TAKLIMAT TENDER
PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN
BERMASAK
KE ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Kemaskini: 10Jun2015
KENYATAAN TAWARAN
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK
KE ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH
1. Tawaran ini adalah DIPELAWA kepada pembekal-pembekal Bumiputera
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang
Bekalan / Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 040103
(MAKANAN BERMASAK ISLAM) YANG MASIH SAH DAN
BERKUATKUASA.
2. Tender ini adalah bagi asrama sekolah-sekolah seperti yang disenaraikan
dalam kenyataan tawaran di akhbar Berita Harian pada 15 Jun 2015
(Isnin).
KENYATAAN TAWARAN
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK
KE ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH
3. Setiap petender yang hendak memasuki tender adalah DIWAJIBKAN HADIR
KE TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK. Selaras dengan arahan
Kerajaan, 1Pekeliling Perbendaharaan: PK 2/2013 , Petender yang
menghadiri taklimat dan lawatan tapak MESTILAH terdiri daripada
Pemilik / Ahli Lembaga Pengarah SAHAJA dan TIDAK BOLEH
MEWAKILKAN pegawai selain daripada penama dalam Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia.
4. Iklan tender boleh dirujuk di laman web Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan,
laman web Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
http://www.moe.gov.my/bppa, laman web Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my dan portal MyPROCUREMENT. Ralat terhadap
maklumat iklan ini juga akan dimaklumkan menerusi laman web yang
dinyatakan, sekiranya ada.
4. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
Petender LEWAT mengemukakan tawaran tender;
Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan
dalam Dokumen dan Borang Tender;
Petender GAGAL menghadiri taklimat tender; dan
Petender GAGAL menghadiri lawatan tapak.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana
tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa apa sebab
di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
6. Keputusan tender ini adalah MUKTAMAD dan sebarang surat-menyurat tidak
akan dilayan.
ARAHAN AM &
SYARAT-SYARAT AM TENDER
“Pelawaan terikat
kepada Arahan Am
dan Syarat-Syarat
Tambahan Tender
serta syarat-syarat
yang akan
dikeluarkan
bersama-sama
dengan Dokumen
Tender berkaitan.”
Petender boleh melihat arahan am dan syarat-syarat am tender dalam Dokumen
Tender yang dibeli. Petender perlu baca berkenaan perkara ini bagi
memudahkan petender memahami skop perkhidmatan.
1.Seperti mana yang dinyatakan di LAMPIRAN 2, DOKUMEN TENDER.
2.Bahan makanan yang akan dibekalkan kepada setiap pelajar pada setiap
kali makan / minum hendaklah berdasarkan kepada menu seperti di
Lampiran 3, DOKUMEN TENDER.
3.Makanan hendaklah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan
bermutu dan persijilan HALAL yang diiktiraf serta tertakluk kepada AKTA
MAKANAN 1983 dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.
4.Bahan mentah yang telah siap diproses hendaklah disukat sebelum
dimasak.
5.Penyediaan makanan kepada para pelajar hendaklah dibuat secara buffet
di semua sekolah kecuali secara berhidang atas permintaan sekolah.
SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
Satu Borang bernilai
RM50.00-Bank Draf / Bankers Cheque sahaja Atas nama
Ketua Akauntan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bawa Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat
Bawa Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat yang
ASAL
Bawa Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat
Bumiputera yang ASAL
Dibenarkan membeli satu
(1) Borang Tender bagi satu tawaran
PEMBELIAN BORANG &
DOKUMEN TENDER
1. Sila simpan resit pembelian.
2. Bayaran dokumen ini tidak
akan dikembalikan.
3. Borang Tender yang
mempunyai nombor siri yang
sah sahaja akan
dipertimbangkan.
4. Penggunaan borang salinan
atau dokumen palsu akan
menyebabkan tender tidak
akan dipertimbangkan.
5. Petender dibenarkan untuk
menyertai semua sekolah yang
dinyatakan dalam iklan.
