PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurnia-Nya kami
mampu menyempurnakan tugasan ini dengan penelitian dan kajian terperinci daripada
pelbagai sumber. Tugasan yang diberikan berkenaan dengan kajian dan perincian
tentang konsep taharah, solat dan puasa berdasarkan pandangan ulama’ mazhab
Hanafi, Hanbali, Maliki dan Syafi’ie.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing kami iaitu Ustazah Mariah yang banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar berkaitan dengan tugasan kali ini. Seterusnya kami ingin mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibubapa kami yang memberi sokongan
moral kepada kami sepanjang kami berusaha menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa
juga kepada rakan taulan yang banyak menyumbangkan idea dan sanggup berkongsi
maklumat dengan kami.
Dengan adanya tugasan ini, kami berharap dapat memberi manfaat yang banyak
kepada semua dan dapat menjadi salah satu bahan rujukan kepada sesiapa juga. Akhir
sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
proses menyiapkan tugasan ini secara langsung dan tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Noor Annisak binti Othman
Siti Nurhafiza binti Tim
Wardyawaty binti Rajikal
PENGENALAN
Menurut Bahasa berasal dari shighah mashdar mimy (kata sifat) dan isim makan
(kata yang menunjukkan tempat).
Sedangkan secara terminologis pengertian mazhab menurut Huzaemah Tahido
Yanggo, adalah pokok pikiran atau dasar yang digunakan oleh imam Mujtahid dalam
memecahkan masalah, atau mengistinbatkan hukum Islam. Selanjutnya Imam Mazhab
dan mazhab itu berkembang pengertiannya menjadi kelompok umat Islam yang
mengikuti cara istinbath Imam Mujtahid tertentu atau mengikuti pendapat Imam
Mujtahid tentang masalah hukum Islam.
Jadi boleh disimpulkan bahawa yang maksud mazhab meliputi dua pengertian:
a. Mazhab adalah jalan fikiran atau metode yang ditempuh seorang Imam Mujtahid
dalam menetapkan hukum suatu peristiwa berdasarkan kepada al-Quran dan
hadis.
b. Mazhab adalah fatwa atau pendapat seorang Imam Mujtahid tentang hukum
suatu peristiwa yang diambil dari al-Quran dan hadis.
Dalam perkembangan mazhab-mazhab fiqih telah muncul banyak mazhab fiqih.
Menurut Ahmad Satori Ismail, para ahli sejarah fiqh telah berbeza pendapat tentang
bilangan mazhab. Tidak ada kesepakatan para ahli sejarah fiqh mengenai berapa
jumlah sesungguhnya mazhab-mazhab yang pernah ada.
Namun dari begitu banyak mazhab yang pernah ada, maka hanya beberapa
mazhab saja yang bertahan sampai sekarang. Menurut M. Mustofa Imbabi, mazhab-
mazhab yang masih bertahan sampai sekarang hanya tujuh mazhab saja yaitu :
mazhab hanafi, Maliki, Syafii, Hambali, Zaidiyah, Imamiyah dan Ibadiyah. Adapun
mazhab-mazhab lainnya telah tiada.
Sementara Huzaemah Tahido Yanggo mengelompokkan mazhab-mazhab fiqih
sebagai berikut :
1. Ahli al-Sunnah wa al-jamaah
a. ahl al-Ra’yi
kelompok ini dikenal pula dengan Mazhab Hanafi
b. ahl al-Hadis terdiri atas :
1. Mazhab Maliki
2. Mazhab Syafi’ie
3. Mazhab Hambali
2. Syi’ah
a. Syi’ah Zaidiyah
b. Syi’ah Imamiyah
3. Khawarij
4. Mazhab-mazhab yang telah musnah
a. Mazhab al-Zhahiry
b. Mazhab al-Thabary
c. Mazhab al-Laitsi
1.0 KONSEP SEMBAHYANG
1.1 Takrif sembahyang
Bahasa: doa atau doa dengan kebaikan
…. .…
“dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka.”1
Syara’: sembahyang ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai
dengan takbir dan disudahi dengan salam.
Sejarah sembahyang, jenis kewajipan dan fardu-fardunya.
Ibadah sembahyang mula difardukan pada malam isra’, iaitu 5 tahun sebelum Hijrah.
Hadis Anas: “Difardukan sembahyang ke atas Nabi Muhammad pada malam Isra’ dengan 50
waktu, kemudian ia dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu.”
Ulama’ Hanafi: sembahyang telah difardukan pada malam Isra’ sebelum hari
sabtu 17 Ramadan satu setengah tahun sebelum Hijrah.
Al-Hafiz Ibn Hajar: telah difardukan pada 27 Rejab.
Sembahyang telah difardukan ke atas setiap mukallaf. Tetapi kanak-kanak
berusia 7tahun perlulah disuruh sembahyang untuk melatih mereka. Sabda
Rasulullah:
“Suruhlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka
semasa umur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka.”
Kata Abu Hanifah, “Sembahyang witir adalah wajib kerana Rasulullah s.a.w
bersabda:
" , الوتر" وهى صالة زادكم قد الله إن
“Sesungguhnya Allah telah menambah terhadap kamu satu sembahyang iaitu witir.”
1.2 SYARAT SAH SEMBAHYANG
1.2.1 Mengetahui telah masuk waktu
1 Surah Taubah:103
Tidak sah sembahyang yang dilakukan tanpa mengetahui waktunya secara yakin atau
secara andaian yang berdasarkan ijtihad. Oleh itu, sesiapa yang melakukan
sembahyang tanpa mengetahui waktu, tidak dikira sah sekalipun dilakukan dalam
waktunya kerana ibadah sembahyang mesti dengan kepastian. Oleh itu, apabila diragui
waktunya, maka tidak dikira sebagai sah, kerana orang meragui tidak pasti.
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas
orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.”2
Iaitu fardu yang ditetapkan waktunya. Kita telah bincangkan waktu sembahyang dan
ijtihad bagi menentukan waktu sebelum ini.
1.2.2 Suci daripada hadas kecil dan besar
Menurut ijma’ para ulama’, batal sembahyang sekiranya berhadas secara sengaja.
Tetapi menurut pendapat ulama Hanafi’, tidak batal seandainya berlaku pada akhir
sembahyang. Tetapi menurut Hanafi, tidak batal sembahyang dengan serta merta,
kecuali diteruskan untuk satu rukun sahaja secara sedar atau keuzuran.
Maliki: Jika keluar darah dari hidung, sembahyang itu boleh disambung dengan 6
syarat:
- Tidak berlumuran darah lebih daripada ukuran wang satu dirham.
- Tidak melewati tempat yang paling dekat untuk menyucikan darah.
- Tempat untuk bersuci itu dekat. Jika terlalu jauh amat terbatal sembahyang.
- Tidak membelakangi kiblat tanpa sebab munasabah.
- Tidak memijak banda najis semasa bergerak untuk bersuci.
- Tidak bercakap ketika bergerak untuk bersuci.
1.2.3 Suci daripada sebarang najis
2 Surah an-Nisa:103
Suci dari aspek pakaian, badan, termasuk anggota sujud.
“dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.”3
Menurut pendapat yang mahsyur di kalangan ulama’ Maliki, suci daripada najis
adalah sunat muakkad.
Bersih pakaian, tubuh badan dan tempat:
1.2.3.1 kebersihan pakaian dan tubuh badan.
a) Pakaian yang terkena najis.
Ulama’ Hanafi: baju luar yang labuh terkena najis ketika bersujud, sah
sembahyang kerana tidak terkana pada tempat berdiri dan tempat
anggota sujud.
Ulama’ Syafi’I & Hanbali: Terbatal. Kerana pakaian dikira sebagai
sebahagian daripada tubuh orang sembahyang dan ia seumpama
anggota sujud.4
b) Tidak diketahui terkena najis.
Ulama’ Hanbali, Syafi’ie, Hanafi: Sembahyang terbatal dan wajib
qada’. Sekalipun tidak diketahui najis tersebut. (Surah Muddathir:4)
Ulama’ Maliki: Hukum wajib menghilangkan najis itu gugur dengan
sebab tidak terdaya dan lupa. Oleh itu, tidak dikehendaki mengulangi
semula sembahyang itu jika bersembahyang dalam keadaan terlupa
melakukan pembersihan.5
c) Tidak mengetahui tempat terkena najis pada pakaian.
Ulama’ Hanafi: memadai dengan membasuh bahagian yang terkena
najis.
3 Surah al-Muddathir:44 Radd al-Muhtar, Jil.1, hlm 374 dan Jil. 1, hlm 585; Mughni al-Muhtaj, Jil. 1, hlm.190; al-Syarh al-Kabir Abas Ibn Qudamah, Jil.1, hlm.4755 Fath al-Qadir, Jil.1, hlm 179, al-Durr al-Mukhtar, Jil.1, hlm 373
Ulama’ Syafi’ie: Basuh seluruh pakaian dan seluruh tubuh jika tidak
ketahui tempat najis
Pendapat sahih: Basuh seluruh pakaian kerana pakaian dan tubuh
adalah satu. Jika timbul antara dua pakaian, ijtihad untuk
bersembahyang.
1.2.3.2 Bersih tempat sembahyang
a) Sembahyang di atas hamparan yang ada najis di atasnya.
Ijma’ ulama’ mengatakan tidak sah sembahyang kerana tempat itu
terkena najis dan meletak anggota pada benda yang najis sama.
Tetapi jika melakukannya di tempat yang suci, maka sah.
b) Sembahyang di tempat bernajis yang berlapik.
Ulama’ sependapat mengatakan sah sembahyang tersebut apabila
hamparan itu boleh menutup aurat kerana tidak terkena secara
langsung.
1.2.4 Menutup aurat.
- Bahasa: kekurangan.
- Syara’: sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.
Jumhur ulama’: disyaratkan menutup aurat selagi terdaya meskipun
dalam gelap.
Ulama’ Hanafi: wajib menutup ketika di khalayak ramai mahupun
berseorang. Tidak harus secara telanjang meskipun dalam rumah
yang gelap sedangkan terdapat pakaian bersih.
…
“ Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang)”6
- Syarat menutup aurat:
a) Tebal & tidak jarang.
6 Surah al-A’raf: 31
Perlu menyembunyikan warna kulit dan tidak menjelaskan sifatnya.
Imam Syafi’ie: syarat menutup aurat ialah suatu yang tidak
menjelaskan warna kulit, sekalipun menggunakan air yang keruh.
Tetapi tidak boleh menggunakan selubung yang sempit dan gelap
sebagai penutup aurat.
Ulama’ Maliki: jika penutup itu boleh menjelaskan apa yang di
bawahnya, maka tidak menutup aurat. Tetapi jika membayangkan
apa yang di awahnya, maka dikira sebagai makhruh.7
b) Maksud menutup aurat di kalangan ulama’.
Ulama’ Syafi’ie & Hanbali: hendaklah meliputi semua bahagian
yang perlu ditutup. Tidak memadai menggunakan selubung yang
sempit dan gelap sebagai penutup aurat.
Ulama’ Maliki & Hanafi: memadai dengan keadaan gelap jika
darurat. Kerana wajib ialah menutup aurat daripada penglihatan
orang lain sekalipun penutupan itu dari segi hokum sahaja.
c) Cara penutupan aurat yang dituntut.
Ulama’ Syafi’ie: jika terdapat sesuatu untuk menutup sebahagian
aurat sahaja, maka wajib digunakan. Dan dahulukan kemaluan
hadapan jika cukup untuk salah satu sahaja.
Ulama’ Maliki & Hanafi: Utamakan kemaluan belakang dahulu.
Wajib kancing baju di tengah jika boleh menampakkan aurat ketika
ruku’.
1.2.5 Menghadap qiblat
Para fuqaha’ sependapat mengatakan bahawa menghadap qiblat adalah
syarat kesahihan sembahyang.
…
7 Al-Qawanin al-Fiqhiyah, hlm 54
“dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka
hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu
berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,” 8
Ulama’ Maliki dan Hanafi: berpendapat menghadap qiblat hanya ketika
aman dan tidak terancam.
Menghadap ke arah Kaabah ialah menghalakan tubuh dan pandangan
seseorang yang bersembahyang ke arah Kaabah.(wajib menghadap qiblat
dengan sebenarnya ketika berdiri dan duduk. Wajib menghadapnya secara
hukumnya sahaja ketika ruku’ dan sujud. Kalau berbaring wajib menghadap
dengan dada dan muka dan kalau melentang dengan muka dan dua pipi) 9
Sebahagian daripada muka bertentangan dengan Kaabah. Jumhur
(kecuali Maliki): jika dipanjangkan garis lurus dari tengah-tengah muka
sampai ke Arasy dari Kaabah.
Ulama’ Maliki: wajib menghadap ke arah bangunan Kaabah. Oleh itu, tidak
memadai jika menghadap ke langit arah ruang udara di atas Kaabah.
1.2.6 Niat
Bahasa: Kehendak.
Syara’: azam hati untuk melakukan ibadah bertujuan mendekati Allah.
Ulama Hanafi, Hanbali & rajih di kalangan ulama Maliki: niat adalah syarat
sembahyang .
Ulama Syafi’ie & setengah ulama Maliki: Niat adalah salah satu fardu
sembahyang atau rukun kerana diwajibkan pada sebahagian sembahyang
iaitu di awal sembahyang.
Sabda Rasulullah:
" , نوى" ما امرئ لكل وإنما بالنيات االعمال إنما
8 Surah Baqarah:149-1509 Ulama al-Shafi’yyah
“sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat dan sesungguhnya setiap
individu menurut niatnya”10
Syarat niat:
o Beragama Islam
o Mumaiyiz
o Tahu apa yang diniatkan
10 Hadis riwayat Imam Hadith yang enam di dalam kitab mereka, daripada Umar bin al-Khattan, r.a Nasb al-Rayah, Jil. 1, hlm,301
Pendapat para fuqaha’ tentang niat:
MAZHAB HANAFI11 MAZHAB MALIKI12 MAZHAB SYAFI’IE13 MAZHAB HANBALI
1. Pentafsiran niat.
Niat adalah kehendak yang
terletak pada hati. Dan hati
mengetahui.
Tidak disyaratkan
melafazkan atau menyebut
dengan lidah.
Niat perlu ditentukan.
Contoh, jika untuk solat
zohor, niatkan untuk Zohor
dan seterusnya.
Untuk solat sunat,
memadai dengan niat
secara umum (tanpa
menentukan jenis).
Terbatal niat dengan
sekadar “InsyaAllah”.
Niat sembahyang adalah
fardu.
Serentak dengan
takbiratulihram.
Jika niat sebelum atau
selepas takbir diselangi
masa yang panjang
adalah batal.
Jikalau singkat:
o Hanafi: sah niat.
o Syaf’ie: batal
Niat perlu ditentukan bagi
solat sunat witir, raya, dan
gerhana dan minta hujan.
Bagi solat sunat yang lain,
memadai dengan niat
sunat sahaja.
Niat serentak dengan
perbuatan dan bertempat di
hati niatnya.
Sunat niat awal sedikit
daripada takbir.
Jika niat disusuli dengan
“InsyaAllah” tidak
membatalkan.
Bagi sembahyang fardu wajib
ditentukan:
o Niat fardu.
o Niat pelaksanaan
perbuatan
o Menentukan jenis
fardu.
Dilakukan serentak dengan
takbiratulihram.
Wajib niat dalam hati.
Sunat untuk dilafazkan.
Solat fardu diwajibkan
untuk menentukan jenis
sembahyang dan berazam
untuk melakukannya.
Sah sembahyang qada’
dengan niat tunai atau
sebaliknya jika berlainan
dengan sangkaannya.
Sembahyang sunat wajib
niat bagi solat sunat lima
dan bagi yang lain
memadai dengan niat
sunat saja.
Jumhur: niat yang betul
disusuli dengan niat untuk
keluar daripada 2. Cara berniat
11 Al-Badai’, Jil.1,hlm.127 & al-Durr al-Mukhtar, Jil.1, hlm,406 & Tabyin al-Haqaiq, Jil.1, hlm 99 & Fath al-Qadir, Jil. 1, hlm185 & al-Lubab, Jil.1, hlm.6612 Al-Syarh al-kabir Ma’a al-Dusuqi, Jil.1, hlm 23313 Hashiyah al-Banjuri, Jil.1, hlm149 & Mughni al-Muhtaj, Jil 1, hlm.148-150
Diwajibkan imam dalam
satu kes sahaja iaitu dalam
kes lelaki menjadi imam
bagi
orang perempuan.
Dikira sah sembahyang
qada’ dengan niat tunai
atau sebaliknya.
Imam wajib memasang
niat.
Jika makmum memasang
niat solat Jumaat tetapi
imam sembahyang Zohor,
maka sah solatnya. Tetapi
batal jika sebaliknya.
Jika solat yang berkaitan
dengan waktu maka wajib
ditentukan waktu.
Jika sebaliknya, maka
memadai dengan niat sunat
saja.
Sah sembahyang jika tidak
tahu waktu sudah habis atau
belum jika waktu mendung.
Di disunatkan menentukan
hari.
Niat adalah syarat, maka jika
ragu dengan niat maka batal
sembahyangnya.
Disyaratkan niat imam untuk:
o Solat Jumaat
o Solat Jamak takdim
o Solat Nazar
o Solat Ulangan.
Makmum disyaratkan berniat.
sembahyang adalah
terbatal.
Abu Hanifah: sembahyang
itu sah kerana ibadah
apabila sah
dipermulaannya maka
tidak terbatal dengan niat
keluar daripadanya.
3. Waktu berniat
Serentak dengan takbir.
Sah menurut Hanafi niat
sebelum takbir.
1.2.7 Tertib dalam menunaikan sembahyang dan miwalat (tidak terputus
hubungan) setiap perbuatannya.
1.2.8 Meninggalkan percakapan yang tidak berkaitan dengan sembahyang.
1.2.9 Meninggalkan perbuatan yang banyak yang tidak berkaitan dengan
sembahyang.
1.2.10 Meninggalkan makan minum.
1.3 RUKUN SEMBAHYANG
Rukun sembahyang menurut Ulama’ (selain Mazhab Hanafi)
Mazhab Maliki Mazhab Syafi’ie Mazhab Hanbali
Fardu sembahyang ada
14:
o Niat
o Takbiratulihram
o Berdiri tegak
o Al-Fatihah
o Ruku’
o I’tidal
o Sujud
o Duduk di antar dua
sujud
o Tama’ninah
o Tertib
Sembahyang meliputi
perkataan dan
perbuatan.
3 perkataan yang dikira
fardu:
o Takbiratulihram
o Al-Fatihah
o Salam.
3 perbuatan fardu:
o Angkat tangan ketika
takbir
o Tasyahhud
o Mulakan salam dari
Fardu sembahyang ada
13:
o Niat
o Takbiratulihram
o Berdiri tegak
o Al-Fatihah
o Ruku’
o I’tidal
o Sujud
o Duduk di antar dua
sujud
o Tama’ninah
o Tahiyat akhir
o Tertib
Perkara fardu tidak
boleh digantikan dengan
sujud sahwi. Jika telah
salam, sempurnakan
yang tertinggal
kemudian sujud sahwi.
Fardu sembahyang ada
14:
o Takbiratulihram
o Berdiri tegak
o Al-Fatihah
o Ruku’
o I’tidal
o Sujud
o Bangkit dari sujud
o Duduk di antara dua
sujud
o Tama’ninah
o Duduk ketika baca
tahiyat
o Tahiyat akhir
o Salam
o Tertib
Niat dibincangkan dalam
syarat berdasarkan
metode ulama’ Hanafi
dan Hanbali dan
sebhaagian Maliki.
Muktamad di kalangan
Maliki, niat ialah rukun
dan ihram ialah
ungkapan yang meliputi
kanan. niat serta takbir.
Rukun sembahyang yang disepakati ulama’
1. Takbiratulihram.
Mazhab Maliki & Hanbali: takbir dalam Bahasa Arab dan tidak diselangi
dengan perkataan lain di antara dua kalimah itu.
Cukup untuk didengari oleh telinga sendiri kecuali imam. Jika bisu (tetapi
perlu menggerakkan bibir dalam lidah), gugur kewajipan untuk melafaz
takbir.14
“dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!”
Mazhab Maliki, Hanafi, Syafi’ie, Hanbali: takbir ialah rukun, bukan syarat.
Tetapi mazhab Syafi’ie mengatakan: tidak mengapa untuk menambah
takbir seperti “ أكبر الجليل ”الله
Ulama’ Hanafi mensyaratkan 20 perkara untuk takbiratulihram: masuk
waktu, menutup aurat, suci dari hadas, berdiri, niat mengikut imam,
melafazkan takbir, menentukan fardu, tidak sah jika beristigfar, tidak
disatukan dengan Basmalah, tidak boleh dahulukan takbir sebelum niat,
tidak mendahului imam*, menghadap kiblat.
* “sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti, maka apabila ia melakukan takbir
hendaklah kamu melakukan takbir” – Muttafaq ‘alaih
2. Berdiri dalam sembahyang.
Di kalangan Hanafi: Diwajibkan berdiri bagi yang berupaya dalam
sembahyang fardu dan dalam sembahyang wajib.15
“dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan khusyuk.16”
14 Al- Syarh al-Saghir, Jil. 1, hlm 305 & al-Mughni, Jil. 1, hlm 460-464 &Kasysyaf al-Qina, Jil.1, hlm 451.15 Tabyin al-Haqa’iq, Jil 1, hlm. 104 & Fath al-Qadir, Jil 1, hlm 192, 304, 378.16 Surah Baqarah: 238
Sabda Nabi Muhammad s.a.w “ قائما .”صل Bermaksud: Hendaklah
kamu sembahyang secara berdiri
Tidak wajib berdiri bagi sembahyang sunat. Begitu juga bagi individu yang
sakit.
Mazhab Maliki & Hanbali: berdiri ialah bukan duduk dan bukan dalam
keadaan membongkok yang hampir kepada ruku’, tetapi tidak mengapa
jika merendahkan kepala (tunduk) ia masih dikira berdiri.
Mazhab Syafi’ie: disyaratkan berdiri dengan tegak tulang belakang. Tetapi
tidak disyaratkan tegak leher kerana disunatkan tunduk kepala.
Mazhab Hanafi: kadar tempoh berdiri adalah sekadar bacaan al-Fatihah ,
surah dan takbir.
Jumhur ulama’: sekadar takbiratul ihram dan bacaan fatihah sahaja
kerana surah adalah sunat.
3. Pembacaan al-Quran bagi orang yang berupaya.
Wajib dilakukan berdasarkan sabda Nabi s.a.w
“ بقراءة إال صالة :maksudnya ”ال Tiada sembahyang kecuali dengan
bacaan.
Wajib menurut Abu Hanifah sekurang-kurangnya 1 ayat yang
mengandungi 6 huruf seperti نظر .ثم
Abu Yusuf & Muhammad al-Hassan al-Syaibani: yang difardukan ialah 3
ayat pendek @ 1 ayat panjang.
Penetapan bacaan dalam kedua-dua raka’at pertama daripada fardu
adalah wajib, Ali r.a berkata:
“Bacaan dalam kedua-dua raka’at pertama adalah juga bacaan dalam
kedua-dua raka’at yang akhir.”
Ibn Mas’ud & Aisyah: “ Diberi pili dalam kedua rakaat akhir, samada mahu
membaca Quran atau bertasbih.”
Mazhab Hanafi: al-Fatihah bukan merupakan fardu dalam sembahyang
samada sembahyang perlahan ataupun sembahyang nyaring. Ia bukan
menjadi fardu ke atas imam atau makmum bahkan makmum makruh
membacanya.
4. Ruku’.
Bahasa: membongkok.
