8/4/2019 rumput hiasan
1/17
40
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
2.3 Rumput Hiasan
Pengenalan Kepada Rumput Hiasan.
Rumput hiasan adalah tumbuhan yang memerlukan penjagaan yang rapi serta
perlindungan dan teduhan dari pancaran terus cahaya matahari.Mendedahkan
tumbuh-tumbuhan ini kepada cahaya matahari akan membantutkan
pertumbuhannya. Tanaman rumput hiasan lazimnya digunakan untuk tujuan hiasan
di luar bangunan dan juga ditanam dibawah pokok naungan di luar bangunan atau
dilaluan yang dilindungi oleh atap "transparent".
Bila bercerita tentang rumput kita sering mendengar tentang perkataan-
perkataan seperti Rumput Lembu, Rumput Kerbau, Rumput Bermuda, Rumput
Zoysia dan juga nama-nama Inggeris yang pelik seperti Lovegrass, Tifdwarf, Tifeagle
dan sebagainya. Kita tahulah itu nama-nama rumput, tapi kenapa kadang-kadang
rumput yang dipanggil Cowgrass (Rumput Lembu) disatu tempat berbeza dengan
rumput di tempat yang lain? Kenapa Tifdwarf di satu padang golf tak sama dengan
Tifdwarf di padang golf lain yang juga mendakwa green mereka ditanam dengan
Tifdwarf?
Ini semua adalah nama-nama umum untuk rumput atau tumbuhan. Dan kita
tahu memang nama untuk satu tumbuhan atau haiwan memang berbeza dari satu
tempat ke tempat yang lain.Oleh itu para saintis telah memberi nama saintifik (atau
nama botani) kepada setiap tumbuhan dan haiwan. Nama tersebut adalah dalam
bahasa Latin jadi kadang-kadang ia juga dipanggil sebagai nama Latin. Setiap
nama saintifikterdiri dua nama; satu nama generik dan satu nama spesifik. Nama
generik ialah nama genus untuk tumbuhan itu. Nama spesies ialah nama paling asas
untuk klasifikasi suatu kumpulan individu tumbuhan. Ia adalah nama yang
menggambarkan perbezaan spesies itu kepada spesies yang lain dalam kumpulan
genus yang sama.
8/4/2019 rumput hiasan
2/17
41
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Nama spesies kekadang ialah nama orang yang menemui spesies tersebut,
atau rupa spesies itu dalam Latin, atau nama tempat asal spesies itu. Kita ambil
contoh Zoysia matrelladan Zoysia japonica. Zoysia adalah nama genus dan matrella
dan japonica ialah nama spesies. Oleh kerana mereka mempunyai nama generik
yang sama, ini menunjukkan mereka mempunyai pertalian yang rapat berbanding
dengan rumput yang lain. Dua lagi perkataan yang biasa di dengar
ialah variety dan kultivar. Biasa perkataan-perkataan ini digunakan boleh bertukar
ganti tapi sebenarnya maksud keduanya adalah berbeza. Variety ialah sekumpulan
tumbuhan didalam populasi semulajadi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang
di pilih oleh tekanan alam (cuaca panas, air yang banyak dsb). Variety biasanya di
tanam dari bijibenih. Kultivar ialah suatu tumbuhan yang di pilih oleh manusia kerana
ciri-ciri mereka yang berbeza dari tumbuhan asal. Kultivar biasanya akan ditanam
secara vegetatif supaya ciri-ciri tersebut dikekalkan. Untuk rumput, ini bermakna
menanam dari sod, stolon atau rhizom.
Secara umum terdapat beberapa jenis rumput hiasan seperti rumput tikar
(Axonopus), rumput bermuda (Cynodon Dactylon), rumput serangoon (Digitaria
Didacttyla), rumput zoysia (Zoysia Matrella), rumput lipan (Eremochloa Orphiuriodes)
dan rumput st augustine (Stenotaphrum Secundatum) menjadi pilihan untuk
menstabilkan tanah, merendahkan suhu dan menyerap gas pencemar.
Rumput seperti ini memerlukan penyelenggaraan dan pemotongan dengan
kaedah yang betul serta berjadual untuk menyeragamkan ketinggiannya.
Sesetengah peminat seni taman pula mengambil pendekatan menanam pelbagai
koleksi rumput yang tidak kurang cantiknya sebagaimana pokok bunga.
