RUQYAH SYAR’IYYAH
الرقية الشرعية
DARI NERACA
AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH
Disediakan Oleh:
Abū Ḥumayd, Abang Sufrī Maḥmūd Bin Abang Usop
ابنج سفري محمود بن أ ابنج يوسف ديأ أ بو حم أ
© Hakcipta Abang Sufri Mahmud Bin Abang Usop, 2014
RUQYAH SHAR’IYYAH: DARI NERACA AL-QUR‘ĀN & AS-SUNNAH
الرقية الرشع دية يف مزيان القرأ ن والس نة
يف اللغة املاليوية
© Hakcipta Abang Sufri Mahmud Bin Abang Usop, 2014
016-8696224
Dibenarkan bagi sesiapa sahaja untuk mencetak, menyalin, dan menyebarkan isi
kandungan risalah ini bagi tujuan pendidikan dan dakwah dengan menyebutkan
nama penulis sebagai sumber asal. Tidak dibenarkan untuk membuat cetakan,
salinan, dan sebaran bagi tujuan komersial tanpa keizinan bertulis daripada penulis.
Segala komentar dan kritikan untuk tujuan pembaikan dan kebaikan bersama adalah
amat dialu-alukan.
Edisi Pertama (Ringkasan), 2013
1
JADUAL TRANSLITERASI
Awalan: A / a ء
Akhiran: ‘ Dh / dh ض
Ṫ / ṫ ط B / b ب
Zh / zh ظ T / t ت
’ ع Ts /ts ث
Gh / gh غ J / j ج
F / f ف Ḥ / ḥ ح
Q / q ق Kh / kh خ
K / k ك D / d د
L / l ل Dz / dz ذ
M / m م R / r ر
N / n ن Z / z ز
W / w و S / s س
H / h ه Sh / sh ش
Ṡ / ṡ ص
Mad / Bunyi panjang Ḥarakāt / Baris Vokal
Ā / ā ىا A / a
Ū / ū ىو I / i
Ī / ī ىي U / u
Mad Līn / Diftong An / an
Aw / aw أو In / in
Ay / ay أي Un / un
2
ISTILAH-ISTILAH PENTING
Istilah / Kalimah Arab Sebutan Makna
‘Azza wa Jalla Yang Maha Perkasa dan Maha
Tinggi
Subḥānahu wa Ta’ālā Maha Suci Dia dan Maha Tinggi
Ṡallallāhu ‘alayhi wa
sallam
Semoga Allāh merahmatinya dan
memberinya kesejahteraan
‘Alayhi As-Salām Semoga sejahtera ke atasnya
Radhiyallāhu ‘anhu Semoga Allāh redha padanya
(lelaki)
Radhiyallāhu ‘anhā رضي هللا عنهاSemoga Allāh redha padanya
(perempuan)
رضي هللا عنهماRadhiyallāhu
‘anhumā
Semoga Allāh redha pada kedua-
duanya
Radhiyallāhu ‘anhum Semoga Allāh redha pada mereka
3
MUQADDIMAH
إن احلمد هلل، حنمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده اهلل أشهد أن ال إله إال اهلل وحده ال شريك اله وأشهد أن حممدا عبده فال مضل له ومن يضلل فال هادي له،
ورسوله.
﴾٢٠١عمران: آل﴿ات ق وا الله ح ق ت ق ات ه و ال ت وت ن إ ال و أ نت م مسل م ون آم ن وا الذ ين أ ي ه ا ي ا
ن ه ا ز وج ه ا و ب ث خ ل ق ك م الذ ي ر بك م ات ق وا الناس أ ي ه ا ي ا ة و خ ل ق م د ن ه م ا ر ج اال ك ث ري ا و ن س اء من ن فس و اح م ﴾٢نساء: ﴿الت س اء ل ون ب ه و ال رح ام إ ن الله ك ان ع ل يك م ر ق يب ا الذ يالله و ات ق وا
ا ي ا أ ي ه و م ن ي صل ح ل ك م أ عم ال ك م و ي غف ر ل ك م ذ ن وب ك م ﴾٠٠﴿ا الذ ين آم ن وا ات ق وا الله و ق ول وا ق وال س د يد ﴾٠٢-٠٠﴿الحزاب: ﴾٠٢﴿ي ط ع الله و ر س ول ه ف ق د ف از ف وز ا ع ظ يم ا
أما بعد،
ي ر الم ل ل م لة إ ب ر اه يم ، و أ إ ن أ صد ق احل د يث م الله ، و أ وث ق الع ر ى ك ل م ة الت قو ى، و خ ا ك ال ه ذ حس ن الق ص ي الق رآن ، و أ حس ن السن ن س نة حم مد ص لى الله ع ل يه و س لم ، و أ شر ف احل د يث ذ كر الله ، و ر ال م ور ع ز ائ م ه ا، خ
اء ، و أ ث ات ه ا، و أ حس ن ال دي ه دي ال نب ي اء ، و أ شر ف الق تل م وت الشه د ل ة غ و ش ر ال م ور حم د ل ة الضال ر الضال ي ر ال د ى م ا ا ي ر الع لم م ا ن ف ع ، و خ .تب ع ، و ش ر الع م ى ع م ى الق ل ب عد ال د ى، و خ ب
اللهم صل على حممد وأزواجه وذريته، كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على حممد وأزواجه وذريته، كما باركت على آل إبراهيم إنك محيد جميد
4
DEFINISI
1.0 Definisi “Ruqyah” Secara Linguistik
Dari segi bahasa, Ar-Ruqyah (الرقية) membawa erti Al-‘Ūdzah (العوذة), yang bermakna jampi
atau mantera1. Ia juga boleh membawa maksud memohon perlindungan, membenteng
dengan tangkal atau azimat, atau memohon Tuhan melindungi seseorang daripada sesuatu2.
Maka dari segi bahasa, perkataan ruqyah ini membawa maksud sesuatu yang dibacakan
berupa jampi atau mantera tanpa mengira bahasa, lafaz, dan kandungannnya. Dengan
makna literal ini, segala bentuk jampi yang menepati syarak, yakni yang tiada unsur syirik
dan juga yang tidak menepati syarak, yakni yang ada unsur syirik adalah termasuk.
2.0 Definisi “Ruqyah” Secara Terminologi
Dari segi syarak, ruqyah adalah jampi yang dibacakan ke atas penyakit seperti demam,
kerasukan/sawan, dan penyakit-penyakit yang lain3. Perkataan ruqyah dalam konteks ini
dapat ditakrifkan berdasarkan hadis-hadis Nabi yang banyak memperkatakan tentang hal
ini.
Antara hadis tersebut ialah seperti berikut:
Daripada Jābir Bin ‘Abdillāh bahawa dia berkata Rasūlullāh telah memberikan
keringanan untuk meruqyah (menjampi) akibat patukan ular yang dihadapi oleh Bani
‘Amr. Dan aku (Abu As-Zubayr) telah mendengar Jābir bin ‘Abdillāh telah berkata:
“Seorang pemuda di kalangan kami telah dipatuk oleh kala jengking ketika kami duduk
bersama-sama dengan Rasūlullāh . Lalu seorang pemuda bertanya, “Ya Rasūlallāh,
(bolehkah) aku meruqyah(nya)?”
Baginda bersabda, “Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memberikan manfaat kepada
saudaranya, maka lakukanlah (ruqyah)”4.
Satu lagi riwayat adalah seperti berikut:
Sekumpulan sahabat Nabi berjalan dalam satu perjalanan hinggalah mereka tiba di
sebuah penempatan Arab (Badwi). Maka mereka pun minta dijadikan sebagai tetamu,
1 Lisan Al-‘Arab, 14/332. 2 Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, New York: Spoken Language Services, Inc., 1976, hlm. 655-
656. 3 Ibid. Definisi ini diberikan oleh Ibn Al-Atsīr. 4 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2199). Teks asalnya adalah seperti berikut:
، أ خب ر ن أ ب و الزب ري ث ن ا ابن ج ر يج ث ن ا ر وح بن ع ب اد ة ، ح د ، ح د ، أ نه س ع و ح دث ن حم مد بن ح ات النب : أ رخ ج اب ر بن ع بد اهلل ، ي ق ول ، و حن ن ج ل وس م ع د ص لى اهلل ع ل يه و س لم ف ر ق ي ة احل ية ل ب ن ع مر و ق ال أ ب و الزب ري : و س عت ج اب ر بن ع ب نا ع قر ب : ل د غ ت ر ج ال م اهلل ي ق ول
: ر نك م أ ن ي ن ف »س ول اهلل ص لى اهلل ع ل يه و س لم ، ف ق ال ر ج ل : ي ا ر س ول اهلل أ رق ي؟ ق ال «ع أ خ اه ف لي فع ل م ن است ط اع م
5
namun orang-orang kampung tersebut tidak mahu melayan mereka. Tiba-tiba ketua
kampong tersebut telah disengat binatang berbisa, maka orang-orang kampung pun
berusaha untuk mengubatinya dengan semua cara namun tidak bermanfaat. Maka
berkatalah sebahagian daripada mereka, jika kamu dapat pergi kepada kumpulan yang tiba
di sini (sahabat Nabi), moga dia menemui ada di sisi mereka sesuatu (untuk mengubati).
Lalu mereka pun pergi kepada mereka. Dan mereka berkata, “Wahai sekumpulan manusia!
Sesungguhnya ketua kami telah disengat. Dan kami telah berusaha untuk mengubatinya
dengan segala macam cara tetapi tidak berjaya. Maka adakah ada di antara kamu yang
mempunyai sesuatu (untuk mengubati)? Maka berkatalah sebahagian daripada mereka,
“Ya! Demi Allāh sesungguhnya aku pandai menjampi. Tetapi demi Allāh, sesungguhnya
kami telah minta kamu melayan kami sebagai tetamu, tetapi kamu tidak mahu. Maka aku
tidak akan menjampinya hinggalah kamu memberikan kami upah (ju’lah).”
Maka mereka pun bersetuju menyediakan sekumpulan haiwan ternakan. Lalu dia pun pergi
kepada orang tersebut dan meludahnya, kemudian membaca “Alhamdulillaahi Rabbil
‘aalamiin” (al-Fatihah). Kemudian seperti seorang yang terlepas daripada ikatan, dia pun
berjalan tanpa kepayahan. Dia berkata; maka mereka pun menunaikan upah yang telah
mereka sediakan atasnya. Maka berkatalah sebahagian daripada mereka, “Bahagi-
bahagikanlah upah tersebut”, lalu berkatalah yang menjampi tersebut, “Jangan buat begitu
hinggalah kita pergi kepada Rasulullah dan menceritakan kepadanya apa yang telah
berlaku.”
Maka kami pun menuruti perintahnya, dan mereka pun menghadap Rasulullah dan
menceritakan kepada baginda. Maka baginda bersabda, “Bagaimana kamu tahu bahawa ia
(Al-Fatihah) adalah ruqyah?” Kemudian baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu benar,
bahagikanlah (haiwan ternakan) dan berikan sedikit kepadaku bahagian kamu.” Rasulullah
pun ketawa5.
5 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2276). Teks asalnya adalah seperti berikut:
نعمان، حدثنا أبو عوانة، عن أيب بشر، عن أيب املتوكل، عن أيب سعيد رضي اهلل عنه، قال: انطلق نفر من أصحاب النب حدثنا أبو الصلى اهلل عليه وسلم ف سفرة سافروها، حىت نزلوا على حي من أحياء العرب، فاستضافوهم فأبوا أن يضيفوهم، فلدغ سيد ذلك احلي،
ا: فقال بعضهم: لو أتيتم هؤالء الرهط الذين نزلوا، لعله أن يكون عند بعضهم شيء، فأتوهم، فقالو فسعوا له بكل شيء ال ينفعه شيء، يا أيها الرهط إن سيدنا لدغ، وسعينا له بكل شيء ال ينفعه، فهل عند أحد منكم من شيء؟ فقال بعضهم: نعم، واهلل إن لرقي، ولكن
ليه، ويقرأ: لكم حىت جتعلوا لنا جعال، فصاحلوهم على قطيع من الغنم، فانطلق يتفل عواهلل لقد استضفناكم فلم تضيفونا، فما أنا براق احلمد هلل رب العاملني فكأمنا نشط من عقال، فانطلق ميشي وما به قلبة، قال: فأوفوهم جعلهم الذي صاحلوهم عليه، فقال بعضهم:
رسول اهلل وسلم فنذكر له الذي كان، فننظر ما يأمرنا، فقدموا على اقسموا، فقال الذي رقى: ال تفعلوا حىت نأيت النب صلى اهلل عليهفضحك رسول «قد أصبتم، اقسموا، واضربوا يل معكم سهما»، مث قال: «وما يدريك أهنا رقية»صلى اهلل عليه وسلم فذكروا له، فقال:
با املتوكل، هبذااهلل صلى اهلل عليه وسلم، قال أبو عبد اهلل: وقال شعبة: حدثنا أبو بشر، سعت أ
6
3.0 DEFINISI “RUQYAH” DALAM RISALAH INI
Oleh sebab kalimah ruqyah boleh sahaja dieertikan dengan apa jua jenis jampi atau
mantera, maka adalah wajar jika kita menetapkan bahawa apa yang dikehendaki dengan
kalimah “ruqyah” dalam seluruh risalah ini ialah “Ar-Ruqyah Ash-Shar’iyyah” ( الرقية
yakni ruqyah secara syarak. Dalam erti kata lain, kita akan membicarakan soal ,(الشرعية
ruqyah yang menggunakan ayat-ayat Al-Qur‘ān dan doa-doa serta zikir-zikir daripada As-
Sunnah.
