Download pptx - Seni tulisan khat

Transcript

SENI TULISAN KHAT

PEMASARAN SENIPensyarah:Tuan Haji Mohd Ghazali bin Abdullah

Senarai nama ahli kumpulan

Norazimah Binti Drus(31852) Hanizarina Binti Abdullah(30318)

Anis Farhana Binti Mahamad(25957) Norfarhana Binti Suleiman(31869)

Norsuaidah Binti Mohd Salleh(31955) Fatin Nooryana Binti Khalid (30194)

Pengenalan

Kesenian islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan ciri-ciri islam.

Perbezaan seni islam dengan seni yang lain adalah niat pengukir keranan Allah.

Islam membenarkan kesenian dengan pelbagai cara dan menggalakkan perkembangan seni tetapi mestilah berlandaskan syariat Allah.

Seni khat merupakan khazanah dunia tertua yang dimiliki oleh umat islam.

Seni kaligrafi islam dikaitkan dengan seni khat yang berkaitan dengan al-quran dan hadis.

Seni khat berperanan mengabadikan al-quran dalam bentuk tulisan,dan juga untuk pembangunan dan sebagainya.

Perkembangan seni khat seiring dengan kemajuan perkembangan dakwah islamiyyah dan ilmu islam.

Jenis-jenis bentuk

khat

Khat rihan

Khat ta’liq

Khat diwan

Khat riq’ah Khat

tuluth

Khat muhaqq

aq

Khat tauqiq’

Khat nasakh

Khat kufi

Khat nasta’li

q

Konsep seni menurut perspektif Islam

Tujuan seni islam adalah kerana Allah. Keindahan kesenian yang diciptakan oleh umat

islam merupakan salah satu ciri keEsaan,kebesaran dan kesempurnaanNya.

Kerangka dasar pembangunan seni mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek ahlak,iman,matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia.Daripada pandangan islam,seni mestilah satu proses pendidikan yang bersifat positif iaitu menggerakkan semangat,memimpin batin dan membangunkan ahlak.

Seni islam juga bersifat “Al-Amar bil Ma’ruf dan An-Nahy’an Munkar”

Prinsip-prinsip..(Ciri-ciri )kesenian islam

Mengangkat martabat islam dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran serta sejagat.

Alam sekitar sebagai galeri,manakala manusia pula sebagai seniman yang mengolahkan segala unsur kejadian untuk menunjukkan bukti cinta kepada Allah.

Kesenian islam mementingkan tentang ahlak dan kebenaran yang menyentuh estetika,kemanusiaan,moral dan lain-lain.

Bagi pandangan islam,kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah seni yang mendorong ke arah ketaqwaan,kema’rufan,kesahihan dan budi yang mantap.

Lima hukum seni

wajib:memeriahkan suasana masjid Sunat: semangat penyatuan umat

islam Makruh:membawa unsur yang sia-sia Haram: berbentuk hiburan Harus: tiada nas yang

mengharamkan

Matlamat Seni Tidak bertujuan

hiburan,keuntungan,keduniaan atau keseronokan.

Menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri,dan fitrah semulajadi.

Konsep seni islam dan pembawanya haruslah berkonsepkan tauhid dan pengabdian kepada Allah.

Seni islam tidak bermatlamatkan seni,tetapi seni kerana Allah,untuk manusia,alam sekitar dan makhluk.

Asal-Usul Tulisan Khat Terdapat beberapa pendapat (ensiklopedia

kesenian dan warisan islam,jilid 7,2009)1. khat adalah anugerah daripada Allah

S.W.T. kepada manusia2. Ibnu khaldun menyatakan lukisan khat

jenis masnad berasal dari yaman,heart dan akhirnya ke Hijjaz.

3. berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba.

