- 1. BAB 2 Konsep Manusia daripada Perspektif Islam dan
Barat
2. PROSES KEJADIAN MANUSIA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
- Menurut wahyu, asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk
kepada kisah kejadian Adam a.s yang diciptakan oleh Allah sebagai
manusia pertama di dunia. Allah menciptakan manusia untuk menjadi
khalifah di bumi, bertugas mengelola dan memanfaatkan
kemakmurannya. Allah berfirman yang bermaksud:
- Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi,
Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat kerosakan ke atasnya dan menumpahkan darah,
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau? Tuhan berfirman Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu
tidak ketahui.
- (Surah al-Baqarah, ayat 31)
3.
- Justeru di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa asal
kejadian manusia melalui dua proses. Proses pertama ialah Allah
telah menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s daripada
tanah manakala proses yang kedua pula, Allah menciptakan manusia
melalui hukum Sunnahtullah. Di dalam Al-Quran telah menyatakan
manusia terdiri daripada jasad jasmani dan rohani.
- Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kejadian manusia itu
berasal daripada tanah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
- Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu
saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu
air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian
air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu
Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan
segumpal tulang belulang.Kemudian tulang belulang itu Kami bungkus
dengan daging. Dan sesudah itu Kami jadikan ia makhluk yang
berbentuk lain. Maka Maha sucilah Allah pencipta yang paling baik.
"
- (Al-Mukminun: 12,13 dan 14)
4.
- "Dan apabila Aku (Allah) sempurnakan kejadian-Nya serta aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu
merendahkan diri padanya.
- Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa unsur rohani
menjadi sebahagian daripada diri manusia untuk hidup apabila Allah
meniupkan roh ke dalam jasad. Walau bagaimanapun segala hal yang
berkaitan dengan roh tidak dijelaskan kerana ia adalah rahsia dan
urusan Allah. Unsur rohani juga mempunyai keperluandalam memastikan
roh dalam keadaan sihat seperti solat, berzikir, membaca al-Quran
dan segala bentuk amalan kebaikan dan kebajikan yang membolehkan
kita mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana firman Allah SWT
yang bererti:
- "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan
ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan
jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya.
"
5.
- Menurut sebuah hadis dari Ibnu Abbas meriwayatkan tanah yang
menciptakan Adam a.s diambil daripada beberapa tempat.
- Kepala Adam terdiri daripada tanah Baitul Muqaddis kerana
terletaknya otak dan akal manusia
- Telinga daripada bukit Tursina kerana ia adalah alat
pendengaran dan tempat untuk menerima nasihat
- Dahi dari tanah Iraq kerana ia adalah tempat sujud kepada
Allah
- Muka daripada tanah Aden kerana la adalah tempat berhias dan
tempat kecantikan manusia
- Mata daripada tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk melihat dan
menarik perhatian
- Gigi daripada tanah Al-Kaustsar kerana ia adalah tempat
memanis
- Tangan kanannya daripada tanah Kaabah ia adalah tempat untuk
mencari rezeki dan mengadakan kerjasama sesama manusia
- Tangan kiri daripada tanah Paris ia adalah tempat digunakan
untuk beristinjak
- Perut daripada tanah Khurasan ia adalah tempat lapar dan
kehausan
- Kemaluan daripada tanah Babylon di situlah tempat memuaskan
nafsu seks dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke
lembah dosa dan maksiat
- Tulang daripada tanah Tursina ia adalah alat peneguh tubuh
badan manusia
- Dua kaki daripada tanah India ia adalah tempat berdiri dan
berjalan
- Hati daripada tanah Syurga Firdaus tempat iman bertakhta, ilmu,
keyakinan, kemahuan dan sebagainya
- Lidah daripada tanah Tha'if tempat mengucapkan syahadah,
bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT.
6.
- KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT HUKUM SUNNATULLAH
- Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah
menciptakan dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya
sendiri mengikut Hukum Sunnatullah. Firman Allah,
- Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya
dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia
menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air
mani).
