PEMBENTUKAN DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT
SUHANA BINTI SEMAWI
Projek Tahun Akhir ini dihasilkan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Hubungan
Antarabangsa) Dengan Kepujian
FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2003
Pengakuan pelajar
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya.
Saya menyerahkan hakcipta ini kepada Fakulti Sains Sosial bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.
-1 /3/a 00S
_ýNdrý6 " Tarikh Serahan Suhana-Binti Semawi
Pengesahan Penyelia
Projek Tahun Akhir yang bertajuk Pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat telah diusahakan dan diserahkan oleh Suhana Binti Semawi (800627-13-5386) sebagai memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Hubungan Antarabangsa) Dengan Kepujian.
T4riko Serahan (AHMAD N-I2AR ýAAKUB)Penyelia Fakulti Sains SosialUniversiti Malaysia jarawak
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
Allhamdulilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan kuasaNya maka kajian ini dapat disempurnakan pada masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan khas buat En. Ahmad Nizar Yaakub selaku penyelia bagi Projek Tahun Akhir in'. Segala tunjuk ajar, bimbingan serta teguran yang membina yang telah diberikan oleh beliau telah membuahkan hasil dengan siapnya kajian ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memben tunjuk ajar serta idea yang bernas dari awal sehingga terhasilnya kajian ini.
Setulus penghargaan kepada ibu, bapa serta keluarga yang telah memberi dorongan yang membina sepanjang menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali buat teman seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan moral dalam menyiapkan kajian ini serta rakan-rakan program Kajian Antarabangsa. Terima kasih untuk semua.
Suhana Binti Semawi Kampung Hulu Maludam 94850 Sebuyau Sawarak.
I
ABSTRAK
Kajian berkenaan pembentukan dasar luar Amerika Syarikat ini
memfokuskan kepada pembuatan dasar luar yang meliputi konsep serta matlamat dasar luar, aktor-aktor dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Dalam membincangkan matlamat dasar luar Amerika Syarikat, kajian ini akan membincangkan matlamat jangka pendek, matlamat jangka
pertengahan dan matlamat jangka panjang. Namun begitu kajian ini akan melihat matlamat jangka panjang Amerika Syarikat yang lebih ke arah meluaskan pengaruh di persada antarabangsa. Di samping itu, kajian ini turut mengetengahkan peranan- peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor penting yang terlibat secara langsung dalam proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Kongres, Presiden, Setiausaha Negara, pendapat umum, duta-duta, Parti Demokrat dan Parti Republikan, Jawatan Kuasa Penggubalan Dasar dan media massa. Faktor-faktor
yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat akan dibincangkan dalam konteks faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran. Faktor-faktor dalaman yang akan dibincangkan merangkumi aspek sejarah negara, geografi, agama dan budaya, ekonomi, kepimpinan serta pertahanan dan keselamatan. Manakala faktor-faktor luaran pula akan menyentuh mengenai geopolitik negara- negara luar dan sistem antarabangsa. Dengan ini ia dapat menunjukan bahawa
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat telah berjaya memenuhi kepentingan nasionalnya di peringkat antarabangsa.
it
ABSTRACT
The study on the American foreign policy decision making focused on the concept, goal, actors and factors that influence it. In discussing the goal of American foreign policy, this study will also considered the meaning of short, medium and long term goals. With regards to long term goal of American foreign
policy, it will focus more on expanding its influence in the international arena. This study will also emphasis on the roles played by important actors such as Congress, President, State's Secretary, public opinion, diplomats, Democrat Parties
and Republican Parties, Legislate Committee of American foreign policy and mass media in formulating American foreign policy. The internal and external factors that influence the formulation of American foreign policy will also discussed. Among the internal factors that will be considered on state history, geography, religion and culture, leadership, economy, safety and defense. Meanwhile, the external factors involved on countries geopolitics and international system. Considering the above factors it showed that the formulation of American foreign
policy has succeeded in protecting and ensuring its national interests in the international arena.