Syara’: membongkok belakang dan juga kepala sehingga kedua-dua tangan
sampai ke lutut.
.…
“ Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah….”
Dalil meletakkan kedua tangan ke atas kedua lutut adalah berdasarkan
Hadith.
Maksudnya: “aku telah melihatnya apabila Baginda ruku’, kedua-dua tangannya
menguasai kedua-dua lututnya, kemudian meluruskan belakangnya.
(Membongkokkannya sehingga menjadi sama rata)- riwayat Abu Hunaid
Disyariatkan merenggang jari jemari. Abu Mas’ud bin Amru
merenggangkan jarinya kemudian berkata “Beginilah yang aku lihat
Rasulullah mengerjakan sembahyang.”17
Aisyah: “rasulullah s.a.w apabila ruku’ Baginda tidak meninggikan kepala
dan tidak merendahkannya tetapi antara keduanya.”
Ulama’ Syafi’ie & Hanbali: mensyaratkan ruku’ itu dilakukan semata-mata
kerana ruku’. Oleh itu, jika membongkok untuk melakukan sujud tilawah
tiba-tiba dilakukan ruku’, maka perbuatan ruku’ tidak memadai.
Tama’ninah, tidak bergerak semua anggota selama sekadar sekali tasbih
dan ruku’ dan sujud.
والسجود الركوع في فيه صلبه الرجل اليقيم صالة التجزئ“tidak memadai sembahyang seorang lelaki yang tidak membetulkan tulang
belakangnya ketika ruku’ dan sujud”18
5. I’tidal.
17 Riwayat Ahmad, Abu Daud & al-Nasa’I, Nayl al-Autar, Jil. 2, hlm 24318 Riwayat al-Bukhari
Abu Hanifah & Muhammad: bangkit daripada ruku’, I’tidal dan duduk
antara dua sujud ialah perkara wajib.
… .…
“ rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), “19
Mazhab Hanafi: bangkit dari ruku’, duduk antara dua sujud dan tegak
antara keduanya adalah sunat.
Abu Yusuf & mazhab lain: bangkit dari ruku’, I’tidal, berdiri tegak dan
tama’ninah ialah rukun atau fardu dalam sembahyang.
6. Sujud dua kali bagi setiap rakaat.
Bahasa: tunduk dan merendahkan diri, atau merendah dan tunduk.
Syara’: sujud yang paling minimum ialah meletakkan dahi yang terdedah
ke atas bumi atau di atas tempat sujud.
Sujud paling sempurna ialah meletakkan kesemua tangan, lutut, kaki dan
dahi bersama-sama hidung ke atas bumi.
Ulama’ Maliki: sujud di atas bahagian dahi yang paling mudah, iaitu
sebelah atas kening dan antara dua tepi dahi. Sumat meletakkan hidung
di tempat sujud.
Ulama’ Syafi’ie, Hanafi, Hanbali jika tidak dapat sujud di atas bumi atau
seumpamanya bersama-sama dengan imam, kerana kesesakan orang
ramai. Maka boleh sujud di mana-mana.
Sujud dengan kedua tangan, lutut, hujung jari kaki menyentuh buni adalah
sunat.
Maksudnya: “Apabila seseorang hamba melakukan sujud, maka sujudlah
bersama-samanya tujuh anggota: mukanya, dua telapak tangannya, dua
lutut dan hujung dua kakinya.”20
7. Duduk di antara dua sujud.
Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah ialah rukun menurut jumhur.
Wajib menurut ulama’ Hanafi. Berdasarkan hadis:
19 Surah al-Hajj: 7720 Riwayat jama’ah perawi kecuali Bukhari, Nayl al-autar, Jil 2, hlm. 257.
" جالسا" تطمئن حتى ارفع ثم
“Kemudian bangkit sehingga tetap duduknya.”
Tambah ulama Syafi’ie: hendaklah bangkit daripada sujud bukan kerana
terkejut. Dan tidak memanjangkan duduk antara dua sujud dan I’tidal
kerana keduanya adalah rukun pendek untuk menjadi pemisah antara dua
rukun.
Cara duduk ikut sunnah adalah secara iftirash iaitu melipat kaki kiri dan
duduk di atasnya, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki
kiri dari bawah kaki kanan dan menekankan dengan jari kaki kanan ke
atas buni supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat. Ini adalah
mengikut sunnah.
Sabda Rasulullah: “kemudian dilipatkan kaki kirinya dan duduk di atasnya,
kemudian tegak sehingga semua tulang kembali ke tempatnya, kemudian
menunduk untuk sujud.”
8. Duduk kali terakhir sekadar bacaan tahiyat.
Mazhab Hanafi: duduk buat kali terakhir dan membaca tahiyat
sehinggalah selesai sebutan ورسوله adalah fardu. Jika makmum عبده
selesai bacaan sebelum imam, kemudian ia bercakap atau makan, maka
sembahyangnya dikira sempurna.
Ulama’ Syafi’ie & Hanbali, duduk kali terakhir dan bacaan tahiyat
kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w secara duduk sekadar
محمد على صل .ialah rukun اللهم
Ulama’ Maliki, menjadi rukun ialah duduk sekadar untuk memberi salam.21
Ulama’ Hanafi: tahiyat awal sama seperti tahiyat akhir ialah wajib. Jumhur:
sunat. Begitu juga selawat ke atas Nabi s.a.w dalam tahiyat akhir (Ulama’
Hanafi & Maliki)
, , صالتك تمت فقد هذا فعلت او هذا قلت إذا“Jika kamu menyebut ini atau buat ini, maka sempurna sembahyangnya.”22
21 Fath al-Qadir ma’a al-‘Inayah, jil. 1, hlm 113 & al-Badai’, Jil 1, hlm. 113 & Tabyin al-Haqa’iq, jil 1, hlm 104.22 Riwayat ini disenaraikan oleh al-Daruqutni dan dikira sebagai mauquf.
Cara duduk:
o Ulama’ Hanafi: cara duduk tasyahhud akhir adalah sama dengan duduk
iftirasyi.
“Bahawa Nabi s.a.w duduk yakni untuk bertasyahhud lalu Baginda melipat
kaki kirinya dan dipacak kaki kanannya dengan kaki itu ke arah qiblat.”
o Ulama’ Maliki: duduk secara tawaruk dalam tasyahhud pertama dan
tasyahhud akhir.23
o Ulama’ Hanbali & Syafi’ie: sunat duduk secara tawarruk dalam tasyahhud
akhir secara iftirasyi, tetapi dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanan dan
pangkal pahanya diletakkan di atas tanah.
“Sehinga sampai kepada raka’at penghabisan sembahyang,Baginda
melipat kaki kirinya dan duduk di atas pangkal paha kiri secara tawarruk, kemudian
memberi salam.”24
Lafaz tahiyat
o Ulama’ Hanafi & Hanbali:
, , ورحمت النبي أيها عليك السالم الطيبات والصلوات لله التحيات
, , إال أله ال أن أشهد الصالحين الله عباد وعلى علينا السالم وبركاته الله
. ورسوله عبده محمدا ان وأشهد الله
o Imam Malik:
, , لله الصلوات لله الزاكيات لله التحيات
o Ulama’ Syafi’ie:
, , السالم وبركاته الله ورحمت النبي أيها عليك السالم لله التحيات
, محمدا ان وأشهد الله إال أله ال أن أشهد الصالحين الله عباد وعلى علينا
. ورسوله عبده
o Bacaan paling sempurna:
23 Al-Syarh al-Saghir, Jil.1, hlm27324 Hadis ini diriwayatkan oleh lima orang Imam Hadith kecuali al-Nasa’I, Hadith ini disahihkan oleh al-Tirmizi & diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan ringkas. Nayl al-Autar, Jil. 2, hlm.184.
, , أيها عليك السالم لله الطيبات الصلوات المباركات التحيات
, , أشهد الصالحين الله عباد وعلى علينا السالم وبركاته الله ورحمت النبي
. الله رسول محمدا ان وأشهد الله إال أله ال أن
9. Salam
Ulama’ Maliki & Syafi’ie: salam pertama untuk keluar daripada
sembahyang, semasa duduk adalah fardu.
Ulama’ Hanbali: kedua-dua salam adalah fardu25 kecuali sembahyang
jenazah, sunat, sujud tilawah dan sujud syukur
Ulama’ Maliki & Syafi’ie: sembahyang tamat dengan salam pertama. Tetapi
ulama’ Hanbali dengan salam kedua.
“kunci dalam bersembahyang ialah suci, tahrimnya (memasukinya) ialah
dengan takbir dan tahlilnya (menamatkannya) dengan memberi salam.26
10. Tama’ninah.
Jumhur: Tama’ninah adalah rukun atau syarat rukun. Dalam ruku’ , I’tidal,
sujud dan duduk antara dua sujud.
Ulama’ Hanafi: wajib
“Jika kamu mendirikan solat hendaklah kamu bertakbir, kemudian bacalah
ayat-ayat Quran yang mudah bagi kamu, kemudian ruku’lah sehingga ernyata
tetap (tama’ninah), kemudian angkat sehingga I’tidal, kemudian sujud sehingga
ternyata tetap, kemudian lakukanlah demikian pada semua sembahyang.”
Tama’ninah: diam seketika selepas sesuatu gerakan atau diam antara dua
gerakan yang memisahkan umpamanya antara angkat dan jatuh. Anggaran
masanya ialah sekadar zikir (bacaan) yang diwajibkan.
Ulama’ Hanbali: Adapun orang yang lupa, maka dianggarkan adanya diam
yang paling minimum.
Ulama’ Hanafi: Diam anggota sekadar sekali tasbih dalam ruku’ , sujud dan
mengangkat kepala daripada keduanya.
Ulama’ Maliki: Diam anggota buat seketika dalam semua rukun
sembahyang.
25 Al-Mughni, Jil. 1, hlm 545 & mughni al-Muhtaj, jil.1, hlm 17726 Hadis riwayat Muslim
11. Tertib dalam segala rukun seperti yang dituntut dalam sembahyang mengikut
sunnah.
Jumhur ulama’: tertib adalah satu rukun. Wajib dalam bacaan dalam
perkara berulang dalam setiap rakaat. Fardu pada perkara yang tidak
berulang.
Ulama’ Hanafi: tertib qiyam sebelum ruku’ atau tertib ruku’ sebelum sujud.
Jumhur, Ulama’ Syafi’ie: disebabkan tertib sebagai rukun, maka batallah
sembahyangnya kerana ia main-main.
Jika dia tidak ingat sehingga sampai kepada perbuatan yang serupa, maka
disempurnakan raka’at yang ditinggalkan dengan raka’at yang demikian
dan disambung sembahyangnya.
Jika rukun itu lain daripada niat dan takbiratulihram hendaklah dia
sambungkan ke atas sembahyangnya yang telah lepas itu jika selang
masanya tidak lama sedang dia tidak melakukan perkara-perkara yang
bercanggah dengan sembahyang seperti menyentuh najis.
Jika selang masa tersebut lama menurut ‘uruf hendaklah diulangi semula
sembahyang itu. Akibat daripada tertib dikira wajib (ulama’ Hanafi) pada
perkara berulang di setiap rakaat.27
1.4 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN DAN MEROSAKKAN
SEMBAHYANG
1. Bercakap dalam sembahyang
1.1 Mazhab Hanafi
o Sembahyang menjadi rosak dengan selingan percakapan samada secara
sengaja ataupun tidak, tidak diketahui atau dipaksa. Walaupun disebutkan
dengan dua perkataan atau satu perkataan yang bermakna.
o Jika seorang yang sedang bersembahyang itu memberi salam atau
menjawab salam dengan lisan dan bukan dengan tangannya maka
hukumnya makruh.
27 Radd al-Muhtar, Jil. 1, hlm 429-432 & al-Badai’, jil.1, hlm 241
o Seorang yang menangis dengan suara yang kuat kerana sesuatu bencana,
sembahyangnya menjadi rosak kerana dia melahirkan perasaan dukacita
kerana bencana itu.
o Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad, menghembuskan nafas
dengan suara yang dapat didengar adalah membatalkan sembahyang
samada ia bertujuan ta’fif ataupun tidak. Ini berdasarkan kata-kata Ibn
Abbas yang bermaksud “Menghembus nafas dalam sembahang adalah
percakapan.28
o Jika seorang yang sedang bersembahyang melayan seekor anjing, kucing
dengan suara yang bukannya daripada huruf hijaiyah (abjad), sembahyang
tidak rosak kerana ia adalah suara yang tidak berhuruf.
1.2 Mazhab Maliki
o Sembahyang menjadi batal dengan sebab berkata-kata dengan sengaja,
wlaupun hanya atau ”نعم“ yang ”ال“ bukan bertujuan untuk
memperbetulkan sembayang.
o Batal jika mengeluarkan suara yang tidak berhuruf dengan sengaja seperti
meniru suara gagak, sengaja menghembus nafas dengan mulut dan
memberi salam tanpa sedar atau ketidakseimbangan sembahyang.
1.3 Mazhab Syafi’ie
o Batal sembahyang dengan mengeluarkan perkataan manusia biasa terdiri
daripada dua huruf dan bermakna walaupun untuk kepentingan
sembahyang itu.
o Berdehem, menangis, mengerang dan menghembus nafas (keluarkan 2
huruf) adalah membatalkan.
o Mengeluarkan perkataan dengan banyak29 adalah membatalkan. Tetapi jika
berdeham sedikit, batuk atau bersin adalah dimaafkan.
1.4 Mazhab Hanbali
28 Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mansor dalam Sunannya. Nayl al-Autar, Jil.2, hlm. 31729 Mengikut u’ruf. Fuqaha’ mengukur cakap dengan kadar 7 patah berpandukan cerita Zu al-Yadain
o Batal jika bertutur yang terdiri daripada dua huruf atau lebih bagi tujuan
selain sembahyang. Misalannya seorang berkata, “Hai budak beri saya
minuman”.
o Tidak terbatal sembahyang jika bertutur di luar kawalan seperti tertidur.
o Batal dengan hembusan nafas dengan kuat yang terkeluar daripadanya
dua huruf. Ibn Abbas berkata, “Sesiapa yang menghembus nafas dengan
kuat dalam sembahyang sesungguhnya dia telah dianggap bertutur”.
o Tangisan kuat bukan kerana Allah juga membatalkan.
o Mazhab Hanbali mengharuskan bacaan ayat-ayat dengan melihat al-Quran
ketika sembahyang. Makruh yang hufaz. Kerana menghilangkan khusyu’.
2.0 KONSEP PUASA MENURUT EMPAT MAZHAB.
2.1 Takrif Puasa:
Bahasa: Menegah dan menahan daripada sesuatu.
Syarak: menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa,
bermula daripada terbit fajar sidik hingga jatuh matahari dan disertai dengan niat pada
malamnya.
2.2 Rukun Puasa;
Rukun puasa ialah menahan diri daripada keinginan perut dan faraj atau dengan kata
lain menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. Mengikut mazhab Maliki
dan Syafie ditambahkan satu rukun lain iaitu berniat pada waktu malam.
2.3 Masa puasa :
Bermula dari naik fajar hingga jatuh matahari. Dalilnya firman Allah:
Maksudnya: Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang
hitam, iaitu fajar.
2.4 Faedah Berpuasa :
1. Taat kepada perintah Allah. Ibadah ini akan memberikan kita ganjaran pahala.
Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan masuk ke pintu syurga yang
khas disediakan yang dinamakan al-Rayyan.
2. Terselamat dari azab Allah disebabkan puasa yang dikerjakan.
3. Mendidik budi pekerti seorang mukmin seperti berdisiplin, bersabar, amanah
dengan perintah Allah dan sebagainya.
4. Menyebarkan perasaan kasih sayang, melahirkan semangat kerjasama diantara
orang Islam. Contohnya amalan berbuka puasa bersama-sama dalam majlis
berbuka puasa, majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya.
2.5 Fardhu puasa dan Bahagiannya.
Dalil a-Quran yang mewajibkan kita berpuasa ialah dari surah Baqarah ayat 183:
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Allah SWT juga berfirman:
Maksudnya: Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu….
Puasa bulan Ramadhan diwajibkan selepas arahan memaling qiblat kearah kaabah
pada tahun kedua Hijrah. Raasulullah telah berpuasa sebanyak sembilan Ramadhan
dalam masa sembilan tahun dan Baginda wafat pada bulan Rabiuawal tahun 11 Hijrah.
2.6 Bahagian-Bahagian Puasa.
Puasa mempuanyai beberapa bahagian iaitu wajib, sunat, haram dan makruh. Ulama
Hanafi berpendapat puasa mempunyai lapan bahagian iaitu puasa fardhu, puasa qada
Ramadhan dan puasa kifarat. Puasa wajib yang ditentukan seperti nazar yang
ditentukan sementara puasa wajib yang tidak ditentukan adalah seperti puasa nazar
mutlak dan puasa sunat.
Puasa Wajib.
Puasa dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Puasa wajib mengikut masa iaitu puasa Ramadhan.
2. Puasa wajib kerana ada ‘illat iaitu puasa kifarat.
3. Puasa kerana pilihan orang itu sendiri iaitu puasa nazar.
Mengikut ulama Mazhab Hanafi, puasa lazim (mesti) terbahagi kepada dua bahagian
iaitu fardhu dan wajib. Puasa fardhu ada dua bahagian, iaitu Puasa mu’ayyan(tetap)
seperti puasa tunai Ramadhan dan puasa tidak mu’ayyan (seperti puasa qada’
ramadhan). Puasa wajib mempunyai dua bahagian iaitu puasa mu’ayyan seperti puasa
nazar yang ditentukan dan puasa tidak mu’ayyan seperti puasa nazar mutlak dan puasa
qada’ sunat yang dibatalkan.
Puasa yang Diharamkan.
Mengikut jumhur atau makruh tahrim mengikut Hanafi Mazhab adalah seperti berikut:
1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya atau mendapat izin
daripadanya,kecuali suami tidak memerlukannya berdasarkan hadis sl-Bukhari
dan Muslim:
االباذنه شاهد وزوجها تصوم أن المرأة اليحل .
Terjemahan: tidak menjadi halal (haram) bagi seorang perempuan berpuasa sedangkan
suaminya ada bersama-sama kecuali izinnya.
Juga oleh kerana hak suami suatu kewajipan, hak itu tidak harus dikecualikan untuk
melaksanakan perkara sunat. Andainya seorang isteri mengerjakan puasa tanpa izin
suaminya, puasanya sah walaupun ianya menjadi haram. Suami pila boleh menyuruh
isterinya berbuka puasa kerana adanya hak dan keperluan suami tersebut. Puasa ini
mengikut Mazhab Hanafi menjadi makruh.
2. Puasa pada Hari Syak. Iaitu hari 30 Sya’ban apabila meragui tentang tarikh
sebenar bulan Ramadhan. Para fuqaha berpendapat puasa itu tidak makruh
sebaliknya ia adalah harus jika kebiasaan puasanya berkebetulan dengan puasa
sunat seperti hari Isnin atau Khamis.
Mengikut ulama Mazhab Hanafi, Hari Syak ialah akhir bulan Sya’ban apabila
disyaki disebabkan oleh gelap yang tidak dapat menentukan bulan Ramadhan atau
bulan Sya’ban. Andainya keadaan langit cerah dan anak bulan tidak kelihatan ianya
bukan hari Syak. Hukum berpuasa pada Hari Syak adalah makruh apabila seorang
itu telah berniat puasa Ramadhan atau berniat puasa wajib lain. Juga makruh
berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan kerana terdapat hadith:
فيصومه, صوما يصوم كان رجل اال, واليومين بصوم رمضان تقدموا ال .
Terjemahan: Jangan kamu mendahulukan Ramadhan sehari atau dua hari dengan
puasa melainkan bagi seorang lelaki yang biasa berpuasa, maka adalah harus
baginya berpuasa pada hari itu.
Dalam Mazhab Maliki menetapkan hari Syak ialah hari 30 Sya’ban apabila
keadaan cuaca pada malam 30 Syabaan itu gelap (mendung) dan tidak kelihatan
anak bulan. Sebaliknya jikia cuaca pada malam itu cerah, hari itu bukan hari Syak,
kerana apabila sabit kelihatan anak bulan Ramadhan pada malam itu hari
keesokannya adalah termassuk hari-hari Sya’ban secara yakin.
Ulama Mazhab Syafi’i berpendapat hukum puasa pada hari Syak adalah haram dan
tidak sah melakukan puasa sunat pada hari Syak, kerana terdapat riwayat Ammar
bin Yasir r.a:
وسلم عليه الله صلى القاسم أبا عصى فقد الشك يوم صام من .
Terjemahan: sesiapa berpuasa pada Hari Syak, sesungguhnya dia telah
menderhaka Abu al-kassim (Muhammad) saw.
Dalam mazhab Syafi’i adalah wajib imsak (menahan diri) daripada berpuasa
pada Hari Syak kemudian ternyata kepadanya bahawa hari itu adalah bulan
Ramadhan kerana puasanya menjadi wajib kecuali jika dai tidak mengetahuinya.
Menurut Mazhab Hanbali, Hukum berpuasa pada Hari Syak ada persamaan
dengan pendapat Mazhab Maliki dimana ianya adalah makruh. Oleh itu, berpuasa
pada Hari Syak adalah makruh mengikut pendapat jumhur dan menjadi haram
mengikut Mazhab Syafi’i.
3. Puasa Hari Raya Aidilfitri, Adha dan Hari-Hari Tasyrik. Mengikut Mazhab Hanafi
puasa pada hari-hari tersebut adalah haram. Sementara pendapat mazhab lain
ianya haram dan tidak sah dilakukan, sama ada puasa itu fardhu ataupun sunat
dan tidak memadai puasa pada hari itusebagai ganti puasa fardhu mengikut
hadis riwayat Abu Hurairah:
,فطر يوم: يومين صيام عن نهى وسلم عليه الله صلى الله رسول أن
أضحى ويوم .
Terjemahan: bahawa Rasulullah saw menegah berpuasa pada dua hari Aidilfitri dan
Aidul Adha.
Mazhab Maliki membuat satu penetapan haram berpuasa pada Hari Tasyrik iaitu
hari selepas hari Raya Aidiladha. Manakala jumhur ulama pula berpendapat masa
haram berpuasa ialah tiga hari selepas Hari raya Adha dan berpuasa pada hari
kekempatnya adalah makruh sahaja.
Mazhab Syafi’i pula berpendapat, adalah haram berpuasa pada Hari raya Adidilfitri
dan Adha walaupun seseorang sedang membuat haji tamattu’ dan umrah kerana
larangan puasa pada hari-hari tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud
dengan sanad yang sah. Jumhur ulama’ ( Hanafi, Maliki dan Hanbali) dalam hal ni
mengecualikan (ertinya harus) berpuasa orang yang sedang menunaikan haji
tamattu’.
4. Puasa perempuan berhaid dan nifas.
Hukum puasa seorang perempuan berhaid dan bernifas adalah haram dan tidak sah
seperti diterangkan dalam perbahasan haid dan nifas dan menjadi wajib ke atas
kedua-dua mereka mengqadakan puasa.
Puasa Makruh.
Mazhab Hanafi
Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa puasa makruh terbahagi kepada dua
bahagian iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih. Makruh tahrim ialah puasa pada hari-
hari seperti hari Aidilfitri, Aidiladha, Hari Tasyrik dan Hari Syak, kerana terdapat
larangan puasa pada hari-hari tersebut. Puasa seseorang akan terlaksana tetapi
berdosa. Makruh Tanzih pula berlaku pada hari Asyura (10 Muharam) dengan
meninggalkan puasa pada hari kesembilan atau hari ke -11. Makruh juga berpuasa bagi
musafir jika puasanya mendatangkan kepenatan kepadanya.
Mazhab Maliki.
Menjadi makruh berpuasa sunat sebelum menunaikan puasa wajib yang tidak
ditentukan masanya seperti qada’ Ramadhan dan kifarat.
Mazhab Syafi’i
Ulama Syafi’I berpendapat menajdi makruh menentukan hari Jumaat sahaja, atau
Sabtu sahaja atau Ahad sahaja untuk berpuasa. Juga makruh berpuasa sepanjang
tahun bagi mereka yang bimbangkan berlaku mudarat dengan sebab puasa atau
bimbang tempatnya hak yang wajib dan sunat. Jika sesorang itu berpuasa pada hari
raya Aidilfitri dan Aidiladha serta hari Tasyrik, ia adalah haram.
Mazhab Hanbali.
Mazhab Hanbali punyai pendapat yang sama dengan Mazhab Syafi’I, mengikut mereka
juga makruh berpuasa secara terus menerus iaitu dengan cara tidak berbuka puasa
antara dua hari. Berpuasa dalam perjalanan yang boleh diqasarkan sembahyang
adalah makruh walaupun tidak menghadapi kesukaran. Juga menjadi makruh memilih
bulan Rejab sahaja untuk amalan berpuasa kerana ada larangan Nabi saw;
صيامه عن نهى
Terjemahan: baginda Nabi saw melarang daripada berpuasa malamnya (Rejab)
Sebab lain ialah kerana berpuasa dalam bulan rejab bererti menghidupkan satu tradisi
Jahiliyah.
2.7 Masa wajib Berpuasa.
Masa Wajib berpuasa
Puasa wajib dilakukan dengan sebab salah satu daripada tiga perkara:
1. Nazar . iaitu apabila sesorang bernazar untuk berpuasa satu hari atau satu bulan
untuk mendampingkan diri kepada Allah.
2. Kifarat. Dengan kifarat, ia disebabkan oleh sesuatu maksiat yang dilakukan oleh
seseorang seperti kesalahan membunuh dengan tidak sengaja, mendengar
sumpah,puasa ramadhan dengan jima’ pada siang hari, dan kifarat zahir.
3. Menyaksikan sebahagian daripada malam atau siang bulan Ramadhan.Puasa
Ramadhan menjadi wajib sama ada oleh sebab kelihatan anak bulan jika cuaca
langit pada malam itu cerah atau oleh secukupnya bilangan 30 hari bulan
ramadhan dalam keadaan langit berawan atau berkabus atau sebagainya.
Firman Allah:
Terjemahannya: barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya)
di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.
Cara Sabit Anak Bulan Ramadhan Dan Anak Bulan Syawal.
Terdapat pendapat yang berbeza antara fuqaha’ mengenai cara dalam
menetukan anak bulan Ramadhan dan bulan syawal iaitu melihat anak bulan
oleh kumpulan ramai, melihatnya oleh dua orang Islam yang adil dan melihatnya
oleh seorang lelaki adil.
Mazhab Hanafi.
1. Mereka berpendapat dalam keadaan langit cerah kelihatan anak bulan dan
puasa Ramadhan, hendaklah disaksikan oleh sekumpulan ramai.
2. Dalam keadaan cuasa langit tidak cerah disebabkan oleh mendung, kabus
atau seumpanya memadai bagi sesorang pemerintah menerima kelihatan
anak bulan dengan kesaksian oleh seorang muslim, adil berakal lagi baligh.
3. Keterangan dengar cakap adalah harus di hadapan seorang hakim untuk
menyokong keterangan seorang lain yang telah melihat anak bulan.
Mazhab Maliki
Ulama Mazhab Maliki berpendapat terthabitnya anak bulan melalui ru’yah dengan tiga
cara antaranya:
1. Melalui pandangan orang ramai walaupun mereka bukan orang adil iaitu mereka
itu tidak mungkin sepakat kata berlakunya dusta dan tidak disyaratkan mereka
itu lelaki yang merdeka lagi adil.
2. Melalui penglihatan dua orang atau lebih orang adil maka terthabitnya ru’yah dan
berbuka dalam keadaan mendung atau cerah. Seorang adil adalah lelaki
merdeka, baligh, berakal yang tidak melakukan dosa besar serta tidak
meneruskan dosa kecil dan tidak pernah melakukan perkara yang mencacatkan
maruah.
3. Melalui saksi seorang adil dengan itu thabitlah puasa dan berbuka puasa bagi
pihak dirinya sendiri atau menyempurnakan khabar berita.
Mazhab Syafi’e
Ulama Mazhab Syafi’e berpendapat adalah thabit kelihatan anak bulan Ramadhan atau
Syawal atau lainnya bagi orang ramai dengan kelihatan anak bulan oleh seorang yang
adil. Sorang yang melihat sendiri anak bulan Ramadhan, maka wajib keatasnya
sekalipin dia bukan seorang yang adil.
Mazhab Hanbali
Kethabitan ru’yah bulan Ramadhan boleh terlaksana dengan keterangan seorang
mukalaf yanga dil pada zahir baik lelaki mahupun perempuan, merdeka ataupun
seorang hamba.
2.8 Syarat-Syarat Puasa.
Syarat –syarat wajib puasa.
Para fuqaha’ telah menetapkan lima syarat untuk wajib puasa seperti berikut:
1. Islam. Ia dikira sebagai syarat wajib di sisi Mazhab hanafi dan syarat sah
disisi jumhur. Dengan itu puasa tidak wajib ke atas orang kafir dan tidak
dituntut qada’ mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Tidak sah puasa orang
kafir walau dalam apa keadaan sekalipun, dan walaupun orang murtad
mengikut mazhab lain. Orang murtad juga tidak dikehendaki qada’.
2. Baligh dan berakal. Oleh itu puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak, orang
gila, orang pengsan dan orang mabuk, sebab tidak ada tuntutan taklif ke atas
mereka bukan orang yang layak berpuasa. Menurut sabda Rasulullah saw:
,يفيق حتى المجون وعن, يبلغ حتى الصبي: ثالث عن القلم رفع
يستيقظ حتى النائم وعن .
Maksudnya: tidak diambil kira sebagai kesalahan daripada perbuatan tiga orang, iaitu
kanak-kanak hingga sampai umur baligh, orang gila sehingga dia sembuh dan orang
tidur sehingga dia terjaga.
Mengikut ulama Mazhab Syafi’i, Hanafi, juga Hanbali wali kanak-kanak Mumayiz ini
wajib menyuruh anaknya berpuasa jika mampu setelah sampai umur 10 tahun.
Kedudukannya sama seperti solat. Ulama Maliki pula berpendapat kanak-kanak yang
belum baligh tidak diperintahkan berpuasa berlainan dengan solat.beliau juga
berpendapat, seorang yang gila tidak sah dan dia wajib mengqadakannya mengikut
pendapat masyhur dalam mazhab ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah saw:
يفيق حتى المجنون وعن
Maksudnya: (Allah memaafkan) seorang yang gila hinggalah dia kembali sembuh.
Mazhab Syafi’i berpendapat apabila seorang kanak-kanak telah sampai umur baligh,
atau seorang gila telah sedar pada siang hari, maka hukum kedua-dua orang ini sama
seperti hukum orang kafir menganut Islam, mereka tidak wajib melakukan Qada’. Wajib
diqada’kan puasa yang terluput disebabkan oleh pitam, murtad dan mabuk.
Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa jika kanak-kanak mencapai umur baligh
ketika ia dalam keadaan puasa baik lelaki dan perempuan wajib menyempurnakan
puasanya. Apabila seorang gila itu menjadi sedar di pertengahan bulan, dia wajib
berpuasa bagi baki hari-hari yang masih tinggal. Manakala tidak wajib mengqadakan
pada hari-hari yang tidak lepas.
Ulama Hanafi berpendapat puasa orang pengsan adalah sah. Pandangan ulama Syafi’i
dan Hanbali pula ialah sah puasa bagi orang yang pengsan jika dia sedar satu ketika
pada siang hari.
4 dan 5: Berupaya (sihat) dan bermukim seorang yang sakit dan orang yang musafir
tidak wajib berpuasa.
Maksudnya: dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada
yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-
orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah,
(yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati
mengerjakan kebajikan, Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik
bagimu jika kamu Mengetahui.
2.9 Spesifikasi Syarat-syarat Puasa Menurut Empat Mazhab:
Mazhab Hanafi:
Terbahagi kepada tiga jenis:
1. Syarat wajib
2. Syarat wajib tunai
3. Syarat sah tunai.
Syarat-syarat wajib ada empat perkara iaitu Islam, berakal, baligh,
mengetahui wajib puasa bagi seorang yang memeluk Islam di negeri kafir atau
tibggal di negeri Islam. Seorang yang gila sepanjang ramadhan tidak wajib
mengqada’kannya jika dia sedar di pertengahan bulan Ramadhan, ia wajib
mengqada’kan hari-hari yang lalu. Seorang yang jatuh pengsan sepanjang
Ramadhan, hendaklah dia mengqada’kannya. Jika dia pengsan setengah hari
Ramadhan dia tidak perlu qada’. Syarat wajib tunai ada dua. Syarat yang
pertama ialah sihat daripada penyakit, haid dan nifas. Oleh itu tidak wajib puasa
bagi orang sakit. Syarat kedua ialah orang yang bermukim. Tidak wajib berpuasa
bagi orang musafir. Tetapi wajib mengqada’nya. Syarat sah puasa pula ada tiga.
Pertama niat. Kedua suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang haid atau
nifas Cuma wajib mengqada;kannya. Manakala syarat ketiga pula suci dari
perkara yang merosakkan puasa.
Mazhab Maliki.
Ulama Mazhab Maliki menyebut tiga jenis syarat bagi puasa:
1. Syarat wajib
2. Syarat sah
3. Syarat wajib dan syarat sah.
Kesemua syarat ada tujuh : Islam, baligh, berakal. Suci daripada haid dan nifas, sihat
bermukim dan niat.
Syarat wajib ialah tiga iaitu baligh, sihat dan bermukim, dengan itu tidak wajib bagi
kanak-kanak berpuasa, tetapi harus. Walinya pula tidak wajib memerintah kanak-kanak
itu berpuasa. Tidak wajib puasa bagi orang yang sakit, lemah, orang yang dipaksa dan
orang musafir, tetapi orang itu wajib mengqada’kannya. Tentang syarat sah pula ada
dua perkara iaitu Islam, dengan itu tidak wajib bagi orang kafir, syarat wajib dan sah
pula ada tiga perkara iaitu suci daripada haid dan nifas, berakal dan niat.
Mazhab Syafi’i.
Ulama Mazhab Syafi’i berpendapat syarat puasa ada dua jenis iaitu syarat wajib dan
syarat sah. Syarat wajib ada empat perkara:
1. Islam. Orang kafir yang asli tidak wajib puasa. Wajib keatas orang murtad
mengqadakannya selepas dia kembali kepada Islam.
2. Baligh. Seorang kanak-kanak tidak wajib puasa dan tidak wajib
mengqadakannya. Mereka disuruh puasa bila capai umur tujuh tahun dan
dipukul kerana meninggalkannya bila cukup umur 10 tahun.
3. Berakal. Dengan itu tidak wajib tunai dan qada puasa atas orang gila, kecuali
kehilangan akal disebabkan perbuatan sengaja, samalah seperti orang mabuk.
Tidak dituntut puasa qada ketika mabuk.
4. Berupaya. Tidak wajib puasa bagi orang yang lemah dengan sebab tua, sakit
dan tidak ada harapan sembuh. Juga tidak wajib puasa atas orang yang haid.
Syarat sah ada empat perkara:
1. Islam ketika puasa. Tidak sah bagi orang yang kafir asli dan murtad.
2. Mumayiz atau siuman sepanjang hari. Kanak-kanak sah puasanya.
3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang hari.
4. Keadaaan waktu sesuai untuk berpuasa. Dengan itu puasa dua hari raya, hari-
hari Tasyrik, hari Syak adalah tidak sah.
Mazhab Hanbali
Syarat puasa ada dua bahagian iaitu syarat wajib dan syarat sah:
Syarat wajib ada empat iaitu:
1. Islam. Tidak wajib keatas orang kafir walaupun kafir murtad. Oleh itu maka
seorang yang murtad pada hari puasa, puasanya terbatal berdasarkan firman
Allah dalam surah az-Zumar ayat 65:
Terjemahan: Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (Allah) tentulah
akan gugur amalanmu..
Jika seorang itu murtad kembali kepada Islam, maka hendaklah dia qada’ puasanya
pada hari itu.
2. Baligh. Puasa tidak wajib kepada kanak-kanak walaupun umurnya hampir
sampai umur berdasarkan hadis:
ثالث عن القلم رفع
Terjemahan: tiga jenis orang diberi pengecualian (daripada tanggungjawab)
Seorang wali kanak-kanak yang sudah mumaiyiz wajib menyuruh kanak-kanak itu
meninggalkannya dengan tujuan membiasakan kanak-kanak dengan amalan puasa
seperti juga sembahyang.
3. Berakal. Tidak wajib puasa atas orang gila, megikut hadis yang di atas. Orang
gila atau pengsan apabila sedar dalam satu bahagian dari masa siang hari,
puasanya adalah sah, dengan syarat mereka berniat puasa di waktu malam. Hal
yang sama juga puasa sah bagi orang yang tidur sepanjang hari kerana tidur
suatu kebiasaan yang tidak langsung menghilangkan perasaannya. Seorang
yang mabuk baik sengaja atau tidak wajib keatasnya qada puasa.
4. Mempuyai keupayaan puasa. Puasa tidak wajib bagi orang yang lemah
disebabkan oleh tua dan sakit yang tidak ada harapan sembuh. Firman Allah
dalam surah Baqarah ayat 286:
Terjemahan: Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.
Syarat-syarat sah ada empat perkara:
1. Niat puasa yang dibuat pada waktu malam bagi tiap-tiap puasa wajib. Untuk
puasa fardhu tidak wajib niat fardhu.
2. Suci dari haid dan nifas. Haram melakukan puasa ketika haid dan nifas.
3. Islam. Tidak sah puasa orang kafir walaupun dia murtad.
4. Berakal atau mumyiz. Tidak sah puasa kanak-kanak yang tidak mumayiz iaitu
kanak-kanak yang belum sampai umur tujuh tahun.
2.10 Perkara Makruh Ketika Puasa Menurut Empat Mazhab .
Mazhab Hanafi.
1. Merasa sesuatu dengan lidah.
2. Mengunyah gam yang tidak mengandungi pemanis keran perbuatan demikian
boleh menyebabkan dia dituduh tidak berpuasa sama ada lelaki atau
perempuan.
3. Berkucup, bersentuh berpeluk dan sentuh-menyentuh jika dibimbangkan akan
menyebabkan keluar mani atau berlaku jima’.
4. Mengumpul air liur dengan sengaja kemudian menelannya untuk mengelak dari
syubhah.
5. Sesuatu yang dalam sangkaannya akan melemahkannya seperti berbekam dan
mengeluarkan darah.
Mazhab Syafi’i.
Ulama Mazhab Syafi’i berpendapat adalah makruh bagi seseorang berpuasa untuk
berbekam, mengeluarkan darah, berkucup dan menjadi haram jika dia bimbang boleh
keluarkan mani, mengecap makanan, menikmati bunyian, pandang lihat, sentuhan,
wangian seperti cium bauan dan menyentuhi, melihat kerana itu semua tidak
bersesuaian dengan hikmat puasa. Perbuatan mencium hingga menggerakkan
syahwat ia menjadi haram. Makruh juga berkumur dan memasukkan air ke hidung
dengan berlebihan kerana ditakuti akan termasuk ke halkum.
Mazhab Hanbali.
Perkara-perkara makruh adalah seperti berikut:
1. Mengumpul air liur dan menelannya. Jika perbuatan itu dilakukan dengan
sengaja ia tidak membatalkan puasanya kerana air liur itu datang daripada
perutnya ke bahagian rongganya.
2. Berkumur dengan memasukkan air k hidung dengan berlebihan kerana terdapat
hadis berhubung dengan Langit dan Subrah di mana Baginda bersabda:
صائما تكون أن اال االستنشاق في وبالغ
Terjemahan: memasukkan air ke dalam hidung dengan seberapa baik kecuali jika kamu
berpuasa.
3. Mengecap makanan tanpa sesuatu hajat kerana tidak selamat makanan itu
sampai ke halkum yang boleh membatalkan puasa.
4. Mengunyah sesuatu yang tidak hancur bahagian-bahagiannya kerana ia
mengumpulkan air liur, rasa manis dan membawa kepada dahaga. Jika bahan
yang dikunyah itu ada rasa di halkum, puasanya menjadi batal.
5. Mengucup isteri bagi seseorang yang tergerak syahwat nafsunya berdasarkan
hadis riwayat Aisya r.a:
أملككم وكان صائم وهو ويباشر ,صائم وهو , يقبل وسلم عليه الله صلى النبي كان
.الربه
Terjemahan: rasulullah saw telah mengucup sedangkan Baginda berpuasa dan
Baginda bersentuh kulit sedangkan Baginda berpuasa dan Baginda mampu menguasai
perasaannya.
6. Membiarkan sisa-sisa makanan melekat di celah-celah gigi kerana ditakuti air
liurnya akan menolak sesuatu daripada sisa-sisa itu ke rongganya.
7. Menghidu sesuatu tidak selamat daripada kemungkinan sampai ke halkum
seperti bedak, kapur, minyak wangi, kemenyan, kasturi dan sebagainya.
2.11 Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa.
1. Musafir
Firman Allah swt:
Terjemahan : maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau musafir, (bolehlah ia
berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari
yang lain.
Perjalanan yang mengharuskan berbuka ialah perjalanan jauh yang mengahruskan
qasar sembahyang. Jarak yang dianggarkan ialah 89 kilometer.
Mazhab Hanbali:
Berpendapat musafir walaupun perjalanannya pada waktu siang selepas gelincir
matahari, harus baginya berbuka puasa.
Mazhab Syafi’I dan Hanafi:
Meletakkan syarat tiga, iaitu seorang itu hendaklah bukan sentiasa dalam perjalanan.
Andainya seorang itu sentiasa belayar atau berjalan seperti pemandu kereta, tidak
harus baginya berbuka, kecuali jika dengan sebab puasa itu ia mengahadapi kesulitan
yang sama kesulitan yang mengharuskan tayamum iaitu kebimbangan terhadap nyawa,
atau kebimbangan mengidap pnyakit yang lama. Kedua ialah dalam perjalanan yang
harus dan ntidak berniat bermukim selama empat hari dalam perjalanan. Perjalanan
hendaklah berbuka puasa pada malam hari sebelum naik fajar.
Mazhab Maliki:
Berbuka puasa disebabkan perjalanan harus dilakukan dengan empat syarat, iaitu
perjalanan tersebut boleh diqasarkan solat, suatu perjalanan harus, perjalanan bermula
sebelum fajar jika dilakukan di awal hari dan berniat dari waktu malam untuk berbuka.
2. Sakit:
Ialah suatu penyakit yang mendatangkan kesukaran yang amat sangat dan akan
dibimbangan akan mendatangkan kerosakan pada tubuh badan.
Mazhab Hanafi dan Maliki:
Seorang yang sihat tetapi takut akan jatuh sakit sama seperti orang yang sakit
hukumnya . Diharuskan membuka puasa.
Mazhab Syafi’e.
Seorang sihat hukumnya tidak sama dengan orang yang sakit. Jika menyangka
seorang akan binasa oleh puasa atau kemudaratan yang sangat, dia wajib berbuka.
Mazhab Hanbali;
Orang sakit sunat baginya berbuka puasa dan sebaliknya menjadi makruh jika
berpuasa berdasarkan ayat;
Terjemahan : maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau musafir, (bolehlah ia
berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari
yang lain.
3. Mengandung dan menyusu
Jika perempuan hamil dan menyusukan anak berbuka puasa, wajib qada’ tanpa kena
bayar fidyah mengikut mazhab Hanafi. Syafi’e dan Hanbali mewajibkan qada’ dan
fidyah jika takut berlaku kebinasaan atas anak. Bagi Mazhab Maliki pula wajib ada serta
fidyah atas perempuan menyusu sahaja tidak kepada perempuan hamil.
4. Tua
Harus bagi ijma’ bagi orang yang sangat tua berbuka puasa. Mereka tidak wajib puasa
dan qada kerana tidak ada keupayaan. Yang wajib keatas mereka ialah member fidyah
makanan kepada sorang miskin setiap hari. Firman Allah:
Terjemahan: dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu
member makan orang miskin.
2.12 Qada’ Puasa, Kifarat Dan Fidyahnya.
Hukum Qada’
Ulama bersependapat mengatakan bahawa setiap mereka yang membatalakn puasa
Ramadhannya sehari atau lebih wajib menggatikannya (qada’) sama ada disebabkan
keuzuran, sakit, musafir, haida dan sebagainya, ataupun secara sengaja atau lupa,
Firman Allah:
Terjemahan: maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, wajiblah dia
berpuasa sebanyak hari yang lain…
Ayat ini bermaksud hendaklah kau berbuka dan gantikan dengan hari yang lain.
Qada’ puasa hendaklah bermula daripada habis bulan Ramadhan sehingga Ramadhan
yang berikutnya. Disunatkan segera menggantikannya.
Kifarat.
Perkara yang mewajibkan kifarat ini ialah tindakan membatalkan puasa Ramadhan
sahaja , Apabila ia dilakukan dengan tujuan yang sengaja kerana tindakan tersebut
dikira mencabul kehormatan puasa tanpa sebarang perkara yang mengharus tindakan
sedemikian. Maka tidak wajib bagi mereka yang haid, nifas, gila, pitam dan terlupa
kerana mereka tidak mengkehendaki sedemikian.
Hukum kifarat adalah wajib bagi mereka yang melakukan persetubuhan dan membuka
dengan sengaja. Kifarat terbahagi kepada tiga jenis iaitu memerdekakan hamba,
berpuasa dan member makan kepada orang miskin.
Fidyah.
Fidyah hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah:
Terjemahan: dan wajib keatas orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah
iaitu memberi makan orang miskin.
Menurut ulama Mazhab Hanafi, fidyah adalah sebanyak setengah gantang gandum
ataupun nilai harganya, dengan syarat ketidakmampuan untuk berpuasa itu hendaklah
berterusan sehingga ke mati. Mengikut pendapat jumhur pula, fidyah adalah sebanyak
satu cupak makanan yang biasa menjadi makanan asasi di negeri berkenaan untuk
setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Semua ulama berpendapat bahawa fidyah untuk mereka yang tidak mampu dan tidak
terdaya untuk berpuasa. Misalnya orang yang sangat tua dan orang sakit yang tidak
ada harapan sembuh. Firman Allah surah Al Hajj ayat 78;
Terjemahan: dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama.
Mengikut ulama jumhur selain Hanafi, fidyah juga wajib ke atas mereka yang hamil dan
perempuan menyusu sekiranya mereka bimbnag terhadap keselamatan anaknya
disamping wajib qada’.
2.13 Perkara – Perkara Yang Merosak Dan Tidak Merosakkan Puasa.
Mazhab Hanafi
Perkara yang merosakkan puasa ada dua bahagian :
1. Mewajibkan qada sahaja
2. Mewajibkan qada dan kifarat
Contoh Perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:
1. Memakan sesuatu bahan yang bukannya makanan seperti ubat. Juga bukan
sesuatu untuk dimakan seperti minyak makan, jem, madu lebah dan gula.
2. Mengambil ubat sebab sakit, dalam perjalanan, paksaan, tersilap, kealpaan,
termasuk air kumur atau mengubati luka hingga sampai ke otak atau rongga
badan.
3. Seseorang yang merosakkan puasanya yang bukan puasa Ramadhan dengan
perbuatan juma’ atau sebagainya, kerana ketiadaan melanggar kehormatan
bulan Ramadhan.
Contoh perkara yang merosakkan puasa dan diwajibkan qada serta kifarat.
1. Suntikan urat atau bawah kulit atau otot. Sebaiknya suntikan itu ditangguhkan
hingga waktu malam.
2. Menghidu bau-bauan harum seperti bunga mawar atau bunga kasturi atau
minyak wangi.
Mazhab Maliki
Contoh perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:
1. Sengaja berbuka puasa fardu yang bukan Ramadhan. Seperti qada Ramadhan,
kifarat, nazar yang ditetapkan dan sebagainya.
2. Sengaja berbuka puasa Ramadhan apabila tidak cukup syarat wajib kifarat
contohnya kerana sakit, musafir atau terlupa.
3. Berbuka puasa sunat dengan sengaja.
Contoh perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada serta kifarat:
1. Sengaja jima’ walaupun tidak keluar air mani kerana perbuatan itu mencabuli
kehormatan bulan Ramadhan dengan tidak mengiharukannya. Jika seorang
yang perempuan yang dipaksa tidur dengannya, maka wajib bayar kifarat dirinya
dan juga perempuan itu. Jika sebab lupa dan jahil atau mempunyai alasan yang
munasabah, ia tidak perlu membayar kifarat.
2. Mengeluarkan air mani atau mazi dalam keadaan sedar serta ada keseronokan
disebabkan kucupan atau pergeseran dan sebagainya.
3. Makan dan minum dengan sengaja dan seumpamanya seperti menelan benda-
benda hingga ke halkum melalui mulut walaupun terpaksa.
4. Sengaja berbuka puasa tanpa uzur, sakit atau perjalanan atau datang haid bagi
perempuan. Ia wajib membayar kifarat
Contoh perkara yang membatalkan puasa:
1. Jima yang mewajibkan mandi
2. Mengeluarkan air mania tau mazi dengan kucupan, pengeseran badan atau
renungan atau khalayan yang lama masanya.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Sampai benda yang cair ke halkum melalui mulut, hidung atau telinga dengan
sengaja atau terlupa atau tersalah seperti berkumur, bersugi.
5. Sampai sesuatu ke dalam perut, sama ada benda cair atau tidak melalui mulut,
hidung dan mata. Samada dengan sengaja atau tersalah atau terlupa atau
terpaksa.
Mazhab Syafi’e
Contoh perkara yang membatalkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:
1. Menyebabkan sesuatu benda atau bahan sampai ke perut,walaupun sedikit
melalui rongga badan dengan sengaja.
2. Menelan kahak, jika tertelan dengan sendiri dan tidak mampu meluahkannya
maka ia tidak membatalkan puasa.
3. Berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan sehingga
menyebabkan air masuk kedalam perut.
4. Muntah dengan sengaja.
5. Mengeluarkan air mani dengan cara selain daripada bersetubuh samada
kucupan atau berkhayal dan sebagainya.
Contoh perkara yang mewajibkan qada’ kifarat dan denda (ta’zir)
1. Hendaklah ia telah berniat puasa pada malamnya. Jika ia tidak berniat, maka
puasanya tidak sah dan ia tetap juga mesti menahan diri seperti mereka yang
berpuasa.
2. Hendaklah dilakukan dengan sengaja, dilakukan dengan pilihan dan kemahuan
sendiri dan tidak mengetahui hukum haramnya. Seorang yang terlupa, dipaksa
atau tidak tahu hukum dengan sebab baru memeluk Islam, tidak dikenakan
kifarat.
3. Hendakalh persetubuhan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kifarat tidak wajib
kiranya persetubuhan itu membatalkan puasa yang bukan dalam bulan
Ramadhan seperti puasa sunat.
4. Hendaklah puasa tersebut batal dengan sebab persetubuhan sahaja. Jika makan
terlebih dahulu kemudia melakukan persetubuhan, maka tidak lagi dikenakan
kifarat.
5. Kanak-kanak tidak dikenakan kifarat. Begitu juga orang musafir atau sakit.
2.14 Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.
1. Masuk sesuatu dalam perut atau tubuh sekiranya berlaku kerana terlupa,
dipaksa atau sebab jahil.
2. Mengeluarkan darah. Berbekam, kerana Rasulullah sendiri melakukannya
bagaimanapun ia dikira makruh.
3. Memakai celak mata
4. Mengucup atau memeluk isteri jika tidak menjejaskan syahwatnya.
5. Mazhab Hanbali
Perkara yang membatalkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:
1. Memasukkan sesuatu benda melalui saluran yang terdedah ke dalam rongga
tubuh secara sengaja tanpa dipaksa ataupun jahil.
2. Memakai celak yang pasti sampai ke halkum. Rasulullah telah menyuruh supaya
memakai celak batu sewaktu mahu tidur, sambil itu Baginda menegaskan:
الصائم ليتقه
Terjemahan: hendaklah dielakkan oleh mereka yang berpuasa.
3. Menyebabkan muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Perbuatan berbekam kiranya keluar darah membatalkan puasa orang yang
melakukan perbuatan bekam itu dan juga orang dibekam. Berdasarkan hadis:
والمحجوم الحاجم أفطر
Terjemahan: tukang bekam dan kena bekam batal puasanya.
5. Melakukan kucupan, memegang atau menyentuh dan melakukan pergaulan
yang lain daripada jima’ lalu keluar mani atau mazi.
6. Berlaku murtad secara mutlak.
7. Makan di siang hari dengan kesilapan yang jelas.
2.15 Perkara yang mewajibkan qada dan kifarat:
Hanya satu saja iaitu melakukan persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadhan
tanpa didahului oleh sebarang keuzuran.
2.16 Perkara yang tidak membatalkan puasa:
1. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur, debu jalan, debu
tepung dan sebagainya.Mengeluarkan kahak dari bahagian tekak tanpa maksud
adalah membatalkan puasa tetapi kiranya ditelan maka ia membatalkan puasa.
2. Berkumur atau menyedut air samada berlebihan atau tidak. Berkumur tanpa
tujuan ataupun kerana menghilangkan panas dan dahaga adalah makruh.
3. Berkucupan, berpegang-pegang dan sebagainya tanpa mengeluarkan mani.
4. Keluar mazi disebabkan memandang sesuatu yang memberahikan berulang kali,
kerana tidak terdapat nas tentangnya.
5. Mengeluarkan darah dari tubuh
6. Syak tentang naik fajar.
7. Termuntah tanpa kemahuan. Tetapi jika sengaja, wajib qada puasanya.
8. Bersugi sepanjang hari.
KONSEP TAHARAH
Perbincangan taharah dimulakan daripada perbincangan tentang solat kerana taharah
merupakan anak kunci dan syarat sah solat. Dan syarat mestilah didahulukan daripada
mashrut (perkara yang perlu kepada syarat). Sabda Nabi s.a.w.:
التسليم وتحليلها التكبير وتحريمها الطهور الصالة مفتاح
Maksudnya: Anak kunci sembahyang ialah suci (tuhur), yang mengharamkan perlakuan
yang dihalalkan sebelum sebelum sembahyang ialah takbiratul-ihram dan yang
menghalalkan perkara yang diharamkan di dalam sembahyang ialah salam.30
Sabda Baginda juga:
اإليمان من شطر الطهور
Maksudnya: Suci adalah sebahagian daripada iman.31
30 Hadith Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah.31 Hadith Riwayat Muslim.
1. PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN TAHARAH
Pengertian Taharah
Pengertian Taharah
Bahasa Bersih dan suci daripada kekotoran atau najis hissi seperti
kencing atau lainnya dan najis ma’nawi seperti perkara yang aib
dan maksiat.
Syara’ Bersih daripada najis sama ada najis haqiqi, iaitu khabath
(sesuatu yang kotor menurut syara’) atau najis hukmi, iaitu
hadath (sesuatu sifat syara’ yang ada pada anggota dan ia
menghapuskan taharah).
Imam al-Nawawi Mengangkat hadath atau menghilangkan najis atau yang serupa
dengan kedua-duanya dari sudut bentuk atau maknanya.
Ulama’ Mazhab
Hanafi, Hanbali dan
Maliki
Menghapuskan apa yang menghalang sembahyang, iaitu
hadath atau najis dengan menggunakan air atau
menghapuskan hukumnya dengan tanah.
Jenis Taharah
Taharah terbahagi kepada dua jenis iaitu taharah hadath (menyucikan hadath) dan
taharah khabath (menyuci kekotoran).
Taharah Hadath Taharah Khabath
- Badan - Badan
- Pakaian
- Tempat
Cara Menyucikan
Hadath besar
(mandi)
Hadath
kecil
(wudhu’)
Suci gantian kepada
hadath kecil dan besar
kerana keuzuran
(tayammum)
- Basuh
- Sapu
- Renjis
Taharah adalah merangkumi wudhu’, mandi, menghilangkan najis, tayammum dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Kepentingan Taharah
Taharah menjadi syarat yang berkekalan bagi sah sembahyang sebanyak lima kali
sehari. Oleh sebab sembahyang merupakan perlakuan mengadap Allah SWT, maka
menunaikannya dalam keadaan yang suci adalah sebagai mengagungkan kebesaran
Allah SWT. Walaupun hadath dan janabah bukanlah najis yang dapat dilihat, tetapi ia
tetap merupakan najis ma’nawi yang membawa kepada kotor tempat yang terkenanya.
Dan wujudnya kekotoran ini adalah berlawanan dengan prinsip kebersihan yang boleh
membawa kepada cacatnya penghormatan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa taharah
bukan sahaja dapat menyucikan jasmani, malah taharah juga dapat menyucikan rohani.
Pengamalan taharah dalam kehidupan seharian juga dapat membantu
menjaga kecantikan dan kesihatan diri serta tubuh badan dengan sempurna;
menjaga persekitaran dan masyarakat supaya tidak menjadi lemah dan
berpenyakit kerana membasuh anggota lahiriah yang terdedah kepada debu,
tanah dan kuman-kuman setiap hari serta membasuh badan dan mandi setiap
kali berjunub akan menjadikan tubuh badan bersih daripada kekotoran. Dan
dengan taharah juga akan dapat mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit
dan penyakit-penyakit lain.
Allah SWT juga memuji orang yang bersuci (mutatahhirin) melalui firman-
Nya:
Maksudnya: …..Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi
orang yang sentiasa menyucikan diri.32
Syarat-syarat Wajib Taharah
1) Islam
Jumhur ulama’ mengatakan bahawa orang kafir diperintah melakukan hukum-hukum
cabang ibadah. Ini bermakna mereka akan dihukum di akhirat dengan hukuman
tambahan selain hukuman syirik kepada Allah. Oleh itu, mereka akan menghadapi dua
hukuman iaitu hukuman kerana tidak beriman kepada Allah dan hukuman kerana
meninggalkan hukum cabang agama.
32 Surah al-Baqarah: ayat 222.
……..
Mazhab Hanafi mengatakan bahawa orang kafir tidak diperintah melakukan
hukum-hukum cabang syari’at. Oleh itu, di akhirat nanti mereka hanya
dikenakan satu hukuman iaitu hukuman kerana meninggalkan keimanan kepada
Allah.
Walaupun demikian, kedua-dua pihak ini sependapat mengatakan bahawa
pertikaian pendapat mereka tidak melahirkan sebarang kesan mengenai hukum-
hukum dunia. Oleh itu, orang kafir selagi mereka kafir mereka tidak sah
menunaikan ibadah, jika mereka menganut Islam, maka mereka tidak dituntut
melakukan qada’. Berdasarkan ini, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan
oleh orang kafir.
Menurut pendapat jumhur, jika seseorang murtad yang kembali kepada
Islam, maka dia tidak perlu mengqada’ sembahyang-sembahyang yang
ditinggalkannya. Sebaliknya menurut ulama’ Syafi’e, ia wajib mengqada’kan
sembahyangnya.
2) Berakal
Tidak wajib taharah ke atas orang gila dan pitam kecuali kedua-dua mereka siuman
ketika waktu masih ada. Tetapi wajib taharah bagi orang yang mabuk.
3) Baligh
Antara tanda-tanda baligh ialah mimpi basah, tumbuh bulu, datang haid, mengandung
dan cukup umur 15 tahun. Ada pendapat mengatakan 17 tahun. Abu Hanifah
mengatakan 18 tahun.
Oleh itu, tidak wajib taharah ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak
hendaklah disuruh melakukan taharah apabila usia menjangkau 7 tahun dan
mereka perlu dipukul jika enggan melakukannya apabila mencapai usia 10
tahun.
Sekiranya seorang kanak-kanak sedang mendirikan sembahyang
kemudian dia menjadi baligh dalam waktu yang masih ada atau dalam
sembahyang tersebut, maka menurut ulama’ Mazhab Maliki dia mesti
mengulangi taharah dan sembahyangnya, tetapi menurut Imam Syafi’e kanak-
kanak tersebut tidak diwajibkan taharah.
4) Berhenti darah haid dan nifas
5) Masuk Waktu
6) Tidak Tidur
7) Tidak Lupa
8) Tidak Dipaksa
Menurut ijma’ ulama’, orang yang tertidur, orang yang terlupa dan orang yang dipaksa
mesti mengqada’kan sembahyang yang telah luput.
9) Ada Air atau Debu Tanah yang Suci
Jika kedua-duanya tidak ada, maka seseorang itu mesti mendirikan sembahyang dan
mengqada’kannya setelah didapati air atau tanah. Ada pendapat mengatakan ia tidak
perlu qada’, dan ada juga pendapat mengatakan ia tidak perlu sembahyang, tetapi
wajib mengqada’nya.
10)Berdaya Melakukan Taharah Setakat yang Boleh
2. JENIS-JENIS PENYUCI
Taharah adalah wajib menurut syara’ menurut dalil qat’I ayang diijma’kan. Perkara
yang diwajibkan ialah wudhu’, mandi junub, mandi kerana menyucikan haid dan mandi
nifas dengan air. Jika air tidak ada, maka hendaklah digantikan dengan tayammum dan
diwajibkan juga menghilangkan najis.
Ahli-ahli fiqh berpendapat mengatakan harus bersuci dengan air yang
menyucikan atau air yang mutlak, iaitu air yang disebut sebagai “air” sahaja
tanpa disertakan dengan sebarang sifat seperti air musta’mal (yang telah
digunakan) atau sebarang sandaran seperti air mawar. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan)
dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan
sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.33
Allah berfirman lagi:
Maksudnya: ……….. dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk
mensucikan kamu dengan hujan itu,………34
Ahli-ahli fiqh juga bersependapat mengatakan harus bersuci dengan cara
sapu dengan kertas atau dengan batu dalam kes istinja’. Ini bermakna harus
menggunakan kertas atau batu untuk menghilangkan najis kencing dan berak
dengan syarat air kencing atau tahi itu tidak mencemarkan kawasan tepi tempat
keluarnya. Para ahli fiqh juga sependapat mengatakan bahawa bersuci dengan
tanah adalah dikira sebagai suci dari segi hukum sahaja (taharah hukmiyyah).
Mereka juga sependapat mengatakan bahawa arak menjadi suci dengan cara ia
bertukar menjadi cuka.
3. CARA-CARA BERSUCI
Mazhab Hanafi
Air Mutlak sekalipun Air Musta’mal
33 Surah al-Hijr: ayat 2234 Surah al-Anfaal:ayat 11
Penggunaan air ini menghasilkan kedua-dua taharah haqiqi dan hukmi (hadath dan
janabah). Contohnya ialah seperti penggunaan air hujan, air laut, air perigi, air mata air
dan air yang bertakung di kawasan lembah. Dan Allah SWT menamakan air ini sebagai
menyucikan (tahur) seperti yang disebut dalam firman-Nya:
Maksudnya: …………Dan Kami turunkan dari langit air yang menyucikan……….. 35
Cecair yang Suci
Cecair yang suci ialah cecair yang mengalir apabila diperah cecair tersebut ia dapat
menghilangkan najis. Ulama’ Hanafi dan ulama’ lain sependapat mengatakan bahawa
cecair yang suci tidak dapat menghilangkan hadath hukmi (iaitu hadath-hadath yang
boleh hilang dengan wudhu’ dan mandi), sebab hadath hukmi hanya dapat dihilangkan
dengan air.
Menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf, penggunaan cecair yang suci dapat
menghilangkan najis haqiqi daripada badan dan pakaian. Contohnya ialah air
mawar, air bunga, cuka, air tumbuh-tumbuhan, air buah-buahan, air kacang yang
jika direbus dengan air kemudian apabila disejukkan akan menjadi beku dan air
daripada sebarang bahan yang jika diperah akan mengeluarkan air, termasuk
peluh yang dapat membersihkan jari. Jika labu seorang ibu menjadi najis kerana
muntah anaknya, maka ia menjadi suci atau bersih dengan cara anaknya itu
menghisap susunya sebanyak tiga kali. Mulut seorang peminum arak menjadi
bersih dengan bertukar air liur.
Bahan yang tidak mengalir seperti madu, minyak sapi, lelemak, minyak,
susu, walaupun susu yang dimasamkan, sup dan sebagainya tidak dapat
digunakan sebab bahan-bahan ini tidak dapat menghilangkan najis.
35 Surah al-Hijr: ayat 22
Muhammad al-Hasan, Zufar dan ulama’ lain selain ulama’ Hanafi tidak
membenarkan penggunaan cecair untuk menghilangkan najis kerana syara’
mengiktirafkan bersuci hanya dengan air dan tidak selainnya.
Harus bersuci dengan air yang bercampur dengan sedikit bahan yang suci
yang mengubah salah satu sifat air itu seperti air keruh dan air yang bercampur
dengan sabun, bahan pencuci atau kunyit selagi air itu masih halus dan
mengalir, kerana air itu masih dinamakan air. Tidak harus bersuci dengan air
yang bercampur dengan bahan-bahan tersebut jika melebihi jumlah air.
Menyental
Menyental ialah menyapu bahagian yang terkena najis dengan tanah secara kuat
sehingga kesan atau zat najis hilang, sama dengan mengutis dengan kayu atau tangan.
Menyental dapat menghilangkan najis yang berjirim (sesuatu yang basah/ dapat dilihat
sesudah keringnya) seperti tahi, darah, mani, air kencing dan arak yang terkena tanah.
W أو أذا (خبثا رأى فإن, ولينظرفيهما نعليه فليقلب, المسجد أحدكم جاء إذا ,باألرض فليمسحه). قذرا
فيهما ليصل ثم .
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu datang ke masjid hendaklah diterbalikkan
kasutnya supaya ia dapat melihat apakah ada kekotoran, jika dia mendapati ada
kekotoran hendaklah disapu (disental) dengan tanah kemudian dia boleh
bersembahyang dengan kasut.36
Sekiranya najis tersebut bukan najis yang berjirim, maka wajib dibasuh
sebanyak tiga kali, walaupun ia sudah kering. Pada setiap basuhan, hendaklah
dibiarkan sehingga air titisan berhenti dan sehinggalah hilang basahan dari khuf,
tetapi tidak disyaratkan kering khuf tersebut.
Kebanyakan ulama’ mengatakan kasut menjadi suci dengan cara sental di
tanah jika najis itu kering; ia tidak menjadi suci jika najis itu basah. Ini kerana
‘Aisyah menganyah mani kering daripada kain Rasulullah s.a.w., jika mani itu
basah beliau membasuh kain tersebut. Imam Syafi’e dan Muhammad bin al-
36 Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan Ibn Hibban
Hasan mengatakan kasut yang terkena najis tidak akan suci jika disental dengan
tanah sama ada najis tersebut kering ataupun basah kerana najis meresap ke
dalam kasut seperti ia juga meresap ke dalam badan dan pakaian. Ulama’
Mazhab Hanbali pula mengatakan boleh disental jika najis tersebut sedikit tetapi
jika banyak, ia mesti dibasuh.
Sapu yang Menghilangkan Kesan Najis
Membersihkan benda-benda yang licin seperti mata pedang, cermin, barang kaca,
bekas yang diminyakkan, kuku, tulang, permukaan barangan perak dan lain-lain kerana
semua barang tersebut tidak diserapi najis. Telah sabit bahawa para sahabat
Rasulullah s.a.w. membunuh orang kafir dengan pedang-pedang mereka. Mereka
menyapunya dan bersembahyang dengannya.
Maka, memadai menyapu pada tempat yang dibekam dengan tiga perca
kain yang bersih yang dibasahkan.
Ulama’ Mazhab Maliki berpendapat sama seperti ulama’ Mazhab Hanafi
kerana jika barang itu dibasuh, ia akan merosakkannya seperti pedang, kasut
dan khuf.
Pengeringan dengan Cahaya Matahari atau Udara dan Hilang Kesan Najis
Cara ini dapat membersihkan bumi dan semua benda yang melekat pada bumi seperti
pokok, rumput dan batu hampar dengan tujuan untuk bersembahyang di atasnya,
bukan dengan tujuan bertayammum dengannya. Benda-benda yang dapat dialihkan
perlu dibasuh jika terkena najis untuk membersihkannya.
Tanah yang terkena najis boleh menjadi bersih atau suci dengan cara
dikeringkan (melalui matahari atau udara), berdasarkan hadith riwayat Ibn Umar:
W وكنت, وسلم عليه الله صلى الله رسول عهد في المسجد في أبيت كنت W شابا الكالب وكانت, عذبا
W يرشون يكونوا ولم, المسجد وتدبر وتقبل تبول ذلك من شيئا .
Maksudnya: Aku sering tidur di Masjid Rasulullah s.a.w. semasa aku masih muda dan
belum berumahtangga. Aku sering melihat anjing kencing dan berkeliaran dalam
masjid, tetapi tidak ada siapa pun yang memercikkan air ke atasnya.37
Ulama’ selain Mazhab Hanafi mengatakan bumi tidak menjadi suci melalui
pengeringannya. Bumi yang terkena najis mestilah dibasuh dengan air. Oleh
sebab itu, jika bumi, kolam, lopak, perigi, tempat takungan air dan lain-lain
terkena najis (mutanajis), maka ia dapat disucikan dengan cara
memperbanyakkan curahan air ke atasnya sama ada air hujan ataupun
selainnya, sehingga hilang zat najis itu. Seperti yang terdapat dalam hadith
mengenai seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid Nabi Muhammad s.a.w.
lalu disuruh oleh Baginda supaya disimbahkan sebaldi air ke atasnya.
Pakaian Labuh yang Dipakai Menyentuh Bumi yang Najis dan Bumi yang Suci
Berulang Kali
Perbuatan ini menyucikan pakaian itu, sebab bumi boleh membersihkan antara satu
sama lain, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah yang
bermaksud: “Saya adalah seorang perempuan yang sering melabuhkan pakaian. Saya
kerap berjalan di tempat yang kotor”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia dibersihkan
oleh (tanah) yang berikutnya”. 38
Ulama’ Mazhab Maliki dan Hanbali bersependapat dengan ulama’ Mazhab
Hanafi tentang ini, tetapi Imam Syafi’e mengajuinya bersih jika kain itu
menyentuh najis yang kering. Manakala ulama’ Mazhab Hanbali mengehadkan
kepada najis yang sedikit. Bagi mereka, jika najis itu banyak, kain itu mesti
dibasuh.
Mengganyah
Cara ini dapat membersihkan air mani manusia yang terkena pakaian kemudian kering.
Jika kesannya masih ada selepas diganyah, ia tetap bersih sama seperti kesan selepas
dibasuh. Syaratnya ialah kepala kemaluan yang dilalui oleh air mani tersebut adalah
37 Hadith Riwayat Abu Daud38 Hadith Riwayat Abu Daud
suci, seperti ia disucikan (dibasuh) dengan air bukan beristinja’ dengan kertas atau
batu. Jika air kencing tidak bersepah dan mani tidak lalu di atasnya di bahagian luar
kemaluan, maka mani yang terkena pakaian yang sudah kering dapat dikeringkan
dengan cara mengganyah sekiranya laluan mani itu tidak member kesan (tidak
menajiskan) ke atas air kencing pada bahagian dalam kemaluan.
Air mani yang basah hendaklah dibasuh berdasarkan hadith ‘Aisyah
bahawa beliau membasuh kain Rasulullah s.a.w. yang terkena mani. Dalam
hadith riwayat al-Daruqutni daripada ‘Aisyah yang bermaksud: “Saya
mengganyah mani dari pakaian Rasulullah s.a.w. jika ia kering dan saya
membasuhnya jika ia basah”.
Ulama’ Maliki bersependapat dengan ulama’ Hanafi tentang kenajisan
mani. Ulama’ Syafi’e dan Hanbali mengatakan mani manusia adalah suci
berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah yang ada pada al-
Daruqutni. Ibn Abbas mengatakan, “Sapukannya dengan idhkhir (sejenis rumput
yang berbau) atau dengan secebis kain kerana ia adalah sama seperti hingus
dan kahak”.39
Membusar
Kapas membersihkan najis apabila dibusarkan. Kesan najis akan hilang jika najis itu
sedikit.
Pengasingan (al-Taqwir)
Pengasingan di sini bermaksud mengasingkan bahagian yang bernajis daripada
bahagian yang tidak bernajis. Cara ini dapat membersihkan minyak yang beku yang
terkena najis. Isteri Rasulullah s.a.w. (Maimunah) mengatakan yang bermaksud:
“Bahawa seekor tikus telah jatuh ke dalam minyak sapi lalu mati”. Kemudian ditanya
Rasulullah s.a.w. tentang itu. Jawab Rasulullah s.a.w., “Buangkan tikus itu dan minyak
sapi yang disekelilingnya, bakinya boleh dimakan”.40 Ini dipersetujui oleh semua
ulama’.
39 Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dan al-Daruqutni secara marfu’.40 Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan an-Nasa’I menambah “pada minyak sapi yang beku”.
Jika najis itu jatuh ke dalam cecair seperti minyak dan minyak sapi yang
cair, maka menurut jumhur ulama’ ia adalah najis. Menurut ulama’ Hanafi, cecair
itu boleh menjadi suci dengan menuangkan air ke atasnya sebanyak tiga kali
ataupun meratakannya ke dalam bejana yang berlubang kemudian dituangkan
air ke atasnya. Minyak itu akan naik ke atas permukaan lubang bejana itu
hendaklah dibuka supaya air dapat mengalir keluar.
Jika barang yang dimasak seperti daging, gandum dan ayam, maka ia
menjadi suci dengan basuhan dalam keadaan yang mentah tetapi ia tidak boleh
disucikan sama sekali jika ia terkena najis kemudian dimasak bersama-sama
dengan najis itu, sebab najis sudah meresap ke dalam bahagian barang itu.
Berdasarkan ini, jika direbus kepala binatang bersama daging dan usus besar
sebelum daripada dibasuhnya dan dibersihkan, maka ia tidak akan suci. Jika
direbus ayam sebelum daripada ditebuk perutnya (dan dikeluarkan najisnya)
untuk dicabut bulunya, maka ia tidak akan suci sama sekali.
Ulama’ Mazhab Maliki dan Hanbali bersependapat dengan ulama’ Mazhab
Hanafi bahawa daging yang direbus bersama dengan najis tidak akan suci.
Mazhab Maliki menambah bahawa telur yang direbus dengan najjis, buah zaitun
yang dimasak dengan najis dan tembikar yang diresapi najis tidak dapat
disucikan, tetapi jika najis terjatuh ke dalam daging yang sedang direbus
sesudah daging itu dimasak, maka menurut ulama’ Mazhab Maliki ia boleh
disucikan, iaitu dengan cara dibasuh air keruh yang melekat padanya, dengan
syarat najis itu tidak lama berada di dalamnya.
Ulama’ Mazhab Syafi’e mengatakan barang-barang yang beku yang
meresap najis ke dalam dirinya boleh disucikan. Jika dimasak daging dalam
najis ataupun jika gandum meresapkan najis ke dalam dirinya ataupun pisau
direndam ke dalam air bernajis, maka semuanya boleh disucikan dengan cara
dituangkan atau dijiruskan air ke atasnya, kecuali batu bata susu yang diuli
dengan najis yang beku, maka ia tidak suci.
Membahagikan Benda yang Terkena Najis
Terbahagi kepada dua:
a) Memisahkan bahagian yang terkena najis dengan bahagian yang bersih atau
suci.
b) Membahagikan barang mithli (seperti bijirin) seperti gandum dan barli apabila
terkena najis dan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli kongsi atau para pembeli.
Jika keldai yang mengirik padi atau gandum lalu terkencing di atas gandum atau padi
tersebut, kemudian gandum atau padi tersebut dibahagikan atau dibasuh
sebahagiannya ataupun sebahagiannya dihibahkan kepada seseorang atau dimakan
ataupun dijual, maka yang baki dan yang dihibah, dimakan atau dijual itu menjadi suci.
Sesuatu barang yang najis kemudian diberikan kepada orang yang berpendapat ianya
tidak najis adalah sama hukumnya, iaitu menjadi suci. Pengasingan memberi dan
membahagi-bahagikan pada hakikatnya tidak dikira sebagai menyucikan, tetapi dikira
sebagai cara menyuci atas dasar untuk memberi kemudahan kepada manusia.
Istihalah
Istihalah ialah perubahan atau pertukaran sendiri benda yang najis atau perubahan
melalui sesuatu. Contohnya daging kijang berubah menjadi kesturi dan arak berubah
menjadi cuka dengan sendirinya. Ini adalah pendapat Imam Muhammad al-Hasan
yang berlawanan dengan pendapat Abu Yusuf kerana sesuatu najis apabila berubah
sifatnya, maka dia tidak menjadi najis lagi, kerana najis itu ialah nama bagi sesuatu zat
yang bersifat, oleh itu ia akan hilang (tiada) bersama kehilangan sifatnya. Jadi
hukumnya sama seperti arak yang berubah menjadi cuka. Hukum arak itu dipersetujui
oleh semua mazhab.
Menurut ulama’ Mazhab Maliki, arak menjadi suci jika berubah menjadi
cuka, tetapi menurut ulama’ Mazhab Syafi’e dan Hanbali arak tidak menjadi suci
jika diproses menjadi cuka melalui pemprosesan seperti memasukkan bawang
dan roti panas, kerana bahan yang dicampakkan ke dalam arak itu menjadi najis
sebaik sahaja ia terkena arak. Sesuatu najis juga tidak akan menjadi suci
dengan sebab bertukar (berubah) sifatnya dengan sebab api. Contohnya, abu
tahi najis akan tetap menjadi najis walaupun dibakar.
Jika seekor anjing terjatuh ke dalam tempat membuat garam lalu ia
menjadi garam, maka ia tetap najis. Tetapi menurut ulama’ yang masyhur dalam
kalangan ulama’ Maliki, mereka mengecualikan abu dan asap najis di mana
mereka mengatakan ia suci menurut pendapat yang muktamad.
Dalam kes arak menjadi cuka hasil daripada perbuatan memindahkannya
dari satu tempat ke suatu tempat, ulama’ Mazhab Hanbali mensyaratkan bahawa
pemindahan itu mestilah bukan tujuan untuk menjadikannya cuka. Jika
pemindahannya bertujuan demikian, maka ia tidak menjadi suci kerana menurut
hukum, haram menjadikan arak sebagai cuka. Oleh itu, ia tidak melahirkan
taharah (suci).
Mazhab Syafi’e mengatakan bahawa tidak ada sebarang najis boleh
menjadi suci disebabkan oleh perubahan sifatnya kecuali tiga jenis iaitu:
i. Arak bersama bekasnya apabila bertukar menjadi cuka dengan
sendirinya.
ii. Kulit, selain daripada kulit anjing dan babi, yang menjadi najis dengan
sebab mati menjadi suci zahir dan batinnya apabila disamak.
iii. Sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai apabila menjadi
ulat, kerana terjadi kehidupan baru.
Samak
Samak digunakan untuk membersihkan kulit yang bernajis atau pun bangkai. Samak
boleh menyucikan semua jenis kulit kecuali kulit manusia, kulit babi, serta kulit binatang
kecil seperti kulit tikus dan ular. Hukum ini berdasarkan satu hadith:
طهر فقد دبغ إهاب .أيما
Maksudnya: Apa jua kulit yang disamak, mak ia menjadi suci.41
41 Diriwayatkan daripada Hadith Ibn Abbas yang ada pada al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Ibn Majah, dan daripada Hadith Ibn Umar yang ada pada al-Daruqutni. Ia adalah Hadith hassan.
Menyamak juga dapat menghilangkan sebab kenajisan bangkai, iaitu
kelembapan dan darah yang mengalir. Jadi, samakan adalah sama seperti
pakaian yang terkena najis apabila dibasuh.
Mazhab Hanafi, samak adalah pensuci jika ia dilakukan dengan alat yang
dapat menghalang kerosakan dan busuk. Samak tetap dikira sebagai penyuci,
walaupun samak itu berbentuk hukum sahaja (dibaghah hukmiyyah) seperti
dilumur tanah dan dijemur, sebab maksudnya terhasil.
Setiap kulit yang menjadi suci dengan samak adalah menjadi suci dengan
cara sembelihan. Mengikut pendapat yang muktamad kulit anjing dan kulit gajah
adalah menjadi suci dengan samak, kecuali kulit manusia dan kulit babi. Kulit
manusia dikecualikan kerana manusia dimuliakan oleh Allah dan kulit babi juga
dikeculikan kerana ia merupakan najis ‘ain. Binatang-binatang yang kecil yang
tidak boleh disamak adalah dihukumkan sebagai sama dengan keduanya. Kulit
bangkai sama ada bulu atau lainnya adalah suci dan bagi sarung (qamis al-
hayyah) kulit ular adalah suci.
Ulama’ Syafi’e juga mengaggap samak sebagai pensuci. Ia dapat
menyucikan semua kulit yang menjadi najis dengan sebab kematian, iaitu
menyucikan dari segi zahirnya san mengikut pendapat yang masyhur ia
menyucikan juga dari segi batinnya, biarpun binatang itu bukan binatang yang
dimakan dagingnya. Walau bagaimanapun, disyaratkan samak itu mestilah
dengan sesuatu yang dapat membuang kekotoran daripada kulit, iaitu lendir dan
kelembapan yang melekat pada kulit yang jika dibiarkan akan merosakkan kulit.
Bahan yang digunakan mestilah tajam seperti daun akasia (qaraz), manjakani
(‘afs), kulit delima dan tawas (al-shubb), tidak kira bahan tersebut suci atau najis
seperti tahi burung. Tidak sah menyamak dengan cahaya matahari, dilumur
tanah, dibekukan dan dimasinkan kerana kesemuanya tidak dapat
menghilangkan kotoran pada kulit biarpun kulit tersebut kering dan harum
baunya.
Menurut ulama’ Mazhab Syafi’e juga, kulit anjing dan babi serta kulit
binatang yang lahir daripada kacukan keduanya atau daripada salah satunya
dengan binatang yang suci, tidak dapat disucikan dengan samak. Mereka juga
berpendapat barang-barang yang ada di atas kulit bangkai seperti bulu dan
seumpamanya tidak dapat disucikan dengan samak. Walau bagaimanapun, jika
ianya sedikit ia dimaafkan kerana susah hendak menghilangkannya.
Menurut ulama’ yang masyhur dari kalangan ulama’ Mazhab Maliki dan
Hanbali, kulit yang najis tidak dapat disucikan dengan cara samak berdasarkan
Hadith Abdullah bin ‘Ukaim yang bermaksud, “Sebulan sebelum Rasulullah
s.a.w. wafat, Baginda mengutus surat kepada kami supaya jangan mengambil
faedah daripada bangkai sama ada kulit ataupun asab (urat besar)”. Hadith ini
mengesahkan hadith-hadith sebelumnya kerana dikeluarkan di akhir umur Nabi
Muhammad s.a.w. Lafaznya menunjukkan bahawa penggunaan kulit bangkai
sebelumnya hanya satu rukhsah. Seorang ulama’ Mazhab Maliki, iaitu al-Dardir
mengatakan, “Hadith Rasulullah s.a.w.” Adalah dibawa kepada makna suci dari
segi bahasa, bukan dari segi syara’. Ini adalah mengikut pendapat yang
masyhur dalam mazhab. Oleh itu, tidak harus bersembahyang atas kulit bangkai
yang disamak.
Menurut pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama’ Mazhab Maliki
bahawa kulit yang disamak tetap najis, dan harus dugunakan untuk perkara-
perkara yang kering tetapi tidak boleh digunakan untuk sembahyang dan
digunakan untuk duduk dalam masjid. Juga tidak boleh digunakan untuk
sesuatu yang basah seperti menyimpan minyak sapi, madu, semua jenis minyak,
air bukan mutlak seperti air mawar, roti yang basah, keju dan seumpamanya.
Kesemua barang tersebut akan menjadi najis jika disimpan di dalam tersebut.
Ulama’ Mazhab Maliki juga melarang sama sekali penggunaan kulit babi dan
kulit manusia, tetapi untuk bulu binatang dan seumpamanya, tidak menjadi najis
dengan sebab kematian binatang berkenaan.
Menurut ulama’ Mazhab Hanbali pula, terdapat dua riwayat tentang boleh
atau tidak dalam penggunaan kulit najis yang disamak. Pendapat pertama
mengatakan harus digunakan berdasarkan Hadith Ibn ‘Ukaim yang lalu dan
Hadith al-Bukhari dalam tarikhnya yang bermaksud, “Janganlah kamu
mengambil faedah apa-apa dari bangkai”. Pendapat yang kedua merupakan
pendapat yang rajih mengatakan harus mengambil faedah daripada bangkai
berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang lalu bermaksud, “Kenapa kamu
tidak mengambil kulitnya dan disamakkan”.
Tambahan pula, sahabat Nabi s.a.w. mengambil pelana, senjata dan
binatang sembelihan orang Farsi apabila membuka negeri Farsi sedangkan
sembelihan mereka itu dihukum bangkai. Penggunaan bangkai tidak
merbahayakan dan kedudukannya serupa dengan binatang buruan anjing dan
menunggang kuda dan baghal. Bulu sama yang halus atau kasar adalah suci
menurut ulama’ Mazhab Hanbali.
Menurut Wahbah al-Zuhaili, pendapat yang lebih rajih ialah pendapat
ulama’ Hanafi dan Syafi’e.
Sembelihan mengikut Syara’
Sembelihan merupakan cara menyucikan binatang yang disembelih oleh seorang Islam
atau seorang ahli kitab (Yahudi atau Nasrani) walaupun binatang yang disembelih itu
tidak dimakan dagingnya. Fatwa ulama’ Mazhab Hanafi menyatakan bahawa
sembelihan boleh menyucikan kulit binatang yang tidak dimakan dagingnya, tetapi tidak
menyucikan daging dan lemaknya. Sabda Rasulullah s.a.w., “Samak kulit ialah
sembelihan”. Hadith ini menunjukkan persamaan sembelihan dengan samak, tetapi
dikecualikan untuk kulit manusia dan kulit babi. Sembelihan orang Majusi tidak diakui
oleh syara’ kerana mereka tidak mempunyai kelayakan untuk menyembelih. Oleh itu,
samak adalah satu-satunya cara untuk menyucikan kulit binatang sembelihan mereka.
Setiap benda yang tidak mengalir darah di dalamnya tidak akan menjadi
najis dengan sebab kematian. Contohnya rambut, bulu yang dipotong, tanduk,
kuku dan tulang selama tidak ada lemak. Menurut pendapat yang sahih, ‘asab
(urat besar) adalah najis. Botol kesturi adalah suci sama seperti kesturi.
Seluruh ahli fiqh bersetuju bahawa binatang yang dimakan dagingnya
akan menjadi suci seluruh bahagiannya dengan sebab sembelihan kecuali
darahnya yang mengalir.
Ulama’ Mazhab Maliki mengatakan jika disembelih binatang yang tidak
dimakan dagingnyaseperti binatang buas dan lainnya, maka daging, kulit dan
lemaknya menjadi suci kecuali manusia dan babi. Al-Sawi dan al-Dardir
mengatakan bahawa mengikut pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama’
Mazhab Maliki, sembelihan tidak menyucikan binatang-binatang yang diharam
memakan dagingnya seperti baghal, kuda perang (khayl), anjing dan babi.
Walau bagaimanapun, binatang buas dan burung yang makan secara
menyambar (siba’) menjadi suci dengan sebab sembelihan.
Ulama’ Syafi’e dan Hanbali mengatakan sembelihan tidak mengakibatkan
apa-apa kesan pada binatang yang tidak dimakan dagingnya, kerana kesan
sembelihan dalam mengharuskan daging adalah asal sedangkan kulit hanyalah
ikutan kepada daging; jika sembelihan tidak dapat menyucikan daging, maka ia
tidak dapat menyucikan yang lainnya. Kedudukannya sama dengan sembelihan
orang Majusi atau sembelihan yang tidak dikira di sisi syara’. Sembelihan tidak
boleh disamakan dengan samak kerana samak dapat menghilangkan kekotoran
dan kelembapan, dan menjadikan kulit supaya sentiasa baik, sedangkan
sembelihan tidak dapat melakukan sedemikian.
Pensucian melalui Pembakaran
Api dapat menyucikan beberapa tempat, iaitu jika ia mengubah atau menukarkan najis
atau hilang kesannya dengan pembakaran itu seperti kebakaran tembikar yang baru,
tahi bertukar menjadi abu, terbakar tempat berdarah pada kepala kambing. Pendidihan
dengan api juga sama hukumnya dengan pembakaran seperti minyak atau daging
dididihkan sebanyak tiga kali. Ibn Abidin mengatakan jangan kamu sangka bahawa
setiap benda najis yang terkena api menjadi suci kerana sampai berita kepada saya
bahawa sesetengah orang menyangka sedemikian itu, malah yang menjadi suci ialah
najis yang berubah apabila terbakar (dengan api) atau hilang kesannya dengan
kebakaran itu. Dari sini nyatalah bahawa pembakaran najis dengan api adalah
menyucikan.
Api tidak menjadi alat penyuci di sisi ulama’ selain daripada ulama’ Hanafi
seperti dalam perbincangan mengenai istihalah. Walau bagaimanapun,
pendapat yang masyhur daripada ulama’ Mazhab Maliki mengecualikan abu
najis, asapnya dan barang najis yang dijadikan kayu api, mereka mengatakan
ianya suci dengan api.
Menimba
Al-Naz’ah ialah menimba sama sekali air telaga yang terkena najis atau membuangnya
mengikut kadar yang wajib dibuang. Cara ini akan menyucikan telaga tersebut.
Cara naz’ah ialah membuang beberapa timba air yang diwajibkan ataupun
dibuang seluruh air sesudah dikeluarkan apa yang terjatuh ke dalam telaga
sama ada manusia ataupun binatang. Jika wajib dibuang kesemua air dari
sesuatu telaga, maka perlu ditutup kesemua mata air atau jalan masuk air jika
boleh, kemudian barulah dibuang air dari telaga tersebut. Jika lubang tersebut
tidak boleh ditutup atau air terlalu banyak, maka hendaklah dibuang mengikut
kadar yang berikut:
a. Jika yang terjatuh ke dalamnya ialah binatang jenis najis ‘ain (babi), maka
wajib dibuang kesemua air. Menurut pendapat yang ‘asah di sisi ulama’
Mazhab Hanafi, anjing bukanlah binatang najis ‘ain. Sekiranya binatang
yang terjatuh ke dalam telaga tersebut bukan binatang bernajis ‘ain, maka
dilihat jika ia manusia, maka ia tidak menajiskan telaga tersebut. Jika
yang terjatuh ialah binatang yang tidak dimakan dagingnya seperti
binatang buas atau burung yang makan menyambar (siba’ al-Tayr), maka
menurut pendapat yang ‘asah, ia menajiskannya. Jika yang terjatuh ialah
keldai dan baghal, maka menurut pendapat yang ‘asah, ia menjadikan air
itu sebagai air yang diragui.
b. Jika yang terjatuh ke dalam telaga ialah binatang yang bukan bernajis ‘ain,
maka ia menajiskan air sekiranya ia mati. Dengan itu, hendaklah dibuang
kesemua airnya jika binatang itu telah kembong atau hancur. Jika ia tidak
kembung atau tidak hancur, maka menurut pendapat zahira al-riwayat ia
mempunyai tiga kategori yang berikut:
i. Sekiranya yang terjatuh ialah bangkai tikus dan seumpamanya,
maka hendaklah dibuang 20 atau 30 timba mengikut besar kecilnya
timba itu.
ii. Jika yang terjatuh ialah bangkai ayam dan seumpamanya,
hendaklah dibuang 40 atau 50 timba.
iii. Jika yang terjatuh ialah manusia dan yang seumpamanya,
hendaklah dibuang kesemua air sekiranya orang yang terjatuh itu
diyakini ada najis bersamanya sama ada najis haqiqi atau hukmi
sama ada dia berniat mandi ataupun wudhu’. Dalil yang dipegang
oleh mereka ialah perbuatan para sahabat Rasulullah s.a.w.
Sebenarnya, tidak terdapat sebuah hadith yang sahih pun tentang
ini.
Memasukkan Air daripada Satu Sudut dan Mengeluarkannya daripada Sudut
yang Lain Sebanyak Tiga Kali
Ini dilakukan pada kolah yang kecil. Dengan cara ini seolah-olah ia dibasuh tiga kali.
Penyucian kolah ataupun bejana (bekas takungan air) akan menghilang kesan najis
dengan keluarnya air dan diyakini tidak terdapat najis lagi yang kekal dalam kolah itu.
Membalikkan Tanah
Al-Hafru dengan cara membalikkan tanah dengan yang atas dikebawahkan. Cara ini
dapat menyucikan tanah yang bernajis.
Membasuh Hujung Pakaian ataupun Badan
Cara ini dapat menggantikan basuhan kesemua pakaian atau badan sekiranya
seseorang itu terlupa tempat yang terkena najis. Ianya boleh dilakukan biarpun ia tidak
mencari tempat najis itu dan ini merupakan pendapat yang terpilih di sisi ulama’
Mazhab Hanafi.
Mazhab Maliki
1. Basuh dengan air mutlak bagi perkara yang tidak memadai dengan percikan
atau sapu. Dalam membasuh, tidak memadai dengan hanya mengalirkan air ke
atas najis, malah mesti dihilangkan ‘ain (zat) dan kesan najis itu. Menghilangkan
najis menggunakan cecair selain air adalah tidak harus.
2. Disapu dengan perca kain yang dibasahkan ke atas barang-barang yang akan
menjadi rosak jika dibasuh seperti pedang dan kasut.
3. Pakaian atau tikar dipercik jika disyaki kenajisannya. Percikan itu dilakukan
tanpa niat sama seperti basuh, maksudnya memercik dengan tangan ataupun
mulut ataupun didedahkan kepada hujan. Percikan yang dilakukan memadai
sekali sahaja menggunakan air mutlak. Dalam kes ini, jika diragui satu-satu
tempat terkena najis, maka wajib dipercik dan tidak wajib dibasuh, tetapi jika
dibasuh adalah lebih baik dan lebih meyakinkan. Badan yang disyaki terkena
najis pula wajib dibasuh.
4. Menggunakan tanah yang suci. Cara ini dapat menyucikan najis hukmi, iaitu
dalam kes tayammum.
5. Al-Dalk (menyental). Ini dilakukan pada khuf dan kasut yang terkena tahi atau
kencing binatang yang terdapat di jalan raya atau di tempat-tempat lain. Cara ini
dibenarkan kerana susah hendak mengelakkannya. Walau bagaimanapun bagi
najis atau tahi manusia, anjing, kucing ataupun lainnya jika terkena pakaian
ataupun badan, maka ia tidak boleh dimaafkan dan wajib dibasuh.
6. Berulangkali berjalan. Cara ini dapat menyucikan kain atau pakaian yang
panjang (labuh) yang terkena tanah yang bernajis yang kering, lalu debu tanah
melekat di atasnya. Syaratnya, pakaian dilabuhkan bertujuan menutup aurat.
Ulama’ Mazhab ini berbeza pendapat tentang najis yang basah. Suci terhasil
jika ia tidak memakai khuf, tetapi jika ia tidak memakai khuf, maka tidak
dimaafkan. Sama dengannya ialah berjalan di atas najis yang kering dengan
kaki yang basah. Langkah yang berikutnya dapat menyucikannya. Dalam
kedua-dua kes ini (pakaian labuh dan kaki yang basah), orang berkenaan
dibolehkan sembahyang mengikut keadaannya dan dia tidak wajib membasuh.
Najis daripada tanah hujan adalah dimaafkan jika najisnya tidak mengatasi
ataupun jika ‘ain (zat) najisnya tidak ada.
7. Al-Taqwir (pengasingan). Cara ini dapat membersihkan benda-benda yang beku
(bukan cecair). Contohnya tikus terjatuh ke dalam minyak yang beku, maka tikus
itu dan minyak yang ada di sekelilingnya perlu dibuang. Sahnun mengatakan
kecuali jika najis itu berada lama di dalamnya. Jika tikus terjatuh ke dalam
minyak yang cair lalu mati di dalamnya, hendaklah dicurahkan atau dibuang
kesemua sekali. Begitu juga jika najis terjatuh ke dalam cecair selain air, ia akan
menajiskan cecair itu tidak kira sama ada cecair itu berubah sifatnya atau tidak.
8. Al-Naz’ah (menimba). Jika binatang yang najis itu terjatuh ke dalam telaga dan
ia mengubah sifat air itu, maka wajib dibuang semua sekali. Jika ia tidak
mengubah warnanya, maka sunat dibuang mengikut kadar binatang dan kadar
air. Maksudnya ialah dibuang semua sekali di samping dibuang mengikut kadar
binatang.
9. Dibasuh tempat yang bernajis. Dilakukan jika diketahui tempat yang terkena
najis. Ia boleh dibasuh di tempat itu sahaja, tetapi jika tidak diketahui tempatnya
hendaklah dibasuh semua sekali.
10. Istihalah (berubah). Cara ini dapat menyucikan arak apabila ia berubah dengan
sendirinya ataupun melalui perbuatan manusia. Kulit bangkai tidak boleh
disucikan dengan samakan. Mengikut pendapat yang muktamad, abu najis yang
dibakar dan asapnya adalah suci.
11.Sembelihan mengikut syara’. Cara ini dapat menyucikan binatang yang tidak
dimakan dagingnya kecuali manusia dan babi. Mengiku pendapat al-Dardir,
pendapat yang masyhur mengatakan sembelihan tidak dapat menyucikan
binatang yang haram dimakan dagingnya seperti khayl, baghal, keldai, anjing
dan babi.
Mazhab Syafi’e
1. Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang dinamakan air sahaja tanpa disertakan dengan sesuatu
tambahan seperti air mawar, atau tidak disertakan dengan sesuatu sifat seperti
air memancut, contohnya air mani. Berikut merupakan pembahagian air mutlak:
Air yang Turun dari Langit Air yang Terbit daripada Bumi
Hujan
Air salji yang menjadi cair (al-
Dhawb)
Air barad (dingin/sejuk)
Air mata air
Air perigi
Air sungai
Air laut
Air mesti digunakan untuk menghilangkan najis, mengangkat hadath atau
selainnya seperti memperbaharui wudhu’.
Kencing atau muntah kanak-kanak yang belum memakan makanan selain
susu dan umurnya belum melebihi dua tahun, boleh direnjis atau dipercik dengan
air mutlak ke atasnya. Ini berdasarkan hadith sahih, “Dibasuh air kencing kanak-
kanak perempuan dan direnjis air kencing kanak-kanak lelaki”.42
Ulama’ Syafi’e dan Hanbali membuat perbezaan ini, tetapi ulama’ Mazhab
Maliki tidak membezakan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Mereka
mengatakan ‘renjis’ (percik) hanya menyucikan pakaian yang disyaki najis
sahaja. Mereka bersependapat dengan ulama’ Mazhab Hanafi megatakan wajib
dibasuh kedua-duanya kerana mengqiyaskan hukum bagi kanak-kanak
perempuan ke atas hukum kanak-kanak lelaki. Dalam hal ini, Dr. Wahbah al-
Zuhaili lebih condong kepada pendapat ulama’ Mazhab Syafi’e dan Hanbali yang
jelas membezakan antara keduanya. Hikmahnya ialah kencing kanak-kanak
lelaki keluar dengan kuat (tekanan) sehingga memancut atau kerana kanak-
42 Hadith Riwayat Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibn Majah
kanak lelaki sering didukung. Oleh kerana ia kerap kencing dalam dukungan,
maka susah dibasuh, atau kerana campuran kencing kanak-kanak lelaki adalah
panas. Oleh itu, kencingnya halus, ini berlainan dengan kencing kanak-kanak
perempuan.
2. Tanah yang menyucikan yang tidak digunakan untuk sesuatu fardu dan tidak
bercampur dengan sesuatu.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: ……..Hendaklah bertayammum dengan debu yang suci……….43
3. Samak
Samak ialah membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit yang
dapat merosakkannya jika direndam atau dibasuh. Samak dapat dilakukan
dengan qaraz atau tawas, kulit tetap menjadi suci walaupun alat yang digunakan
untuk menyamak ialah najis, seperti tahi burung.
4. Takhallul (menjadi cuka)
Takhallul ialah keadaan di mana arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan
sesuatu bahan ke dalamnya dan ia adalah suci walaupun ia bertukar dengan
cara diubahkan dari tempat bercahaya matahari ke tempat yang teduh ataupun
sebaliknya. Jika arak bertukar menjadi cuka dengan sebab kemasukan bahan
ke dalamnya walaupun bahan tersebut tidak memberi kesan kepadanya,
ataupun najis terjatuh ke dalamnya, ia tetap najis (tidak suci) walaupun najis
yang terjatuh itu dibuang sebelum ianya bertukar menjadi cuka.
5. Basuhan
Barang-barang yang mempunyai permukaan yang licin yang terkena najis seperti
pedang, dan seumpamanya tidak menjadi suci dengan cara menyapu,
sebaliknya mestilah dibasuh. Demikian juga kasut tidak menjadi suci dengan
hanya disental dengan tanah tanpa dibasuh.
43 Surah al-Nisaa’: ayat 43
Air menjadi suci dengan cara diperbanyakkan (ditambah) walaupun tidak sampai
dua kolah. Bumi yang terkena najis menjadi suci dengan cara diperbanyakkan
air ke atasnya.
Mazhab Hanbali
Umumnya, pendapat ulam’ Mazhab Hanbali adalah lebih kurang sama dengan Mazhab
Syafi’e. Namun, dalam masalah samak, mereka menganggap samak tidak menjadi
pensuci, yang menjadi pensuci di sisi mereka ialah air, tanah, istinja’ dengan batu, dan
arah bertukar menjadi cuka.
Bumi bernajis dapat disucikan dengan membanyakkan air ke atasnya
tanpa dikira bilangan dan najis pula hilang ‘ainnya dan tidak mempunyai kesan
sama ada warna ataupun bau, sekiranya boleh dihilangkan kedua-duanya atau
salah satu daripadanya.
Bumi yang bernajis tidak akan suci dengan pancaran cahaya matahari
ataupun tiupan angin. Juga tidak menjadi suci dengan sebab kering, sebab Nabi
s.a.w. menyuruh supaya dibasuh kencing arab Badwi yang dibuang di dalam
masjid. Jika tidak, sudah tentu Rasulullah s.a.w. membiarkannya kering dengan
hanya melalui pancaran cahaya matahari ataupun tiupan angin. Hadith
Rasulullah s.a.w.:
W بوله على أهريقوا ال ماء من س[ج\ .
Maksudnya: Curahkan ke atas kencingnya sebaldi air.
Najis tidak menjadi suci dengan cara istihalah. Jika baja yang bernajis
dibakar lalu menjadi abu ataupun anjing terjatuh ke dalam tempat membuat
garam, maka ia tetap najis, kerana Nabi s.a.w. melarang memakan binatang
yang memakan najis dan dilarang meminum susunya. Jika ia menjadi suci
dengan cara istihalah, sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak melarangnya.
Najis juga tidak menjadi suci dengan pembakaran dengan api. Oleh itu,
abu daripada tahi yang najis, sabun yang diperbuat daripada minyak yang
bernajis, asap dan debu najis, maka kesemuanya adalah najis. Sebarang wap
yang terbit daripada air yang bernajis yang terkena benda licin atau benda lain
adalah najis. Tanah yang bercampur dengan tahi keldai atau baghal atau lain-
lain binatang yang tidak dimakan dagingnya adalah najis, walaupun ia sudah
terbakar seperti tembikar. Demikian juga anjing yang jatuh ke dalam tempat
membuat garam lalu menjadi garam atau terjatuh ke dalam tempat membuat
sabun lalu menjadi sabun, maka ia tetap najis.
Istihalah dengan perbuatan manusia, arak berubah menjadi cuka dengan
sendirinya atau dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan
menjadikannya cuka adalah haram. Jika arak dipindahkan walaupun tidak
bertujuan menjadikannya cuka, arak tersebut juga tetap tidak suci. Ini
berdasarkan Hadith Muslim daripada Anas:
W؟ تتخذ الخمر عن وسلم عليه الله صلى النبي سئل ال: قال خال
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang boleh atau tidak arak dijadikan
cuka. Baginda menjawab, “Tidak boleh”.
Bekas (botol) arak adalah sama seperti arak. Ia menjadi suci sekiranya arak itu suci.
Minyak yang terkena najis tidak suci dengan basuhan kerana tidak dapat
dipastikan apakah air dapat sampai ke seluruh bahagiannya. Begitu juga dalam biji-
bijian yang meresapkan naji, tidak boleh disucikan. Tepung yang sudah diuli yang
terkena najis juga tidak boleh dibasuh. Begitu juga bekas (bejana) yang meresap najis
serta pisau yang direndam dalam air yang bernajis.
Minyak sapi yang beku dan seumpamanya menjadi suci sekiranya dibuang najis
dan bahagian minyak yang mengelilingi najis tersebut. Jika cair, maka ia tidak menjadi
suci sekiranya najis tersebut terus berada di dalamnya seperti tikus mati di dalamnya.
Sekiranya tikus keluar dalam keadaan hidup, maka ia tetap suci.
Perlu dibasuh benda yang terjatuh najis ke dalamnya sehingga diyakini suci.
Jika tersembunyi tempat yang terkena najis pada badan atau pakaian ataupun tempat
kecil seperti rumah, maka mestilah dibasuh, tidak memadai setakat zan (berat sangka)
kerana berlaku kesamaran antara bahagian yang suci dan najis. Oleh itu, wajib dijauhi
kesemuanya sekali sehingga diyakini suci dengan cara basuh, sebab najis adalah
diyakini. Untuk kawasan yang besar atau luas pula adalah tidak mengapa kerana untuk
mengelak daripada kerumitan dan kesulitan.
Untuk kencing dan muntah kanak-kanak lelaki yang belum memakan makanan
dengan keinginan sendiri, memadai hanya direnjis. Bagi air kencing kanak-kanak
perempuan atau khunsa pula, tidak mesti tidak mesti dibasuh.
Kasut yang terkena najis tidak suci dengan hanya disental, sebaliknya perlu
dibasuh. Begitu juga ekor pakaian wanita yang terkena najis sama ada berjalan atau
lainnya, perlu dibasuh seperti membasuh pakaian dan tubuh badan. Walau
bagaimanapun, najis yang sedikit yang berada di tapak khuf dan kasut akan dimaafkan
sesudah disental menggunakan tanah. Ini berdasarkan Hadith Abu Hurairah bahawa
Nabi s.a.w. telah bersabda:
التراب فطهورهما, بخفيه األذى وطئ إذا .
Maksudnya: Jika dua khufnya memijak najis, maka pensuci bagi kedua-duanya adalah
tanah.
Kesimpulannya, ulama’ Syafi’e dan ulama’ Hanbali lebih melihat kepada cara
menyuci yang lebih sempurna di sisi syara’. Manakala ulama’ Hanafi meluaskan cara
menyuci. Ulama’ Maliki dalam sesetengah keadaan berpendapat sama seperti ulama’
Hanafi.
4. JENIS-JENIS AIR
I. Air yang menyucikan
II. Air suci yang tidak menyucikan
III. Air mutanajjis (menjadi najis)
Air mutlak
Air mutlak ialah air yang suci dan boleh menyucikan benda lain, iaitu setiap air yang
jatuh dari langit dan terbit dari bumi, yang kekal dalam keadaan asalnya, tidak berubah
mana-mana satu daripada tiga sifatnya (warna, rasa dan bau), atau berubah dengan
sebab sesuatu yang tidak menghilangkan sifat menyuci yang terdapat padanya, seperti
disebabkan oleh tanah yang suci, garam, tumbuhan air, dan belum musta’mal (belum
digunakan untuk bersuci). Contohnya ialah air hujan, air yang mengalir di antara dua
bukit, air mata air, air telaga, air sungai, air laut, air salji dan lain-lain lagi daripada air
tawar atau air masin, termasuklah air beku (ais), air yang menjadi garam atau wap.
Namun begitu, ulama’ Hanafi mengatakan bahawa air masin boleh menyucikan
sebelum ia menjadi garam, tetapi setelah ia menjadi garam dan menjadi cair, maka ia
tetap suci tetapi tidak boleh menyucikan. Oleh itu, tidak boleh mengangkat hadith
dengannya tapi boleh menghilangkan najis.
Maksudnya: …..Dan Kami turunkan dari langit air bersih suci.44
Sabda Nabi s.a.w. mengenai air laut:
ميتته الحل, ماؤه الطهور هو .
44 Surah al-Furqan: ayat 48
Maksudnya: Iaitu air yang menyucikan dan halal bangkainya.45
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
ولونه وطعمه ريحه على غلب ما إال ينجسه ال, طهور الماء إن .
Maksudnya: Sesungguhnya air itu menyucikan, ia tidak menjadi najis kecuali yang
berubah baunya, rasanya dan warnanya.46
Perubahan Yang Tidak Memberi Kesan Kepada Sifat Menyuci Yang Terdapat
Padanya
1. Pendapat Ulama’ Hanafi
Boleh bersuci dengan air yang bercampur dengan sesuatu yang beku dan suci jika
tidak berubah dengan sebab dimasak yang mengubahkan satu sifatnya atau kesemua
sifatnya, seperti air mengalir yang bercampur dengan tanah dan daun kayu dan masih
kekal sifat kehalusan air. Tetapi jika sudah bertukar sifat, iaitu tanah yang melebihi
jumlah air, maka tidak boleh bersuci dengannya. Dan seperti air yang bercampur
dengan susu, za’faran, sabun atau garam kalium, selagi masih kekal sifat kehalusan air
dan sifat mengalirnya, kerana masih dipanggil air, dan kerana tidak dapat dielakkan
daripada bercampur dengan benda-benda tersebut. Tetapi jika sudah bertukar sifat air
dan dipanggil dengan nama lain seperti air sabun atau air za’faran berwarna, maka
tidak boleh bersuci dengannya.
2. Pendapat Ulama’ Maliki
Masih dikira suci dan menyucikan sekalipun air itu tergenang lama, atau mengalir di
atas sesuatu, atau menghasilkan sesuatu seperti lumut, ulat dan ikan hidup, atau
bercampur dengan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan lagi pada kebiasaannya atau
45 Diriwayatkan oleh tujuh sahabat, iaitu Abu Hurairah, Jabir bin Abdullah, Ali bin Abi Talib, Anas bin Malik, Abdullah bin ‘Amr, al-Farasi dan Abu Bakar as-Siddiq. Hadith Abu Hurairah diriwayatkan oleh penulis sunan yang empat, kalau ada kecacatan dalam riwayatnya, ia disokong oleh lain-lain riwayat.46 Riwayat Ibn Majah daripada Abu Umamah, sanad Hadith ini Dhaif. Nasb al-Rayah, Jil. I, hlm. 94, tetapi al-Tirmizi menganggap hadith ini sebagai Hasan, ia mempunyai isnad yang sahih seperti yang disebut oleh Ibn al-Qattan, Imam Ahmad mengatakan Hadith ini Sahih.
dengan sesuatu yang boleh dipisahkan darinya. Juga dikira suci dan menyucikan
walaupun berubah warna kerana bercampur dengan tanah, garam ,tembaga, belerang
dan besi. Begitu juga bahan samak seperti tar, jerami, daun kayu. Jika disamak kulit
perut untuk dibuat bekas mengangkut air seperti qirbah dan timba, maka boleh
digunakan air itu sekalipun berlaku perubahan kerana kesan bahan penyamak yang
suci seperti lilin kayu qaraz (kayu samak), tar dan tawas. Air tetap dikira suci dan
menyucikan jika bercampur dengan sesuatu yang boleh dipisahkan darinya seperti
bangkai yang dibuang dalam air.
Air tetap dikira suci dan menyucikan jika berlaku sedikit perubahan yang
disebabkan oleh pencedok seperti tali air atau timba, atau kesan setanggi yang
dilumpur pada bekas tetapi tidak disamak dengannya atau yang dibuang ke dalam air
lalu mendap ke dasarnya dan mengubah warnanya, kerana orang Arab banyak
menggunakan tar untuk dibuat pencedok.
Air juga tetap dikira suci dan menyucikan jika berubah dengan sebab bercampur
dengan sesuatu yang diragui jenisnya, adakah ia daripada jenis yang menghilangkan
sifat suci dan menyucikan seperti madu dan darah atau daripada jenis yang tidak
menghilangkannya seperti belerang dan tergenang lama. Begitu juga air yang berubah
dengan sebab air liur, umpamanya dimasukkan air ke dalam mulut lalu timbul keraguan
adakah berubah dengan air liur atau tidak.
Tidak boleh bersui dengan air yang berubah salah satu sifatnya dengan sebab
sesuatu yang membezakan, iaitu sesuatu yang biasanya membezakan air tetapi benda
itu suci seperti susu, minyak dan madu, maka apabila bercampur dengannya atau
melekat padanya, seperti bunga kenanga yang melekat pada permukaan air, lemak
yang melekat pada air, dan berubah salah satu sifatnya (warna, rasa atau bau), maka
tidak boleh bersuci dengannya kerana air tersebut hanya suci tetapi tidak boleh
menyucikan.
Kesimpulannya, jika air bercampur dengan sesuatu yang suci tetapi tidak
mengubah warna, bau dan rasanya, maka air tersebut masih dikira air mutlak.
Sebaliknya, apabila berubah salah satu sifat daripadanya, ulama’ Mazhab Maliki,
Syafi’e dan Hanbali mengatakan bahawa air tersebut masih suci tetapi tidak
menyucikan. Menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi pula, ia tetap suci dan
menyucikan selama tidak dimasakkan atau terkurang sifat air itu.
Ulama’ Maliki menghukum semua bahagian tanah seperti belerang, besi dan
tembaga, tidak menghilangkan sifat menyuci pada air jika berubah salah satu sifat air
itu, sekalipun jika dibuang bahan-bahan itu dengan sengaja ke dalam air.
3. Pendapat Ulama’ Syafi’e
Air tetap dikira suci dan menyucikan jika berlaku sedikit perubahan yang disebabkan
oleh sesuatu yang suci walaupun perubahannya sedikit ataupun banyak. Begitu juga
jika air tersebut lama tergenang walaupun berlaku banyak perubahan, disebabkan oleh
tanah dan lumpur, disebabkan oleh sesuatu yang sudah wujud di tempat bertakung dan
laluannya seperti belerang, sebatian arsenium, kalsium, dan disebabkan oleh garam
lautan. Tetapi air tidak dikira menyucikan jika disebabkan oleh garam bukit sekiranya
garam itu pada asalnya tidak wujud di tempat air bertakung atau laluannya. Boleh
bersuci dengan garam yang terjadi daripada air kerana asalnya air, sama seperti salji
apabila cair.
Air tetap dikira suci dan menyucikan sekiranya berubah dengan sebab
bercampur dengan daun yang berguguran atau bertaburan, ranting kayu, minyak
sekalipun minyak wangi, kapur barus keras dan tanah sekalipun tanah yang musta’mal.
4. Pendapat Ulama’ Hanbali
Pendapat ulama’ Hanbali adalah sama seperti pendapat ulama’ Syafi’e.
Kesimpulannya, boleh berwudhu’ dengan air yang berubah terbahagi kepada
empat jenis iaitu:
a) Air yang dikaitkan dengan tempat asalnya seperti air sungai, air telaga dan
seumpamanya.
b) Air bercampur dengan sesuatu yang tidak boleh dielakkan daripadanya seperti
lumut, jerami dan sebagainya; dan sesuatu yang sudah berada di tempat air
tergenang atau laluannya seperti belerang dan gala-gala (zafat).
c) Air yang mempunyai kedua-dua sifat air iaitu suci dan menyucikan seperti tanah
apabila mengubahkan air ia tidak menghilangkan sifat air yang menyucikan.
Tetapi jika ia panas yang menyebabkan tidak boleh dikenakan pada badan,
maka tidak boleh bersuci dengannya kerana ia adalah tanah dan bukan air.
Begitu juga garam lautan atau garam air, logam, za’faran dan lain-lain lagi, ia
tidak mengubah sifat air yang menyucikan.
d) Air bercampur dengan sesuatu yang dapat dipisahkan seperti minyak, tar, gala-
gala, lilin, ranting kayu, kapur barus dan ‘anbar, sekiranya ia tidak rosak atau
hancur di dalam air.
Ulama’ sependapat mengatakan harus berwudhu’ dengan air yang bercampur
dengan sesuatu yang suci yang tidak membawa kepada perubahan (tiga sifat) seperti
bercampur dengan sedikit kacang pul, kacang putih, bunga za’faran, dan lain-lain. Ini
kerana:
العجين أثر فيها جفنة من وزوجته اغتسل وسلم عليه الله صلى .
Maksudnya: Nabi Muhammad s.a.w. dan isterinya mandi menggunakan mangkuk besar
yang terdapat kesan tepung di dalamnya.
Air yang Suci dan Menyucikan, tetapi Makruh Tanzih digunakan Menurut
Pendapat Ulama’ Hanafi
Air yang sedikit yang diminum oleh binatang seperti kucing rumah, bukan kucing liar
(kucing hutan) kerana air sisa (su’ur)47 kucing liar adalah najis, ayam yang dilepas
memakan benda-benda yang kotor, burung yang makan secara menyambar dan
mencabut makanan dengan kukunya, ular dan tikus. Hukum tersebut adalah
berdasarkan istihsan, untuk memudahkan manusia dikelilingi oleh kucing dan kesulitan
untuk mengelak dari burung-burung liar tadi. Nabi s.a.w. menetapkan bahawa sisa
kucing adalah suci. Sabda Baginda s.a.w.:
والطوافات, عليكم الطوافين من إنها, بنج[س ليست إنها .
Maksudnya: Sesungguhnya ia (kucing) adalah suci, ia adalah yang berkeliaran di
sekeliling kamu.48
Hadith Riwayat Aisyah:
بفضلها يتوضأ ثم, تشرب حتى اإلناء الهرة إلى يغضي كان أنه .
Maksudnya: Baginda menghulurkan bekas kepada kucing untuk diminum, kemudian
Baginda berwudhu’ dengan sisa kucing itu.49
Tidak menjadi makruh jika tiada air lain. Menurut pendapat ulama’ Syafi’e, mulut
kucing dan sisanya adalah suci.
47 Baki air di dalam bekas selepas diminum oleh haiwan.48 Diriwayatkan oleh kumpulan lima periwayat, daripada Kibsyah binti Kalb bin Malik. Kata al-Tirmizi, Hadith ini Hasan Sahih, ia juga ditakrifkan oleh al-Baihaqi dan dinggap sahih oleh al-Bukhari, al-‘Uqaih, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Hakim dan al-Daruqutni. Nayl al-Autar, Jil. I, hlm. 48.49 Diriwayatkan oleh al-Daruqutni, Ibid.
Air Suci tetapi Tidak Menyucikan
Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, air ini boleh menghilangkan najis dari pakaian dan
tubuh badan, tetapi tidak menyucikan (mengangkat hadath), oleh itu tidak sah
berwudhu’ dan mandi hadath dengannya. Air ini terbahagi kepada tiga jenis:
1. Air yang bercampur dengan sesuatu dan mengubah salah satu daripada tiga
sifatnya (warna, bau dan rasa). Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, hal ini berlaku
apabila benda yang menghilangkan sifat menyuci itu mengatasi air, sama ada
beku atau cair. Air yang diatasi oleh benda beku ialah apabila ia menghilangkan
sifat air yang lembut dan cair atau menghilangkan sifat air yang lembut dan cair
atau menghilangkan sifat asal air (lembut, cair, menghilangkan dahaga dan
menumbuhkan tumbuhan) dengan sebab air direbus dengan benda-benda
seperti kacang putih atau adas, tanpa niat membersih seperti sabun atau garam,
kerana Nabi Muhammad s.a.w. mandi dengan air yang mengandungi kesan
tepung pada hal Baginda mandi junub, dan Baginda membasuh kepalanya
dengan daun khitmi (daun sejenis tumbuhan di air masin yang ditumbuk untuk
membasuh kepala), dan Baginda mengarahkan supaya jenazah seorang yang
mati ditendang unta, dimandikan dengan air dan daun bidara, dan mengarahkan
Qais bin ‘Asim supaya mandi dengan air dan daun bidara apabila beliau
memeluk Islam.
Air yang diatasi oleh benda cair yang tiada sifat, seperti air musta’mal dan air
mawar yang sudah hilang baunya. Hal ini berlaku apabila ia lebih banyak
daripada air suci. Seperti dua kati air musta’mal bercampur dengan satu kati air
mutlak, atau dengan sebab zahir dua sifat dari tiga sifat benda cair tersebut
seperti cuka yang mempunyai warna, bau dan rasa, tidak sah berwudhu’
dengannya apabila zahir dua daripada tiga sifatnya. Tetapi tidak pula dikira
sebagai hilang sifat menyuci jika zahir satu sifatnya sahaja, seperti susu yang
mempunyai warna dan rasa, tetapi tiada baunya.
Air yang diragui sifat menyuci oleh ulama’ Mazhab Hanafi ialah air yang diminum
oleh keldai atau baghal walaupun ia suci. Jika tiada air lain untuk berwudhu’,
boleh berwudhu’ dengan air tersebut tetapi selepas itu perlu bertayammum.
Menurut Ulama’ Syafi’e, air sudah tidak dapat digunakan lagi untuk mengangkat
hadath dan menghilangkan najis apabila semua benda suci yang bercampur
dengan air yang tidak diperlukan oleh air itu, apabila mengubah salah satu sifat
air dengan perubahan yang banyak dan mengubah nama air itu, dan benda yang
mengubah itu bukan tanah dan garam laut sekalipun dimasukkan dengan
sengaja ke dalam air seperti za’faran, air pokok, mani, garam bukit, buah kurma,
tepung, lumut, sabun, daun bidara dan sebagainya.
Menurut Ulama’ Mazhab Hanbali pula, hilang sifat menyuci pada air apabila
Dihasilkan melalui proses seperti air mawar, air bunga dan air tembikai,
apabila bahan tersebut lebih banyak daripada air;
Sesuatu yang suci yang mengubah air dari air menjadi pewarna atau
cuka;
Sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifat air dengan perubahan
yang banyak, seperti melalui masakan seperti air kacang pul air kacang
kuda, atau tidak melalui masakan seperti za’faran, garam logam, atau
lumut dan daun kayu atau yang seumpamanya yang dibuang secara
sengaja oleh orang yang berakal.
Oleh itu, tidak boleh berwudhu’ dengan air tersebut.
2. Air musta’mal yang sedikit, iaitu air yang kurang sukatannya daripada dua kolah.
Dari segi timbangan:
2 kolah = 500 (lebih kurang) kati Baghdad
= 446 3/7 kati Mesir
= 81 kati Sham
1 kati Sham = 2 ½
2 kolah = 195 113 kg
Dari segi sukatan:
2 kolah = 10 tin (ada pendapat mengatakan 15 tin atau 270 liter).
Dari segi ukuran:
1 ¼ hasta segi empat panjang, lebar dan dalam, berdasarkan hasta sederhana.
Bagi bekas bulat seperti telaga, 2 hasta dalam dan 1 hasta lebar.
Menurut pendapat ulama’ Hanbali, ukurannya ialah 2 ½ hasta dalam dan
1 hasta lebar.
Menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi pula, air musta’mal ialah air
yang telah digunakan untuk mengangkat hadath atau untuk mendapatkan pahala
seperti mengambil wudhu’ oleh orang yang sudah berwudhu’ untuk
mendapatkan pahala atau untuk sembahyang jenazah, masuk ke dalam masjid,
memegang al-Quran dan membacanya. Dan air menjadi musta’mal apabila
terpisah dari tubuh badan (air yang menyentuhi badan sahaja, bukan semua air).
Menurut ulama’ Mazhab Maliki pula, air musta’mal ialah air yang telah
digunakan untuk mengangkat hadath atau menghilangkan najis.
Musta’mal di dalam mengangkat hadath ialah air yang sama ada menitis
jatuh dari anggota, yang melekat padanya, yang terpisah sedikit darinya, atau
dibasuh anggota di dalamnya. Tetapi jika dicedok air dengan tangan dan
dibasuh anggota di luar bekas air tersebut, maka tidak menjadi musta’mal.
Air musta’mal adalah suci dan menyucikan, dan menurut pendapat yang
rajih, tidak makruh menggunakannya semula untuk menghilangkan najis, atau
membasuh bekas dan seumpamanya, tetapi makruh menggunakannya untuk
mengangkat hadath atau mandi sunat apabila ada air lain, sekiranya air itu
sedikit. Alasannya menjadi makruh ialah menjijikkan.
Menurut pendapat ulama’ Syafi’e, air musta’mal ialah air sedikit yang telah
digunakan untuk mengangkat hadath yang fardhu seperti siraman pertama ketika
mengangkat hadath, dan menurut pendapat yang asah di dalam qawl jadid, air
yang digunakan untuk mengangkat hadath yang sunat seperti siraman yang
kedua dan ketiga adalah suci dan menyucikan.
Air musta’mal yang suci boleh digunakan untuk menghilangkan najis dengan tiga
syarat berikut:
Menurut pendapat yang paling asah, hendaklah air itu mengalir di atas
tempat najis sekiranya ia sedikit supaya ia tidak menjadi najis
sebagaimana jika sebaliknya (jika tidak mengalir), kerana air menjadi najis
apabila terjatuh sahaja najis padanya.
Hendaklah air yang terpisah dari tempat najis itu masih tidak berubah
salah satu sifatnya, dan tempat itu menjadi suci.
Hendaklah timbangan air itu tidak bertambah setelah ditolak air yang
melekat pada kain dan kekotoran yang lahir pada air. Jika berubah air
atau bertambah timbangannya, atau tidak suci tempat yang terkena najis
iaitu masih ada warna najis dan baunya sekali, atau rasanya sahaja, dan
tidak rumit menghilangkannya, maka itu menunjukkan masih ada zat najis
itu.
Hukum air musta’mal menurut qawl jadid adalah suci tetapi tidak menyucikan,
maka tidak boleh berwudhu’ atau mandi hadath dengannya, dan tidak menghilangkan
najis, kerana ulama’ Salaf menggunakannya dan tidak mengelak dari percikannya, dan
di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
ا عاد وسلم عليه الله صلى انه Wوضوئه من عليه وصب فتوضأ, موته مرض في جابر .
Maksudnya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah menziarahi Jabir yang sedang sakit
tenat, lalu Baginda mengambil wudhu’ dan menjirus ke atasnya (Jabir) dengan air
wudhu’nya.
Jika kekurangan air, para sahabat tidak akan mengumpulkan semula air musta’mal
untuk digunakan semula atau diminum kerana air tersebut menjijikkan.
Dimaafkan air mutlak yang bercampur dengan sedikit air musta’mal. Menurut
pendapat yang paling asah, jika dikumpulkan air musta’mal sehingga sampai dua kolah,
maka kembali sifatnya yang menyucikan.
Menurut ulama’ Hanbali, air musta’mal ialah air yang telah digunakan untuk
mengangkat hadath besar, atau hadath kecil, atau air siraman yang ketujuh di dalam
menghilangkan najis, sebagaimana pendapat al-Madhhab, dan masih tidak berubah
salah satu sifatnya. Jika menggunakan air dengan tidak meniatkan untuk mengangkat
hadath, atau niat mencedok atau niat menghilangkan debu, atau menyejukkan badan,
maka air tersebut masih bersifat menyucikan.
Antara air musta’mal ialah:
Bil
.
Situasi Tindakan
1. Air yang sedikit yang dicelup tangan atau dibasuh
tangan oleh orang yang bangkit dari tidur malam,
dan celupan itu dilakukan sebelum basuh tangan
tiga kali.
Muslim
Berakal
Baligh
2. Air yang dicelup semua bahagian tangan hingga
ke siku.
Tetapi jika dicelup selang tangan, seperti muka dan kaki, maka tidak menjadi
musta’mal.
Air tidak menjadi musta’mal kecuali apabila terpisah dari tempat yang
digunakannya. Dimaafkan air musta’mal sedikit yang bercampur dengan air lain,
kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya berwudhu’ di dalam mangkuk dan
mandi di dalam pasu besar. Tetapi jika banyak percikan yang jatuh ke dalam bekas air
dan merosakkannya, maka tidak harus bersuci dengannya mengikut riwayat yang rajih.
Pendapat ini sama dengan pendapat ulama’ Syafi’e.
Terdapat dua riwayat mengenai hukum air musta’mal kerana digunakan untuk
bersuci yang sunat, seperti memperbaharui wudhu’, untuk siraman yang kedua dan
ketiga di dalam wudhu’, untuk mandi sunat Jumaat dan kedua-dua hari raya.
I. Hukumnya sama seperti air musta’mal kerana mengangkat hadath, kerana ia
adalah bersuci yang disyariatkan;
II. Hukumnya menyucikan, maka harus bersuci dengannya, kerana ia tidak
menghilangkan halangan bersembahyang, maka sama seperti menyejukkan
badan dengannya (pendapat yang rajih).
Menurut ulama’ Syafi’e, hukum air musta’mal ialah tidak mengangkat hadath dan
tidak menghilangkan najis.
Terdapat dua pendapat mengenai air musta’mal yang dikumpul sehingga sampai
dua kolah:
1. Masih tetap seperti asal (musta’mal);
2. Menyucikan, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
الخبث يحمل لم قلتين الماء كان إذا .
Maksudnya: apabila air mencukupi dua kolah, maka ia tidak menanggung najis.50
Apabila air musta’mal bercampur dengan air yang tidak musta’mal dan menjadi dua
kolah, maka semuanya menjadi suci, tetapi tidak menyucikan.
50 Diriwayatkan oleh kumpulan lima periwayat, al-Syafi’e, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi daripada ‘Abdullah bin Umar. Kata al-Hakim, hadith ini Sahih mengikut syarat keduanya.
Air Najis
Air najis ialah air yang terkena benda najis yang tidak dimaafkan seperti tahi, dan air
tersebut tidak mengalir serta sedikit.
Menurut pendapat ulama’ Hanafi, ukuran sedikit ialah yang kurang daripada
ukuran ukuran empat persegi 10 x 10 hasta biasa, maka ia menjadi najis sekalipun
tidak nampak kesan najis padanya.
Tetapi jika mencukupi ukuran 10 x 10 hasta kolam empat persegi, atau tiga puluh
enam, di dalam bekas bulat dengan keadaan tidak nampak dasarnya apabila dicedok
air darinya, maka menurut pendapat yang asah, ia tidak najis kecuali apabila nampak
sifat najis padanya.
Air yang mengalir menjadi najis apabila nampak kesan najis padanaya. Oleh itu,
air mutanajjis terbahagi kepada dua:
I. Air yang mempunyai sifat menyucikan yang sedikit, dan jatuh najis ke dalamnya
sekalipun tidak berubah salah satu sifatnya;
II. Air yang mempunyai sifat menyucikan, dan jatuh najis ke dalamnya serta
berubah salah satu sifatnya (warna, bau dan rasa).
Para ulama’ sependapat mengatakan air jenis kedua adalah najis. Ulama’
Syafi’e dan Hanbali sependapat dengan ulama, Hanafi mengatakan najis air jenis
pertama, kecuali menurut ulama’ Syafi’e, najis yang dimaafkan menurut pendapat
mereka seperti bangkai binatang yang tidak mengalir darah seperti lalat dan lebah
apabila terjatuh atau ditiup angin jatuh ke dalam air itu.
Menurut riwayat yang rajah dalam kalangan ulama’ Maliki, air jenis pertama
adalah menyucikan tetapi makruh menggunakannya untuk menghormati pendapat yang
berbeza darinya. Menurut pendapat ahli fiqh, air mutanajjis boleh digunakan untuk
minuman binatang, menyiram tanaman atau ketika darurat seperti dahaga.
Dari segi banyak atau sedikit air, Abu Hanifah mengatakan air yang banyak ialah
apabila dikocakkan di salah satu bahagiannya, bahagian yang lain tidak turut berkocak.
Air yang sedikit ialah yang kurang daripada ukuran empat persegi 10 x 10 hasta biasa.
Mazhab Maliki mengatakan air yang sedikit adalah makruh, iaitu sekadar satu
bekas untuk wudhu’ atau mandi atau yang kurang daripadanya. Jika termasuk najis ke
dalamnya seperti setitik, dan tidak berlaku perubahan, maka makruh menggunakannya
untuk mengangkat hadath atau untuk menghilangkan najis, atau terhenti di atas jenis
bersuci seperti bersuci yang sunat dan digalakkan, dan tidak makruh menggunakannya
pada kebiasaan.
Kadar sedikit menurut ulama’ Syafi’e dan Hanbali ialah dua kolah daripada kolah
Hajar (nama tempat) yang bersamaan dengan lima qirbah (satu qirbah bersamaan
dengan 100 kati Baghdad, maka dua kolah bersamaan dengan 500 kati Baghdad).
Apabila air mencukupi dua kolah, lalu terjatuh najis ke dalamnya, sama ada beku
atau cair, dan tidak berubah sifatnya, maka ia dikira suci dan menyucikan. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.:
الخبث يحمل لم قلتين الماء بلغ إذا .
Maksudnya: Apabila air mencukupi dua kolah, maka ia tidak menanggung najis.
Menurut al-Hakim, hadith ini sahih menurut syarah al-Bukhari dan Muslim, dan
ungkapan di dalam riwayat Abu Dawud dan perawi lain dengan sanad yang sahih ialah:
..... ينجس ال .فانه
Maksudnya: …… ia tidak menjadi najis.
“Tidak menanggung najis” dalam hadith di atas membawa maksud menolak najis dan
tidak menerimanya.
Jika terjatuh najis ke dalam benda cair, selain air yang banyak, sekalipun
mencukupi dua kolah, ia menjadi najis dengan semata-mata tersentuh najis itu, kerana
air adalah sulit untuk mengelak daripada najis, berlainan halnya dengan bahan lain
sekalipun banyak.
Pendapat yang rajih dalam kalangan ulama’ Syafi’e dan Hanbali menerima
hadith mengenai air dua kolah yang sabit sahih walaupun ulama’ Hanafi mengatakan ia
hadith mudtarib dan berlawanan dengan riwayat-riwayat kerana terdapat di dalam
riwayat yang menyebut: قالل ثالث بلغ dan di dalam ,(apabila mencukupi tiga kolah.…) إذا
riwayat yang lain pula menyebut قلة (satu kolah) dan menganggapnya tidak tahu kadar
kolah. Tetapi ulama’ Syafi’e telah menjawab semua hujah itu.
5. HUKUM TENTANG SISA MINUMAN DAN TELAGA
1. Hukum Sisa Minuman
Mazhab Hanafi
Air sisa minuman manusia dan binatang yang halal dimakan dagingnya adalah suci,
dan air sisa minuman anjing adalah najis. Ulama’ Mazhab Hanafi membahagikan
hukum sisa minuman kepada empat:
I. Air sisa minuman peminum yang suci dan tidak makruh: iaitu air sisa minuman
manusia jika mulutnya tidak dicemari oleh najis arak atau binatang yang halal
dimakan dagingnya seperti unta, lembu, kambing, selama mana binatang-
binatang tersebut tidak memakan najis dan tidak dalam keadaan mengunyah
makanan jika ia dari jenis binatang yang memamah biak.
II. Air sisa minuman peminum yang suci tetapi makruh tanzih menggunakannya
apabila ada air lain, iaitu sisa minuman kucing, ayam yang dilepas, unta dan
lembu yang memakan najis (yang tidak diketahui keadaannya), burung sewah
atau yang menyambar seperti helang, hereng dan gagak, dan binatang yang
terdapat di rumah seperti ular dan tikus, selama tidak nampak najis pada
mulutnya.
III. Air sisa minuman binatang yang suci, tetapi diragui menyucikan, iaitu air sisa
minuman baghal dan keldai kampung, maka boleh berwudhu’ atau mandi
dengan air itu, kemudian hendaklah bertayammum atau bertayammum dahulu
kemudian berwudhu’ atau mandi menggunakan air tersebut.
IV. Air sisa minuman binatang yang najis mughallazah (berat). Tidak harus
digunakan sekali-kali kecuali kerana darurat seperti memakan bangkai. Air
tersebut ialah air sisa minuman anjing, babi atau binatang buas seperti singa,
harimau bintang, seriga;la, kera, harimau dan hyena.
Mazhab Maliki
I. Air sisa minuman manusia, sekiranya dia seorang Islam dan tidak minum arak,
maka air sisa minumannya adalah suci dan menyucikan menurut ijma’ ulama’.
Manakala sekiranya dia seorang kafir atau minum arak, apabila dimulutnya ada
najis, maka air sisa minumannya adalah sama seperti air yang bercampur najis.
Menurut pendapat jumhur, apabila tiada najis di mulutnya, maka air sisa
minumannya adalah suci dan menyucikan.
Tetapi menurut ulama’ Maliki, adalah makruh menggunakan air sisa
minuman peminum arak sama ada dia seorang Islam atau kafir yang diragui
mulutnya, sebagaimana juga makruh air yang dicelup tangannya, kerana ia
sama seperti air yang dimasuki benda najis, tetapi tidak berubah.
II. Air sisa minuman binatang yang memakan najis, seperti kucing dan tikus.
Apabila didapati najis pada mulutnya, maka air sisa minumannya adalah sama
seperti air yang bercampur najis, tetapi jika didapati mulutnya bersih, maka air
sisa minumannya suci, dan jika tidak diketahui, maka dimaafkan bagi perkara
yang sulit untuk dielakkan, tetapi makruh menggunakannya. Dari segi kenajisan
benda yang dielakkan itu terdapat dua pendapat, pendapat yang rajih
mengatakannya suci.
III. Air sisa minuman binatang dan burung yang makan secara menyambar adalah
suci, tetapi makruh menggunakan air sisa minuman binatang yang tidak
terpelihara dari najis seperti burung.
IV. Air sisa minuman anjing dan babi adalah suci, dan menyucikan mangkuk yang
dijilat anjing sebanyak tujuh kali adalah ibadat semata-mata. Dari segi
membasuh mangkuk yang diminum oleh babi sebanyak tujuh kali ada dua
pendapat.
Mazhab Syafi’e dan Hanbali
I. Air sisa minuman manusia adalah suci, sama ada Muslim atau kafir dan hukum
ini disepakati oleh semua ulama’.
II. Air sisa minuman binatang yang halal dimakan dagingnya adalah suci. Menurut
Ibn al-Mundhir, “Ulama’ telah ijma’ bahawa air sisa minuman binatang yang halal
dimakan dagingnya, boleh diminum dan berwudhu’ dengannya”.
III. Air sisa minuman kucing, tikus, Ibn ‘Urs (weasel) dan seumpamanya daripada
binatang yang merayap seperti ular dan cicak adalah suci, harus diminum air
sisanya dan berwudhu’ dengannya. Dan menurut pendapat kebanyakan ulama’
sahabat dan tabi’in, tidak makruh air sisa minumannya itu, kecuali Abu Hanifah
yang mengatakan makruh berwudhu’ dengan air sisa minuman kucing, tetapi jika
berwudhu’ juga ia tetap dikira sah.
IV. Air sisa minuman binatang seperti kuda, baghal, keldai, binatang-binatang liar
yang halal dimakan dagingnya dan juga yang haram dimakannya adalh suci, dan
itulah riwayat yang rajih di kalangan ulama’ Hanbali, berdasarkan hadith riwayat
Jabir:
أفضلت وبما, نعم: قال الحمر؟ أفضلت بما أنتوضأ: سئل وسلم عليه الله صلى النبي أن
كلها السباع .
Maksudnya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah ditanya, “Adakah kita boleh
berwudhu’ dengan air sisa keldai?” Baginda menjawab, “Ya, dan juga air sisa
semua binatang buas”.51
Dan kerana binatang-binatang tersebut boleh dimanfaatkan bukan hanya
semasa darurat, maka ia suci seperti biri-biri, dan kerana Nabi s.a.w.
menunggang baghal dan keldai. Yang dimaksudkan dengan ungkapan “ia
adalah najis” dalam Hadith Nabi Muhammad s.a.w. mengenai keldai di dalam
Peperangan Khaibar ialah haram dimakan.
51 Riwayat al-Syafi’e dalam Musnadnya.
V. Air sisa minuman anjing dan babi dan yang lahir dari kedua-duanya atau salah
satu daripadanya adalah najis berdasarkan hadith Nabi s.a.w. mengenai anjing:
بالتراب أولهن مرات سبع فاغسلوه اإلناء في الكلب ولغ إذا .
Maksudnya: Apabila anjing menjilat mangkuk, maka basuhlah tujuh kali dan yang
pertama dengan air tanah.52
Babi sama seperti anjing, kerana ia lebih buruk daripada anjing. Hukum
anak daripada kedua-dua binatang tersebut sama dengan hukum ibunya kerana
ia mengikutnya dari segi kenajisannya.
Pendapat mazhab ini lebih rajih. Pendapat ulama’ Maliki yang
mengatakan menyuci mangkuk yang dijilat anjing adalah ibadah tidak dapat
difahami kerana pada asalnya wajib membasuh najis, berasaskan semua jenis
mandi, jika perintah membasuh itu ibadah, nescaya Nabi Muhammad s.a.w. tidak
akan memerintah supaya mencurahkan air, dan tidak akan dikhususkan
membasuh mangkuk yang dijilat sahaja, kerana perkataan mangkuk adalah
umum.
2. Hukum Telaga
1. Jika Manusia atau Binatang yang Jatuh ke Dalam Telaga itu masih Hidup
Telaga tidak menjadi najis dengan sebab jatuh manusia atau binatang yang halal
dimakan dagingnya ke dalamnya apabila ia keluar dalam keadaan yang hidup dan tidak
terdapat sebarang najis pada badannya.
Telaga menjadi najis apabila jatuh babi ke dalamnya atau termasuk air liur anjing
ke dalamnya. Air liur binatang-binatang lain yang tidak dimakan dagingnya seperti air
liur baghal, keldai, burung yang makan secara menyambar dan binatang liar yang jatuh
ke dalam air, maka hukum air mengikut mengikut hukum binatang itu dari segi suci,
makruh atau najis, maka wajib dibuang yang najis dan yang diragui hukumnya, dan
sunat dibuang yang makruh sebanyak beberapa baldi. Binatang yang najis ialah
binatang buas seperti singa dan serigala, dan binatang yang makruh ialah burung yang
52 Riwayat Muslim dan dalam riwayat al-Tirmizi yang sahih bermaksud: “….yang pertama atau yang akhir dengan air tanah”. Dan dalam riwayat Abu Dawud yang bermaksud: “…yang ketujuh dengan air tanah”.
makan secara menyambar seperti helang dan hereng, dan yang diragui ialah baghal
dan keldai.
Menurut pendapat ulama’ Hanbali, apabila tikus atau kucing dan seumpamanya
jatuh ke dalam benda cair atau air yang sedikit kemudian ia keluar dalam keadaan
hidup, maka benda cair atau air itu adalah suci.
2. Manusia atau Binatang Mati di dalam Telaga
(a) Ulama’ Hanafi mengatakan air telaga menjadi najis jika seseorang mati di
dalamnya. Hal ini kerana Ibn Abbas dan Ibn al-Zubair memberi fatwa di hadapan
para sahabat supaya membuang air telaga Zam Zam setelah seorang negro mati
di dalamnya. Pendapat tersebut berbeza dengan pendapat ulama’ mazhab-
mazhab lain yang mengatakan air telaga yang mana terdapat orang mati di
dalamnya adalah suci, sekalipun orang mati itu adalah kafir. Sabda Nabi s.a.w.:
ينجس ال .المؤمن
Maksudnya: Orang mukmin tidak najis.53
(b) Jika binatang darat seperti biri-biri, anjing, ayam, kucing dan tikus mati di dalam
telaga, maka air telaga itu menjadi najis.
(c) Air telaga tidak menjadi najis dengan sebab binatang yang tidak mengalir darah
mati di dalamnya seperti lalat, kumbang, lipas, tebuan, pijat dan kala jengking,
atau dengan sebab binatang air mati di dalamnya seperti ikan, katak, buaya,
udang, anjing laut dan babi laut, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
اآلخر وفي, داء جناحيه أحد في فإنه, لينزعه ثم, فليغسمه أحدكم شراب في الذباب وقع إذا
.شفاء
Maksudnya: Apabila jatuh lalat ke dalam minuman kamu, maka
tenggelamkannya, kerana sebelah sayapnya penyakit dan sebelahnya ubat.
Riwayat al-Bukhari, dan riwayat Abu Daud menambah:
الداء فيه الذي بجناحه يتقي وإنه .
Maksudnya: Kerana ia menyelamatkannya dengan sayapnya yang mengandungi
ubat.54
53 Riwayat al-Jama’ah kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi, daripada Huzayfah bin al-Yaman dengan ungkapan yang bermaksud: “Orang Islam tidak najis”. Dan menurut Ibn Abbas: “Orang Islam tidak najis baik semasa hidup atau mati”.54 Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah.
3. Benda Najis Jatuh ke dalam Air
(a) Telaga yang kecil menjadi najis dengan sebab terjatuh najis ke dalamnya
sekalipun najis itu sedikit, seperti setitik darah, setitik arak, kencing atau tahi.
Hendaklah dibuang semua air telaga itu setelah dibuang zat najis tersebut,
menyucikan telaga, pencedok, tali timba dan tangan orang yang mencedok air.
(b) Telaga tidak menjadi najis dengan sebab jatuh ke dalamnya tahi unta, kambing,
kuda, baghal, keldai dan lembu kecuali jika tahi kelihatan banyak atau jika timba
yang digunakan untuk mencedok air penuh dengannya.
Menurut pendapat ulama’ Syafi’e, tahi semua binatang adalah najis
kerana ia najis.
Ulama’ Maliki dan Hanbali pula mengatakan tahi dan kencing binatang
yang halal dagingnya adalah suci dan tahi serta kencing binatang yang haram
dagingnya adalah najis.
6. JENIS-JENIS BARANG YANG SUCI
Mazhab Hanafi
Semua bahagian binatang, selain babi, yang darah tidak mengalir di dalamnya, sama
ada hidup atau bangkai, dan sama ada yang halal dimakan atau tidak, sekalipun anjing
adalah suci, seperti bulu yang dipotong, infahah yang keras55, paruh, kuku dan urat
putih menurut pendapat masyhur, tanduk, kuku kaki, tulang yang tidak berlemak kerana
lemak bangkai adalah najis, oleh itu jika hilang lemak daripada tulang, maka hilanglah
najis, tulang sahaja adalah suci. Termasuk juga rambut manusia yang belum tercabut,
tulang dan giginya menurut pendapat al-Madhhab, tetapi rambut yang tercabut adalah
najis, kerana semua yang terpisah daripada benda hidup adalah sama seperti bangkai.
55 Infahah ialah suatu bahan yang diambil daripada usus anak lembu yang masih menyusu yang digunakan untuk membuat keju (rennet). Ulama’ sepakat mengatakan infahah yang keras adalah suci. Infahah yang cair dan susu yang terdapat di dalam labu susu bangkai binatang adalah suci menurut pendapat Abu Hanifah, tetapi menurut Abu Yusuf dan al-Hasan al-Shaybani adalah najis, dan pendapat yang azhar ialah pendapat mereka berdua sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Abidin.
Air mata benda hidup, peluhnya, air liur dan hingusnya adalah sama seperti air
sisa minuman dari segi suci dan najisnya. Menurut pendapat al-Madhhab, air liur
baghal dan keldai adalah suci, dan makruh air liur binatang yang makan secara
menyambar dan binatang rumah (tikus, kala jengking, ular, kucing dan seumpamanya).
Air liur dan air sisa minuman babi, anjing dan semua binatang buas adalah najis.
Air liur manusia adalah suci sebagaimana air sisa minumannya, kecuali ketika
dia meminum arak, mulutnya akan menjadi suci dengan membersihkannya atau
meminum air pada ketika itu juga atau dengan menelan air ludahnya sebanyak tiga kali.
Air yang membasahi kemaluan perempuan (rutubah al-Farj) adalah suci menurut
Imam Hanafi, tetapi pendapat Abu Yusuf dan Hasan al-Shaybani adalah sebaliknya.air
tersebut adalah berwarna putih antara warna mazi dan warna peluh yang membasahi
bayi sewaktu lahir daripada ibunya, air yang membasahi anak unta apabila lahir
daripada ibunya. Begitu juga telur, ia tidak menajiskan pakaian dan air, tetapi makruh
berwudhu’ dengannya. Bangkai binatang daratan yang tidak mengalir darahnya adalah
suci.
Tahi burung yang halal dimakan dagingnya yang berak di udara seperti merpati,
ciak dan seumpamanya adalah suci.
Begitu juga tahi burung yang haram dimakan dagingnya seperti helang, gagak
dan seumpamanya adalah suci menurut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf kerana
darurat, kerana burung tersebut berak di udara yang menyulitkan untuk mengelak
daripada terkena pakaian dan bekas-bekas.
Darah ikan adalah suci menurut Abu Hanifah dan Muhammad al-Hasan al-
Shaybani.
Darah yang melekat di dalam urat dan daging selepas sembelih adalah suci
kerana ia tidak mengalir, oleh itu halal dimakan bersama daging.
Jika dilipat kain yang kering serta suci di dalam kain yang najis serta lembab
yang tidak akan mengalir air jika diperah, maka kain yang bersih itu tidak akan menjadi
najis. Begitu juga kain yang lembab jika dihampar di atas tanah yang kering tetapi
najis, lalu lembab tanah itu, tetapi tidak zahir kesan najis pada kain itu, maka kain itu
tidak menjadi najis. Kain yang ditiup angin yang membawa najis tidak menjadi najis
kecuali jika lahir kesan najis padanya.
Mazhab Maliki
Menurut ulama’ Maliki, semua benda yang hidup termasuk anjing dan babi adalah suci
sekalipun ia memakan benda najis, begitu juga peluhnya, air mata, hingus, air liur yang
keluar selain perut, telur kecuali telur tembelang (berubah menjadi busuk, atau biru atau
berdarah) dan yang terbit selepas matinya, telur yang cair atau pecah di dalam yang
bercampur antara putih dan kuning telur, tetapi tidak busuk adalah suci. Semua benda
yang terbit dari binatang selepas matinya adalah najis jika ia dari bangkai yang najis.
Kahak yang terbit dari dada yang pekat seperti tahi adalah suci. Begitu juga
yang turun daripada otak manusia atau bukan manusia.
Air kuning yang melekat yang terbit daripada perut yang menyerupai pewarna
kuning za’faran adalah suci termasuk semua yang terbit daripada perut selagi tidak
berubah menjadi rosak seperti muntah yang berubah.
Mayat sekalipun kafir dan bangkai binatang tanah yang tidak berdarah adalah
suci. Tetapi bangkai kutu kepala, cicak yang tidak berdaging dan berdarah adalah
najis. Belalang tidak boleh dimakan kecuali disembelih dan seumpamanya. Ulat buah
dan ulat keju susu dan garam boleh dimakan sekalipun tidak disembelih. Dimaafkan
daripada dua ekor kutu atau tiga ekor kerana kesulitan.
Bangkai binatang laut daripada ikan dan lain-lain adalah suci sekalipun dapat
tinggal lama di darat seperti buaya, katak dan penyu, sekalipun mempunyai rupa babi
dan manusia.
Semua binatang yang boleh dimakan dagingnya melalui sembelihan adalah suci.
Tetapi binatang yang haram dimakan seperti baghal, kuda dan keldai,
penyembelihannya tidak menyucikan menurut pendapat yang masyhur dalam mazhab
ini. Anjing dan babi tidak akan menjadi suci sekalipun disembelih.
Mazhab Syafi’e
Semua binatang adalah suci kecuali anjing, babi dan keturunan kedua-duanya, dan
semua benda beku adalah suci kecuali yang memabukkan.
‘Alaqah (seketul darah beku) dan mudghah (seketul daging/ embrio), air yang
membasahi kemaluan perempuan daripada haiwan yang suci sekalipun yang tidak halal
dimakan, manusia atau binatang adalah suci.
Antara yang dikira suci ialah susu binatang yang halal dimakan, sekalipun
bangkai binatang kecil dan infahahnya jika diambil setelah disembelih, dan tidak
memakan selain susu sekalipun najis; air yang terpercik daripada semua binatang yang
suci seperti peluh, air liur, tahi dan kahak kecuali yang diyakini terbit dari perut, air kudis
atau melecur yang belum berubah; telur binatang yang suci sekalipun binatang yang
haram dimakan, sekalipun telur telah berdarah, dan telur ulat sutera.
Bangkai binatang laut sekalipun tidak dipanggil ikan adalah suci kecuali buaya,
katak dan ular. Bangkai belalang adalah suci, tetapi bangkai binatang darat yang lain
yang tidak mengalir darah seperti lalat, semut dan kutu anjing adalah najis.
Kesturi dan uncangnya yang terpisah semasa hidup atau sesudah disembelih
rusanya adalah suci, begitu juga kesturi musang jebat bukan daripada bulu musang
jebat darat dan ‘anbar (bauan yang diambil daripada tumbuhan atau tahi binatang laut)
adalah suci sekalipun ditelan ikan selama tidak hancur.
Antara ulama’ ijma’ yang mengatakan suci ialah bulu-bulu binatang yang halal
dimakan sekalipun diambil dalam keadaan busuk selepas disembelih atau semasa
hidup. Tetapi bulu yang diambil selepas mati adalah najis sebagaimana bulu yang
dicabut dari binatang yang tidak dimakan, adalah najis seperti bangkainya. Dimaafkan
sedikit asap najis dan sedikit bulu najis selain bulu anjing dan babi, menurut anggapan
biasa, begitu juga banyak bulu binatang tunggangan kerana sulit untuk
menghindarkannya. Dimaafkan sedikit wap yang terbit daripada najis jamban dan
angin yang terbit daripada punggung adalah suci.
Buah, pokok dan tanaman yang tumbuh daripada bahan najis atau yang disiram
dengan air najis adalah suci, tetapi hendaklah dibersihkan bahagian luar.
Mazhab Hanbali
Benda-benda yang suci ialah darah urat binatang yang halal dimakan setelah keluar
dengan sembelihan dan yang terdapat pada daging, kerana ia tidak dapat dihindarkan,
darah ikan dan kencingnya, kerana kalaulah ia najis, nescaya pengharusannya terhenti
di atas pencurahannya dengan sembelihan, dan kerana ia hancur dengan air, dan
kerana ia seperti hati.
Darah orang mati syahid sekalipun banyak apabila ia tidak terpisah daripadanya
adalah suci.
Begitu juga darah pijat, kutu kepala, kutu anjing, lalat dan seumpamanya yang
tidak mengalir darah adalah suci.
Hati dan limpa binatang yang halal dimakan adalah suci berdasarkan hadith:
ودمان ميتتان لنا .أحلت
Maksudnya: Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah.
Ulat sutera dan yang keluar daripada perutnya adalah suci.
Kesturi dan uncangnya (pusat rusa) adalah suci.
‘Anbar56 adalah suci berdasarkan riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas yang
bermaksud: “’Anbar adalah suatu yang diluah oleh laut”, ia adalah sejenis bauan.
56 ‘Anbar adalah sejenis bahan keras, tiada rasa dan tiada bau kecuali jika disapu atau dibakar, dikatakan tahi binatang laut.
Air yang mengalir dari mulut semasa tidur, dan wap yang keluar dari dalam perut
adalah suci kerana ia tidak bersifat dan tidak dapat dielakkan.
Kahak sekalipun biru adalah suci sama ada terbit daripada kepala atau dada
atau perut kerana mengikut riwayat Muslim, Nabi Muhammad s.a.w. memberi isyarat
supaya menyapunya yang terlekat pada pakaian ketika sembahyang.
Air kencing binatang yang halal dimakan dagingnya adalah suci. Adapun
al-‘alaqah manusia atau binatang yang suci adalah najis kerana ia adalah darah yang
keluar dari kemaluan. Begitu juga telur tembelang atau telur yang berdarah adalah
najis kerana ia adalah peringkat akhir bagi al-‘alaqah.
Darah, peluh, air liur dan tahi binatang yang halal dimakan dagingnya atau dari
binatang yang lain seperti kucing, tikus atau kurang daripadanya adalah suci, dengan
syarat bukan anak daripada binatang najis.
Bangkai binatang laut sekalipun tidak dipanggil ikan adalah suci, kecuali buaya,
katak dan ular adalah najis. Bangkai binatang darat, selain belalang, yang tidak
mengalir darah seperti lalat, semut dan kutu anjing adalah najis (sama seperti pendapat
ulama’ Syafi’e).
Bulu dan seumpamanya daripada semua binatang yang halal dimakan
dagingnya atau bangkai atau daripada binatang yang haram dimakan dagingnya jika
sekadar kucing atau lebih kecil daripadanya dan tidak dari keturunan najis, adalah suci,
tetapi asal bulu itu adalah najis.
RUMUSAN
Setelah kajian dan perincian yang dibuat tentang konsep taharah, solat dan puasa
berdasarkan empat mazhab utama iaitu:
o Mazhab Hanafi
o Mazhab Hanbali
o Mazhab Syafi’ie
o Mazhab Maliki
Tugasan ini bukan sahaja untuk menjadi prasyarat kepada kami untuk
meneruskan pengajian malah dapat menambah pengetahuan kepada kami
tentang hokum feqah berdasarkan ijmak para ulama’. Apa yang dapat
dirumuskan di sini ialah tentang peri pentingnya seorang individu untuk
memahami hokum bagi setiap ibdah yang dilakukan.terutamanya bagi seorang
guru yang bakal menjadi tempat rujukan bukan sahaja bagi anak murid malah
untuk masyarakat di sekeliling juga. Oleh yang demikian, kajian terhadap
keempat-empat mazhab itu terutamanya bagi mazhab Syafi’ie yang digunakan di
Malaysia menjadikan kita beribadah sama dengan masyarakat tempatan yang
lain. Dengan itu, maka, tidak mujudlah persengketaan dan perselisihan tentang
setiap ibdah yang dilakukan.
Konsep taharah yang penting untuk membolehkan seseorang itu beribadah
samada sembahyang ataupun memegang Al-Quran. Penyucian najis samada
daripada hadas besar mahupun kecil telah dibincangkan berdasarkan pendapat
empat ulama’.
Seterunya ialah solat, samada solat fardu ain ataupun fardu kifayah seperti
solat jenazah telah dibahaskan di dalam tajuk ini. Walau bagaimanapun, konsep
solat telah menerangkan tentang rukun dan syarat sah solat berlandaskan empat
mazhab agar dapat perincian yang lebih dalam.
Konsep yang ketiga ialah puasa. terdapat banyak jenis puasa samada puasa
wajib dan yang telah difardukan lima kali sehari semalam. Ketiga-tiga tajuk ini
telah diperincikan merujuk kepada kitab yang mu’tabar.
Kesimpulannya, kajian konsep solat, taharah dan puasa berdasarkan
pendapat dan pandangan empat ulama’ terkenal banyak memberi maklumat
kepada kami.
REFLEKSI
Nama : Siti Nurhafiza binti Tim
Syukur alhamdulillah, akhirnya tugasan secara berkumpulan ini siap sepenuhnya dan
sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak info dan pengetahuan baru yang saya
dapati. Saya berasa amat seronok kerana terpilih untuk melaksanakan tajuk yang
diberi iaitu, konsep puasa, solat dan taharah menurut empat mazhab.
Pengambilan tajuk-tajuk ini merupakan ibadah utama yang dilaksanakan
dalam Islam. Oleh itu, perasaan teruja hadir apabila berpeluang mengupas tajuk
ini dengan lebih lanjut.Tambahan lagi apabila dibandingkan pendapat ulama
diantara empat mazhab utama iaitu Syafi’i, Hanbali, Hanafi dan Maliki. Saya
dapat lihat konsep ibadah ini dengan lebih luas.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga saya membuat pembacaan
dengan menggunakan teknik pembacaan kritik keatas beberapa buah buku.
Daripada pembacaan tersebut, saya dapat mengambil beberapa isi daripada
sumber yang diyakini dan mengambil isi-isi penting sesuai dengan tajuk yang
diberi. Daripada pembacaan dan penelitian saya sepanjang menjalankan
tugasan yang diberi, saya dapat memahami beberapa perkara berkaitan dengan
tajuk yang saya kaji. Tentang konsep, syarat-syarat wajib dan sah serta
larangan-larangan yang tidak boleh dilakukan sepanjang ibadah yang dijalankan.
Kesimpulannya, saya dapat menambahkan pengetahuan saya yang
sebelum ini hanya terhad kepada beberapa perkara yang asas sahaja. Namun,
dengan berakhirnya tugasan ini, saya amat beruntung kerana banyak info yang
boleh saya praktikkan dan dapat menyampaikan ilmu ini kepada umat Islam
yang lain. InsyaAllah.
Nama : Wardyawaty Binti Rajikal
Untuk semester ini, tugasan bagi matapelajaran Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah
(PIM3105) telah di bahagikan kepada beberapa tajuk yang berbeza untuk dibahagikan
kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli. Oleh yang demikian,
kami telah mendapat soalan yang kedua iaitu:
Huraikan tentang kajian pandangan dan pendapat empat mazhab berkaitan
konsep taharah, solat dan puasa besertakan contoh.
Kami telah membahagikan tajuk tersebut kepada satu tajuk kepada setiap orang dan
saya mendapat tajuk solat. Kajian tentang solat berlandaskan empat pendapat ataupun
mazhab banyak membantu saya dalam mendapat keterangan yang lebih terperinci
tentang permasalahan ketika solat. Tugasan ini sangat selari dengan silibus untuk
semester ini dan secara tidak langsung telah membantu saya untuk menguasai tajuk
yang telah diberi. Daripada aspek bahan dan maklumat pula ternyata ada sedikit
kesulitan kerana buku yang mu’tabar yang terdapat di pusat sumber hanya sebuah dan
saya terpaksa berkongsi dengan rakan menyebabkan sukar untuk menyiapkannya
dalam masa yang singkat.
Tugasan ini sangat member manfaat kepada saya kerana melalui kajian yang dibuat
membuatkan saya yakin untuk melakukan sesuatu ibadah dengan betul berlandaskan
mazhab Imam Syafi’ie yang digunakan di Malaysia. Selain itu, saya juga berkeyakinan
untuk memberi penerangan terutamanya dalam bidang solat.
Di kesempatan ini, saya berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah penasihat Ustazah Mariah yang banyak member penerangan dan bantuan
sepanjang proses penyiapan yang diberikan. Seterusnya ialah kepada rakan
sekumpulan yang bersusah senang bersama. Juga kepada rakan-rakan yang lain yang
banyak berkongsi maklumat dan bahan serta pertukaran informasi sangat saya hargai.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung.
Nama: Noor Annisak binti Othman
Alhamdulillah, selesai sudah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya
untuk melaksanakan kerja kursus Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah untuk semester
ini. Tajuk yang telah diberikan kepada saya ialah konsep taharah. Taharah
sememangnya amat penting dalam kehidupan seharian kerana ianya merupakan kunci
kepada ibadah yang kita lakukan. Tanpa mengambil berat tentangnya, ibadah yang
kita lakukan adalah sia-sia sahaja.
Melalui tugas yang saya laksanakan ini, pelbagai perkara dapat saya ketahui
tentang taharah bukan sahaja dari aspek mazhab yang kita amalkan di negara ini, iaitu
mazhab Syafi’e, malah dari aspek tiga mazhab yang lain iaitu mazhab Hanafi, mazhab
Hanbali dan mazhab Maliki. Daripada keempat-keempat mazhab tersebut, terdapat
persamaan dan perbezaan dalam pendapat mereka. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang taharah yang mana saya tidak pernah
terfikirkannya sebelum ini.
Namun demikian, skop tajuk ini yang terlalu luas menyebabkan kami terpaksa
mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Tapi ianya amat berbaloi dengan
pengetahuan yang kami peroleh.
Saya berharap agar hasil tugasan yang kami peroleh ini boleh dijadikan tatapan
dan panduan untuk diri saya sendiri dan para pembaca. Wallahu a’lam. Sekian, terima
kasih.
RUJUKAN
Hassan Muhammad Ayub. (1989). Puasa I’tikaf Dalam Islam.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Prof. Dr. H. Aboebakar Atjeh.(1986) Ilmu Fikah Islam dalam Lima Mazhab.Kuala
Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Sayyid Sabiq. (2001 ) Fikih Sunnah Jilid 3-4. Kuala Lumpur : Victory Agencie