- Terdapat beberapa proses peringkat kejadian manusia menurut
Al-Quran.Antaranya merupakan proses-proses mengikut Hukum
Sunnatullah.
- Proses kejadian manusia bermula dengan saripati air mani
sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
- kemudian Dia menciptakan keturunannya dari saripati air mani
yang hina (al-Sajdah:ayat 8)
- Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air
mani.Firman Allah yang bermaksud:
- Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis
air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan
perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat .
7.
- Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air
mani.Firman Allah yang bermaksud:
- Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis
air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan
perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat .
- Peringkat pembentukanalaqahialah pada hujung minggu pertama
atau hari ke tujuh. Pada hari yang ke tujuh telur yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud;
- Kemudian air mani itu Kami jadkan segumpal
darah(al-Mukminum:14)
- Pembentukan mudghah berlaku setelah segumpal darah berkembang
menjadi seketul daging Firman Allah yang bermaksud :
- lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging
(al-Mukminun :14).
- Izam(tulang) danlahm (daging)
- Seterusnya pembentukan tulang belulang telah berlaku dan
dibalut dengan daging. Ini dinyatakan dalam firman Allah yang
bermaksud :
- lalu kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan
kemudiannya kami membalutkan izam dengan daging (al-Mukminun
:14)
- Kemudian peringkat perkembangan fizikal berlaku yang dikenali
sebagai khalqan akhar dan seterusnya janin terus berkembang hingga
sempurna penciptaan bentuk rupa manusia.
8. KEDUDUKAN TEORI EVOLUSI DARWIN
- Teori Evolusi Darwin berasaskan kepada hipotesis sejarah yang
menegaskan bahawa manusia dan makhluk lain berkembang melalui
rantai perkembangan jenis kejadian daripada bentuk yang bersahaja
kepada yang komplikasi dan dari bentuk primitif kepada maju dari
segi fizikal dan pemikiran. Evolusi juga adalah salah satu daripada
teori yang tercetus daripada fahaman materialisme iaitu aliran yang
berpandangan bahawa semua yang tercipta dan wujud bersifat
kebendaan. Teori ini turut mendakwa bahawa semua hidupan berasal
daripada benda mati melalui kejadian-kejadian kebetulan. Kenyataan
tersebutbertentangan dengan pengiktirafan bahawa Allah telah
menciptakan alam semesta ini.
9.
- Selain itu, teori evolusi telah dinafikan oleh
penemuan-penemuan sains. Buktinya, rekaan di dalam hidupan adalah
sangat kompleks dan hebat seperti di dalam dunia benda-benda mati,
kita dapat melihat betapa sensitifnya keseimbangan-keseimbangan
yang terdapat pada atom-atom, pencantuman atom-atom, penbentukan
mekanisme dan struktur seperti protein, enzim, dan sel yang
dihasilkan.Keajaiban rekaan ini telah membatalkan Darwinisme pada
penghujung abad ke 20.
- Penolakan Teori Evolusi Secara Saintifik
- Teori evolusi adalah doktrin yang berasal daripada Yunani Purba
dan telah dimajukan secara komersial pada abad ke-19. Perkembangan
paling penting yang menjadikan teori ini tersohor dalam dunia sains
adalah buku oleh Charles Darwin bertajukThe Origin of Speciesyang
diterbitkan pada 1859. Di dalam buku ini, Darwin menafikan bahawa
Allah telah menjadikan spesies-spesies hidupan yang berbeza di bumi
ini secara berasingan. Menurut Darwin, semua hidupan mempunyai satu
leluhur yang sama dan mereka dibezakan dengan perubahan-perubahan
kecil melalui peredaran zaman. Teori Darwin tidak berasaskan kepada
penemuan-penemuan sains yang kukuh kerana dia menganggap semua yang
wujud dengan satu "andaian". Berikutan itu, Darwin gagal berhadapan
dengan persoalan-persoalan kritikal yang cuba ditanggapinya melalui
bukunya yang bertajuk"Difficulties of the Theory".
