~seWJe~uelewp~4~Jadue~fie4esUO~S~A~a Sa)~AJasle)~lna)ewJe4d
Laporan Tahunan BPF 2008 | 1
Laporan Tahunan BPF 2008 | 2
CARTA ORGANISASI .................................................................... 3
PENGENALAN ............................................................................... 4
SUMBER PROGRAM ...................................................................... 5
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN ..................................................... 6
PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN MODAL INSAN ................ 6
AKTIVITI LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PROFESSIONAL YANG BERTERUSAN .................................................................... 8
LEMBAGA FARMASI MALAYSIA ............................................... 10
FARMASI KOMUNITI .................................................................. 14
KAWALAN REGULATORI FARMASI (BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN) .......................................... 17
PENGUATKUASAAN DAN PELESENAN .................................. 23
PENGURUSAN PENJAGAAN FARMASEUTIKAL .................... 34
HALA TUJU ................................................................................. 84
KESIMPULAN .............................................................................. 89
Laporan Tahunan BPF 2008 | 3
CARTA ORGANISASIPENGARAH KANAN
PERKHIDMATAN FARMASI (JUSA A)
FARMASI REGULATORI (BPFK)
PENGARAH FARMASI REGULATORI (BPFK)
JUSA C
PUSAT PENDAFTARAN
PRODUK
PUSAT KAWALAN
KUALITI
PUSAT PELESENAN &
KOMPLIANS
PUSAT PASCA PENDAFTARAN
PUSAT PEMBANGUNAN
ORGANISASI
PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
BAHAGIAN PENGUATKUASA
FARMASI
PENGARAH PENGUATKUASA FARMASI (KUP JUSA B)
TIMBALAN PENGARAH OPERASI & SIASATAN
(U54)
OPERASI
RISIKAN
SIASATAN
PERLESENAN
KAWALAN PEMESONGAN
PREKURSOR
PERUNDANGAN
PENDAKWAAN
TIMBALAN PENGARAH
PENCEGAHAN & PERLINDUNGAN
(U54)
IKLAN
PERLINDUNGAN PENGGUNA
KUALITI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
NEGERI & WILAYAH
TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (F)
BAHAGIAN AMALAN & PERKEMBANGAN
FARMASI
PENGARAH AMALAN DAN PERKEMBANGAN
FARMASI (JUSA C)
TIMBALAN PENGARAH
AMALAN FARMASI (U54)
PEROLEHAN FARMASEUTIKAL
AMALAN & PEMBANGUNAN
FARMASI
PENGURUSAN FARMASI KLINIKAL
HARGA UBAT
FORMULARI
KESELAMATAN PENGUBATAN
MAKLUMAT UBAT DAN PENDIDIKAN
PENGGUNA
TIMBALAN PENGARAH PERKEMBANGAN
FARMASI (U54)
KUALITI DAN STANDARD
PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA & KERJAYA
DASAR UBAT NASIONAL
PENGURUSAN LEMBAGA FARMASI
LATIHAN/CPD
PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN/
PENILAIAN TEKNOLOGI
FARMASI KOMUNITI
INTER-AGENSI & HUBUNGAN
ANTARABANGSA
Laporan Tahunan BPF 2008 | 4
PENGENALAN Program Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama
kerajaan dalam sektor farmaseutikal bertanggungjawab untuk memastikan ubat –
ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi
dengan mencukupi dan saksama; agar dapat digunakan secara terapeutik dan
berkesan bagi memperbaiki taraf kesihatan dan kualiti hidup orang awam. Program
Farmasi terdiri daripada 3 sub-bahagian iaitu Bahagian Kawalan Regulatori ( Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, BPFK), Bahagian Penguatkuasa Farmasi
serta Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi yang memainkan 3 peranan
utama iaitu:
i. menyumbang secara terus kepada penjagaan kesihatan dengan menubuh
dan melaksanakan sistem pendaftaran bagi produk farmaseutikal dan produk
penjagaan kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal bagi
memastikan kualiti ubat – ubatan dalam negara.
ii. melindungi pengguna dari ubat – ubatan yang berbahaya, iklan ubat yang
mempedayakan dan amalan – amalan perubatan yang tidak
bertanggungjawab melalui penguatkuasaan akta – akta dan peraturan –
peraturan yang berkaitan
iii. mengoptimakan terapi ubat – ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal
yang efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan
pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang
rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi
klinikal yang terkini.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 5
SUMBER PROGRAM
Program Farmasi diketuai oleh seorang Pengarah Kanan dan dibantu oleh Pengarah
Penguatkuasa Farmasi, Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi dan
Pengarah Farmasi Regulatori. Tenaga kerja bagi keseluruhan Program Farmasi,
KKM mengikut kategori anggota dan aktiviti adalah seperti di Jadual 1 dan 2.
JADUAL 1: Tenaga Kerja Pegawai Farmasi (2008)
Kategori/Aktiviti Gred Bil. Jawatan Isi Kosong % Isi
Pengarah Kanan JUSA A 1 1 0 100
Penguatkuasa Farmasi
JUSA C 1 1 0 100
U54 2 2 0 100
U52 5 5 0 100
U48 37 19 18 51
U44 67 43 24 64
U41 309 204 105 66
Amalan dan Perkembangan Farmasi
JUSA C 1 0 1 0
U54 19 15 4 79
U52 53 47 6 89
U48 130 55 75 42
U44 396 205 191 52
U41 2645 2177 468 82
Farmasi Regulatori
(BPFK)
JUSA C 1 1 0 100
U54 3 3 0 100
U52 8 8 0 100
U48 33 19 14 58
U44 23 18 5 78
U41 142 116 26 82
Jumlah 3876 2939 937 76
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 6
JADUAL 2: Tenaga Kerja Penolong Pegawai Farmasi di Perkhidmatan Farmasi (2008)
Kategori/Aktiviti Gred Bil. Jawatan Isi Kosong % Isi
Penguatkuasaan Farmasi
U40 0 0 0 0
U38 0 0 0 0
U36 3 3 0 100
U32 9 8 1 89
U29 8 5 3 63
Amalan dan Perkembangan Farmasi
U40 7 4 3 57
U38 30 28 2 93
U36 80 50 30 63
U32 381 381 0 100
U29 2591 2227 364 86
Farmasi Regulatori (BPFK)
U40 0 0 0 0
U38 0 0 0 0
U36 2 2 0 100
U32 8 8 0 100
U29 70 58 12 83
Jumlah 3189 2774 415 87
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN MODAL INSAN
Penstrukturan Semula Organisasi
Dengan pertambahan beberapa jawatan Gred U54,U52, U44 dan U41 di BPF pada
2008 organisasi BPF telah disusun semula berasaskan cadangan penstrukturan
semula BPF yang pernah dikemukakan ke KKM. Kini terdapat 15 portfolio bagi
aktiviti Amalan & Perkembangan Farmasi dan 10 portfolio bagi aktiviti
Penguatkuasaan Farmasi.
Berkuatkuasa Januari 2008, KKM telah meluluskan permohonan untuk menukar
gelaran jawatan bagi Program Perkhidmatan Farmasi dimana Ketua Program
Laporan Tahunan BPF 2008 | 7
Perkhidmatan Farmasi menggunakan gelaran Pengarah Kanan Perkhidmatan
Farmasi, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menggunakan gelaran
Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Ketua Bahagian Amalan dan Perkembangan
Farmasi menggunakan gelaran Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi dan
Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan gelaran
Pengarah Farmasi Regulatori. KKM juga telah meluluskan permohonan untuk
menukarkan gelaran jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai
Farmasi berkuatkuasa Jun 2008.
Pertambahan Tenaga Kerja Farmasi i. Pertambahan Jawatan
Pertambahan jawatan anggota Perkhidmatan Farmasi untuk tempoh tahun
2001-2008 adalah menggalakkan terutamanya bagi jawatan lantikan Gred U41
dan jawatan naik pangkat Gred U44 hingga U54 bagi Pegawai Farmasi serta
jawatan lantikan Gred U29 dan jawatan naik pangkat Gred U32 hingga U40 bagi
Penolong Pegawai Farmasi (sila rujuk Jadual 3).
JADUAL 3 :Bilangan Jawatan Anggota Farmasi (2001 -2008)
Kategori/Gred 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Pegawai Farmasi
Jusa A 1 1 1 1 1 1 1 1 Jusa C 3 3 3 4 4 4 *3 *3 U54 13 13 13 13 13 12 27 24 U52 21 21 45 53 66 U48 68 97 113 180 184 175 201 200 U44 58 217 290 491 486 U41 569 849 980 1,314 1,414 1,477 2,357 3,096 Penolong Pegawai Farmasi U40 1* 2 2 7 7 U38 5 9 23 23 30 30 U36 33 41 47 51 54 60 75 85 U32 201 245 277 248 329 347 375 398 U29 2,199 2,319 2,407 2,447 2,459 2,459 2,549 2,669 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
* 1 jawatan JUSA C (KUP) telah dikembalikan kepada jawatan hakiki iaitu U54 di
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor apabila penyandangnya bersara.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 8
ii. Pengambilan Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi Pada tahun 2008, seramai 729 orang Pegawai Farmasi Provisional (PRP) telah
memasuki perkhidmatan awam untuk menjalankan latihan siswazah selama
setahun, seramai 529 PRP telah tamat latihan menjadi Ahli Farmasi Berdaftar
Penuh (FRP) dan telah ditempatkan untuk bertugas ke seluruh negara. Bagi
Penolong Pegawai Farmasi pula, seramai 97 lantikan baru dari graduan Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KSKB-KKM) telah
memasuki perkhidmatan awam, 27 permohonan Penolong Pegawai Farmasi
bersara bertugas secara kontrak telah diperakukan.
iii. Kenaikan Pangkat
Sepanjang tempoh 2008 ini, seramai 24 Pegawai Farmasi U48 telah dinaikkan
pangkat ke Gred U52 (memangku). Bagi Penolong Pegawai Farmasi pula
seramai 11 orang telah dilantik untuk memangku gred U38 dan 164 orang untuk
memangku gred U32.
AKTIVITI LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PROFESSIONAL YANG BERTERUSAN
PERUNTUKAN Program Farmasi, KKM telah diperuntukkan sebanyak RM 1,546,667 bagi aktiviti
Latihan Dalam Perkhidmatan di bawah peruntukan belanja pembangunan RMK-9
untuk tahun 2008.
Pengagihan peruntukan latihan kepada negeri / institus adalah seperti berikut:
a) Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : RM 702,211
b) Negeri/Institusi : RM 299,000
c) Latihan Luar Negara :RM 545,456
Laporan Tahunan BPF 2008 | 9
Pengendalian Kursus
1. Kursus Dalam Negara
Sepanjang tahun 2008 sebanyak 467 sesi kursus , persidangan dan bengkel
telah dilaksanakan.
Kursus Sangkutan Sehingga akhir tahun 2008 seramai 37 Pegawai Farmasi telah dihantar menjalani
latihan sangkut dalam bidang klinikal di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka,
Hospital Pulau Pinang, Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Aminah, Johor dan
Hospital Selayang dalam bidang farmakoterapi umum, nefrologi, respiratori,
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan farmakokinetik klinikal.
2. Kursus Luar Negara Seramai 49 anggota perkhidmatan farmasi telah dihantar ke luar negara pada
tahun 2008 bagi mengikuti kursus, bengkel dan lawatan sambil belajar. Negara-
negara tersebut adalah Amerika Syarikat, Australia, Austria, Brunei, China,
Denmark, India, Indonesia, Itali, Jepun, Jerman, Kemboja, Korea, Singapura,
Switzerland dan Thailand.
3. Perbelanjaan
Perbelanjaan sebenar pengendalian kursus, persidangan dan bengkel 2008
ialah sebanyak RM 1,452,076 atau 93.88 % dari peruntukan latihan.
JADUAL 4: Latihan Dalam dan Luar Negara (2008)
Latihan Peruntukan
(RM) Perbelanjaan
(RM) %
Latihan Dalam Negara 1,001,211 934,026 93.29
Latihan Luar Negara 545,456 518,050 94.98
JUMLAH 1,546,667 1,452,076 93.88 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 10
LEMBAGA FARMASI MALAYSIA
Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 3 Akta
Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.
AHLI-AHLI LEMBAGA FARMASI
LFM terdiri dari 17 orang ahli termasuk 2 ahli ex-officio iaitu Ketua Pengarah
Kesihatan dan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.
Keahlian LFM adalah:
• Presiden – Ketua Pengarah Kesihatan – ex- officio
• Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi – ex- officio/ Pendaftar
• Lapan Ahli Farmasi Berdaftar dari perkhidmatan awam
• Tiga Ahli Farmasi Berdaftar dari universiti
• Dua Ahli Farmasi bukan dalam perkhidmatan awam
• Tiga Ahli Farmasi bukan dalam perkhidmatan awam yang dicalonkan oleh
persatuan yang mewakili farmasi swasta.
FUNGSI
Lembaga Farmasi bertanggungjawab dalam kawalan profesion dan praktis farmasi
melalui aktiviti berikut:
i. Pendaftaran dan Pembatalan Pendaftaran Ahli Farmasi;
ii. Pendaftaran dan Pembatalan Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan;
iii. Pendaftaran Ahli Farmasi Pendaftaran Provisional (Provisionally
Registered Pharmacist)
iv. Pengiktirafan Ijazah Farmasi;
v. Meluluskan premis untuk latihan bagi Ahli Farmasi Provisional;
vi. Menyediakan garis panduan dan piawaian ke atas isu-isu berkaitan
dengan pengiktirafan bagi program dan praktis farmasi;
vii. Mengendalikan Peperiksaan Perundangan Farmasi;
viii. Menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan praktis tidak beretika ahli
farmasi
Laporan Tahunan BPF 2008 | 11
Dalam menjalankan tugas-tugas ini, Lembaga Farmasi dibantu oleh beberapa
jawatankuasa iaitu:
i. Jawatankuasa Penilaian Ijazah dan Pendaftaran Ahli Farmasi dan
Pertubuhan Perbadanan (JKIP);
ii. Jawatankuasa Peperiksaan Perundangan Farmasi;
iii. Jawatankuasa Latihan;
iv. Jawatankuasa Continuous Professional Development (CPD) di bawah
LFM
v. Jawatankuasa Siasatan (COI)
Peperiksaan Perundangan Farmasi
Lembaga Farmasi telah menjalankan 4 peperiksaan perundangan farmasi dalam
tahun 2008. Peratus calon lulus adalah seperti jadual 5.
JADUAL 5: Peperiksaan Perundangan Farmasi ( 2005-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pengiktirafan Program Farmasi
Dalam tahun 2008, terdapat 13 Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan ijazah
farmasi dan 5 daripadanya adalah Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) manakala
selebihnya adalah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam tahun yang sama
LFM telah mecadangkan untuk memberi kelulusan bagi memulakan program farmasi
kepada Masterskill College of Nusing and Health, SEGI College dan Monash
University Malaysia Campus.
Dalam tahun 2008, Panel Penilai LFM telah membuat lawatan pemantauan kali
kedua ke Cyberjaya University College of Medical Sciences dan Lawatan
Pengiktirafan ke University College of Sedaya International. LFM telah memberi
2005 2006 2007 2008 Jumlah calon 275 753 696 1046 Jumlah calon lulus 126 694 343 854 % Lulus 45.82% 92.16% 49.28% 81.64 %
Laporan Tahunan BPF 2008 | 12
pengiktirafan provisional untuk program Sarjana Muda dalam bidang Farmasi
(Kepujian) dari International Medical University dan Pengiktirafan Penuh untuk
Program Sarjana dalam bidang farmasi dari University Nottingham Malaysia
Campus.
Pendaftaran Ahli Farmasi, Pertubuhan Perbadanan dan Ahli Farmasi Provisional
Sepanjang 2008, seramai 617 orang ahli farmasi telah didaftarkan dan bilangan ini
menunjukkan peningkatan berbanding 2007. Ringkasan bilangan ahli farmasi yang
berdaftar mengikut tahun boleh dirujuk di jadual 6.
JADUAL 6: Bilangan Pendaftaran oleh Lembaga Farmasi (2000 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM * KW – Khidmat Wajib
PERKARA TAHUN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Jumlah Ahli Farmasi Baru Berdaftar
259
310
310
393
447
379
437
534
617
Jumlah Ahli Farmasi Pelatih
248
256
299
329
327
KW bermula
KW bermula
KW bermula
KW bermula
Jumlah Ahli Farmasi Berdaftar Provisional
0
0
0
0
0
420
529
614 722
Jumlah Pertubuhan Perbadanan Berdaftar
9
27
39
78
92
87
107 98 43
Jumlah Sijil Pengekalan Tahunan/ Siji Tahunan Ahli Farmasi
2,437
2,665
2,916
3,160
3,506
3,965
4,292
4,422 5,924
Jumlah Sijil Pengekalan Siji Tahunan Pertubuhan Perbadanan
52
83
85
105
164
218
270
414 371
Laporan Tahunan BPF 2008 | 13
RAJAH 1: Jumlah Ahli Farmasi Baru Berdaftar (2000 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Ahli Farmasi Provisional
Dengan terlaksananya Perkhidmatan wajib pada 2 September 2004, bermula pada
tahun 2005, seramai 420 orang ahli farmasi provisional telah berdaftar. Pada tahun
2006, sebanyak 529 ahli farmasi provisional telah berdaftar dengan Lembaga
Farmasi Malaysia diikuti dengan sebanyak 614 ahli farmasi provisional telah
berdaftar pada tahun 2007. Dalam tahun 2008, sebanyak 722 pendaftaran
provisional telah dikeluarkan.