Rumput Sweet Vernal yang mengeluarkan bau, rumput ekor kucing yang
mencapai ketinggian 100 sentimeter, rumput ekor musang, rumput barli dengan
bunganya yang tersusun dalam bentuk spika yang rapat. Rumput di kawasan tandus
seperti Rai dan rumput Couch dengan bunganya yang tersusun dalam gugusan dan
tanpa tangkai. Rumput yang bunganya tersusun dalam gugusan bertangkai seperti
rumput Cock Foot turut menjadi nilai pasaran sekarang.
8/4/2019 rumput hiasan
3/17
42
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Lebih cantik lagi sekiranya rumput Brome, rumput bulu berjumbai yang
bunganya mempunyai jejanggut yang berkembang dalam gugusan, rumput Bent,
rumput lembut, rumput quaking, rumput padang dan rumput air tanpa jejanggut
ditanam secara sekelompok. Bagaimanapun, ada rumput tempatan dibenci pemilik
taman bunga. Ia digelar rumput degil. Sesetengah spesies disebut sebagai rumput
Israel yang dianggap perosak kepada keindahan taman. Bakanya sukar dihapuskan
sepenuhnya walaupun menggunakan racun rumpai kecuali semua akarnya digali
dan dimusnahkan. Kesukaran untuk memusnahkan rumput yang degil ini
menyebabkan peminat seni taman menggunakan pelbagai alternatif termasuk
menggunakan dekorasi batu-batan sebagai penutup bumi.
Selain itu, Rumput menghijau di taman berupaya memberikan sudut
pandangan berbeza dan mengilhamkan suasana semula jadi. Anda yang gemarkankelainan dan memanfaatkan kreativiti boleh mempelbagaikan reka letak rumput
hiasan itu. Apatah lagi menanam rumput hiasan di dalam taman mewujudkan
suasana segar dan menginspirasikan ketenangan sepanjang masa. Hijau semula
jadi yang diserlahkan pada menerusi hamparan rumput hiasan segar itu
membuatkan kaki lebih selesa ketika berpijak terutama sudut santai dan tempat
kanak-kanak bermain. Ia menzahirkan suasana taman sebenar selain membuatkan
suasana lebih bersih dan terjaga.
Rumput Israel.
8/4/2019 rumput hiasan
4/17
43
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Tumbuhan Rumput Hiasan Yang Dipilih. (Rumput Bermuda)
Rumput bermuda adalah hibrid "perkahwinan" di antara Cynodon dactylon
dengan Cynodon transuaalensis. Rumput ini hidup subur dalam cuaca panas terik
juga berupaya menerima hujan yang banyak. Dalam cuaca tidak menentu, daunnya
tumbuh kurus dan panjang. Sesuai untuk kawasan lapang seperti padang golf, bola
dan taman permainan lapang.
Rumput Bermuda adalah berasal dari selatan Afrika dan tenggara Asia. Iatelah digunakan secara meluas di tropika dan beriklim sederhana panas wilayah
sebagai rumput pastura dan salah satu daripada rumput turf utama di dunia. Rumput
bermuda ini tumbuh secara meluas ditanam di selatan-timur Amerika Syarikat, di
mana mereka telah membangunkan hibrid dari jenis tumbuhan ini sebagai makanan
kepada makanan ternak yang kualiti.
Cynodon dactylon
Scientific classification
Kingdom: Plantae
Order: Poales
Family: Poaceae
Genus: Cynodon
Species: C. dactylon
http://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classificationhttp://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classificationhttp://en.wikipedia.org/wiki/Plantaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Poaleshttp://en.wikipedia.org/wiki/Poaceaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Poaceaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Cynodonhttp://en.wikipedia.org/wiki/Cynodonhttp://en.wikipedia.org/wiki/Cynodonhttp://en.wikipedia.org/wiki/Poaceaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Poaleshttp://en.wikipedia.org/wiki/Plantaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classification8/4/2019 rumput hiasan
5/17
44
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Padang rumput di tenggara Amerika Syarikat yang terdiri daripada rumput
Bermuda Itali. Di Malaysia, tumbuh-tumbuhan liar telah disemai secara meluas
sebagai rumput dan sekali-sekala di Pematang. Rumput ini yang tidak aktif pada
musim sejuk dan tumbuh secara aktif daripertengahan musim bunga musim panas
dan kemudian pada musim luruh sehingga frosts yang pertama. Untukpertumbuhan
yang baik ia memerlukan suhu yang hangat dengan purata harian kira-kira 24 C.
Rumput bermuda banyak ditanam di kawasan padang golf. Rumput Bermuda
memang sangat sesuai dan popular digunakan di padang golf malaysia maupun
negara lain sekitar katulistiwa.
Rumput Bermuda Di Kawasan Padang Golf.
