SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBMM1014
PENSYARAH: EN. ABDULLAH MUSA
HASIL KERJA: DARAYANI BINTI JOHARI NOR SYAFIKAH BINTI AMBOTUO
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Sebelum wujudnya bahasa Melayu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa pertama yang muncul dalam alam Melayu.
BAHASA MELAYU BAHASA SANSKRIT
adakala katakala
aniaya anyaya
anugerah anugraha
asmara smara
dukacita duhkha-citta
Takrif Awal Istilah MelayuM. Plotemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis (100-150 masihi).
Di dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkataan Malayadvipa. Menurut para penyelidik, perkatan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera, yang merupakan tempat asal bahasa Melayu.
Perkataan Melayu juga ditemui dalam tulisan China pada zaman Dinasti Tang. Tulisan itu menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yue berpusat di daerah Jambi, Sumatera.
Takrif Awal Istilah MelayuCatatan pengembara China ini membuktikan bahasa Melayu kuno telah di gunakan sebagai lingua franca (Sriwijaya).
Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu dikaitkan dengan nama sebatang sungai bernama sungai Melayu.
Takrif dari Segi Etimologi
Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
Antara pendapat tentang istilah ‘Melayu’:
Nama Pendapat
Zuber Osman Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya yang bermaksud tempat bersalji.
Mohd. Dahlan Mansoer
Perkataan Melayu berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu seperti yang di sebutkan dalam Sejarah Melayu.
Van der Tuuk Perkataan Melayu bererti ‘menyeberang’ iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Takrif Berdasarkan Bangsa Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Kepulauan. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia lain.
Takrif Berdasarkan Bangsa Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang
menjadi penutur asli bahasa Melayu. Mereka menduduki kawasan-kawasan seperti berikut:
1. Seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (berdekatan dengan Brunei) dan Sarawak (bahagian pertama dan Kuching).
2. Brunei
3. Pantai timur Sumatera
4. Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, dan Kalimantan Timur
5. Pulau-pulau lain di Kepulauan Melayu seperti Riau, Lingga, Bangka, Natuna, Belitung, dan Banda
6. Kawasan selatan Thailand terutama di Pattani
7. Kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan pulau Mindanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan
8. Kawasan Campa di selatan Indo-China
9. Singapura
10. Kawasan-kawasan perhijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia seperti di Sri Lanka, Madagaskar dan Afrika Selatan
Takrif Berdasarkan Bangsa
Takrif Berdasarkan Bangsa
Di Malaysia istilah Melayu menjadi sempit, iaitu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu di takrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf “Melayu” yang disandangnya akan hilang.
Takrif Berdasarkan Bangsa
Hipotesis tempat asal bahasa MelayuKAWASAN ASIA TENGAH
Orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China
Hipotesis tempat asal bahasa MelayuMELAYU PROTO
Zaman mereka ini dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara.
Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan olehP. Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannyadiperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di InstitutPengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.
Hipotesis tempat asal bahasa Melayu
MELAYU DEUTRO
Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam
Melayu Deutro memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto.
Melayu Deutro pandai dalam bidang pelayaran dan astronomi.
Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau diseluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.
Hipotesis tempat asal bahasa Melayu
Nama Pengkaji Pendapat
J.R. Logan Wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma(Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.
G.K Nieman dan R.M. Clark
Daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Asmah Haji Omar Penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama.
Slametmurjana Bahasa Astronesia yang di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.
Hipotesis tempat asal bahasa Melayu
KAWASAN NUSANTARA
Para pengkaji yang mendokong hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa melayu. Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina.
Hipotesis tempat asal bahasa Melayu
Nama Pengkaji Pendapat
C.A.Mess Bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa.
Williams Marsden
Bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.
Isidore Dyen Orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia.
GorysKeraf Bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia ialah Indonesia dan Filipina.
Rujukan
http://2.bp.blogspot.com/_ShUieCzDyVw/SSYhNWbA_8I/AAAAAAAAAGE/sSueizmybn0/s320/Kawasan+B+Astronesia.bmp
http://www.kitagempur.com/wp-content/uploads/2014/05/perlembagaanmalaysia.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-w5HHy5vF07A/U5Ur0F2tEnI/AAAAAAAAAjU/CC5kWIULPSw/s1600/PetaNusantara-rdus.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-KIItQSO-Pwg/UFHNN2-K2mI/AAAAAAAAFl8/Xeme7M0GIF0/s1600/china.jpg