Letter of Good Standing
Lembaga Farmasi Malaysia telah mengeluarkan Letter of Good Standing kepada
ahli farmasi yang memohon untuk berdaftar dengan Lembaga Farmasi negara lain.
Jadual 7 menunjukkan permohonan Letter of Good Standing sepanjang tahun 2008.
259310 310
393447
379
437
534
617
0
100
200
300
400
500
600
700
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Bila
ngan
Ahl
i Far
mas
i Bar
u B
erda
ftar
TAHUN
Laporan Tahunan BPF 2008 | 14
JADUAL 7: Jumlah “Letter of Good Standing” yang dikeluarkan mengikut Negara dalam tahun 2008
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
FARMASI KOMUNITI Program Farmasi menerusi Pekeliling Pengurusan Farmasi bil 20/2008, membenarkan Pegawai Farmasi menjalankan lokum di luar waktu pejabat dengan
syarat mendapat kelulusan ketua jabatan masing – masing. Walaubagaimanapun,
pegawai farmasi perlu memastikan bahawa lokum tersebut tidak mengganggu
tumpuan serta kelancaran kerja sebagai penjawat awam serta tidak melibatkan
kepentingan peribadi (conflict of interest). Peluang ini diharap dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran pegawai farmasi dan sikap profesionalisme secara
keseluruhannya.
Unit Farmasi Komuniti telah ditubuhkan di Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada
tahun 2008 dengan 3 tugas utama iaitu;
i. mengumpul dan mengemaskini maklumat dan data berkaitan farmasi komuniti
dan semua pihak yang terlibat dalam penjagaan kesihatan seluruh Malaysia.
ii. menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Quality Use of Medicine dan
iii. memproses permohonan menjalankan lokum Pegawai Farmasi KKM.
No. Negara Jumlah surat yang dikeluarkan 1. Australia 7 2. Hong Kong 1 3. New Zealand 2 4. Singapura 9 5. United States of America 1 6. United Kingdom 11
JUMLAH 31
Laporan Tahunan BPF 2008 | 15
Bilangan farmasi komuniti di Malaysia adalah seperti jadual 8.
JADUAL 8: Bilangan Farmasi Komuniti Mengikut Negeri (2008) Negeri Bilangan Farmasi Komuniti
Johor 156
Kedah 113
Kelantan 68
Melaka 49
Negeri Sembilan 54
Pahang 54
Perak 175
Perlis 11
Pulau Pinang 263
Sabah 97
Sarawak 151
Selangor 346
Terengganu 25
WP Kuala Lumpur 199
WP Labuan 6
JUMLAH 1767
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 16
Bilangan permohonan locum yang dibenarkan adalah seperti jadual 9.
JADUAL 9: Bilangan Permohonan Locum Yang Diluluskan mengikut Negeri/ Institusi (2008)
Negeri/Institusi
Bilangan Permohonan Locum Diluluskan
BPFK 4
CRC 1
HKL 5
Johor 15
Kedah 3
Kelantan 2
Melaka 6
Negeri Sembilan 4
Perak 14
Perlis 1
Pulau Pinang 8
Sabah 13
Sarawak 7
Selangor 19
Terengganu 1
WP Kuala Lumpur 1
JUMLAH 104
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 17
KAWALAN REGULATORI FARMASI (BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN)
KEPASTIAN KUALITI, EFIKASI DAN KESELAMATAN PRODUK
BPFK memainkan peranan penting selaku Sekretariat kepada Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD) dan bertanggungjawab dalam memastikan produk
terapeutik yang diluluskan di pasaran adalah selamat, berkesan dan berkualiti serta
memastikan ubat semulajadi dan kosmetik yang diluluskan adalah selamat dan
berkualiti.Sejak pendaftaran ubat dilaksanakan pada tahun 1985, sejumlah 233,758
permohonan untuk pendaftaran produk telah diterima. Sejumlah 226,758 status
produk direkodkan sehingga Disember 2008 disebabkan masalah ‘backlog’ dan dari
itu, sejumlah 207,911 (91.7%) produk telah didaftarkan dan 18,847 (8.3%)
permohonan telah ditolak oleh PBKD atas sebab-sebab tertentu (Sila rujuk kepada
Rajah 2).
Sejumlah 33,444 permohonan untuk pendaftaran produk telah dibentangkan kepada
PBKD pada tahun 2008. Selepas penilaian dibuat ke atas setiap permohonan,
32,165 produk telah didaftarkan sehingga Disember 2008. Jumlah ubat preskripsi,
ubat bukan preskripsi, produk tradisional dan produk kosmetik yang didaftarkan oleh
PBKD adalah 409 (1.3%), 272 (0.8%), 953 (3.0%) dan 30,531 (94.9%) masing-
masing (Sila rujuk kepada Rajah 3). Dalam tahun 2008, sejumlah 615 permohonan
produk termasuk 171 (27.8%) ubat preskripsi, 112 (18.2%) ubat bukan preskripsi
dan 332 (54.0%) produk tradisional telah ditolak oleh PBKD atas pelbagai sebab.
Pihak PBKD telah membatalkan pendaftaran 190 produk, yang melibatkan 90
(47.4%) ubat preskripsi, 15 (7.9%) ubat bukan preskripsi, 78 (41.0%) produk
tradisional dan 7 (3.7%) produk kosmetik disebabkan pembatalan kontrak pengilang
dan isu campurpalsu. Selain itu, pihak PBKD telah mengantungkan pendaftaran 474
produk atas sebab-sebab tertentu.
Pengenalan kepada sistem secara atas talian untuk pendaftaran produk dan
pelesenan oleh BPFK merupakan sejarah dalam pembangunan regulatori
farmaseutikal di Malaysia. Malaysia merupakan agensi regulatori pertama di dunia
yang melaksanakan permohonan pendaftaran produk secara atas talian pada 2002,
bermula dengan produk kosmetik kemudiannya diimplementasikan untuk produk
Laporan Tahunan BPF 2008 | 18
mengandungi racun berjadual (produk terkawal) dan produk bukan racun (produk
OTC) pada Julai 2003, produk tradisional pada Januari 2004 diikuti dengan produk
veterinar pada Ogos 2007. Statistik berkaitan dengan pendaftaran produk adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 10 dan 11.
RAJAH 2 : Statistik Pendaftaran Produk (1985-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 3 : Produk yang didaftarkan oleh PBKD (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Permohonan Ditolak
8.3% (18,847)
Produk Didaftar91.7% (207,911)
Ubat Preskripsi1.3% (409)
Ubat Bukan Preskripsi0.8% (272)
Produk Tradisional3.0% (953)
Produk Kosmetik94.9% (30,351)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 19
JADUAL 10 : Permohonan Pendaftaran Produk (1985 – 2008)
Tahun Ubat Racun Berjadual
Ubat Bukan Racun
Produk Tradisional Kosmetik
Jumlah Tahunan Kumulatif
1985-1990 9,166 5,935 - - 15,101 15,101 1991 481 305 - 42 828 15,929 1992 150 60 3,973 145 4,328 20,257 1993 376 111 7,059 51 7,597 27,854 1994 400 168 4,080 31 4,679 32,533 1995 440 239 288 58 1,025 33,558 1996 617 671 415 130 1,833 35,391 1997 532 635 668 123 1,958 37,349 1998 587 606 938 277 2,408 39,757 1999 796 789 1,347 610 3,542 43,299 2000 427 444 1,523 262 2,656 45,955 2001 578 487 1,154 150 2,369 48,324 2002 509 448 1,603 214 2,774 51,098 2003 263 266 1,471 26,177 28,177 79,275 2004 529 720 2,220 30,630 34,099 113,374 2005 703 645 1,807 28,632 31,787 145,161 2006 465 630 1,526 24,558 27,179 172,340 2007 555 560 1,325 25,534 27,974 200,314 2008 604 483 1,120 31,237 33,444 233,758
Jumlah 18,178 14,202 32,517 168,861 233,758 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
JADUAL 11 : Jumlah Kumulatif Produk Berdaftar (2003 – 2008)
Tahun Ubat Racun Berjadual
Ubat Bukan Racun
Produk Tradisional Kosmetik Jumlah
2003 10,143 7,463 12,851 6,751 37,208
2004 10,496 7,689 13,821 47,513 79,519
2005 10,823 7,989 15,129 83,525 117,466
2006 11,356 8,686 16,857 108,240 145,139
2007 11,805 9,098 18,200 136,643 175,746
2008 12,214 9,370 19,153 167,174 207,911 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 20
Pengawasan produk-produk berdaftar di pasaran merupakan sebahagian daripada
proses regulatori dalam memastikan komplians yang berterusan terhadap
keselamatan, efikasi dan kualiti produk. Sampel produk-produk berdaftar dalam
pasaran akan diambil untuk ujian di bawah program surveilans. Untuk tujuan ini,
sejumlah 2,272 sampel produk berdaftar telah diambil pada tahun 2008.
Berdasarkan keputusan analisa ujian makmal, 112 kelompok produk dikenakan
tindakan Panggilbalik Tahap III (dalam masa 30 hari) kerana masalah kualiti.
Tindakan panggilbalik tersebut melibatkan 10 (9%) ubat preskripsi, 7 (6%) ubat
bukan preksripsi, 92 (82%) produk tradisional dan 3 (3%) produk kosmetik (Sila rujuk
kepada Rajah 4). Pendaftaran 22 produk pula telah dibatalkan kerana sampel yang
diuji didapati dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual.
Sejumlah 2,375 label dan sisip bungkusan juga telah dipantau di bawah program
surveilans. Surat amaran telah dikeluarkan untuk 293 produk yang didapati tidak
mematuhi keperluan pelabelan yang telah ditetapkan. BPFK turut menjalankan
siasatan ke atas 468 aduan produk yang diterima daripada profesional kesihatan
dan orang awam dan tindakan punitif seperti panggilbalik telah dilakukan ke atas
sesetengah produk berkenaan. Sejumlah 4,826 laporan kesan advers (ADR) ubat
telah diterima, dengan peningkatan sebanyak 58% berbanding dengan jumlah
penerimaan pada tahun sebelumnya. Dari jumlah tersebut, 4,487 laporan dikaji dan
4,382 laporan dihantar kepada Pusat Pemonitoran ADR WHO di Uppsala, Sweden.
Analisis daripada laporan ADR yang diterima menunjukkan lebih daripada 50% dan
26% merupakan laporan ADR yang masing-masing dilaporkan daripada kalangan
ahli farmasi dan doktor perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan (Sila rujuk
kepada Rajah 5).
Dalam aspek kawalan kualiti, sejumlah 55,479 ujian telah dijalankan ke atas 4,376
sampel, di mana 1,487 (34.0%) sampel adalah untuk permohonan pendaftaran,
2,296 (52.5%) dari aktiviti surveilans, 132 (3.0%) sampel aduan produk, 408 (9.3%)
sampel dari aktiviti penguatkuasaan dan 53 (1.2%) daripada sumber lain (Sila rujuk
kepada Rajah 6).
Laporan Tahunan BPF 2008 | 21
Pada tahun 2008, sebanyak 245 lesen untuk premis pengilang telah dikeluarkan di
mana 69 (28.2%) lesen adalah untuk premis bagi produk farmaseutikal dan 176
(71.8%) lesen adalah untuk pengilang tradisional. 377 lesen pengimport telah
dikeluarkan di mana 223 (59.2%) adalah lesen untuk produk ubat farmaseutikal dan
154 (40.8%) lesen adalah untuk produk tradisional. Untuk lesen pemborong, 1,031
telah dikeluarkan di mana 479 (46.5%) adalah untuk produk mengandungi racun
berjadual dan 552 (53.5%) untuk produk bukan racun, ubat tradisional dan kosmetik
(Sila rujuk kepada Rajah 7).
RAJAH 4 : Produk yang dikenakan tindakan Panggilbalik Tahap III (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 5 : Analisis laporan kesan advers ubat (ADR) berdasarkan kategori pelapor (2003-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Ubat Preskripsi9% (10)
Ubat Bukan Preskripsi
6% (7)
Ubat Tradisional82% (92)
Produk Kosmetik3% (3)
2003 2004 2005 2006 2007 2008Pegawai Perubatan 646 988 1079 1273 1075 1272lain-lain (Ahli Farmasi,
Pegawai Pergigian) 169 352 606 726 1283 2416
Doktor/Doktor pakar Swasta 60 83 157 64 61 214Syarikat 141 188 368 330 409 751Hospital/Universiti 47 54 153 150 240 173
0500
10001500200025003000
Bila
ngan
Pel
apor
Laporan Tahunan BPF 2008 | 22
RAJAH 6 : Statistik mengenai pengujian sampel (2003-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 7 : Statistik mengenai lesen-lesen yang dikeluarkan (2003-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
PENGLIBATAN ANTARABANGSA
BPFK terus memainkan peranan aktif dalam usaha harmonisasi melalui penglibatan
dalam ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality (ACCSQ),
Pharmaceutical Product Working Group (PPWG), Traditional Medicines and Health
Supplements Product Working Group (TMHS PWG) dan ASEAN Cosmetic
Committee (ACC). Penglibatan antarabangsa yang lain termasuk memudahkan
integrasi penjagaan kesihatan ASEAN dan EC-ASEAN Economic Cooperation on
Quality, Standards and Conformity Assessments, serta aktiviti-aktiviti
4,876 4,266 4,887 5,223 4,794 4,376
51,251 51,42461,406 63,410
68,774
55,479
010,00020,00030,00040,00050,00060,00070,00080,000
2003 2004 2005 2006 2007 2008
Bila
ngan
Sam
pel
Tahun
Nombor Sampel
875 864943 970 1,034 1,031
316456
652776
873
377217 227
296 336 373245
0
200
400
600
800
1000
1200
2003 2004 2005 2006 2007 2008Bila
ngan
Les
en D
ikel
uark
an
Tahun
Pemborong Pengimport
Laporan Tahunan BPF 2008 | 23
Pharmaceutical Inspection Cooperation Scheme (PIC/s). BPFK turut terlibat dalam
perundingan antarabangsa lain seperti Mesyuarat Teknikal dan menggerakkan
Bilateral Arrangements dengan Negara ASEAN serta terlibat dalan rundingan
Malaysia-US Free Trade Agreement (MUSFTA). BPFK juga mengimplementasi
ASEAN Cosmetic Directives (ACD) mulai 1 Januari 2008 dengan memulakan
prosedur notifikasi untuk kosmetik.
LAWATAN DAN LATIHAN KEPADA PELAWAT LUAR NEGARA
Sepanjang tahun 2008, BPFK menerima 24 orang pelawat luar negara dari Ethiopia,
Indonesia, Myanmar, Nepal, Sudan dan Uganda. Pelawat-pelawat yang datang
untuk lawatan sambil belajar telah diberi latihan mengikut keperluan spesifik masing-
masing dalam aspek kawalan kualiti, pendaftaran produk, amalan perkilangan baik
dan pelesenan atau farmakovigilan dan surveilan.
PENGUATKUASAAN DAN PELESENAN
LEMBAGA IKLAN UBAT
i. Kawalan Iklan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 memperuntukkan kawalan ke atas pengiklanan
ubat, alat, penyembuh dan iklan berkaitan perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
Terdapat peruntukan dalam akta untuk membentuk Lembaga Iklan Ubat (LIU) yang
bertanggung jawab dalam melengkapkan peraturan untuk pengiklanan di atas.
Lembaga ini telah menyediakan dua garispanduan yang membantu para pengiklan
dalam menyediakan format iklan yang boleh diterima dan sesuai untuk disiarkan di
pelbagai jenis media pengiklanan di seluruh negara. Objektif garispanduan ini
adalah untuk memastikan pengiklanan secara bertanggungjawab dalam
mempromosikan jualan ubat, alat, penyembuh dan perkhidmatan serta kemahiran
yang berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Statistik permohonan iklan pada
tahun 2008 adalah seperti di Jadual 12 manakala perbandingan untuk tahun 2006-
2008 di Jadual 13.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 24
JADUAL 12: Permohonan Iklan (2008)
Jenis Iklan Permohonan
diterima Kelulusan
‘Fast Track’
Kelulusan Biasa
Tidak Lulus
Tidak Perlu
Kelulusan
Yuran Dikutip
(RM) Produk 1333 990 182 27 35 133,300
Perkhidmatan 274 112 90 14 2 27,400
Jumlah 1607 1102 272 41 37 160,700
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
JADUAL 13 : Statistik Permohonan Kelulusan Iklan (2006 – 2008)
Aktiviti/Tahun 2006 2007 2008
Bil. permohonan diterima 1657 1980 1607
Bil. kelulusan secara biasa 1428 1619 1374
Bil. kelulusan secara ‘Fast Track’ 1028 (62.04%)
1306 (65.96%)
1333 (82.95%)
Jumlah bayaran RM 165,700 RM 198,000 RM 160,700 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
ii. Pemonitoran Iklan Yang Disiarkan
Pemonitoran iklan ini melibatkan aktiviti pengawalseliaan semua iklan yang disiarkan
di dalam media cetak seperti akhbar utama dan tempatan, majalah pelbagai bahasa,
risalah untuk umum, bahan-bahan promosi oleh syarikat jualan langsung dan media
elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Aktiviti pemonitoran ini juga
bergantung kepada aduan yang diterima daripada pengguna atau orang awam,
pengiklan, syarikat dan beberapa organisasi bukan kerajaan. Surat amaran
dikeluarkan kepada penyiar iklan dan pengedar produk yang berkaitan apabila iklan
yang tiada kelulusan LIU disiarkan dikesan. Tindakan mahkamah juga diambil untuk
penyiaran iklan bagi kes-kes tertentu yang didapati melanggar Akta Ubat (Iklan dan
Jualan) 1956.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 25
iii. Dialog Kawalan Iklan Dengan Pihak Media, Pengiklan dan Agensi Berkaitan
Pada tahun 2008, sebanyak 14 dialog mengenai kawalan iklan dengan pihak media,
pengiklan serta agensi yang berkaitan telah diadakan. Dialog ini bertujuan
mendapatkan kerjasama mereka dalam memastikan iklan produk dan iklan
perkhidmatan yang diluluskan oleh LIU sahaja disiarkan kepada orang awam.