8/4/2019 rumput hiasan
6/17
45
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Variasi Rumput Bermuda.
Seperti yang kita ketahui setiap tumbuhan mempunyai variasinya yang
tersendir tidak kiralah sama ada ianya wujud secara semulajadi ataupun bukan
semualjadi. Rumput bermuda juga terdapat banyak variasi hasil seleksi dan yang
telah dikacukan. Kebanyakan variasi yang dikacukan bersifat steril (tidak
menghasilkan benih yang dapat tumbuh) dan dibiakan secara vegetatif.
Beberapa contoh varietas rumput bermuda hasil kacukan yang dilakukan di
Amerika antaranya ialah Everglades, Midway Pee Dee, Royal Cape, Texturf 10,
Tifdwarf, Tiffine, Tiffgreen, Tiflawn, Tifway dan U3. Beberapa variasi ini, terutama
Tifway. Tiffine, Tifgreen dan Tifdwarf yang dihasilkan oleh pusat Percubaan
Pertanian Georgia di Tifton dari divisi Penelitian Tanaman Departemen Pertanian
Amerika, sangat popular di Malaysia. Keempat variasi ini merupakan hibrid turunan
pertama (F1) antara C dactylon dengan C transvaalensis. Keempat varietas ini
diperbanyak secara vegetatif dengan stolon, tidak boleh dibiakan dengan benih.
Tifway Tifdwarf Tiffine Tiffgreen
Variasi Rumput Bermuda Yang Tidak Boleh Dibiakkan
Dengan Benih
8/4/2019 rumput hiasan
7/17
46
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Variasi Tifway, berdaun hijau tua dan kaku. Waktu masih dalarn petak
percubaan, variasitiini diberi nomor Tifton 419. Tifway dinilai sama atau lebill
dibanding Tiffine dan Tifgreen dalam sifat ketahanan terhadap penyakit, kerapatan,
letahanan terhadap penyakit. Paling sesuai halaman rumah.
Tiffine, yang di petak percubaan disebut Tifton 127, dibanding "common bermuda"
daunnya lebih hijau muda, lebih tahan penyakit, dan jauh lebih halus teksturnya
Tifgreen, rnerupakan hibrid terbaik diantara beberapa turunan pertama C
dactylondengan C. transvaalensis dengan kode Tifton 328, mempunyai ketahanan
terhadap penyakit, berwarna hijau tua. Untuk green, Tifgreen ini membentuk
permukaan putting yang lebih baik dibanding Tiffine.
Manakala variasi tifdwarf, dihasilkan melalui mutasi vegetatif yang terjadidalam Tifgreen (Tifton 328) di Tifton sebelum stok penanaman pertama dikirim keluar
untuk percubaan awal. Morfologi varisi ini bersaiz kecil dengan daun, batang, buku
dan malai yang kecil, pendek, tahan terhadap pemangkasan 6 mm, lebih bagus
daripada Tifgreen. Dibanding Tifgreen, variasi mutasi ini lebih hijau tua, memerlukan
baja lebih sedikit untuk mendapatkan warna vang sama dan sebanding dalam
ketahanannya terhadap penyakit.
Manakala variasi yang boleh dibiakkan dengan benih adalah varietas dari
common bermuda (C. Dactylon). Varietas yang benihnya tersedia secara komersial
di pasaran internasional adalah Guymon, New Mex Sahara, Sonesta, Cheyene,
Sundevil. dan Arizona Common. Menurut para peneliti, dalam waktu tak lama lagi
akan dihasilkan varietas-varietas baru yang dapat diperbanyak dengan benih.
Keuntungan tersedianya benih adalah kos yang lebih murah.
8/4/2019 rumput hiasan
8/17
47
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Ciri-Ciri Dan Sifat Fizikal Dan Ciri Botani Rumput Bermuda.
Ciri utama rumput bermuda ini adalah ujung daunnya yang berbentuk seperti
perahu dan adanya garis terang yang sejajar pada kedua sisi pembuluh pusat helai
daun. Dalam spesies ini terdapat banyak varietas, misalnya Brunswick, A-34 dan
Baron, yang berbeda warna, tekstur, kerapatan, toleransi terhadap pemangkasan
pendek, ketahanan terhadap hama penyakit, dan parameter lainnya. Didaerah
beriklim sedang/dingin atau di dataran tinggi tropis, rumput ini banyak ditanam untuk
lapangan atletik, taman dan lapangan golf (kecuali green).
