Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam BilikDarjah.
Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai
material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar dari sistem
persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum
Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam bilik
darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran
yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan
kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting
terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latarbelakang. Guru perlu bijak
memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua
guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan
bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak
mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan
dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan
dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum
yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluanguntuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk
berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu
mereka untuk mempelajari secara tidak langsung mengenai budaya kaum-kaum lain.
Sekiranya di dalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial di kalangan murid, guru harus
memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang
rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial
atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid-murid untuk bergaul dengan bebas tanpa
ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai
perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu
murid dari kelas social bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.
Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan
yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan
amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid
berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu
memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung.
Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru
perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan
menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang
murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan
agama murid. Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi di mana
berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang
berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran
untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi
pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan
kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran lain untuk
menangani masalah perselihan faham ini ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara
pihak yang terlibat dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat
guru yang adil ketikamenanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya
ketidakpuasan hatiterutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas
sosial.Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika
mengajardidalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai
muridyang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi
mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan
membukapeluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti
pengajarandan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat
memahamipenggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan,
dialekKelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana
tidaksemuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yangmelibatkan
unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guruperempuan bias
kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkankerana akan wujudnya jurang
diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkandari melakukan perkara-perkara begini.
Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran,wujud ketaksamaan peluang antara pelajar
permpuan dan pelajar lelaki sepertimatapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan
menjadi kebiasaan, kebanyakanmurid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang
aktiviti pengajaran danpembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini
dapat membukapeluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang
dimonopolioleh lelaki.
L
angkah-
L
angkah
M
engatasi
Ketaksamaan
P
eluang
P
endidikan
Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagisesebuah peradaban
adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadahpendidikan ianya akan melahirkan
manusia berilmu yang pasti beriman danberamal dengan didikan yang diperolehinya.
Menyedari akan hakikat ini, pihakkerajaan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 telah merangka
satu pelan sertabertungkus lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam
mempersiapnegara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) di bawah
Teras Ke-4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)adalah untuk merapatkan jurang
pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomidan tahap keupayaan murid. Matlamat KPM
adalah untuk memastikan semuasekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang
sama untukmencapai kecemerlangan dalam pelajaran. KPM telah mengenal pasti
jurangpendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapatditingkatkan. (
S
um
ber: Bab 7- Merapatkan J
u
rang Pendidikan dala
m
PIPP 2006-2010
)
.
KPM telah menyediakan 19 jenis Bantuan Persekolahan kepada muridpada setiap tahun seperti
jadual di bawah.