7
DALIL-DALIL MENGENAI RUQYAH
1.0 Dalil-Dalil Daripada Al-Qur‘ān
Disertakan di sini ayat-ayat Al-Qur‘ān yang menyebutkan tentang Al-Qur‘ān sebagai
penawar atau pengubat. Antaranya ialah:
ف اء و ر مح ة الق رآن م ن و ن ن زل و ال ي ز يد الظال م ني إ ال خ س ار ا للم ؤم ن ني م ا ه و ش Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua6.
Ibn Katsīr menulis di dalam kitab tafsirnya seperti berikut7:
Allāh mengkhabarkan mengenai kitabNya yang diturunkan kepada
RasulNya Muhammad iaitu Al-Qur`an yang tidak memberikannya
kebatilan sama ada di hadapan mahupun di belakangnya. Diturunkan
(tanzīl) oleh Yang Maha Bijaksana Yang Maha Terpuji. Sesungguhnya ia
(Al-Qur‘ān) adalah “shifā‘” (penawar) dan rahmat bagi orang-orang
beriman. Iaitu dihilangkan segala penyakit daripada hati-hati mereka,
dihilangkan daripada syak dan nifaq, daripada syirik, pemesongan, dan
kecenderungan (untuk melakukan kejahatan); maka Al-Qur’an
menyembuhkan hati daripada kesemua perkara itu. Dan ia (Al-Qur‘ān)
merupakan rahmat, yang menghasilkan keimanan, hikmah, kebaikan, dan
pengharapan pada hati-hati mereka.
Dan tidaklah semua ini berlaku kecuali bagi mereka yang beriman
dengannya, yang membenarkannya, dan mengikuti ajarannya. Dan
sesungguhnya ia menjadi penawar yang hakiki serta rahmat. Adapun
orang yang kafir lagi zalim, maka bagi dirinya perkara tersebut (penyakit
hati). Maka tidaklah menambahkan bagi dirinya apabila mendengar Al-
Qur’an kecuali semakin jauh darinya, pendustaan terhadapnya, dan
kekufuran. Dan penyakit tersebut datangnya daripada kekafiran,
bukannya daripada Al-Qur’an. Sepertimana firman Allāh Ta’aalaa:
6 Sūrah Al-Isrā‘, 17:82. 7 Tafsīr Al-Qur‘ān Al-‘Azhīm, 5/112.
8
ف اء أ ول ئ ك و الذ ين ال ي ؤم ن ون ف آذ اهن م و ق ر و ه و ع ل يه م ع م ى ق ل ه و ل لذ ين آم ن وا ه د ى و ش ي ن اد ون م ن مك ان ب ع يد
Katakanlah (wahai Muḥammad): "Al-Qur‘ān itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta
penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak
beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka
(bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka
(bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari
ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"8.
Selain daripada itu, terdapat ayat yang lain yang menyebutkan tentang Al-Qur ‘ān sebagai
penawar segala penyakit, misalnya:
ف اء ي ا أ ي ه ا الناس ق د ج اء تك م موع ظ ة من ربك م لم ؤم ن ني لم ا ف الصد ور و ه د ى و ر مح ة ل و ش Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman9.
Daripada ayat-ayat yang tersebut, kita dapati bahawa Al-Qur‘ān adalah dijamin oleh Allāh
berperanan sebagai penawar, penyembuh segala penyakit kerohanian dan juga fizikal
bagi orang-orang yang beriman. Dalam erti kata lain, hanya orang-orang yang
mengimaninya sahaja yang dapat mendapatkan manfaat daripadanya. Allāh Maha
Mengatahui.
Dua surah terakhir daripada Al-Qur ‘ān juga mengandungi ayat-ayat berupa doa
perlindungan. Sebab turunnya surah-surah ini juga ada sangkut paut dengan kejadian
Rasūlullāh disihir. Surah-surah yang digelar Al-Mu’awwidzatān (dua pelindung) ini juga
telah dibacakan untuk mengubati baginda Nabi hingga baginda sembuh daripada sihir
tersebut. Dua surah tersebut ialah Sūrah Al-Falaq dan Sūrah An-Nās.
ق إ ذ ا و ق ب ﴾١﴿م ن ش ر م ا خ ل ق ﴾٢﴿ق ل أ ع وذ ب ر ب الف ل ق و م ن ش ر ﴾٣﴿و م ن ش ر غ اس د إ ذ ا ح س د ﴾٤﴿الن فاث ات ف الع ق د ﴾٥﴿و م ن ش ر ح اس
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allāh) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan
dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang
8 Sūrah Fuṡṡilat, 41:44. 9 Sūrah Yūnus, 10:57.
9
menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan
orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya10.
﴾٤﴿م ن ش ر الو سو اس ال ناس ﴾٣﴿إ ل ه الناس ﴾١﴿م ل ك الناس ﴾٢﴿ق ل أ ع وذ ب ر ب الناس ﴾٦﴿م ن ال نة و الناس ﴾٥﴿الذ ي ي و سو س ف ص د ور الناس
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allāh) Pemulihara sekalian
manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian
manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan
bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari
kalangan jin dan manusia11.
2.0 Dalil-Dalil Daripada As-Sunnah
Sunnah Rasūlullāh merupakan sumber hukum yang kedua selepas Al-Qur‘ān. Kitab Allāh
adalah sumber wahyu utama yang menggariskan panduan besar dalam aspek akidah,
akhlak, dan syariat. Maka sunnah pula berperanan bukan sahaja sebagai penjelasan kepada
Al-Qur ‘ān, tetapi juga sebagai penguat dan pendukungnya, mengkhususkan ayat-ayat
yang umum, memberi pengecualian kepada ayat-ayat yang mutlak, dan lain-lain.
Kita mungkin tidak akan menemui mana-mana ayat di dalam Al-Qur‘ān yang mengajarkan
kita tatacara untuk melakukan ruqyah ke atas diri sendiri ataupun orang lain. Kita juga
tidak akan menemui ayat Al-Qur‘ān yang menerangkan bagaimana untuk mengendalikan
pesakit yang terkena serangan ‘ayn atau rasukan jin. Maka kita perlu merujuk kepada
sumber kedua syariat Islām, yakni As-Sunnah An-Nabawiyyah.
Terdapat banyak hadis yang memperihalkan bagaimana Rasūlullāh dan para sahabatnya
melakukan jampi dengan ayat-ayat Al-Qur ‘ān serta doa-doa tertentu. Hadis-hadis ini
bukan sahaja menunjukkan kepada kita akan tatacara melakukan ruqyah, tetapi juga
menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.
Antara hadis tersebut ialah:
2.1 Hadis Abū Sa’īd Al-Khudriy yang telah disebutkan di atas, yakni kisah seorang
sahabat Nabi yang meruqyah ketua kampung yang telah disengat binatang
berbisa12. Perbuatan sahabat tersebut berserta tindakannya mengambil upah atas
ruqyah itu tadi telah mendapat pengakuan (taqrīr) daripada baginda . Maka ini
menunjukkan bahawa melakukan ruqyah dan mengambil upah (ju’lah) atasnya
10 Sūrah Al-Falaq, 113:1-5. 11 Sūrah An-Nās, 114:1-6. 12 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2276).
10
adalah dibolehkan. Jika menurut definisi As-Sunnah 13 , maka amalan tersebut
adalah termasuk daripada sunnah Rasūlullāh .
2.2 ‘Urwah telah meriwayatkan daripada ’Ā‘ishah رضي هللا عنها bahawa apabila
Rasūlullāh mengadu sakit, beliau meniupkan pada dirinya sendiri Al-
Mu’awwidzāt (Surah-surah Al-Ikhlāṡ, Al-Falaq, dan An-Nās). Kemudian baginda
Al-Mu’awwidzāt yang pernah beliau tiupkan padanya, dan aku sapukan pada
tubuhnya dengan tangan Nabi 14.
2.3 Anas Bin Mālik meriwayatkan bahawa Rasūlullāh telah memberikan
keringanan untuk melakukan ruqyah terhadap (orang yang terkena) penyakit ‘ayn,
sengatan, dan gigitan semut (An-Namlah)15.
2.4 Juga daripada Anas Bin Mālik , bahawa Rasūlullāh memberikan keringanan
untuk meruqyah bagi penyakit akibat sengatan binatang berbisa, penyakit namlah
(gigitan semut), dan ‘ayn (pandangan mata)1617.
2.5 Daripada Jābir Bin ‘Abdillāh dia berkata bahawa, “Seekor kala jengking telah
menyengat seorang pemuda di kalangan kami. Dan kami sedang duduk bersama-
sama dengan Rasūlullāh . Maka seorang pemuda bertanya, “Ya Rasūlallāh!
(Bolehkah) aku meruqyah(nya)?” Maka sabda baginda, “Sesiapa antara kamu yang
mampu untuk memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia
melakukannya (meruqyahnya)”18.
13 Sunnah merupakan setiap perkataan dan perbuatan Rasūlullāh, dan pengakuan Rasūlullāh terhadap perbuatan
sahabat. 14 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 4439). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
أن رسول اهلل »حدثن حبان، أخربنا عبد اهلل، أخربنا يونس، عن ابن شهاب، قال: أخربن عروة، أن عائشة، رضي اهلل عنها، أخربته: ، طفقت أنفث فلما اشتكى وجعه الذي توف فيه صلى اهلل عليه وسلم كان إذا اشتكى نفث على نفسه باملعوذات، ومسح عنه بيده،
«على نفسه باملعوذات اليت كان ينفث، وأمسح بيد النب صلى اهلل عليه وسلم عنه
15 Riwayat Muslim (No. 2196). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
ث ن ا ي ي ث ن ا أ ب و ب كر بن أ يب ش يب ة ، ح د ث ن و ح د ، ح د ي ر بن ح رب ث ن ا ح س ن بن آد م ، ع ن س في ان ، ح وح دث ن ز ه ا مح يد بن ع بد الرمح ن ، ح د : ، ق ال ، ع ن ي وس ف بن ع بد اهلل ، ع ن أ ن س ه ا ع ن ع اص م ، ك ال ر س ول اهلل ص لى »و ه و ابن ص ال ح هلل ع ل يه و س لم ف الرق ي ة م ن ار خ
و ف ح د يث س في ان : ي وس ف بن ع بد اهلل بن احل ار ث « الع ني ، و احل م ة ، و النمل ة
16 ‘Ayn (العين) dari segi bahasa bermaksud mata atau pandangan mata. Ia adalah gejala penyakit yang berpunca daripada
pandangan mata yang disertai dengan perasaan takjub atau hasad. Penyakit ‘ayn boleh disebabkan oleh diri sendiri
atau oleh orang lain. Ia juga boleh berpunca daripada pandangan mata jin terhadap manusia atau objek lain. 17 Ibid. 18 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2199). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
11
2.6 Daripada ‘Awf Bin Mālik Al-Ashja’iyy , dia berkata, “Kami dulu pernah
membaca jampi pada zaman jahiliah. Maka kami pun bertanya kepada Rasūlullāh
, ‘Wahai Rasūlallāh, bagaimana pandanganmu tentang hal tersebut?’. Maka
baginda bersabda, ‘Tunjukkan padaku jampi kamu tersebut. Tidaklah mengapa
membaca jampi selagi tidak ada unsur syirik padanya”19.
Demikianlah antara hadis-hadis yang menjadi petunjuk mengenai ruqyah yang dilakukan
oleh Rasūlullāh dan para sahabat baginda. Bukan sahaja dalil-dalil ini mengajar kita
tatacara melakukan ruqyah, tetapi juga menunjukkan hukum mengenai perkara ini.
، أ خب ر ن أ ب و الزب ري ث ن ا ابن ج ر يج ث ن ا ر وح بن ع ب اد ة ، ح د ، ح د : أ ر و ح دث ن حم مد بن ح ات ، أ نه س ع ج اب ر بن ع بد اهلل ، ي ق ول النب خ ، و حن ن ج ل وس م ع د ص لى اهلل ع ل يه و س لم ف ر ق ي ة احل ية ل ب ن ع مر و ق ال أ ب و الزب ري : و س عت ج اب ر بن ع ب نا ع قر ب : ل د غ ت ر ج ال م اهلل ي ق ول
: ر س ول اهلل ص لى اهلل ع ل يه و س نك م أ ن ي ن ف »لم ، ف ق ال ر ج ل : ي ا ر س ول اهلل أ رق ي؟ ق ال «ع أ خ اه ف لي فع ل م ن است ط اع م
19 Riwayat Muslim (No. 2200, 4/1727). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
، ب ري ، ع ن أ ب يه ، ع ح دث ن أ ب و الطاه ر ، أ خب ر ن ا ابن و هب ، ع ن ع بد الرمح ن بن ج ع ي، أ خب ر ن م ع او ي ة بن ص ال ح ن ع وف بن م ال ك ال ش : ل ية ف ق لن ا ي ا ر س ول اهلل ك يف ت ر ى ف ذ ل ك ف ق ال : ك نا ن رق ي ف ال اه رك ق اعر ض وا ع ل ي ر »ق ال ي ك ن ف يه ش «اك م، ال ب أس ب الرق ى م ا
12
HUKUM RUQYAH
Pada mulanya ruqyah (jampi) adalah sesuatu yang terlarang, tetapi kemudian diberikan keringanan
untuk melakukannya oleh Rasūlullāh 20. Disertakan di sini beberapa dalil mengenainya:
1. Daripada ‘Abdul Raḥmān Bin Al-Aswad daripada bapanya, dia berkata: “Aku bertanya
kepada ’Ā ‘ishah رضي هللا عنها tentang ruqyah untuk sengatan binatang berbisa (al-ḥumah).