Walaubagaimanapun, hanya
satu tawaran yang dibenarkan
untuk setiap sekolah yang
disertai. Jika didapati terdapat
dua (2) atau lebih tawaran di
satu sekolah, petender tidak
akan dipertimbangkan
1) Lampiran A – Senarai Semak
2) Lampiran B – Keterangan
Mengenai Petender
3) Lampiran C – Surat Akuan
Petender
4) Lampiran D – Surat Akuan
Pembida (Petender)
5) Lampiran E – Jadual Harga
Mengikut Sajian (2 salinan)
6) Lampiran F –Borang
Pengesahan Lawatan Tapak
BORANG TENDER
Tawaran Kewangan
Tawaran Teknikal
1) Lampiran G – Senarai Jenama
Bahan-Bahan Makanan yang
digunakan
2) Lampiran H – Skim
Perkhidmatan Pekerja
1. Petender perlu membaca arahan dimuka hadapan Borang Tender dan di
dalam Dokumen Tender.
2. Cap Rasmi Syarikat mestilah sama dengan nama syarikat di Sijil Akuan
Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
3. Kesemua Lampiran wajib diisi dan dihantar.
4. Semua dokumen salinan hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (cap mestilah
mempunyai nama, jawatan dan tempat bertugas) atau Pesuruhjaya
Sumpah kecuali Penyata Bank asal. Pengesahan dokumen oleh individu
selain daripada yang dinyatakan diatas adalah tidak diterima. ADUN, Ketua
Kampung, Penghulu, Jaksa Pendamai, Ahli Parlimen tidak termasuk dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
5. Mengisi Borang Tender dengan lengkap, jelas dan kemas serta mematuhi
arahan. Setiap ruangan perlu diisi. Jika ruangan berkenaan tidak berkaitan
nyatakan “TIDAK BERKENAAN / TIADA”.
PENGISIAN BORANG TENDER
6. Borang tender hendaklah diisi dengan pen berdakwat BERWARNA BIRU
dan dicap menggunakan dakwat BERWARNA BIRU.
7. Semua dokumen hendaklah dijilid dengan kemas menggunakan binding comb
dan diletakkan separator berlabel (tagging). Tawaran Kewangan dan Tawaran
Teknikal hendaklah dijilid secara BERASINGAN.
8. Sebarang pindaan mesti dipotong dan ditandatangan ringkas oleh individu
yang menandatangani Borang Tender.
9. Penggunaan sebarang pemadam cecair tidak dibenarkan.
10.Borang yang difotostat / scan / ditaip semula tidak akan dipertimbangkan.
11.Borang tender yang dikemukakan tidak mengikut arahan di atas TIDAK
AKAN DIPERTIMBANGKAN. Keputusan tender ini adalah MUKTAMAD dan
sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
PENGISIAN BORANG TENDER
SAMBUNGAN…
1) Muka hadapan borang tender:
a. wajib dikembalikan dan dikepil bersama borang tender tawaran kewangan;
b. nombor sijil kehadiran taklimat dinyatakan; dan
c. nama dan cap rasmi syarikat dinyatakan.
2) Di bahagian atas setiap muka surat terdapat ruang kod tender dan no siri
borang tender yang perlu diisi oleh petender. Pastikan setiap ruangan ini
diisi dengan lengkap.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
3) Lampiran A (Senarai Semak):
a)Menyenaraikan senarai dokumen wajib dan dokumen tambahan untuk
Tawaran Kewangan dan Dokumen wajib bagi Tawaran Teknikal dan
mempunyai tiga (3) muka surat.
b)Dokumen-dokumen yang memerlukan pengesahan dan maklumat terperinci
berkenaan setiap dokumen yang perlu dihantar juga dinyatakan dalam
Lampiran ini.
c) Semua yang disenaraikan sebagai dokumen wajib perlu dikemukakan. Jika
dokumen wajib tiada akan menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
d) Setiap dokumen yang dihantar petender perlu ditanda ( √ ) pada ruangan
pengesahan oleh syarikat. Dokumen yang tidak dihantar ditanda ( X );
e)Pemilik perlu menandatangani dan mengecop di ruangan yang ditetapkan;
dan
f) Nama Pemilik, No.K/P dan tarikh hendaklah dinyatakan.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
4) Lampiran B (Keterangan Mengenai Petender):
a. Mengisi semua maklumat mengenai petender (profail dan kewangan).
