Download doc - Soalan Psk

Transcript
Page 1: Soalan Psk

PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 2015PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 6

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Jawab semua soalan .

BAHAGIAN A – 30 MARKAHPilih jawapan yang paling sesuai dan lorekkan di atas kertas jawapan yang disediakan.

1. Siva tidak pernah bersekolah. Apakah hak yang patut diperolehi oleh Siva ?

A. Hak kehidupanB. Hak perkembangan C. Hak perlindunganD. Hak penyertaan

2. Ajaran _________ mengajar penganutnya hidup secara harmoni dengan masyarakat sejagat.

A. ConfuciusB. BuddhaC. TaoD. Hindu

3. Logo ini ialah logo ____________

A. kitar semulaB. Rukun TetanggaC. Majlis DaerahD. Dewan Bandar Kuala Lumpur

4. Semua yang berikut cara untuk mewujudkan keluarga yang harmoni, kecuali ____________ .

A. saling menghormati antara ahli keluargaB. mendengar nasihat orang yang lebih tuaC. saling menyayangi antara anggota keluargaD. selalu marah dan malas membantu

Page 2: Soalan Psk

5. Yang berikut merupakan cara-cara menjaga kemudahan sekolah kecuali ___________ .

A. menggunakan perabot sekolah dengan cermatB. memijak-mijak bangku di kantin dengan berkasutC. mengepam tandas selepas menggunakannyaD. membalut buku teks pinjaman dengan pembalut plastik

6. Jika negara bersih _________________ .

I. kesihatan rakyat terjaminII. dapat meningkatkan industri pelanconganIII. dapat mengharumkan nama negaraIV. dapat merosakkan alam sekitar

A. I dan II C. II dan IIIB. I, II dan III D. II, III dan IV

7. Yang manakah bukan tugas agensi di atas?

A. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.B. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.C. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.D. Melaksanakan dasar integrasi nasional.

8. Apakah bahan-bahan yang dapat dikitar semula?

I. ranting pokok III. tin aluminium II. surat khabar lama IV. Botol kaca

A. I saja C. I, II dan IVB. I, II dan III D. II, III dan IV

9. Pilih kemudahan asas yang disediakan di sekolah.

I. makmal sains III. taman permainanII. kantin IV telefon awam

A. I dan II C. I, II dan IVB. II dan III D. I, III dan IV

Page 3: Soalan Psk

Soalan 10 berdasarkan pernyataan di bawah.

Azizul datang awal ke sekolah setiap hari untuk membersihkan kelas.

10. Azizul merupakan seorang pelajar yang

A. berdikari. C. bertanggungjawab.B. bertoleransi. D. mementingkan diri.

11. Mengapakan kanak-kanak perlu dibimbing dan diberi perhatian?

A. Kerana mereka comelB. Kerana mereka insan yang lemahC. Kerana mereka tidak tahu apa-apaD. Kerana mereka bakal memimpin negara

12. Cara –cara di bawah dapat menghubungkan kita dengan ahli keluarga, kecuali

A. menelefon C. memberi hadiahB. menulis surat D. memberi ugutan

Soalan 13 berdasarkan pernyataan di bawah.

Menimba ilmu pengetahuan Menjadi insan yang berguna Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari

13. Kanak-kanak boleh memperolehi semua yang tersebut di atas di

A. rumah C. hospitalB. sekolah D. taman permainan

14. Apakah kepentingan makanan yang seimbang kepada kanak-kanak?

A. Untuk pembesaran yang sihatB. Untuk membentuk jati diri yang tinggiC. Untuk menikmati kehidupan yang bahagiaD. Untuk melahirkan masyarakat penyayang

15. Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah keluarga harmoni bersesuaian dengan ajaran agama ?

A. Menyayangi ahli keluarga sepenuh jiwaB. Perlu ada sedikit prasangka terhadap ahli keluargaC. Mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan larangan- NyaD. Menghormati dan mengasihi anggota keluarga berpandukan batas-batas keagamaan

16. Antara berikut, pernyataan yang manakah menggambarkan perasaan sayang ?

Page 4: Soalan Psk

A. Salmah bersalaman dengan ibunya di pagi raya.B. Muthu menyentuh kaki ayah dan ibunya memohon restu.C. Ayah berjanji untuk membawa kami sekeluarga pergi melancong.D. Adik memperlahankan suara radio apabila abang sedang mengulang kaji pelajaran.

17. Mengapakah kita digalakkan membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua ?

A. Supaya dipuji oleh masyarakatB. Supaya orang tua boleh melihat rupa kitaC. Merendahkan diri setaraf dengan orang tuaD. Menunjukkan sikap hormat dan berbudi bahasa

18. Sebagai anak, mengapakah kita mesti menghargai jasa kedua-dua ibu bapa kita ?

A. Supaya ibu bapa beri hadiahB. Untuk memajukan kaum masing-masingC. Mereka telah banyak berkorban untuk kitaD. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni

19. Pilih dua rukun yang menjadi pegangan penganut agama Islam.

i. Rukun Islam iii . Rukun beradabii. Rukun agama iv. Rukun Iman

A. I dan II C. III dan IVB. II dan III D. I dan IV

Soalan 20 berdasarkan pernyataan di bawah.

