph Perimeter Tahun 5

Imaginasi 1. Guru bertanya kepada murid beberapa soalan tentang satu situasi

2. Guru mengaitkan tentang pagar dengan ukuran keliling sesuatu bentuk dan mengitkannya dengan perimeter.

3. Guru menunjukkan satu lagi situasi dalam sebuah gambar dan bertanyakan solan.

4. Guru mengaitkan tentang perimeter yang melibatkan gabungan beberapa bentuk dan menegaskan objektif yang akan dipelajari hari ini.

Penegasan :Perimeter bermaksud ukur keliling

5. Guru menunjukkan beberapa contoh pengiraan perimeter melibatkan gabungan beberapa bentuk.

1. Anda hendak memagar kawasan rumah anda bagi mengelak pencuri masuk ke kawasan rumah kamu.a) Bentuk apa yang sesuai?b) Di mana hendak memagar

kawasan?c) Bolehkah kita memagar di

dalam rumah?

2. Ada 2 buah rumah bersebelahan, Zizan dan Emma. Mereka bercinta dan ingin berkahwin. Setelah berkahwin mereka ingin mencantumkan rumah mereka.a) Bagaimanakah tindakan

mereka ?b) Apakah yang kamu boleh

fikirkanc) Hasil daripada tindakan

mereka.

3. Hari ini kita akan belajar perimeter daripada gabungan beberapa bentuk 2D.

4. Guru menegaskan kepada murid bahawa garisan atau bahagian diantara 2 bentuk (cantuman) tidak dikira.

Page 4: Rph Perimeter Tahun 5

Perkembangan

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi 1 tugasan untuk diselesaikan.

3. Tugasan yang diberkan ialah mengukur dan mengira perimeter berdasarkan tugasan yang diberikan.

4. Hasil tugasan dipamerkan dihadapan kelas

1. Setiap kumpulan akan diberikan soalan tugasan untuk kumpulan masing-masing.

2. Semua kumpulan perlu membaca dengan teliti dan bekerjasama ketika menyiapkan tugasan.

3. Arahan tugasan disertakan dalam sampul yang diberikan.

Tindakan 1. Berdasarkan aktiviti dalam fasa perkembangan guru menerangkan cara untuk mendapatkan jawapan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja secara individu bagi menguji kefahaman murid.

3. Perbincangan jawapan bersama murid

Pentaksiran Murid dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 3 soalan daripada 4 soalan yang diberikan.

Nilai dan sikapTeliti, bekerjasama dan hormat menghormati

Refleksi

Page 5: Rph Perimeter Tahun 5