Lalu dia menjawab, Rasūlullāh telah memberikan keringanan (رخص) untuk melakukan
ruqyah bagi segala jenis sengatan atau gigitan binatang berbisa”21.
Al-Ḥafizh Ibn Ḥajar berkata:
Perkataan rakhaṡa (رخص) mengandungi isyarat bahawa bahawa ruqyah pada awalnya
adalah dilarang22.
2. Daripada ‘Imrān Bin Ḥuṡayn رضي هللا عنهما bahawa Rasūlullāh bersabda, “Tidak ada
ruqyah, kecuali ke atas ‘ayn atau sengatan binatang berbisa”23.
3. Daripada Anas, dia berkata: “Rasūlullāh telah memberi keringanan untuk meruqyah atas
penyakit ‘ayn, sengatan binatang berbisa, dan gigitan semut”24.
Al-Imām An-Nawawī berkata25:
(Hadis di atas) bukanlah bermaksud bahawa bolehnya meruqyah khusus
untuk tiga perkara tersebut sahaja. Dan makna hadis ini yang sebenar
ialah baginda telah ditanya tentang tiga perkara tersebut, lalu baginda
pun memberikan keizinan untuk meruqyah terhadapnya. Dan sekiranya
baginda ditanya mengenai selain darinya, sudah pasti baginda akan
mengizinkannya dan sesungguhnya baginda telah mengizinkan bagi
perkara-perkara selain daripada ini. Dan sesungguhnya baginda telah
meruqyah terhadap (penyakit) selain daripada tiga yang tersebut, dan
Allāh Maha Mengetahui.
20 Abū ‘Ubaydah Māhir Bin Ṡāliḥ Āli Mubārak (selepas ini disebut Āli Mubārak), Fatḥ Al-Mughīts fi As-Siḥr wa Al-
Ḥasad wa Massi Iblīs, Riyadh: Dār ‘Ulūm As-Sunnah, 1415H/1995M, hlm. 169. 21 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Bukhārī dalam Kitāb Aṫ-Ṫibb pada bab Ruqyah Al-Ḥayyah wa Al-‘Aqrab (10/205) dalam
Fatḥ Al-Bārī, dan Muslim dalam Kitāb Aṫ-Ṫibb pada bab Istiḥbāb Ruqyah Al-Marīdh (14/183) dalam Shārḥ Ṡaḥīḥ
Muslim oleh Al-Imām An-Nawawī. 22 Ibid. 23 Ibid. Diriwayatkan oleh Aḥmad dalam Musnadnya (4/438), At-Tirmidzī (No. 2058) dalam Aṫ-Ṫibb pada bab
Berkenaan Keringanan Untuk Meruqyah, Abū Dāwūd (No. 3884) dalam Aṫ-Ṫibb dan isnadnya sahih, rujuk Sharḥ As-
Sunnah Al-Imām Al-Baghawī (12/162). 24 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (14/185) oleh Al-Imām An-Nawawī, dan ia juga dalam
Sunan Ibn Mājah (No. 2834) dan dalam Sharḥ As-Sunnah oleh Al-Baghawī (12/162). 25 Ibid. Syarah Ṡaḥīḥ Muslim oleh Al-Imām An-Nawawī (14/185).
13
4. Daripada Jābir , dia berkata: Ayah saudaraku telah meruqyah terhadap sengatan kala
jengking sedangkan Rasūlullāh telah melarang daripada ruqyah. Dia berkata, lalu dia
pun pergi kepada baginda dan bertanya: “Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya engkau telah
melarangku daripada meruqyah. Sedangkan aku telah meruqyah terhadap sengatan kala
jengking.” Maka baginda bersabda, “Barangsiapa antara kamu yang mampu untuk
memberikan manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukan”26.
5. Daripada Jābir , dia berkata: Ahli Bayt dari kalangan Anṡār telah diberitahu oleh keluarga
’Amr Bin Ḥazm bahawa mereka telah melakukan jampi terhadap sengatan binatang berbisa
(al-ḥumah). Rasūlullāh pernah melarang daripada melakukan jampi. Maka mereka pun
datang kepada baginda dan berkata, “Wahai Rasūlullāh, sesungguhnya engkau telah
melarang kami daripada jampi, padahal sesungguhnya kami telah membaca jampi terhadap
sengatan binatang berbisa.” Maka baginda pun bersabda kepada mereka, “Tunjukkan
padaku (jampi tersebut).” Lalu mereka pun menunjukkan (membacakan jampi tersebut)
kepada baginda, lalu baginda berkata, “Jampi ini tidak mengapa, (kerana) ia boleh
dipercayai (tidak mengandungi unsur-unsur syirik)”27.
Kesimpulannya, pada asalnya ruqyah atau jampi adalah dilarang dalam agama Islām. Dalil-dalil
yang telah kita rujuk di atas menunjukkan kepada kita bahawa hukum asal ruqyah atau jampi
adalah haram, kerana terdapatnya larangan daripada Rasūlullāh sepertimana yang disebutkan
dengan jelas oleh sahabat-sahabat baginda. Hal ini dapat difahami berdasarkan latar belakang
bangsa Arab sebelum Islām yang menganut agama berhala dan sudah pasti jampi atau mantera
mereka berisi lafaz-lafaz atau kata-kata yang berunsur syirik terhadap Allāh.
Walau bagaimanapun, apabila para sahabat meruqyah dengan menggunakan ayat Al-Qur‘ān
seperti surah Al-Fātiḥah dan selainnya, atau jampi yang tidak ada unsur syirik, baginda tidak
pula melarang, bahkan membenarkan perbuatan tersebut. Maka ini menjadi petunjuk bahawa
dibolehkan melakukan jampi dengan ayat-ayat Al-Qur‘ān atau jampi-jampi yang bersih daripada
syirik. Terdapat juga riwayat-riwayat lain yang menunjukkan kepada kita bahawa Rasūlullāh
sendiri turut melakukan ruqyah terhadap orang yang terkena ’ayn dan lain-lain, serta
memerintahkan para sahabat melakukan rawatan terhadap orang yang terkena ’ayn dan lain-lain.
Dengan yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa meruqyah dengan hal-hal yang
disyariatkan, yakni ayat-ayat Al-Qur‘ān dan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi, adalah termasuk
perkara yang disunnahkan.
26 Ibid. Dikeluarkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (14/186) oleh Al-Imām An-Nawawī No. 2199 dalam
naskhah Fu‘ād ‘Abd Al-Bāqī, rujuk Silsilah Al-Aḥādīts Aṡ-Ṡaḥīḥah No. 472. 27 Ibid. Diriwayatkan oleh Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya dan juga dalam Ṡaḥīḥ Ibn Mājah oleh Al-Albānī No.
2833.
14
TUJUAN RUQYAH
Sebagaimana yang telah maklum daripada perbincangan sebelum ini, ruqyah dilakukan untuk
merawat penyakit seperti gigitan atau sengatan binatang berbisa, misalnya kala jengking dan
semut. Ia juga dilakukan untuk merawat orang yang terkena gangguan ‘ayn. Ruqyah juga perlu
dilakukan bagi merawat seseorang yang dirasuk oleh jin. Bahkan dewasa ini antara sebab paling
kerap seseorang mu’allij (perawat) meruqyah seseorang ialah untuk mengeluarkan gangguan jin
daripada tubuh pesakit tersebut.
Di bahagian ini, kita akan bincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sebab
diperlukan ruqyah dan dalil-dalil mengenainya daripada Al-Qur‘ān dan As-Sunnah.
1.0 Setiap Penyakit Ada Penawar & Al-Qur‘ān Adalah Penawar Teragung
Al-Imām Ibn Qayyim Al-Jawziyyah menukilkan dalam kitabnya Ad-Dā‘ wa Ad-Dawā‘28
hadis daripada Ṡaḥīḥ Al-Bukhārī:
Daripada Abū Hurayrah bahawa Nabi bersabda:
داء إال أنزل له شفاءما أنزل اهلل Tidaklah Allāh turunkan sesuatu penyakit kecuali Dia turunkan untuknya suatu
penawar29.
Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa penawar bagi setiap penyakit itu hanya
diketahui oleh orang yang mengetahui tentangnya dan tidak diketahui oleh orang yang jahil
terhadapnya30.
Allāh telah mengkhabarkan di dalam kitabNya bahawa sesungguhnya Al-Qur‘ān adalah
penawar31. Antaranya ialah firmanNya:
28 Abū ‘Abdillāh, Muḥammad Bin Abī Bakr Bin Ayyūb Ibn Qayyim Al-Jawziyyah (selepas ini disebut Ibn Qayyim),
Ad-Dā‘ wa Ad-Dawā‘, Makkah: Dār ’Ālim Al-Fawā‘id, 1429H, hlm. 4. 29 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 5678, 7/122). 30 Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya (No. 18455, 30/398). Teks penuh asalnya seperti berikut:
ق ة ، ع ن أ س ام ة بن ش ر يك ر ج ل م ث ن ا ال جل ح ، ع ن ز ي اد بن ع ال ، ح د م ث ن ا م صع ب بن س ال ي ن ق ح د : ج اء أ عر ايب إ ل ر س ول اهلل وم ه ، ق ال : " أ حس ن ه م خ ل ق ا " ؟ ق ال ي ر : ي ا ر س ول اهلل ، أ ي الناس خ او وا، . ص لى اهلل ع ل يه و س لم ، ف ق ال : " ت د او ى؟ ق ال : ي ا ر س ول اهلل ، أ ن ت د مث ق ال
ي نز ل د اء ، إ ال أ ن ز ل ل ه ف إ ن اهلل ف اء ، ع ل م ه م ن ع ل م ه ، و ج ه ل ه م ن ج ه .ل ه ش
31 Ibn Qayyim, Op cit., hlm. 6.
15
يا لق ال وا ل وال ف صل ت آي ات ه م ي و ل و ج ع لن اه ق رآن ا أ ع م يي و ع ر يب ل ه و ل لذ ين آم ن وا ق أ أ عف اء ه د ى و ش
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka
akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?”
Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar
bagi orang-orang yang beriman”32
ف اء و ر مح ة للم ؤم ن ني و ال ي ز يد الظال م ني إ ال خ س ار ا و ن ن زل م ن الق رآن م ا ه و ش Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-
Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua33.
Dan Al-ḥamdu lillāh, telah kita sebutkan riwayat mengenai amalan Rasūlullāh yang
membacakan Sūrah Al-Falaq dan Sūrah An-Nās pada tangannya serta menyapukan
tubuhnya dengan tangan baginda. Kita juga telah sebutkan sebelum ini riwayat mengenai
sahabat yang meruqyah ketua sebuah kampung dengan Umm Al-Kitāb (Sūrah Al-Fātiḥaḥ)
akibat sengatan binatang berbisa.
Terdapat juga dalil yang menunjukkan bahawa Rasūlullāh menganjurkan bacaan Sūrah
Al-Baqarah di rumah yang mana jika dibacakan surah tersebut, maka syaitan akan lari
daripadanya34. Dan ada juga riwayat daripada Abū Hurayrah mengenai bacaan ayat Al-
32 Sūrah Fuṡṡilat, 41:44. 33 Sūrah Al-Isrā‘, 17:82. 34 Riwayat Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 780, 1/539), Aḥmad dalam Musnad (No. 7821 & 9042, 15/17),
An-Nasā‘i dalam Sunannya (No. 7961, 7/257) dan dikeluarkan oleh Al-Bayhaqī dalam Shu’ab Al-Īmān (No. 2164,
4/48) daripada hadis Abū Hurayrah . Teks penuh asalnya seperti berikut:
ث ن ا ي عق وب و ه ث ن ا ق ت يب ة بن س ع يد ، ح د ، ع ن أ ب يه ، ع ن أ يب ه ح د ر ي ر ة ، أ ن ر س ول اهلل ص لى اهلل ع ل يه و ابن ع بد الرمح ن الق ار ي، ع ن س ه يل : ، إ ن الشيط ان ي نف ر م ن الب يت الذ ي ت قر أ ف يه »و س لم ، ق ال «ور ة الب ق ر ة س ال جت ع ل وا ب ي وت ك م م ق اب ر
“Qutaybah Bin Sa’īd telah menceritakan kepada kami, Ya’qūb iaitu Ibn ‘Abd Ar-Raḥmān Al-Qārī menceritakan
kepada kami, daripada Suhayl, daripada ayahnya, daripada Abū Hurayrah , bahawa Rasūlullāh bersabda, ‘Jangan
kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan (tidak dibacakan Al-Qur ‘ān), sesungguhnya syaitan akan
lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya Sūrah Al-Baqarah’.”
