Transcript
  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 1/30

    SEJARAH PENGGAL 2 940/2

    TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN, DAN PERHUBUNGNAN LUAR

    1.8 Perhubungan LuarCalon seharusnya dapat:(a) membincangkan bentuk perhubungan luar:(i) diplomatik; pada Zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin(ii) naungan melalui pembayaran jizyah pada Zaman Khufa`al-Rasyidin dan KhalifahUmayyah(iii) perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah dan Khalifah Uthmaniyyah

    1.8.1 Diplomatik pada Zaman Nabi Muhammad SAW dan Zaman Khulafa` al-RasyidinSetelah Nabi Muhammad SAW mendirikan kerajaan Islam antara tindakan yangdilakukan oleh baginda bagi mengukuhkan negara Islam Madinah ialah berusaha untukmewujudkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Sehubungan dengan ituNabi Muhammad SAW telah menghantar utusan-utusan sama ada dalam atau luarSemenanjung Tanah Arab. Tindakan tersebut secara tidak langsung telah dapatmemperkenalkan dan menyebarkan agama Islam ke negara-negara berkenaan.Hubungan diplomatik terawal yang dijalankan oleh nabi Muhammad SAW sebenarnyatelah berlaku sejak baginda di Makkah lagi. Umpamanya baginda pernah mengarahkanogar orang-orang Islam berhijrah ke Habsyah kerana baginda mendapati Raja Najasyimerupakan seorang pemerintah yang adil. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, bagindatelah menghantar Ja`afar bin Abi Talib mengetuai utusan dan ternyata orang-orangislam telah dilindungi daripada ancaman orang Quraisy pada masa yang tersebut.Selain itu banginda telah mengirim utusan ke negara-negara seperti Bahrain, Oman,Yaman, Mesir, Ghassan, Byzantine dan Parsi bagi menjayakan misi dakwah dan politik.Baginda mengutus surat kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing menyeru agarmereka memeluk Islam. Surat-surat ini telah dibawa oleh wakil-wakil baginda,contohnya:I Amru bin Umayyah al-Damri membawa surat yang diutus kepada Raja Najasyi (RajaHabsyah)II Dihyah bin Khalifah al-Kalbi membawa surat yang diutus kepada Qaisar (MaharajaByzantine)III Abdullah bin Hudhafah al-Sahmi membawa surat yang diutus kepada Kisra (MaharajaParsi)IV Hatib bin Abi Balta`ah membawa surat yang diutus kepada al-Muqawqis (Mesir)berdasarkan sumber-sumber sejarah,para utusan yang dihantar telah diberi layananyang baik oleh raja-raja dan ketua-ketua negara berkenaan . Ini membuktikan utusanyang dihantar menggunakan cara-cara diplomasi yang sangat halus dan berkesan.Selain itu tujuan Nabi Muhammad SAW menghantar utusan ke luar juga adalah untukmenunjukkan orang Islam pada ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dandihormati. Kemuncak kepada kewujudan hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 H,iaitu selepas kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka Kota makkah. Tahun ini dikenalisebagai Tahun Perutusan kerana ramai dalam kalangan suku Arab yang datang ataumenghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memeluk Islam atau

    SUKATAN PELAJARAN

    PAUTAN LUAR

    KALENDAR

    July 2015

    M T W T F S S

    1 2 3 4 5

    6 7 8 9 10 11 12

    13 14 15 16 17 18 19

    UTAMA ORGANISASI PRA U SBC AKTIVITI PRA-U KOKURIKULUM KEJAYAAN

    SEJARAH STPM 940

    PENGAJIAN AM

    PENGAJIAN PERNIAGAAN

    BAHASA MELAYU

    PENGAJIAN PERNIAGAAN

    SEJARAH PENGGAL 1

    SEJARAH PENGGAL 2 940/2

    SEJARAH PENGGAL 3 940/3

    KERJA KURSUS SEJARAH 940/4

    PROGRAM SOSEJ (SERONOKBELAJAR SEJARAH) 2015

    WEB SEKOLAH

    PPD

    PRA-U WEBSITE

    SEMAKAN KEMASUKAN PRA-U

    SEMAK KEPUTUSAN STPM ON-LINE

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 2/30

    menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan Islam pimpinan baginda.Antara kabilah arab yang dilaporkan menemui Nabi Muhammad SAW ialah Bani tamim,Bani Amir, Bani Abd al-Qais, Bani Haniffa, bani Kindah dan sebagainya. Ada juga individutertentu yang datang menemui baginda bagi menyatakan keislaman seperti Farwah binAmru al-Judhami dan Rifa`ah bin Zaid al-Judhami. Dasar-dasar Nabi Muhammad SAW inikemudiannya telah diteruskan oleh para sahabat ketika pemerintahan Khulafa` al-Rasyidin dan responnya melalui hubungan diplomatik ada yang menganut agama Islam,sanggup membayar jizyah dan ada juga yang mengamalkan sikap anti-Islamsebagaimana Byzantine dan parsi hingga memaksa negara Islam menggunakan senjatauntuk mempertahankan kedaulatannya. Khalifah Umar bin al-Khattab menjalinkanhubungan perdamaian dengan kerajaan Baitulmaqaddis ekoran kebimbanganpenduduk Baitulmaqaddis terhadap gereja agung mereka dimusnahkan oleh orangIslam.

    1.8.2 Naungan Melalui Pembayaran JizyahJizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi. Tujuanpelaksaan cukai ini sebagai balasan kerajaan islam melindungi harta dan nyawa orangbukan Islam tersebut. Pelaksanaan cukai ketara pada zaman Khulafa`al-Rasyidinberikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan yang dijalankan sama ada dalammahupun luar Semenanjung Tanah arab. Melalui ekspedisi yang dijalankan, orang kafiryang enggan menerima agama islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol beradadi bawah naungan kerajaan Islam.Sewaktu pemerintahan Abu Bakar al-siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buahkawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq menyebabkan penduduk seperti Kirah, Anbardan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungankerajaan Islam madinah. Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-khattab menyaksikansemakin banyak negara yang menyatakan kesanggupan berada di bawah naungankerajaan islam. Contohnya, mesir sanggup berada diu bawah naungan kerajaan islamsetelah Amru bin al-as berjaya menghapuskan penjajahan Byzantine di sana.Di Baitulmaqaddis, pemimpinannya telah menandatangani perjanjian damai denganKhalifa Umar al-Khattab. mereka sanggup membayar jizyah dengan syarat kerajaanislam memberi jaminan terhadap keselamatan jiwa, nyawa, harta, kebebasan beragamaserta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmaqaddis di samping bersediamenyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pendudukBaitulmaqadis kepada pemerintahan Islam. Penduduk di syam, Palestine dan Jordanjuga turut sama menyetakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tenteraislam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-jarrah mengalahkanByzantine dalam beberapa siri peperangan.Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa kawasan di utaraAfrika menyetakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan islam sertasanggup membayar jizyah. Umpamanya penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli danNubah. Pada zaman kerajaan Bani Umayyah pula, terutama sewaktu pemerintahanKhalifah al-walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia,Afrika dan eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakankesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Contohnya kempen ketenteraanIndia di bawah pimpinan Muhammad bin al-Qasim. Beliau bukan sahaja berjayamengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam keMultan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyahdengan kadar tertentu. Bagitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di AsiaTengah seperti Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganutagama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatandaripada kerajaaan Umayyah melalui gabenornya iaitu Qutaibah bin Muslim dansaudaranya Bahar bin Muslim. di afrika Utara pula kejayaan Musa bin Nusairmengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier danCeuta sekali gus membolehkan kerajaan islam memungut cukai jizyah dan menjadi batuloncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.1.8.3 a)Perjanjian Zaman Kerajaan Abbasiyyah pada Abad ke-9 M hingga Abd ke-13 MKerajaan- kerajaan Islam menandatangani perjanjian bukan sahaja terhad untukmengeratkan hubungan, malah ia juga dikaitkan dengan dengan perjanjian untukmenghentikan konflik yang berlarutan yang boleh meninggalkan impak buruk kepadapihak yang terlibat. Dalam konteks ini, pada zaman kerajaan Abbasiyah, khususnyasewaktu pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat beberapa perjanjian yangtelah ditandatangani dengan beberapa buah kerajaan lain atas maklumat tertentu. Halyang sama berlaku sewaktu pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, khususnya padazaman kegemilangannya .Hubungan antara kerajaan Islam dengan kerajaan Byzantine sentiasa berada dalam

    Search

    Nov

    20 21 22 23 24 25 26

    27 28 29 30 31

    Recent Comments

    Mr WordPress on Hello world!