Pendekatan dialog ini juga adalah salah satu usaha bahagian ini dalam mengawal
iklan-iklan yang mengelirukan orang awam dan secara tidak langsung memberi
pendidikan kepada orang ramai.
JADUAL 14 : Jumlah Surat Amaran Yang dikeluarkan (2008)
Surat Amaran Ditujukan Kepada Jumlah Surat Amaran Dikeluarkan Penerbit Iklan 2 Pengiklan Produk/Perkhidmatan 67 Penerbit & Pengiklan 58 Jumlah 127
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
PELESENAN Pengeluaran semua jenis lesen adalah seperti di Jadual 15. Terdapat peningkatan
sebanyak 50 Lesen Racun Jenis A, 32 Premis Farmasi dan penurunan sebanyak
120 Lesen Racun Jenis B, 229 Permit NaOH berbanding tahun 2007. Selangor
mengeluarkan jumlah Lesen A yang tinggi diikuti dengan WPKL dan Pulau Pinang
(rujuk jadual 16). Sebanyak 900 Lesen A dikeluarkan di Selangor, 450 Lesen A di
WPKL dan 323 Lesen A dikeluarkan di Pulau Pinang pada 2008. Semua premis
diperiksa setiap tahun kecuali negeri Selangor yang membuat pemeriksaan
sekurang – kurangnya sekali dalam 2 tahun.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 26
JADUAL 15: Jumlah Pengeluaran Lesen (2006 – 2008)
Lesen dan Permit 2006 2007 2008 Lesen Racun Jenis A 2,803 3,005 3055 Lesen Racun Jenis B 1,366 1,674 1554 Lesen Racun Jenis D 8 9 8 Lesen Racun Jenis E 8 16 18 Permit NaOH 1,783 2,166 1937 Jumlah Pengeluaran Lesen & Permit 5,968 6,870 6572 Bilangan Premis Farmasi 2,032 1,994 2026
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
JADUAL 16 : Pengeluaran Lesen dan Permit Mengikut Negeri (2008) Negeri Lesen Racun
Jenis A Lesen Racun
Jenis B Lesen Racun
Jenis D Lesen Racun
Jenis E Permit NaOH
Perlis 12 7 1 - 5 Kedah 142 89 5 - 51 P. Pinang 323 232 - - 197 Perak 228 91 - 4 171 Selangor 900 378 - 1 442 WP KL 450 77 - 1 30 N. Sembilan 82 45 - - 92 Melaka 74 63 - - 88 Johor 227 217 - 9 407 Pahang 83 66 2 - 152 Terengganu 18 21 - - 27 Kelantan 84 19 - - 16 Sabah 204 96 - - 100 Sarawak 221 129 - 3 155 WP Labuan 7 24 - - 4 JUMLAH 3,055 1,554 8 18 1,937
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 27
PENGAWALAN PREKURSOR DAN BAHAN KIMIA TERKAWAL
BPF adalah pihak berkuasa yang mengawal pengimportan dan pengeksportan
prekursor di bawah Artikel 12, United Nations Convention Against Illicit Traffic In
Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1988. Selain itu, kawalan juga
dilakukan terhadap bahan-bahan kimia lain yang banyak berlaku penyalahgunaan.
Semua prekursor dan bahan kimia terkawal ini telah disenaraikan di bawah Perintah
Kastam (Larangan Mengenai Eksport) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Import) untuk prekursor dalam Jadual I konvensyen ini. Disamping itu prekursor dan
bahan kimia terkawal ini juga telah disenaraikan dalam Senarai Racun kecuali
toluene, methylethyl ketone dan aseton di bawah Akta Racun 1952. Pengeluaran
Pre-Export Notification (PEN) adalah satu mekanisma yang digunakan untuk
menghalang pemesongan prekursor kepada pasaran haram yang bertujuan untuk
memberitahu Pihak Berkuasa negara pengimport mengenai pengeksportan
prekursor yang disenaraikan di bawah Konvensyen. Penggunaan sistem secara atas
talian (permit elektronik) dalam memproses permohonan permit dan PEN telah
dapat mempercepatkan proses kelulusan.
Bagi tahun 2008, sebanyak 271 kelulusan permit import dikeluarkan berbanding 275
pada tahun 2007 manakala sebanyak 561 kelulusan permit eksport dikeluarkan
berbanding 590 pada tahun 2007 (Rujuk Rajah 8). Bagi kelulusan eksport produk
yang mengandungi ephedrine/pseudoephedrine, sebanyak 107 kelulusan diberikan
pada tahun 2008 berbanding 99 pada tahun 2007. Sebanyak 687 PEN dikeluarkan
pada tahun 2008 berbanding 686 pada tahun 2007 manakala sebanyak 1925 PEN
yang diterima pada tahun 2008 berbanding 1872 pada tahun 2007.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 28
RAJAH 8 : Kelulusan Yang Dikeluarkan Bagi Aktiviti Import dan Eksport (2007 -2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
KAWALAN PEMESONGAN (DIVERSION)
i. Tindakan ke atas pemesongan ubat-ubat psikotropik dan terkawal :
Pendekatan “A-MORE”
Pada tahun 2008, pendekatan “A-MORE” telah dijalankan di mana pendekatan
diversion audit di gabungkan bersama kaedah pemantauan (monitoring) dan kajian
(research). Produk berdaftar yang mengandingi dadah berbahaya (Methadone),
bahan psikotropik (buprenorphine, benzodiazepine, dihidrokodeine dan zolpidem)
dan ubat terkawal (dekstromethorphan dan pseudoephedrine) telah ditingkatkan
pemantauannya dengan menjalankan program audit pemesongan. Dari 101 buah
klinik perubatan dan farmasi berlesen yang disiasat, sebanyak 35 atau 35% telah
diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta yang
dikuatkuasakan.
ii. Latihan “hands-on” mengatasi masalah pemesongan ubat-ubat preskripsi
Pada bulan Februari 2008, Kursus ‘Prescription Drug Diversion’ telah dianjurkan
untuk memberi pendedahan kepada kaedah-kaedah terkini bagi mengatasi masalah
pemesongan ubat preskripsi yang mengandungi bahan psikotropik dan ubat
terkawal .
275
590
99
686
1872
271
561
107
687
1925
0 500 1000 1500 2000 2500
Permit Import
Permit Eksport
Eksport Produk
PEN Dikeluar
Maklumbalas PEN
2008
2007
Laporan Tahunan BPF 2008 | 29
RAJAH 9: Audit Diversion Yang Dijalankan Mengikut Negeri (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
SIASATAN
Siasatan dijalankan ke atas semua kes yang didapati melanggar Akta-Akta yang
dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi. Akta-akta yang tersebut
adalah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Ubat (Iklan dan Jualan)
1956, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Setiap
cawangan penguatkuasa farmasi negeri menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang
melanggar akta-akta tersebut di negeri masing-masing. Pada tahun 2008 sebanyak
998 kes disiasat berbanding dengan 971 kes dalam tahun 2007. Sebanyak 787 kes
baru yang diterima pada tahun 2008 berbanding 638 kes pada 2007
TINDAKAN OPERASI SERBUAN Tindakan operasi dipertingkatkan pada tahun 2008 untuk mengatasi masalah
pengedaran, pengilangan dan pengimpotan produk dicemari racun terutamanya
bahan peransang seks bagi lelaki dan agen pelangsing bagi perempuan, produk
palsu dan juga penyalahgunaan bahan-bahan psikotropik dan penyelewengan
bahan-bahan ini oleh klinik perubatan dan Farmasi. Unit Tindakan Khas Operasi
Serbuan dibantu oleh unit-unit lain di Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan dari
semua Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Negeri serta agensi penguatkuasa
6
3
13
2
911
4
108
45
11 11
4
02468
101214
Perli
s
Keda
h
P. P
inan
g
Pera
k
Sela
ngor
WPK
L
N.
Sem
bila
n
Mel
aka
Joho
r
Paha
ng
Tren
ggan
u
Kela
ntan
Sara
wak
Saba
h
Bila
ngan
Aud
it
Negeri
Laporan Tahunan BPF 2008 | 30
dari Jabatan dan kementerian lain dalam melaksanakan misi yang tersebut. Operasi
serbuan sentiasa dijalankan dari masa ke masa di seluruh negara samaada oleh
pegawai-pegawai dari CPF negeri berkenaan sahaja atau pun oleh pegawai-
pegawai dari semua CPF dalam operasi besar-besaran.
Pemeriksaan serta serbuan dilakukan ke atas pengilang produk farmaseutikal
berlesen dan pengilang haram, pengimpot, pengedar, syarikat jualan langsung dan
sebagainya. Turut diperiksa dan diserbu ialah klinik perubatan dan premis Farmasi
yang diketahui membekalkan dan memesongkan stok bahan-bahan psikotropik
kepada penagih. Rampasan terbanyak adalah dari jenis produk peransang seks,
produk tradisional tidak berdaftar, produk racun tidak berdaftar dan produk
pelangsing, selain dari rampasan produk kosmetik dicemari racun. Pencapaian bagi
tahun 2008 berbanding dengan tahun sebelumnya adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 17, 18 dan 19.
RAJAH 10: Jadual Nilai Rampasan, RM (2005-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
10
18
36
29
0
10
20
30
40
2005 2006 2007 2008
Nila
i Ram
pasa
n (R
M)
Tahun
Laporan Tahunan BPF 2008 | 31
JADUAL 17 : Nilai Rampasan (%) Mengikut Negeri (2008)
Negeri Nilai Rampasan (%) BPF Ibupejabat 0.02 Johor 2.24 Kedah 1.29 Kelantan 1.18 Melaka 1.70 N.Sembilan 0.45 Pahang 25.8 Perak 0.95 Perlis 1.08 Pulau Pinang 21.76 Sabah 2.26 Sarawak 2.01 Selangor 27.91 Terengganu 0.51 WP Kuala Lumpur 10.79 WP Labuan 0.02
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
JADUAL 18 : Rampasan (%) Mengikut Kategori Produk (2008)
Kategori Produk Peratusan Rampasan
Tradisional Tidak Berdaftar 46.9 Produk Racun Tidak Berdaftar 46.2 Peransang Seks 3.4 Kosmetik 2.0 Produk Psikotropik 0.8 Produk Pelansing 0.5 Lain-lain 0.2
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
PENDAKWAAN
Sepanjang Tahun 2008, sejumlah 479 kes telah selesai didakwa dengan jumlah
kutipan denda sebanyak RM1,296,290. Pecahan pendakwaan mengikut Akta yang
dikuatkuasakan dan negeri adalah seperti di dalam Jadual 20. Kutipan denda bagi
kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 memberikan kutipan tertinggi iaitu
sejumlah RM836,690 (64.5%) diikuti kesalahan di bawah Akta Racun 1952 sejumlah
Laporan Tahunan BPF 2008 | 32
RM321,150 (24.8%). Ketinggian jumlah kutipan denda di bawah Akta Jualan Dadah
1952 adalah disebabkan hukuman denda yang tinggi di bawah Seksyen 12(1) iaitu
denda RM25,000 bagi individu dan di bawah Seksyen 12(2) iaitu denda RM50,000
bagi badan korporat. Jumlah kes yang selesai didakwa di bawah Akta ini adalah 215
kes bebanding dengan kes selesai didakwa di bawah Akta Racun 1952 iaitu 205
kes.
Kekurangan kutipan denda di bawah Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 adalah
disebabkan kurangnya kes yang dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan dan
hukuman yang rendah iaitu RM3,000. Kutipan denda mengikut negeri pula
menunjukkan Selangor mempunyai kutipan tinggi iaitu sejumlah RM299,690 (23.2%)
diikuti Sabah dengan jumlah RM251,650 (19.4%). Melaka juga menunjukkan kutipan
denda yang tinggi sepanjang tahun 2008 dengan jumlah RM123,300 (9.5%). Secara
keseluruhan menunjukkan peningkatan kutipan denda bagi tahun 2008 berbanding
tahun 2007. Dalam tahun 2007 jumlah kutipan denda adalah sebanyak
RM1,028,100.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 33
JADUAL 19 : Pendakwaan (Selesai) Mengikut Akta dan Negeri (2008)
Bil. Negeri
Akta Racun 1952
Akta Racun 1952
(Bahan Psikotropi
k)
Akta Jualan Dadah 1952
Akta Ubat
(Iklan & Jualan)
1956
Jumlah Kes & %
Jumlah Kutipan Denda (RM)
Peratus Kutipan Denda
1. Perlis 2 1 2 - 5 (10) 17,200 1.3
2. Kedah 2 - 2 - 4 (1) 10,000 0.8
3. Pulau Pinang 7 4 18 3 32 (7) 98,300 7.6
4. Perak 12 2 29 - 43 (9) 99,300 7.7
5. Selangor 33 7 32 4 76 (16) 299,690 23.2
6. WP K. Lumpur 40 2 7 2 51 (11) 73,100 5.6
7. N. Sembilan 1 - 5 - 6 (1.5) 18,600 1.4
8. Melaka 2 1 20 - 23 (4.5) 123,300 9.5
9. Johor 17 5 9 2 33 (7) 80,450 6.2
10. Pahang 11 1 12 - 24 (4.5) 44,400 3.4
11. Terengganu 7 2 3 3 15 (3) 29,900 2.3
12. Kelantan 11 - 15 - 26 (5) 64,800 5.0
13. Sarawak 16 - 22 - 38 (8) 75,600 5.8
14. Sabah 44 8 36 8 96 (20) 251,650 19.4
15. WP Labuan - 1 3 1 5 (1) 7,000 0.6
16. BPF, KKM - - - 2 2 (0.5) 3,000 0.2
Total 205 34 215 25 479 1,296,290 Total Fine Collected
321,150 (24.8)
110,950 (8.6)
836,690 (64.5)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
PERUNDANGAN FARMASI
Rang Undang-undang Farmasi yang baru telah dideraf telah didorong bagi tujuan
menggabungkan semua akta – akta berkaitan yang dikuatkuasakan. Rang undang –
undang ini disediakan dalam teks Bahasa Inggeris dan sedang diterjemahkan ke
Bahasa Malaysia.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 34
Bahagian Penguatkuasa Farmasi mengkaji akta dan peruntukan yang
dikuatkuasakan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan. Pada tahun 2008,
deraf – deraf berikut telah di hantar kepada Penasihat Undang – undang KKM. i. Pindaan Undang-Undang mengenai Notifikasi Kosmetik di bawah Peraturan-
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. ii. Perluasan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 ke Sarawak dan Labuan dan iii. Pindaan Undang-Undang mengenai permit bagi doktor yang mengendalikan
rawatan Therapi Gantian Methadon di bawah Peraturan-Peraturan Racun
(Bahan Psikotropik) 1989.
Hanya pegawai yang diberikuasa boleh menguatkuasakan akta – akta dan
peraturan. Pada tahun 2008, sejumlah 4 warta kerajaan telah dikeluarkan, 22 jenis
racun telah dimasukkan ke dalam Senarai Racun (Jadual Pindaan), Akta Racun
1952 melalui keputusan mesyuarat oleh Lembaga Racun. 87 kad kuasa
penguatkuasa farmasi, 84 Surat Kuasa di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan)
1956, 87 Surat Kuasa di bawah Akta Racun 1952, 84 Surat Kuasa Mendakwa di
bawah seksyen 377(b) Kanun Tatacara Jenayah dan 82 Kad kuasa untuk
memeriksa kad pengenalan telah dikeluarkan.
PENGURUSAN PENJAGAAN FARMASEUTIKAL
PEROLEHAN FARMASEUTIKAL BPF memainkan peranan memberi perkhidmatan sokongan teknikal terhadap
perkhidmatan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat terutamanya
melalui syarikat konsesi. Aktiviti Perolehan Farmaseutikal termasuklah menyelaras
urusan tender ubat-ubatan dengan mengenalpasti keperluan ubat-ubatan sedia ada
dan ubat baru untuk memproses perolehan ubat-ubatan secara tender. BPF juga
bertindak sebagai penyelaras untuk penentuan spesifikasi teknikal dan penilaian
teknikal tawaran tender sebagai sebahagian dari prosedur perolehan secara tender.
Dalam tahun 2008, 5 mesyuarat spesifikasi teknikal bagi 146 ubat telah dijalankan.
