Download ppt - RUMAH LIMAS

Transcript
Page 1: RUMAH LIMAS

Rumah Limas : Warisan Seni Bina Melayu Johor

Di sediakan oleh : Muhammad Nur Bin Mokhtar

D20081033404

Disediakan untuk :Puan Kalsum binti Umar

Page 2: RUMAH LIMAS

Kajian ini memfokuskan kepada bidang sosibudaya.

Permasalahan kajian untuk kajian ini ialah :

• Mengkaji falsafah yang digunakan dalam seni bina

rumah limas masyarakat Melayu Johor.

• Mengkaji penerimaan rumah limas dalam konteks

masyarakat moden.

Page 3: RUMAH LIMAS

Menghuraikan falsafah serta tujuan estetika yang

terkandung berbagai maksud dan makna di

sebalik motif-motif yang digunakan serta

perletakannya dalam seni bina rumah limas

masyarakat Melayu Johor.

Mengkaji penerimaan rumah limas dalam konteks

masyrakat moden dan penggunaan rumah limas

dalam masyarakat Melayu Johor.

Page 4: RUMAH LIMAS

3.1 Kaedah Kajian Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah

kualitatif. Kaedah kualitatif adalah merupakan kaedah yang menggunakan komen lisan, pernyataan perasaan, pendapat, tanggapan, persepsi dan sebagainya sebagaimana dilihat di dalam temu bual.

Page 5: RUMAH LIMAS

3.2 Tatacara Pemerolehan Data Dalam kajian ini terdapat dua data asas iaitu

data sekunder dan data Primer. Data sekunder diperolehi melalui kajian

lapangan yang akan dijalankan. Manakala data primer diperoleh melalui

rujukan bahan atau lebih dikenali sebagai kajian perpustakaan.

Bahan yang digunakan seperti bahan bacaan di perpustakaan , jurnal , majalah , internet serta kajian lepas yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji

Page 6: RUMAH LIMAS

3.2.1 Kajian Lepas

Kajian ini berdasarkan kajian lepas melalui penulisan :

• Menurut Tajudin bin Mohd Rosdi (2004) dalam penulisannya : Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-rumah Tradisi. Skudai (UTM). – Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan dan pengaruh agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina barat juga tidak mampu menandinginya

Page 7: RUMAH LIMAS

Rumah bentuk limas mula berkembang dan popular di Malaysia sejak pertengahan kurun ke 19. Pengaruh budaya luar seperti Pattani, Bugis, Riau dan Jambi mempengaruhi reka bentuk Rumah Limas di Johor.

Faktor kemampuan ekonomi menyebabkan masyarakat Johor khususnya pada hari ini berubah tinggal di rumah teres dan apartment yang jauh lebih sesuai dengan kemampuan ekonomi mereka. ( Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon ) Kesenian Melayu. (UKM).

Page 8: RUMAH LIMAS

“ Rumah Limas di Johor” yang didirikan di atas tiang-tiang untuk membina projek perumahan di kawasan yang kerap dilanda banjir. ( Berita Wilayah, Berita Selatan, Mei 24 ) Hal ini memberi nafas baru kepada rumah Limas yang kian terpinggir.

Page 9: RUMAH LIMAS

3.2.2 Kajian Rintis ( Pilot Survey )

Kajian Rintis merupakan satu metodologi yang releven dalam kajian falsafah ini. Rasionalnya, kajian ini tidak akan melibatkan penggunaan set soal selidik, bahkan hanya mendiskripsi serta menganalisis data melalui rujukan sumber kedua (secondary information). Kajian ini turut melibatkan pemerhatian secara langsung (pilot survey) sebagai satu cara mendapatkan latarbelakang seni bina rumah Limas.

Page 10: RUMAH LIMAS

3.2.3 Pemerhatian dan Penglibatan

Melibatkan beberapa penduduk di sekitar daerah Muar dan Batu Pahat yang masih menggunakan rumah limas .

Dalam konteks ini pengkaji cuba mengkaji bagaimana falsafah yang digunakan dalam seni bina rumah limas khususnya di daerah Muar dan Batu Pahat.

Page 11: RUMAH LIMAS

3.2.4 Temubual

Temubual dibahagikan kepada dua iatu secara rasmi dan tidak rasmi.

