Arahan : Pilih satu jawapan yang paling sesuai dan bulatkan jawapan pilihan anda pada kertas soalan ini.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Aida pelihara seekor __________________.A. kambingB. kucingC. arnabD. singa
2. Hana pergi ke __________________ untuk meminjam buku.A. kedaiB. sekolahC. muziumD. perpustakaan
3. Ibu memotong sayur menggunakan __________________.A. parangB. kapakC. pisauD. sabit
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4. Encik Kamal bekerja sebagai pemandu __________________. A. kereta
1
B. loriC. vanD. bas
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Pak Samad menanam pokok __________________ di belakang rumahnya.A. jagungB. pisangC. betikD. ubi
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Encik Ramli membeli sebuah __________________ di Melaka.A. kedaiB. rumahC. pondokD. sekolah
7. Halim didenda oleh guru kerana __________________ datang lewat ke sekolah.A. akuB. diaC. kamiD. beliau
8. Nama __________________ Farid. Saya murid baharu di sekolah ini.A. betaB. saya
2
C. kamiD. dia
9. Guru kelas saya Puan Kamariah. __________________ baik hati. A. DiaB. KamuC. BeliauD. Mereka
10. Mira dan Sarah akan mengadakan persembahan. __________________ berpakaian cantik.A. DiaB. KamiC. KamuD. Mereka
11. Siti Sarah __________________ bukunya dengan kertas pembalut.A. melipatB. membalutC. menampalD. menyimpan
12. Doktor Ahmad sedang __________________ pesakitnya.A. melihatB. merawatC. menyemakD. memandang
13. Raju dan Halim __________________ basikal dengan laju ketika pulang dari sekolah.A. menaikiB. memanduC. menuntunD. menunggang
14. Rakan-rakan Hanis bertepuk tangan selepas dia __________________ kek.A. memotongB. menghirisC. mengeratD. memutus
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
3
15. Ibu sedang __________________ kain.A. melipatB. menjahitC. menyidaiD. membasuh
16. Kakak __________________ air kopi ke dalam cawan.A. menuangB. masukkanC. menyimpanD. menghidang
17. Maria __________________ Jenny pergi ke perpustakaan.A. danB. laluC. atauD. kerana
18. Hasrul menangis __________________ dimarahi oleh ibunya.A. laluB. atauC. sambilD. kerana
19. Puan Salmah membeli dua __________________ tembikai di pasar.A. bijiB. ulasC. buahD. batang
20. Puan Mawar menggunakan se__________________ pisau untuk memotong buah betik.A. utasB. bilah
4
C. pucukD. batang
21. Mira menerima tiga __________________ poskad daripada kawan-kawannya.A. buahB. helaiC. pucukD. keping
22. Farah membeli dua __________________ kasut baharu.A. bijiB. buahC. helaiD. pasang
23. Pak Din menternak sepuluh __________________ lembu. A. ekorB. buahC. orangD. batang
Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.
24. Farid membeli se__________________ pisang di gerai buah.A. bijiB. sikatC. tandanD. rumpun
25. Rasa garam __________________.A. pahitB. manisC. masinD. masam
5
26. Mary mengikat rambutnya yang __________________ supaya kelihatan kemas.A. panjangB. pendekC. labuhD. tinggi
Soalan 27 berdasarkan gambar di bawah.
27. Buku itu sangat __________________.A. nipisB. tebalC. tinggiD. pendek
28. __________________kah yang melukis gambar buah-buahan itu?A. ApaB. BilaC. SiapaD. Berapa
29. __________________kah jumlah murid di dalam kelas kamu?A. ApaB. BerapaC. MengapaD. Bagaimana
30. Ayah kamu berasal dari __________________?A. apaB. manaC. berapaD. mengapa
31. Ibu Salwa sedang __________________ langsir.A. dijahitB. jahitanC. berjahitD. menjahit
32. Bas itu __________________ di perhentian bas untuk mengambil penumpang.
6
A. berhentiB. dihentikanC. perhentianD. menghentikan
33. Hafiz __________________ sepucuk surat kepada abangnya di luar negara.A. penulisB. bertulisC. menulisD. penulisan
34. Ayah sedang __________________ paip yang bocor.A. baikB. dibaikiC. membaikiD. membaikkan
35. __________________, cantiknya pakaian seragam anggota pengakap itu!A. CisB. NahC. WahD. Aduh
36. __________________, aku tidak akan lakukan perkara itu!A. EhB. AhC. HaiD. Amboi
Soalan 37 dan 38.
Pilih ayat yang menggunakan huruf besar dan tanda baca yang betul.
37. A. Di manakah rumah faridah.B. Di manakah rumah Faridah?C. di manakah rumah Faridah!D. di manakah rumah faridah,
7
38. A. Wah, besarnya rumah keluarga awak amin?B. Wah! besarnya rumah keluarga awak Amin.C. Wah, besarnya rumah keluarga awak amin.D. Wah, besarnya rumah keluarga awak Amin!
Soalan 39 dan 40. Pilih ayat yang betul.