Jawatankuasa Penilaian Teknikal Ubat telah mengadakan 7 mesyuarat untuk
Laporan Tahunan BPF 2008 | 35
menilai 90 ubat yang disertai oleh 282 petender. Nilai perolehan ubat-ubatan untuk
kegunaan di semua hospital dan klinik kesihatan di KKM pada tahun 2008 ialah
RM1,510 juta. Perbelanjaan ubat-ubatan di KKM pada tahun 2008 menunjukkan
peningkatan sebanyak 397% berbanding dengan perbelanjaan pada tahun 1998
sejumlah RM303.8 juta.
JADUAL 20: Perbelanjaan Ubat-ubatan KKM (1998-2008)
Tahun Jumlah Perbelanjaan (RM Juta)
% Peningkatan Berbanding Tahun Sebelumnya
1998 303.80 16.00% 1999 326.20 7.37% 2000 346.30 6.16% 2001 485.00 40.05% 2002 526.50 8.56% 2003 751.30 42.70% 2004 808.00 7.55% 2005 915.40 13.29% 2006 1233.00 34.70% 2007 1355.00 9.89% 2008* 1510.00 11.44%
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM * Termasuk peruntukan pembangunan
RAJAH 10: Perbelanjaan Ubat – Ubatan KKM (1998 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
16 7.37 6.16 40.05 8.56 42.7 7.55 13.29 34.7 9.89 11.44
303.8 326.2 346.3
485 526.5
751.3808
915.4
12331355
1510
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
0
200
400
600
800
1000
1200
1400
1600
1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Peni
ngka
tan
Perb
elan
jaan
(%)
Peer
bela
njaa
n (R
M J
uta)
% Peningkatan Perbelanjaan Perbelanjaan (RM Juta)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 36
JADUAL 21: Bilangan Mesyuarat Penentuan Spesifikasi dan Mesyuarat Penilaian Teknikal Dijalankan (2004 –2008)
Tahun Mesyuarat Penentuan Spesifikasi
Mesyuarat Penilaian Teknikal
Bil Mesyuarat Bil Produk Bil Mesyuarat
Bil Produk
Bil. Petender
2004 4 72 7 72 NA
2005 2 73 7 73 255
2006 3 129 4 125 358
2007 2 95 9 158 328
2008 5 146 7 90 282 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
FORMULARI UBAT KKM Formulari Ubat KKM adalah dikaji secara berkala.
Tiga mesyuarat mengkaji semula Ubat KKM telah diadakan pada tahun 2008.
Sebanyak 159 proforma telah diterima dan didaftarkan yang meliputi 70 proforma B
(menambah indikasi, pertukaran preskriber, menambah formulasi ke dalam
Formulari Ubat KKM) dan 89 proforma D (menambah ubat baru). 59 ubat baru serta
formulasi dan kekuatan baru telah disenaraikan, dan sebanyak 36 ubat telah
dikeluarkankan dari formulari menjadikan sebanyak 1413 butiran yang tersenarai
dalam Formulari KKM pada akhir tahun 2008.
JADUAL 22: Statistik Formulari Ubat KKM (2004 – 2008)
Tahun Proforma
yang telah
diterima
Bil Mesyuarat
Panel kajisemula ubat KKM
Bil Pekeliling
Ubat-ubatan
Ubat Yang Diluluskan untuk disenaraikan dalam
Formulari
Ubat Yang Dikeluarkan
Dari Formulari
KKM Kekuatan/ Formulasi
baru Ubat baru
2004 192 3 3 20 36 17 2005 152 3 2 19 20 106 2006 197 3 4 8 11 4 2007 186 3 3 21 40 15 2008 159 3 2 29 30 36
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 37
RAJAH 11: Statistik Kemasukan Ubat Baru ke dalam FUKKM (2004 – 2005)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Penyelenggaraan Formulari Ubat KKM
Sebanyak dua pekeliling kepada pindaan ubat-ubatan dalam Formulari telah
dikeluarkan oleh BPF pada tahun 2008. Formulari Ubat KKM dikemaskinikan secara
konsisten mengikut pekeliling yang dikeluarkan. Semua ubat yang berjaya
disenaraikan dan dimansuh telah dikemaskini ke dalam Formulari dan yang terkini
terdapat di www.pharmacy.gov.my/intranet. Formulari yang lebih ringkas dimuatnaik
ke laman web www.pharmacy.gov.my untuk orang awam. Formulari Ubat KKM edisi
ke 5 dalam bentuk buku telah siap untuk cetakan pada akhir tahun 2008.
Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) Senarai Ubat Penting Kebangsaan adalah ubat yang memenuhi keperluan utama
dalam penjagaan kesihatan untuk penduduk. Senarai ubat penting Kebangsaan
telah dilancarkan pada tahun 2000 untuk kegunaan di semua sektor kesihatan.
Senarai ini mula dikemaskini pada tahun 2005 oleh Panel Kajisemula Ubat KKM,
dengan bantuan Jawatankuasa Ubat KKM. Jawatankuasa ini diminta untuk
mendapat maklumbalas dari sektor swasta mengenai senarai ubat yang sesuai
2004 2005 2006 2007 2008Kepekatan/Formulasi Baru 20 19 8 21 29Ubat Baru 36 20 11 40 30
05
1015202530354045
BIL
ANG
AN
TAHUN
Laporan Tahunan BPF 2008 | 38
dalam disiplin rawatan masing-masing. Senarai akhir telah dipersetujui pada
September 2008, ia-itu versi 2, telah dimuat naik ke laman web Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, KKM.
Permohonan Ubat Khas
Ubat yang memerlukan kelulusan khas dari Ketua Pengarah Kesihatan atau
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM terdiri dari:
i. Ubat di luar Formulari Ubat KKM samada yang berdaftar atau tidak
berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
ii. Ubat dalam Formulari Ubat KKM tetapi indikasi ubat berkenaan tidak
terdapat dalam Formulari
iii. Ubat dalam Formulari tetapi tidak terdapat lagi di pasaran atau tidak lagi
berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
Kebenaran menggunakan ubat-ubat ini adalah penyelesaian terakhir selepas semua
ubat di dalam Formulari Ubat KKM telah digunakan.
JADUAL 23: Permohonan Ubat – ubat Khas oleh Hospital/ Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia
Status Diskripsi
Ubat Tidak berdaftar –dalam Formulari
Ubat tidak berdaftar
Jumlah keseluruhan Ubat Tidak Berdaftar
Ubat berdaftar di
luar Formulari
JUMLAH Permohonan dari Institusi KKM
Permohonan dari Syarikat
Farmaseutikal
Lulus
Anggaran Nilai (RM) 4,490,714.24 1,531,640 11,352,401.26 17,374,755.50 24,605,807.94 41,980,563.44
Bil Jenis Ubat 46 11 147 204 230 434
Bil Permohonan 463 12 687 1,162 1,197 2,359
Tolak
Anggaran Nilai (RM) 363,992.90 324,828 98,930.50 787,751.40 1,157,674.86 1,945,426.26
Bil Jenis Ubat 20 3 11 34 36 70
Bil Permohonan 37 4 12 53 123 176
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 39
Dalam tahun 2008, sebanyak 2,359 permohonan dari Institusi KKM telah diberi
kebenaran untuk memperolehi 434 jenis ubat khas dengan anggaran nilai
RM41,980,563.44. Ini merupakan peningkatan sebanyak 19% dalam bilangan
permohonan yang diluluskan berbanding dengan 1980 pada tahun 2007, manakala
anggaran nilai yang terlibat meningkat sebanyak 5.7%. Dari jumlah keseluruhan
permohonan yang diluluskan, 50.8% permohonan adalah untuk ubat berdaftar di luar
dari Formulari KKM. Ubat tidak berdaftar, termasuk yang terdapat dalam Formulari
merupakan 49.2% dari jumlah semua permohonan.
RAJAH 12: Kelulusan Ubat Khas yang diberi Mengikut Nilai dan Tahun ( 2004 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
2004 2005 2006 2007 2008Ubat berdaftar 7429006 11936387 18152974.52 21764912.16 24605807.94Ubat tidak berdaftar 5924699.22 11345203 7559435.5 12266123.96 11352401.26FUKKM 4836919.12 4198890.9 4490714.24Syarikat 4247410 1473250 1531640
0
5000000
10000000
15000000
20000000
25000000
30000000
Nila
i(RM
)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 40
RAJAH 13: Bilangan Permohonan Ubat Khas yang Diluluskan Mengikut Tahun (2004 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Kod Ubat-Ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC)
Kod Ubat-ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) adalah kod yang
dibangunkan untuk setiap ubat hingga ke jenamanya untuk tujuan identifikasi. Ia
dibangunkan berdasar kepada struktur dan prinsip ‘Anatomical Therapeutic
Chemical (ATC) Classification oleh World Health Organization (WHO). MDC
merupakan kod yang standard untuk pesanan ubat-ubatan di fasiliti kesihatan. Ia
boleh digunakan untuk mewakili penggunaan ubat – ubatan dalam kajian
penggunaan ubat-ubatan. Edisi ke empat MDC untuk 6827 produk boleh diakses di
laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi: www.pharmacy.gov.my
PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL Objektif Perkhidmatan Farmasi di hospital dan klinik kesihatan KKM ialah
memberikan penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dan tertumpu kepada
pesakit. Oleh itu, aktiviti yang sedia ada seperti pembekalan dan pendispensan ubat
– ubatan telah diperluas dan diperkembangkan untuk merangkumi pemberian
perkhidmatan farmasi klinikal seperti Kaunseling Ubat-ubatan, Perkhidmatan
2004 2005 2006 2007 2008Ubat berdaftar 501 452 912 1040 1197Ubat Tidak Berdaftar 323 512 357 515 687FUKKM 331 411 463Syarikat 23 14 12
0
200
400
600
800
1000
1200
1400
Bila
ngan
Laporan Tahunan BPF 2008 | 41
Farmasi Wad, Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan, Perkhidmatan Pemonitoran
Ubat Farmakokinetik Klinikal (CPS), Perkhidmatan Sokongan Nutrisi, Perkhidmatan
Farmasi Onkologi dan Perkhidmatan Farmasi Nuklear.
i. Perkhidmatan Farmasi Steril (Perkhidmatan Sokongan Nutrisi, Perkhidmatan Farmasi Onkologi dan IV Admikstur)
a. Perkhidmatan Sokongan Nutrisi
Objektif utama Perkhidmatan ini adalah memberikan sokongan nutrisi
yang optimum kepada pesakit kritikal yang memerlukan bagi
meningkatkan kualiti hidup. Bagi tahun 2008, terdapat 27 hospital KKM
yang menyediakan Perkhidmatan Sokongan Nutrisi dengan bilangan kes
sebanyak 14,023 kes.
RAJAH 14: Jumlah Beg Sokongan Nutrisi Yang Disediakan Untuk Dewasa dan Kanak –kanak (2000 -2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
b. Perkhidmatan Farmasi Onkologi
Perkhidmatan Farmasi Onkologi memainkan peranan yang penting di
dalam mendispen dan menjalankan rekonstitusi ubat sitotoksik. Bagi tahun
2008, terdapat 18 hospital mempunyai fasiliti untuk menjalankan
3619 4620 4644 5403 6816 765111700 14,464 17,13713453
18570 17956 19847 1770420380
2326027,453
32,741
0
10000
20000
30000
40000
50000
60000
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008Bila
ngan
Beg
Sok
onga
n N
utris
i D
ised
iaka
n
Bil. Beg (Dewasa) Bil. Beg (Kanak - kanak)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 42
rekonstitusi ubat sitotoksik dan 29 farmasi di seluruh negara mendispen
ubat sitotoksik.
RAJAH 15: Jumlah Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (2004-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Fasiliti yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
• Kuala Lumpur • Pulau Pinang • Queen Elizabeth, Kota
Kinabalu • Melaka
• Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
• Kulim
• Sultanah Nur Zahirah, K. Terengganu
• Seri Manjung
• Tg. Ampuan Rahimah, Klang
• Selayang
• Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
• Likas, Kota Kinabalu
• Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
• Sultan Ismail, JB
• Tuanku Jaafar, Seremban • Sultanah Fatimah, Muar • Putrajaya • Teluk Intan
c. Perkhidmatan IV Admikstur
Terdapat 17 buah hospital yang mempunyai fasiliti bilik bersih dapat
menyediakan sebanyak 87,276 persediaan bagi 27,284 kes pada tahun
2008. Perkhidmatan ini akan dipertingkatkan pada masa hadapan untuk
memenuhi keperluan Amalan Persediaan Baik.
45,057
64,947
85,532
108,962124,916
0
20,000
40,000
60,000
80,000
100,000
120,000
140,000
2004 2005 2006 2007 2008
Bila
ngan
Rek
onst
itusi
U
bat S
itoto
ksik
Tahun
Laporan Tahunan BPF 2008 | 43
Perkhidmatan Farmasi Ambulatori Kaunseling ubat-ubatan secara individu dan berkumpulan dijalankan oleh pegawai
farmasi agar pesakit mendapat kesan yang optima daripada pengambilan ubat-
ubatan. Sesi kaunseling berkumpulan untuk pesakit asma, diabetes mellitus,
hipertensi, renal, penjagaan ante-natal serta program rehabilitasi kardiak juga
dijalankan secara aktif. Sejumlah 376,584 pesakit telah diberi kaunseling ubat-
ubatan secara individu sepanjang tahun 2008 seperti yang tertera pada carta di
bawah:
RAJAH 16: Bilangan Pesakit yang Dikaunsel (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Perkhidmatan Farmasi Ambulatori juga melibatkan pendispensan dan kaunseling
Methadondi Pusat Rawatan Gantian (RTG) dengan Methadon di bawah Program
RTG Methadone, KKM.
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Sasaran utama MTAC adalah kepada 4 jenis MTAC untuk penyakit kronik iaitu
Diabetes Mellitus, HIV/AIDS, Warfarin dan Asthma bagi 14 buah hospital utama
setiap negeri. Pencapaian bagi tahun 2008 adalah 38 MTAC (67.9%). Sejak tahun
2004 sehingga 2008 sebanyak 98 MTAC telah dibentuk iaitu tambahan sebanyak 71
MTAC pada tahun 2008 iaitu peningkatan sebanyak 417% berbanding tahun 2007
(17 MTAC). Ini menunjukkan kemajuan yang paling memberansangkan dalam
memberikan perkhidmatan farmasi yang berkualiti dan yang terbaik buat pesakit.
Pesakit Luar, (139,229)
Klinik Kesihatan, (49,407)
Pesakit Dalam, (76,640)
Discaj Wad, (111,308)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 44
Jenis-jenis disiplin farmasi klinikal lain yang terlibat dalam perkhidmatan MTAC ini
selain 4 jenis yang disebut di atas adalah Renal Transplant, Liver Transplant,
Neurologi, Rheumatologi dan Hepatitis C.
RAJAH 17: Bilangan MTAC baru yang Ditubuhkan (2004-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 18: Bilangan MTAC Mengikut Negeri (2008)
Sumber: BahagianPerkhidmatan Farmasi, KKM
Rajah 19 menunjukkan negeri Selangor mencatatkan pembentukan MTAC yang
paling tinggi 24.4% daripada keseluruhan bilangan MTAC diseluruh negara. Ini
adalah kerana Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Selayang telah
menubuhkan 5 jenis MTAC. Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
menunjukkan pembentukan hanya 2 bilangan MTAC dan 1 MTAC masing-masing.
Pada tahun 2008, borang kutipan data PF 6.2 telah dilaksanakan bagi
mengenalpasti bilangan kaunseling yang dilakukan oleh pegawai farmasi apabila
1 4 517
71
01020304050607080
2004 2005 2006 2007 2008
Bila
ngan
MTA
C
24
8
13
24
41
59
4 3
9
36
3
0
5
10
15
20
25
30
Perli
s
Keda
h
P. P
inan
g
Pera
k
Sela
ngor
HKL
WPK
L
N.
Sem
bila
n
Mel
aka
Joho
r
Paha
ng
Tere
ngga
nu
Kela
ntan
Sara
wak
Saba
h
Laporan Tahunan BPF 2008 | 45
menjalankan perkhidmatan MTAC kerana mereka akan lebih fokus dalam
memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit selain mendispens
ubat. Secara keseluruhan, bilangan kaunseling pesakit secara individu dalam
perkhidmatan MTAC adalah 25% (46557) daripada jumlah kaunseling keseluruhan
bagi pesakit luar (188,636 bilangan kaunseling telah dijalankan). Jumlah di atas
adalah termasuk bilangan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan
RAJAH 19: Peratus Bilangan Kaunseling MTAC Berbanding Bukan MTAC (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Aktiviti Pendispensan dan Kaunseling Methadon Dalam Program Terapi Gantian Dengan Methadon
Sehingga tahun 2008 sebanyak 69 buah farmasi iaitu 29 di hospital dan 40 di klinik
kesihatan dibawah KKM telah melaksanakan aktiviti pendispensan dan kaunseling
methadon dengan jayanya bagi Program Rawatan Terapi Gantian Methadon (rujuk
rajah 20).
Aktiviti pendispensan methadon juga dijalankan di 3 pusat khidmat AADK iaitu di
Pusat Khidmat AADK Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat AADK Tasek Gelugor
dan Pusat Khidmat AADK Johor Bahru serta Penjara Pengkelan Chepa, Kota Bharu.
Pendispensan dijalankan dengan bantuan Pegawai Farmasi, KKM dari hospital dan
klinik kesihatan yang berdekatan secara giliran mengikut waktu yang ditetapkan.
