Saiz-saiz Kayu
PENGENALAN
•Malaysia merupakan sebuah pengeksport kayu yang terkenal di Malaysia.
•Pelbagai jenis kayu yang berkualiti tinggi terdapat di Malaysia dan boleh menjadi bahan pembinaan yang baik.
•Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain daripada berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli.
•Kayu mempunyai nilai kelembapan, ketumpatan dan ruang udara yang berbeza berbanding bahan binaan yang lain.
•Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban.
•Saiz kayu mempengaruhi tahap kemampuan kayu menampung beban.
• Selain itu, penggunaan kayu bergantung kepada ciri-ciri pada kayu tersebut.
• Kayu terbahagi kepada 4 iaitu
i. Keras dan berat
ii. Keras dan sederhana berat
iii.Keras dan ringan
iv.Lembut
Kayu terbahagi kepada dua kategori tumbuh-tumbuhan besar iaitu kayu keras dan kayu lembut.
Kayu keras pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kayu keras berat, kayu keras sederhana dan kayu keras ringan
Kebanyakan kayu keras terdapat di kawasan tropika manakala kayu lembut hanya terdapat di kawasan yang beriklim sederhana.
Kayu lembut merupakan spesis pokok daripada kelas tumbuhan gimnosperma yang bercirikan biji yang terdedah, daun berbentuk jarum atau berbentuk sisik dan sentiasa hijau serta tetap
mengeluarkandaun baru untuk beberapa tahun.
Kayu lembut juga dikenali sebagai koniferkerana kayu ini banyak mengeluarkan kon biji benih, kon debunga atau kedua-duanya sekali
kayu keras merupakan spesis kayu daripada kelas tumbuhan angiosperma yang bercirikan biji di dalam buah, dikotiledon (dua daun biji), mempunyai daun yang lebar dan daunnya akan gugur pada penghujung musim pertumbuhan pokok.
Perbezaan utama antara kayu lembut dan kayu keras adalah kehadiran unsur vesel pada kayu keras, iaitu terdiri daripada gentian dan sel lebar.
Unsur vesel tersebut dihubungkan hujung demi hujung untuk membentuk hubungan atau vesel-vesel di sepanjang batang, dahan dan akar dan kelihatan seperti liang pada kerantan rentas kayu.
Kayu lembut pula kurang mengandungi vesel, tetapi isi pada kayu terdiri daripada 90-95% gentian atau dikenali dengan trakeid.
kayu lembut dijalankan oleh satu jenis sel, tiap-tiap unitnya dikenali sebagai trakeid.
Sel-sel ini adalah unit berongga, yang berbentuk jarum dan mempunyai kepanjangan sehingga 10 mm tetapi biasanya antara 2.5 mm hingga 5.0 mm.
Sel ini teratur begitu rapat apabila dilihat melalui keratan rentas. Semakin besar rongga sel itu semakin baik digunakan untuk pengaliran makanan.
Mutu kayu lembut sangat bergantung pada perbandingan trakeid berdinding tebal dan trakeid berdinding nipis.
Semakin tinggi peratusan kayu akhir, semakin kuat sesuatu kayu itu.
Sifat kekuatan Struktur Kayu
kekuatan kayu merupakan faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan.
Kekuatan kayu adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada berapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api.
Kekuatan mampatan adalah kebolehan kayu menahan daya yang cuba memampatkan kayu dalam kedua-dua arah.
Kekuatan mampatan sangat penting bagi penggunaan kayu untuk binaan bagi struktur seperti tiang, dinding dan sebagainya.
.
Kekuatan mamapatan kayu ini biasanya dipengaruhi oleh kandungan lembapan dalam kayu, di mana kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang kurang ataupun kayu kering adalah lebih kuat berbanding kayu yang lembap.
Faktor Yang Mempengaruhi Sifat Kekuatan
Kayu
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondongan ira, ketumpatan, kandungan lembapan, buku, cerun ira dan saiz kayu.
Pengelasan kayu
Kayu boleh diklasifikaskan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatankayu manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasi kayu keras
berat,kayu keras sederhana, kayu keras ringan dankayu lembut.
