www.ukm.edu.my/alumni
ISSN 1985-9392
BIL. 16
NOV 2018
The National Universityof Malaysia
BULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Sidang Redaksi
senadiBULETIN ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penaung
Penasihat
Ketua Editor
Editor
Editor Teknikal
Editor Pengurusan
Pembantu Editor
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Prof. Madya Dr. Hj. Roslee Rajikan
Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan
Dr. Lai Wei Sieng
Puan Farah Farzana Rasol
En. Farhan Ishak
Puan Norazlin Syahidah Ali Puan Rosnita Manap Puan Mimi Sharina Ash’ari
Juru Gambar
En.Wan Nursyaffiq Wan Mahamood
IR. DR. NAZRUL ANUAR NAYANPengarahPusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM)
Cik Nur Aqilah Mohd Roseli
En. Mohammad Hafiz Mohd Ali
En.Wan Nursyaffiq Wan Mahamood
En. Mohammad Hafiz Mohd Ali
Assalamualaikum dan salam sejahtera alumni hebat dan
seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah
diucapkan kerana dengan izinNya Majalah SENADI bilangan
ke-16 berjaya diterbitkan dengan bantuan daripada semua pihak
terutamanya para alumni, fakulti dan kolej kediaman. Pusat
Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah distruktur semula
pada 16 Julai 2018 dan diberi tanggungjawab sepenuhnya
berkenaan hal-ehwal perhubungan alumni. Dengan satu pasukan
yang kukuh, kami berusaha untuk terus bergerak bagi
memastikan hubungan antara UKM dan alumni sentiasa kukuh.
Banyak aktiviti bersama alumni telah disusun agar hubungan
baik tersebut dapat dicapai dan dimanfaatkan kedua-dua pihak
iaitu alumni dan universiti. Antara program yang terkini adalah
Program Larian Nostalgia Alumni 2018. Program ini telah
mendapat sambutan yang baik daripada alumni dan hasil
daripada program ini, ALUMNI-UKM telah berjaya mengumpul
dan mengesan lebih ramai alumni untuk mendapatkan maklumat
terkini mereka serta berjaya mengumpul dana bagi Tabung
Kebajikan Pelajar.
SENADI mengambil peluang untuk memaparkan kisah-kisah
kejayaan alumninya dan kali ini, SENADI telah memilih tokoh
alumni seperti Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng dan
Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria yang sudi berkongsi pengalaman
kejayaan sepanjang karier mereka yang boleh memberikan
inspirasi kepada para pelajar. Selain itu, majalah ini turut
memuatkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
oleh ALUMNI-UKM dan keratan-keratan akhbar yang menun-
jukkan kejayaan serta kehidupan alumni UKM.
Akhir kata, saya berharap agar para alumni terus bersemangat
untuk bersama-sama barisan pentadbiran UKM dalam usaha
memastikan UKM sederap terkehadapan. UKM dan alumni
berpisah tiada!
Cik Nur Fadzrin Tarmizi
Prof. Madya Dr. Hj. Roslee RajikanTimbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Siswa & Alumni)
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana UKM masih utuh berdiri
dan terus terkehadapan melangkaui jangkaan. Bagi
menggerakkan program-program alumni yang dirancang
agar lebih efektif dan tersusun, saya menyeru agar para
alumni dapat mengemaskini data peribadi melalui Sistem
Maklumat Alumni UKM. Ini akan membolehkan kami
menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua
alumni yang dihormati. Pihak universiti juga mengalu-
alukan kerjasama, sokongan dan keterlibatan para Alumni
dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh
UKM.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Pengarah
Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) yang
baharu iaitu Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan. Saya yakin dan
percaya dengan penstrukturan semula ALUMNI-UKM
pada 16 Julai 2018, usaha menjejaki para alumni secara
aktif akan diteruskan sehingga semua alumni UKM
berjaya dijejaki, inshaAllah.
Jutaan terima kasih juga kepada alumni-alumni UKM
yang sudi membantu mahasiswa baharu menyelesaikan
tugasan penghasilan ‘Video Bersama Alumni’ untuk
memenuhi syarat kemasukkan ke UKM pada sesi 2018-
2019. Cetusan idea YBhg. Tan Sri Naib Canselor
merupakan satu perkara diluar kebiasaan dan mencabar
kelaziman kerana ianya yang pertama di Malaysia.