Cadangan perluasan perkhidmatan pendispensan methadone juga telah
dikembangkan di farmasi swasta yang berminat. 8 buah farmasi swasta di sekitar
Kuala Lumput telah dikenalpasti untuk menjalankan aktiviti pendispensan methadon
bagi pesakit dari Hospital Kuala Lumpur yang telah stabil untuk menyambung
MTAC46,557(25%)
Non-MTAC142,079(75%)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 46
rawatan di farmasi swasta tersebut. Perkhidmatan tersebut akan dimulakan pada
tahun 2009.
RAJAH 20: Bilangan Kumulatif Pembukaan Pusat Rawatan Terapi Gantian Dengan Methadon di Institusi KKM (2005-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pendispensan Methadon dijalankan setiap hari termasuk pada hujung minggu dan
cuti umum dimana pegawai farmasi yang terlibat akan ditugaskan secara bergilir-gilir
mengikut jadual yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing. Ini adalah termasuk
pendispensan di Pusat Khidmat AADK dan Penjara. Semua pesakit (100%) diberi
kaunseling ubat-ubatan sebelum memulakan rawatan secara individu dan
berkumpulan.
Seramai 7065 jumlah pesakit berdaftar dan seramai 5024 pesakit terlibat secara
aktif. 78.8 % (3959) mengambil Methadon secara ‘Direct Observe Therapy ‘ (DOT)
dan 21.2% (1065) menerima Methadon secara dos bawa balik (Rujuk rajah 21).
713
2329
25
22
40
05
1015202530354045
2005 2006 2007 2008
KK Hospital
Laporan Tahunan BPF 2008 | 47
RAJAH 21: Peratus Pesakit Menerima Methadon Secara ‘Direct Observe Therapy (DOT) dan Dos Bawa Balik (DBB), (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Tugas Pegawai Farmasi di klinik methadon bukan sahaja untuk mendispen tetapi
melibatkan aktiviti klinikal yang lain. Rajah 22 menunjukkan penglibatan pegawai
farmasi dalam aktiviti klinikal farmasi.
RAJAH 22: Bilangan Kes Aktiviti Klinikal Oleh Pegawai Farmasi (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Usaha-usaha Peningkatan Kualiti
Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2008 iaitu: i. Penyediaan Protokol MTAC
3 jenis Protokol iaitu Protokol MTAC-Diabetes, MTAC-Warfarin dan MTAC- HIV/AIDs
telah disiapkan dan dikemaskini dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Kecil Farmasi
Klinikal Pengkhususan ( Farmasi Diabetes, Farmasi Kardiologi dan Farmasi
HIV/AIDS) untuk digunapakai di hospital-hospital yang melaksanakan perkhidmatan
tersebut.
ii. Penambahan Dokumentasi bagi MTAC dan Pendispensan Methadon.
iii. Borang PF 6.2, 6.3 dan PF 6.5 diperkenalkan untuk Unit klinikal dalam Perkhidmatan
MTAC dan Pendispensan Methadon bagi pengumpulan data statistik perkhidmatan
tersebut.
DOT, 78.80%DBB, 21.20%
11759
11370
2489
3083
5801
0 2000 4000 6000 8000 10000 12000 14000
Kaunseling Individu
Ubahsuai dos
Interaksi
Maklumat Ubat
Kesan Sampingan
Laporan Tahunan BPF 2008 | 48
iv. Pengubahsuaian Borang Farmasi Klinikal CP3, CP4 dan juga Borang SPUB untuk
kegunaan Farmasi Pendispensan Methadone.
v. Penyediaan Prosedur Standard bagi Pendispensan Methadon di penjara
untuk digunapakai di semua Pusat Rawatan Terapi Gantian dengan
Methadon di Penjara.
vi. Mewujudkan borang-borang Rekod Administrasi Methadondan Borang
Laporan Bulanan Pendispensan Methadon serta prosedur standard bagi
Pendispensan Methadon di farmasi swasta yang dipilih pada tahun 2009.
vii. Mengenalpasti pusat latihan baru bagi bagi latihan sangkutan MTAC Warfarin
dan Diabetes. Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Seberang Jaya telah
dikenalpasti sebagai pusat latihan MTAC Diabetes dan Hospital Serdang
sebagai tambahan pusat latihan bagi MTAC Warfarin.
Latihan
Latihan Luar Negara Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan, BPF telah mengambil inisiatif untuk
menghantar pegawai farmasi untuk menjalani latihan di luar negara selama satu
bulan. Pegawai Farmasi terlatih tersebut akan dilantik menjadi fasilitator bagi
program latihan sangkutan MTAC bagi pegawai – pegawai yang lain.
JADUAL 24: Jenis Latihan, Bilangan Pegawai Farmasi dan Pusat Latihan bagi MTAC (2005-2008)
Tahun Jenis Latihan Bilangan Peg. Farmasi
Pusat Latihan
2005 MTAC Diabetes 2 USA
2006
MTAC HIV/AIDS
2 1
Australia
USA
MTAC Warfarin
1
USA
2007 - - - 2008 Anticoagulant clinic 1 USA
Cardiology clinic 1 USA Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 49
Latihan Dalam Negara
Sejumlah 23 Pegawai Farmasi menjalani program latihan sangkutan selama 3
minggu seperti dalam jadual 25.
JADUAL 25: Bilangan Pegawai Farmasi yang Terlibat dengan Program Latihan 3 Minggu MTAC (2008)
Jenis MTAC Pusat Latihan Bilangan Pegawai Farmasi
Diabetes
Pulau Pinang Hospital 7 Pulau Pinang Hospital/ Seberang Jaya Health Clinic
4
Putrajaya Hospital 3 HIV/AIDS Pulau Pinang Hospital 6
Warfarin Seremban Hospital 2 Serdang Hospital 1
TOTAL 23 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Selain dari itu BPF juga telah menganjurkan 7 bengkel pendispensan methadon
dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor. Sejumlah 442 orang pegawai
farmasi telah dilatih dengan pendispensan dan kaunseling methadon.
Perkhidmatan Farmasi Wad
Pegawai Farmasi Klinikal telah ditempatkan di wad perubatan dan juga unit rawatan
rapi hospital-hospital. Mereka melibatkan diri secara aktif di dalam rondaan wad
dengan pakar perubatan dan lain –lain anggota kesihatan ke arah mengoptimakan
terapi pesakit serta meningkatkan taraf kesihatan pesakit. Pegawai-pegawai
Farmasi Klinikal ini juga memberikan maklumat tentang ubat-ubatan serta
maklumbalas terhadap isu-isu berkaitan dengan penggunaan ubat-ubatan di
samping menjalankan pemonitoran terapi ubat. Jadual 26 menunjukkan
perkhidmatan kaunseling pesakit yang dijalankan di hospital.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 50
JADUAL 26: Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Dalam Untuk Pelbagai Disiplin di Hospital (2008)
Pesakit Dalam Individu Berkumpulan
Bedside Discaj Jumlah Sesi Jumlah Pesakit
Dewasa 69,320 99,753 416 3,325
Kanak - kanak 7,320 11,555 18 50
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan Perkhidmatan maklumat ubat dan pendidikan pengguna dijalankan oleh pegawai
farmasi yang bertugas di Pusat Maklumat Ubat hospital masing-masing.
Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjawab pertanyaan berkenaan ubat-ubatan bagi
memperkukuhkan kualiti penjagaan pesakit. Pada tahun 2008, sebanyak 43,861
pertanyaan telah diterima oleh Pusat Maklumat Ubat dan 2,844 kes kesan advers
ubat telah dilaporkan kepada Malaysian Adverse Drug Reaction Advisory Committee
(MADRAC). Rajah 23 menunjukkan peratusan bilangan pertanyaan yang diterima
mengikut jenis pertanyaan sepanjang 2008. Bilangan pertanyaan diterima mengikut
negeri adalah seperti rajah 24. Sebanyak 33858 (84%) pertanyaan diterima dari
professional kesihatan manakala sebanyak 6579 (16%) pertanyaan diterima dari
orang awam (rujuk rajah 25). Maklumat Ubat-ubatan Yang Dikendalikan Dalam
Aktiviti Farmasi Wad & Pesakit Dalam di Hospital adalah seperti rajah 26.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 51
RAJAH 23: Peratusan Bilangan Pertanyaan Diterima Mengikut Jenis (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Keracunan/ Ketoksikan
1071(2%)
Indikasi8781(20%)
Dos/ Administrasi11908(27%)
Interaksi2144(5%)
Efikasi1342(3%)
Kontraindikasi1279(3%)
Lain -lain17336(40%)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 52
RAJAH 24: Jumlah Pertanyaan Diterima Mengikut Negeri (2008)
Sumber: BahagianPerkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 25: Peratus Kategori Penyoal
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
31487977
380308
1701258
3612764
30165524
40543001
22942022
14436141
0 2000 4000 6000 8000 10000
PahangPerak
MelakaW.P. Labuan
PerlisKelantan
HKLSelangorSarawakP.Pinang
TerengganuWPKL
N.SembilanSabahKedahJohor
6579, 16%
33858, 84%
Pesakit/Orang Awam
Profesional Kesihatan
Laporan Tahunan BPF 2008 | 53
RAJAH 26: Maklumat Ubat-ubatan Yang Dikendalikan Dalam Aktiviti Farmasi Wad & Pesakit Dalam di Hospital (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Hospital berikut telah menjadi pusat latihan bagi bidang farmakoterapi pada tahun
2008 bagi melatih Pegawai Farmasi dalam bidang pengkhususan:
• Hospital Melaka – Farmakoterapi Umum dan Farmasi Respiratori
• Hospital Selayang – Penjagaan Kritikal Umum dan Farmasi Nefrologi
• Hospital Pulau Pinang – Penyakit Berjangkit (HIV/AIDS) dan Farmasi
Endokrin (Diabetes mellitus)
• Hospital Putrajaya – Farmasi Endokrin (Diabetes mellitus)
Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (CPS) adalah di antara komponen utama di
bawah Perkhidmatan Farmaseutikal di negara ini. Perkhidmatan ini dapat
memastikan penggunaan ubat yang efektif dan selamat terutamanya untuk ubat-
ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil. Dengan menjalankan
perkhidmatan ini, Pegawai Farmasi dapat terlibat secara langsung di dalam bidang
klinikal dan seterusnya dapat meningkatkan penjagaan farmaseutikal terhadap
pesakit.
2300
5644
16697
2701
1840
5946
2146
16025
8110
1775
2836
0 2000 4000 6000 8000 10000 12000 14000 16000 18000
Poisoning
Indication
Dose
Therapeutic Efficacy
Interaction
Pharmacokinetics
TPN
Product General Information
Pharmaceutical Availability
Pharmaceutical CompatIbility
Pharmaceutical Identification
Laporan Tahunan BPF 2008 | 54
Pada tahun 2008, sejumlah 90,593 pesakit telah menerima terapi ubat secara
individu melalui perkhidmatan farmakokinetik klinikal (CPS) di seluruh negara.
Melalui CPS, Pegawai Farmasi memberikan khidmat konsultansi terhadap pendosan
individu bagi 14 jenis ubat-ubatan berikut:
• Gentamicin • Netilmicin • Amikacin • Vancomycin • Digoxin • Phenytoin • Carbamazepine • Valproic acid • Theophylline • Ciclosporin • Lithium • Methotrexate • Phenobarbitone • Tacrolimus
Kepentingan CPS sebagai salah satu alat yang penting di dalam rawatan dapat
dilihat dengan peningkatan jumlah kes CPS pada setiap tahun:
Rajah 27: Jumlah Kes CPS Yang Diterima (2000-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Assay bagi ujian farmakokinetik klinikal dianalisa sama ada oleh Farmasi atau
makmal.
37,83650,920 50,484 52,660 54,725
61,594 64,04672,367
90,593
0
25,000
50,000
75,000
100,000
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Jum
lah
Kes
Laporan Tahunan BPF 2008 | 55
RAJAH 28: Bilangan Ujian Farmakokinetik Klinikal Yang Dianalisa (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Unit Farmasi hos pital juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi pemonitoran
toksikologi serta konsultansi bagi kes keracunan paracetamol (PCM).
RAJAH 29: Jumlah Kes Keracunan Paracetamol – Dewasa dan Kanak-kanak (2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Perkhidmatan Farmasi Nuklear
Perkhidmatan Farmasi Nuklear merupakan satu perkhidmatan yang bermatlamat
untuk meningkatkan dan mempromosi kualiti kesihatan masyarakat awam melalui
penggunaan ubat - ubatan radioaktif yang selamat dan berkesan untuk tujuan
rawatan dan diagnosis penyakit seperti kanser serta ujian fungsi organ-organ
tertentu seperti jantung, otak dan paru-paru.
Sejumlah dua belas orang Pegawai Farmasi Nuklear diperuntukkan untuk
memberikan perkhidmatan Farmasi Nuklear dengan dua orang berkelulusan Ijazah
Sarjana di dalam bidang Radiofarmaseutikal dari luar negara dan yang lain
mendapat latihan jangka pendek (sekurang-kurangnya tiga bulan) pengkhususan di
dalam bidang Farmasi Nuklear di dalam dan luar negara.
101,208
17,614
0 20000 40000 60000 80000 100000 120000
Assay dianalisa oleh Farmasi
Assay dianalisa oleh makmal
Kes Tidak Toksik, 3630
Kes Tidak Toksik, 203
Kes Toksik, 658
Kes Toksik, 22
0 1000 2000 3000 4000 5000
Dewasa
Kanak-kanak
Kes Keracunan Paracetamol
Laporan Tahunan BPF 2008 | 56
Mereka ditempatkan di hospital-hospital yang dikenalpasti untuk memberikan
perkhidmatan ini termasuklah:
Hospital Putrajaya – Enam Hospital Kuala Lumpur – Tiga Hospital Pulau Pinang – Dua Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru – Satu
Pencapaian bagi perkhidmatan farmasi klinikal adalah seperti pada jadual 27
Laporan Tahunan BPF 2008 | 57
JADUAL 27: Pencapaian Perkhidmatan Farmasi Klinikal
Jenis Perkhidmatan
2008 1.0 Perkhidmatan Kaunseling Ubat
i. Bilangan Pesakit Diberi Kaunseling Pesakit Dalam Pesakit Luar Discaj dari wad Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)
ii. Jumlah bilangan pesakit diberi kaunseling
139,229 76,640
111,308 49,407
327,249
2.0 Perkhidmatan Maklumat Ubat
i. Bilangan Pertanyaan diterima ii. Bilangan Kesan Advers Ubat
dilaporkan
43,861 2,844
3.0 Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
i. Bilangan Hospital ii. Bilangan Kes iii. Bilangan Ubat
95 90,593
14 4.0 Perkhidmatan Sokongan Nutrisi
i. Bilangan Hospital ii. Bilangan Kes iii. Bilangan Beg
19 14,203 49,878
5.0 Perkhidmatan Admiktur Intravena
i. Bilangan Hospital ii. Bilangan kes iii. Bilangan Persediaan
17 27,284 87,276
6.0 Perkhidmatan Farmasi Onkologi
i. Bilangan Hospital ii. Bilangan Kes iii. Bilangan Persediaan
18 45,440
124,916 7.0 Perkhidmatan Pendispensan Ubat
A. Hospital i. Bilangan Preskripsi Diterima ii. Bilangan Preskripsi Diintervensi B. Kesihatan iii. Bilangan Preskripsi Diterima iv. Bilangan Preskripsi Diintervensi iii. Jumlah Bilangan Preskripsi Diterima iv. Jumlah Bilangan Preskripsi
Diintervensi
21,067,412 140,259
20,498,843 207,372
41,566,255
347,631
Source: Pharmaceutical Services Division, MOH
Laporan Tahunan BPF 2008 | 58
Amalan Farmasi Kesihatan
Skop Perkhidmatan Farmasi Kesihatan merangkumi Perkhidmatan Farmasi Asas,
Perkhidmatan Farmasi diperluaskan (Extended) dan Perkhidmatan Farmasi
diperkembangkan (Expanded) . Perkhidmatan Farmasi asas termasuklah saringan
preskripsi dan pendispensan ubat - ubatan, kaunseling pesakit, perolehan, promosi
kesihatan, pendidikan kesihatan dan informasi ubat-ubatan. Perkhidmatan Farmasi
yang diperluaskan dan diperkembangkan termasuklah program Medication Therapy
Adherence Clinic (MTAC), Rawatan Terapi Gantian Methadon (RTG) dan Home
Medication Review (HMR).
Selain itu, 16 klinik kesihatan telah terlibat dalam Pelaksanaan Waktu Bekerja
Selepas Waktu Pejabat mengikut Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia Bil 8/2007. Klinik kesihatan yang terlibat dengan perkhidmatan ini adalah
seperti berikut:
• KK Alor Setar, Kedah • KK Kuantan, Pahang
• KK Greentown, Perak • JPL Mahmoodiah, Johor Bahru
• KK Anika, Selangor • KK Bandar Maharani,Johor
• KK Selayang Baru, Selangor • KK Kuala Terengganu
• KK Seremban, Negeri Sembilan
• KKB Kota Bharu, Kelantan
• KK Peringgit, Melaka • KK Putrajaya
• KK Jalan Masjid, Sarawak • KK Kangar, Perlis
• KK Luyang, Sabah • KK Mentakab, Pahang
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) SPUB mula dilaksanakan pada 1 Jun 2003 setelah projek perintis selama 6 bulan
dijalankan mulai Disember 2001 sehingga Mei 2002. Tujuan SPUB adalah untuk
memberi kemudahan kepada pesakit terutamanya bagi kes – kes rujukan
mendapatkan bekalan ubat di fasiliti kesihatan yang terdekat dengan kediaman.