Kayu keras berat
Kayu keras berat merupakan kayu berat yang mempunyai ketumpatan melebihi 880 kg/m3 , mempunyai kandungan lembapan sekitar 15% dan mempunyai ketahanan semula jadi.
Ketahanan kayu tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan toksik dalam tisu yang menjadi penghalang kepada agen perosak kayu.
Kayu keras mengandungi isipadu sel gentian yang banyak, tetapi ciri xilem angiosperma yang ketara adalah kewujudan vesel.
Kayu keras
sederhana
Kayu keras sederhana merupakan kayu yang sederhana berat mempunyai ketumpatan antara 720-880 kg/m3 dengan kandungan lembapan 15%.
Kayu ini sederhana tahan dan digunakan dalam pembinaan sederhana berat, tetapi ketahanan kayu ini berubah pada iklim yang berbeza.
Kayu keras ringan
Kayu keras ringan merupakan kayu yang ringan dan mempunyai ketumpatankurang dari 720 kg/m3 dengankandungan lembapan 15%.
Kayu ini tahan dalam keadaan iklim sederhana tapi tidak tahan dalam iklim
tropika.
Kayu lembut
Kayu lembut merupakan kayu yang ringan dan mempunyai ketumpatan antara 385-735 kg/m3.
Gentian kayu awal dalam kayu lembut adalah bedinding nipis dan mempunyai diameter jejari yang lebar.
Apabila musim hujan berubah ke musim kemarau dinding gentian semakin rapat dan tebal sama ada secara perlahan-lahan atau secara mendadak.
Jadual dibawah menunjukkan sebahagian
saiz-saiz kayu yang terdapat di pasaran
Kayu Seraya 1x2 (8’ - 14’)1x2 (16’ - 24’)1X2 (26’)
Kayu Seraya Bukit 2 X 62 X 52 X 4 2 X 4 2 X 32 X 2 2 X 2 1 X 2 1 X 2 1 X 101 X 8¾ X 8 ¾ X 8 1 X 6½ X 6 ½ X 6 ½ tak ketam½ tak ketam ½ X 24 X 41 ½ X 51 ½ X 41 ½ X 31 ½ X 21 ½ X 3 off cut1 ½ X 5 off cut3x5 (10’-14’)3x5 (16’-18’)3x5 (20 – 22’)
Kayu Masak 2x3 (8’ – 14’)2x3 (16’ – 24’)2x3 (26’)2x4 (8’ – 14’)2x4 (16’ – 24’)2x4 (26’)2x5 (8’- 14’)2x5 (16’ – 24’)2x5 (26’)2x6 (8’- 14’)2x6 (16’-24’)2x6 (26’)
Kayu Resak 2x3 (8’-14’)2x3 (16’ – 24’)2x3 (26’)2x4 (8’ – 14’)2x4 (16’ – 24’)2x4 (26’)2x5 (8’- 14’)2x5 (16’ – 24’)2x5 (26’)2x6 (8’- 14’)2x6 (16’-24’)2x6 (26’)
Kayu Kempas 1x2 (8’-14’)1x2 (16’ – 24’)1x2 (26’)2x3 (8’-14’)2x3 (16’ – 24’)2x3 (26’)2x4 (8’ – 14’)2x4 (16’ – 24’)2x4 (26’)2x5 (8’- 14’)2x5 (16’ – 24’)2x5 (26’)2x6 (8’- 14’)2x6 (16’-24’)2x6 (26’)5x5 (8’ – 14’)6x6 (8’ – 14’)
Kayu Papan 1/2 x 1/2 (Pin Siling)1x6 (8’- 14’)1x6 (16’- 24’)1x10 (8’- 14’)1x10 (16’- 24’)1x12 (8’- 14’)1x12(16’- 24’)