Sekiranya tiada maklumat sila isikan “TIDAK BERKENAAN/TIADA”;
b. Maklumat Kewangan perlu sama dengan penyata bank yang disertakan;
c. Jikalau petender mempunyai kemudahan kredit, Laporan Sulit oleh pihak bank
atau institusi kewangan lain hendaklah dikemukakan mengikut format yang
disediakan;
d. Hanya pemilik syarikat atau penandatangan cek sahaja boleh
menandatangani di lampiran ini bagi ruangan PEMILIK;
e. Nama Pemilik, No.K/P, tarikh dan cap syarikat hendaklah dinyatakan;
f. Ruangan SAKSI hendaklah ditandatangan, dinyatakan nama, No. K/P dan
tarikh; dan
g. Borang ini akan dikemukakan kepada pihak bank sebagai perakuan pihak
syarikat membenarkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat
semakan akaun syarikat.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
5) Lampiran C (Surat Akuan Petender):
a. Mengisi maklumat nama sekolah dan bilangan penghuni asrama. Pastikan
maklumat yang ditulis tepat;
b. Pemilik syarikat perlu menandatangani diruangan yang disediakan ;
c. Nama Pemilik, No.K/P, tarikh dan cap syarikat hendaklah dinyatakan
diruangan PEMILIK; dan
d. Ruangan SAKSI hendaklah ditandatangan, dinyatakan nama, No. K/P dan
tarikh.
6) Lampiran D (Surat Akuan Pembida(Petender):
a. Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan; dan
b. Pemilik syarikat perlu menandatangani dan menyatakan nama, no. K/P dan
cap syarikat diruangan yang disediakan .
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
7) Lampiran E (Jadual Harga Mengikut Sajian):
a. Lampiran ini mempunyai dua salinan. Tawaran tender tidak akan
dipertimbangkan sekiranya terdapat kesilapan pengiraan atau petender
menawarkan harga berbeza di antara salinan pertama (JPN) dan salinan
kedua (KPM);
b. Harga yang ditawarkan hendaklah menggunakan mekanisma penggenapan
yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam DUA TITIK
PERPULUHAN SAHAJA;
c. Harga tawaran petender adalah termasuk kos pentadbiran, pengangkutan,
penggajian dan kos-kos lain yang berkaitan;
d. Harga ditawar adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM)
sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran tender ini ditutup
serta berkuatkuasa sepanjang tempoh sah laku tender (210 hari dari tarikh
tutup tender);
e. Harga dipatuhi sepanjang masa kontrak dan tidak berubah kecuali atas
persetujuan kedua-dua pihak;
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
Sambungan -Lampiran E (Jadual Harga Mengikut Sajian)
f. Kerajaan tidak terikat dengan mana-mana harga terendah.
g. Harga hendaklah berdasarkan menu, penentuan dan sukatan seperti di
LAMPIRAN 3 DOKUMEN TENDER (Menu Makanan Asrama).
h. Pastikan semua maklumat yang diminta, ditulis dengan betul dan tepat;
i. Nilai keseluruhan kontrak tidak perlu dikira. Hanya perkara yang disediakan
ruangan untuk diisi sahaja yang perlu dikira;
j. Pemilik syarikat perlu menandatangani diruangan yang disediakan ;
k. Nama Pemilik, Jawatan, No.K/P, Alamat Syarikat, Tarikh, No telefon terkini, No
Pendaftaran KKM dan cap syarikat hendaklah dinyatakan; dan
l. No. telefon yang diberikan perlulah nombor yang senantiasa dapat dihubungi.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
Sambungan -Lampiran E (Jadual Harga Mengikut Sajian)
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER
SAMBUNGAN…
8) Lampiran F (Borang Pengesahan Lawatan Tapak):
a. Lawatan tapak adalah diwajibkan. Pengesahan hanya boleh dibuat oleh
pihak pentadbir sekolah/premis sekurang-kurangnya gred 17 ke atas;
b. Lawatan tapak hanya boleh dilakukan Oleh Pemilik / Penama Dalam Sijil
Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia.