Terdapat peningkatan jumlah preskripsi SPUB sebanyak 3.1% pada tahun 2008
Laporan Tahunan BPF 2008 | 59
berbanding tahun 2007. Jadual 28 merujuk kepada transaksi SPUB sepanjang
tahun 2008.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 60
JADUAL 28: Transaksi SPUB (2005 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
2005 2006 2007 2008
Intra Negeri
Inter Negeri Jumlah Intra
Negeri Inter
Negeri Jumlah Intra Negeri
Inter Negeri Jumlah Intra
Negeri Inter
Negeri Jumlah
Jumlah Preskripsi 28,705 11,474 40,179 37,670 14,092 51,762 44,502 15,752 60,245 48,113 14,006 62,119
Bil. Item Kategori A
25,868 12,868 38,736 30,936 12,419 43,355 42,047 13,618 55,665 55,830 16,107 71,937
Bil. Item Kategori B & C
50,845 23,561 74,406 56,590 29,654 95,117 89,172 36,232 125,404 127,573 36,367 163,940
Jumlah Kos Ubat Kategori A (RM)
1,278,718 556,931 1,835,649 1,025,304.36 634,772.48 1,660,076.84 2,252,495 1,017,571 3,270,066 3,439,626.76 1,084,640 4,524,266
Jumlah Kos Ubat Kategori B & C (RM)
427,909 203,443 631,352 517,091.65 277,249.27 794,340.92 855,308 407,111 1,262,419 1,082,523.75 370,357 1,452,881
Jumlah Kos Ubat (RM)
1,706,627 760,374 2,467,001 1,569396.01 885,021.75 2,454,417.76 3,107,803 1,424,682 4,532,485 4,523,797.40 1,386,782 5,910,579
Laporan Tahunan BPF 2008 | 61
RAJAH 30: Bilangan Preskripsi SPUB (2005-2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pemantauan aktiviti-aktiviti dan perancangan Farmasi Hospital dan Kesihatan Pada tahun 2008, sebanyak 5 mesyuarat diadakan yang meliputi semua negeri di
Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Fokus utama tahun ini adalah
Pemantapan Pengurusan Ubat-ubatan. Namun begitu, isu-isu amalan dan
perkembangan farmasi yang lain turut dibincangkan.
KESELAMATAN PENGUBATAN Sistem Laporan Keselamatan Pengubatan (MERS) melibatkan laporan secara
sukarela oleh kakitangan kesihatan demi meningkatkan keselamatan pesakit.
Sepanjang tahun 2008 sejumlah 1550 laporan kesilapan pengubatan telah diterima.
Bagi memastikan aspek keselamatan pengubatan di ambil berat BPF telah
menubuhkan Unit Keselamatan Pengubatan yang juga merupakan urusetia kepada
Jawatankuasa Pengubatan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jawatankuasa
Penasihat Teknikal Keselamatan Pengubatan dan Jawatankuasa Farmakovigilans
Keselamatan Vaksin. Terdapat juga penglibatan dalam lain – lain jawatankuasa
berkaitan dengan keselamatan pesakit seperti Jawatankuasa Penasihat Teknikal
Continuous Professional Development and Consumer Education serta memberi
maklum balas kepada Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia.
40,179
51,76260,254
62119
010,00020,00030,00040,00050,00060,00070,000
2005 2006 2007 2008
Bilangan Preskripsi
Tahun
Laporan Tahunan BPF 2008 | 62
Berbagai kursus berkaitan keselamatan pesakit telah dijalankan sepanjang tahun
2008. Antaranya termasuklah Bengkel Prakonferens Keselamatan Pengubatan,
Bengkel Medication Safety Interprofessional Learning dan Bengkel Kesan Advers
Ubat dan Vaksin. Beberapa siri taklimat dan ceramah mengenai keselamatan
pengubatan juga diadakan turut diadakan di Hospital Ampang dan di 1st Mini
Scientific Meeting di Kluang.
Perancangan Masa Hadapan
Penggunaan Sistem Laporan Kesilapan Pengubatan secara atas talian akan
memudahkan dan mempercepatkan kakitangan kesihatan untuk membuat laporan
kesilapan pengubatan. Sistem tersebut juga membolehkan sebarang maklumat dan
garispanduan diperolehi dengan mudah bagi membantu fasiliti - fasiliti kesihatan
bagi menerapkan langkah – langkah penambabaikan dalam meningkatkan
keselamatan pesakit berkaitan penggunaan ubat – ubatan.
HARGA UBAT
i. Kajian Pemantaun Harga Ubat-ubatan.
Sepanjang tahun 2008 , 2 kutipan data kajian pemonitoran harga ubat-ubatan telah
dijalankan keatas beberapa premis seperti Jadual 29:
JADUAL 29: Bilangan Jenis Fasiliti yang Terlibat dalam Kajian Pemantauan Harga Ubat - Ubatan Malaysia Barat Malaysia Timur Hospital KKM 22 22 Farmasi Swasta 20 20 Hospital Swasta 5 2
Hospital Universiti 3 - Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Kutipan dijalankan setiap 6 bulan iaitu bulan Jun dan bulan Disember. Jenis ubat-
ubat yang dijalankan kajian buat masa ini adalah seperti seperti dalam jadual di
bawah. Jenis-jenis ubat yang dipantau akan ditambah dari masa ke semasa.
Kumpulan ubat yang dipantau adalah seperti jadual 30.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 63
JADUAL 30: Kumpulan ubat yang dipantau dan contoh
Kumpulan 1 34 jenis ubat preskripsi dan bukan preskripsi yang biasa digunakan untuk merawat penyakit
Contoh: Tab. Aciclovir 200mg, Tab. Ranitidine 150mg Tab. Simvastatin 20mg Tab. Captopril 25mg
Kumpulan 2 28 ubat paten dan baru sahaja didaftarkan di Malaysia.
Contoh: Cap. Anagrelide Hydrochloride 0.5mg, Tab. Levocetrizine 5mg Cap. Dutasteride 0.5mg Tab. Rabeprazole Sodium 20mg
Kumpulan 3 11 jenis ubat untuk indikasi yang tertentu seperti ubat-ubatan yang melibatkan transplan dan onkologi
Contoh: Inj Epirubicin 50mg Inj. Ifosfamide 1g Inj. Rituximab 500mg/50ml Inj. Fluorouracil 500mg/10ml.
Kumpulan 4 32 jenis ubat yang mencatatkan penggunaan tertinggi dalam National
Medicine Use Survey (NMUS)
Contoh: Tab Salbutamol 2mg Tab Frusemide 40mg Tab Atorvastatin 20mg Tab. Lisinopril 5mg.
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Analisa data yang dijalankan telah dimuat dan dicetak dalam buletin My.Medprice
Edisi 1 dan Edisi 2 yang merangkumi analisa data bagi tahun 2006. Buletin-buletin
tersebut juga boleh dimuat turun di portal Farmasi www.pharmacy.gov.my. Analisa
data tahun 2007 dan tahun 2008 akan dimuatkan dalam My Medprice Edisi 3 dan
Edisi 4, yang dijangka diterbitkan pada pertengahan dan penghujung tahun 2009.
Terbitan My.MedPrice bagi tahun 2009 ini akan mencuba beberapa pendekatan
baru seperti menjalankan analisa data dari segi price trending dan juga price mark
up.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 64
ii. Pangkalan Data Harga Ubat-ubatan
Pangkalan data harga ubat-ubatan akan dibangunkan pada masa yang akan
datang. Buat masa kini pengumpulan dan pengemaskinian data harga ubat terdiri
dari beberapa kategori seperti dibawah:
1) Senarai harga borong dari premis KKM (Public wholesale price)
2) Senarai harga borong dari premis swasta (Private wholesale price) dan juga
(Private wholesale OTC price)
3) Senarai harga runcit dari premis swasta (Private retail price), dan juga
(Private Recommended Retail Price)
Beberapa jenis senarai harga juga sedang diusahakan , seperti
1) Senarai harga Pengilang, (Ex Manufacturer price). Kerjasama dengan
syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan sedang diusahakan.
2) Senarai harga runcit (GP Retail Price) dari pengamal perubatan, Bahagian ini
akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk
mendapatkan bil terperinci (itemized billing), dari lebih dari 400 buah klinik
swasta.
Melalui pangkalan data senarai harga di atas , beberapa senarai harga telah di
hasilkan untuk kegunaan di KKM , seperti
1) Senarai harga ubat untuk kegunaan Perintah Fi (Pesakit Bayar Penuh), Edisi
1 dan 2 telah disediakan
2) Senarai harga ubat untuk kegunaan Perintah Fi (Kesihatan)
3) Medicine Price List yang terdiri dari senarai harga ubat-ubat yang terdapat
dalam Formulari Ubat-Ubatan KKM (FUKKM), untuk diedar kepada fasiliti
KKM, khususnya untuk kegunaan pegawai pegawai farmasi di stor farmasi.
iii. Kajian perubahan harga ubat yang baru masuk senarai FUKKM pada tahun 2008
Kajian bagi tahun 2008 telah dikompil dan dianalisa, bersama-sama hasil
kajian bagi tahun 2007 dan 2006. Kompilasi kajian dan analisa selama 3
tahun tersebut telah dikompil dan telah diedarkan kepada semua hospital
KKM dan pegawai farmasi yang berkaitan.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 65
Mana-mana ubat yang didapati harganya lebih dari harga yang dijanji semasa
memohon untuk disenarai dalam FUKKM, surat minta penerangan telah dihantar
kepada syarikat-syarikat yang berkenaan. Beberapa syarikat telah memberi
penjelasan kepada Perkhidmatan Farmasi, serta membuat langkah
penambahbaikan seperti memberi nota kredit atau pun pulangan dalam bentuk
ubat-ubatan.
Untuk mengukuhkan lagi langkah pemantauan ini, syarikat yang memohon
untuk menyenaraikan ubat-ubat mereka ke dalam FUKKM, diarahkan supaya
menghantar sebutharga harga jualan kepada fasiliti KKM sekiranya ubat-ubat
tersebut tersenarai dalam FUKKM. Harga jualan kepada fasiliti KKM mestilah
tidak melebihi harga dalam sebutharga sekurang-kurangnya untuk tempoh
satu tahun. Selepas tempoh tersebut peningkatan harga ubat-ubatan tersebut
masih lagi akan dipantau.
iv. Kajian Harga Ubat/Preskripsi (KHUPP)
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan tren perubahan harga ubat
per preskripsi setiap tahun, berbanding peningkatan jumlah tahunan
pesakit atau pun preskripsi. Kajian ini dijalankan selama 1 minggu pada
setiap minggu kedua bulan Julai setiap tahun. Data –data bagi tahun 2008
telah dikutip dan satu bengkel telah diadakan bagi mengajar pegawai-
pegawai pengumpul data untuk memasukkan data menggunakan perisian
Computerize Dispensing System (CDS) .
v. Projek Kawalan Harga Ubat-ubatan
BPF telah meminta kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
untuk membantu Malaysia mengkaji kawalan harga ubat-ubatan yang
diperlukan dan mencadangkan mekanisma yang sesuai untuk
melaksanakannya.
Projek Kajian Penggunaan Ubat Kebangsaan
Laporan Tahunan BPF 2008 | 66
Projek Kajian Penggunaan Ubat Kebangsaan atau National Medicines Use Survey
(NMUS), dimulakan pada Tahun 2005 oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC),
Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama BPF. Mulai bulan September 2006,
pengurusan projek ini telah diambilalih oleh BPF, KKM manakala pihak CRC, HKL
mengendalikan aspek pelaksanaan kajian dan khidmat statistik. Projek ini akan
dijadikan satu aktiviti yang berterusan bagi mengkaji penggunaan ubat-ubatan di
pelbagai peringkat kesihatan awam dan swasta yang dijangka berubah mengikut
masa.
Berikut merupakan objektif projek ini dijalankan:
1) Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubat yang dibekalkan di Malaysia.
Ianya penting untuk mengukur tahap penggunaan dan perbelanjaan ubat-
ubatan di negara ini.
2) Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang dipreskrib dan/ atau
yang didispens di Malaysia. Ianya penting untuk mengetahui kuantiti
preskripsi dan amalan pendispensan di negara ini.
3) Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang diguna oleh pengguna-
pengguna di Malaysia. Ianya penting untuk mengukur pola penggunaan ubat-
ubatan dan seterusnya menilai penggunaan ubat yang rasional oleh
pengguna di dalam negara ini.
4) Merangsang dan memudahkan kajian ke atas kegunaan ubat-ubatan.
Dalam memastikan projek ini dijalankan secara berterusan, sistem yang
digunakan untuk pengutipan data-data daripada fasiliti kesihatan awam/ swasta
adalah sama ada melalui beberapa tatacara berikut:
i. Muat turun daripada pangkalan data sedia ada seperti pangkalan data
perolehan ubat-ubatan “procurement databases”.
ii. Pengutipan data utama untuk kajian preskripsi/ dispensing.
iii. Electronic Data Capture (EDC) tool yang diperkenalkan untuk sumber-
sumber tertentu seperti pembelian tempatan daripada fasiliti KKM dan
pembelian ubatan oleh klinik-klinik swasta.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 67
Pencapaian Projek Tinjauan Penggunaan Ubat pada tahun 2008 adalah seperti
pada jadual 31.
JADUAL 31: Pencapaian NMUS dalam tahun 2008
Bil. Aktiviti Output Pencapaian
1.
Pelaksanaan Projek “National Medicines Use Survey” dengan usahasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HKL
Penerbitan “Malaysian
Statistics on Medicine (MSOM)”
• MSOM 2005 : Oktober 2007
• MSOM 2006 : Akan diterbitkan pada awal tahun 2009
2. Peruntukan Pengendalian Projek NMUS secara berterusan
Permohonan peruntukan
Peruntukan Tahun 2008: RM 294,800.00
3.
Makluman Melalui Laman Web : www.crc.gov.my/nmus (dengan usahasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HKL
Laman Web
dan muat turun MSOM (format
pdf)
Pengemaskinian berterusan
4.
a) Mesyuarat NMUS Governance Board / Steering Committee b)Mesyuarat “NMUS - Expert Panel”
Bil. Mesyuarat : Setahun sekali
a) 1 kali b) 2 kali
5. Bengkel MSOM : Quality Use of Medicine (semasa Persidangan CREATE 2008)
Projek Kajian Quality Use of
Medicine
10 kajian berkaitan penggunaan ubat secara berkualiti telah dikenalpasti untuk dijalankan bermula Januari 2009
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Hasil daripada NMUS, Malaysian Statistics On Medicines (MSOM) berjaya
diterbitkan untuk tahun 2004 dan 2005. Usaha penerbitan MSOM 2006 dijangka
selesai pada awal tahun 2009.
Melalui statistik corak penggunaan ubat-ubatan yang diperolehi, maka strategi lanjut
dapat dirangka untuk memastikan penggunaannya yang lebih berkualiti di samping
turut dijadikan asas kepada cadangan peruntukan sumber penjagaan pesakit yang
lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia kelak. Di samping itu, data-data ini juga
Laporan Tahunan BPF 2008 | 68
boleh digunakan untuk membuat perbandingan dengan corak penggunaan ubat-
ubatan di negara-negara maju bagi meningkatkan pencapaian kesihatan yang lebih
tinggi kepada rakyat Malaysia. Usaha ini penting dalam melaksanakan pemantauan
bagi meningkatkan penggunaannya yang lebih berkualiti ke arah perawatan yang
lebih kos-efektif. Ini adalah selaras dengan memenuhi objektif salah satu komponen
utama Dasar Ubat Nasional yang telah diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan
Malaysia.
Daripada Laporan MSOM 2006, berikut merupakan sepuluh (10) jenis ubat-ubatan
paling banyak digunakan berdasarkan Kumpulan Terapeutik (Jadual 32) dan Nama
Ubat (Jadual 33):
JADUAL 32 : Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2006 – Mengikut Kumpulan Terapeutik (Dalam DDD/1000 populasi/hari)
No. ATC Kumpulan Terapeutik Awam Swasta Jumlah
1. A10 Drugs Used in Diabetes 32.792 7.5037 40.2957
2. C07 Beta Blocking Agents 21.3322 4.4021 25.7343
3. C09 Agents Acting on the Renin-Angiotensin System 13.8264 5.7554 19.5818
4. C08 Calcium Channel Blockers 15.941 3.4246 19.3656
5. C10 Lipid Modifying Agents 8.639 8.5208 17.1599
6. R03 Drugs for Obstructive Airway Diseases 9.8198 6.6997 16.5194
7. C03 Diuretics 11.775 2.8894 14.6643
8. R06 Antihistamines for Systemic Use 5.1758 6.9945 12.1703
9. M01 Antiinflammatory and Antirheumatic Products 3.9519 6.0516 10.0035
10. B01 Antithrombotic Agents 5.8947 3.9402 9.835 Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 69
JADUAL 33: Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2006 (Dalam DDD/1000 populasi/hari)
No. ATC Ubat Awam Swasta Jumlah
1. A10B B01 Glibenclamide 14.0329 1.5023 15.5352
2. A10BA02 Metformin 11.1397 2.0109 13.1506
3. C07A B02 Metoprolol 11.7536 0.5828 12.3365
4. C07A B03 Atenolol 9.077 2.9516 12.0287
5. C08CA05 Nifedipine 10.9355 0.6772 11.6127
6. B01A C06 Acetylsalicylic acid 4.8358 2.5826 7.4184
7. C10AA01 Simvastatin 2.6378 3.9287 6.5665
8. C03AA04 Chlorothiazide 6.2441 0.0355 6.2796
9. A10BB09 Gliclazide 4.593 1.3678 5.9608
10. C08CA01 Amlodipine 3.2803 1.9924 5.2728 Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan lengkap MSOM 2006 boleh diperolehi melalui Laman Web
http://www.crc.gov.my/nmus apabila telah diterbitkan kelak.
