SENI DALAM PENDIDIKANWAJ 3073
TOPIK 10 : INTEGRASI
AHLI KUMPULAN :
PANIMALAR DARMALINGAM
EESWARI GUNASEKARAN
PENGENALAN
Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermula sejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsep integrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakan pelajar di negara-negara maju.
PELBAGAI PENGERTIAN INTEGRASI
Psikologi
• bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
Sosiologi
• perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.
Pedagogi
• kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
• menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
Berbagai Jenis
Integrasi
Penggabungjalinan
Penyerapan
PenerapanPemulihan
Pengayaan
PENGGABUNGJALINAN proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
Jenis-jenis Penggabungjalina
n
i.Penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada
mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata
pelajaran
iii. Penggabungjalinan kemahiran secara
merentas kurikulum
CONTOH INTEGRASI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA
PENYERAPAN Proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa Melayu
Ciri-ciri penyerapan
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran;
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran;
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel;
(iv)Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih;
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.
PENERAPAN Satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan sebagainya
• penerapan secara tidak langsung seperti guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dan lain-lain.
Pendekatan implisit
• mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
Pendekatan eksplisit
PEMULIHAN
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk:
(i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan;
(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid;
(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran; dan
(iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
PENGAYAAN
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.
Pengayaan
Pengayaan Berbentuk
Pengukuhan
Pengayaan Berbentuk
Perkembangan
Pendekatan Integrasi
Adaptasi ke dalam
kurikulum yang ada
Membina kurikulum baru
Kelebihan Integrasi
Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit
kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja,
maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian
akitiviti Seni dalam Pendidikan. Apabila setiap
aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk
tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah,
secara tidak langsung akan dapat mewujudkan
peluang yang baik bagi menerap dan
melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan.
Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang
luas.Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum
yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di
kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi
itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti
sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.
ISU DAN CABARAN INTEGRASI
Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran khususnya untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan.
Hasil pembelajaran berbagai-bagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza menyebabkan kesukaran untuk menilai skop pemahaman yang luas.
Guru juga berdepan dengan kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.
INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN.
Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan.
Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Penentuan kemahiran atau isi pelajaran.• Penelitian kebolehan sedia ada pelajar.• Penentuanpendekatan, strategi, kaedah dan teknik P&P.
• Pemilihan bahan sumber.
Fasa sebelum
pengajaran;
• Pelaksanan pendekatan,strategi,kaedah danteknik.• Pengurusan kelas• Penggunaan bahan bantu• Penilaian
Fasa semasa
pengajaran;
• Penilaian pencapaian• Penganalisisan maklum balas.
Fasa selepas
pengajaran.
PENILAIAN PENDEKATAN INTEGRASI
Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentang penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.
Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar
perlu dikesan dari semasa ke semasa pada
kadar yang segera dalam masa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan
juga setiap kali selepas pembelajaran. Hasilan
penilaian ini akan diguna pakai untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang
dialami oleh pelajar.
(i) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh
guru;
(ii)Soal jawab secara lisan;
(iii)Perbincangan;
(iv)Pelaksanaan aktiviti; dan
(v)Pentaksiran hasil kerja.
Penilaian Sumatif
Setelah satu tempoh pembelajaran
tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun
atau satu tahun, penilaian akan dilakukan.
Penilaian ini akan mengukur pencapaian
terhadap objektif yang lebih luas meliputi
keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu
jangka waktu tertentu yang lebih panjang.
Penilaian dalam Perkembangan Proses
Pembelajaran
Penilaian Serta-Merta
Penilaian Kemajuan
Penilaian Pencapaian
Penilaian Kerja Amali
SEKIAN…