c. Petender perlu membawa dokumen berikut ketika lawatan tapak:
* Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia;
* Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau
Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama
pemilik; dan
* Kad Pengenalan;
d. Cap syarikat diperlukan pada setiap helaian borang lawatan tapak;
e. Setiap ruangan hendaklah diisi dengan lengkap; dan
f. Perakuan pelaksanaan lawatan tapak hendaklah ditandatangani oleh
pemilik selepas lawatan tapak dilaksanakan.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
9) Lampiran G (Senarai Jenama Bahan Makanan Yang Digunakan):
a) Terdapat 23 bahan-bahan makanan yang perlu dinyatakan jenama;
b) Petender perlu mengisi satu (1) jenama pilihan utama dan satu (1) Jenama
Pilihan Alternatif sahaja. Tidak dibenarkan mengisi lebih pilihan dari yang
ditetapkan;
c) Jenama Pilihan Alternatif perlulah setaraf dengan Pilihan Utama dan hanya
digunakan sekiranya Pilihan Utama tiada di pasaran;
d) Adalah diingatkan bahawa semua barang-barang yang digunakan hendaklah
SUCI dan mempunyai pensijilan HALAL yang diiktiraf; dan
e) Petender DILARANG mencatat atau menurunkan cop atau melampirkan
maklumat syarikat di Lampiran ini.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
10)Lampiran H (Skim Perkhidmatan Pekerja):
a) Petender perlu mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan dan hanya perlu
menanda (√) di petak berkenaan;
b) Caruman KWSP dan PERKESO adalah diwajibkan bagi setiap pekerja dan
hendaklah selaras dengan peraturan/akta yang sedang berkuatkuasa;dan
c) Petender DILARANG mencatat atau menurunkan cop atau melampirkan
maklumat syarikat di Lampiran ini.
PENGISIAN LAMPIRAN DALAM DOKUMEN TENDER SAMBUNGAN…
1) Penyata bank (3 bulan) terkini iaitu Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015 yang
lengkap dengan transaksi dan baki;
2) Penyata bank asal bagi setiap bulan WAJIB disahkan di setiap muka surat
oleh pegawai bank yang mengeluarkan penyata tersebut.
3) Pengesahan penyata bank oleh pegawai bank perlu mempunyai kriteria
seperti berikut:
a) Tandatangan Pegawai Bank;
b) Nama Pegawai Bank;
c) No. ID pegawai bank; dan
d) Cap Rasmi Bank
4) Penyata bank yang disahkan tidak mengikut kriteria yang ditetapkan tidak
akan dipertimbangkan.
5) Salinan penyata bank yang telah disahkan oleh pegawai bank memadai diakui
sah disetiap muka surat oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan
& Profesional atau Pesuruhjaya Sumpah.
6) Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan
TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA.
PENYATA BANK
Contoh pengesahan yang lengkap DI SETIAP MUKASURAT:
PENYATA BANK SAMBUNGAN…
NAMA PEGAWAI
BANK
NO. ID PEGAWAI
BANK
CAP RASMI BANK
TANDATANGAN
PEGAWAI BANK
Salinan penyata bank
yang telah disahkan oleh
pegawai bank memadai
diakui sah disetiap muka
surat oleh Pegawai
Kerajaan dalam
kumpulan Pengurusan &
Profesional atau
Pesuruhjaya Sumpah
FORM 24
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Form 24 perlu DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
FORM 49
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Form 49 perlu DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
MOA
TANDATANGAN SETIAUSAHA
SYARIKAT
Salinan Memorandum
And Article of
Association (MOA) perlu
DIAKUI SAH oleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
1. BORANG TAWARAN KEWANGAN (SAMPUL TAWARAN KEWANGAN)
1.1 DOKUMEN WAJIB UNTUK TAWARAN KEWANGAN
Muka Hadapan Borang Tender;
Lampiran A, B, C, D, E & F;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat/ Sijil Virtual yang lengkap
menyatakan Kod Bidang berkaitan;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera; dan
Penyata bank (3 bulan) terkini iaitu Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015
Salinan Form 24, 49 dan Memorandum And Article of Association (MOA)
- Bagi Syarikat Sdn Bhd/Bhd -
Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D atau Perakuan Pembaharuan
Pendaftaran Borang E, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lengkap
bersama senarai nama pemilik DAN DIAKUI SAH- Bagi Syarikat selain
Sdn Bhd/Bhd -
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi / Sijil Pendaftaran
Pertubuhan DAN DIAKUI SAH- Bagi Koperasi / Pertubuhan / Persatuan -
PENGHANTARAN DOKUMEN
1.2 DOKUMEN TAMBAHAN UNTUK TAWARAN KEWANGAN (JIKA ADA)
Salinan Laporan Tahunan Syarikat bagi Tahun 2013/2014 yang diaudit oleh
Juruaudit Bertauliah bagi Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad atau syarikat selain
Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad, salinan Borang B LHDN bagi tahun 2014
boleh dikemukakan;
Salinan dokumen/surat pengesahan/perakuan yang menunjukkan syarikat
mempunyai sumber kewangan lain yang diakui sah oleh pihak institusi
berkenaan. Rujuk Lampiran B untuk contoh;
Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ ASW (tidak termasuk pinjaman) atau
Tabung Haji SERTA DISAHKAN;
Salinan sijil / surat pengiktirafan bagi jawatan Chef / Tukang Masak
berpengalaman;
Salinan SST / Surat Perlantikan bagi syarikat yang mempunyai pengalaman
dalam penyediaan makanan;
Salinan Surat Pengesahan Prestasi Syarikat yang dikeluarkan agensi-
agensi lain selain KPM; dan
Salinan sijil kursus / seminar berkaitan yang disertai oleh pemilik / pekerja.