39. A. Hasnah pulang di kampung.B. Kakak tanam bunga di pasu.C. Ayah pergi ke Langkawi di hari Ahad.D. Abang saya tinggal di asrama.
40. A. Murni memetik serumpun bunga mawar.B. Ibu membeli sebuah cermin mata. C. Sekawan gajah sedang berehat di tepi jalan.D. Di belakang rumah datuk ada sebuah sungai.
Soalan 41 hingga 45.Baca petikan cerita di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Di tepi kolam tinggal sepasang itik. Di kolam itu ada seekor kura-kura juga. Mereka hidup gembira di kolam itu. Tetapi kegembiraan mereka tidak kekal lama. Air kolam itu kering. Mereka terpaksa mencari tempat tinggal yang baru.
Pasangan itik bercadang untuk terbang ke tempat baru. Di tempat baru ada kolam yang cantik dan jernih airnya.
“Wahai itik, aku pun ingin berpindah. Bawalah aku bersama-sama,” kata kura-kura. Itik jantan dan itik betina sungguh kasihan akan kura-kura. Mereka tidak sampai hati meninggalkan kura-kura.
“Aku akan menyepit kayu di bahagian kanan. Isteriku pula di bahagian kiri. Kamu harus menggigit kayu di bahagian tengah. Dengan cara ini, kami akan membawa kamu terbang,” kata itik jantan. Kura-kura sungguh gembira.
“Tapi, ingat kura-kura! Walau apapun yang terjadi, kamu tidak harus membuka mulut kamu,” pesan itik jantan.
Petang itu, mereka memulakan perjalanan. Mereka melalui sebuah kampung. Beberapa orang kanak-kanak mengejek-ejek
8
kura-kura. Kura-kura masih ingat akan pesan itik jantan. Dia menggigit kayu itu kuat-kuat. Tetapi apabila tiba di kampung yang lain, seorang kanak-kanak perempuan memuji kura-kura yang sedang terbang. Kura-kura gembira dan berasa hendak ketawa.
Sebaik sahaja dia membuka mulutnya, dia pun jatuh ke bumi. “Itulah akibatnya jika tidak mendengar kata,” kata itik jantan.
41. Mengapakah pasangan itik hendak berpindah ke tempat lain?A. kerana kolam tempat tinggal mereka sudah keringB. kerana mereka bergaduh dengan kura-kuraC. kerana itik betina hendak bertelurD. kerana tempat itu berbahaya
42. Bagaimanakah pasangan itik berpindah ke tempat baru?A. berenangB. terbangC. berjalanD. berlari
43. Apakah pesan itik jantan kepada kura-kura?A. supaya menggigit bahagian tengah kayuB. supaya mengikut cara mereka terbangC. supaya tidak melepaskan gigitannyaD. supaya ingat akan nasihat itik betina
44. Siapakah yang memuji kura-kura?A. pasangan itikB. orang-orang kampungC. sekumpulan kanak-kanakD. seorang kanak-kanak perempuan
45. Apakah pengajaran dalam cerita ini?A. Kita harus mendengar dan ingat akan pesanan orang.B. Kita harus mengikut peraturan yang ditetapkan.C. Kita harus berasa gembira apabila dipuji.D. Kita harus menahan sabar.
Soalan 46 hingga 50.Baca iklan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
9
PROGRAM KECERGASANSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SAUJANA
OlehJabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat
Tarikh : 8 April 2015 Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petangTempat : Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Saujana
46. Acara yang diadakan oleh Jabatan Kesihatan bersempena dengan…A. perasmian program kecergasanB. program oleh Jabatan KesihatanC. pameran oleh Jabatan KesihatanD. Program Kecergasan Sekolah Kebangsaan Bandar
Saujana
47. Kata diadakan seerti dengan kata…A. dijadikanB. dilakukanC. disediakanD. dilangsungkan
48. Yang manakah bukan merupakan acara pada hari tersebut?A. Ujian KecergasanB. Pertunjukkan SenamanC. Pertandingan MemasakD. Pameran Amalan Penjagaan Diri yang Baik
49. Perkara apakah yang tidak terdapat dalam pameran amalan penjagaan diri?A. Cara-cara menghias diriB. Tanda-tanda kerosakan telingaC. Kebersihan pakaian yang dipakaiD. Cara-cara memberus gigi yang betul
10
PROGRAM KECERGASANSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SAUJANA
OlehJabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat
Tarikh : 8 April 2015 Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petangTempat : Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Saujana
50. Mengapakah program ini diadakan?A. untuk membantu Jabatan Kesihatan Daerah Hulu LangatB. untuk menggalakkan murid-murid menjaga kesihatanC. untuk menggalakkan murid-murid bersenamD. untuk membantu murid-murid di sekolah itu
---------------------------SOALAN TAMAT---------------------------
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
………………….. ……………………..…….(ROHA BT. LANI) (ARIFUL RIZAL B. SENIN)Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Alam Megah (3)
11
Disemak oleh :
………………………..(NOR AZMA BT. MD)Ketua Panitia Bahasa MelayuSK Alam Megah (3)
12