AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR
BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.
SALIHA BINTI SAID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004
AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR
BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.
SALIHA BINTI SAID
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2004
Selaut kasih, segunung sayang kupersembahkan...... Teristimewa buat bonda tersayang
Che Mariam binti Che Omar Pengorbanan, kasih sayang serta doamu
Semoga Allah s.w.t memelihara dan merahmati kehidupanmu
Khas untuk Abg Yie, Kak Nah, Kak Mah, Kak Ton, Abg Li, Abg Lik, Kak Nora, Kak Ti, Abg Adi, Abg Man dan adikku yang manja Din dan Yah
Terima Kasih di atas dorongan, sokongan dan kesudian untuk berkongsi kasih sayang yang tidak ternilai harganya............................
Serta Anak-anak buah Cikli yang comel
Along, Angah, Afiq, Afiqah, Aishah, Aliff, Anis, Aleya, Asyraf dan Aiman kerana....... sentiasa Buat Aku Tersenyum
Buat Insan Teristimewa...... Iskandar Chan Abdullah Terima Kasih kerana sudi menyayangi diri ini.....
Engkaulah yang satu............ Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasi
Buat Pensyarah khususnya En Mohsin dan En Asnul. Berkat kesabaran melayan karenahku. Nasihat dan tunjuk ajar darimu ku jadikan panduan untuk menghadapi hari yang mendatang.
Terima kasih atas segalanya
Buat teman-teman yang dirindui Nor, Eza, Dila, Sharp, Gee, Jamil, Mama, Reen, Jannah dan Emma
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..... As we go on, we’ll remember all the time we had together, as our life change, come whatever, we’ll
still be friends forever..... Sesungguhnya kenangan manis bersamamu teman terukir indah di sanubariku
Tak lupa buat Duwe, Nakata, Na, Jaha, Rif, Linda dan Dahlia
Buat Insan-insan tersayang Tuhan lebih menyayangi dirimu...........
Semoga rohmu dicucuri rahmat Al-fatihah
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Encik Asnul Dahar Bin Minghat yang banyak memberikan
bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa
juga kepada Encik Mohsin Bin Uzir dan En Kandar Bin Selamat di atas segala nasihat
dan pandangan yang diberikan. Juga kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Pengkalan
Chepa, kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak
memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini
dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-
rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba
kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran belajar yang
diamalkan oleh pelajar bumiputera aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik
Pengkalan Chepa. Kajian ini melibatkan 202 orang pelajar. Instrumen kajian yang telah
digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A
digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk menjawab
persoalan kajian yang dikemukakan iaitu melibatkan aspek kemahiran membaca,
kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa dan
kemahiran membuat rujukan. Data yang diperoleh telah diproses menggunakan perisian
SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian
dipersembahkan ke dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian menunjukkan
kemahiran belajar yang diamalkan adalah di peringkat sederhana dengan nilai min
purata 3.43. Ia adalah kemahiran mencatat nota dengan nilai min purata 3.72 diikuti
kemahiran membuat rujukan dengan nilai min purata 3.70 kemahiran mendengar dengan
nilai min purata 3.48, kemahiran mengurus masa dengan nilai min purata 3.43 dan
seterusnya kemahiran membaca dengan nilai min purata 3.03. Berdasarkan hasil
dapatan, dicadangkan agar gaya pembelajaran yang sesuai dikenal pasti pada setiap
orang pelajar. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang
boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi keberkesanan
penggunaan kemahiran belajar di kalangan pelajar bumiputera khususnya. Kajian yang
sama diharapkan dapat diteruskan dengan meluaskan skopnya agar keberkesanan
pengamalan kemahiran belajar dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.
ABSTRACT
The purpose of descriptive research is to identify the learning skills among
Bumiputera student of Technical student, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.