III
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
ABSTRAK II
ABSTRACT 111
SENARAI RAJAH VII
Bab 1 Pengenalan
1.1 Latar belakang 1
1.2 Struktur kajian 4
1.3 Kenyataan Masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Kepentingan kajian 7
1.6 Metodologi kajian 7
1.7 Definisi konsep 8
1.8 Kajian lepas 9
BAB 2 Konsep Dasar Luar
2.1 Matlamat Dasar Luar darf persektif Amerika Syarikat 14
2.2 Model-model pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat 18
2.3 Pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat 24
BAB 3 Aktor- aktor dalam pembentukan Dasar Luar Amerika
3.1 Presiden 28
3.2 Setiausaha Negara 31
IV
3.3 Kongres 33
3.4 Jawatankuasa Penggubalan Dasar Luar 36
3.5 Pendapat Umum 37
3.6 Media Massa 38
3.7 Duta-duta 41
3.8 Parti Demokrat dan Republikan 43
BAB 4 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Dasar Luar Amerika
4.1 Faktor-faktor dalaman 46
4.1.1 Sejarah negara 46
4.1.2 Geografi 49
4.1.3 Agama dan budaya 50
4.1.4 Kepimpinan 52
4.1.5 Kepentingan ekonomi 54
4.1.6 Pertahanan dan keselamatan 56
4.2 Faktor-faktor luaran 60
4.2.1 Geopolitik negara-negara luar 60
4.2.1.1 Jepun 60
4.2.1.2 Rusia 62
4.2.1.3 China 64
4.2.1 Sistem Antarabangsa- Pertubuhan atau Organisasi Antarabangsa 69
4.2.2.1 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 69
4.2.2.2 Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) 71
4.2.2.3 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) 74
V
4.2.2.4 Perjanjian Atlantik Utara (NATO)
BAB 5 Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
75
78
VI
SENARAI RAJAH
Model `Rational Actor'
Model `Inkremental'
Model `Human Behaviour'
Model `Organizational Behaviour'
MUKA SURAT
19
21
22
24
VII
BAB I PENGENALAN
Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian iaitu berkisarkan sejarah
dasar luar Amerika Syarikat. Seterusnya kajian ini akan menerangkan tentang
struktur kajian, kenyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi
kajian, definisi konsep dan kajian lepas.
1.1 LATAR BELAKANG
Dasar luar' Amerika Syarikat bermula sejak Presiden pertama Amerika
Syarikat, George Washington' menerajui pentadbiran pada tahun 1789.
Berdasarkan sejarah, dasar luar Amerika Syarikat dikatakan mengikut haluan isolasi
atau dasar pemencilan. Ken_yataan mengenai dasar im di petik oleh American
Daily Advertiser:
".......... Presiden pertama Amerika Syarikat pernah menyatakan pandangannya tentang dasar luar Amerika Syarikat dan lebih kepada dasar isolasi. Isolasi adalah dasar luar Amerika Syarikat yang tidak menekankan aspek ketenteraan. Presiden George Washington menekankan tentang kepentingan nasional Amerika Syarikat dan menganjurkan hubungan bersama dengan semua bangsa tetapi hubungan itu mestilah mempunyai aspek kesamarataan dan saksama"3 (4merican Daily A(Ivertiser, 19 September 17965).
Menurut Frankel (1987), Amerika Syarikat hanya mempunyai satu sahaja
kepentingan luar untuk mengelak serangan yang terpaksa dilakukan dari F. ropah.
Di sini mereka bergantung kepada Britain untuk mengekalkan keseimbangan kuasa
Dasar luar adalah alat atau instnumen yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berinteraksi dengan sesebuah negara lain, baik yang berjiran dengannya atau berada jauh darinya. 2 Presiden George Washington adalah Presiden pertarna Amerika Syarikat yang memerintah sekitar tahun 1789-1793_ a Dipetik daripada kenyataan Presiden pertama Amerika Syarikat George Washington dalam America Daily Advertiser pada 19 September 1796.