SAMBUNGAN…
2. BORANG TAWARAN TEKNIKAL (SAMPUL TAWARAN TEKNIKAL)
DOKUMEN WAJIB UNTUK TAWARAN TEKNIKAL
Muka Hadapan Tawaran Teknikal
Lampiran G DAN Lampiran H
SAMBUNGAN…
1) Tidak perlu disertakan apa-apa perkara lain
melainkan dua Lampiran ini.
2) Lampiran ini tidak perlu dicop syarikat.
3) Apa-apa dokumen atau sebarang perkara yang
menzahirkan nama syarikat di Borang Tawaran
Teknikal akan menyebabkan tawaran tidak
dipertimbangkan.
3. PENGHANTARAN DOKUMEN
a) Borang Tawaran Kewangan dan Borang Tawaran Teknikal
hendaklah disediakan dalam sampul yang BERASINGAN dan
berlakri.
b) Setiap satu (1) sampul hendaklah dilabelkan “Tawaran Kewangan”
dan “Tawaran Teknikal” di sebelah kiri atas sampul.
c) Kedua-dua sampul ini kemudiannya dimasukkan ke dalam satu (1)
SAMPUL BESAR.
d) Hantar ke alamat seperti yang dinyatakan dalam iklan tender.
e) Tawaran tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender
selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.
f) DOKUMEN TENDER adalah untuk simpanan petender dan tidak
perlu dihantar.
SAMBUNGAN…
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NEGERI: ____________________________________________________________
DAERAH: ___________________________________________________________
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
KOD TENDER: _______________________________________________________
Dialamatkan kepada:
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (BERKAITAN)
(RUJUK ALAMAT PPD DI IKLAN)
SAMBUNGAN…
4. Di bahagian hadapan sampul hendaklah ditulis seperti berikut:
Peringatan: Pastikan maklumat diluar sampul ini sama dengan borang tawaran
yang dimasukkan ke dalam sampul. Kesilapan akan menyebabkan tawaran ditolak.
1.Hanya PEMILIK/ PENGARAH yang boleh mengambil dan
menandatangani SST.
2.Surat Setuju Terima (SST) hendaklah DITANDATANGANI DAN
DISERAHKAN dalam tempoh 7 HARI dari tarikh SST tersebut .
3.Kegagalan menyerahkan kembali SST dalam tempoh tersebut akan
menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN
SENDIRINYA.
SURAT SETUJU TERIMA (SST)
1. Petender-petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti
berikut:-
a) 2.5% Daripada jumlah nilai kontrak termasuk GST bagi kontrak perkhidmatan yang
kurang dari RM500,000.00 setahun; dan
b) Daripada jumlah nilai kontrak termasuk GST bagi kontrak perkhidmatan yang bernilai
RM500,000.00 atau lebih setahun.
2. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank
atau institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:
a) Jaminan Bank / Syarikat Kewangan; atau
b) Jaminan Bank Islam; atau
c) Jaminan Insuran; atau
d) Jaminan Takaful; atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).
3. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI
tanpa surat peringatan dikeluarkan oleh Kementerian. Kelewatan penyerahan Bon
Pelaksanaan akan menyebabkan SST dibatalkan dan seterusnya perjanjian
ditamatkan.
BON PELAKSANAAN