The samples comprised of 202. The research instruments that are used questionnaire
that involve 2 sections. Section A was used to collect data on respondents background,
whereas section B was used to answer to research question encompasses the aspect of
reading skill, learning skill, taking note skill, time management skill and doing
reference skill. The findings were analyzed using the SPSS (Statistical Package For
Social Science) software version 11.0. The result were tabulated on percentages,
frequencies and mean. The findings showed the Bumiputera student of technical have
the medium average mean level of learning skills (3.43). That is taking note skill (3.72),
followed by doing reference skill (3.70), listening skill (3.48), time management skill
(3.43) and reading skills (3.03). Based on the result, it was suggested that suitable
learning style should be identified for each student. Through the end of this study, a few
recommendations were suggested for conscientious to improve the usage of learning
skills among the student. It is hoped that there will other research on the same topic with
a wider scope in order to see the effective usage of learning skills among Bumiputera
student.
viii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
HALAMAN KANDUNGAN viii
BIBLIOGRAFI xii
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
ix
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Amalan 9
1.8.2 Kemahiran Belajar 9
1.8.3 Pelajar 9
1.8.4 Bumiputera 10
BAHAGIAN DUA
KAJIAN LITERATUR
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Kemahiran Belajar 12
2.2 Kemahiran Membaca 15
2.3 Kemahiran Mendengar 17
2.4 Kemahiran Mencatat Nota 19
2.5 Kemahiran Pengurusan Masa 22
2.6 Kemahiran Membuat Rujukan 24
BAHAGIAN TIGA
x
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi Kajian 27
3.4 Lokasi Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Analisis Data 32
BAHAGIAN EMPAT
PENGUMPULAN DATA
BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 33
4.2.1 Jantina 34
4.2.2 Umur 34
4.2.3 Pendapat Responden Mengenai Kepentingan
Kemahiran Belajar 35
4.2.4 Penglibata RespondenDalam Ceramah Atau
Seminar Mengenai Kemahiran Belajar 35
4.2.5 Pendapat Responden Mengenai Keberkesanan
xi
Kemahiran Belajar Yang Diamalkan 36
4.2.6 Analisis Bahagian B 37
4.2.6.1 Persoalan Kajian Pertama 38
4.2.6.2 Persoalan Kajian Kedua 41
4.2.6.3 Persoalan Kajian Ketiga 44
4.2.6.4 Persoalan Kajian Keempat 47
4.2.6.5 Persoalan Kajian Kelima 50
4.2.6.6 Keputusan Skor Min bagi Setiap
Persoalan Kajian 53
BAHAGIAN LIMA
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 57
5.3.1 Demografi Responden 57
5.3.2 Keseluruhan Persoalan Kajian 58
5.3.3 Persoalan Kajian Pertama 58
5.3.4 Persoalan Kajian Kedua 60
5.3.5 Persoalan Kajian.Ketiga 62
5.3.6 Persoalan Kajian Keempat 65
5.3.7 Persoalan Kajian Kelima 67
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Kepada Guru 70
5.4.2 Kepada Pelajar 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
xii
BAHAGIAN ENAM SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN Senarai Dokumen Rujukan 72
BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN
LAMPIRAN Lampiran A Borang Soal Selidik 80
Lampiran B Kebolehpercayaan soal selidik 90
Lampiran C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 92
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan Pelajar Melayu aliran Teknik di Sekolah
Menengah Teknik Pengkalan Chepa 27
3.2 Taburan item dalam soal selidik mengikut persoalan kajian 28
3.3 Pemeringkatan Skala Lima Mata 29
3.4 Klasifikasi penilaian persoalan kajian 29
3.5 Statistik yang digunakan dalam analisis data 32
3.6 Pengubahsuaian pemeringkatan Skala Lima Mata 32
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina 34
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut umur 34
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
pendapat mengenai kepentingan kemahiran belajar 35
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
penglibatan dalam seminar atau ceramah mengenai
kemahiran belajar 35
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
pendapat mengenai keberkesanan kemahiran
belajar yang diamalkan 36
4.6 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi kemahiran membaca 38
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi kemahiran mendengar 41
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
xiv
bagi kemahiran mencatat nota 44
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi kemahiran mengurus masa 47
4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi kemahiran membuat rujukan 50
4.11 Keputusan skor min bagi persoalan kajian 53
xv
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
TP - Tidak Pernah
JJ - Jarang-jarang
KK - Kadang-kadang
K - Kerap
SK - Sangat Kerap
SMTPC - Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
f - Kekerapan
% - Peratus
No. - Nombor
BAB I
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
Pembelajaran ialah satu bidang penting di dalam perkembangan psikologi
setiap pelajar. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning
mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan
seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh
proses pertumbuhan. Oleh itu, belajar adalah satu proses dan ia memerlukan
kemahiran untuk memilih kaedah yang tepat serta baik bagi membolehkan kita
mengendalikan proses tersebut. Tanpa kemahiran yang baik, belajar menjadi sesuatu
yang membosankan dan membebankan. Ini sudah tentu akan menghalang usaha
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang
perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses
dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi
berbagai-bagai kaedah dan kemahiran belajar. Tidak timbul soal bahawa sesuatu
cara itu lebih sempurna dan lebih baik daripada kaedah yang lain. Setiap cara dan
kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana dan masa tertentu.