Alumni-alumni UKM secara tidak langsung dapat
berkongsi cerita dan memberikan nasihat kepada
mahasiswa baharu. Maklumat dan keberadaan alumni
dapat diperolehi menerusi carian berdasarkan
#masukukm2018 dan #sayaalumniukm. Terima kasih
sekali lagi kepada semua alumni yang terlibat kerana telah
membantu dan memberikan semangat kepada mahasiswa
baharu UKM.
Peranan alumni di luar sana memberikan impak yang
penting iaitu sebagai Duta UKM di dalam menzahirkan
dan juga memperlihatkan kehebatan dan keunggulan
UKM bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan
dipersada antarabangsa. Pihak Universiti amat berharap
agar alumni-alumi UKM dapat kembali ke kampus untuk
mencurahkan bakti dalam pelbagai bentuk termasuklah
daripada segi kepakaran, perkongsian pengalaman,
bantuan kewangan dan sebagainya. Segala usaha
memaksimakan peranan alumni kepada universiti ini
bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan yang erat
dikalangan alumni tetapi memantapkan hubungan
bersama pihak universiti.
UKM mendoakan agar alumni-alumni UKM akan terus
menempa lebih banyak kejayaan di dalam bidang
masing-masing dan secara tidak langsung akan
mengharumkan nama universiti serta membakar
semangat mahasiswa baharu untuk berjaya seperti
alumni mereka.
UKM Menjuarai!
Salam Alumni Hebat!
Sekian.
PROF. MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN
Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)
Alumni FST (FSH) 1994
CERITA
ALUMNI
Dr. Chen Pelf Nyok
(FST 2018)
Dr. Chen Pelf Nyok, 37, merupakan individu pertama
yang melanjutkan pengajian dalam bidang
penyelidikan tuntung dan kura-kura di Malaysia.
Pengajiannya di peringkat ijazah Doktor Falsafah
(Phd) dalam bidang Zoologi di UKM telah mendapat
biasiswa daripada CIMB Foundation Regional
Scholarship pada tahun 2011.
Dr. Chen telah menerima Anugerah Commonwealth
Point of Light daripada Ratu Elizabeth II pada 2 Julai
lalu hasil usahanya melindungi spesis tuntung dengan
kerjasama kerajaan dan masyarakat tempatan.
Anugerah berkenaan diberikan kepada seorang
penerima daripada 53 negara anggota Komanwel
sebagai menghargai kerja sukarela yang dilakukan di
mana alumni UKM ini merupakan rakyat Malaysia
kedua yang menerima pengiktirafan ini.
Alumni UKM hebat ini juga merupakan pengasas
bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura
dan Penyu Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan
semata-mata untuk memulihara tuntung, kura-kura dan
penyu daripada diancam kepupusan dan memastikan
generasi akan datang dapat melihat sendiri spesis ini.
Usaha Dr. Chen ini mendapat sokongan daripada
penduduk kampung yang terlibat di sekitar daerah
Kemaman, Terangganu. Kehadiran alumni UKM ini
yang telah mendidik penduduk setempat berkenaan
perlunya usaha menyelamatkan spesis tuntung telah
menyebabkan beliau mendapat gelaran Mek Tuntung.
Gelaran Mek Tuntung yang diberikan kepada alumni
UKM ini telah membuatkan beliau lebih dekat dengan
penduduk kampung setempat dan lebih memudahkan
beliau untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka
terutamanya dalam misi memelihara spesis tuntung ini.
Semoga usaha beliau akan menjadi inspirasi kepada
warga UKM untuk bersama-sama memelihara flora dan
fauna di Malaysia.
Senyuman Mek Tuntung Alumni UKM
Nur Hikmah Zainal
Abidin (FSK 2002)
Nur Hikmah Zainal Abidin merupakan alumni UKM
dalam bidang Sains Bioperubatan. Selepas bergraduasi
pada tahun 2002, Nur Hikmah telah mengikuti Kursus
Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Perlis
pada tahun 2003 dalam bidang Sains Sekolah Rendah.
Alumni UKM hebat ini sangat optimis dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang 15
tahun menjadi pendidik. Beliau kini merupakan guru
mata pelajaran Sains di Sekolah Berprestasi Tinggi
iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, Kota Bharu,
Kelantan untuk pelajar Tahun 5 dan 6.
Alumni UKM ini bukan sahaja komited dalam
menjalankan amanah sebagai guru dan mempunyai
kaedah yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar, malah dalam masa yang sama beliau
turut berusaha menjaga hubungan baik bersama para
pelajarnya. Hal ini penting untuk memastikan ilmu
yang diberikan dapat diterima dan diserap dengan baik
bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT).
Hasil kesungguhan mendidik anak bangsa, Nur
Hikmah telah berjaya merangkul Pingat Emas di
Kolokium Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi
di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland
pada tahun 2015. Alumni hebat UKM yang kini
bergelar guru cemerlang juga sudah tiga kali menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu pada
tahun 2006 (SK Convent), 2011 (SK Peringat) dan
2017 (SK Zainab). Tahun 2016 melakar satu lagi
sejarah dalam kehidupan alumni UKM ini apabila
beliau turut menerima Anugerah Guru Berinovatif
Peringkat Sekolah Rendah ketika sambutan perayaan
Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan.
Cikgu Nur Hikmah menasihati seorang guru harus
menjadi contoh yang terpuji, ikhlas, jujur dan amanah.
Guru yang berkualiti juga harus memainkan peranan
sebagai pelindung emosi, penyemarak potensi dan idea
pelajar. Tambahnya lagi, tidak semua pelajar sentiasa
positif dan dalam keadaan yang stabil. Dalam situasi
ini guru hendaklah dapat menghilangkan perasaan
negatif agar pelajar merasa gembira dan ceria untuk
menerima ilmu yang bakal diberikan.
Alumni Hebat UKM : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
CERITA
ALUMNI
ALUMNI
TEMUBUAL
Dato’ Ir. Muhamad
Guntor Mansor Tobeng
(FKAB 1987)
YBhg. Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem tahun 1987. Beliau
merupakan kumpulan graduan pertama Fakulti Kejuruteraan UKM dan kini beliau merupakan
Ketua Pegawai Eksekutif, Gading Kencana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan bidang
penjanaan tenaga suria (sel solar). Gading Kencana Sdn Bhd telah menerima banyak anugerah
dan pengiktirafan antaranya adalah Anugerah Enterpris 50 2016 oleh Perbadanan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Tokoh Usahawan Anugerah
Usahawan MARA. Ikuti hasil temu bual eksklusif Alumni-UKM bersama alumni hebat ini yang
mampu memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjaya.
-
-
-
-
-
-
-
Aktif Berpersatuan Melatih Diri Menjadi
Pemimpin
Pengalaman yang terbaik beliau ketika berada di
UKM adalah berpeluang melibatkan diri dengan
persatuan-persatuan pelajar. Beliau berpendapat, ia
merupakan satu platform untuk mengembangkan
ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan pengurusan.
Para pelajar perlu bijak menguruskan masa dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah
dan juga masa berpersatuan. Latihan menguruskan
masa ini amat berguna bagi alam pekerjaan kelak
di mana tugasan perlu disiapkan dalam masa yang
singkat. Antara pengalaman lain beliau yang turut
berharga di UKM adalah mendapat peluang
mempelajari perkara-perkara baharu secara terus
dari pihak luar seperti pihak industri, kementerian
dan banyak lagi. Ujar beliau lagi, Pusat Hal Ehwal
Pelajar UKM banyak membantu persatuan-
persatuan pelajar di UKM dalam penganjuran
program dan aktiviti. Sebagai contoh, beliau
dan rakan-rakan pernah menganjurkan program
penggunaan komputer untuk sekolah-sekolah
luar bandar.
Sarjanamuda merupakan langkah pertama dalam
kehidupan dan masa hadapan seterusnya terletak di
tangan diri sendiri untuk menentukan hala tuju
kehidupan. Beliau merasakan bahawa UKM
banyak membantu membentuk pelajar menjadi
seorang pemimpin yang mampu menyelesaikan
masalah dengan baik. Itulah kelebihan menjadi
seorang mahasiswa di UKM.
Pengalaman Menempuhi Alam Pekerjaan dan
Perniagaan
Beliau tamat pengajian di UKM ketika Malaysia
menghadapi kemelesatan ekonomi pada tahun
1987. Ketika itu, ramai graduan ingin bekerja
dalam sektor kerajaan dan beliau turut bercita-cita
untuk menjadi seorang polis.
Oleh kerana beliau yang mendapat tajaan
biasiswa syarikat Philips dan sering diberi peluang
bekerja di kilang Philips setiap cuti semester, minat
untuk terus bekerja di sektor perkilangan muncul.
Selesai pengajian, beliau telah menghadiri temu-
duga di Syarikat Philips dan ditawarkan bekerja di
ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur di Bahagian
Pemasaran. Beliau berkhidmat dengan syarikat
Philips selama 10 tahun. Selepas 10 tahun dan
ekonomi negara semakin baik, beliau mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan dan
membangunkan syarikat bersama rakan kongsi.
Cabaran yang dihadapi pada masa tersebut
adalah kejatuhan nilai mata wang dan banyak
kerugian yang berlaku. Walau bagaimanapun,
beliau tetap nekad untuk membangunkan syarikat
sendiri yang diberi nama Gading Kencana pada
tahun 1998 dengan memfokus kepada pembeka-
lan peralatan solar.
Cabaran untuk menguruskan sesebuah syarikat
adalah sangat tinggi dan beliau bertuah mendapat
sokongan kuat dari isteri beliau. Justeru, beliau
menjadikan isteri beliau sebagai rakan kongsi
syarikat. Kebanyakan urusan berkaitan akaun dan
pengurusan syarikat, diuruskan oleh isteri beliau
iaitu Datin Hasnah Awang yang juga merupakan
alumni UKM Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
tahun 1985. Beliau dan isteri beliau merupakan
tunjang pembangunan Gading Kencana sehingga
kini.
Kunci Kejayaan
Disiplin adalah perkara yang penting dipupuk
dalam diri. Disiplin pada diri beliau banyak diben-
tuk melalui penglibatan beliau dalam persatuan
semasa pengajian di UKM. Setiap tugasan yang
diamanahkan perlu dibuat dengan betul dan
disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Kedua, bagi beliau adalah pendedahan. Pengala-
man ketika beliau bekerja dengan syarikat Philips
amat bermakna. Beliau mempelajari cara bekerja
dan bagaimana berurusan dengan pelbagai jenis
sikap manusia dan seterusnya mempersiapkan diri
beliau untuk membangunkan syarikat sendiri.
Apabila bekerja sendiri, beliau dapati kesempur-
naan dan kemahiran penyelesaian masalah amat
penting. Ketika beliau berkhidmat di syarikat
Philips, beliau ditugaskan di bahagian berkaitan
electro acoustic sound system. Perniagaan syari-
kat beliau sekarang adalah berkaitan tenaga solar.
Pengalaman bekerja di syarikat lama, beliau
gunakan sepenuhnya untuk membangunkan syari-
kat sendiri. Syarikat beliau kini mempunyai 70
orang pekerja dan disiplin merupakan kunci
utama yang beliau tekankan bagi memastikan
prestasi syarikat berada di tahap terbaik.
ALUMNITEMUBUAL
Dr. Haji Ahmad Kamal
Zakaria (FEP 1987)
Kecekalan Alumni UKM Meniti Tangga Kejayaan
Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria merupakan graduan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
UKM tahun 1987 dari Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan. Beliau kini adalah Ketua Pegawai
Eksekutif, Tele-Flow Corporation Sdn Bhd yang
terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan
menara telekomunikasi. Syarikat beliau juga telah
disenaraikan di dalam Program Syarikat Bumiputera
Berprestasi Tinggi (TeraS) oleh pihak TERAJU.
Latar Belakang Keluarga dan Pendidikan
Beliau dilahirkan dalam keluarga yang agak besar
yang terdiri daripada 6 orang adik-beradik dan meru-
pakan anak bongsu. Bapa beliau adalah seorang
anggota polis dan ibu pula seorang suri rumah.
Dengan berkat didikan ibu bapa beliau yang amat
mementingkan pendidikan, kesemua adik-beradik Dr.
Haji Ahmad Kamal merupakan graduan universiti.
Pendedahan Dr. Haji Ahmad Kamal dalam bidang
perniagaan bermula sejak kecil. Ibu beliau membuat
dan menjual makanan kudapan sagon dan beliau
menjualnya kepada rakan-rakan di sekolah. “Setiap
hari saya akan membawa 20 bungkus sagon.
Satu bungkus sagon berharga 5 sen. Setiap hari saya
akan pulang dengan RM1 hasil jualan sagon tersebut”
kata beliau. Itulah titik permulaan bagaimana beliau
mula minat dalam menceburi bidang perniagaan. Kini
beliau mempunyai 5 orang anak dan salah seorang
anak beliau juga merupakan pelajar UKM yang
sedang mengikuti jurusan Perakaunan di Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan. Anak beliau yang kini
sedang menjalani latihan industri di syarikat beliau
sendiri berminat mengikuti jejak langkahnya menjadi
seorang usahawan.
Pengalaman Suka Duka Ketika Belajar di UKM
Sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara yang
telah mempunyai pengalaman tinggal di asrama,
beliau mendapati pengalaman mengikuti pengajian di
UKM merupakan pengalaman yang amat menyero-
nokkan. Terutamanya apabila beliau sudah mempun-
yai ramai kenalan walaupun di hari pertama berada di
kampus. Beliau ditempatkan di Kampung Siswa
(Kamsis) A semasa di UKM dan kemudian berpindah
ke Pangsapuri UKM. Beliau juga pernah tinggal di
Kamsis E pada tahun akhir pengajian.
Tempat paling dirindui
Tempat yang paling saya suka dan meluangkan
banyak masa ialah Masjid UKM.
Idea untuk memulakan perniagaan dan cabaran
yang dihadapi
Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat di
Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tempoh
satu tahun lebih. Kemudian beliau mendapat tawaran
bekerja di (Arab-Malaysian Development Bank
Berhad (AMDB) sebagai Pengurus Kewangan Kor-
porat. Beliau menjadikan Tan Sri Dato' Azman bin
Hashim sebagai ikon beliau dan ketika itulah minat
untuk membangunkan perniagaan sendiri timbul.
Setelah bekerja AMDB selama hampir 2 tahun, beliau
tekad untuk menceburi sektor perniagaan pembuatan.
Beliau bermula dengan menyewa sebuah kilang di
bandar Sunway dan memberi peluang pekerjaan
kepada pelajar-pelajar dari Institusi Kemahiran
MARA.
Pada permulaan operasi syarikat, beliau hanya
mengambil seramai 7 orang pekerja sahaja. Syarikat
beliau tersebut menjalankan operasi pembuatan jigs
dan fixture dan perniagaan tersebut telah memberi
keuntungan yang memberangsangkan. Walau
bagaimanapun, selepas 5 tahun, beliau mengambil
keputusan untuk menghentikan operasi kerana
persaingan terlalu sengit dan menyebabkan kejatuhan
harga produk yang sangat teruk. Beliau kemudian
mendapat kontrak pembinaan pondok telefon awam
di Malaysia dan juga di Makati City, Filipina. Walau
bagaimanapun, perniagaan tersebut sekali lagi jatuh
pada tahun 1998 disebabkan perkembangan
teknologi.
Penggunaan telefon bimbit ketika itu semakin
meluas dan mengakibatkan pengurangan penggunaan
telefon awam. Beliau kemudian menyusun semula
strategi dan memulakan semula perniagaan pada
tahun 2001 dalam bidang perniagaan berkaitan pem-
binaan dan penyelenggaraan menara telekomunikasi.
Beliau bermula dengan memiliki menara telekomuni-
kasi sendiri dan menyewakan pada syarikat-syarikat
pengendali telekomunikasi. Pada awalnya, banyak
pihak yang kurang yakin akan perniagaan ini
memandangkan ianya memerlukan pelaburan kos
yang terlalu tinggi. Tetapi dengan keyakinan dan
kepercayaan terhadap perniagaan ini, beliau terus
mara ke hadapan. Kini, beberapa menara
telekomunikasi yang beliau miliki telah pun penuh
disewa oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis,
Digi, Celcom, UMobile, YTL dan Sapura. Selain
perniagaan telekomunikasi, beliau turut
meluaskan sayap perniagaan beliau dalam bidang
pengurusan aset, penternakan kambing Boer dan
sektor pemakanan.
Nasihat untuk Graduan yang Ingin Menceburi
Bidang Perniagaan.
Beliau menasihati graduan UKM yang berminat dan
ingin membangunkan perniagaan sendiri agar perlu
berusaha ke arah skala besar tetapi kekal fokus,
berani serta mempunyai jaringan yang baik. Graduan
perlu berusaha sebaik yang mungkin dan perlu
bersedia dari segi mental untuk menghadapi sebarang
cabaran yang mendatang serta sentiasa redha kepada
Allah. Dari pengalaman beliau, jatuh bangun
sesebuah perniagaan adalah lumrah tetapi seseorang
usahawan perlu sentiasa terbuka dan sentiasa berfikir
ke hadapan.
UKM@
Media
CERITA
ALUMNI
Dr. Chen Pelf Nyok
(FST 2018)
Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Bin Mahmood
merupakan Graduan Fakulti Kejuruteraan dan Alam
Bina. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem pada
tahun 1999. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah
Sarjana Kejuruteraan Elektrik dari Universiti
Teknologi Malaysia (2001) dan Doktor Falsafah dari
University of Warwick, United Kingdom (2009).
Hari ini, beliau merupakan seorang Prof. Madya di
Bahagian Kejuruteraan Elektronik dan Komputer,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). Dari segi akademik, beliau mempunyai
kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan,
Pemprosesan Imej, Elektronik dan Kejuruteraan
Rehabilitasi. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua
Jabatan Bioinstrumentasi dan Pemprosesan isyarat dan
terkini, beliau merupakan Pengarah Bahagian
Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.
Selain akademik, beliau sangat aktif dalam sukan
catur. Beliau merupakan Jurulatih pasukan catur negara
pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 yang
berlangsung di Kuala Lumpur dan Sukan Para Asia
2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. Pasukan
catur Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat
Emas, 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa pada Sukan
Para ASEAN 2017. Di peringkat negeri, beliau adalah
Presiden Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri
Johor (PCOKUNJ).
Alumni UKM Kebanggaan Negara
Prof. Madya Dr.
Nasrul Humaimi Bin
Mahmood (FKAB
LARIAN
NOSTALGIAALUMNI
BerlariSambil
mengimbas memori....
-
AKTIVITIALUMNI
Larian Nostalgia Alumni UKM 2018 telah berlangsung
pada 25 Ogos 2018 di Dataran Panggung Seni, UKM.
Hampir 300 orang alumni telah terlibat dalam program
larian tersebut yang meliputi jarak sejauh 10 km dan 5 km
di dalam kawasan kampus UKM. Alumni dapat
mengimbas kembali kenangan mereka semasa di zaman
kampus kerana meraka akan melalui kawasan fakulti dan
kolej kediaman di sepanjang laluan larian.
Program ini juga telah dihadiri oleh Naib Canselor
UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan
Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan
Alumni), Prof Madya Dr Roslee Rajikan dan Timbalan
Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan
Masyarakat), Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Universiti,
Dato’ Dr Ahmad Tasir Lope Pihie, Timbalan Naib
Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa),
Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa dan
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ir Dr Nazrul
Anuar Nayan.
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan
Ghazali dalam ucapan aluannya berkata, beliau
teruja dengan kehadiran para alumni yang kembali
ke kampus UKM dalam mengimbau kembali
peristiwa suka duka, pahit manis suatu ketika dahulu
sewaktu menyambung pengajian di universiti ini.
Katanya, UKM tidak pernah melupakan para
alumni yang telah mengharumkan nama universiti
ini walau di mana mereka bertugas kerana UKM
sentiasa menyokong para alumninya meningkatkan
kecemerlangan dalam bidang masing-masing yang
diceburi.
Program Larian Nostalgia Alumni UKM akan
dijadikan acara tahunan dan dalam masa yang sama
Alumni-UKM sedang merancang program larian
yang lebih menarik sempena 50 tahun penubuhan
UKM.
ALUMNI-UKM mengucapkan ribuan terima kasih
kepada para penyumbang yang telah memberikan
sumbangan bagi menjayakan Larian Nostalgia
Alumni UKM 2018 dan berharap para alumni dapat
terus menyumbang untuk pembangunan universiti
pada masa hadapan.
SEKITAR LARIAN
NOSTALGIAALUMNI
BerlariSambil
mengimbas memori....
BICARAALUMNI
YBhg. Prof. Datuk Dr. Che Muhaya Mohamad (Fakulti
Perubatan 1991), merupakan alumni hebat UKM yang
telah dijemput ke program Bicara Alumni pada 14 Mei
2018 di Bilik Seminar, UKM-Karier. Alumni hebat ini
merupakan seorang doktor pakar mata dan pakar
motivasi yang terkenal dan sering keluar di kaca
televisyen. Di Bicara Alumni ini, alumni hebat UKM ini
sempat berkongsi kisah kejayaan beliau, memberi
kata-kata motivasi dan tips untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian agar menjadi manusia kelas
pertama. Beliau sangat menekankan kepada aspek
kerohanian dan kepercayaan kepada Allah SWT
dalam setiap tindakan yang dilakukan. Beliau juga
berharap agar mahasiswa UKM dapat menggunakan
sebaiknya ilmu yang telah diberikan supaya menjadi
pemangkin kepada kejayaan masa akan datang.
Program Bicara Alumni ini telah berlangsung pada 16
April 2018 di Dewan Sarjana, Fakulti Pengajian Islam,
UKM. Alumni hebat yang sudi memberi ceramah dan
berkongsi pengalaman kepada pelajar UKM pada kali
ini ialah Tuan Hj. Annas Ahmad (Fakulti
Undang-Undang 1996). Alumni hebat ini merupakan
Ketua Pegawai Eksekutif di My-Sutera Sdn Bhd
(Canggih). Beliau telah berkongsi berkenaan
pengalaman peribadi dan memberi tips-tips berguna
kepada mahasiswa UKM untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Beliau telah membuktikan
bahawa dengan merentas disiplin ilmu daripada
bidang guaman kepada keusahawanan juga
membolehkan seseorang mencapai kejayaan dengan
syarat mestilah sentiasa yakin dan kreatif dalam
mencipta peluang perniagaan. Dalam sesi ini, alumni
hebat UKM ini juga mengingatkan mahasiswa UKM
agar memperkasakan diri untuk persediaan alam
pekerjaan kelak. Beliau menekankan kepada tiga
aspek penting iaitu kemahiran penyelesaian masalah,
kemahiran komunikasi dan kebijaksanaan dalam
menghadapi birokrasi agar mahasiswa tidak mudah
berputus asa apabila berhadapan dengan dunia
sebenar selepas bergraduasi kelak. Turut hadir
semasa program ini ialah Prof. Madya Dr. Hj. Roslee
Rajikan, Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar
dan Alumni (HEPA).
Prof. Datuk Dr. Che Muhaya
Mohamad (FPER 1991)
Doktor Pakar Mata dan Pakar
Motivasi
Tuan Hj. Annas Ahmad (FUU 1996)
Ketua Pegawai Eksekutif
My-Sutera Sdn Bhd (Canggih)
BICARAALUMNI MEDIA
Program Bicara Alumni ini telah berlangsung pada 18 September 2018 di Auditorium Siswa
UKM. Alumni hebat yang telah dijemput ialah Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab,
Ketua Pegawai Eksekutif, Cyber Security Malaysia. Beliau merupakan alumni UKM daripada
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang telah bergraduasi pada tahun 1999. Alumni Hebat
UKM ini menyatakan bahawa beliau juga tidak menjangkakan akan mampu menamatkan
pengajian di UKM kerana pada ketika itu beliau masih bekerja sepenuh masa. Dalam masa yang
sama, selain menyambung pengajian dalam bidang teknologi maklumat di peringkat Ijazah
Sarjana di UKM, beliau juga mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di
Amerika Syarikat secara serentak. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin menasihati mahasiswa UKM supaya
sentiasa bersikap positif dan terbuka dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab (FTSM 1999)
Ketua Pegawai Eksekutif, Cyber Security Malaysia
BICARAALUMNI
BICARAALUMNI
MEDIA
The National Universityof Malaysia