Dalam Sunan At-Tirmidzī (No. 2877, 5/157), melalui jalur ’Abd Al-’Azīz Bin Muḥammad, juga daripada Suhayl,
daripada ayahnya, daripada Abū Hurayrah, dengan lafaz berikut:
16
Kursiy (ayat 255 daripada Sūrah Al-Baqarah) yang boleh memelihara diri daripada
gangguan syaitan.
Selain daripada dalil-dalil naqliy (tekstual) ini, ramai di kalangan mereka yang pernah
membacakan Al-Qur‘ān pada pesakit-pesakit yang mengidap pelbagai penyakit mendapati
bahawa para pesakit tersebut sembuh dan menjadi sihat semula. Maka berdasarkan
pengalaman mereka, malah pengalaman penulis sendiri yang pernah menggunakan ayat-
ayat Al-Qur‘ān sebagai medium pengubatan penyakit, terbukti bahawa Al-Qur‘ān benar-
benar bertindak sebagai penawar bagi apa sahaja penyakit – penyakit hati, rohani, mental,
dan fizikal – yang sekaligus menyerlahkan sifatnya sebagai mukjizat terbesar yang pernah
diturunkan oleh Allāh kepada rasul-rasul utusanNya.
2.0 Ruqyah Untuk Merawat Rasukan Jin
Kerasukan atau Aṡ-Ṡar’ (الصرع) dalam bahasa Arab ialah ‘kekacauan dalam perkataan,
perbuatan, dan fikiran’ 35 . Sememangnya terdapat segelintir manusia yang menolak
kewujudan hal ini dengan alasan bahawa ia bertentangan dengan hukum alam, lojik akal,
dan perkembangan tamadun. Mereka menyangka bahawa semua kes kerasukan dapat
dijelaskan secara saintifik dan eksperimen di makmal sains. Sungguhpun kemungkinan
adanya kes sawan atau epilepsi yang disebabkan oleh unsur-unsur berbahaya dalam tubuh
badan sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim dalam Aṫ-Ṫibb An-Nabawiy memang
ada, tetapi kita tidak sepatutnya menolak kemungkinan bahawa sesetengah kes epilepsi
atau kerasukan adalah benar-benar diakibatkan oleh gangguan roh jahat atau jin.
2.1 Dalil Daripada Al-Qur‘ān
Antara dalil yang menunjukkan bahawa jin atau syaitan boleh merasuk manusia ialah
firman Allāh :
ا ي ق وم الذ ي ي ت خ بط ه الشيط ان م ن الم س الذ ين ي أك ل ون الرب ا ال ي ق وم ون إ ال ك م Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu36
، و إ ن الب يت الذ ي ت قر أ ف يه الب ق ر ة ال ي دخ ل ه الشيط ان ال جت ع ل وا ب ي وت ك م م ق اب ر “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, padahal sesungguhnya rumah yang dibacakan di
dalamnya Sūrah Al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan.” Hadis ini dinilai hasan sahih oleh At-Tirmidzī dan
disahihkan oleh Al-Albānī.
35 Āli Mubārak, Op cit., hlm. 115. 36 Sūrah Al-Baqarah, 2:275.
17
Dalam ayat di atas, Allāh menyifatkan orang-orang yang memakan harta hasil riba
seumpama orang yang dirasuk oleh syaitan pada Hari Qiyāmah. Sekiranya rasukan syaitan
atau jin adalah dongeng dan tahayul, maka kenapa Allāh menyebutkan hal yang demikian?
Hal ini kami perkuatkan dengan kalam ulama terdahulu seperti Al-Qurṫubī yang
mengatakan bahawa dalam ayat ini terdapat dalil rosaknya pengingkaran mereka yang
mengingkari kerasukan dalam bentuk gangguan jin dan menyangka bahawa ia adalah
perkara tabii atau semulajadi dan bahawa syaitan tidak dapat berjalan dalam tubuh manusia
dan sentuhannya37 tidak dapat terjadi38. Al-Ḥāfizh Ibn Katsīr pula mengatakan bahawa ayat
ini menceritakan bahawa mereka yang makan hasil riba tersebut tidak akan bangkit
daripada kubur-kubur mereka pada Hari Qiyāmah melainkan seperti orang yang kerasukan
dan terkena gangguan syaitan.39
2.2 Dalil Daripada As-Sunnah
Selain ayat di atas, terdapat hadis yang menceritakan mengenai perbuatan Rasūlullāh
mengeluarkan jin atau syaitan daripada tubuh seseorang. Antaranya ialah:
Daripada ’Utsmān Bin Abī Al- ’Āṡ, dia berkata, Rasūlullāh telah menugaskan aku ke
Ṫā‘if dan pada suatu ketika sesuatu telah ditunjukkan di dalam solatku hingga aku tidak
tahu apa yang aku baca dalam solat tersebut. Apabila aku melihat perkara tersebut, aku pun
pergi kepada Rasūlullāh . Lalu baginda bertanaya, “Adakah engkau anak Abī Al-’Āṡ?”.
Aku pun menjawab, “Ya Rasūlullāh.” Lalu baginda berkata, “Apa yang berlaku padamu?”.
Jawabku, “Wahai Rasūlullāh, sesuatu telah muncul di dalam solatku hingga aku tidak tahu
apa yang kubacakan dalam solatku.” Kata baginda, “Itulah syaitan yang menghampirimu.”
Lalu aku pun mendekati baginda, dan aku pun duduk di atas permukaan dua kakiku, dan
baginda pun menepuk dadaku dengan tangannya dan baginda meludah mulutku seraya
berkata, “Keluarlah wahai musuh Allāh!”. Baginda melakukan hal tersebut sebanyak tiga
kali. Kemudian baginda bersabda, “Teruskanlah dengan kerjamu.” Maka kata ’Utsmān,
“Demi hidupku, aku mengira bahawa aku tidak pernah menghidapinya selepas itu!”40.
37 Āli Mubārak, Op cit., hlm. 116. 38 Ibid. Al-Mass (sentuhan) di sini bermaksud kegilaan atau kerasukan (Al-Junūn). 39 Ibid. 40 Riwayat Ibn Mājah (No. 3548, 2/1178) dan disahihkan oleh Al-Albānī. Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
ث ن ا حم م ن ة بن ع بد الر ح د : ح دث ن ع ي ي ث ن ا حم مد بن ع بد الله ال نص ار ي ق ال : ح د ، ع ن ع ثم ان بن أ يب د بن ب شار ق ال : ح دث ن أ يب مح ن ق ال : ل ما است عم ل ن ر س ول الله ص لى اهلل ع ل يت ح ىت م ا أ در ي م ا أ ص لي، ف ل ما يه و س لم ع ل ى الطائ ف ج ع ل ي عر ض يل ش يء ف ص الع اص ق ال ال
: ؟»ر أ يت ذ ل ك ر ح لت إ ل ر س ول الله ص لى اهلل ع ل يه و س لم ف ق ال : ن ع م « ابن أ يب الع اص : ي ا ر س ول الق لت ؟»له . ق ال : « م ا ج اء ب ك ق لت : ل ست ع ل ى ص د ور ق د م ي، ف « ذ اك الشيط ان ادن ه »ي ا ر س ول الله ، ع ر ض يل ش يء ف ص ل و ايت ح ىت م ا أ در ي م ا أ ص لي ق ال ن وت م نه ، ف د
18
Oleh yang demikian, jelas bagi kita daripada hadis ini bahawa Rasūlullāh pernah
mengeluarkan jin atau syaitan daripada tubuh sahabatnya. Ini bermakna bahawa jin atau
syaitan boleh memasuki tubuh manusia dan melakukan sesuatu terhadapnya. Di dalam
riwayat tersebut, ternyatalah bahawa sahabat baginda telah diganggu sehingga
menyebabkan dia tidak tahu bacaan atau bilangan rakaat solatnya.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Nabi sedang bersama-sama
dengan salah seorang isterinya, lalu melintaslah seorang pemuda. Maka baginda pun
memanggilnya dan berkata, “Wahai fulan, ini adalah isteriku si fulanah41”. Maka kata
pemuda tersebut, “Wahai Rasūlullāh, siapalah aku untuk berprasangka mengenainya, dan
tidaklah aku berprasangka terhadap engkau”. Lalu Rasūlullāh , “Sesungguhnya syaitan
itu berjalan (atau bergerak) di dalam insan (yakni tubuh manusia) mengikut aliran
darah!”42.
Sesungguhnya Rasūlullāh menyebutkan tentang syaitan tatkala sahabat baginda
menafikan mempunyai syak wasangka terhadap baginda, kerana wujudnya peranan syaitan
yang masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah seraya mampu mengganggu hati
manusia dan mencetuskan prasangka buruk terhadap orang lain. Shaykh Muḥammad Fu‘ād
‘Abd Al-Bāqī ketika mensyarahkan hadis ini pada kalimat “Sesungguhnya syaitan itu
berjalan (atau bergerak) di dalam insan (yakni tubuh manusia) mengikut aliran darah”
berkata:
Al-Qādhī dan selainnya berkata bahawa disebutkan yang demikian secara
zahirnya, dan bahawa Allāh telah menjadikan baginya (syaitan)
kekuatan dan kudrat untuk berjalan atau bergerak di dalam batin manusia
melalui saluran darahnya. Dan juga dikatakan bahawa ia (yakni syaitan
bergerak melalui saluran darah) adalah metafora kepada godaan dan
was-wasnya seolah-seolah ia tidak meninggalkan manusia sebagaimana
darahnya tidak meninggalkannya. Dan dikatakan juga bahawa
sesungguhnya ia (syaitan) melemparkan was-wasnya pada bahagian
badan yang lembut dan menghubungkan was-was tersebut ke jantung
hatinya.
: ف ض ر ب ص در ي ب ي د ه ، و ت ف : ق ال ، مث ق « اخر ج ع د و الله »ل ف ف م ي و ق ال ث م رات : ف ف ع ل ذ ل ك ث ال : ف ق ال « احل ق ب ع م ل ك »ال ق ال ب ه خ ال ط ن ب عد »ع ثم ان : «ف ل ع مر ي م ا أ حس
41 Yakni tidak disebutkan siapakah pemuda dan isteri Rasūlullāh tersebut. 42 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2174, 4/1712), Aḥmad (No. 14042, 21/436), dan Abū Dāwūd (No. 4719,
4/230) dan disahihkan oleh Al-Albānī dalam Sunan Abī Dāwūd. Teks penuh asalnya menurut riwayat Muslim adalah
seperti berikut:
ث ن ا ع بد ح د ، أ ن النب ، ع ن أ ن س ث ن ا مح اد بن س ل م ة ، ع ن ث اب ت الب ن ان ، ح د ص لى اهلل ع ل يه و س لم ك ان م ع إ حد ى اهلل بن م سل م ة بن ق عن ب : اء ، ف ق ال ن ه »ن س ائ ه ، ف م ر ب ه ر ج ل ف د ع اه ، ف ن ة ي ا ف ال : ي ا ر س ول اهلل م « ذ ه ز وج يت ف ال ، ف ق ال ف ق ال ن ك نت أ ظ ن ب ه ، ف ل م أ ك ن أ ظ ن ب ك
نس ان جم ر ى الدم »ر س ول اهلل ص لى اهلل ع ل يه و س لم : «إ ن الشيط ان ي ر ي م ن ال
19
2.3 Membaca Al-Qur ‘ān, Doa, dan Zikir Untuk Menangkis Gangguan Syaitan
Penangkis yang paling ampuh dan terunggul terhadap gangguan syaitan ialah kalam Allāh
yang diturunkan kepada RasulNya, Muḥammad , yakni Al-Qur ‘ān. Sepertimana yang
telah disebutkan sebelum ini, Al-Qur‘ān merupakan penawar bagi segala penyakit di dalam
hati setiap insan yang beriman. Selain itu, Rasūlullāh juga telah mengajarkan beberapa
doa dan zikir yang baik untuk diamalkan sebagai pelindung daripada gangguan dan godaan
syaitan yang direjam. Kita akan kongsikan pada penghujung risalah ini beberapa ayat Al-
Qur‘ān yang lazim digunakan sebagai pendinding diri daripada syaitan dan juga doa-doa
daripada hadis-hadis yang sahih, inshā‘Allāh.
20
RUQYAH DZĀTIYAH: MERUQYAH DIRI SENDIRI
Meruqyah diri sendiri merupakan perkara yang dianjurkan oleh agama. Ruqyah terhadap diri
sendiri bermakna membacakan ayat-ayat Al-Qur‘ān, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya,
dengan tujuan untuk melindungi diri daripada gangguan kejahatan dan lain-lain musibah atau
bahaya. Begitu juga dengan membaca doa-doa dan zikir-zikir yang ma‘tsūr, yakni yang
diriwayatkan daripada Nabi dan para sahabat baginda .