Mengikut Siti Hawa (1989), teknik atau kaedah belajar bermaksud belajar dengan
cepat dengan menggunakan tenaga yang minimum untuk memperoleh hasil yang
maksimum. Kajian ini telah meninjau cara-cara atau kemahiran pembelajaran yang
diamalkan di kalangan pelajar bumiputera aliran teknik tingkatan empat Sekolah
2Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan. Kajian ini perlu dijalankan
memandangkan isu-isu seperti kelemahan pelajar dalam pembelajaran masih
diperkatakan atau masih lagi dipersoalkan.
Dalam hal ini, kemahiran belajar yang betul merupakan antara aspek yang
paling penting dalam proses pembelajaran. Ini adalah kerana jika pelajar belajar
dengan menggunakan teknik yang betul, pasti ia akan dapat membantu meningkatkan
prestasi akademiknya. Pencapaian yang rendah tidak bererti seseorang pelajar itu
lemah, kemungkinan dia tidak pernah diberi panduan atau tunjuk ajar serta
pendekatan mengenai cara belajar yang berkesan. Antara kemahiran belajar yang
akan dikaji di dalam kajian ini ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar,
kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran mengurus
masa.
31.2 Latar Belakang Masalah
Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan
1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah
Teknik. Berikutan dengan itu pada tahun 1968, kerajaan telah membina sekolah
menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Selepas tahun 1979 iaitu pada
tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut menyenaraikan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Mata pelajaran yang di tawarkan di bawah
rancangan KBSM terbahagi kepada dua iaitu kumpulan teras dan kumpulan elektif.
Bagi mata pelajaran teknikal, turut disenaraikan di bawah mata pelajaran elektif
kumpulan dua iaitu kumpulan vokasional dan teknologi. Antara mata pelajaran yang
ditawarkan adalah prinsip akaun, ekonomi asas, perdagangan, sains pertanian,
ekonomi rumah tangga, matematik tambahan, pengajian kejuruteraan jentera,
pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, lukisan
kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.
Dalam tahun 1962, sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Lanjutan
Kampung untuk menerima pelajar yang telah tamat darjah enam sekolah rendah.
Pembelajaran mengambil masa selama tiga tahun dan pelajar seterusnya akan
menjalani peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1968 sekali lagi
perubahan berlaku iaitu dari Sekolah Menengah Lanjutan Kampung menjadi Sekolah
Menengah Vokasional yang menerima pelajar lepasan SRP di mana pada akhir
kursus pelajar dikehendaki mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional
Malaysia (SPVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikutan
dengan perubahan sistem dan kurikulum yang dilaksanakan pada tahun 1987, pelajar
yang cemerlang dalam bidang akademik semasa peperiksaan akhir tingkatan empat
akan diserapkan ke tingkatan lima aliran vokasional dan menduduki Peperiksaan Sijil
Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Sebaliknya, pelajar yang lemah pula akan
diserapkan ke aliran kemahiran dan mengambil Peperiksaan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) peringkat asas anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Penstrukturan semula sekolah vokasional seluruh negara pada tahun 1995
menyebabkan semua sekolah vokasional menjadi sekolah menengah teknik dalam
tiga fasa iaitu Aliran Teknik, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.
4Untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi akademik pelajar, guru-guru
telah dihantar untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme perguruan di
institusi dalam negeri dan ke luar negara seperti Australia, Jepun, Korea, New
Zealand dan India. Namun begitu tugas untuk meningkatkan prestasi akademik
bukannya terletak di bahu pihak sekolah dan guru sahaja malah yang paling penting
ialah usaha dan tindakan yang dilakukan oleh pelajar tersebut di samping mendapat
bimbingan dari guru. Salah satu faktor yang mempengaruhinya ialah faktor
persekitaran.