Kayu Mertas 3x4 (8’-12’)3x4 (14’-18’)3x4 (20’-22’)3x4 (24’-26’)3x5 (8’-12’)3x5 (14’-18’)3x5 (20’-22’)3x5 (24’-26’)3x6 (8’-12’)3x6(14’-18’) 3x6 (20’-22’)3x6 (24’-26’)3x7 (8’-12’)3x7 (14’-18’)3x7 (20’-22’)3x7 (24’-26’)3x8 (8’-12’)3x8 (14’-18’)3x8 (20’-22’)3x8 (24’-26’)
Kayu Keranji 2x3 (8’-12’)2x3 (14’-18’)2x3 (20’-22’)2x3 (24’-26’)2x4 (8’-12’)2x4 (14’-18’)2x4 (20’-22’)2x4 (24’-26’)2x5 (8’-12’)2x5 (14’-18’)2x5 (20’-22’)2x5 (24’-26’)
Kayu Meranti 2 X 4 (8’ – 12’)2 X 2 (8’ - 12’) 2 X 2 (14’ – 18’)1 X 2 (8’-12’)1 X 2 (14’-18’)1 X 8 (8’-12’)1 X 8 (14’ – 18’)½ X 2 (8’ -12’)½ X 6 (8’ – 12’)½ X 6 (14’ – 18’)½ X 3 (8’ – 12’)¾ X 8 (8’ – 12’)½ X 6 tak ketam
Kayu Merawan 2 X 5 (8’ – 12’)2 X 5 (14’ – 18’)2 X 5 (20’ – 24’)2 X 5 (24’ -26’)2 X 4 (14’- 18)2 X 3 (20’ – 22’)2 X 2 (24’ – 26’)1 X 2 (8’ – 12’)1X 2 (14’ – 18’)1X 2 (24’ – 26’)1 X 10 (8’ – 12’)1 X 8 (8’ - 12’)1 X 6 (8’ – 12’)
Kayu Kulim 2 X 5 (8’ – 12’)2 X 5 (14’ – 18’)2 X 5 (20’ – 24’)2 X 5 (24’ -26’)2 X 4 (14’- 18)2 X 3 (20’ – 22’)2 X 2 (24’ – 26’)1 X 2 (8’ – 12’)1X 2 (14’ – 18’)1X 2 (24’ – 26’)2 X 5 off cut
Kayu Keladang 2 X 62 X 52 X 42 X 32 X 21 X 21 X 101 X 8¾ X 8 1 X 64 X 45 X 5
Kayu Kapur 2 X 62 X 52 X 42 X 32 X 21 X 21 X 101 X 8¾ X 8 (1)
Kayu Nemesu
1 X 2½ X 62 X 2
Kayu Mesul 2 X 4¾ X 8
Kayu Mesul Gewe (Membatu)
2 X 42 X 31 ½ X 31 X 2
Kayu (A) 1- KAYU PAKET BIN
1 X 2 (Bin)1 X 6 (Bin)1 X 8 (Bin)
2- KAYU SIAP KETAM
1 X 81 X 10¾ X 8
Jenis Kayu Kayu Keras
Cengal Kayu Lembut
Kayu Getah Jelutung
Jenis-jenis kayu yang ada di pasaran dan kegunaan
Jenis kayu Kegunaan
Cengal Kapal, rangka dan ukiran
Balau Jambatan dan lantai
Kekatung Rasuk dan rangka pintu / tingkap
Merbau Parket dan kerja hiasan
Resak Cerucuk, lantai dan rangka
Tembusu Pembinaan berat
Nyatuh Pintu, tingkap dan rasuk tiang
Jelutung Pensel, patung dan bingkai gambar
Meranti Pembinaan ringan dan lantai
Ramin Dinding dan panel
Sepetir Gerobok dan panel
Kayu getah Panel dan parket.
Kempas Pembinaan berat, gelegar, panel, jambatan dan cerucuk.
Keruing Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak.
kapur Kekuda, rasuk dan tiang
Ciri-ciri kayu •Boleh di dapati dalam pelbagai saiz.•Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik. •Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam. •Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul. •Mudah diserang serangga perosak.
• Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
• Kelebihan :-Mudah dipotong-Tidak retak dan meleding-Kukuh dan tahan
Keburukan :-Mudah lekang apabila terkena air-Hanya boleh digunakan di dalam rumah
Gambar-gambar saiz-saiz kayu
di pasaran