I
dan untuk mencegah kebangkitan sebuah negara imperialis yang membahaya di
Eropah. Akibatnya mereka hampir sama sekali tidak mempunyai dasar luar dan
tradisi mereka dalam lapangan ini amatlah haru. Pandangan awal herhubung
dengan hal-ehwal dalaman dan kebenuaan ini telah mengakibatkan Amerika
Syarikat berkeyakinan bahawa bidang-bidang dalam dan luar negeri itu boleh
dipisah-pisahkan secara kekal, begitu juga terhadap apa yang dinamakan oleh
setengah-setengah penulis sebagai `metos yang maha kuasa' (the myth of '
omnipotence) iaitu keyakinan bahawa kejayaan dalaman di kalangan orang Amerika
Syarikat yang tiada taranya itu juga boleh dilakukan dalam hubungan antarabangsa.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan urusan luar negara Amerika
Syarikat secara relatitnya adalah mundur. Selepas Perang Dunia Kedua Amerika
Syarikal mengalami kesukaran dalam menghadapi tugas-tugas selepas berlakunya
perang. Ekoran itu, Amerika Syarikat telah mengemhangk. an tagi ý1asar_ 1, _1_arnva 41
yakni mengadakan hubungan luar dengan negara-negara lain. Maka dengan ini,
Amerika Syarikat telah membentuk perkhidmatan diplomat yang paling besar di
dunia dengan menempatkan diplomatnya hampir di setiap negara. Tindakan im
diambil bagi menjaga kepentingan negara Amerika Syarikat sendiri.
Perang Dingin berlaku pada tahun 1949 antara Amerika Syarikat dan
Kesatuan Soviet kerana perhezaan ideolog) antara kedua-dua huah negara yang
merupakan kuasa besar dunia. Amerika Syarikat mengamalkan ideologi demokrasi
manakala Kesatuan Soviet pula mengamalkan ideologi komunis. Semasa Perang
Dingin matlamat utama dasar luar Amerika ialah untuk menghalang serangan
2
senjata nuklear secara langsung ke atas wilayah Amerika Syarikat ataupun sekutu-
sekutunya dan menghalang perluasan pengaruh ideologi komunis.
Perang Dingin yang berlaku antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat adalah akibat perbezaan ideologi kedua-dua kuasa besar tersebut (Gaddzs, 1997).
Reaksi dasar luar Amerika Syarikat terhadap Kesatuan Soviet yang agresif
adalah bertindak membantu negara-negara bukan komunis bagi mengancam
perkembangan komunis di Kesatuan Soviet. Matlamat penyekatan komunis dan
polisi tersebut dianjurkan dalam artikel pertama yang diterbitkan secara
bersembunyi dalam majalah Foreign . affair, c pada tahun 1947. Maka dasar luar
Amerika Syarikat tidak hanya mengkhu-, uskan kepacla isu-is>> spesifik tetapi clasar
luar tersebut disesuaikan mengikut konteks baru Perang Dingin iaitu menyekat
ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum
Perang Dingin, dasar luar Amerika Syarikat kurang mempunvai fokus tentera. la
dilihat lebih kepada isu politik, perjuangan c, Terila dan lehih kepacja knnflik
Mengikut Frankel (1987), pada tahun 70-an, tumpuan utama Amerika
Syarikat telah berubah dari soal keselamatan kepada soal ekonomi. Masalah
keselamatan masih wujud walau pun dalam bentuk _yang stabil dan hubungan yang
berorentasikan keselamatan dikekalkan, tP. tani nishah nsaha diplomatik Amerika
Syarikat ke arah kerjasama ekonomi semakin bertamhah.
Pada hari ini pula isu-isu utama dasar luar Amerika Syarikat ialah politik,
ekonomi, tentera dan ideologi. Negara Amerika Syarikat menekankan keempat-
3
empat isu ini bagi mencapai matlamat dasar luarnya dan menjaga kepentingan
nasionalnya.
1.2 STRUKTUR KAJIAN
Kajian im hanya membincangkan pembentukan dasar luar Amerika
Syarikat dan menerangkan serba sedikit latar belakang kajian serta kaedah yang
digunakan semasa membuat kajian.