Amalan meruqyah diri sendiri, atau ruqyah dzātiyah ini merupakan sunnah Rasūlullāh . Dalil-
dalil terhadap amalan ini ada banyak, antaranya:
1.0 Allāh memerintahkan kita agar memohon perlindungan denganNya daripada gangguan
syaitan:
إ نه س يع ع ل يم ب الله ف است ع ذ و إ ما ي نز غ نك م ن الشيط ان ن زغ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah
perlindungan kepada Allāh, sesungguhnya Allāh Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.43
لع ل يم إ نه ه و السم يع ا ب الله ف است ع ذ و إ ما ي نز غ نك م ن الشيط ان ن زغ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah
engkau meminta perlindungan kepada Allāh. Sesungguhnya Dia lah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.44
2.0 ‘Urwah telah meriwayatkan daripada ’Ā‘ishah رضي هللا عنها bahawa apabila Rasūlullāh
mengadu sakit, beliau meniupkan pada dirinya sendiri Al-Mu’awwidzāt (Surah-surah Al-
Ikhlāṡ, Al-Falaq, dan An-Nās). Kemudian baginda Al-Mu’awwidzāt yang pernah beliau
tiupkan padanya, dan aku sapukan pada tubuhnya dengan tangan Nabi 45.
3.0 Daripada Abān Bin ’Utsmān, daripada ayahnya, dia berkata bahawa Rasūlullāh
bersabda: “Barangsiapa yang membaca Bismillāhi alladzī lā yadhurru ma’a ismihi shay‘un
fi al-ardhi wa lā fi as-samā‘ wa huwa As-Samī’ Al-’Alīm (Dengan nama Allāh yang dengan
namaNya tidaklah memudaratkan sesuatu pun sama ada yang di bumi mahupun di langit,
43 Sūrah Al-A’rāf, 7:200. 44 Sūrah Fuṡṡilat, 41:36. 45 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 4439).
21
dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui), maka tidak ada sesuatu pun yang akan
memudaratkannya46.
4.0 Daripada Khawlah Bintu Ḥakīm, dia berkata bahawa dia mendengar Rasūlullāh
bersabda, “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat kemudian membaca A’ādzu bi
kalimātillāhi at-tāmmāti min sharri mā khalaq (Aku berlindung dengan kalimat Allāh yang
sempurna daripada kejahatan yang Dia ciptakan), tidak ada sesuatu pun yang akan
memudaratkannya, hinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.47
5.0 Daripada ’Utsmān Bin Abī Al-’Āṡ, bahawa dia telah pergi berjumpa dengan Rasūlullāh .
Kata ’Utsmān, aku mengalami sakit yang hampir membinasakan aku (boleh membawa
maut). Dia berkata bahawa Rasūlullāh bersabda, “Sapukan (tempat yang sakit) dengan
tangan kananmu sebanyak tujuh kali dan bacakan A’ūdzu bi ’izzatillāhi wa qudratihi min
sharrima ajid (Aku berlindung dengan keagungan Allāh dan kudratNya daripada kejahatan
apa yang aku alami).” Dia (’Utsmān) berkata, aku pun membacanya dan Allāh
menghilangkan sakit yang kualami tadi, dan aku sentiasa menganjurkan ahli keluargaku
dan orang lain untuk mengamalkannya.48
6.0 Daripada Abū Hurayrah yang meriwayatkan bahawa, “Rasūlullāh telah
mengamanahkan aku untuk melindungi harta zakat (di Baytulmāl) pada bulan Ramadhān.
Ketika aku melakukan tugasku, seseorang datang dan mula mencari-cari di tempat
simpanan makanan, maka aku pun menangkapnya. Aku berkata, ‘Demi Allāh, aku akan
membawamu kepada Rasūlullāh!’ Lelaki itu merayu, ‘Sesungguhnya aku miskin dan aku
ada tanggungan. Aku berada dalam keadaan yang sangat memerlukan.’ Maka aku pun
melepaskannya pergi. Pagi esoknya, Rasūlullāh berkata, ‘Wahai Abū Hurayrah, apa
tawananmu lakukan pada malam tadi?’ Aku menjawab, ‘Dia mengadu bahawa dia dalam
keadaan yang memerlukan dan memiliki keluarga, maka aku pun melepaskannya.’ Nabī
membalas, ‘Sesungguhnya dia menipumu dan dia akan kembali.’ Oleh sebab aku tahu
bahawa dia akan kembali, aku pun menunggunya.
Apabila dia kembali dan mula mencari makanan, aku menahannya dan berkata, ‘Aku pasti
akan membawamu kepada Rasūlullāh.’ Dia merayu, ‘Lepaskanlah aku! Sesungguhnya aku
miskin dan mempunyai keluarga. Aku tak akan kembali.’ Maka aku pun berasa kasihan
terhadapnya dan melepaskannya. Pada pagi berikutnya Rasūlullāh berkata, ‘Wahai Abū
Hurayrah, apa tawananmu telah lakukan semalam?’ Aku menjawab bahawa dia mengadu
46 Riwayat Al-Imām Aḥmad (No. 446, 1/498) dan dalam Sunan Ibn Mājah (No. 3869, 2/1273) dan Abū Dāwūd (No.
5088, 4/323) terdapat lafaz “sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala secara tiba-tiba hinggalah ke pagi,
dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala secara tiba-tiba
hingga ke petang.” Disahihkan oleh Al-Albānī dalam Sunan Ibn Mājah. 47 Riwayat Al-Imām Muslim (No. 2708, 4/2080), Mālik (No. 35, 2/978), Aḥmad (N0. 27120, 45/87), Sunan Ibn Mājah
(No. 3547, 2/1174), dan At-Tirmidzī (N0. 3437, 5/496) dan beliau mengatakan hadis ini hadis hasan saḥīḥ gharīb.
Al-Albānī mensahihkannya dalam Sunan Ibn Mājah. 48 Riwayat Al-Imām Mālik dalam Muwaṫṫa‘ (No. 9, 2/949), Aḥmad (No. 16268, 26/196), At-Tirmidzī (No. 2080,
3/476) – beliau mengatakan hadis ini hasan ṡaḥīḥ, Abū Dāwūd (No. 3891, 4/11) dan Ibn Mājah (No. 3522, 2/1163) –
kedua-duanya disahihkan oleh Al-Albānī.
22
yang dia dalam keadaan yang amat memerlukan dan dia mempunyai keluarga, maka aku
pun membiarkan dia pergi. Nabi membalas, ‘Dia sesungguhnya telah menipumu dan
dia akan kembali lagi.’ Lalu aku pun menantinya dan menangkapnya apabila dia mula
mencari-cari makanan. Aku berkata, ‘Demi Allāh, aku akan membawamu kepada
RasūluLlāh. Ini kali yang ketiga, dan engkau telah berjanji tidak akan kembali. Namun kau
masih tetap kembali!’ Dia berkata, ‘Biarlah aku memberimu beberapa perkataan yang
dengannya Allāh akan memberimu manfaat.’ Aku bertanya, ‘Apakah ia?’ Dia menjawab,
‘Bila sahaja engkau hendak tidur, bacalah ayat Al-Kursiy dari awal hingga akhir.
Jika engkau lakukannya, penjaga yang diturunkan oleh Allāh akan sentiasa
bersamamu dan syaitan tidak akan datang dekat denganmu hingga pagi’.
Kemudian aku melepaskannya. Pagi berikutnya Rasūlullāh bertanya, ‘Apa tawananmu
lakukan malam tadi?’ Aku menjawab bahawa dia mendakwa akan mengajarku beberapa
kalimah yang dengannya Allāh akan memberiku manfaat maka aku pun melepaskannya
pergi. Apabila Rasūlullāh bertanya mengenainya, aku memberitahu baginda bahawa ia
adalah membaca ayat Al-Kursiy sebelum tidur. Aku juga memberitahu baginda bahawa
dia mengatakan penjaga yang dihantar oleh Allāh akan tetap bersamaku dan syaitan tidak
akan datang dekat padaku hingga aku bangun pada waktu pagi. Nabi bersabda,
‘Sesungguhnya dia telah mengatakan sesuatu yang benar walau pun dia penipu yang teruk.
Wahai Abū Hurayrah! Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap sejak tiga malam
yang lepas?’ Aku menjawab, ‘Tidak’. Dan baginda pun berkata, ‘Dia adalah syaitan!’”49.
Daripada kisah Abū Hurayrah ini, maka dapat kita fahami bahawa membaca ayat Al-Kursiy, iaitu
ayat ke-255 daripada Sūrah Al-Baqarah, sebelum tidur merupakan salah satu bentuk ruqyah
terhadap diri sendiri. Membacanya akan menjadi sebab Allāh memeliharanya daripada
gangguan syaitan pada malam tersebut hingga ke waktu pagi.
Dan ada banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan hal ini yang tidak dapat kami sertakan di
sini. Oleh yang demikian, maka telah jelaslah kepada kita bahawa amalan membaca ayat-ayat Al-
Qur‘ān dan doa-doa perlindungan untuk diri sendiri telah diajarkan kepada kita oleh baginda Nabi
. Dengan izin Allāh, kami akan sertakan di penghujung risalah ini beberapa ayat dan doa ruqyah
daripada hadis-hadis yang sahih untuk diamalkan oleh para pembaca yang budiman.
49 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2311, 3/101).
23
MERUQYAH ORANG LAIN
Kita juga diharuskan untuk meruqyah orang lain yang memerlukan bantuan. Sungguhpun
meruqyah diri sendiri adalah lebih disukai, tetapi kadang kala seseorang memerlukan bantuan
orang yang lebih pandai dan mahir. Membantu saudara Muslim yang lain amat ditekankan oleh
Islām. Telah disebutkan sebuah hadis sebelum ini tentang hal meruqyah orang lain, yang
menunjukkan bahawa hal tersebut dibolehkan selagi ia dapat memberikan manfaat kepada orang
yang memerlukannya.
Terdapat banyak riwayat yang menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada larangan untuk
meruqyah orang lain, bahkan Rasūlullāh sendiri pernah melakukannya, atau tidak pula melarang
orang yang meminta dirinya diruqyahkan. Hadis yang berikut sebagai contoh yang menunjukkan
Rasūlullāh tidak melarang seorang wanita daripada meminta ruqyah.
Daripada ’Aṫā‘ Bin Abī Rabāḥ, daripada Ibn ‘Abbās رضي هللا عنهما, bahawa dia berkata, “Tidakkah
kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu wanita daripada ahli syurga?” Aku berkata, “Sudah tentu
mahu!”. Katanya, “Wanita berkulit hitam ini telah pergi kepada Nabi dan berkata,
‘Sesungguhnya aku telah dirasuk, dan sessungguhnya aku sering terdedah (auratku), maka doalah
kepada Allāh agar Dia menyembuhkanku.” Sabda baginda, “Jika engkau mahu, maka bersabarlah,
dan bagimu syurga. Dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allāh agar
menyembuhkanmu.” Kata wanita itu, “Aku akan bersabar.” Dan katanya lagi, “Sesungguhnya aku
sering terdedah, maka mohonlah kepada Allāh agar auratku tidak terdedah lagi.” Lalu baginda pun
mendoakan untuknya50.
Dan telah disebutkan juga sebelum ini sebuah hadis yang menunjukkan bahawa Rasūlullāh
pernah membantu mengeluarkan jin daripada tubuh seorang sahabat. Bahkan ketika Rasūlullāh
terkena sihir pada suatu ketika, Jibrīl turun menemui baginda dan meruqyahnya. Kisah
Rasūlullāh terkena sihir telah diriwayatkan oleh Umm Al-Mu‘minīn ’Ā‘ishah رضي هللا عنها, di
mana beliau berkata, “Bahawasanya Nabi telah disihir, hinggakan baginda dikhayalkan bahawa
baginda telah melakukan sesuatu, tetapi sebenarnya baginda tidak melakukannya”51.
50 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 5652, 7/116), Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2576, 4/1994), dan Aḥmad
dalam Musnad (No. 3240, 5/291). Teks penuh asalnya menurut riwayat Al-Bukhārī adalah seperti berikut:
ث : ق ال يل ح د ، ق ال : ح دث ن ع ط اء بن أ يب ر ب اح ، ع ن ع مر ان أ يب ب كر ، ق ال ث ن ا ي ي : أ ال أ ر يك امر أ ة م ن أ هل ن ا م س دد ، ح د ابن ع باس رأ ة السود اء ، أ ت ت الن
: ه ذ ه امل : ب ل ى، ق ال ص لى اهلل ع ل يه و س لم ف ق ال ت: إ ن أ صر ع ، و ال نة ؟ ق لت : ب ، ق ال ، ف ادع الله يل إ ن »إ ن أ ت ك شف ئت د ع وت الله أ ن ي ع اف ي ك ئت ص ب رت و ل ك ال نة ، و إ ن ش ، ف د ع ا ،ف ق ال ت: أ صرب ، ف ق ال ت: إ ن أ ت ك شف « ش ف ادع الله يل أ ن ال أ ت ك شف
، أ خب ر ن ع ط اء : ث ن ا حم مد ، أ خب ر ن ا م ل د ، ع ن ابن ج ر يج الك عب ة أ نه ر أ ى أ م ز ف ر ت لك امر أ ة ط و يل ة »ل ا ح د « س ود اء ، ع ل ى س
51 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 3175, 4/101). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
24
Telah diriwayatkan daripada Abū Sa’īd, bahawa Jibrīl telah datang kepada baginda Nabi
dan berkata, “Wahai Muḥammad, adakah engkau sedang menderita sakit?”, jawab baginda, “Ya!”.