DASAR UBAT NASIONAL Dasar Ubat Nasional (DUNAS) merupakan satu rangka kerja strategi-strategi dan
komitmen kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan ubat disektor awam dan
swasta kearah mencapai matlamat jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan
untuk sektor farmaseutikal negara. Ianya merangkumi empat komponen utama iaitu
Kualiti, Keselamatan dan Efikasi Ubat-ubatan, Ketersediaan Ubat, Kemampuan
Mendapatkan Ubat dan Penggunaan Ubat Yang Berkualiti. Empat komponen
sokongan pula ialah Pembangunan Sumber Manusia, Penyelidikan dan
Pembangunan, Kerjasama teknikal dan Pengurusan Dasar Ubat Nasional.
Bagi tahun 2008, pemantauan petunjuk DUNAS telah dilaksanakan bagi 29 petunjuk
latarbelakang, 39 petunjuk struktur dan 18 petunjuk proses. Petunjuk latarbelakang
memberikan maklumat data demografi, ekonomi, kesihatan dan status farmaseutikal
Laporan Tahunan BPF 2008 | 70
manakala petunjuk struktur memberikan maklumat kualitatif untuk menilai kapasiti
sistem farmaseutikal dalam mencapai objektif dasar ini.. Indikator proses
memberikan maklumat kuantitatif terhadap proses bagaimana dasar ini
dilaksanakan. Seterusnya, indikator hasil pula mengukur hasil yang telah dicapai
dan perubahan-perubahan yang disumbangkan atau diperolehi menerusi
perlaksanaan dasar ubat nasional.
Promosi Penggunaan Ubat Berkualiti untuk Perlindungan dan Pendidikan Pengguna Penggunaan Ubat Berkualiti – Konsumer
Projek Penggunaan Ubat Berkualiti - Konsumer merupakan satu projek tiga tahun
(2006 - 2008) yang dikendalikan secara bersama oleh KKM dan Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA). Aktiviti-aktiviti projek pada tahun 2008 telah
dipergiatkan supaya impak projek dapat diperluaskan ke seluruh lapisan
masyarakat.
A. Kempen Kenali Ubat Anda
i) Training of Trainers (TOT)
Bengkel Training of Trainers (TOT) telah diadakan di setiap negeri seluruh
Malaysia sejak tahun 2007. Semasa bengkel, “Master Trainers” melatih dan
memimpin Pegawai-pegawai Farmasi di negeri masing-masing untuk
menjalankan aktiviti pendidikan kepada orang awam secara terancang.
Pegawai-pegawai Farmasi yang telah dilatih pula akan dijadikan “Trainers “
dalam negeri masing-masing dan bertanggungjawab mempromosikan
penggunaan ubat secara berkualiti. Jadual 34 menunjukkan bengkel training
of trainer yang teah dijalankan sepanjang 2008.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 71
JADUAL 34: Bengkel Training of Trainers
Lokasi Bilangan Peserta Tarikh Diadakan
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak)
50 50
April 2008 Oktober 2008
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) 30 April 2008
Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor) 29 Januari 2008
Zon Timur (Pahang, Terengganu and Kelantan) 40 52 73 95
Mac 2008 Mac 2008 Mei 2008
Julai 2008
Sarawak 15 April 2008
Sabah dan Labuan 29 24
Nov 2008 Dis 2008
Jumlah peserta yang terlibat 487
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
ii) Aktiviti-aktiviti QUM-C Yang Dijalankan Pada Peringkat Negeri
Bagi memastikan mesej kempen “Kenali Ubat Anda” dapat
disampaikan secara meluas kepada mesyarakat, pelbagai aktiviti-
aktiviti QUM-C yang disasarkan kepada orang awam telah dijalankan
pada peringkat negeri. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
termasuklah pelancaran kempen, seminar, pameran dan ceramah
radio.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 72
JADUAL 35: Aktiviti-aktiviti QUM-C Negeri dan Zon pada tahun 2008
Lokasi
Aktiviti-aktiviti QUM-C
Pelancaran Seminar TOT Pameran Ceramah radio
Zon Timur (Pahang, Terengganu and Kelantan)
2 26 4 43 4
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak)
0 89 2 77 4
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur)
1 16 1 41 2
Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor)
6 (peringkat daerah)
86 1 54 3
Sarawak 0 39 1 16 2
Labuan 0 0 7 5 1
Sabah 0 34 2 31 1
Jumlah 9 290 18 267 17
Jumlah keseluruhan 601
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
iii) Kit Kempen
MEDITIPS® Untuk menjadikan Meditips® satu booklet yang menarik dan mudah difahami,
pada tahun 2008, Meditips® sedia ada telah diubahsuai kepada versi baru
yang mempunyai rekaan yang menarik, isi yang lebih padat dan senang
difahami. Meditips® versi baru ini adalah berwarna berbanding versi hitam
putih yang lama untuk menarik minat pembaca. Meditips versi baru ini dicetak
dalam Bahasa Malaysia sahaja.
iv) Aktiviti Promosi Penggunaan Ubat Secara Berkualiti Oleh Konsumer Jawatankuasa Kecil Promosi telah ditubuhkan dengan tujuan merangka
strategi untuk mempromosikan kempen. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri
daripada sebilangan ahli Jawatankuasa Induk QUM-C, wakil Bahagian
Pendidikan Kesihatan, wakil MPS dan wakil Institusi Pengajian Tinggi.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 73
Mesyuarat telah diadakan sebanyak 2 kali pada dari tahun 2008. Berikut
merupakan kaedah-kaedah promosi yang telah diusahakan:
• Pencetakan maklumat kempen pada beg plastik ubat
• Pengedaran risalah kempen kepada semua ahli farmasi
• Penyebaran Lagu Tema “Kenali Ubat Anda”
• Penambahan modul Farmasi dalam Program Doktor Muda
• Penerbitan CD interaktif
• Penerbitan video promosi untuk media elektronik
• Penulisan Artikel Kesihatan untuk media cetak
a) Program Doktor Muda
Konsep penggunaan ubat secara berkualiti merupakan salah satu
komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Oleh itu, dua skop
telah dicadangkan untuk ditambahkan ke dalam modul Program Doktor
Muda yang sedia ada untuk meningkatkan pengetahuan asas pelajar
terhadap ubat. Skop-skop yang dicadangkan adalah seperti berikut:
1. Fungsi dan peranan peranan perkhidmatan farmasi
2. Kenali Ubat Anda
Apakah itu ubat?
Cara Penggunaan inhaler
Amalan 5B
Cara penyimpanan ubat
b) Penerbitan video promosi untuk media elektronik Enam siri video promosi telah dihasilkan pada akhir tahun 2008. Setiap siri
mengambil masa kira-kira satu minit. Isu-isu yang difokuskan oleh 6 treler
video tersebut adalah:
• Hak anda sebagai pengguna ubat
• Mengenali ubat anda
• Label ubat
• Panduan penggunaan ubat (Konsep 5B)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 74
• Cara penyimpanan ubat
• Tanyalah ahli farmasi
c)Artikel Kesihatan untuk media cetak
Media cetak dan elektronik turut dijadikan sebagai salah satu saluran
promosi kempen. Sebanyak 30 artikel telah diterima dari semua negeri dan
2 artikel telah diterbitkan di dalam majalah. Artikel-artikel yang lain akan
dinilai oleh Jawatankuasa Promosi dan akan diterbitkan di laman web,
majalah atau akhbar.
B. Tinjauan Kebangsaan Penggunaan Ubat oleh Konsumer Malaysia Jawatankuasa Induk QUM-C telah menjalankan satu projek untuk mengenalpasti
sejauh mana kesedaran dan pengetahuan konsumer tentang penggunaan ubat
secara berkualiti melalui tinjauan yang bertajuk “A National Survey on the Use of
Medications by Malaysian Consumers”. Tinjauan ini dibahagikan kepada dua fasa
iaitu sebelum dan selepas Kempen “Kenali Ubat Anda”. Tinjauan untuk fasa
sebelum kempen bertujuan untuk menilai kesedaran tahap awal tentang
penggunaan ubat berkualiti di kalangan konsumer. Manakala tinjauan fasa pasca-
kempen bertujuan untuk menilai keberkesanan Kempen “Kenali Ubat Anda” dalam
membangkitkan kesedaran konsumer terhadap penggunaan ubat berkualiti.
Tinjauan ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Farmasi,
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Bengkel Kemasukan Data bagi tinjauan ini telah diadakan di Pulau Pinang pada 6-8
Mei 2008 yang melibatkan 42 orang Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai
Farmasi dari semua negeri dan wilayah persekutuan. Manakala Bengkel Analisis
Data telah diadakan di Pulau Pinang pada 20-22 Oktober 2008 dan disertai oleh
seramai 65 orang Pegawai Farmasi. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk
mempelajari cara untuk menganalisis data bagi negeri masing-masing. Tinjauan
pasca intervensi akan dijalankan pada bulan Disember 2009 bagi menilai
keberkesanan kempen.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 75
PERLINDUNGAN PENGGUNA
Aktiviti yang berterusan dijalankan dalam memberikan pendidikan dan
memperkasakan pengguna dengan maklumat serta pengetahuan kepada
masyarakat umum di bandar dan luar bandar dalam penggunaan ubat & kosmetik
secara bijak. Media Elektronik dan Media Cetak digunakan untuk menyebarkan
maklumat bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kumpulan
sasaran. Orang ramai dan ahli farmasi swasta telah diberikan kesedaran mengenai
penggunaan hologram dan alat pentafsir kod (decoder) bagi menentukan ketulenan
ubat yang diperolehi. Sebanyak 1700 premis farmasi swasta telah dibekalkan alat
pentafsir kod (decoder) hologram meditag bagi kegunaan orang ramai.
Pada tahun 2008 unit perlindungan pengguna telah berjaya menyampaikan
maklumat kepada masyarakat umum melalui 308 ceramah, 239 pameran dan
35 dialog (rujuk Rajah 32). Jumlah aktiviti perlindungan pengguna (ceramah,
pameran dan dialog) menunjukkan peningkatan yang tinggi untuk tahun 2008 iaitu
582 berbanding dengan 266 dalam tahun 2007 dan 149 dalam tahun 2006 (rujuk
Rajah 33).
JADUAL 36: Pencapaian Penyebaran Maklumat Ceramah, Pameran Dan Dialog (2008)
Perkara Jan-Disember 2008 Sebaran Kalendar 2008 32,000 x set Sebaran Poster 80,000 x keping Sebaran Poskad 20,000 x keping Ceramah 308 Dialog 35 Pameran 239 Penampilan di TV 1(TV9) Radio 1(RTM) Sebaran melalui akhbar 3
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Laporan Tahunan BPF 2008 | 76
RAJAH 31 : Bilangan Ceramah, Pameran Pendidikan dan Dialog (2006 – 2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
RAJAH 32 : Jumlah Aktiviti Perlindungan Pengguna (Ceramah, Pameran dan Dialog), (2005 -2008)
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
2006 2007 2008Ceramah 63 100 239Pameran 80 155 308Dialog 6 11 35
050
100150200250300350
Aktiv
iti
Tahun
182, (15%)
149 (13%)
266, (23%)
582 (49%)
2005 2006 2007 2008
Laporan Tahunan BPF 2008 | 77
KUALITI DAN STANDARD
Usaha-usaha Peningkatan Kualiti (Piagam Pelanggan, KMK, Inovasi, Naziran Sistem Star Rating dan KPI)
Dalam usaha meningkatkan kualiti dan standard, satu kaji selidik tentang
Pengurusan Pelanggan telah dilengkapkan dan satu kajian baru telah dimulakan
pada akhir 2008 selepas pengeluaran Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
yang baru bagi Pengurusan Pelanggan. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi
BPF telah diwujudkan dan bergerak aktif. Seorang pegawai BPF telah dilantik sebagai panel
hakim di dalam Pertandingan Inovasi KKM Peringkat Kebangsaan. BPF telah bekerjasama
dengan program – program lain dalam KKM untuk turut serta di dalam Naziran Sistem Star
Rating oleh MAMPU ke atas Ketua Pengarah Kesihatan. Lima (5) tiers KPI bagi Program
Perkhidmatan Farmasi telah dikenalpasti dan sedang dipantau.
Semakan petunjuk-petunjuk Program Quality Assurance (QAP) Kesemua enam belas petunjuk QAP bagi Aktiviti Penjagaan Farmaseutikal yang
diwujudkan dalam tahun 2004 telah mula disemak dalam tahun 2008 bagi
memastikan ‘reliability’ dan ‘practicality’ masing-masing. Keputusan semakan
tersebut akan dibentangkan kepada JK Pemandu Program QA Kebangsaan untuk
kelulusan sebelum diterima pakai.
Projek penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada pesakit melalui Kajian Intervensi Petunjuk QAP-3
(Proportion of prescriptions wrongly filled and detected before dispensing to the total
number of prescriptions counterchecked at outpatient pharmacy)
Objektif utama kajian ialah untuk meningkatkan keselamatan pesakit melalui
penambahbaikan proses-proses pra-pendispensan. RM15,000 telah diperuntukkan
oleh Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) untuk membiayai aktiviti kajian
seperti pembelian keperluan peralatan bagi melaksanakan Sistem 5S di tiga hospital
yang dipilih iaitu Hospital Seberang Jaya, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, dan
Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kajian telah bermula pada bulan November
2008 dan dijadualkan akan berakhir pada Julai 2009.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 78
Memberi Khidmat Nasihat berkaitan standard fasiliti penyediaan produk farmaseutikal dan radiofarmaseutikal, steril dan bukan steril
BPF melalui unit Kualiti dan Standard telah terlibat dalam memberi tiga puluh empat
sesi khidmat nasihat berkaitan standard fasiliti-fasiliti penyediaan produk-produk
farmaseutikal dan radiofarmaseutikal, steril dan bukan steril melalui penilaian
spesifikasi dan mesyuarat-mesyuarat teknikal dengan pihak kontraktor, Bahagian
Kejuruteraan KKM serta Bahagian Perancangan & Pembangunan KKM dan
Jabatan Kerja Raya. Tambahan dari itu, JK Teknikal Pembangunan Fasiliti
Penyediaan Radiofarmaseutikal Hospital telah menghantar Deraf Garispanduan
Keperluan untuk Pembangunan Fasiliti Penyediaan Radiofarmaseutikal. Deraf ini
akan disemak pada awal tahun 2009 sebelum digunapakai. Deraf ini akan
berperanan sebagai standard yang akan digunakan oleh KKM di dalam pembinaan
dan pengubahsuaian fasiliti-fasiliti penyediaan produk radiopharmaseutikal sedia
ada. Kelulusan mengadakan kerjasama berkenaan telah diperolehi dari Ketua Pengarah
Kesihatan kepada BPF untuk berkerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia untuk
membentuk satu kumpulan pemeriksa radiofarmaseutikal. Kumpulan pemeriksa ini akan
memeriksa 17 fasiliti penyediaan radiofarmaseutikal di hospital kerajaan dan swasta di
Malaysia bagi pematuhan terhadap Amalan Penyediaan Radiofarmaseutikal Baik (GRP).
Projek ini adalah di bawah seliaan International Atomic Energy Agency (IAEA) dan bertujuan
untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap GMP dan GRP oleh pihak hospital-hospital
yang terlibat.
Pemeriksaan fasiliti pengeluaran produk steril Cytotoxic Drug Reconstitution
(CDR) dan Parenteral Nutritions (PN)
Dalam tahun 2008, satu pemeriksaan pra-kualifikasi, enam pemeriksaan rutin, satu
pemeriksaan penyiasatan dan satu pemeriksaan preliminari telah dijalankan ke atas
fasiliti-fasiliti CDR dan PN bagi memastikan fasiliti-fasiliti berkenaan mematuhi
standard PIC/S Good Preparation Practices (GPP).
Laporan Tahunan BPF 2008 | 79
Pertandingan Anugerah Stor Farmasi Terbaik 2008 Garispanduan Penyertaan Pertandingan Anugerah Stor Farmasi Terbaik 2008 bagi
peserta-peserta dan Garispanduan Penilaian (Sesi Persembahan) bagi ahli-ahli
panel penilai telah disediakan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori dan
sebanyak 38 pemohonan penyertaan telah diterima dari seluruh negara. Aktiviti
seterusnya akan dijalankan pada 2009 bagi menentukan peserta peringkat akhir dan
pemenang akan diumumkan dalam Konvensyen Kualiti Farmasi 2009.
Pengendalian Aduan Pelanggan Prosedur Pengendalian Aduan Pelanggan telah disemak dan pengkelasan semula
aduan-aduan pelanggan telah dilakukan dengan mengasingkan aduan awam dari
aduan produk. Tindakan ini telah berjaya menurunkan bilangan aduan berkaitan
perkhidmatan farmasi dari purata 150 aduan setahun kepada hanya 11 aduan dalam
tahun 2008. Kesemua 11 aduan tersebut telah diselesaikan.
