2
1. Merujuk gambar rajah di bawah, apakah kawasan X ?
A. Zon pertukaran baton acara 4 x 100m
B. Zonpertukaran baton pelari kedua 4 x 400m
C. Garisan permulaan dan penamat acara 4 x 100m, 4 x 200m, 4 x 400m.
D. Lorong memintas masuk (cut-in) pelari kedua 4 x 400m.
2. Apakah teknik memberi dan menerima baton di dalam gambar rajah di bawah.
A. Teknik lontaran dari atas ke bawah.
B. Teknik pandang
C. Teknik hulur ke depan
D. Teknik hantaran dari bawah ke atas.
3. ________________________ bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung,
saluran darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan.
Apakah aktiviti kecergasan ini ?
A. Daya tahan kardiovaskular
B. Kekuatan otot
C. Kekuatan kardiovaskular
D. Daya tahan otot
[LIHAT SEBELAH]SULIT
X
3
4. Latihan ini merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan
larian berstesen. Apakah konsep latihan kecergasan ini ?
A. Fartlek
B. Parcourse
C. Litar
D. Jeda
Ahmad menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya di arteri karotid , manakala
Jamal menggunakan jari yang sama di pergelangan tangannya.
5. Berdasarkan situasi di atas, apakah yang sedang dilakukan oleh Ahmad dan Jamal ?
A. Mengira kadar pernafasan
B. Mengira kadar pemakanan
C. Mengira kadar nadi
D. Mengira kadar kecergasan
Jamilah sentiasa berlapar dan tidak suka kepada makanan serta takut akan
kegemukan.
6. Berdasarkan situasi di atas, mengapakah Jamilah berkelakuan begitu ?
A. Mogok lapar
B. Bulimia nervosa
C. Anoreksia nervosa
D. Tiada selera makan
[LIHAT SEBELAH]SULIT
4
Juliza suka memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek
tekak selepas makan.
7. Berdasarkan situasi di atas, apakah penyakit yang dialami oleh Juliza ?
A. Anoreksia nervosa
B. Bulimia nervosa
C. Tiada selera makan
D. Berselera makan
8. Latihan ini disusun melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen lain
berasaskan intensiti latihan dan ulangan jangka masa serta set. Namakan latihan
kecergasan ini ?
A. Latihan Bebanan
B. Latihan Jeda
C. Latihan Litar
D. Latihan Fartlek
9. Komponen kecergasan yang berkaitan kesihatan yang bermaksud kemampuan otot
untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa
letih dan lesu dalam jangka masa panjang dinamakan…
A. daya tahan otot
B. kekuatan otot
C. kelenturan otot
D. kaya tahan kardiovaskular
10. Apakah komponen kecergasan berkaitan kemahiran yang bermaksud kemampuan
individu menghasilkan satu prestasi pergerakan yang pantas berdasarkan jarak per
masa?
A. Imbangan
B. Kelajuan
C. Ketangkasan
D. Kelenturan
[LIHAT SEBELAH]SULIT
5
11. Prinsip latihan ini dijalankan secara spesifik untuk meningkatkan kemampuan
bahagian tubuh badan. Prinsip ini dinamakan....
A. koordinasi
B. kelajuan
C. ketangkasan
D. kekhususan
12. Prinsip latihan ini bermakna isipadu atau jumlah beban yang digunakan semasa
latihan dilakukan dengan menambah berat, beban jarak larian, ulangan dan masa
sesuatu aktiviti. Apakah prinsip latihan tersebut ?
A. Intensiti latihan
B. Kelajuan
C. Ketangkasan
D. Kekhususan
* Meningkatkan suhu badan
* Mengurangkan risiko berlakunya kecederaan
* Regangan meningkatkan julat pergerakan
* Tumpuan kepada otot-otot besar dari kepala hingga kaki
13. Apakah aktiviti yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
A. Aktiviti latihan Parcourse
B. Aktiviti latihan Fartlek
C. Aktiviti memanaskan badan
D. Aktiviti menyejukkan badan.
14. Apakah jenis latihan yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas ?
A. Latihan Fartlek.
B. Latihan Litar
C. Latihan Jeda
D. Latihan Bebanan
[LIHAT SEBELAH]SULIT
Pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjogging. Pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, berbukit dan jalan raya.
6
15. Pernyaataan di atas merupakan teknik larian yang digunakan bagi mengimbangi
kuasa centrifugal yang wujud dalam diri atlet bagi acara lari berganti-ganti. Pelari
yang terlibat ialah….