Jibrīl pun berkata, “Dengan nama Allāh aku meruqyahmu, daripada setiap perkara yang
menghidapimu, daripada kejahatan setiap jiwa, atau pandangan mata orang yang berhasad dengki,
Allāh yang menyembuhkanmu, dengan nama Allāh aku meruqyahmu!”52.
Amalan meruqyah orang lain juga telah dipraktiskan oleh ulama terdahulu. Antara yang pernah
dirakamkan ialah kisah Shaykh Al-Islām Ibn Taymiyyah merawat seseorang yang dirasuk oleh jin.
Kisah ini diceritakan oleh anak muridnya, Shaykh Al-Islām Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, seperti
berikut:
Dan saya telah menyaksikan shaykh kami (Ibn Taymiyyah) diutuskan kepada seseorang
yang telah dirasuk yang mana beliau telah berbicara dengan roh (jin) yang ada di dalam
tubuhnya. Dan dia pun berkata: “Keluarlah engkau! Sesungguhnya ia tidak halal
bagimu.” Orang yang kerasukan tadi pun sedar, namun kadang-kadang ia berbicara
dengan roh tersebut sendiri, dan kadang-kadang roh tersebut memberontak, dan dia pun
mengeluarkannya dengan menggunakan pukulan. Maka pesakit tersebut pun sedar namun
ia tidak merasakan kesakitan. Dan sesungguhnya kami serta orang lain telah menyaksikan
beliau melakukan hal tersebut berkali-kali.
Dan beliau pernah banyak kali membacakan pada telinga pesakit (orang yang dirasuk):
ن ا ال ت رج ع ون بت م أ من ا خ ل قن اك م ع ب ث ا و أ نك م إ ل ي أ ف ح س Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?53
Dan dia menceritakan kepadaku bahawa dia membaca ayat tersebut sekali di telinga
orang yang dirasuk tersebut, lalu berkatalah roh di dalam badannya, “Ya!” sambil dia
meninggikan suaranya. Dia berkata, “Lalu aku mengambilkan tongkat untuk
(memukul)nya, lalu aku pun memukulnya (bertalu-talu) pada urat tengkuknya hingga
tanganku penat akibat membuat pukulan tersebut. Orang-orang yang hadir tidak ragu-
، ع ن ع ائ ش ة : : ح دث ن أ يب ث ن ا ه ش ام ، ق ال ، ح د ث ن ا ي ي ، ح د ث ن، ح أ ن ا»ح دث ن حم مد بن امل ر ص لى اهلل ع ل يه و س لم س ح يل ىت ك ان ي لنب
ي صن عه «إ ل يه أ نه ص ن ع ش يئ ا و 52 Riwayat Muslim (No. 2186, 4/1718). Teks penuh asalnya adalah seperti berikut:
ث ن ا ع بد الع ز يز ، ح د ث ن ا ع بد الو ار ث ، ح د ل الصواف ث ن ا ب شر بن ه ال ، ع ن أ يب ن ح د بن ص ه يب رب يل ، أ ت ى النب ضر ة ، ع ن أ يب س ع يد ، أ ن ج : ؟ ف ق ال : ي ا حم مد اشت ك يت : « ن ع م »ص لى اهلل ع ل يه و س لم ف ق ال ، م ن ك ل ش ي »ق ال ، م ن ش ر ك ل ب اسم اهلل أ رق يك ن فس أ و ع ني ء ي ؤذ يك
د ، اهلل ي شف يك ب اسم اهلل أ رق يك «ح اس
53 Sūrah Al-Mu‘minūn, 23:115.
25
ragu bahawa orang tersebut akan mati akibat pukulan tersebut. Lalu ketika
berlangsungnya pukulan tersebut, berkatalah jin tersebut, ‘Aku mencintainya!’. Aku pun
berkata, ‘Dia tidak mencintaimu!’. Katanya lagi (jin tersebut), ‘Aku ingin pergi haji
bersama-samanya!’. Aku berkata, ‘Dia tidak mahu pergi haji bersamamu!’.
Maka jin itu berkata, ‘Aku akan tinggalkannya demi kemuliaanmu!’. Jawabku, ‘Tidak, kau
akan tinggalkannya demi mentaati Allāh dan RasūlNya’. Kata jin tersebut, ‘Maka aku akan
keluar daripada tubuhnya!’.
Katanya (Ibn Taymiyyah), orang tersebut pun duduk dan menoleh ke kanan dan ke kiri.
Lalu dia bertanya, ‘Kenapa aku boleh hadir di hadapan Shaykh?’. Mereka (hadirin) pun
bertanya, ‘Dan segala pukulan tadi (tidakkah kau rasakan)?’. Jawabnya, ‘Atas sebab apa
Shaykh memukul aku? Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan!’.
Dia tidak merasakannya kerana pukulan tersebut tidak ada apa-apa kesan (padanya).54
54 Ibn Qayyim, Aṫ-Ṫibb An-Nabawiy, Beirut: Dār Al-Hilāl, tanpa tahun, 1/53.
26
AYAT-AYAT RUQYAH SHAR’IYYAH
In shā’allāh, di bahagian ini kita akan kongsikan beberapa ayat yang lazim digunakan dalam
ruqyah shar’iyyah. Ayat-ayat tersebut diekstrak daripada dua (2) sumber, iaitu (1) daripada Al-
Qur ‘ān, dan (2) daripada As-Sunnah. Dan demi Allāh, hanya ini sahajalah yang harus digunakan
oleh setiap Muslim yang melakukan ruqyah, yakni ruqyah yang disyariatkan. Adapun segala jampi
atau mantera yang tidak ada asal daripada dua sumber tersebut, mestilah ditinggalkan dan dijauhi
sejauh-jauhnya untuk menyelamatkan diri kita daripada terjebak dalam bid’ah dan kesyirikan.
Dengan menyenaraikan ayat-ayat Al-Qur‘ān yang berikut, bukanlah bermakna hanya ini sahaja
ayat yang patut digunakan dalam ruqyah, tetapi keseluruhan Al-Qur‘ān itu adalah penawar dan
mana-mana ayat pun boleh dibacakan untuk tujuan pengubatan. Maka timbullah persoalan kenapa
ayat-ayat berikut sangat lazim dibacakan? Jawapannya ialah, dalam ruqyah shar’iyyah, ayat-ayat
yang dibacakan tergolong dan dua keadaan: (1) Tawqifī (telah tetap dan tidak berubah) dan (2)
Ijtihādī (berdasarkan pengalaman dan kajian seseorang alim atau perawat). Ia bersifat tawqīfī;
bermakna keseluruhan ayat yang dibacakan adalah menurut apa yang telah ditetapkan oleh syarak,
yakni tidak berubah huruf atau kalimah serta tidak bercampur aduk atau ditokoktambah pada ayat-
ayatnya. Manakala ia juga bersifat ijtihādī; yakni pilihan ayat yang manakah perlu dibacakan
adalah menurut sangkaan yang kuat, atau hasil kajian dan pengalaman seorang perawat.
1.0 DARIPADA AL-QUR‘ĀN AL-KARĪM
(a) Ta’awwudz (Doa perlindungan)
يم أ ع وذ ب اهلل السم يع الع ل يم م ن الشيط ان الرج “Aku berlindung dengan Allāh Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada syaitan yang
direjam”
(b) Sūrah Al-Fātiḥah, Ayat 1-7
يم يم ﴾١﴿احل مد ل له ر ب الع ال م ني ﴾٢﴿ب سم الله الرمح ن الرح ين ﴾٣﴿الرمح ن الرح م ال ك ي وم الدر اط الذ ين أ ن ع مت ع ل يه م غ ري ﴾٦﴿اهد ن ا الصر اط الم ست ق يم ﴾٥﴿إ ياك ن عب د و إ ياك ن ست ع ني ﴾٤﴿ ص
﴾٠﴿الم غض وب ع ل يه م و ال الضالني Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allāh, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja
(Ya Allāh) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
27
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.
(c) Daripada Sūrah Al-Baqarah
Ayat 1-5:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ل ك الك ت اب ال ر يب ﴾٢﴿ا الذ ين ي ؤم ن ون ب الغ يب و ي ق يم ون ﴾١﴿ه د ى للم تق ني ف يه ذ ة و م ا ر ز ق ن اه م ي نف ق ون ر ة ه م ﴾٣﴿الصال و الذ ين ي ؤم ن ون ب ا أ نز ل إ ل يك و م ا أ نز ل م ن ق بل ك و ب الخ
﴾٥﴿و أ ول ئ ك ه م الم فل ح ون أ ول ئ ك ع ل ى ه د ى من رهب م ﴾٤﴿ي وق ن ون Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allāh dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Ayat 102:
ل و الشي اط ني ع ل ى م لك ر وا ي ع لم ون و م ا ك ف ر س ل يم ان و ل ك ن الشي اط ني ك ف س ل يم ان و ات ب ع وا م ا ت ت ي ق وال إ من ا و م ا ي ع لم ان م ن أ ح د ح ىت الناس السحر و م ا أ نز ل ع ل ى الم ل ك ني ب ب اب ل ه ار وت و م ار وت
ن ة ف ال ت كف ه ر حن ن ف ت رء و ز وج ا م ا ي ف رق ون ب ه ب ني الم ن ه م ن ف ي ت ع لم ون م و م ا ه م ب ض ارين ب ه م ر ة ا ل ه ف الخ و ل ق د ع ل م وا ل م ن اشت ر اه م و ي ت ع لم ون م ا ي ض ره م و ال ي نف ع ه م أ ح د إ ال ب إ ذن الله
ق ل و ك ان وا ي عل م ون و ل ب ئس م ا ش ر وا ب ه أ نف س ه م م ن خ ال Mereka (membelakangkan Kitab Allāh) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh
puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang
kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal
28
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu
seseorang pun melainkan dengan izin Allāh. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang
hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu
sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya
apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Ayat 163-164:
د يم و إ ل ك م إ ل ه و اح ف ﴾٢٦٣﴿ال إ ل ه إ ال ه و الرمح ن الرح إ ن ف خ لق السم او ات و ال رض و اخت ال ن ماء ف أ حي ا ب ه م الليل و الن ه ار و الف لك اليت جت ر ي ف الب حر ب ا ي نف ع الناس و م ا أ نز ل الله م ن السم اء
ني السم اء و ال رض ل د ابة و ت صر يف الري اح و السح اب الم س خر ب ال رض ب عد م وت ا و ب ث ف يه ا م ن ك ي ات لق وم ي عق ل ون ﴾٢٦٤﴿ل
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allāh,
yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan
(pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa
benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allāh turunkan
dari langit lalu Allāh hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia
biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan
yang tunduk (kepada kuasa Allāh) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada
semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allāh kekuasaanNya, kebijaksanaanNya,
dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Ayat 255 (Ayat Kursi):
ن ة و ال ن وم الق يوم الله ال إ ل ه إ ال ه و احل ي ال رض له م ا ف السم او ات و م ا ف ال ت أخ ذ ه س ه إ ال ب إ ذن ه لف ه م م ن ذ ا الذ ي ي شف ع ع ند ون ب ش يء من و ال ي يط ي عل م م ا ب ني أ يد يه م و م ا خ
ه إ ال ب ا ش اء يه السم او ات و ال رض ع لم ع ك رس ا و س فظ ه م ل ي الع ظ يم و ه و الع و ال ي ئ ود ه ح Allāh, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di
hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari (kandungan) ilmu Allāh melainkan apa yang Allāh kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allāh (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allāh menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi
(darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
29
Ayat 285-286:
ت ه و ك ن ون آم ن الرس ول ب ا أ نز ل إ ل يه م ن ربه و الم ؤم ئ ك ت ب ه و ر س ل ه ال ن ف رق ب ني أ ح د ك لي آم ن ب الله و م ال ري و ق ال وا س عن ا و أ ط عن ا من رس ل ه ال ي ك لف الله ن فس ا إ ال ﴾١٨٥﴿غ فر ان ك ر ب ن ا و إ ل يك الم ص
ب ت و ع ل ي ه ا م ا اكت س ب ت و سع ه ا ين ا أ و أ خط أن ل ا م ا ك س ذن ا إ ن نس ر ب ن ا و ال ت م ل ار ب ن ا ال ت ؤ اخ ن ا إ صر ا ك م ا مح لت ه ع ل ى الذ ين م ن ق بل ن ا لن ا م ا ال ط اق ة ل ن ع ل ي و اعف ع نا و اغف ر ل ن ا ا ب ه ر ب ن ا و ال ت م
ن ا ف انص رن ا ع ل ى الق وم الك اف ر ين و ارمح ن ا ﴾١٨٦﴿أ نت م وال Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-
orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allāh, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-
kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Allāh tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa
dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang
berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir".