Latihan berkaitan Kualiti dan Standards Latihan – latihan telah dijalankan dalam meningkatkan kepastian kualiti. Ceramah
Pengenalan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh pihak MAMPU telah
diadakan dan diikuti dengan Workshop on KPI oleh syarikat Neville Clarke bertujuan
memberi pendedahan anggota BPF kepada KPI. Ceramah berkaitan Good Storage
Practice telah diberikan kepada pegawai-pegawai farmasi yang menjaga stor
farmasi semasa sesi mesyuarat zon berkaitan pengurusan ubatan-ubatan. Dua
orang pegawai farmasi telah menjalani latihan berkaitan pembangunan fasiliti steril
bagi aktiviti Cytotoxic Drug Reconstitution dan Parenteral Nutritions di Melbourne,
Australia. Seorang pegawai farmasi telah dihantar untuk menjalani latihan sangkutan
dalam bidang pemeriksaan fasiliti radiofarmaseutikal di Danish Medicine Agency,
Denmark.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 80
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN FARMASI Objektif aktiviti penyelidikan dan pembangunan farmasi di peringkat Ibupejabat
Perkhidmatan Farmasi adalah untuk menyediakan landasan untuk pegawai-pegawai
farmasi sama ada daripada hospital, institusi atau klinik untuk menjalankan
penyelidikan dan kajian yang berkaitan. Terdapat 4 buah projek mega penyelidikan
multicenter yang sedang di jalankan untuk tahun 2008 ini yang membabitkan
hospital, klinik, BPFK dan juga aktiviti penguatkuasa. Projek ini mendapat kerjasama
daripada pensyarah-pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti
Sains Malaysia.
Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan Ke 5
Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan merupakan
aktiviti utama yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Persidangan kali ini merupakan
persidangan kali ke 5 dan telahpun diadakan di Auditorium Hospital Putrajaya pada
28 hingga 30 Julai 2008. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’
Seri Dr. Hj. Mohd. Ismail Merican dengan dihadiri oleh kira-kira 200 Pegawai
Farmasi daripada KKM, Kementerian Pelajaran Tinggi, Kementerian Pertahanan dan
beberapa agensi awam dan swasta yang lain. Objektif utama persidangan kali ini
adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada Pegawai Farmasi untuk
membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh mereka. Terdapat 2 jenis
pembentangan kajian iaitu secara lisan, yang melibatkan 3 kategori iaitu Farmasi
Klinikal, Amalan Farmasi dan Lain-lain, dan secara poster dimana telah disertai oleh
81 pegawai farmasi daripada seluruh negara.
Selain daripada memfokuskan kepada pembentangan kajian, persidangan ini juga
diselitkan dengan 5 sesi plenari yang merangkumi tajuk berkaitan biostatistik,
regulatori, perubatan tradisional, keselamatan pengubatan dan Good Governance in
Medicine yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah dari dalam dan luar
negara. Sebelum persidangan ini berlangsung, 2 bengkel pra-persidangan telah
diadakan serentak pada 26 hingga 27 Julai 2008 di Bilik Seminar Hospital Putrajaya
yang telah disertai oleh 104 pegawai farmasi Kementerian Kesihatan seluruh
negara.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 81
Bengkel Pra-Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan
Peserta-peserta bengkel bergambar kenangan dengan penceramah
Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan ke 5
Backdrop persidangan Suasana di dalam dewan auditorium
Laporan Tahunan BPF 2008 | 82
Majlis perasmian persidangan Pembentangan Poster Kajian
Peserta mengunjungi ruang pameran Penerangan diberikan di ruang
pameran
Drug Utilization Study
Bengkel Drug Utilization Study telah diadakan pada 12 hingga 14 Mac 2008
bertempat di Georgetown, Pulau Pinang. 2 pegawai daripada setiap hospital utama
setiap negeri telah dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Tujuan bengkel ini
diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal dan persediaan kepada para
peserta bengkel mengenai projek National Drug Utilization Survey yang diketuai oleh
Dr. Mohammed Mansor bin Manan selaku Principal Investigator bagi projek
kebangsaan tersebut. Bengkel susulan juga telah diadakan pada 10 hingga 12
Disember 2008 di Johor Bahru, Johor yang melibatkan peserta-peserta yang sama.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 83
Latihan anjuran kerjasama daripada Institusi lain
Kerjasama dalam penyelidikan dan latihan telah dijalankan oleh Bahagian
Perkhidmatan Farmasi dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical
Research Center, CRC) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Antara latihan yang dianjurkan bersama ialah :
i. Bengkel Evidence-Based Medicine (kerjasama dengan BPFK)
ii. Bengkel Good Clinical Practice (3 siri) (kerjasama dengan CRC negeri
Johor, Pulau Pinang dan Sabah)
iii. Bengkel Analisa Data Bagi Projek: A National Survey On The Use Of
Medications By Malaysian Consumer (dengan kerjasama Unit Dasar
Ubat Nasional, DUNAS)
Laporan Tahunan BPF 2008 | 84
HALA TUJU
Penguatkuasaan Farmasi
Bahagian Penguatkuasa Farmasi telah membuat perancangan untuk menghadapi
pelbagai cabaran pada masa hadapan. Pada tahun 2008 makmal forensik telah
mula beroperasi. Analisa sampel penguatkuasaan akan dijalankan di makmal ini
kecuali untuk sampel –sampel tertentu dihantar ke jabatan lain seperti Jabatan Kimia
atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Makmal ini yang
bertempat di ibupejabat akan diperkembangkan ke lain bahagian seperti di utara,
selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Perkembangan ini akan memudahkan dan
mempercepatkan analisa sampel dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.
Perancangan telah dibuat supaya satu peruntukan dikhaskan bagi pembayaran
kepada pemberi maklumat (informers) untuk menggalakkan orang awam memberi
maklumat berkaitan sebarang pelanggaran di bawah akta yang dikuatkuasakan dan
perkhidmatan 24 jam sehari di pintu masuk- pintu masuk seperti di Johor, Pulau
Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan Perlis. Keperluan ini adalah penting bagi
memastikan ubat-ubatan dan bahan kimia terkawal yang diimport mematuhi
peruntukan undang-undang.
Pengiklanan dan penjualan ubat melalui internet didapati semakin meningkat. Unit
Siasatan memerlukan pegawai-pegawai yang dilatih khas menjalankan siasatan
sehingga kes dapat didakwa di Mahkamah. Kumpulan pertama sejumlah 22 pegawai
yang telah tamat pengajian Sarjana Undang-undang Penguatkuasaan di akhir tahun
2008 boleh memainkan peranan penting di dalam aktiviti penguatkuasaan farmasi
khasnya dalam pendakwaan kes-kes di Mahkamah. Program ini akan diteruskan
bagi meningkatkan bilangan pegawai yang lebih mahir dalam aspek perundangan.
Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan pada tahun 2008 khusus bagi aktiviti
pendidikan pengguna. Ini adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat agar memperolehi ubat-ubatan dan berdaftar dan tulen dari sumber
yang sah. Usaha pendidikan pengguna ini akan diteruskan dan peruntukan
Laporan Tahunan BPF 2008 | 85
tambahan akan diminta setiap tahun agar penyebaran dan penyampaian maklumat
melalui media seperti televisyen dan radio dapat diperkenalkan secara berterusan.
Unit-unit lain di dalam Bahagian Penguatkuasa akan diperkembangkan dengan
penambahan pegawai dan fungsi unit. Unit-unit berkaitan adalah seperti Unit
Perundangan, unit Kawalan Pemesongan dan Unit Siasatan.
Regulatori Farmasi (BPFK) Untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh BPFK,
beberapa strategi telah dikenalpasti termasuklah pembangunan sumber manusia,
mengekalkan staf dan kepakaran, menekankan budaya IT dalam organisasi,
penekanan yang lebih terhadap program latihan, pelan pembangunan menyeluruh
untuk Pengurusan Sistem Kualiti dan pengukuhan kerjasama dengan lain-lain
agensi regulatori. Untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang disediakan kepada
orang awam, BPFK akan memastikan staf memperolehi pengetahuan yang
mencukupi dan kepakaran dalam bidang kerja masing-masing. Selain dari itu, usaha
sedang dijalankan untuk mewujudkan lebih banyak jawatan-jawatan pegawai kanan
supaya pegawai yang dinaikkan pangkat dapat diserapkan ke jawatan terlibat untuk
mengekalkam staf yang mahir dalam bidang berkaitan.
Usaha-usaha juga diambil bagi menekankan budaya IT dalam organisasi dengan
menaiktarafkan pendedahan staf kepada IT dan memperbaiki sistem pendaftaran
secara online yang terkini dengan peningkatan sistem QUEST 2 kepada QUEST 3.
Penekanan yang lebih akan diberikan kepada program-program latihan bagi staf
untuk memastikan keperluan-keperluan latihan mereka dipenuhi. Dalam usaha ke
arah ini, BPFK merancang menggunakan khidmat jururunding untuk latihan
tempatan dan meningkatkan latihan luar negara untuk staf.
Disamping berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2000, BPFK akan
seterusnya berusaha ke arah memperolehi pensijilan ISO 17025 bagi Pusat
Kawalan Kualiti. Selain itu, usaha-usaha juga diambil untuk meningkatkan sistem
pengurusan sistem kualiti atau Quality Management System (QMS) BPFK dan untuk
Laporan Tahunan BPF 2008 | 86
memperkasakan pematuhan kepada Pharmaceutical Inspection Cooperation
Scheme (PIC/s). Dalam tahun-tahun yang akan datang, BPFK akan terus berusaha
ke arah mengeratkan jalinan kerjasama dengan agensi regulatori yang lain melalui
perkongsian maklumat yang berkaitan dengan pendaftaran ubat baru dan produk-
produk bioteknologi, perkongsian laporan Amalan Perkilangan Baik dan maklumat
yang berkaitan aktiviti-aktiviti surveilans.
Amalan dan Perkembangan Farmasi Penstrukturan semula Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi dan
pewujudan lebih banyak jawatan di bahagian ini adalah bertujuan bagi
memperkukuh dan pada masa yang sama memperbaiki kualiti perkhidmatan agar
sejajar dengan praktis semasa. Ini adalah bagi memastikan lebih banyak pesakit
dapat memperolehi kemudahan dari perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Pelbagai aktiviti telah dirancang dalam usaha bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan
penjagaan farmaseutikal bagi memastikan pemberian perkhidmatan yang
komprehensif serta berorientasikan pesakit. Pengembangan dan penambahbaikan
dalam aktiviti farmasi klinikal dapat meningkatkan peranan pegawai farmasi dalam
pasukan penjagaan kesihatan dalam pelbagai disiplin yang bertanggungjawab
memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Aktiviti klinikal farmasi akan diperluas ke
klinik kesihatan dan mewujudkan peluang dalam penambahan elemen yang lebih
fokus seperti pemindahan ginjal, neurologi, rheumatologi, hepatitis C, penyakit ginjal
kronik serta termasuklah kegagalan jantung.
Standard praktis farmasi dalam persediaan aseptik juga akan lebih dipertingkatkan
dalam memastikan pemberian perkhidmatan yang berkualiti. Perkembangan dalam
perkhidmatan farmasi nuklear akan dapat memberikan impak kepada kemudahan,
perkhidmatan dan persediaan perubatan nuklear. Antara disiplin baru yang boleh
dipertimbangkan adalah seperti farmasi psikiatrik di mana pegawai farmasi dapat
menyumbangkan peranan yang penting dalam disiplin tersebut.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 87
Untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pemonitoran harga ubat – ubatan, satu kaji
selidik ke atas struktur harga telah dirancang untuk dijalankan pada pertengahan
2009 dan dijangka akan siap pada akhir 2009. BPF dengan kerjasama WHO akan
melaksanakan Projek Kawalan Harga Ubat dan fokus kajian adalah mengkaji
kesesuaian mekanisme kawalan harga ubat di Malaysia.
Pengkhususan dalam bidang farmasi yang lebih mendalam dan latihan di dalam
dan luar negara dikenalpasti dengan fokus untuk mewujudkan praktis farmasi
khusus bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi. Kesemua pendekatan ini
merupakan hasil dari pelan strategik jangka panjang bagi mencapai kecemerlangan
yang berterusan dalam perkhidmatan farmasi.
Pembangunan Sumber Manusia Dalam tahun 2008, BPF telah berkembang luas dan permintaan terhadap sumber
manusia terus meningkat dengan pesatnya. Selain daripada permintaan terhadap
pegawai farmasi untuk program farmasi sendiri, ahli farmasi juga diperlukan oleh lain
– laian bahagian dan jabatan. Bahagian ini juga telah berusaha untuk menambahkan
lagi jawatan naik pangkat dan mewujudkan lebih banyak penjawatan di peringkat
negeri, institusi dan klinik kesihatan.
Dalam bidang latihan, lebih banyak peluang untuk latihan pasca siswazah telah
diperoleh. Program pasca siswazah diperkembang dengan melibatkan lebih banyak
latihan dalam bidang yang diperlukam. Sehubungan ini, peruntukan disediakan
untuk latihan di dalam dan luar negara dalam disiplin yang lebih khusus.
Pelan strategik sumber manusia dan pembinaan kapasiti adalah sangat penting bagi
memastikan peralihan kuasa pada setiap peringkat berjalan dengan lancar dan
pegawai yang telah menerima latihan serta berkepakaran berkhidmat di bahagian di
mana kepakaran mereka diperlukan.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 88
Aktiviti Promosi Penggunaan ubat – ubat memerlukan kawalan serta pengurusan yang baik
memandangkan ia merupakan aspek yang penting bagi masyarakat. Selain dari ubat
– ubatan yang selamat berkualiti dan berkesan , adalah penting bagi pemberi
penjagaan kesihatan dan pengguna menggunakan ubat secara rasional bagi
memastikan agar ubat – ubatan tersebut terus berkualiti, selamat serta kos-efektif
bagi meningkat kualiti hidup.
Bahagian ini juga telah dengan lebih intensif menjalankan aktiviti promosi
penggunaan ubat secara berkesan dikalangan pengguna. Bahagian ini juga telah
menggunapakai pendekatan yang menyeluruh dalam kempen pendidikan bagi
meningkatkan lagi kesedaran pengguna terhadap penggunaan ubat yang berkualiti
serta hak mereka sebagai pengguna terhadap maklumat yang tepat dan terkini
tentang ubat – ubatan yang diambil. Dalam pendekatan ini, kesedaran dan
pengetahuan berkenaan semua aspek dalam pengambilan, pemilihan dan
pelupusan ubat – ubatan disampaikan. Peruntukan yang ada telah dibelanjakan
untuk kempen dengan cara konvensional seperti ceramah, seminar dan pameran
telah dijalankan. Oleh yang demikian adalah menjadi cabaran kepada Bahagian
Perkhidmatan Farmasi untuk menyampaikan mesej kempen kepada pengguna
secara meluas melainkan dengan media elektronik dan media cetak seperti
televisyen, radio dan suratkhabar digunakan sebagai medium penyebaran. Usaha
telah dijalankan bagi memperoleh peruntukan yang lebih besar bagi melaksanakan
langkah tersebut dalam tahun 2010.
Pelbagai aktiviti promosi lain perlu dijalankan dengan lebih tersusun dan antara
perkara yang berpotensi dimasukkan ke dalam promosi termasuklah kesan advers
ubat dan pelaporan kesilapan pengubatan oleh golongan profesional kesihatan dan
pengguna. Struktur pentadbiran yang bersesuaian serta sokongan menyeluruh yang
meliputi semua jenis aktiviti promosi perlu dilaksanakan supaya semua aktiviti
promosi dapat dijalankan secara lebih efektif.
Laporan Tahunan BPF 2008 | 89
Sistem Maklumat Farmasi
Bagi memperbaiki rangkaian kerja dan membantu dalam penyebaran serta
perkongsian data dan maklumat, BPF telah berupaya mendapatkan peruntukan bagi
membangunkan sistem maklumat farmasi. Sistem maklumat ini termasuklah sistem
bagi kedua – dua Sistem Pengurusan Farmasi (SPF) dan Sistem Pengurusan
Penguatkuasa Farmasi (SPPF). Pembangunan sistem ini dimulakan pada suku
kedua tahun 2008 dan dijangka siap pada Julai 2009. Walaupun sistem tersebut
masih lagi dalam peringkat ujian, tanpa ragu - ragu dengan sistem tersebut BPF
akan dapat berhubung dengan bahagian perkhidmatan farmasi di peringkat negeri
dan fasiliti farmasi di seluruh negara.
KESIMPULAN Pertambahan bilangan pegawai farmasi di sektor awam dengan pelaksanaan
khidmat wajib telah dapat memperkukuh Program Farmasi. Berikutan dari polisi ini,
perkhidmatan baru dapat diperkenalkan dan pada yang sama standard serta kualiti
perkhidmatan sedia ada dapat diperbaiki. Gabungan usaha ini adalah perlu dalam
memastikan Perkhidmatan Farmasi oleh KKM dapat mengekalkan fokusnya iaitu
dalam memastikan produk farmaseutikal yang berada di pasaran adalah selamat,
berkualiti dan berkesan serta digunakan secara rasional , mudah diperolehi dan
mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.