A. Pelari pertama dan kedua
B. Pelari kedua dan keempat
C. Pelari ketiga dan keempat
D. Pelari pertama dan ketiga
16. Dalam pertandingan badminton pemain akan menukar petak gelanggang KECUALI
A. Pada akhir permainan set pertama
B. Sebelum permulaan set ketiga
C. Sebelum permulaan set kedua
D. Dalam permainan set ketiga pada mata ke 8 permainan 15 mata.
17. ……………………memberi kesan psikologi seperti kesedihan dan memberi kesan
fisiologi seperti pening, sakit kepala dan tekanan darah tinggi.
A. Stres
B. Konflik
C. Eustres
D. Distres
18. Yang manakah ‘TIDAK BENAR’ mengenai balingan permulaan dalam permainan
bola baling.
A. Balingan diambil di tengah kawasan permainan
B. Selepas jaringan gol
C. Pemain berada di posisi bebas
D. Semua pemain berada di kawasan permainan masing-masing.
19. Dalam acara merejam lembing, gaya pegangan berikut biasa digunakan KECUALI
A. Gaya Bebas
B. Gaya Ameuka
C. Gaya Finnish
D. Gaya Pegangan U
[LIHAT SEBELAH]SULIT
Condongkan badan ke bahagian dalam balapan. Kedudukan tangan kiri diayunkan seperti biasa. Tangan kanan diayunkan secara menyilang.
7
20. Pengambilan lemak berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan KECUALI
A. Membantu memanaskan badan kepada persekitaran yang telah sejuk.
B. Penyakit jantung karonari
C. Saluran ateri tersumbat
D. Kegemukan
Soalan 21 hingga soalan 25
Labelkan gambar rajah dengan memilih satu jawapan yang tepat berdasarkan pilihan
jawapan yang disediakan.
Soalan 21 hingga 23 Soalan 24 dan 25
A. Hantaran lambung
B. Hantaran aras bahu
C. Hantaran lantun
D. Hantaran aras dada
A. Grip
B. Kepala
C. Ekor
D. Badan
21 22
24
24
25
23
[LIHAT SEBELAH]SULIT
8
Soalan 26 hingga soalan 29,
Padankan pernyataan di Bahagian I dengan jawapan di Bahagian II
Bahagian I Bahagian II
26 Kandungan lemak dalam
badan berbanding dengan
berat badan
A Daya tahan otot
27 Keupayaan sesuatu otot
atau kumpulan otot
mengatasi rintangan bagi
melakukan sesuatu tugas
B Daya tahan kardiovaskular
28 Keupayaan otot melakukan
sesuatu tugas di dalam
tempoh masa yang lama
C Kekuatan
29 Keupayaan jantung dan
system peredaran darah
membekalkan oksigen
kepada sel-sel badan
semasa melakukan aktiviti
dalam tempoh yang lama.
D Komposisi badan
Soalan 30 hingga soalan 31
Pilih jawapan berdasarkan petak jawapan di bawah
30 . …………merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam Ujian Kecergasan Fizikal
Malaysia ( SEGAK)
[LIHAT SEBELAH]SULIT
A 1500 meter B Tekan Tubi C Penyemakan stok D Lompat Bintang
9
31 Memastikan peralatan sukan tidak hilang dan dapat mengesan kerosakan alatan
…………….?
Soalan 32 hingga soalan 34
Pilih jawapan berdasarkan petak jawapan di bawah
32 ……………. penting untuk membina sel, membaiki sel rosak dan membekalkan tenaga
untuk badan
33 …………….. menyebabkan kesan lumpuh dan pertumbuhan badan terbantut
34 Perbuatan mengasing dan mengurung kanak-kanak di dalam sesuatu tempat di
namakan ………………
Soalan 35 hingga soalan 37
Pilih jawapan berdasarkan petak jawapan di bawah
35 ……………. melibatkan pemanjangan dan pengucupan otot yang sekata
36 Semakin laju pelari pertama dan ketiga berlari, semakin tinggi kuasa tolakan
…………………yang wujud dalam diri atlet.
37 Daya yang dihasilkan oleh jasad menghala ke pusat putaran oleh jisim badan
dinamakan ……………………….
