Transcript
Page 1: Strategi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Pelajar Tahun 3

Strategi mengatasi masalah tingkah laku pelajar Tahun 3.

Pada praktikum kali ini saya telah ditugaskan untuk mengajar murid Tahun 5G(Matematik), tahun 3G(Matematik) dan tahun 4C (Bahasa Inggeris). Setelah memasuki ketiga-tiga kelas ini beberapa kali, saya mendapati terdapat beberapa masalah tingkah laku yang saya kesan.

Oleh yang demikian saya telah membuat beberapa plan dan strategi bagi mengawal kelas-kelas yang saya ajar secara berfokus.

Pernyataan Masalah

KELAS YANG DIAJAR

TAHUN 3G TAHUN 5GTAHUN 4C

LATAR BELAKANG TAHUN 3G

Kelas tahun 3 terdiri daripada 31 orang murid dan terdapat 3orang pelajar pemulihan dari kelas ini.Kelas ini merupakan kelas yang menghadapi masalah tingkah laku yang paling teruk di SK.Sungai Damit.Terdapat lebih dari 7 orang murid yang menghadapi masalah tingkah laku di kelas ini.

Namun demikian , saya tidak akan membiarkan murid-murid yang saya ajar di kelas ini tidak terkawal semasa saya mengajar kerana mereka semua berhak mendapat ilmu yang sepatutnya saya sampaikan.

Oleh yang demikian, saya telah merancang beberapa strategi bagi meningkatkan kawalan disiplin di kelas ini.Saya tidak akan berhenti mencari jalan penyelesaian selagi saya tidak Berjaya mengubah murid-murid di kelas ini menjadi murid yang berdisiplin dan murid yang menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

“Kerana kalau bukan saya, siapa lagi ?”. Saya tidak boleh hanya duduk diam mengharap keajaiban terjadi terhadap mereka tanpa membuat apa-apa usaha.Saya harus menjadi guru yang realistic dan bukan guru yang penuh dengan kepura-puraan.