Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris
Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang
Guru-guru Bahasa Melayu
Cikgu Arlita (Darjah 3)
•Bertujuan supaya ibu bapa sedia maklum dan peka akan perkara-perkara yang dijalankan oleh pihak sekolah
•Mendapatkan sokongan dan kerjasama dari rumah
Format Kertas Peperiksaan
4 Bahagian
Karangan 15 markah
Bahasa 45 markah
Kefahaman Mendengar 10 markah
Lisan 30 markah
Bacaan
Penerangan Gambar
10 markah
Kelemahan murid-murid : • Tidak menggunakan Bahasa Melayu • Tidak menggunakan sebutan baku apabila membaca dan berbual. • Terhad kosa kata dalam bahasa Melayu penggunaan Bahasa Inggeris
Perbualan berkaitan gambar
4 gambar bersiri
Kelemahan murid-
murid :
• Lemah dari segi kosa
kata
• Penggunaan Bahasa
Inggeris
• Ayat tidak gramatis
• Sekurang-kurangnya 60 patah perkataan (Darjah 3)
Item Jumlah Soalan Markah
Imbuhan 5 10
Peribahasa 4 8
Melengkapkan Teks 5 10
Kefahaman 1 4 8
Kefahaman 2 5
(soalan terakhir -
seerti/seiras)
9
Bahagian A: Kata Berimbuhan (10 markah) Arahan: Pilih perkataan yang sesuai bagi setiap tempat kosong dalam
petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.
1. Afiqah gemar _____________ semasa mandi di bilik air. 1) penyanyi 2) nyanyian 3) menyanyi 4) menyanyikan ( )
Imbuhan
Peribahasa Bahagian B: Peribahasa (8 markah) Arahan : Setiap ayat di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan ayat tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan [ ] yang disediakan.
anak emas cari jalan lurus akal kaki bangku campur tangan kecil hati
6. Shireen sangat disayangi oleh guru-gurunya kerana dia seorang murid yang
cerdik dan rajin belajar. (_______)
7. Danish diketawakan oleh rakan-rakannya kerana dia tidak pandai bermain
bola. (_______)
Melengkapkan Teks
Bahagian C: Melengkapkan Teks (10 markah) Arahan: Pilih sepatah perkataan yang sesuai daripada senarai di bawah ini
bagi setiap tempat kosong. Tulis jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang disediakan.
akan
seperti
menyimpan mengumpul
dibawa tikar
Pada pagi itu, Nurul bangun lebih awal daripada biasa. Nurul dan keluarganya
10)____________ pergi berkelah di Pantai East Coast. Setelah membersihkan diri,
Nurul membantu ibunya untuk menyiapkan bekalan yang akan 11) ____________ ke
pantai.
Kefahaman 1
Bahagian D: Kefahaman Objektif (8 markah) Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih
jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang mengikutinya dan tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.
Ibunya menyuruh Afiq pergi ke Pasar Serbaneka NTUC untuk membeli gula
pasir. Ibunya hendak membuat kek sempena hari lahir ayahnya.
Afiq berbasikal ke pasar serbaneka itu. Sewaktu dalam perjalanan, dia ternampak seorang lelaki tua sedang terbaring di tepi jalan itu. Orang tua itu menjerit kesakitan. Afiq berhenti di sebelahnya untuk memberi pertolongan. Orang tua itu mengatakan dia terjatuh dari motosikalnya
15 Afiq pergi membeli gula dengan ____________________________.
(1) menaiki kereta
(2) menumpang lori
(3) menunggang basikal
(4) menunggang motosikal ( )
Kelemahan murid-murid :
•Tidak belajar /menghafal peribahasa •Tidak menjawab kehendak soalan kefahaman •Kesilapan cuai dari segi bahasa, ejaan dan tanda baca (BET)
• Kerjasama antara guru dan ibu bapa
• Menggalakkan anak-anak membaca bahan bacaan
bahasa Melayu (buku, majalah, surat khabar)
• Bertutur menggunakan bahasa Melayu di rumah