Bab 2 pula membincangkan konsep dasar luar. Seterusnya menjelaskan
matlamat dasar luar dari sudut pandangan negara Amerika Syarikat, prinsip asas
dasar luar Amerika Syarikat, pembuat dasar luar dan perkembangan dasar luar
Amerika Syarikat.
Bab 3 pula menerangkan tentang peranan penting yang dimainkan olch
aktor-aktor dan agensi kerajaan dalam mempengaruhi proses pembentukan dasar
luar Amerika Syarikat.
Bab 4 menyentuh mengenai faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran
bagi menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar
Amerika Syarikat. Dalam pembentukan dasar luar Amerika Syarikat, pembuat dasar
luar Amerika Syarikat mengambilkira aspek dalaman dan luaran. la bertujuan
memastikan sesuatu dasar tersebut berjaya digunapakai atau tidak dalam
tingkahlaku di arena antarabangsa.
Akhir sekali, bab 5 akan menyimpulkan secara keseluruhan kajian ini yang
meliputi kelemahan yang terdapat dalam pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.
4
1.3 KENYATAAN MASALAII
Kajian im akan berdasarkan tentang pembentukan dasar luar Amerika
Syarikat selepas merdeka sehingga kini. Aspek yang dilihat dalarn kajian ini ialah
aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan yang paling penting sekali melihat
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Selain itu, kajian ini akan menjelaskan
aktor-aktor utama yang berpengaruh serta dominan dalam proses pembentukan
dasar luar Amerika Syarikat.
Dalam usaha mengkaji tentang pembentukan dasar luar Amerika Syarikat,
didapati bahawa Amerika Syarikat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam
membuat dasar luarn_ya. Sehubungan itu, dasar luar Amerika Syarikat dikategorikan
telah melalui hanyak perubahan berikutan daripada tekanan yang diterima haik dari
dalam mahupun luaran.
Ekoran daripada berlakunya banyak perubahan dalam hubu. ngan antarabanýsa
telah menyebabkan peranan aktor dalam isu yang berbangkit turnt menjadi meluas.
()leh itu, perubahan tersebut telah mengakihatkan proses pembuatan dasar luar
menjadi lebih kompleks. Ini secara langsung menyebabkan aspek tersebut terus
kekal sebagai satu bentuk perlakuan di dalam usaha untuk mengubal dasar luar
Amerika Syarikat.
Ternyata segala perubahan yang herlaku terhadap dasar luar Amerika
Syarikat merupakan cara yang terbaru bagi Amerika Syarikal. Perubahan terscbul
bertujuan memastikan Amerika Syarikat dapat mencapai kepentingan nasional dan
matlamat nasionalnya iaitu melindungi kepentingan rakyatnya serta membuka ruang
untuk rnenempatkan Amerika Syarikat di peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada perubahan-perubahan tersebut telah
menyebabkan kajian ini dibuat dengan lebih mendalarn terhadap proses, aktor dan
juga faktor yang terlibat dalam mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika
Syarikat.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian terhahagi kepada dua jenis iaitu ohjektif umum dan objektif
khusus. Objektif umum kajian ini ialah menganalisa proses pembentukan dasar luar
Amerika Syarikat.
Manakala objektif khusus pula adalah mengenalpasti peranan-peranan agensi-
agensi kerajaan atau aktor-aktor utarna dalam mempengaruhi proses pembentukan
dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Sctiausaha Negara, Kongres,
pendapat umum dari rakyat Amerika Syarikat, media massa, Parti Demokrat dan
Parti Republikan, duta-duta dan Jawatankuasa Penggubalan Dasar.