    Archives

    November 2014

    October 2014

    Categories

    Uncategorized

    Meta

    Log in

    Entries RSS

    Comments RSS

    WordPress.org

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 3/30

    ketegangan iaitu pada zaman Harun al-Rasyid. Usaha menguasai Asia kecil telahmembawa kepada pertembungan dua buah kuasa ini. Oleh itu bagi mengelakberlakunya peperangan dengan kerajaan Islam, wakil raja Byzantine iaitu Maharani IreneIV telah mementerai perjanjian damaiengan khalifah Harun al-Rasyid denganmenyatakan kesanggupan membayar ufti sebanyak 90 000 dinar setiap tahun danmembenarkan perkembangan agama Islam dan aktiviti perdagangan aorang islam diByzantine. Perjanjian ini juga memutuskan genjatan senjata selama tiga tahun.Walau bagaimanapun, tindakan oleh pengganti Maharani Irene IV yang telah melanggarperjanjian menyebabkan Khalifah Harun al-Rasyid bertindak menyerang dan menawanbeberapa buah bandar seperti Heraclea, Tyans, Iconium dan Emphesus dan seterusnyamara ke Pulau Cyprus. Kemaraan ini mengakibatkan Nicephorus membuat perjanjiandamai sekali lagi dan sanggup membayar ufti tahunan kepada kerajaan Islam.Kerajaan abbasiyah pada zaman Khalifah Harun al-rasyid juga menjalinkan hubunganyang baik dengan Perancis. kedua-dua kerajaan ini mewujudkan perjanjian kerjasamadisebabkan mereka menghadapi , musuh yang sama, iaitu kerajaan Umayyah diAndalus. Keakraban kedua-dua buah negara ini dapat dilihat dengan adanya pertukaranhadiah. Umpamanya, Khalifah Harun al-Rasyid pernah mengirimkan sebuah jam yangmenggunakan kuasa air bagi menandakan waktu.b) Perjanjian zaman Kerajaan Uthmaniyah pada Abad ke-17 M hingga Abad ke-19 MPada tahun 1672 m, Sultan Muhammad IV (1648 -1687 M ) telah menerajui ekspedisi,menentang menetang Poland yang terakhir dengan perjanjian damai pada tahun 1976M. Dalam perjanjian ini Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaanUthmaniyah. akan tetapi, perjanjian damai ini kemudiannya telah dicabuli oleh MarshallSobieski yang kemudiannya menjadi Raja Poland bagi menggantikan Raja Michael.Perjanjian damai antara Poland dengan kerajaan Uthmaniyah telah membawa kepadakonflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayahUkraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanyamengalami kerugian teruk, akhirnya mereka berdamai pada tahun 1681M.Sultan Muhammad IV telah menandatangani Perjanian Radsin pada tahun 1681 Mdengan Rusia setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaanUthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaanCossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang Turki telah kehilangan kuasa mereka di LautHitam setelah Berjaya menguasai laluan laut tersebut untuk beberapa abad. Sewaktupemerintahan Sulta Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa menghadapi masalah dari luardan juga dari dalam negeri. Di luar negara, baginda terdedah kepada serangan tenteraKristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tenteraUthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan PerjanjianKarlowitz.Kesan daripada perjanjian tersebut, sebahagian besar wilayah kerajaan Uthmaniyah diHungry dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburgdan Poland. Pada abad ke-18 merupakan tempoh paling buruk yang pernah berlakudalam sejarah Uthmaniyah. Serangan demi serangan dilancarkan oleh Venice danAustria akhirnya telah Berjaya mengalahkan tentera kerajaan uthmaniyah pada tahun1716 M iaitu perang Petewarden. Melalui Perjanjian Passarowit, Turki telah kehilanganTimsuar, Belgrade, sebahgian besar Serbia dan Romania . Manakala Venice pulamenduduki kawasan pantai Dalmatia. Walaubagaimanapun, dalam satu siri peperanganyang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia utara danBelgrade setelah termenterainya Perjanjian Belgrade pada tahun 1739 M.Pada tahun 1770 M, sewaktu kerajaan Uthmaniyah di bawah pemerintahan SultanMustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantai Asia Kecil dengan Rusia. Peperangan iniditamatkan melalui perjanjian yang dimenterai pada tahun 1774 M. Namun perjanjian initelah menyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayahnya seperti Kinburn,Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabilawujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semulakerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabila perikatan Berjaya merampas Moldoviadan Wallachin daripada kerajaan Uthmaniah. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III,pula termenterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Wilayahseperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah,manakala Sungai Dnister diistiharkan sebagai kawasan sempadan.Pada tahun 1876, kerajaan Uthamniyah diperintah oleh sultan `Abd al-Hamid II. Setahunselepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik inidiselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun 1878 M. Namun perjanjian inihanya menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoranpembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Kehilangankuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah membawakepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 4/30

    sebaliknya mengamalkan prinsip demokrasi.Keengganan Sultan `Abd al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan TurkiMuda yang kini mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan bagindadigulingkan dan digantikan Sultan Muhammad V.

    1.7 Ketahanan dan Pembukaan WilayahHasil pembelajaran Calon seharusnya dapat:(a) menjelaskan pengertian jihad;(b) menghuraikan etika dan strategi peperanganpada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7)c) menilai kepemimpinan dan sumbangan tokoh:(i) Salehuddin al-Ayyubi;(ii) Sultan Muhammad al-Fatih.

    1.7.1 JihadKonsep jihad.Berasal daripada bahasa Arab al-Jahdu dan al-Jihad yang bererti penyerahan segenaptenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yangdibenci. Dari sudut bahasa, jihad bermaksud penumuan segala tenaga dan usaha untukmencapai suatu cita-cita, iaitu mengakkan syiar Islam. Menurut Abu a`ala al-Maududi,erti Jihad dalam Islam bukan satu perjuangan. Ia merupakan perjuangan di jalan AllahSWT dan fisabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam. Jihadmemperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awalkebangkitan Islam. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.Menurut pandangan Mazhab Hanafi, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukanDin al-Haqq dan memerangi mereka sekirannya mereka menolakny. Mazhab Syafie pulaberpendangan jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segalakemampuan untuk memerangi orang-orang kafir. Sesuai dengan maksud Islam yangbererti kesejahteraan, Islam tidak menggalkkan peperangan. Namun peperangandibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang kekafiran, melenyapkanfitnah dan menghancurkan taghut (orang yang zalim)

    Jenis-jenis jihad terbahagi kepada 6 iaitua) Jihad nyawa dan tenaga, merupakan jihad paling tinggi dalam Islam iaitu melaluipengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam. Lazimnya jihad ini adalah jihad di medanperang dan mereka yang terkorban dianggap mati syahid.b) Jihad harta. Bagi golongan kaya mereka boleh berjihad dengan cara menyumbangdalam bentuk kewangan bagi menyokong golongan yang berada di medan perang.Sebagai contoh Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya demi perjuanganmenegakkan syiar Islam.c) Jihad akal fikiran. Sumbangan buah fikiran dan idea juga tergolong dalam cirri-ciri jihaddi jalan Allah SWT. Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang,beliau juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang khandak.d) Jihad ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu jihad di dalam Islam. Para mujahid yangberijtihad mengenai sesuatu hukuman juga tergolong sebagai jihad melalui akal fikiran.e) Jihad menentang golongan munafik. Umat Islam juga berjihad menentang golonganmunafik dianggap musuh kerana berselindung disebalik nama Islam. Terdapat banyakayat-ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini.f) Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran. Umat Islam jugadigalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan.Dengan itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang samaada melalui perbuatan, perkataan ataupun hati.

    1.7.2 Peperangana) Etika peperangan dalam IslamIslam menggariskan prinsip-prinsip dan kaedah umum dalam jihad. Antaranya mengajakmanusia kepada Islam sebelum memerangi. Hal ini dilaksanakan ketika zaman KhalifahAbu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah Hirah. Beliau telah memberikan tigapilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang. Islamhanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi musuh seandainyamereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar.Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh. Seteah itubaharulah berlaku peperangan secara besar-besaran.Dalam ekspedisi peperangan, tentera islam tidak boleh memerangi orang kafir yangtidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacatatau lumpuh dan paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah golongan tersebut tidak

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 5/30

    dikenakan jizyah pada zaman Khulafa` al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancamkeselamatan negara Islam.Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau mebakarrumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini membuktikan betapa Islam mementingkankeamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Pelaksanaan etika initerbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Ta`if. Harta-harta musuh Islamlangsung tidak diusik. Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteru-seteruIslam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi Islam, maka Islammenetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmiatau mereka yang sudah menyerah. Kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikatperjanjian damai sereta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.Islam juga melarang sebarang perbuatan yang mengaibkan musuh. antaranya tenteratidak boleh mencencang mayat musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yangpernah dilakuakn oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, iaitu bapasaudara Nabi Muhammad SAW ketika Perang Uhud.Sebarang perjanjian damai yang dimenterai wajib ditaati. Oleh sebab itulah ketikaPerjanjian Hudaibiyah dimenterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjianini seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh islam, namun Nabi MuhammadSAW mempunyai misi yang tersendiri. Sikap musuh Islam yang melanggar gencatansenjata yang dipersetujui membolehkan baginda mengetuai tentera Islam membukakota Makkah pada tahun 8 H.Etika terakhir yang dianjurkan oleh islam ialah tawanan perang akan dilayan denganbaik. Ia merupakan antara kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawandalam perang Badar dibunuh, baginda tidak menerima saranan tersebut. Sebaliknyabaginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diridengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yangBerjaya manarik ramai musuh Islam akhirnya menerima agama Islam.

    b) Strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa` al-RasyidinI Menguasai tempat strategic. Perang Badar berlaku pada tahun 2 Hijrah melibatkanumat Islam denga Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera Islam hanya berjumlah313 orang sahaja, namun mereka Berjaya mengalahkan tentera Quraisy Makkah yangberjumlah 1000 orang. Punca kemenangan kerana tindakan pantas tentra Islammenguasai tempat yang strategic, iaitu kawasan punca air yang menyebabkan pihakmusuh keputusan bekalan air memaksa mereka menceroboh kubu pertahan Islam.II Kaedah bertahan/ membuat benteng pertahanan dengan menggali parit. Kaedah inidipratikkan berikutan cadangan seorang sahabat, iaitu Salman al-Farsi bagi melindungikota Madinah daripada serangan musuh Islam. Kejanggalan pihak musuh terhadapbenteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuhmenjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan olah Allah SWT telah dapatmemecahbelahkan tentera musuh.III Menempatkan pasukan pemanah di atas bukit. Dalam Perang Uhud, Nabi MuhammadSAW telah merangka strategi perang. tentera infantry akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud. Ternyata kaedah ini telahBerjaya mengalahkan musuh. Namun, disebabkan kecuaian para pemanah, bentengpertahanan tentera Islam menjadi lemah. Kecuaian ini berlaku kerana mereka telahdikaburi dengan harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan merekameninggalkan posisi masing-masing. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menerimakekalahan.IV Kaedah penyamaran. Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat, iaitu Nu`aim bin Mas`udtelah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisydan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesame mereka. Begitujuga dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang hanya memakai pakaian biasamenunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.V mementerai perjanjian persahabatan dengan musuh. Meskipun para sahabatmempertikaikan tindakan Nabi Muhammad SAW keranan menerima syarat-syaratPerjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut kerana dapatmengjangkakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Islam kelak. Ternyatatelahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli syarat perjanjiantersebut. Pencabulan syarat perjanjian oleh quraisy Makkah member peluang kepadaNabi Muhammmad SAW dan tentera Islam yang berjumlah seramai 10 000 orang untukbertindak balas dan Berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.VI Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka. Tindakan Nabi MuhammadSAW yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan merekasewaktu Perang Mu`tah yang merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 6/30

    tentera Islam. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap denganstrategi musuh. Apatah lagi, peperangan tersebut juga telah meragut ramai syuhadaseperti ja`afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.VII Strategi mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi. Ketika Perang Ta`if, tenteraIslam telah menggunakan strategi mengepung dan seterusnya melancarkan seranganbertubi-tubi ke atas benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh Malik bin Auf.Sewaktu pengepungan itu berlaku, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kepadapara penyokong Bani Thaqif bahawa kebun-kebun mereka akan dibakar seandainyaenggan menyertai diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.VIII Perang satu lawan Satu. Pertembungan sebegini dapat menyemarakkan lagisemangat para pejuang lain. Sebagai contoh, ketika Perang Badar, tiga orang sahabatNabi Muhammad SAW telah bertempur dengan tiga orang pahlawan Quraisy sebelumtercetusnya perang yang sebenar.IX Merahsiakan jumlah musuh untuk memastikan moral mereka tidak terjejas di medanperang. Kaedah ini dapat merangsang perjuangan para sahabat untuk berjuang bermati-matian demi agama, diri dan negara.X Menyusun tentera berasaskan system al-Saf, didahului tentera berjalan kaki dan diikutipemanah. Tentera berkuda dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan lagi jenteraserangan dan memantapkan benteng pertahanan.XI Membina Bandar atau pusat tentera seperti di Iraq, Ssyam, Mesir dibuka olehKhulafa` al-Rasyidin. Tujuan mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Bandar inidilengkapi kubu atau benteng pertahanan serta dapat meluaskan dakwah Islamiyah danmempergiatkan aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Malah, anggota tenteradikhendaki menjalani latihan keras serta tidak dibenarkan mengerjakan atau melibatkandiri dalam kegiatan ekonomi lain khususnya pertanian.

    1.7.3 Kepimpinankitan Islam.a) Salehuddin al-AyyubiNama penuh beliau ialah Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub, di benua Eropah beliaudikenali sebagai Saladin. Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suju Rawaidhah.Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah iran pada tahun 1138 M dan meninggaldunia di Damsyik pada tahun 1193

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 7/30

    yang sekali lagi dikepung. Bagi memastikan kesucian Kota Baitulmaqaddis, Salehuddinberhasrat menguasai kota ini melalui jalan damai Berjaya ditandatangani dan tenteraSalib dikehendali keluar daripada Baitulmaqaddis dalam tempoh 40 hari. Setiap lelakidewasa dikehendaki membayar tebusan sebanyak 10 dinar, kaum perempuan sebanyaklima dinar dan kanak-kanak lelaki sebanyak 2 dinar. Mana-mana individu yang tidakboleh membayar tebusan pula akan dijadikan tawanan tentera Islam.III Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian. Walaupun tentera IslamBerjaya menguasai Baitulmaqaddis orang-orang Kristian tetap diberi peluangmengunjungi kota suci ini. Melalui perjanjian damai yang dimenterai antara Salehuddindengan Richard The lion di Ramalah pada 2 November 1192 M pihak Islam bersediamemberikan kelonggaran kepada penganut Kristian mengunjungi dan beribadat diBaitulmaqaddis.IV Memulih dan membangunkan negara. Salehuddin al-Ayyubi member tumpuankepada pemulihan benteng di Kota Kaherah. Usaha pemulihan diawasi oleh seorangjurutera bangunan, iaitu al-Tawasyi Bahauddin. Benteng ini merangkumi empat buahBandar yang membentuk Kaherah. Tujuan pembinaan dan pemulihan benteng kotaKarehah adalah untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Selain itu,Salehuddin juga mengarahkan pembinaan kubu Qal`ah al-Jabal yang terletak di atasbukit bagi membendung saki baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai, kubu yang hamper sama juga telah dibina. Beliau juga membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah. Ibn Jubair perneh menjelaskan bahawa pasar minggu yang besarakan diadakan pada setiap hari Ahad. Petempatan di Bandar ini disedia dengankemudahan yang lengkap serta tempat bersantai. Beliau menubuhkan Diwan Armandayang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang armandaperang yang besar. Tindakan ini dilakukan setelah beliau mendapati Mesir merupakansebuah tempat yang sesuai untuk membina angkatan tentera laut dan darat. KotaIskandariah telah diperkuatkan bagi mengelak pencerobohan tentera Salib Perancis.Salehuddin turut membina hospital. Beliau telah mengubah dewan yang terletak didalam istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz untuk dijadikan sebuah hospital dandinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah bangunan gedung ubat-ubatan juga disediakanbagi membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred yang ditetapkan.Hospital tersebut juga menyediakan sebuah ruangan khas untuk pesakit wanita, Bagipesakit mental, jaring-jaring besi dibina untuk mengelakkan mereka menganggu pesakitlain.V Memajukan aspek pendidikan. Sebagai seorang individu yang mencintai ilmupengetahuan, Salehuddin al-Ayyubi banyak membina sekolah dan menjemput golonganutama dan cerdik pandai ke negaranya. beliau memperkenalkan system pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai system al-Khatib. Kanak-kanak diajar mempelajari al-Quran, menghafal hadis dan meningkatkan kemahiran senit khat. Kanak-kanak jugadiajar asas ilmu matematik syair, kata-kata hikmat dan beribadat seperti solat berjemah.Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang pentinf khususnya ilmukeagamaan seperti ilmu tafsir. Antara masjid yamg dikenali pada zamannya ialah MasjidAmru al-As, Masjid al-Azhar dan Masjid al-Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliaudalam aspek pendidikan terserlah apabila sanggup mewakafkan sebanyak 32 buah kedaiuntuk dijadikan sekolah malah, turut membiayai guru-guru yang mengajar di sekolahyang didirikan. Beliau juga berusaha menguatamakan pendidikan yang berasaskanmazhab sunni, menghapuskan kepercayaan karut disamping menyemarakkan lagisemangat jihad bagi menentang tentera Salib Perancis yang mencemarkan danmelakukan pelbagai kerosakan dalam negara Islam.VI Memajukan bidang ekonomi. Negara pada zaman pemerintahan memperoleh sumberpendapatan yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam,fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri. Harta rampasan Perangdan cukai tanah (Kharaj) . Cukai-cukai yang membebankan yang dilaksanakan padazaman kerajaan Fatimiyah juga dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaahHaji. Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sector pertanian denganmemberikan tumpuan kepada penyediaan dan menyelenggaraan system terusan danteknik pertanian agar berlaku peingkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalanmakanan. Beliau juga menggalakkan aktiviti perdagangan. Mesir menjadi pusatpertemuan para pedagang dari Timur dan Barat. Beliau juga membina banyak pasir diMesir dan Sryia selain membaik pulih serta meluaskan pasar yang sedia ada.

    b) Sultan Muhammad al-FatihNama sebanar baginda Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Dilahirkanpada 29 Mac 1432 M di Adriana Polis (sebuah Bandar bersempadan Turki, Bulgaria) danmeninggal dunia pada 3 Mei 1481 M. Ketika berusia 49 tahun, baginda dikenali gelaranMuhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota Kostantinople . Baginda

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 8/30

    menaiki tahta seawal umur 19 tahun bagi menggantikan ayahndanya iaitu Sultan MuradII. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama hamper 30 tahun iaituantara tahun 1451 hingga 1481 M. Baginda merupakakan seorang negarawan ulung danpanglima tentera yang agung. Sepanjang pemerintahannya, baginda telah memimpinsebanyak 25 kempen peperangan.Sultan Muhammad al-Fatih banyak member sumbangan kepada masyarakat Islam iaitru:I Mengepung dan membuka kota Kostantiniple. Sejak kecil Muhammad al-Fatih telahmeninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahndanya untuk menawan koatKostantinople. Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki tahta, baginda telahmengkaji pelan kota KOstantinople secara terpeinci setiap malam bagi mengenal pastisebarang factor kelemahan kota tersebut. Baginda juga turut mengkaji sebab-sebabkegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu secara berbincang denganpanglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Bagindatelah membuat persiapan untuk menawan kota Kostantinople dengan menyediakanangkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai para mujahidinseramai 265000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Selain itu, baginda jugamengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti merian gergasi yangboleh menembak bom seberta 300 kg dengan jarak 1.5 kmKota Rumeli Hisari juga telah dibina ditebing sebelah eropah, iaitu lebih kurang 8kmjaraknya dari kota kostantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yangmelintasi Selat Bosphoros. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihakWallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kostantinople apabila merekadiserang nanti. Dalam usaha menawan kota kostantinople, baginda membawa bersama-sama battalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagimembakar semangat jihad tenteranya terutama ketika mereka akan menghampiridinding kubu kota tersebut. Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solatberjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265000orang tentera Islam bersolat dibelakang pemimpin mereka dengan luangan suara takbiryang memecah kesunyian alam.Sultan Muhammad al-Fatih telah menghantar utusan supaya Maharaja byzantinemenyerahkan kota Konstantinople kepadanya tetapi pemerintah Byzantine engganberbuat demikian. Kota Kostantinople telah dikepung dan mula diserang pada 19 April1453 M bersamaan dengan 12 Rabiul Akhir 857 H bersama angkatan tentera Islam yangmenjangkau seramai 265000 orang. Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripadamerian raksasa selama 48 hari namun hanya Berjaya merosakkan sebahagian dindingluar kota tersebut. Baginda kemudian memerintahkan tenteranya supaya menggunakanmenara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada kota Kostantinopleserta boleh memuatkan ratusan tentera Islam di dalamnya. Namun, tentera ByzantineBerjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setalh ianya Berjaya menembusidinding tengah kubu tersebut. Angkatan tentera laut tentera byzantine turutdiperkukuhkan dengan bantuan 5 buah armanda yang dihantar oleh Vatican danEropah. Maharaha Byzantine cuba memperdaya Sultan Muhammad al-Fatih denganpelbagai tawaran hadiah dan rasuah bagi menyelamatkan kedudukannya tatapi ditolakdengan tegas. baginda hanya meminta supaya Kostantinople diserahkan secara amankepada orang islam. Bagi mengatasi kekalutan tersebut Sultan Muhammad al-Fatihmenggunakan satu kaedah yang luar biasa. Baginda dan tenteranya telah membawakapal-kapal perangmelalui jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semulake Teluk Golderan Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar keranadibedil oleh meriam tentera Islam dan system pertahanan byzantine menjadi semakinlemah. Tentera Islam diberikan motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulamadan mengingatkan agar tentera Islam sentiasa bermunajat kepada SWT.Strategi seterusnya ialah tentera Islam berusaha memanjat dinding di dalam kubudengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar sertamengibarkan bendera kerajaan Uthmaniyyah. Namun strategi tersebut Berjayadipatahkan dan mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syuhada. Pengepunganselama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhir dengan kejayaan telahmenimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan dalam kalangan sebahagiantentera Islam. Keadaan ini menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih menyempaikanpidato untuk menaikkan kembali semnagat para mujahid Islam ternyata tindakanbaginda tersebut telah Berjaya menaikkan semula semnagt tetera Islam . Merewkaberamai-ramai melaungkan takbir dan member kesan serangan Psikologi kepada pihakmusuh.Ketika kekalutan di kota Kostantinople belum reda pihak musuh telah mendapat khabarbahawa tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Akhirnyapada 29 Mei 1453 M, baginda bersama tenteranya yang hebat Berjaya menawan kotaKostantinople. Baginda telah dapat membuktikan tentang kebenaran hadis Nabi

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 9/30

    Muhammad SAW. Nama Kota Kostantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.Ia telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Uthmaniyyah. Gereja Besar St.Sophies juga kemudiannya telah ditukar menjadi masjid Aya Sofia.II Menambah bilangan penduduk Kota Kostantinople. Tindakan ini dilakukan disebabkanpenduduk kota berkenaan kian berkurangan akibat terkorban dalam peperangan.Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman merekakembali semula ke kota berkenaan, Baginda juga mengarahkan negeri-negeri yangberada di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke koat tersebut bagimemaklumkannya. Orang Islam dan Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibukota baharu tersebut juga menjalankan aktiviti perniagaan di sebabkan kedudukannyayang strategic. Namun, factor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran kekota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayanirakyatnya tanpa diskriminasi.III Menyatukan empayar di bahagian Utara Balkan. Tindakan penyatuan dilakukanbertujuan untuk mengatasi serangan kaum Magyar. Bagi merealisasikanya, bagindaterpaksa mengambil ahli pemerintahnan Serbia. Namun usaha untuk mendapatkanwilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian dan ini menyebabkan SultanMuhammmad al-Fatih terpaksa berundur seketika. Walaubagaimanapun, ekoranperebutan tahta yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja di iatana Belgrade, peluangtersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade danBerjaya. Sultan Muhammad al-Fatih juga Berjaya menghapuskan perikatan tenterakerajaan Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya. Kesan kejayaan ini kekuasaankerajaan Uthaniyyah semakan berkembang di Eropah.Iv Menghapuskan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah. Pada tahun 1458 M, SultanMuhammmad al-Fatih Berjaya menjatuhkan kerajaan Trebizond, iaitu kerajaan Yunaniyang berakhir di Asia kecil. Kerajaan Uthmaniyah juga berjay mengalahkan tenteraVenice. Pada tahun 1462 M raja Venice diCritia Berjaya dikalahkan oleh baginda.Kekalahan ini membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania. Kebangkitankaum Venice kali kedua juga turut menemui jalan buntu.V Mendirikan masjid. gereja Besar ST Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam. Padahari ini, gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Seni bina bangunan tersebuttelah diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasidengan ayat-ayat al-Quran bertulis khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuahmenara. Pada zaman sultan beriktnya bilangan menara bertambah kepada 3 buah.Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid berhampiran makamAbu Ayyub al-Ansarri. di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang berwarna putih.Tempat ini kemudiannya menjadi tumpuan ahli tasauf.Vi Mendirikan bangunan-bangunan lain. Institusi pendidikan khasnya madrasah danperpustakaan telah dibuka. Ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspekpendidikan. Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumahkebajikan, rumah fakir miskin dan menyediakan kemudahan telaga. Untuk tujuankeselamatan pula baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata dan sebuahkubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.VII Kebebasan beragama. Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalusia telahberpindah berpindah ke Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkanagama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja serta pengamalam mazhabortadoks mereka. Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilihseorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagaiketua paderi. Anadius kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serbanSultan daripada melihat topi latin (katolik) kerana pihak katolik telah menindas telahpihak ortodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja tida dimusnahkan atau diapa-apakan.VIII Perkembangan kerajaan dan pembangunan. Sultan Muhammad al-Fatih dikurniakankejayaan yang besar. Baginda Berjaya menyempurnakan penyusunan negara,mengemaskinikan jentera pentadbiran, membina ikatan yang teguh dengan kawasanyang bertindak di bawah penguasaanya serta Berjaya menundukkan Serbia, Bosnia,kawasan pantai Laut Merah dan Semenanjung Crimea. Sultan Muhammad al-Fatih jugameluaskan sempadan negara dari hanya sekitar 600 km persegi kepada 2 214 000kmsersegi. Visinya dalam perluasan negara adalah untuk menembusi Eropah danmenyelamatkan umat islam di Andalus daripada cengkeman KRistian.

    1.6 Bentuk PemerintahanHasil pembelajaran:Calon seharusnya dapat:(a) membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah Khalifahal-Rasyidin (abad ke-7) Khalifah Uthmaniyah (abad ke-1617)

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 10/30

    (b) menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir di Andalusia (abad ke-13)India (abad ke-1617)

    1.6.1 Pemerintahan pusat dan wilayah zaman Khulafa` al-Rasyidin dan kerajaanUthmaniyaha) Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Khulafa` pada abad ke-7 MKerajaan Khulafa` al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M, iaitu apabilaAbu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai Khalifah pertama. Kerajaan Khulafa`al-Rasyidin diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu, KhalifahAbu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan danKhalifah Ali bin Abi Talib. Gelaran Khulafa` al-Rasyidin digunakan kerana merekameneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad SAW.Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat pada Zaman Khulafa` al-Rasyidin terletakdi Madinah. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan penggubalan dasarpemerintahan dan pentadbiran. Meskipun khalifah individu yang paling berkuasa,namun kekuasaanya tidak bersifat mutlak. Khalifah boleh membuat ijtihad seandainyaada perkara penting yang perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran danhadis. Ini kerana sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura. Ketika pemerintahanKhalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secaraformal. Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman danberperanan sebagai badan penasihat kepada khalifah. Selain berperanan sebagai ketuaeksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalampentadbiran. Di peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan. segala sumberpendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melaluigabenaor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.Struktur pemerintahan dan pentadbiran wilayah. Semasa pemerintahan Khalifah AbuBakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah iaitu di Makkah,Ta`if, Yaman, Hadharamaut, Khakwan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrin dan Jarsh.Pentadbiran di peringkat wilayah seterusnya telah diperkemas pada zamanpemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasankuasa. Ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, negara Islam dibahagikankepada 8 buah wilayah utama iaitu, Madinah, Makkah, syam, Mesopotamia, Iran, Iraq,Mesir dan Palestin. Tiap-tiap wilayah mempunyai ibu negeri atau pusat pentadbiranmasing-masing. Bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar, Khalifah Umar binal-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik. Setiap sebuah wilayahakan diketuai olehh gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain sepertisetiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera,Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai Perbendaharaan Negara dan seorang kadi.Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan akan diperjelaskan tentang bidangkuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Mereka juga wajib melaporkan jumlahharta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab. Di setiap wilayahdidirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaannegara.

    b) Pemerintahan Pusat dan Wilayah Zaman Kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-16Mhingga abad ke-17 Masihi.Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M Pada tahun 1453M,pemerintahannya berpusat di Istanbul, kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Monggolberjaya menakluk kerajaan abbasiyah di baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan olehUthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orangkhalifa lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad IIdan Sulaiman II.Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dikuasai oleh Sultan. Sultan merupakanindividu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripadapara amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya ialah Murad II,yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraian wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasatertinggi dalam bidang agama, politik, pentadbiran dan kewangan. sultan dibantu olehWazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbiran dan penasihat sultan. DalamKanunname bidang kuasa wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketuasegala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakilsultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketuaman pemerintahan Sultan Salim I, turus tentera sultan), dua orang Defterdar(pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana danseorang Nishanji bagi monogram sultan. Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I,jawatan mufti telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalamsemua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama orang Islam. Mufti juga

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 11/30

    diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika menentangajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara. Mufti juga diberikan hak melantikpegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul. Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telahdiasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaan byzantine. Sistempemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai feif.Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah.Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telahmenghasilkan antara 3000 20 000 asper (matawang perak).Feif yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas danhasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas (khass) diberikankepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah mnyediakan sebanyak 80 000 ekorkuda, sementara di asia 50 000 ekor kuda. Senjata yang digunakan oleh feif ialahtombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan seban sertamenunggang kuda. Mereka dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yangmembawa bendera. Ketua ini dipanggil bey. Antara bey ada beberapa Beylerbey,terbesar ialah Beylerbey Anatolia dan yang kedua Beylerbey Rumali di Eropah. Bey-beyini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yangsangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya. Sistem feudal runtuhsetelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasatanah fief kepada Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan kuasa denganbertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampasfief daripada orang yang melakukan kesalahan kecil.Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanunimenerusi Kanunname. walaubagaimanapun, sistem tanah feif diteruskan tetapi syarat-syaratnya diketatkan. Lama kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tenteradengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasukmeriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera Uthmaniyah di peringkatawalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120 200 orang) yangdiasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11 500orang bagi setiap skuadron 1534M

    Bagi pemerintahan dan pentadbiran wilayah pula, gabenor wilayah bertanggungjawabmentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani. Kadimerupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialahmengendalikan hukuman jenayah dan sivil berdasarkan syariat Islam yang berpandukanal-Quran dan hadis. Multezem pula bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai darikawasan-kawasan tertentu. Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkankepada perbendaharaan negara. Dalam waktu yang sama, pegawai kerajaan diberikankuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yangdiberikan kepada orang awam. Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalampentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolahdan hospital serta pendidikan belia Muslim. Ada kalanya, golongan ini berperanansebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.

    1.6.2 Pemerintahan pusat dan wilayah di Andalusia dan di Indiaa) Pemerintahan pusat dan wilayah di Andalus pada abad ke-13MPada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakankerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus (635 897 H). Kerajaan ini juga diknalidengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar sempena nama pemimpinnya iaitu Ibn al-Ahmar. Sebelum kemunculan kerajaan ini, Andalus menjadi rebutan dalam kalanganpemerintah Islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu AbdAllah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau juga dikanal sebagai Ibn Hud.Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, andalus berada di bawah pemerintahankerajaan al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehinggakerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentara Kristian pada tahun 1212M.

    Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah. Sewaktu pemerintahankerajaan al-Muwahhidun , pemerintah kerajaan ini telah berjaya menguasai beberapabuah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun demikian, ketikapemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah. Pemerintahnya yangterakhir, iaitu al-Mustansir tidak berupaya mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-Muwahhidun yang ditawan oleh tentara Kristian.Para pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsur-unsurSyiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walaubagaimanapun penggunaan

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 12/30

    gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yangmengharapkan kewujudan sistem demokrasi Islam. Pentadbiran kerajaan al-Muwahiddun di peringkat pusat dan wilayah diperintah berasakan sumber perundangandaripada mazhab Maliki. Hal ini secara tidak langsung melemahkan golongan yang tidakberpegang terhadap fahaman Syiah. Bagi mewujudkan iklim politik yang stabil,pemimpin kerajaan pernah mengadakan perjanjian damai dengan pihak Kristian sepertidengan Raja Leon dan castile. Namun, perjanjian damai ini hanya mampu berkekalanselama 10 tahun sahaja. Semasa pemerintahan al-Nasir, baginda terpaksa melepaskanwilayah kekuasaanya kepada Kristian.Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami ( Ibn Hud) berusaha menerajuipemerintahan Andalus dengan menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya.Pada 1228M Ibn Hud yang memakai gelaran Amir al-Mukminin Sahf al-Dawlah al-Mutawakkil `Ala Allah berjaya menawan Murcia daripada wakil kerajaan al-Muwahhidun.Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cordova, seville, Granada, Almeria,Ceuta, Algeciras, Jaen, merida dan Badajoz.Ibn Hud bertekad melaksanakan syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasainya.beliau juga telah memaklumkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di baghdad tentangkejayaan penguasaannya terhadap bandar-bandar tersebut. Walaubagaimanapun,cabaran yang terpaksa dihadapinya amat getir kerana ditekan dan diserang tentera-tentera Kristian. Beliau menerima kekalahan demi kekalahan termasuklah di Cordova.Selain itu, kerajaan al-Muwahhidun terpaksa bersaing dengan Ibn al-Ahmar daripadakerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud Ibn al-Ahmar berusaha mendapatkanpengiktirafan daripada kerajaan Abbasiyah. Implikasinya pada tahun 1231 beliau berjayamemperluaskan pemerintahan nya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti Carmon,Cordova dan Seville. Beliau juga bekerjasama dengan pemimpin di Sevelle iaitu al-Bajjibagi menewaskan Ibn Hud. Sebagai orang bijak berpolitik beliau berjaya menyingkirkanal-Bajji dengan melakukan pembunuhan secara rahsia. Bermula pada tahun 1232 M,beliau berjaya memperoleh kesetiaan penduduk Jerez, Malaga dan sekitarnya.Disebabkan kota Seville serta kota-kota lain (bahagian barat Andalus) dipegang olehpemimpin tempatan yang sdia memberi ketaatan kepadnnya, Ibn al-Ahmar telahmembentuk kuasa ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut. Beliau terlibat secaralangsung di Granada bermula pada tahun 1238 M apabila beliau berjaya menguasai kotatersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan pentadbiran yang zalim.Disebabkan kezaliamn rakyat Granada memberi kesetiaan kepada al-Ahmar.Pada tahun 1246 M, Ibnu al-Ahmar menandatangai perjanjian dengan pihak Kristian.Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetujuamenyerahkan wilayah Jaen, arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepadaCastille yang ketika itu berkhidmat di bawah pemerintahan kerajaan Nasriyyahberkekalan di andalus.Kesimpulannya sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar beliau berjaya menguasai Granadadan wilayah-wilayah sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tenteraKristian, kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyahditeruskan oleh 21 orang sultan berikutnya sehinggalah kerajaan ini berakhir pada tahun1429 M.b) Pemerintahan pusat dan wilayah di India pada abad ke-16 M hingga abad ke-17Pertapaan Islam di India berlaku pada zaman kerajaan Umayyah iaitu ketikapemerintahan al-Walid telah menghantar Muhamad bin al-Qasim yang kemudiannyaberjaya mengasaskan petempatan Islam terawal di Sind. Kejayaan Muhammad binQasim ini menjadi titik tolak pembentukan Kerajaan Kesultanan Delhi yang memerintahIndia sehingga awal abad abad ke-16M. Pada tahun 1526 M, Babur telah berjayamengalahkan Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat, sekaligus berjaya membentukkerajaan Mughal sehinggalah pemerintahan terakhirnya dibuang negeri ke Myanmaroleh pihak British pada pertengahan abad ke-17M.Pemerintahan kerajaan Mughal menjalankan dasar pemusatan kuasa. Akbar merupakanpemerintahan India pertama yang bertindak mengasingkan urusan politik danpemerintahan dengan agama. Akbar juga bertindak menghapuskan perbezaan-perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa. Akbar telah membentuk sistempentadbiran birokrasi yang berbentuk separuh tentera yang dikenali sebagaimansabdar. Mansabdar merupakan pegawai yang ditugaskan untuk memerintah danmelengkapkan satu pasukan tentera diraja dan bertanggungjawab melaksanakantugasan berhubung pentadbiran awam. Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat,setiap peringkat memerintah satu batalion tentera berkuda yang tertentu. Bilangantenteranya antara 10 hingga 10 000 orang. Tentera mendapat gaji secara jagir (tunai)Akbar membentuk kabinet, melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil dan menteri-menteri dipanggil wazir. Menteri kewangan merupakan menteri paling kanan selepasPerdana Menteri. Jawatan Ketua Turus tentera dipanggil Khan Qanan. Khan Qanan

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 13/30

    bertanggungjawab ke atas semua mansabdar, dan jawatan ini hanya kepada keluargadiraja sahaja. Jabatan-jabatan lain yang ditubuhkan ialah Diwan (mengurus hal ehwalkewangan), Mir Bakhsi (menjaga gaji tentera dan akaun), Sadr-us-Sudur (menjaga agamadan kebajikan), Muhtasib pula menjaga moral awam. Selain itu terdapat juga Qadi al-Qudah yang mengurus soal kehakiman dan perundangan. Kotwal berperanan menjagakeamanan, mengadakan rondaan, mengesan pencuri dan orang asing di peringkatbandar, pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta.Sewaktu pemerintahan Aurangzeb, golongan ulama penting dalam pemerintahan pusatsekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah. Al-Quran dan Haditstelah dijadikan asas perundangan negara. Banginda telah menghidupkan lagi amalansyura dalam pemerintahan. Para kadi dan mufti telah dilantik bagi menjalankanpengadilan untuk orang-orang Islam dan Hindu dengan diawasi oleh seseotang HakimBesar.

    Di peringkat wilayah, kekuasaan kerajaan Mughal India telah dibahagikan kepadabeberapa wilayah berdasarkan polisi pemerintahan pada waktu tersebut. Umpamanyapada zaman pemerintahan Akbar, terdapat 18 buah wilayah manakala pada zamanpemerintahan Aurangzeb pula, India dibahagiakan kepada 21 wilayah. Setiap subas akanditadbir oleh gabenor yang dipanggil subadar, yang menjadi ketua Turus AngkatanTentera di peringkat provinsi. Subadar akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain sepertidiwan, bakshi, faujdar, kotwal, kadi, amil, bitikchi, potdar dan waqa-i-navis. Setiap subaspula dibahagikan kepada sakar yang ditadbir oleh pegawai daerah (faujdar) yangberperanan membantu mengutip cukai, membendung pemberontakan, mengawaljenayah dan kecurian. Sakar pula dipecahkan kepada unit pentadbiran yang lebih kecilyang dikenali debagai parganah(mukim dan mahal(kampung)Dasar pemerintahan akbarAkbar dikenali sebagai negarawan yang ulung. Baginda merupakan pembina empayarMughal dan pembina sistem pentadbiran dengan mengasingkan politik daripada agamadan menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Dengan polisi ini bagindadapat mengekalkan kestabilan empayarnya. Sistem pentadbiran baginda dikenalisebagai mansabdar iaitu pegawai yang yang terdiri daripada golongan bangsawan yangbertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran awam. Mansabdarmerupakan seorang pegawai yang ditugaskan untuk memerintah dan melengkapkansatu pasukan tentera diraja.Jabatan-jabatan lain yang turut membantu sultan ialah seperti Khan-I-Saman Diwan(menguruskan hal ehwal kewangan) Mir Bakhshi (menjaga soal akaun dan gaji tentera),Kadi Besar(mengawal soal kehakiman) , Sadr-us-Sudur (menguruskan soal keagamaandan kebajikan) dan Muhtasib (menjaga moral awam).Sultan merupakan kuasa tertinggi dan turut dibantu oleh jabatan-jabatan tertentu.Mansabdar telah dibahagikan kepada 33 peringkat. Setiap peringkat memerintah satubatalion tentera berkuda yang bilangannya 10 hingga 10 000 orang. Walaubagaimanapun, sistem mansabdar ini selalu bertukar dan berubah kedudukannya.Mereka mendapat gaji, sama ada secara tunai atau jagir. Jagir ialah kebenaran yangdiberikan oleh pihak berkuasa untuk memungut cukai tanah dalam tempoh tertentuyang sama jumlahnya dengan gaji yang ditetapkan.Akbar mempunyai sistem kabinetnya yang tersendiri dengan melantik Perdana Menteridan wazir, iaitu menteri-menteri seperti Menteri Kewangan dan Ketua Turus Tentera.Ketua Turus Tentera angkatan dipanggil Khan Qanan yang bertanggungjawab ke atassemua mansabdar. Pada zaman Akbar, terdapat satu angkatan tentera tetap seramai140 000 orang. Jawatan Khan Qanan dikhaskan kepada keluarga diraja.Di bandar, terdapat kotwal yang bertugas untuk menjaga keamanan, mengadakanrondaan, mengesan pencuri dan orang asing serta pengintip, menghalangpenyembelihan lembu , kerbau, unta dan lain-lain.Pada zaman pemerintahannya, India dibahagikan kepada wilayah atau subas danditempatkan seorang gabenor (subadar) atau sipah-salar yang merangkap ketua tentera.Mereka ini secara rasmi dipanggil nizam. Di setiap wilayah ditubuhkan sebuah Diwanyang bertanggungjawab membantu setiap jabatan kerajaan di setiap wilayah. SetiapSubas dibahagikan kepada beberapa daerah yang dipanggil sarkar dan ditadbir olehfaujdar. Faujdar diperlukan sebagai pemungut cukai, menghalang pemberontakan ,mengawal jenayah dan pencuri. Sakar pula dibahagikan kepada parganah atau mahal(kampung atau mukim) dan diketuai oleh seorang kadi. Sumber kewangan dikutipdaripada cukai-cukai pengangkutan, pengeluaran, perdagangan dan sumber-sumberlain.

    Dasar pemerintahan AurangzebSepanjang 50 tahun pemerintahan baginda sebagai Maharaja Mughal (1658-1707 M),

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 14/30

    Aurangzeb berjaya menghadapi segala permasalahan yang berlaku dalam empayardengan cara yang berkesan. Baginda merupakan pemerintah yang berpegang kuat padaagama Islam dan bercita-cita menjadikan seluruh India sebuah negara islam yangmengamalkan mazhab Ahl al-Sunnah wal-Jamaah dengan melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya. Banginda menggubal satu dasar pemerintahan baharu,iaitu mengehadkan penganut Hindu menjawat jawatan dalam pentadbiran. pemerintahditerajui oleh orang islam sahaja.Aurangzeb melancarkan kempen menyekat pengaruh agama Hindu, melarang orangislam mempelajari agama Hindu dan memasuki sekolah Hindu. Pemerintah bagindamempunyai keadilan yang tinggi dan undang-undang yang digunakan antara orangIslam dan bukan Islam adalah sama. Undang-undang dijalankan oleh mufti dan diawasioleh Hakim Besar.Dalam hal-hal sekular, undang-undang digunakan biasanya sama sahaja antara orangIslam dan bukan Islam. Catatan-catatan sejarah menunjukkan Akbar, Jahangir, SyahJehan dan Aurangzeb semuannya berminat untuk mewujudkan bidang kehakiman yangserupa.Para kadi dan mufti dilantik bagi menjalankan pengadilan untuk orang Islam dan Hindu.Dalam banyak hal., Aurangzeb digelar sebagai Maharaja Mughal yang paling ekstremsama ada dalam soal agama mahupun mazhab. Oleh itu, baginda dimusuhi olehgolongan Hindu dan Syiah. Golongan Hindu yang terkilan dengan polisi Aurangzeb telahmengadakan pakatan bagi menumpaskan kerajaan Mughal. Manakala, golongan Syiahpula memberontak kerana tidak berpuas hati terhadap polisi Aurangzeb yangmenganggap mereka sebagai golongan sesat yang tidak banyak bezannya denganHindu.

    1.5 Institusi KhalifahHasil pembelajaran:a) menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah;(b) membincangkan kaedah pemilihan khalifah;pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan Bani Umayyah.

    1.5.1 Pemilihan Khalifaha) Konsep Khalifah.Khilafah ialah institusi pemerintahan dan penradbiran Islam yang bermula selepaskewafatan nabi Muhammad SAW, iaitu orang yang mengetuai institusi pemerintahan.Khalifah pula ialah pengganti Nabi Muhammad SAW. Oleh sebeb tugas menerimawahyu sudah selesai, dengan kewafatan baginda, maka tugas Khalifah ialah memeliharaagama/ syariah dan mentadbir dunia (menurut al-Mawardi). Bagi Ibn Khaldun pula tugaskhalifah ialah menengakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syariah untukkebaikan dunia dan akhirat. Pelaksanaan sistem Khalifah bermula selepas kewafatanNabi Muhammad SAW iaitu semasa zaman Khulafa al-Rasyidin, Zaman Bani Umayyah,Bani Abbasiyyah, Kerajaan Fatimiyyah dan berakhir pada zaman pemerintahan KerajaanUthmaniyah. (Selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah Republik Turki telah memerintahmengikut corak pemerintahan barat)Khalifah dipilih berdasarkan panduan daripada al-Quran iaitu menerusi syura(pemesyuaratan). Perlaksanaan pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidinmeneerusi:perundingan/persetujuan seorang tanpa calon (Abu Bakar as-Siddiq), menunjuk kepadaseorang calon (Umar al Khattab), menunjuk kepada beberapa calon kemudian dipiliholeh masyarakat ( Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib). Secara khususnya alQurantidak menetapkan cara sistem syura dilaksanakan, maka dari segi pelaksanaanya adalahsecara terbuka mengikut keperluan dan situasi semasa asalkan ada perundingan danpersetujuan majoriti masyarakat Islam. Tujuannya untuk memberi kebebasan kepadaumat Islam memilih calon yang difikirkan terbaik dan paling layak menjawat jawatanKhalifah.b) Majlis Syura.Perkataan syura berasal perkataan arab bermaksud meminta pendapat danpersefahaman dalam perundingan. Dalam pemerintahan dan pentadbiran Syurabermaksud meminjam pendapat orang lain tentang perkara-perkara yang berkaitandngan kepentingan bersama. Nabi Muhammad SAW telah memulakan system syura inidan diteruskan pada zaman Khulafa al-Rasyidin . Pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, syura dijalankan secara terbuka manakala pada zaman Kahlifah Umar al-Khattabtelah dibentuk satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura. Anggota majlis ini yangdikenali sebagai Ahl- al-Shura diberikan hak untuk melantik dan menyingkirkan khalifah.Syarat menjadi Khalifah dan Ahl al-Shura ialah beragama Islam, lelaki, akil baligh,merdeka, adil dan memiliki siasah yang tajam. Majlis Syura mengutamakan pandangan

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 15/30

    para sahabat Nabi Muhammad SAW yang tinggal di kota Madinah. Perkara yang dibawakepada Majlis Syura ialah hal-hal yang pasti tidak dinyatakan oleh wahyu mengenainya.c) Baiah.Baiah berasal daripada kata dasar ba`a yang bererti menjual. Urusan jual belimelibatkan penjual, pembeli dan barang yang dijual/dibeli. Syarat sah jual beli ialahakad. Membaiah khalifah diibaratkan berakad dalam urusan jual beli. Kedua-dua belahpihak, penjual (khalifa) mestilah bertanggungjawab dngan apa-apa yang dijual danpembeli (rakyat) menerima barangan yang dijual secara akad. Dengan kata kata lain,khalifah yang dibaiah mestilah komited terhadap segala tugas dan tanggungjawabterhadap rakyat. Sekiranya khalifah tidak menunaikan hak dan tanggungjawab terhadaprakyat, beliau sewajarnya mengembalikan semula segala hak dn tanggungjawabnya itukepada rakyat.Kedua-dua pihak iaitu khalifah yang dilantik dan rakyat yang melantik mesti patuhkepada janji atau akad yang dibuat. Contoh terbaik yang menggambarkan system baiahdan syura adalah yang ditunjukkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Upacara baiahkebiasaannya dilakukan secara berjabat tangan atau secara persetujuan sebagaipeneguh janji.d) Ciri-ciri khalifahKhalifah ialah ketua negara. Sebagai khalifah, kuasa beliau tidak terhad kepada aspekagama sahaja, malahan aspek keduniaan. Dalam melaksankan tanggungjawabnyamentadbir negara Islam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagaipanduan seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW.Seseorang khalifah atau calonnya mestilahberdasarkan kepada beberapa cirrik cacat,iaitu beragama Islam, lelaki merdeka, adil, berilmu, mempunyai pemikiran yang warasdan tajam, mempunyai wawasan yang jelas terhadap masa dpan negara, tidak cacat,warak dan berani. Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak hanya dariaspek siasah, tetapi juga mengutamakan soal akhlak. Ini kerana beliau akan menjadicontoh kepada rakyatnya.e) Kkuasa dan tanggungjawab kahlifahMenureut Ibn-Khaldun tugas khalifah ialah menegakkan agama dan mentadbir duniamengikut hokum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Seorang khalifahbertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara dan jugamelaksanakan hokum-hukum agama dngan adil. pelaksanaan hukuman tersebutmestilah mengikut hokum seperti yang telah terkandung dalam al-Quran. Di sampingitu, perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul. Dalam membuat sebarangkeputusan berhubung urusan negara, seorang khalifah mesti berdasarkan syura(permesyuaratan. dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas khalifah perlumenyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu yang amanah dan jujur dalammelaksanakan tugasnya. Ini supaya tugas tersebut sempurna.Dalam aspek ekonomi, khalifah perlu melaksanakan system ekonomi yang selarasdengan kehendak islam. Ini akan menjamin seumber pendapatan negara bersihmengikut syariat. Beliau bertanggungjawab mengutip cukai, zakat serta menguruskanpendapatan baitulmal dengan cara berhemat. Khalifah juga bertanggungjawab dalammenyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam untukkebajikan rakyat seperti sekolah, masjid, hospital. Beliau juga perlumemastikanperpaduan masyarakat adalah utruh.Pada masa yang sama khalifah bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatanrakyat serta negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau luar negara.Maka khalifah perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengukuhkankeselamatan negara contonya seperti Kahlifah Umar al-Khattab, beliau telahmemperkemaskan pasukan tentera Islam bagi melindungi keselamatan negara daripadaancaman kuasa asing iaitu Byzantine dan Parsi.f) Kaedah pemilihan KhalifahSyariat islam tidak menentukan bagaimana system pemilihan secara syura dilaksanakansecara terpeinci. Oleh itu terdapat berbagai-bagai bentuk syura yang dilaksanakansepanjang pemerintahan Khulafa` al-Rasyidin. Antara cara pemilihan khalifah ialahi cara perundingan atau persetujuan seperti pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar sa-Siddiq.ii wasiat khalifah terdahulu seperti pemilihan ke atas Umar bin al-Khattabiii Cara musyawarah melalui Majlis Perlantikan Khalifah yang ditubuhkan oleh khalifahUmar al-Khattab. Jawatankuasa ini menemuramah calon dan mendapatkan pandanganmasyarakat Madinah sebelum membuat pemilihan. Contohnya perlantikan Uthman binAffan.iv Secara desakan dalam pemilihan Khalifah Ali bin Abi Talib. Walaupun pemilihan Alibiun Abi Talib tidak dipersetujui oleh penduduk syam dan Bani Umayyah, tetapi menurut

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 16/30

    al-Tabari, tiada seorang pun dalam kalangan penduduk di ibu kota Madinah yangmenganggotai Majlis Syura, termasuk Talhah dan al-Zubaiyr yang menentang sewaktupemilihan itu dibuat. Ini bermakna pemilihan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah masihmengikut peraturan asal Majlis Syura.

    1.5.2 Sumbangan Khalifah/Tokoha) Khalifah Abu Bakar al-SiddiqNama sebenarnya Abdullah bin Uthman, berasal daripada Bani Taim. Beliau dilahirkan diKota Makkah pada usia Nabi Muhammad 2 tahun. Abu Bakar dan Nabi MuhammadSAW mempunyai hubungan yang akrab. Beliau terkenal dengan sifat pemurah, jujur danbaik hatiPerlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah bermula dengan masalah yang dihadapioleh umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad. Umat Nabi Muhammad berdepandengan persoalan pemilihan khalifah atau pemimpin negara Islam Madinah bagimenggantikan tempat baginda. Permasalah ini berpunca daripada tiada wasiat bagicalon penggantinya, tiada nabi selepas baginda dan terdapat persaingan untuk menjadipemimpin dalam kalangan Muhajirin, Ansar dan penyokong-penyokong kaum keluargaNabi Muhammad termasuk, Ali bin Abi Talib. Dalam kalangan sahabat baginda calonyang layak menggantikan beliau ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthmanbin Affan dan Ali bin Abi Talib.Setelah kewafatan Nabi Muhammmad diumumkan golongan Ansar telah memilih Sa`dbin Ubaidah untuk menggantikan kedudukan Nabi Muhammad sebagai pemimpin KotaMadinah di Balai Bani Saidah. Namun perlantikan ini belum disahkan kerana golonganAus tidak bersetuju. Abu Bakar dan Umar ke Balai Bani Saidah dan berbincang(musyuwarah) supaya perlantikkan pengganti Nabi Muhammad SAW mestilah dalamkalangan orang Muhajirin. Sebelum keputusan dibuat Umar telah membaiah Abu Bakardan diikuti oleh mereka yang berada di Balai Bani Saidah tersebut. Pemilihan Abu Bakarturut mendapat baiah daripada Ali bin Abi Talib serta umat Islam yang pada masatersebut. Umat Islam memilih Abu Bakar sl-Siddiq kerana jasa dan pengaruhnya padazaman Islam.Setelah menjadi Khalifah Abu Bakar melakukan beberapa tindakan bagi membendungpermasalahan umat Islam. Antaranya ialahI Meneruskan gerakan tentera. Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat baginda telahmembentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syamuntuk menyerang Ghassan ( ketika itu di bawah jajahan Byzantine) kerana beberapautusan Nabi Muhammad telah dibunuh. Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw AbuBakar meneruskan gerakan tentera . Setelah berperang selama 40 hari pasukan PerangUsamah peroleh kemenangan. Kemenangan ini memberi kekuatan dan menyedarkankaum yang berhasrat untuk menyerang Madinah; menunjukkan tentera Islam adalahkuat dan tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah kembali ke Madinag. tentera Usamahmenjaga Kota Madinah, jadi dapat menghindari daripada ancaman kaum ZubyanII Menentang Gerakan al-Riddah. Kebanyakan orang islam yang tinggal di luar kotaMakkah dan Madinah belum dapat menghayati dan memahami Islam yang sebenar.Selepas Nabi Muhammad SAW wafat ramai dalam kalangan mereka yang murtad,enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu seperti Sajah al-Harith (nabipalsu perempuan), Musaylamah al-Kadhdhab (nabi palsu), di Bahrin, Tihamah, Umman,perbatasan Syam dan daerah lain terdapat orang-orang yang murtad dan engganmembayar zakat.Abu Bakar menyedari kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapatmenghancurkan kerajaan Islam. Oleh itu, suatu tindakan yang bersungguh-sungguhperlu dilaksanakan bagi menangi permasalhan tersebut. Tindakan Abu Bakar ialahmenghantar utusan kepada ketua kumpulan mengajak mereka kembali kepada Islam.Namun hanya sebilangan kecil sahaja yang menerima utusan seperti kumpulan Bani AbdQais di daerah Bahrain. Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepadaIslam, Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan memerangi mereka. 11 pasukan tenteraditubuhkan diketuai palnglima tentera Islam seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin AbiJahal, dan `Amru bin al-`As. Gerakan tentera ini mencapai kemenangan apabila Berjayamenundukkan golongan al-Riddah kepangkuan Islam. Panglima perang Khalid bin WalidBerjaya membunuh ketua Bani Tamim iaitu Malik bin Nuwairah, pengikutnya kembalikepada Islam dan membayar zakat. Begitu juga dengan kumpulan Bani Hanifa. Kejayaanini menunjukkan khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah Berjaya menghapuskan semuaanasir yang membahayakan kedudukan Islam. Pasukan tentera yang dibentuk olehbeliau, kemudiannya menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan negara danumat islam daripada ancaman musuh.III Penulisan al-Quran. Semasa memerangi golongan al-Riddah ramai para sahabat yangmerupakan huffaz al-Quran terkorban, Keadaan ini menyebabkan timbul kebimbingan

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 17/30

    dalam kalangan umat Islam kemungkinan akan terhapusnnya al-Quran. Selain itumereka juga bimbang akan berlakunya penyelewengan al-Quran. Jadi para sahabatmencadangkan supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis al-Quran. Olehitu Abu Bakar menerima cadangan tersebut. Tuas mengumpulkan al-Quran diberikankepada Zaid bin Thabit. Beliau mengumpul dan menulis semula naskah dari simpananpara sahabat dan juga daripada para huffaz. Naskah yang ditulis semula disimpan dirumah Kahlifa Abu Bakar Al-Siddiq.IV Menentukan bakal khalifah. Khalifah Abu Bakar telah menamakan bakal penggantibeliau iaitu Umar al-Khattab. Dalam hal ini satu perundingan dengan para sahabattentang pengganti beliau sewaktu beliau sakit. Dalam pertemuan tersebut Kahlifah AbuBakar telah mencadangkan Umar bin al-Khattab sebagai Khalifah. Cadangan beliau tidakmendapat tentangan daripada para sahabat. OLeh itu Abu Bakar mengarahkan Uthmanbin Affan menulis keputusan tersebut. dengan itu politik Islam menjadi kukuh.

    b) Khalifah Umar bin al-Khattab.Kahlifah Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah kerana ketokohan beliau dalam bidangagama dan politik. Dalam ucapannya beliau menyatakan betapa patuhnya orang Arabkepada kaum Quraisy dan beliau berjanji akan memimpin mengikut jalan yang benar.Dasar pemerintahannya sangat sistematik dan Berjaya meluaskan pengaruh Islamtersebar jauh. Antara dasar politik Kahlifah Umar ialah:I Pentadbiran wilayah. Beliau membahagikan wilayah Islam kepada 6 bahagian danmelantik gabenar, setiausaha dan ketua-ketua jabatan di setiap wilayah Islam. Pegawaiyang dilantik diperiksa harta dan keperibadiannya uantuk mengelakkan berlaku salahguna kuasa. Setiap tahun, pegawai itu akan ke Makkah untuk membuat laporanII Penubuhan Baitulmal. Baitulmal ditubuhkan untuk menguruskan harta kerajaan. Bukukira-kira juga disediakan untuk mengetahui jumlah kewangan negara. Sumber-sumberkewangan negara ialah zakat, ghanimah, jizyah, kharaj dan usyur.III Tanah yang dikuasai tentera Islam terbahagi kepada 2 jenis iaitu tanah dhimmah(tanah bertuan, ditadbir oleh pemegang amanah yang dilantik dalam kalangan ahl al-ayyam-golongan peneroka) dan tanah sawafi (tanah tidak bertuan yang tidak bolehdibeli atau dimiliki oleh sesiap bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalamkalangan umat Islam.IV Membentuk Majlis Syura merupala lembaga perundangan tertinggi yangbertanggungjawab menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan luar danpemerintahan negara. Majlis Syura ini ditubuhkan oleh Kahlifah Umar al-Khattab. DalamMajlis Syura membincangkan masalah tentang politik, social dan keselamatan. Majlis initerbahagi 2 bahagian Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis SyuraTertinggi ialah Uthman bin affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit,Muadh bin Jabal dan Sa`ad bin Abi WaqasV Memperkembangkan pelajaran al-Quran. Khalifah Umar menyediakan guru-guru yangmengajar al-Quran dan dihantar ke merata-rata tempat dengan gaji yang lumayan. Diperingkat wilayah, sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid untuk mengajar pelajaranal-Quran. Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al-Quran akan diberi ganjaran,umat Islam juga diwajibkan menghafaz surah-surah tertentu.VI Memajukan bidang pertanian dengan berusaha meningkatkan hasil pertanian denganmembina tali air dan terusan. Contohnya Empangan Abu Musa dan terusan Amir al-Mukminin di Mesir. Beliau telah mengubah system pungut cukai berdasarkan kesuburantanah dan jenis tanaman. Peraturan yang tidak adil dan membebankan petani puladihapuskanVII Memperbaharui taraf dan kedudukan golongan hamba, iaitu disamakan dengantuannya. Bagi menjaga kepentingan social, taraf dan kedudukan golongan hamba dalammasyarakat, satu perubahan telah diadakan. Namun ketika pemerintahan Umar, hambahanya terdiri daripada orang yang menentang Islam.

    Dari segi pemerintrahan dan pentadbiran negara pula Khalifah Umar al-Khattab telahmembuat beberapa dasar pembaharuan iaitu:I Mengasakan Diwan iaitu Buku Catatan yang merekod nama-nama tentera dan keluargaserta jumlah saran mereka. Bayaran sara hidup berdasarkan jasa seseorang terhadapIslam, terutama semasa proses peluasan wilayah.II Mengasaskan takwim hijrah dengan menjadikan peristiwa hijrah Rasulullah keMadinah sebagai tarikh permulaan pengkiraan kalender bagi umat Islam. Pengenalantakwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa peristiwa selepasnya. Takwim inimemudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatanmengenainya.III Perluasan wilayah iaitu membuka kawasan baru seperti di Syam, Mesir dan AfrikaUtara

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 18/30

    c)Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Kahlifah Umar bin Abd Aziz memerajui pemerintahan Islam pada 717M merupakankhalifah Bani Umayyah ke 8. Dilahirkan pada 683M di Madinah. Beliau mempunyaipertalian darah dengan Khalifah Umar bin al-Khattab sebelah ibunya. Sejak kecil Umarbin Abd Aziz telah menghafaz al-quran dan mendalami ilmu hadis, syair Arab dansastera di Madinah. beliau terkenal sebagi seorang warak dan patuh kepada ajaranIslam.

    Khalifah Umar Abd Aziz menjalankan dasar pemerintahan yang mengikuti jejak Khulafaal-Rasyidin. Beberapa perubahan berkaitan dasar pemerintahan telah dibuat mengikutperundangan Islam berpaksikan al-Quran dan sunnah. Menurut wasiat Khalifah AbdulMalik, pengganti selpas beliau ialah anak-anaknya iaitu al-Walid, Sulaiman, yazid danHisham. Namun wasiat itu tidak dipatuhi Sulaiman sebaliknya melantik Umar Abd Azizsebagai penggantinya. Dasar pemerintahan Umar Abd Aziz banyak mempengaruhi olehsifat beliau itu sendiri yang warak dan zuhud, tidak mengutamakan kemewahan duniawi.Pemerintahan beliau cemerlang standing dengan Khalifah Umar al-Khattab dandianggap sebabagi Khalifah al-Rasyidin ke-lima. beliau memberi tumpuan kepadakesejahteraan rakyat, menyebarkan Islam daripada gerakan ketenteraan.Berteraskan keadialan dalam pemerintahan, tanpa membezakan antara golongan Arabdan bukan Arab, warak dan bertakwa. Ini dapat dibuktikan semasa pemerintahan beliaukehidupan rakyat aman dan damai, tiada pertelingkahan kaum.Beberap perubahan yang telah dilakukan oleh beliau dalam pelaksanaan undang-undang Islam. Antara langkah yang telah beliau laksanakan termasuklahI Mengarahkan peperangan dan penaklukan dihentikan. Pasukan tentera Islamdiarahkan balik dan tidak meneruskan ekpedisi ketenteraanya, untuk member ruangdan peluang bagi anggota tentera berehat dan bersam keluarga masing-masing.II Menggalakkan asimilasi antara orang arab dengan bukan Arab melalui perkahwinancampur.III Mewujudkan masyarakat baharu atas dasar Islam bukan dasar keturunan.IV Mewujudkan persamaan hak antara umat IslamV Memansuhkan cukai jizyah kepada orang yang memeluk Islam akan tetapi cukai tanah,cukai perniagaan dan zakat tetap dikenakan.

    Dalam bidang ekonomi pula Khalifah Umar Abd Aziz dalam bidang ekonomi. Antaranyatanah-tanah taklukan menjadi milik orang Islam dan hasil tanaman dikenakan cukaijizyah ke atas pemiliknya. Beliau membezakan cukai jizyah dengan kharaj, iaitu jizyahhanya untuk orang bukan Islam, Kharaj pula kepada semua pemilik tanah taklukan danzakat hanya kepada orang islam. Beliau menansuhkan majlis-majlis perayaan yangmembazir. Khalifah Umar Abd Aziz membenarkan orang yang memeluk Islam berpindahdari kawasan desa ke kawasan Bandar.

    Sikap adilnya membuatkan orang ramai menghormati beliau. Beliau menjalankan dasarberbaik-baik dengan musuh luar dengan mengadakan dialog dan bahas. Contohnyabeliau berdialog dengan golongan Khawarij pimpinan Saudhah. Akhirnya kaum Kahwarijmengaku kalah dan tidak memusuhi Khalifah Umar.Khalifah Umar Abd Aziz meninggal dunia pada bulan rejab 101 H bersamaan Februari720M. Beliau telah memerintah selama 2 tahun. Walaupun singkat beliau berjayamengubah sikap dan pendirian Bani Umayyah yang sudah terlatih dan terdidik dengandasar perkauman. Rakyat mengecapi kemakmuran dalam masa pemerintahannya yangsingkat disebabkan pelantikkannya sebagai khalifah dilakukan pada saat huru-hara danpertelingkahan antara golongan Bani Umayyah dengan golongan yang ingin mendirikankerajaan Abbasiyah. Masyarakat Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar binAbd aziz dilaporkan menikmati kemakmuran hingga tiada seorang pun yang bertarafmiskin yang layak menerima zakat.

    d) Khalifah Harun al- RasyidKhalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi dilahirkan di Rayy pada tahun 765 M.Beliau ialah cucu kepada Abu Jaafar al-Mansur. Beliau terkenal sebagai seorang yangberani, warak, bijak, gagah dan meminati ilmu pengetahuan. Beliau memerintahkerajaan abbasiyah selama hamper 23 tahun iaitu dari tahun 786 hingga 809M. Beliaupernah menjadi Gabenor di Syam dan Afrika utara disamping pernah dilantik sebagaiketua angkatan tentera untuk menentang tentera Rom. Baginda merupakan seorangkhalifah yang adil dan mengutamakan masalah rakyat.Dasar pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid sama dengan pemerintahan saudaranyaal-Hadi dan datuknya Abu Jaafar. Beliau telah memimpin angkatan tentera menentangkerajaan Byzantine. Pentadbiran negara diserahkan pada wazir, iaitu Yahya bin Khalid

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 19/30

    bin Barmak. Anak Yahya iaitu Fadhl dan Jaafar bertugas membendung kekacauan. Yahyatelah diberikan kuasa eksekutif dan mentadbir kerajaan Abbasiyah selama 17 tahundengan penuh ikhlas dan jujur. Pentadbiran yang dijalankan membawa kejayaan kepadaperbendaharaan, tetapi tidak kepada kebajikan rakyat. Keluarga Barmak telahdihapuskan daripada pentadbiran Harun al-Rasyid semasa peringkat keduapemerintahannyaAntara perubahan yang dijalankan oleh Khalifah Harun al-Rasyid ialahI Memindahkan kuasa pentadbiran daripada orang Parsi kepada orang ArabII Mengekalkan dasar permusuhan dengan golongan Syiah.

    Semasa pemerintahan beliau ilmu pengetahuan berkembang pesat. Para ulamadijemput untuk membuat kajian, menghasilkan kitab atau menterjemah kitab-kitabasing. Ini menjadikan Kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan. Selain itu,beliau juga telah memajukan bidang astronomi. Sesiapa yang bersimpati kepadakeluarga Syiah akan dihapuskan. Dasar anti-Syiah diteruskan oleh pengganti beliau al-Ma`mun. Pada zaman ini juga timbul empat kerajaan besar iaitu, kerajaan Byzabtineyang berpusat di Kostantiniple, kerajaan Umayyah di Sepanyol, Perancis di Eropah dankerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan Khalifah Harun dengan Perancis adalah baik.Usaha ini merupakan muslihat politik kerajaan Perancis yang tidak mahu kerajaanabbasiyah berbaik-baik dengan kerajaaan Umayah di Sepanyol, manakal hubungankerajaan Abbasiyyah dengan Byzantine pala adalah genting dan sering bermusuh.

    1.4 Kepimpinan Nabi Muhammad SAWHasil pembelajaran:Calon seharusnya dapat:menghuraikan ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.1.4.1 Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAWKepimpinan Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah terserlah sewaktu baginda beradadi Makkah lagi, dan ianya terbukti apabila Nabi Muhammad SAW menonjolkankebijaksanaanya menyelesaikan pertikaian tentang peletakan Hajar al-Aswad yangmenjadi rebutan dalam kalangan pemimpin Makkah. Penghijrahan Nabi MuhammadSAW ke Madinah mengesahkan kedudukan kedudukan baginda sebagai pemimpintertinggi negara islam Madinah, dan ianya diiktirafnoleh orang-orang Islam dan bukanIslam melalui penggubalan piagam Madinah.Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialahi) Adil. Baginda dapat menyelesaikan pertikaian mengenai perletakan Hajar al-Aswad,beliau juga membela dan menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita termasukmenghapuskan amalan membunuh bayi perempuan. Konsep adil terserlah apabilamemperkenalkan sistm ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan. Beliaujuga berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan amalan diskriminasi antarakabilahii) Berani. Nabi Muhammad SAW mengetuai setiap kali ekspedisi peperangan.Umpamanya, dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandar dan perang Tabuk.Nabi Muhammad SAW menanamkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islammeskipun mempunyai bilangan tentera yang sedikit berbanding dengan musuh sepertiketika Perang Badar dan perang Khandak.iii) Bijak. Nabi Muhammad SAW seorang yang bijak merencana strategi peperangan bagimengatasi ancaman musuh. Contohnya, menggunakan taktik menguasai tempatstrategik dalam Perang badar dan stategi bertahan dalam Perang Khandak.iv) Berpandangan jauh. Nabi Muhammad SAW menerima syarat-syarat yang terkandungdalam Perjanjian Hudaidiyah walaupun nampak seperti berat sebelah iaitu bersetujudengn fasal menghantar semula orang-orang Makkah yang berhijrah tanpa kebenaranwali mereka. tindakaan tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad SAW.v) Tegas. Nabi Muhammad SAW telah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadapkaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah seperti Bani Qainuqa` yang telahdiusir kerana memperlekeh kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar danbertindak dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Bani Nadir diusirkerana merancang membunuh Nabi Muhammad saw. Bani Quraizah diusir disebabkanbersekongkol dengan tentera Ahzab.vi) Mahir berpolitik (bijak bersiasah). Nabi Muhammmad SAW berjaya menrencanaproses Hijrah yang dimulai dengan termenterainya Perjanjian Aqabah I dan II bagimenanam benih Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak. Beliaujuga telah mnggubal Piagam Madinah yang bersumberkan wahyu dan norma-normamasyarakat yang tidak bertentangan dngan syarak. 47 fasal yang terkandung dalamPiagam Madinah dipersetujui oleh masyarakat Madinah tanpa mengira agama. Beliaujuga telah mengasaskan hubungan politik dengan negara lain yang berjaya

  • 7/6/2015 SEJARAHPENGGAL2940/2|PRAUSMKLAKSAMANA

    http://www.smklaksamana.kotatinggi.edu.my/prau/sejarahpenggal29402/ 20/30

    mengukuhkan neegara Islam dan menghantar utusan supaya penyebaran Islam menjadilebih luas sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.vii) Cekal/gigih/sabar. Walaupun Nabi Muhammad SAW menghadapi cabaran hebatdaripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar mempertahankan akidah Islam.Baginda tidak pernah berputus asa walaupun misi dakwah di Taif menemui kebuntuan.Kesabaran baginda meninggalkan kesan positif apabila wakil kaum Aus dan Khazrajmenemuinya untuk menyatakan pengislaman, mementarai Perjanjian Aqabah danmenjemput baginda berhijrah ke Madinah.viii) Toleransi. Nabi Muhammad Saw sedia memaafkan golongan Quraisy yang selama inimngkhianati perjuangan Islam. Buktinya tawanan Perang Badar tidak dijatuhkanhukuman bunuh, sebaliknya baginda menentapkan supaya mengajar kanak-kanak Islammembaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat menebus diri. Baginda jugamemperkanalkan etika peperangan, bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islamyang berdisiplin malah menolak tanggapan, bahawa tentera Islam berperangberdasarkan dendam dan mementingkan habuan dunia. Nabi Muhammad SAWmengamalkan prinsip syura dalam pemerintahan berdasarkan suara majoriti danmengelak rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.Ciri-ciri kepimpinan tersebut menyebabkan Nabi Muhammad SAW dianggap olehsejarahwan Islam sebagai negarawan yang unggul. Fakta ini diserlahkan dengankejayaan beliau sebagai pemimpin politik, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi.panglima tentera, ketua hakim yang adil, role model dalam pembentukan institusikeluarga Islam, pemimpin agama dan penanung kegiatan keil