(d) Daripada Sūrah Āli ’Imrān
Ayat 1-6:
يم ب سم الله الرمح ن الرح يه و أ ﴾١﴿الله ال إ ل ه إ ال ه و احل ي الق يوم ﴾٢﴿ا ا ب ني ي د ق ا لم نز ل ن زل ع ل يك الك ت اب ب احل ق م ص د
ه ل م ع ذ اب إ ن الذ ين ك ف ر وا ب آي ات الل م ن ق بل ه د ى للناس و أ نز ل الف رق ان ﴾٣﴿الت ور اة و ال جن يل ه و ﴾٥﴿إ ن الله ال ي ف ى ع ل يه ش يء ف ال رض و ال ف السم اء ﴾٤﴿انت ق ام و الله ع ز يز ذ و ش د يد
ام ك يف ي ش اء ﴾٦﴿ال إ ل ه إ ال ه و الع ز يز احل ك يم الذ ي ي ص ور ك م ف ال رح Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Alif, Laam, Miim. Allāh tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan
isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan
Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat
manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan
yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allāh itu,
bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allāh Maha Kuasa, lagi berhak
30
membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). Sesungguhnya Allāh tidak
tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. Dia lah yang
membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat 18-19:
ا ب الق سط ئ ك ة و أ ول و الع لم ق ائ م إ ل ه إ ال ه و الع ز يز احل ك يم ال ش ه د الله أ نه ال إ ل ه إ ال ه و و الم ال م ﴾٢٨﴿ سال ين ع ند الله ال اء إ ن الد ه م الع لم و م ا اخت ل ف الذ ين أ وت وا الك ت اب إ ال م ن ب عد م ا ج
ن ه م ﴾٢١﴿و م ن ي كف ر ب آي ات الله ف إ ن الله س ر يع احل س اب ب غي ا ب ي Allāh menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan
keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allāh ialah Islam. Dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan
menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;
(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan
(ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allāh, maka sesungguhnya Allāh Amat
segera hitungan hisabNya.
Ayat 26-27:
ل م ن ت ش اء ذ ق ل الله م م ال ك الم لك ت ؤيت الم لك م ن ت ش اء و ت نز ع الم لك م ن ت ش اء و ت ع ز م ن ت ش اء و ت و ت ر ج ت ول ج الليل ف الن ه ار و ت ول ج الن ه ار ف الليل ﴾١٦﴿إ نك ع ل ى ك ل ش يء ق د ير ب ي د ك ال ي ر
س اب احل ي م ن الم يت و ت ر ج الم يت م ن احل ي ﴾١٠﴿و ت رز ق م ن ت ش اء ب غ ري ح Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah
yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang
mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda
yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(e) Daripada Sūrah Al-A’rāf
Ayat 54-56:
31
ي تة أ يام مث است و ى ع ل ى الع رش ي غش لليل الن ه ار ا إ ن ر بك م الله الذ ي خ ل ق السم او ات و ال رض ف س ث يث ا و الشمس وم م س خر ات ب أ مر ه ي طل ب ه ح ت ب ار ك الله ر ب الع ال م ني ال مر أ ال ل ه ال لق و و الق م ر و الن
د وا ف ال رض ب عد ﴾٥٥﴿إ نه ال ي ب الم عت د ين ادع وا ر بك م ت ض رع ا و خ في ة ﴾٥٤﴿ و ال ت فس وف ا و ط م ع ا ا و ادع وه خ ه ح ن ني إ صال ﴾٥٦﴿إ ن ر مح ت الله ق ر يب من الم حس
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allāh yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia
bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras
(silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya)
tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allāh jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian
makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allāh yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
Sesungguhnya Allāh tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi sesudah Allāh menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan
perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allāh itu dekat kepada orang-
orang yang memperbaiki amalannya.
Ayat 117-122:
ن ا إ ل م وس ى أ ن أ لق ع ص اك ي ي ت لق ف م ا ي أف ك ون و أ وح ف و ق ع احل ق و ب ط ل م ا ك ان وا ﴾٢٢٠﴿ف إ ذ ا ه
د ين ﴾٢٢١﴿ف غ ل ب وا ه ن ال ك و انق ل ب وا ص اغ ر ين ﴾٢٢٨﴿ي عم ل ون ي السح ر ة س اج ق ال وا ﴾٢١٠﴿و أ لق
﴾٢١١﴿ر ب م وس ى و ه ار ون ﴾٢١٢﴿آم نا ب ر ب الع ال م ني Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu
menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran
(mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan
Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan
Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil
berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi
Harun".
(f) Sūrah Yūnus, ayat 79-82:
ر ع ل يم ف ل ما ج اء السح ر ة ق ال ل م موس ى أ لق وا م ا أ نت م ملق ون ﴾٠١﴿و ق ال ف رع ون ائ ت ون ب ك ل س اح ئت م ب ه السحر ﴾٨٠﴿ الله ال ي صل ح ع م ل إ ن إ ن الله س ي بط ل ه ف ل ما أ لق وا ق ال م وس ى م ا ج
د ين ر م ون و ي ق الله احل ق ﴾٨٢﴿الم فس ﴾٨١﴿ب ك ل م ات ه و ل و ك ر ه الم Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang
mahir". Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu
dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!" Setelah
32
mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah
sihir; sesungguhnya Allāh akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya
kepadaku); sesungguhnya Allāh tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan
kerosakan. "Dan Allāh juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah
perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".
(g) Sūrah Al-Isrā‘, ayat 82:
ف اء و ر مح ة للم ؤم ن ني و ال ي ز يد الظال م ني إ ال خ س ار ا و ن ن زل م ن الق رآن م ا ه و ش Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(h) Sūrah Tā Hā, ayat 65-70:
ي و إ ما أ ن نك ون ي ه ق ال ب ل أ لق وا ﴾٦٥﴿أ ول م ن أ لق ى ق ال وا ي ا م وس ى إ ما أ ن ت لق ب ال م و ع ص م ف إ ذ ا ح
ا ت سع ى م أ ن ه حر ه يف ة موس ى ﴾٦٦﴿ي يل إ ل يه م ن س ه خ ق لن ا ال ت ف إ نك ﴾٦٠﴿ف أ وج س ف ن فس ر ين ك ت لق ف م ا ص ن ع واو أ لق م ا ف مي ﴾٦٨﴿أ نت ال عل ى يد س اح ر إ من ا ص ن ع وا ك و ال ي فل ح الساح
ا ق ال وا آم نا ب ر ب ه ار ون و م وس ى ﴾٦١﴿ح يث أ ت ى د ي السح ر ة س ﴾٠٠﴿ف أ لق
Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang
mula-mula mencampak?" Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali
mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan,
disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam
hatinya. Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya
engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. "Dan campakkanlah apa yang ada di
tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana
sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak
akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang
terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu
segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi
Harun dan Nabi Musa".
(i) Sūrah Al-Mu‘minūn, 115-118:
ن ا ال ت رج ع ون أ ف ح ل قن اك م ع ب ث ا و أ نك م إ ل ي بت م أ من ا خ إ ال ه و ال إ ل ه ف ت ع ال الله الم ل ك احل ق ﴾٢٢٥﴿س س و م ن ي دع م ع الله إ ل ا آخ ر ال ب ره ان ل ه ب ه ف إ من ﴾٢٢٦﴿ر ب الع رش الك ر مي إ نه ال اب ه ع ند ر به ا ح
اف ر ون ر الرامح ني ﴾٢٢٠﴿ي فل ح الك ي م و أ نت خ ﴾٢٢٨﴿و ق ل رب اغف ر و ارح
33
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)
sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan
dikembalikan kepada Kami?" Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allāh Yang Menguasai
seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang
mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allāh, dengan tidak berdasarkan
sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat
itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan
berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan
rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
(j) Sūrah Aṡ-Ṡāffāt, ayat 1-10:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ر ات ز جر ا ﴾٢﴿و الصافات ص فا د ﴾٣﴿ف التال ي ات ذ كر ا ﴾١﴿ف الزاج رب ﴾٤﴿إ ن إ ل ك م ل و اح ن ه م ا و ر ب الم ش ار ق السم او ات و ال ن ي ا ب ز ين ة الك و اك ب ﴾٥﴿رض و م ا ب ي ﴾٦﴿إ نا ز ي نا السم اء الد
فظ ا من ك ل ش يط ان مار د ف ون م ن ك ل ج ان ب ﴾٠﴿و ح ﴾٨﴿ال ي سمع ون إ ل الم ل ال عل ى و ي قذ ه اب ث اق ب ﴾١﴿و ل م ع ذ اب و اص ب د ح ور ا ﴾٢٠﴿إ ال م ن خ ط ف ال طف ة ف أ ت ب ع ه ش
Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret - (Hamba-hambaKu) yang melarang
(dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya - (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab
Suci; (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu - Tuhan (yang mencipta serta
mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur)
tempat-tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada
penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu)
dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka
tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula
direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh
azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar
mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang
lagi menembusi.
(k) Sūrah Al-Ḥashr, ayat 21-24:
ا الق ر ذ شي ة الله ل و أ نز لن ا ه ع ا من خ ع ا مت ص د و ت لك ال مث ال ن ضر ب ه ا ل لناس آن ع ل ى ج ب ل لر أ ي ت ه خ اش الغ يب و الشه اد ة ه و الله الذ ي ال إ ل ه إ ال ه و ﴾١٢﴿ل ع له م ي ت ف كر ون يم ه و ا ع ا لرمح ن الرح
يم ن الع ز يز ال بار ﴾١١﴿ م الم ؤم ن الم ه ب ر ه و الله الذ ي ال إ ل ه إ ال ه و الم ل ك الق دوس السال الم ت ك ي س بح ل ه م ا ل ه ال س اء احل سن الم ص ور ه و الله ال ال ق الب ار ئ ﴾١٣﴿س بح ان الله ع ما ي شر ك ون
﴾١٤﴿و ه و الع ز يز احل ك يم ف السم او ات و ال رض
34
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allāh. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini
Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dia lah Allāh, yang tidak
ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allāh, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang
Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa;
Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci
Allāh dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allāh, Yang Menciptakan sekalian
makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya
menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi
Maha Bijaksana.
(l) Sūrah Ar-Raḥmān, ayat 33-36:
ال ت نف ذ ون إ ال ي ا م عش ر ال ن و ال نس إ ن است ط عت م أ ن ت نف ذ وا م ن أ قط ار السم او ات و ال رض ف انف ذ واب ان ﴾٣٣﴿ب س لط ان ا ت ك ذ ء ر بك م ر ان ﴾٣٤﴿ف ب أ ي آال ي رس ل ع ل يك م ا ش و اظ من نار و حن اس ف ال ت نت ص
ب ان ﴾٣٥﴿ ا ت ك ذ ء ر بك م ﴾٣٦﴿ف ب أ ي آال Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit
dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus
keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi
kekuasaan Kami; masakan dapat)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia)
akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar);
dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(m) Sūrah Ash-Sharḥ:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ن شر ح ل ك ص در ك و ر ف عن ا ل ك ذ كر ك ﴾٣﴿الذ ي أ نق ض ظ هر ك ﴾١﴿و و ض عن ا ع نك و زر ك ﴾٢﴿أ و إ ل ر بك ﴾٠﴿ف إ ذ ا ف ر غت ف انص ب ﴾٦﴿إ ن م ع الع سر ي سر ا ﴾٥﴿ف إ ن م ع الع سر ي سر ا ﴾٤﴿
﴾٨﴿ف ارغ ب Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan
iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu menyiarkan Islam)
- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan
35
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu
amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan
kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(n) Sūrah Al-Kāfirūn:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ا الك اف ر ون و ال أ ن ا ع اب د ما ﴾٣﴿و ال أ نت م ع اب د ون م ا أ عب د ﴾١﴿ال أ عب د م ا ت عب د ون ﴾٢﴿ق ل ي ا أ ي ه ﴾٦﴿ل ك م د ين ك م و يل د ين ﴾٥﴿و ال أ نت م ع اب د ون م ا أ عب د ﴾٤﴿ع ب دت
Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang
kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allāh) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi
kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
(o) Sūrah Al-Ikhlāṡ:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ي ول د ﴾١﴿الله الصم د ﴾٢﴿ق ل ه و الله أ ح د ي ك ن له ك ف و ا أ ح د ﴾٣﴿ ي ل د و ﴾٤﴿و Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allāh Yang Maha Esa; "Allāh Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(p) Sūrah Al-Falaq:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
ق إ ذ ا و ق ب ﴾١﴿م ن ش ر م ا خ ل ق ﴾٢﴿ق ل أ ع وذ ب ر ب الف ل ق و م ن ﴾٣﴿و م ن ش ر غ اس د إ ذ ا ح س د ﴾٤﴿ش ر الن فاث ات ف الع ق د ﴾٥﴿و م ن ش ر ح اس
Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
36
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allāh) Tuhan yang menciptakan sekalian
makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia
masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan
(dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
(q) Sūrah An-Nās:
يم ب سم الله الرمح ن الرح
الذ ي ﴾٤﴿م ن ش ر الو سو اس ال ناس ﴾٣﴿إ ل ه الناس ﴾١﴿م ل ك الناس ﴾٢﴿ق ل أ ع وذ ب ر ب الناس ﴾٦﴿م ن ال نة و الناس ﴾٥﴿ي و سو س ف ص د ور الناس
Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allāh) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari
kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya
ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
2.0 Daripada As-Sunnah
a) Doa Pertama:
، ال إ له إ ال اهلل ب السمو ات و ر ب ر ال إ له إ ال اهلل الع ظ يم احل ل يم ، ال إ له إ ال اهلل ر ب الع رش الع ظ يم ، و ر ب الع رش الك ر مي ال ر ض
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh yang Maha Agung, Maha Penyantun.