Ciri botani tumbuhan rumput bermuda ini ialah:
I. Daun halus-membentuk permukaan yang sangat cantik
II. Perlu cahaya matahari dan tidak tahan kepada naungan
III. Tahan dipijak
IV. Tumbuh cepat dan agresif-perlu dipotong mengikut jadual-penyelenggaraantinggi
V. Kaedah pembiakan-biji benih/tampang
Nama Daun Tanah Tahan Jagaan Biakan
C. dactylon Halus Pelbagaijenistanah-saliran baik
Tidaktahannaungan
Tinggi B.Benih /tampang
8/4/2019 rumput hiasan
9/17
48
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Kegunaan Rumput Bermuda.
Rumput bermuda mempunyai pelbagai kegunaan seperti menghalang hakisan
tanah.Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air berbanding tanah
lapang yang botak. Mengurangkan habuk seperti tanah lapang yang botak akan
berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan
membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan berumput juga boleh
membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat' berbanding kawasan
yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit, tar, jubin dan
sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan pergerakan air.
Selain itu, rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir
melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai,
tasik dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan
kimia atau lain-lain cemaran berbentuk cecair.
Menghalan
g hakisantanah
Mengura
ngkan
habuk
Menapis
air
Mengelakk
an larian
permukaan
Memerangkap
Pencemaran
Membekalk
an oksigen
Nilai
hartanah
Kawasan
rekreasi
Kecantikkan
8/4/2019 rumput hiasan
10/17
49
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap
sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia
akan menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran. Melalui
proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan
membebaskan oksigen (O2) seterusnya oksigen yang dibebaskan Membekalkan
oksigen kepada manusia.
Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang
sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan
sekelilingnya. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari
yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan
mata.Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi ataupun padang
sukan
Nilai hartanah akan menjadi tinggi jika dipelihara mengunakan Rumput
Bermuda. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain
atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau
mengadap) kawasan rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester
United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di
penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
8/4/2019 rumput hiasan
11/17
50
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Amalan Kultur Bunga Tahi Ayam.
Persediaan Tanah Dan Penanaman.
Top soil bagus dan mudah untuk semua jenis tanaman termasuk rumput. Cuma
ia menjadi tidak praktikal bila kawasan sangat besar. Definasi Besar atau kecil
terpaksalah anda pertimbangkan sendiri mengikut perbelanjaan yang diperuntukkan.
Berhati-hati ketika memilih top soil yang terdapat di pasaran dan pastikan tanah
tersebut diproses dengan betul untuk mengelakkan kewujudan biji benih rumput liar
dalam medium penanaman.
Alternatif kepada top soil ialah untuk laman atau fairway campurkan tanah liat,
silt dan pasir dengan peratusan pasir tidak kurang 50% tapi tanah liat jangan
melebihi 30% . ia tak simpan air dan perlu di siram selalu. Guna baja organik yang
kandungan P dia tinggi. Baja N-P-K lebih kurang 5-13-5. Kandungan fosforus
bagus untuk akar. tabur seminggu sekali. Segenggam untuk 1m persegi lebih
kurang 100 kaki persegi.
TOPSOIL
Baja N-P-K
8/4/2019 rumput hiasan
12/17
51
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Penanaman rumput bermuda boleh dilakukan se cara plug ataupun plugging
adalah cara menanam yang berada di antara sprig dan sod. Malahan ada sumber
yang menggelar cara ini sebagai sprig juga kerana ia menggunakan cebisan rumput
yang besar tetapi rumput tidak di buang tanah dan di tanam hampir sama seperti sod
tetapi pada jarak yang sama seperti sprig.
Korek lubang sebesar 22 inci juga di tempat yang anda ingin tanam. Jarak di
antara lubang ialah 6 inci. Jika jarak terlalu jauh, akanmengambil masa terlalu lama
untuk rapat dan rumpai akan masuk.Kedalaman lubang bergantung kepada berapa
tebal plug itu. Tanam supaya plug tersebut berada di bawah paras tanah.