Selain itu, ingin mengetahui faktor-faktor _yang
terlibat serta yang
mempengaruhi pembentukan dasar haar Amerika Syarikat seperti faktor dalaman
dan luaran. Faktor dalaman seperti kepimpinan misalnya, menentukan penglibatan
Amerika Syarikat dalam arena hubungan antarabangsa sama ada berperanan secara
aktif atau pasif. Faktor luaran pula merujuk kepada sistem antarahangsa dan situasi
geopolitik yang turut diambilkira dalam proses pembentukan dasar luar Amerika
Syarikat
6
Objektif-objektif tersebut bertujuan mengenalpasti peringkat matlamat dasar
luar Amerika Syarikat dalam memperjuangkan kepentingan nasionalnya sama ada
masih di peringkat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Diharapkan kajian ini dapat menjadi satu sumber rujukan dan panduan yang
berguna kepada pembuat dasar luar, penyelidik dan para pelajar yang berminat
untuk mengetahui tentang proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.
Malahan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai sumber pengetahuan
tambahan yang berguna melalui pemahaman yang lebih jelas terhadap proses
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.
1.6 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian im ialah kaedah
kualitative yang melibatkan satu penerokaan yang mendalam tentang angkaubah
serta menerangkan masalah dan situasi kajian.
Di samping itu, kaedah penyelidikan perpustakaan turut digunakan. Kaedah
ini bertujuan menganalisis faktor-faktor serta peranan-peranan aktor yang terlibat
terhadap proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Sehubungan itu,
penganalisisan terhadap model yang digunakan olch pcmbuat dasar luar Amerika
Syarikat juga dikaji bagi memastikan matlamat kepentingan nasionalnya dicapai.
Malahan melalui kaedah ini perbandingan terhadap faktor-faktor yang
7
mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti keselamatan,
ekonomi, politik, kepimpinanan dan budaya turut dikaji.
1.7 DEFINISI KONSEP
Terdapat dua konsep yang akan digunakan dalam kajian im iaitu konsep
kepentingan nasional dan keseimbangan kuasa. Konsep kepentingan nasional
digunakan bagi menerangkan matlamat-matlamat dasar luar negara Amerika
Syarikat. Asas pembentukan konsep ini mengambil kira kepentingan nasional
sebagai satu cara untuk mengekalkan kebebasan dalam apa jua tindakan yang
diambil oleh sebuah negara. Ini bermakna sesebuah negara sebagai satu intitusi
politik yang berdaulat mempunyai hak yang dapat menentukan kepentingan
nasional mereka. Ini termasuklah apa juga kaedah yang digunakan misalnya
melalui hubungan diplomatik, kerjasama dalam bidang ekonomi dan pemindahan
teknologi untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan negaranya. Menurut Viotti
dan Kauppi (1993) kepentingan nasional sebagai'.
... yang mana penting kepada sesuatu unit (negara, kelas, kumpulan atau individu), biasanya merangkumi sebagai minimum kewujudannya. Kepentingan nasional merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan kepada sesebuah negara. Sesetengah pengkaji teori telah mendapati konsep kepentingan nasional terlalu kabur yakni tidak jelas. Mereka lebih suka mengganti maksud kepentingan nasional kepada tindakan sesebuah negara menggubal objektif=objektif tertentu yang bolch dikenali dengan mudah. Sesetengah pengkaji teori yang lain lebih memandang kepentingan nasional tidak lebih daripada apa yang dikatakan oleh para pemimpin" (Viotti dan Kauppi, 199-3: 548).
8
Kepentingan nasional boleh dibahagikan kepada bentuk primer dan
sekunder. Dalam konteks primer ia membawa maksud satu nilai di mana sesebuah
negara itu akan sedaya upaya cuba melindungi kepentingan nasionalnya dari
ancaman luar seperti aspek identiti, budaya, rakyat dan politik negara. Sementara
bentuk sekunder merupakan satu nilai yang penting tetapi boleh dirunding dan
dibincangkan seperti perebutan kawasan atau pulau.
Konsep yang kedua ialah konsep keseimbangan kuasa. Menurut Schloming
(1991), keseimbangan kuasa merujuk kepada urusan atau usaha sesebuah negara
yang ingin menguasai negara lain. la merujuk kepada dasar memperkenalkan
keseimbangan kuasa dalam keadaan yang menghadapi ancaman. Negara yang
lemah akan berhati-hati dalam menghadapi keseimbangan kuasa yang dilakukan
oleh negara yang memiliki kuasa hegemoni.