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh Pemilik ’Arsh yang agung. Tiada Tuhan
yang berhak disembah selain Allāh Pemilik langit-langit dan Pemilik bumi, dan Pemilik
’Arsh yang mulia55.
b) Doa Kedua:
55 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 6346, 8/75), Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2730, 4/2092), Abū Dāwūd
Aṫ-Ṫiyālisī dalam Musnadnya (No. 2773, 4/374), Aḥmad dalam Musnadnya (No. 2411, 4/234), dan At-Tirmidzī dalam
Sunannya (No. 3435, 5/495) dengan lafaz: ال إ ل ه إ ال الله احل ل يم احل ك يم pada awalnya.
37
، الله ال م ان ع م ال إ له إ ال اهلل و حد ه ال ش ر يك ل ه ، ل ه الم لك و ل ه احل مد ، و ه و ع ل ى ك ل ش يء ق د ير ، و ال ي ن ف ع ذ ا ال د م نك ال د ل م ا أ عط يت و ال م عط ي ل م ا م ن عت
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dan Dialah yang Maha Berkuasa
atas segala sesuatu. Ya Allāh! Tiadalah yang mampu menahan terhadap apa yang Engkau
berikan, dan tiada siapa yang mampu memberi terhadap apa yang Engkau tahankan. Dan
tidaklah mampu pemilik kekayaan memberikan manfaat sedangkan daripada Engkaulah
segala kekayaan!56
c) Doa Ketiga:
ح ول و ال ل ه احل مد ، و ه و ع ل ى ك ل ش يء ق د ير ، ال ال إ له إ ال اهلل و حد ه ال ش ر يك ل ه ، ل ه الم لك و ن اء احل س ن ، ال إ له إ ال ق وة إ ال ب اهلل ، ال إ له إ ال اهلل ، و ال ن عب د إ ال إ ياه ، ل ه الن عم ة و ل ه الف ضل ، و ل ه الث
ين و ل و ك ر ه الك اف ر ون اهلل م ل ص ني ل ه الد Tiada sembahan yang berhak selain Allāh yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas setiap
sesuatu. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allāh, tiada Tuhan yang berhak
disembah selain Dia. Dan kami tidak menyembah kecuali menyembahNya. MilikNya
segala nikmat dan milikNya jua segala kurniaan, dan bagiNya segala pujian yang baik.
Tiada sembahan yang berhak kecuali Allāh bagi mereka yang ikhlas dalam beragama,
walaupun orang-orang kafir membenci57.
d) Doa Keempat:
ه و ن فث ه أ ع وذ ، م ن ه ز ه و ن فخ يم ب اهلل السم يع الع ل يم م ن الشيط ان الرج Aku berlindung dengan Allāh yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada
syaitan yang direjam, daripada godaannya, tiupannya, dan hembusannya58.
56 Riwayat Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 844, 1/168 & No. 6330, 8/72), Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 593, 1/414),
Abū Dāwūd dalam Sunannya (No. 1505, 2/82), dan juga dalam Ṡaḥīḥ Ibn Khuzaymah (No. 742, 1/365). 57 Riwayat Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 594, 1/415). 58 Riwayat Al-Imām Aḥmad dalam Musnad (No. 11473, 18/51), Abū Dāwūd dalam Sunan (No. 775, 1/206) yang
dinilai sahih oleh Al-Albānī, dan terdapat juga dalam Ṡaḥīh Ibn Khuzaymah (No. 467, 1/238).
38
e) Doa Kelima:
، م ن ش ر ، الاليت ال ي او ز ه ن ب ري و ال ف اج ، و ب ك ل م ات اهلل التامات ر م ا ي نز ل أ ع وذ ب و جه اهلل الك ر مي ن ه ا، ر ا، و ش ر م ا ذ ر أ ف ال م ن السم اء و ش ر م ا ي عر ج ف يه ن ف الليل و م ض و ش ر م ا ي ر ج م
و الن ه ار ، و م ن ط و ار ق الليل و الن ه ار ، إ ال ط ار ق ا ي طر ق ب ري ي ا ر محن Aku berlindung dengan wajah Allāh yang Maha Mulia, dan dengan kalimat Allāh yang
sempurna, yang tidak dapat dilangkaui oleh mereka yang baik mahupun yang jahat,
daripada kejahatan apa yang diturunkan daripada langit dan kejahatan apa yang naik ke
atasnya, dan daripada kejahatan apa yang berada di bumi dan kejahatan apa yang keluar
darinya, dan daripada fitnah malam dan siang, dan daripada bencana malam dan
siangnya, kecuali bencana yang melanda dengan kebaikan wahai Yang Maha Pemurah59!
f) Doa Keenam:
أ ع يذ ك 60 ب ك ل م ات اهلل التامة م ن ك ل ش يط ان و ه امة و م ن ك ل ع ني ال مة Aku memohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allāh yang sempurna daripada
segala syaitan dan haiwan yang mengganggu, dan daripada setiap pandangan mata yang
membawa musibah61.
g) Doa Ketujuh:
د و أ ح اذ ر )سبع مرات(« ب سم اهلل )ثالث ا( ، أ ع وذ ب اهلل و ق در ت ه م ن ش ر م ا أ ج Dengan nama Allāh (3 kali), Aku berlindung dengan Allāh dan kekuatanNya daripada
kejahatan apa sahaja yang ku alami dan yang aku khuatiri (7 kali)62.
59 Riwayat Al-Imām Mālik dalam Muwaṫṫa‘ (No. 10, 2/950) 60 Dhamīr (kata ganti diri) bergantung kepada jenis, jantina dan bilangan orang yang diruqyah. Sekiranya dibaca untuk
diri sendiri, maka kata ganti diri “saya” digunakan, atau menggunakan lafaz berikut:
و ه امة ، و م ن ك ل ع ني ال مة أ ع وذ ب ك ل م ات الله التامة ، م ن ك ل ش يط ان
Sepertimana dalam riwayat Al-Bukhārī (No. 3371, 1/147). 61 Riwayat Aḥmad (No. 2112, 4/20) dengan isnad yang sahih menurut syarat Al-Bukhārī. 62 Riwayat Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2202, 4/1728) dan An-Nasā‘ī dalam As-Sunan Al-Kubrā (No.
10773, 9/368). Doa ini dibaca sambil meletakkan tangan pada bahagian tubuh yang sakit.
39
h) Doa Kelapan:
د و أ ح اذ ر ب سم الله أ ع وذ ب ع زة الله و ق در ت ه م ن ش ر م ا أ ج Dengan nama Allāh, aku berlindung dengan kekuasaan Allāh dan kekuatanNya daripada
kejahatan apa sahaja yang aku alami dan khuatiri63.
i) Doa Kesembilan:
د ، اهلل ، م ن ش ر ك ل ن فس أ و ع ني ح اس ، م ن ك ل ش يء ي ؤذ يك ، ب سم اهلل ي ب سم اهلل أ رق يك شف يك أ رق يك
Dengan nama Allāh aku meruqyahmu, daripada segala sesuatu yang menimpamu,
daripada kejahatan segala jiwa atau pandangan mata orang yang berhasad dengki. Allāh
yang menyembuhkanmu, dengan nama Allāh aku meruqyahmu64.
j) Doa Kesepuluh:
ف اء ال ي غ اد ر ، ش ف اؤ ك ف اء إ ال ش ، ال ش ، اشف و أ نت الشاف ، ر ب الناس الله م، أ ذه ب الب اس س ق ما
Ya Allāh! Hilangkanlah kepayahan ini wahai Penguasa manusia. Sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan. Tiada penawar kecuali penawarMu. Penawar
yang tidak meninggalkan sisa penyakit65.
k) Doa Kesebelas:
ر ة ، الله م إ ن أ سأ ل ك الع فو و الع اف ي ة ف د ن ي ا و الخ ين و د ن ي اي ، الله م إ ن أ سأ ل ك الع اف ي ة ف الد، الل ، الله م احف ظن م ن ب ني ي د ي و م ن خ لف ي، و ع و أ هل ي و م ايل ن ه م است ر ع ور ايت و آم ن ر وع ايت
، و م ن ف وق ي، و أ ع وذ ب ع ظ م ت ك أ ن أ غت ال م ن ت يت مي ين و ع ن ش ايل
63 Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya (No. 3522, 2/1163) dan dinilai sahih oleh Al-Albānī. Juga dikeluarkan oleh
Aṫ-Ṫabarānī dalam Al-Mu’jam Al-Kabīr (No. 8342, 9/45). 64 Riwayat Al-Imām Muslim dalam Ṡaḥīḥnya (No. 2186, 4/1718) dan dalam Sunan Ibn Mājah (No. 3523, 2/1164). 65 Riwayat At-Tirmidzī dalam Sunannya (No. 3565, 5/453). Beliau menyatakan bahawa hadis ini hasan gharīb.
40
Ya Allāh! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu kesihatan yang baik di dunia dan di
akhirat. Ya Allāh! Aku memohon kepadaMu kemaafan dan kesihatan dalam (hal ehwal)
agamaku dan duniaku, keluargaku dan hartaku, Ya Allāh! Tutuplah (peliharalah) aurat
(maruahku) dan amankanlah kebimbanganku. Ya Allāh! Peliharalah aku dari hadapanku
dan belakangku, dan dari kanan serta kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan
keagunganMu daripada sesuatu yang menyerang dari bawahku (mendapat malu)66.
l) Doa kedua belas:
ائ ة ) م لك و ل ه احل مد ، و ه و ع ل ى ك ل ش يء ق د ير ال إ له إ ال اهلل و حد ه ال ش ر يك ل ه ، ل ه ال ف ي وم م (م رة
Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allāh yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya,
MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala
sesuatu (100 kali sehari)67.
m) Doa ketiga belas:
أ سأ ل الله الع ظ يم ، ر ب الع رش الع ظ يم أ ن ي شف ي ك Aku meminta kepada Allāh yang Maha Agung, Pemilik ’Arsh yang agung, agar Ia
menyembuhkanmu68.
n) Doa keempat belas:
ق ض اؤ ك الله م إ ن ، ع دل ف ح كم ك ، م اض ف ي يت ب ي د ك ، ن اص ، و ابن أ م ت ك ، و ابن ع بد ك ، ع بد ك ا م ن خ ، أ و ع لمت ه أ ح د ، أ و أ ن ز لت ه ف ك ت اب ك ؛ س يت ب ه ن فس ك ، أ سأ ل ك ب ك ل اسم ه و ل ك لق ك
66 Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya (No. 4785, 8/403), Ibn Ḥibbān dalam Ṡaḥīḥnya (No. 961, 3/241), Ibn Mājah
dalam Sunannya (No. 3871, 2/1273), dan dalam Sunan Abī Dāwūd (No. 5074, 4/318) dan disahihkan oleh Al-Albānī. 67 Riwayat Al-Imām Al-Bukhārī dalam Ṡaḥīḥnya (No. 3293, 4/126) dan dalam Ṡaḥīḥ Muslim (No. 2961, 4/2071). 68 Riwayat Al-Imām Aḥmad dalam Musnad (No. 2137, 4/40), juga terdapat dalam Sunan Abī Dāwūd (No. 3106,
3/187), dan diriwayatkan juga oleh Al-Ḥāfizh At-Tirmidzī dalam Sunannya (No. 2083, 4/410) dan beliau mengatakan
hadis ini hasan gharīb. Al-Albānī menilainya sebagai sahih.
41
، و ن ور ص در ي، و ج ال ء ح زن أ و است : أ ن جت ع ل الق رآن ر ب يع ق لب ، أث رت ب ه ف ع لم الغ يب ع ند ك و ذ هاب ه ي
Ya Allāh! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, dan anak kepada hambaMu, dan anak
kepada hamba wanitaMu, ubun-ubunku di tanganMu, hukumMu telah mendahuluiku,
ketentuanMu mengadiliku. Aku memohonMu dengan setiap namaMu, yang Engkau
namakan DiriMu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau yang
Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada makhlukMu, atau yang Engkau
rahsiakannya pada ilmu ghaib di sisiMu: Semoga Engkau menjadikan Al-Qur‘ān sebagai
penyeri hatiku, dan cahaya di dadaku, penghilang kedukaanku, penghapus keresahanku69.
o) Doa kelima belas:
أ ع وذ ب ك ل م ات اهلل التامات م ن ش ر م ا خ ل ق Aku berlindung dengan kalimat Allāh yang sempurna daripada kejahatan apa yang
diciptakan70.
69 Riwayat Al-Imām Aḥmad dalam Musnad (No. 3712, 6/246) dan dikeluarkan oleh Al-Ḥākim dalam Al-Mustadrak
(No. 1877, 1/690). Al-Ḥākim mengatakan hadis ini sahih atas syarat Muslim sekiranya ia diterima daripada
’Abdirraḥmān Bin ’Abdillāh daripada bapanya kerana ia dipertikaikan sama ada ia mendengar daripada bapanya. 70 Riwayat Al-Imām Muslim (No. 2708, 4/2080), Mālik (No. 35, 2/978), Aḥmad (N0. 27120, 45/87), Sunan Ibn Mājah
(No. 3547, 2/1174), dan At-Tirmidzī (N0. 3437, 5/496) dan beliau mengatakan hadis ini hadis hasan saḥīḥ gharīb.
Al-Albānī mensahihkannya dalam Sunan Ibn Mājah.