Saiz plug 2 x 2 inci dan di tanam jarak 2-3 inci
Lukisan Mudah Tentang Menanam Cara Plug
http://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/planting-by-sprig-001.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/plug-remake.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/planting-by-sprig-001.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/plug-remake.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/planting-by-sprig-001.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/plug-remake.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/planting-by-sprig-001.jpghttp://mynormas.files.wordpress.com/2011/04/plug-remake.jpg8/4/2019 rumput hiasan
13/17
8/4/2019 rumput hiasan
14/17
53
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Baja organik juga boleh digunakan untuk pembajaan rumput bermuda
seperti baja taik ayam, taik kelawar dan lain-lain, apa yang akan berlaku ialah
beberapa proses tertentu akan menukarkan kandungan-kandungan dalam baja
tersebut kepada nutrien yang boleh di gunakan oleh tumbuhan. Begitu juga jika
rumput yang dipotong di biarkan untuk masuk ke dalam celah-celah rumput dan tidak
di kutip, sebahagian nutrien akan kembali ke tanah melalui proses pereputan. baja
organik akan mengandungi peratusan kandungan nutrien yang kurang berbanding
dengan baja kimia jadi walaupun harga bajanya murah, ia perlu di beli dengan
kuantiti yang lebih banyak. Kebaikannya ialah ia akan membantu menaikkan
kandungan bahan organik tanah yang di perlukan untuk sebab lain.
Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui fizikal dan
kimia. Kawalan secara fizikal boleh dilakukan melalui tenaga manusia tetapi hanya
terhad kepada kuantiti rumpai yang sedikit. Mankala kawalan secara kimia pula
dengan pengunaan racun rumpai dan kaedah ini amat sesuai digunakan untuk
kuantiti rumpai yang banyak.
Selain itu, Penyelenggaraan Harian bpleh dilakukan dengan melakukan
pemotong rumput ,menyiram, menanam semula, mengawal rumpai. Tujan
pemotongan rumput dibuat untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rumput
Jenis rumput Tinggi Potongan Kekerapan seminggu
Bermuda 1.3 3.0 3
Daun-daun rumput yang telah dipotong jika ianya halus dan sedikit hendaklah
dikumpulkan dan boleh juga dibiarkan untuk dijadikan baja apabila berlaku
pereputan. Jika terlalu tebal dan teksturnya kasar maka hendaklah dijadikan
sungkupan pada pangkal-pangkal pokok.
8/4/2019 rumput hiasan
15/17
54
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Penyelenggaraan suku tahunan boleh dilakukan dengan kaedahPengudaraandengan mengunakan mesin mekanikal.proses ini bertujuan mengurangkan
kepadatan tanah, menyenangkan perkembangan akar, membolehkan air, udara dan
baja meresap ke dalam tanah.
Proses Dethatching juga perlu dilakukan untuk operasi membuang rumput yang
berbatang- batang dan lapisan rumput yang telah mati. Proses ini boleh
meningkatkan semula kesuburan tanah dan untuk mengurangkan timbunan jejerami
terbentuk.
Mesin Mekanikal PengudaraanTanaman
Mesin Dethatching
8/4/2019 rumput hiasan
16/17
55
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Penyakit Dan Perosak.
Beberapa penyakit yang sering terdapat pada rumput bermuda antara lain
bercak daun oleh jamurjamur Curvularia Sp., Helminthosporium sp., dan Bipolaris
sp., "brown patch" (Rhizoctonia sp.), busuk Pythium, dan "dollar spot". Sedangkan
hama utamanya , adalah ulat grayak dan anjing tanah (orongorong). Selain yang
utama itu, tentu banyak pengganggu lainnya vang relatif kurang penting seperti
belalang, wereng daun, beberapa jenis kumbang kecil, nematoda dan lainlain.
Selalu Menyerang Rumput Taman Jenis
Bermuda Dan Zoysia Yang Dalam
Keadaan Basah Dan Pembajaan yangTinggi.
Army Worms (Spodoptera Exiqua)
8/4/2019 rumput hiasan
17/17
56
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad
Pembiakan Aseks (stolon)
Pembiakan stolon dapat dilakukan melalui bahagian-bahagian tertentu rumput
tersebut. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang
biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga
dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama
dengan tumbuhan induk.
Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Tiap jenis
rumput akan mempunyai sifat stoloniferous atau rhizomatous yang akan
menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan. Pucuk daun atau akar akan
keluar dari nod. Jika stolon atau rhizom mempunyai nod dan jatuh di kawasan yangmempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun
untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru.
Jika anda tanam dengan cara sprig; iaitu mengambil cebisan dari rumput dan
tanah dan menanamnya, ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan
akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya.
Faktor kejayaan pembiakan.
Teknik pembiakan ini merupakan teknik pembiakan rumput bermuda yang
paling sesuai sekali digunakan kerana tiap jenis rumput akan mempunyai sifat
stoloniferous atau rhizomatous yang akan menunjukkan bagaimana ia paling
mudah dibiakkan. Selain itu teknik ini mudah dilakukan dan mempunyai kos
tangungan yang rendah kepada pengusaha.
Proses Pembiakan Secara Stolon