20. Apakah faedah yang akan diperoleh melalui aktiviti di atas?

I. Merapatkan hubungan silaturahimII. Menarik kedatangan pelancong asing

Page 5: Soalan Psk

III. Menaikkan imej penduduk di kawasan berkenaanIV. Mewujudkan suasana bersih dan ceria

A. I dan II C. III dan IVB. II dan III D. I dan IV

21. pilih jawapan yang tidak benar.

Kemudahan Awam Kepentingan

A Perhentian Bas Dapat menunggu kenderaan awam dengan selesa

B Taman rekreasi Senang berjumpa dengan rakan yang ponteng sekolah

C Perpustakaan awam Dapat membaca dan meminjam buku

D Telefon awam Dapat menghubungi pihak tertentu apabila ada hal kecemasan

Soalan 22 berdasarkan pernyataan di bawah.

22. Apakah kesan yang akan timbul berikutan perbuatan yang dilakukan seperti gambar di atas?

A. Menimbulkan perselisihan faham dalam kalangan masyarakatB. Menyusahkan penduduk untuk menghubungi pihak tertentu apabila berlaku kecemasan C. Meningkatkan jumlah penggunaan bil elektrikD. Membahayakan nyawa orang yang ingin menggunakannya

23. Mengapakah kita perlu menggunakan kemudahan dengan baik?

Page 6: Soalan Psk

A. Dapat digunakan dalam jangka masa yang lamaB. Kemudahan untuk pelancong asing yang datang melawat ke negara kitaC. Mengurangkan kos untuk membaiki kemudahan awam yang rosakD. Dapat menghargai jasa pihak yang menyediakannya

24. Konsep ”Sekolah dalam Taman” bertujuan untuk

A. memupuk minat murid-murid untuk bercucuk tanam.B. Menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kawasan sekolah.C. Menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga.D. Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan sekolah.

25. Apakah bentuk penderaan yang biasa berlaku terhadap kanak-kanak?

A. Penderaan emosi C. Penderaan mentalB. Penderaan fizikal D. Penderaan seksual

26. Konsep keluarga harmoni ialah

A. semua ahli keluarga yang sudah berkahwin tinggal di rumah yang sama.B. keluarga yang hidup dalam suasana yang aman dan saling menyayangi antara satu

sama lain.C. anggota keluarga yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.D. Keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

27. Sekiranya berlaku sesuatu kebakaran, kita akan menghubungi pihak bomba dan penyelamat di talian

A. 991 C. 999B. 994 D. 993

Soalan 28 berdasarkan pernyataan di bawah.

28. Pernyataan di atas merupakan amalan yang terdapat dalam masyarakat

A. Cina C. SikhB. India D. melayu

Mengadakan upacara sembahyang bagi memperingati nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Page 7: Soalan Psk

29. Apakah yang akan berlaku sekiranya aktivti gotong royong tidak dijalankan di sebuah kawasan tempat tinggal ?

A. Banyak pokok-pokok hutan yang akan tumbuhB. Suasana persekitaran akan menjadi kotor dan tidak ceriaC. Menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit mudah merebakD. Mengurangkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan

30. Tujuan awal penubuhan rukun tetangga adalah untuk

A. Membersihkan kawasan tempat tinggal.B. Menjaga keselamatan penduduk setempat.C. Memberi bantuan kepada penduduk miskin. D. Mengeratkan hubungan penduduk pelbagai kaum.

Page 8: Soalan Psk

BAHAGIAN B – (20 MARKAH)

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. Anggota keluarga perlu saling menyayangi untuk membina sebuah keluarga yang ______________ .

2. Ibu bapa perlu menekankan nilai-nilai ____________ dalam mendidik anak-anak.

3. Pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh menyebabkan anak-anak Mengalami gangguan __________ .

4. Ibu bapa perlu menunjukkan ___________ yang baik kepada anak-anak.

5. Sikap ________________ dan sayang-menyayangi dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga.

( 5 markah )

B. Berdasarkan gambar di bawah, nyatakan kebaikan mengamalkan amalan seperti gambar tersebut.

1. _____________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________

Page 9: Soalan Psk

4. _____________________________________________________________________

5. _____________________________________________________________________

( 5 markah )

C. Tuliskan agama yang memberikan pandangan yang berikut tentang mewujudkan keluarga harmoni.

Agama _____________

Agama _____________

Agama _____________

Agama _____________

( 4 markah)

1. ”Tonggak keharmonian keluarga ialah kasih Sayang.”

2. ”Kasih sayang boleh dipupuk melalui dharma iaitu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga.”

3. ”Kita hendaklah bersederhana dalam aspek pemikiran, pertuturan, dan tingkah laku.”

4. ”Kasih sayang ialah sifat terpuji dalam kehidupan. Sifat ini menjadikan kita lebih prihatin, bertolak ansur, dan menghormati anggota keluarga.”

Page 10: Soalan Psk

D. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Senaraikan tiga kepelbagaian warisan budaya negara kita.

A. ________________________________________________________

B. ________________________________________________________

C. ________________________________________________________

2. Senaraikan tiga faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah.

A. ________________________________________________________

B. ________________________________________________________

C. ________________________________________________________

( 6 markah)

----------- KERTAS SOALAN TAMAT----------