Secara rasmi : diselenggara oleh pengkaji sendiri dengan mengemukakan soal selidik kepada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang rumah limas.

Dua kategori responden iaitu : - mereka yang masih meggunakan rumah limas. - masyarakat yang tidak menggunakan

rumah limas.

Page 12: RUMAH LIMAS

Untuk mendapatkan informan dalam kategori pertama, empat individu yang memiliki rumah limas dari daerah Muar dan Batu Pahat telah di pilih, iaitu :

(i) Haji Nawawi Bin Abu Hassan ( Senggarang, Batu Pahat)

(ii) Hajah Simah Binti Yassin ( Parit Punggur, Batu Pahat)

(iii) Mohd Jam bin Borham ( Parit Jamil, Muar) (iv) Hamidah binti Saat ( Bakri, Muar)

Page 13: RUMAH LIMAS

Dalam kategori kedua , informan terdiri daripada individu yang tidak pernah menggunakan rumah limas.

Mereka merupakan penduduk tempatan daerah Muar dan Batu Pahat.

Temubual tidak rasmi bertujuan memperoleh pandangan anggota masyarakat tentang rumah limas.

Page 14: RUMAH LIMAS

3.3 Analisis Data

Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan rakaman video, kamera, dan rakaman suara. Bahan-bahan teknologi yang lain seperti komputer turut akan digunakan bersama bagi membantu kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

Page 15: RUMAH LIMAS

Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka.

Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan

Page 16: RUMAH LIMAS

Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan atau pengaruh daripada agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina Barat juga tidak mampu menandinginya. Rumah limas biasanya dibina menghadap matahari naik atau jatuh untuk menyesuaikannya dengan arah kiblat dan juga untuk mengawal suhu di dalam rumah.

Unsur sufisme dalam seni bina rumah limas adalah sebagai satu perumpamaan kubur supaya sentiasa mengingati kematian. Dengan itu, manusia akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan mengamalkan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T

Page 17: RUMAH LIMAS

Jika dibandingkan dengan masyarakat moden semua proses pembinaan rumah diserahkan kepada kontraktor sepenuhnya. Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat tradisional tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini atas alasan kesuntukan masa, sikap pentingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan seharian dan terlalu mengejar kebendaan

Budaya meterial dan sekular yang dibawa oleh penjajah dan media pada masa kini telah mengancam amalan bantu-membantu dalam jiwa mereka. Keadaan ini juga turut menyumbang kepada perlambakan kawasan-kawasan perumahan. 

Page 18: RUMAH LIMAS

Masyarakat Melayu khususnya ghairah menjual tanah mereka dan akibat daripada itu, mereka tidak lagi mempunyai tanah dan cenderung untuk memilih rumah teres sebagai alternatif tempat tinggal. Selain itu, ketandusan budaya yang semakin ketara dalam masyarakat setempat telah menjadikan upacara-upacara seperti menyembelih haiwan sebagai tanda kesyukuran terus dilupakan dan dianggap sebagai khurafat.

Page 19: RUMAH LIMAS
Page 20: RUMAH LIMAS
Page 21: RUMAH LIMAS
Page 22: RUMAH LIMAS
Page 23: RUMAH LIMAS

• Sesungguhnya budaya, kesenian dan kesusasteraan dalam sesebuah negeri sebenarnya mencerminkan identiti negeri dan masyarakat negeri berkenaan.

• Oleh itu, keperluan untuk kita mempertahankan seni warisan tersebut amatlah dituntut bagi menghalangnya daripada hilang dimakan masa dan lenyap dipukul ‘badai’.

• Dalam seni bina tradisional rumah limas, langkah yang lebih drastik perlu diambil untuk memelihara dan memulihara saki baki rumah limas dan mengkomersialkannya untuk tatapan generasi masa hadapan.

Page 24: RUMAH LIMAS

Jangkaan masa hadapan terhadap kewujudan rumah ini pada masa hadapan masih lagi kabur memandangkan minat serta kecenderungan generasi kini terhadap rumah limas semakin terpinggir.

Oleh hal yang demikian, program pembudayaan seni warisan perlulah dijalankan dari masa ke masa untuk terus mempromosi rumah limas ke arena yang lebih global lagi


Recommended