10.
- PANDANGAN ISLAM TENTANG MAKHLUK DAN MANUSIA
- Islam merupakan agama yang universal iaitu merangkumi semua
aspek kehidupan termasuk kejadian tentang makhluk dan manusia.
Mengikut pandangan Islam Allah yang berkuasa dalam mencipta
kejadian makhluk dan manusia seperti yang ditegaskan dalam firman
Allah yang bermaksud;
- Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala
keindahannya) dan apabila Ia berkehendak ( untuk menjadikan)
sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu
jadilah ia
- Setiap kejadian mempunyai fungsi serta peranannya sendiri.
Kejadian makhluk dan manusia merupakan bukti tentang keagungan,
kekuasaan, kehendak dan kebesaran Tuhan Yang Menciptakannya. Bagi
golongan yang mahu berfikir seperti yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim a.s yang merenung setiap kejadian alam contohnya kejadian
matahari dalam mencari hakikat ketuhanan. Kejadian mata yang
dikurniakan oleh Allah sebagai alat penglihatan cukup untuk
membuktikan kekuasaan Allah, Allah S.W.T telah menyusun mata
terdiri dari tujuh lapis.Setiap lapisannya mempunyai sifat dan
fungsinya yang khusus. Seandainya satu lapisan sahaja yang hilang,
maka mata tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Begitulah
bukti kebijaksanaan Allah, oleh itu kita sepatutnya rasa bersyukur
atas nikmat yang dikurniakan dan menghindari daripada berfikir
bahawa sesuatu benda walaupun sebesar zarah yang ada di langit
mahupun di bumi terlepas dari mempunyai hikmah Allah di sebalik
kejadiannya. Maka wajiblah seluruh makhluk di alam ini sujud serta
menyembah Allah.
11.
- PERANAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH
- Sebagaimana Allah Maha Pencipta telah menjelaskan tentang asal
kejadian atau unsur kejadian manusia, demikian juga telah
menjelaskan tentang hakikat siapakah dia sebenarnya manusia itu.
Demi untuk kebaikan manusia sendiri dengan rahmat dan inayah Allah
kepada manusia maka Allah tidak sekali-kali menyerahkan usaha untuk
mengenal sendiri yang diketahuinya mempunyai kelemahan-kelemahan
dan kekurangan. Siapakah sebenarnya manusia?
12.
- Manusia adalah hamba, hamba kepada Allah Maha Pencipta, kerana
setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang
menciptanya. Sebagai hakikatnya hamba maka ia tidak mempunyai
apa-apa di atas dirinya atas tenaganya dan juga atas apa yang
dhasilkan olehnya. Jika seorang manusia itu menjadi hamba kepada
tuannya, seperti yang terkandung dalam undang-undang sivil Islam
maka Si hamba itu tidak mempunyai atau memiliki dirinya, tenaganya
dan hartanya. Kesemuanya itu adalah menjadi hakmilik kepada
tuannya. Menepati dengan hakikat bahawa manusia itu hamba yang
mengabdi kepada Allah maka hidupnya itu adalah pengabdian kepada
Allah. Dunia ini adalah masjid yang luas sebagai medan pengabdian
kepada Allah yang amat luas seluas usia hidup dan seluas-luas usia
muka bumi ini Oleh yang demikian manusia mesti tunduk patuh, taat
setia mengikut dan menurut perintah Allah dengan sujud dan menyerah
diri kepada-Nya. Penyerahan diri kepada-Nya meliputi penyerahan
diri kepada Allah dalam Akidah, Akhlak, Ibadah dan Syariah. Firman
Allah yang bermaksud:
- Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid
(Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari orang-orang yang
menyekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).
13.
- PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH
- Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan
kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk yang lain. Bagi
memegang status sebagai khalifah Allah, manusia mesti melaksanakan
konsep kehambaan dan penyerahan diri kepada Allah.Ini kerana
manusia yang berserah diri dan taat kepada perintah-Nya akan
memastikan segala aturan alam berada dalam kesejahteraan dan
kedamaian. Justeru khalifah Allah dianugerahkan sifat "al-Siyadah
atau Ketuanan" untuk menjadi Tuan ke atas segala makhluk dan segala
ciptaan di atas muka bumi ini.Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat
yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya
sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas
khalifah tersebut. Sebagai khalifah di bumi, manusia berperanan
terhadap tiga hubungan iaitu :
- Huquq al-AdamiyyinatauAl-Nas(Hak Sesama Manusia)
- Huquq al-Ibad(Hak Sesama Makhluk)
14.
- Dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia berfungsi sebagai
hamba dengan mentauhidkan Allah dan bersyukur kepada Allah. Tauhid
bererti tunggal atau esa. Maka mentauhidkan Allah bererti mengakui,
meyakini dan mengimani keesaan Allah dengan segala sifat-sifat yang
sempurna disertai dengan keyakinan yang teguh bahawa tiada sekutu
bagi-Nya dan tiada sesuatu yang menyamai-Nya pada kesempurnaan
tersebut.
- Sesungguhnya agama Islam telah menetapkan satu undang-undang
untuk memupuk hubungan yang baik sesama manusia, walaupun berlainan
agama. Iaitu melalui perpaduan, kerana perpaduan amat penting dalam
kehidupan kita dalam sebuah masyarakat, negara dan seterusnya bagi
umat sejagat. Ini kerana hanya dengan cara tersebut sahajalah yang
dapat melahirkan umat yang kuat,saling berganding bahu serta
pemedulian, maka perdamaian tentu saja akan dapat dicapai dan
permusuhan akan dapat dihindarkan. Dengan perpaduan, keindahan
persaudaraan dapat kita saksikan dalam sesebuah masyarakat.
Perpaduan juga dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan aman.
Sekaligus mengelakkan berlakunya permusuhan, perpecahan dan
tindakan buruk sesama manusia. Dengan perpaduan, manusia akan
membuat pembangunan masyarakat yang membawa kemajuan negara.
Seterusnya dengan perpaduan yang lebih global di peringkat
antarabangsa akan mencetuskan hubungan kenegaraan untuk membina
tamadun umat. Kesedaran terhadap pentingnya ikatan yang kukuh di
dalam sesebuah masyarakat dapat membantu kita untuk membina sebuah
negara yang kuat dan mantap samada dari sudut kerukunan rakyatnya,
kestabilan ekonomi, kekebalan pertahanan bersandarkan kepada
semangat perpaduan semua.
15.
- Huquq Al-Ibad (Hak Sesama Makhluk)
- Manusia merupakan salah satu ciptaan Allah yang diberi amanah
untuk menjadi khalifah di muka bumi ini kerana dikurniakan akal.
Akal merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia
dan ianya tidak dikurniakan kepada makhluk-makhluk lain. Sebenarnya
manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain saling bergantungan
serta saling memerlukan. Makhluk ciptaan Allah bukan hanya manusia
tetapi segala benda yang wujud seperti matahari, bulan, air,
tumbuh-tumbuhan, gunung-gunung, tanah, binatang dan lain-lain.
Sebagai khalifah manusia wajib mengabdikan diri kepada Allah..
Manifestasi pengabdian kepada Allah diberikan kepada manusia atas
dasarkepercayaan bahawa manusia adalah pemegang amanah Allah untuk
memakmurkan kehidupan di bumi. Firman Allah yang bermaksud:
- Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung, maka mereka
enggan untuk memikul amanah Allah dan khuatir akan mengkhianatinya,
dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya
manusia amat zalim dan jahil.
16. http://wanbk.page.tl