Jadual 1.1 : Bilangan pelajar me ngikut gred bagi mata pelajaran teras SPM
2002
Cemerlang
Kepujian
Kepujian
Lulus
Mata
Pelajaran
Bilangan
Dan
Peratus
1A 2A 3B 4B 5B 6B 7D 8E
Bil 21 28 31 30 20 8 9 1 Bahasa
Melayu (%) 21.0 18.9 20.9 20.3 13.5 5.4 6.1 0.7
Bil 0 1 2 5 8 12 60 45 Bahasa
Inggeris (%) 0.0 0.7 1.4 3.4 5.4 8.2 40.8 30.6
Bil 9 28 48 33 22 6 0 1 Pendidikan
Islam (%) 9.0 18.9 32.4 22.3 14.9 4.1 0.0 0.0
Bil 3 11 14 25 41 28 17 9 Sejarah
(%) 3.0 7.4 9.5 16.9 27.7 18.9 11.5 6.1
Bil 51 12 13 11 8 14 25 13 Matematik
(%) 51.0 8.1 8.8 7.4 5.4 9.5 16.9 8.8
Sumber : Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa (2002)
Jadual 1.1 menunjukkan peratusan pelajar mengikut gred bagi mata pelajaran
teras Sijil Pelajaran Malaysia 2002. Seramai 148 orang pelajar aliran teknik dan 183
orang pelajar aliran vokasional menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) pada tahun 2002. Dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah
5seramai 49 orang (39.9%). Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris jumlah pelajar yang
berjaya mendapat gred cemerlang ialah hanya seorang (0.7%). Mata pelajaran
Pendidikan Islam pula menunjukkan pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang
ialah seramai 37 orang (27.9%). Dalam mata pelajaran Sejarah, pelajar yang berjaya
mendapat gred cemerlang ialah seramai 14 orang (10.4%). Bagi mata pelajaran
Matematik, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah seramai 63 orang
(59.8%). Keseluruhan didapati peratusan pelajar yang mendapat gred cemerlang
adalah berada pada tahap sederhana sahaja iaitu 59.1%. Contoh analisis peperiksaan
yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 sebelah menunjukkan bahawa setiap pelajar
mempunyai peluang sama ada untuk lulus atau gagal dalam peperiksaan. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan atau kegagalan mereka. Salah
satu faktor yang mempengaruhinya ialah strategi pembelajaran yang mereka
amalkan.
Dalam Utusan Malaysia (2001), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
mengutarakan pandangan seorang ahli sains yang bernama Gregor Johann Mendel di
dalam hujah beliau untuk menghubungkaitkan antara faktor keturunan dengan
pencapaian sesuatu kaum di dalam buku beliau The Malay Dilemma. Sungguh
radikal tetapi mengundang minda kita untuk berfikir dan begitu intelektual. Di
antara lain beliau menulis, “Hari ini, peluang seseorang manusia untuk mempelajari
sesuatu ilmu adalah begitu luas, tetapi kemampuan mereka berbeza-beza, bergantung
kepada had-had seseorang itu”. Katanya lagi, “Yang pastinya, terdapat mereka yang
dapat menyerap lebih banyak ilmu daripada orang lain. Perbezaan ini nampaknya
seperti karakter keturunan”. Oleh kerana faktor keturunan ini, beliau mengatakan
bahawa persekitaran seseorang itulah yang memainkan peranan sangat penting di
dalam membentuk diri, keluarga dan bangsanya. Ini adalah kerana, selain daripada
faktor keturunan, faktor persekitaran adalah satu faktor terpenting di dalam
perkembangan fizikal, mental dan psikologi manusia. Sungguhpun kenyataan Tun
Dr. Mahathir lebih menyeluruh, tetapi ia sangat relevan di dalam membincangkan isu
akademik pelajar Melayu hari ini.
6Kajian yang dijalankan oleh Siti Hawa (1987) mendapati sebanyak 42.67%
pelajar telah mengenal pasti bahawa teknik belajar merupakan salah satu masalah
akademik yang mereka alami. Ini menunjukkan teknik belajar merupakan keperluan
asas pelajar. Sebenarnya, ilmu atau kajian mengenai kemahiran belajar berkesan
memang sudah lama wujud. Malangnya ramai pelajar menggunakan cara yang
diamalkan secara percubaan dan pengalaman, malahan pelajar berkebolehan amat
tinggi pun tidak menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan. Kemahiran
yang khusus diperlukan untuk memastikan kita mengumpul maklumat yang betul
serta setimpal dengan usaha dan masa yang digunakan. Kita hanya akan dapat
memanfaatkan sumber-sumber itu sekiranya kita tahu cara yang betul dan efektif
untuk mendapatkan maklumat. Pelajar-pelajar sekolah pada hari ini merupakan
generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal menjadi tonggak utama
kepada negara dalam memastikan negara kita agar terus kekal dan maju.