4. Kebanyakan ahli ejarah bersetuju khat berasal daripada tulisan Nabati (Ramali).

Pendapat (Noraini muhammad,2009) Tulisan khat dibawa melalui pedagang

yang berniaga di Syam dan Iran, terutamanya pedagang Quraisy.

Proses perkembangan khat berlaku seiring dengan perkembanan pembelajaran al-quran.

Asal usul khat islam zaman Rasullullah S.A.W.

Berlaku selepas penghijrahan nabi ke Madinah.

Setelah Baginda menerima wahyu yang pertama iaitu surah al-alaq seni khat terus dimanifestasikan melalui perubahan agung yang mengatasi perkembangannya selama 3 abad.

Asal usul khat islam zaman khulafa’ ar-rasyidin

Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al- siddiq tulisan banyak digunakan untuk urusan agama, pentadbiran, dan muamalat.

Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan, penulisan mushaf masih lagi kaku kerana tidak mempunyai tanda baca, dan menyebabkan Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali memasukkan tanda baca dengan titik di atas perintah Khalifah Ali bin Abi Talib untuk mengelak dari salah dalam membaca.

Sejarah perkembangan seni khat arab

Menurut pendapat: (Noraini 2009)-Lahir serentak dengan kelahiran islam berserta wahyu yang

diterima oleh Rasulullah-seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam

bentuk penulisan.Menurut : (Ensiklopedia Islam untuk pelajar Jilid 5,2201)-seni khat terus berkembang setelah kewafatan Nabi Muhammad

iaitu pada zaman khulafa Ar-rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abasiyyah, zaman islam di Mughal, Andalus dan seterusnya.

-pada awal penubuhan kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi negara.

-perkembangan seterusnya tulisan kaligrafi diabadikan di dinding-dinding banguanan istana, kubah-kubah masjid, mimbar-mimbar, serta peralatan peperangan dan juga barangan seramik

Sejarah kemasukan seni khat arab dan pengaruhnya di Nusantara

Khat arab mula bertapak di Kepulauan Jawa Sebelum kedatangan khat arab dan khat jawi

masyarakat nusantara bersifat jahil daripada segi pengetahuan.

Namun begitu, sebaik sahaja kedatangan pedagang dan peniaga arab penduduk mula berminat untuk mempelajari tulisan arab yang dibawa oleh mereka bermula daripada penulisan.

Penduduk nusantara mula menghafaz huruf-huruf arab sekaligus mempelajari al-quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama islam, maka penyebaran agama islam seiring dengan perkembangan seni tulisan khat di Nusantara.

Perkembangan khat di Malaysia

Pertemuan batu bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi.

Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam di seluruh Alam Melayu seni khat diabdaikan diatas duit syiling iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah wang emas, cokmar, cop mohor, pingat, dan bintang kebesaran kerajaan negeri diukir dengan khat.Tenunan songket dan hiasan juga membuktikan keunikan penggunaan seni khat di Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

Pengaplikasian seni khat terus berkekalan sehingga ke hari ini dengan menggunakan ayat al-quran.

Tokoh-tokoh Khat

Syeikh Kamil Akdik Syeikh Ismail Hakki Syeikh Sami Afandi Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie Sheikh Hamid Al-Amidi Sheikh Muhammad Badawi Derani Sheikh Sayyid Ibrahim Sheikh Hashim Muhammad Al-Baghdadi Sheikh Muhammad Abdul Qadir Sheikh Muhammad Haddad

Jenis-jenis khat Khat Kufi Fatimi: Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang

kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.

Khat Diwani Jali:Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya.

Khat Ijazah:Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat.

Khat Huruf Taj:Al-Taj bermaksud mahkota Khat Nasakh: Dinamakan Nasakh kerana tulisannya

digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain

Khat Faris:Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran serta digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.

Peralatan yang digunakan dalam penghasilan tulisan khat

Kesimpulan

Kesimpulannya, kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab.Nabi s.a.w. telah memberi penekanan terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai eset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan datang.

Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an.Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya.  


Recommended