E4120/UNIT 1/1 SENGGARAAN
1.1 DEFINISI SENGGARAAN
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” bermaksud :
Kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem tersebut berfungsi mengikut perancangan
Definisi/Istilah dari kamus elektronik, senggaraan bermaksud :
Melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
Secara mudah senggaraan bermaksud mengesan, membaiki atau mencegah
kerosakan yang berlaku ke atas sesuatu peralatan supaya ianya dapat berfungsi
dengan sempurna.
1.1.1 Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.
Contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan
elektrik/elektronik.
• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang
telah dirancangkan dan diteliti.
• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan
dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah
UNIT 1
E4120/UNIT 1/2 SENGGARAAN
dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan
sempurna.
• Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan
berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian
• Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap
peralatan.
• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
• Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan,
ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.
1.2 OBJEKTIF SENGGARAAN Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
Dapat mengemaskini sistem sesuatu peralatan atau mesin seperti
sediakala.
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang
disenggarakan.
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah
peralatan yang disenggarakan.
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
E4120/UNIT 1/3 SENGGARAAN
1.3 KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM Untuk meminimumkan kos penyenggaraan:
1) Setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti.
2) Setiap perancangan tersebut perlulah merangkumi perancangan
senggaraan pencegahan, senggaraan pembaikian, senggaraan kecamasan, jadual
senggaraan dan ada syarat & dasar sebggaraan.
Rajah 1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi
mengurangkan kos.
Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan
1.3.1 Perancangan Senggaraan
Perancangan senggaraan merupakan tempat mengatur/merancang proses
senggaraan dan membawa keluar maklumat perancangan masa depan. Ianya juga
merupakan tempat kawalan dan menyimpan data-data penentuan sebuah
perancangan yang hendak dilakukan.
Senggaraaan
Senarai Perancangan Senggaraan
Tiada Perancangan Senggaraan
Perancangan Senggaraan Pencegahan
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan
Kecemasan)
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar Senggaraan
E4120/UNIT 1/4 SENGGARAAN
1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan
Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam
perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.
1.3.3 Senggaraan Pencegahan
Bermaksud sesuatu senggaraan yang dibuat adalah mengikut
perancangan, pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan
tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan/kerosakan dalam
sesuatu sistem .
1.3.4 Senggaraan Pembaikan
Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu
kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin.
1.3.5 Senggaraan Kecemasan
Senggaraan ini bermaksud membaiki sesuatu mesin atau peralatan dengan
kadar segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih buruk.
Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari,
biasanya akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada
persekitaran seperti diakibatkan oleh angin, banjir, kilat dan lain-lain.
1.3.6 Syarat dan Dasar Senggaraan
Merupakan perancangan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan
yang bermula daripada keputusan perbincangan dengan syarat semua item
mestilah berulang (routine ) atau proses monitoring.
E4120/UNIT 1/5 SENGGARAAN
1.3.7 Jadual Senggaraan
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih menumpukan
kepada cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor
pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-
lain.
Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar
kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk
menyenggara satu peralatan atau mesin elektronik.
Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi
penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada Perancangan
Kos (RM)
Senggaraan tanpa perancangan
Senggaraan berperancangan
Masa (tahun)
E4120/UNIT 1/6 SENGGARAAN
Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang
melibatkan kepada skop tentang aliran kos.
Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan
operasi dan pembersihan.
Jumlah Kos
(Waktu Senggaran}
Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.
1.4 Memastikan Tempoh Hayat Mesin
Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung
kepada beberapa faktor tertentu seperti: a) Jenis mesin/peralatan
b) Tempat penggunaan
c) Cara penggunaan
d) Perubahan suhu
e) Tahap kelembapan
f) Persekitaran yang berkimia
Kos Permulaan Kos Pengguna
Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional
Aliran Kos Tukaran Penempatan
Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan
Kadar (rates) Insuran
E4120/UNIT 1/7 SENGGARAAN
Seharusnya satu sistem senggaraan berjadual perlu diwujudkan bagi
memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan .
Kebiasanya cara dan jenis senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke
atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut cara yang betul, contohnya
sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor elektrik dan penjana
akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya yang boleh
menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing.
E4120/UNIT 1/8 SENGGARAAN
Soalan 1 Terangkan definisi senggaraan. Soalan 2 Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan. Soalan 3 Huraikan matlamat objektif senggaraan. Soalan 4 Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan
apakah yang hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.
AKTIVITI 1
E4120/UNIT 1/9 SENGGARAAN
Soalan 1
Senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses
teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan
(peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah
system agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Soalan 2
Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan
adalah:-
• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang
telah dirancangkan dan diteliti.
• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan
dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah
dirancangkan supaya senang untuk disengarakan dengan betul dan
sempurna.
• Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan
brushes, bearing, commutator dan suhu kendalian
• Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat.
• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap
peralatan.
• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
MAKLUMBALAS 1
E4120/UNIT 1/10 SENGGARAAN
• Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes, voltan etc )
meliputi oscilloscope traces dan carta rakaman.
Soalan 3
Matlamat objektif senggaraan adalah :-
• Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik.
• Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
• Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
• Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang
disenggarakan.
• Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
• Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah
peralatan yang disenggarakan.
• Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
Soalan 4
Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.
MAKLUMBALAS 1
E4120/UNIT 1/11 SENGGARAAN
Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.? Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan. Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?
PENILAIAN KENDIRI 1A
E4120/UNIT 1/12 SENGGARAAN
Jawapan 1
Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini
membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada
sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan
tujuan untuk pengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu
sistem yang hendak dibuat.
Jawapan 2
Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah
dirancang dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai
bahagian-bahahian seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual
senggaraan dan syarat-syarat dan dasar senggaraan.
Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan
komponen elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan
persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama
peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang
MAKLUMBALAS KENDIRI 1A
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika “YA”, sila semak jawapan anda
E4120/UNIT 1/13 SENGGARAAN
banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi
tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di
dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan
peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat
kesalahan cara penggunaan.
(case study)
Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer. Anda
dikehendaki mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah
komputer dan tentukan faktor-faktor yang menyebakan peningkatan kos
senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang diambil untuk meminimakan kos
senggaraan.
PENILAIAN KENDIRI 1B
E4120/UNIT 1/14 SENGGARAAN
Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat- syarikat tersebut.
Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.
MAKLUMBALAS KENDIRI 1B