[LIHAT SEBELAH]SULIT
A Penderaan mental dan emosiB MakronutrienC Pengabaian kanak-kanakD Polycythemia
A CentrifugalB IsokinetikC CentripetalD Isotonik
10
38 Dalam pengurusan stor dan penyemakan stok, tindakan-tindakan berikut perlu diambil
melainkan
A. mengkategorikan bahan / alatan
B. merekod penerimaan / pengeluaran bahan
C. penggunaan alatan / bahan tanpa had
D. mengawasi keselamatan, kekemasan dan kebersihan stor
39 Salah satu teknik yang digunakan dalam menerima baton acara lari berganti-ganti
teknik pandang
A. teknik kilas
B. teknik lob
C. teknik beri
D. teknik menyangga
40 Bagi memastikan ketepatan yang tinggi untuk mengukur lipatan kulit, sukatan diambil
A pada bahagian trisep kanan dan sisi dalam betis
B pada bahagian bisep kanan dan sisi dalam betis
C pada bahagian trisep kiri dan sisi dalam betis
D pada bahagian bisep kiri dan sisi dalam betis
Bagi soalan 41 hingga 50, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu
cadangan jawapan yang betul. Pilih satu jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan
berikut.
A B C D
I dan III II dan IV I, II dan III Semua di atas.
41. Apakah aspek-aspek kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.
I. Daya tahan kardiovaskular.
II. Daya tahan otot
III. Kekuatan otot
IV. Komposisi badan
42. Dalam acara merejam lembing, rejaman dikira batal sekiranya ;
I. Pendaratan lembing tidak meninggalkan sebarang tanda di tanah
atau rumput.
II. Kepala lembing tidak menyentuh tanah terlebih dahulu.
[LIHAT SEBELAH]SULIT
11
III. Memijak garisan lengkungan bulatan.
IV. Peserta tidak meninggalkan landas larian selagi lembing belum mendarat.
43. Kalsium adalah garam mineral penting bagi tubuh badan yang berfungsi
I. Pembentukan tulang dan gigi.
II. Pembentukan tulang dan pengecutan otot
III. Meningkatkan ungsi otot
IV. Meningkatkan fungsi saraf dan otot
44. Jika anda mengalami stress, tindakan berkesan yang perlu dilakukan adalah dengan
I. Melakukan apa sahaja aktiviti.
II. Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu dan bapa
III. Bersabar menanggung sebarnag masalah.
IV. Mendapat rawatan pakar.
45. Perkara penting dalam memahami konsep komposisi badan ialah ……………..
I. Lemah yang berlebihan pada badan.
II. Diukur dengan menggunakan kaliper
III. Peratusan lemah badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan.
IV. Menyukat ketebalan kulit dan mengira indeks jisin badan (BMI)
46. Otot yang terlibat dalam aktiviti mendagu ialah….
I. Bisep
II. Trisep
III. Deltoid
IV. Gastronemius
47. Antara berikut ialah elemen kelajuan
I. Masa tindak balas
II. Masa melakukan pergerakan
III. Jarak pergerakan
IV. Jarak rehat
48. Antara cara-cara mengatasi stress ialah
I. Melakukan aktiviti sukan dan riadah sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu
II. Berehat secukupnya
[LIHAT SEBELAH]SULIT
12
III. Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
IV. Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
49. Buku yang perlu ada dalam pengurusan peralatan ialah
I. Buku Rekod Peralatan
II. Buku Rekod Pembekal
III. Buku Rekod Keluar Masuk Alatan Sukan
IV. Buku Rekod Pengurusan
50. Kemahiran menjaring gol dalam permainan bola baling bermaksud perlakuan
memasukkan bola ke gawang. Tujuan menjaring adalah untuk mendapatkan mata
kemenangan. Antara berikut adalah variasi menjaring dalam permainan bola baling.
I. Jaringan atas kepala
II. Jaringan dari bawah lengan
III. Jaringan lompat
IV. Jaringan junam
KERTAS SOALAN TAMAT
NAMA :........................................................... TINGKATAN :...............
PJPK PertengahanTahun
[LIHAT SEBELAH]SULIT
13
Mei 1 ¼ jam
SMK BANDAR PUTRAKULAIJAYA
(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) ______________________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
2012
TINGKATAN 2
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
1 ¼ JAM
SKEMA JAWAPAN SOALAN TINGKATAN 2
1. A
2. D
[LIHAT SEBELAH]SULIT
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 50 Soalan
2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
® Hak Cipta Terpelihara SMK BANDAR PUTRA
14
3. A
4. B
5. C
6. C
7. B
8. C
9. A
10. B
11. D
12. A
13. C
14. A
15. D
16. C
17. D
18. C
19. A
20. A
21. B
22. C
23. D
24. A
25. C
26. D
27. C
28. A
29. B
30. B
31. C
32. B
33. D
34. A
35. B
36. A
37. C
38. C
[LIHAT SEBELAH]SULIT
15
39. A
40. A
41. D
42. C
43. A
44. B
45. D
46. C
47. C
48. D
49. A
50. D
[LIHAT SEBELAH]SULIT
Recommended