Memandangkan kemahiran belajar memainkan peranan yang penting dalam
menentukan keberkesanan sesuatu pembelajaran, maka ia sudah tentu mempengaruhi
keputusan peperiksaan seseorang pelajar. Menurut Rashid (1999), ramai pelajar
yang telah gagal mengakui kurang pengetahuan dalam kemahiran belajar sebagai
punca utama kegagalan dalam peperiksaan.
Permasalahan kecemerlangan akademik pelajar khususnya pelajar Melayu
telah lama dikenal pasti. Dalam Utusan Malaysia (2001), Tokoh Guru Kebangsaan
1998 iaitu Datuk Dr. Yahya Ibrahim menyatakan beberapa orang pelajar Cina dan
India mencapai kecemerlangan akademik bersepakat mengatakan bahawa faktor
kejayaan mereka dalam peperiksaan adalah mengamalkan kemahiran belajar yang
betul dan tahu membezakan keutamaan apabila berada di bangku persekolahan
hingga ke universiti. Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Datuk Dr.
Isahak Harun pula menyatakan di Universiti Malaya umpamanya, jumlah pelajar
Cina yang mendapat kelas pertama sekitar 150 orang setahun tetapi pelajar Melayu
cuma sepuluh peratus daripada bilangan itu. Ini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran belajar itu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
seorang pelajar dalam pelajaran. Dengan kemahiran belajar, seseorang individu
dapat membaca, mendengar, mencatat nota, mengurus masa dan membuat rujukan
dengan baik (Esah, 2002).
7Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Samad Hadi dalam Utusan
Malaysia, (2001) ketika membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Senario
Semasa Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa
Kolokium Kemajuan Akademik Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi di
Genting Highlands, Pahang baru-baru ini, katanya gaya berfikir pelajar Melayu dan
bukan Melayu berbeza. Menurut beliau lagi, satu kajian menunjukkan bahawa
pelajar Melayu lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan.
Sementara pelajar Cina pula lebih banyak menggunakan strategi belajar eksperimen
aktif dan pengalaman konkrit. Kebanyakan punca kelemahan pelajar Melayu ialah
tidak pandai untuk meletakkan keutamaan dalam melakukan sesuatu gerak kerja dan
aktiviti.
Prof. Datuk Awang Had Salleh pernah mengutarakan kajian beliau di dalam
buku Pemikir (Julai-September 1996). Beliau mengutarakan pencapaian graduan
bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera pada tahun 1983 dan 1995. Jika
diteliti, kesimpulan-kesimpulan yang telah diberikan, hampir sama sahaja sejak dulu
lagi, begitu stereotaip dan terasa begitu normal di dalam mengklasifikasikan bangsa
Melayu itu sendiri. Kesimpulan yang stereotaip dan sama ini turut menimbulkan
persoalan iaitu apakah ketidakmampuan pelajar-pelajar Melayu ini merupakan satu
tradisi yang tidak mampu diubah oleh bangsa Melayu? Kenyataan ini dipetik dari
Utusan Malaysia (2000).
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik telah menetapkan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk
mengenal pasti kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar bumiputera
khususnya pelajar Melayu di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan
dalam pembelajaran mereka. Aspek kemahiran belajar yang dikaji dalam kajian ini
ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota,
kemahiran mengurus masa dan kemahiran membuat rujukan
81.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang telah dijalankan adalah ;
a. Mengenal pasti tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
b. Mengenal pasti tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
c. Mengenal pasti tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
d. Mengenal pasti tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
e. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh
pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang telah dijalankan adalah :
a. Apakah tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar dalam
aktiviti pembelajaran mereka?
b. Apakah tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar dalam
aktiviti pembelajaran mereka?
c. Apakah tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar dalam
aktiviti pembelajaran mereka?
d. Apakah tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar dalam
aktiviti pembelajaran mereka?
e. Apakah tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka?