Download pptx - Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Transcript
Page 1: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

~ BAHASA MELAYU 1~PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI

Oleh :Ina Rosyaida bt Yahya

Norazirah bt AjaliNur Hidayah bt Dani

PPISMP MATEMATIK SEM 3 AMBILAN JULAI 2009

Pensyarah : En. Ismail bin Hasbullah

Page 2: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Objektif• Dalam bab ini, anda akan diberikan maklumat tentang beberapa

perkara penting yang berhubung sistem ejaan Rumi seperti berikut:

a) Penggunaan abjadb) Penulisan huruf vokalc) Penulisan huruf konsonand) Penulisan digrafe) Penulisan diftongf) Pola suku katag) Sistem keselarasan huruf vokalh) Pola kekecualian keselarasan huruf vokali) Ejaan kata pinjamanj) Penulisan katak) Penyebutan kata

Page 3: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

SISTEM EJAAN RUMI

Penggunaan abjad

Penulisan huruf vokal

Penulisan huruf konsonan

Penulisan digraf

Penulisan diftong

Pola suku kata

Sistem keselarasan huruf vokal

Pola kekecualian keselarasan huruf vokal

Ejaan kata pinjaman

Penulisan kata:• Kata terbitan• Kata sendi nama

• Kata ganti nama singkat• Partikel• Kata ganda• Kata majmuk

• Penggunaan tanda sempang

Penyebutan kata

Page 4: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Pengenalan Sistem Ejaan Rumi• Huruf Rumi – juga disebut sebagai huruf Latin.• Rumi :

i) berasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arabii) merujuk kepada empayar Rom pada zaman dahuluiii) bermaksud huruf / abjad yang digunakan oleh empayar Rom; pelopor bahasa Latin

Page 5: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

• Abjad Rumi :

Mengandungi 26 huruf yang bermula daripada A hingga Z.

Mengalami pengubahsuaian oleh kebanyakan bahasa di dunia seperti Eropah dan Amerika.

Mengalami perubahan dari segi sebutan iaitu diambil alih daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin semasa penjajahan British dan Belanda ( abad ke – 17 ).

Page 6: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Sejarah Sistem Ejaan Rumi

• 1956- Satu sistem ejaan Rumi Melayu iaitu Sistem Ejaan Kongres telah dipersetujui melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

- Empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi telah dirumuskan iaitu :

Page 7: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Dasar Pengejaan

Bahasa Melayu dengan Huruf

Rumi

Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan.

Peraturan ejaan hendaklah mudah:-Sistem fonologi hendaklah diberikan keutamaan.- Fonem digambarkan dengan satu huruf sahaja.

Pengejaan hendaklah tetap sekata dan mengikut kaedah yang sama dan seragam.

Kata – kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu.

Page 8: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

• 1959- Mesyuarat untuk menyelaraskankan sistem ejaan Rumi telah dijalankan.

- Terbentuknya Sistem Ejaan Malindo iaitu singkatan kepada Malaysia – Indonesia.

- Namun begitu, sistem ejaan ini tidak dihebahkan kepada masyarakat.

Page 9: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

• 1967- Rundingan antara Malaysia dan Indonesia untuk kali kedua mengenai sistem ejaan Rumi.

- Lahirnya ‘Ejaan Baru’ iaitu Sistem Ejaan Bersama Malaysia – Indonesia.

- Perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut :

Page 10: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

1) Sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup ( vokal i, e, u, dan o ).

2) Penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja – digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar.

titik putih

belek boleh

tikus puntung

memukul

berbaju

tertinggi

Page 11: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

3) Penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain.

4) Ejaan Baru ini telah mengadakan grafem baharu iaitu :

siapa kah di kedai

dia lah ke pasar

Ejaan Contoh pada perkataan

sy menggantikan sh sharikat syarikat

c menggantikan ch chantek cantik

Page 12: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

• Namun begitu, Ejaan Baru tersebut tidak ada pelaksanaannya secara rasmi.

• Semasa menunggu perasmiannya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru iaitu :- Mempertahankan penggunaan sh dan c.- Menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di, dan ke dengan perkataan lain.

Page 13: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Ejaan Baru Universiti Malaya

• Sistem ejaan ini disusun mengikut sistem ejaan yang diguna pakai pada masa itu.

• Perbezaan ejaan ini dengan ejaan Indonesia :1) Penggunaan huruf dan grafem tertentu.

Ejaan Universiti Malaya Ejaan Indonesia

y j

j dj

sh sj

ch tj

kh C

Page 14: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

2) Pengejaan kata – kata tertentu.

3) Penulisan di dan ke dipisahkan daripada perkataan lain tanpa menggunakan sempang.- Contoh : di rumah dan ke kedai

Ejaan Universiti Malaya Ejaan Indonesia

kerana karena

bahawa bahwa

iaitu jaitu

mahu mau

tahu tau

Page 15: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

4) Bagi kata majmuk, angka dua boleh digunakan jika seluruh perkataannya diulang.- Contoh : i) kanak2 atau kanak – kanak

ii) rumah2 atau rumah – rumah

5) Menggunakan tanda sempang jika sebahagian perkataan sahaja diulang.- Contoh : i) bermain – main

ii) berkasih – kasihan iii) sekali – kali

Page 16: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Cita- cita bagi penyatuan ejaan Rumi di Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang dicadangkan dalam Kongres Ketiga ( 1956) terlaksana juga apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pemerintah Republik Indonesia mengadakan perjanjian persahabatan pada 17 April 1959.

Ekoran perjanjian tersebut, diadakan pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu- Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Slametmuljana di Jakarta pada tahun 1959.

Page 17: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Sistem Ejaan Malindo mengandungi maklumat tentang fonem vokal, diftong dan konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang dan penggunaan angka dua, penggunaan huruf besar, penulisan kata depan, penulisan kata ganti singkat, penulisan partikel dan penggunaan tanda baca.

Ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktis dan tidak ekonomik.

Salah satu sebab terjadi demikian adalah disebabkan pengenalan grafem < ɲ > bagi <ny> dan <ŋ> bagi <ng> akan melibatkan penukaran mesin cetak.

Page 18: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Hal ini melibatkan belanja yang besar.

Persetujuan hanyalah di atas kertas dan tidak pernah dapat direalisasikan dalam amalan seharian.

Selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi.

Timbul berbagai-bagai jenis sistem Ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di samping Ejaan Universiti Kebangsaan, Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah.

Pada tahun 1972, pertemuan antara Menteri Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi membincangkan masalah bahasa di kedua-dua buah negara.

Page 19: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Ekoran pertemuan tersebut maka lahirlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang disempurnakan bagi negara Indonesia.

Sistem ejaan ini adalah hasil perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan.

Sistem ejaan tersebut telah diisytiharkan penggunaannya di kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara serentak.

Page 20: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

SERBBM mengandungi maklumat tentang abjad Rumi, perlambangan vokal, perlambangan konsonan, penggunaan huruf, penyukuan suku kata, perlambangan diftong, penulisan awalan, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan kata ganti singkat, penulisan kata majmuk dan penulisan kata ulang.

Pada tahun 1975, Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MABIM) berjaya menyusun Pedoman Ejaan yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yang lebih lengkap.

Versi bahasa Malaysia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan versi bahasa Indonesia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia.

Page 21: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Kedua-dua Pedoman Ejaan ini telah diisytiharkan penggunaannya oleh kedua-dua buah negara secara serentak pada 31 Ogos 1957.

Senarai lengkap ejaan bagi bahasa Malaysia dengan nama Daftar Ejaan Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Pertama telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981, diikuti Edisi Kedua pada tahun 1988.

Kesimpulannya, sistem ejaan Rumi yang kita gunakan sepenuhnya pada hari ini merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia yang telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972.

Page 22: Sejarah Sistem Ejaan Rumi

BIBLIOGRAFI

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar.


Recommended