Download docx - RUMUSAN BAHASA MELAYU

Transcript
Page 1: RUMUSAN BAHASA MELAYU

6.0 RUMUSAN

Asal Usul Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia

di Yunan. Terdapat dua kumpulan yang diakitakn dengan asal usul bangsa Melayu.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia

Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunan mereka ialah

Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka berpindah ke Asia

Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.Keturunan mereka

ialah orang Melayu di Malaysia Mereka dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada

Melayu Proto.Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk

tanam.Bilangan Melayu Deutro lebih banyak daripada Melayu Proto.Mereka

menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan

pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa Melayu mempunyai bunyi vokal, bunyi diftong dan bunyi konsonan.

Bunyi vokal terbahagi kepada vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang

mengikut kedudukan alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat. Pelabelan

nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah, iaitu depan, belakang atau tengah

manakala bentuk bibir dan saiz rongga mulut pula menentukan jenis vokal.

Diftong pula adalah bunyi geluncuran. Bunyi ini dihasilkan dengan

geluncuran. Terdapat tiga bunyi diftong iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh

membentuk suku kata.

Konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada konsonan

letupan, konsonan letusan, konsonan sengau, konsonan geseran, konsonan

getaran dan konsonan sisian.