Ogos 2018
Penulis : Dyg Suzana Awang | [email protected] | 03-5544 2629
Editor : Nurain Atan | Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam
Apakah matlamat hidup anda? Adakah anda telah mencapai
kehidupan yang anda inginkan? Bagaimana hubungan dengan
orang di sekeliling anda? Jika anda tidak mengenali siapa diri
anda atau apa yang anda mahukan dalam kehidupan adalah
sukar untuk anda mencapai KEJAYAAN dalam kehidupan dan
perhubungan. Tidak mengenali diri sendiri akan mengakibatkan
kekeliruan dan menyebabkan anda membuang banyak masa.
Ramai daripada kita melalui kehidupan seharian dengan hanya
bertindak balas terhadap situasi atau peristiwa dan hanya
mengambil sikap menerima tanpa membuat pilihan secara
sedar berdasarkan siapa diri kita.
Kelebihan Mengenali Diri Anda:
SIAPA DIRI ANDA?
“Mengenal diri anda adalah permulaan
kebijaksanaan”- Aristotle
KEBAHAGIAAN
Anda akan lebih bahagia apabila anda dapat menyatakan
siapa anda.
MENGURANGKAN KONFLIK DALAMAN
Melalui tindakan luar sesuai dengan perasaan dan nilai
dalaman diri.
TOLERANSI DAN LEBIH MEMAHAMI ORANG LAIN
Anda mampu berempati dengan orang lain.
DAYA HIDUP DAN KESERONOKAN
Menjadi siapa diri anda yang sebenar akan
membantu anda merasai kehidupan lebih
bermakna.
KETAHANAN TERHADAP TEKANAN SOSIAL
Anda mampu mengatakan "tidak” pada perkara
yang bercanggah dengan diri anda
KAWALAN DIRI
Apabila anda mengenali diri anda, anda
memahami apa yang mendorong anda untuk
membangunkan sesuatu kebaikan.
MEMBUAT KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK.
Apabila anda mengenali diri anda, anda boleh
membuat pilihan yang lebih baik.
Perlu Menjadi Keutamaan Anda!
Rujukan
http://www.essentiallifeskills.net/knowyourself.html
https://www.psychologytoday.com/blog/changepower/201603/
know-yourself-6-specific-ways-know-who-you-are