Selain itu, konsep keseimbangan kuasa juga meruj uk kepada kekuatan
sesebuah negara atau beberapa buah negara digunakan untuk mengimbangi
kekuatan sesebuah atau beberapa negara lain. Mengikut konsep ini sesebuah negara
atau beberapa negara akan berasa bimbang dengan kehadiran kekuatan negara alau
beberapa negara lain dan akan cuba mengimbanginya. Sesebuah negara tidak akan
cuba mengimbangi kuasa negara lain melainkan negara berkenaan dianggap musuh.
1.8 KAJIAN LEPAS
Wiarda (1996) dalam bukunya American l, öreign 1'olicv membincangkan
tentang dasar luar Amerika Syarikat dan aktor-aktor yang terlibat dalam proses
4 Kuasa hegemoni adalah sesehuah kuasa yang dominan dalam sesehuah sistem pemerintahan antara negara-negara lain dari segi industri senjata dan sektor ekonomi.
9
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Wiarda turut membincangkan lima
model penting yang menghuraikan bagaimana proses penggubalan dasar luar
Amerika Syarikat. Antara model-model yang dibincangkan ialah Model `Rational
Actor', Model `Human Behaviour', Model `Political Process' Model
`Organizational' dan Model `Bureacratic'. Di samping itu, beliau turut menjelaskan
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap model dan bagaimana model
tersebut boleh digunakan dalam proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.
Buku ini juga menekankan tentang budaya politik dan parti-parti politik vang
terdapat di negara Amerika Syarikat. Seterusnya membincangkan bagaimana parti-
parti politik seperti Parti Demokrat dan Parti Republikan boleh mempengaruhi
pemikiran rakyat Amerika Syarikat serta pembentukan dasar luarnya. Penulisannya
juga membincangkan secara ringkas mengenai hubungan antara pendapat umum,
demokrasi dan teori demokrasi. Buku ini tunet menyelitkan hasit penganaltsaan
yang telah dijalankan terhadap pendapat umum di Amerika Syarikat berdasarkan
kajian tentang sesuatu isu.
Dalam kajian yang berkaitan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika
Syarikat', membincangkan tentang aktor-aktor yang terlibat dalam proses
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Setiausaha Negara,
Kongres, Jawatakuasa Penggubalan Dasar, duta-duta, media massa serta Parti
Demokrat dan Parti Republikan. Kajian ini turut menyelidik matlamat dasar luar
darf persektif Amerika Syarikat dan model-model yang telah digunakan oleh
Amerika Syarikat dalam proses pembentukan dasar luarnya. Walau bagaimana pun,
kajian ini tidak menyentuh tentang budaya politik dan parti politik yang terdapat
10
di Amerika Syarikat tetapi hanya menghuraikan tentang Parti Demokrat dan Parti
Republikan yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika. Malahan kajian
ini juga tidak membuat sebarang bentuk penganalisaan yang berkaitan dengan
aktor-aktor yang terlibat dan mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika.
Dalam kajian berkenaan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika' turut
membincangkan faktor-faktor luaran dan dalaman yang yang telah di kenalpasti
dalam pembentukan dasar luar Amerika dan hagaimana faktor-faktor tersebut holeh
mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika. Kajian ini amat berbeza dengan
buku penulisan Wiarda yang tidak menyentuh tentang matlamat dasar luar dari
perspektif Amerika dan faktor-faktor luaran serta dalaman yang turut
mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika tersehut.
Foreigun Policy in World Politics: Slates und Region, c, hasil karya Macridis
pada bab pertama mengkaji mengenai dasar luar tujuh buah negara iaitu Britain,
Perancis, Jerman, China, Jepun, bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Bagi
setiap negara heliau mengkaji pendirian negara-negara tersebut dalam proses
pembentukan dasar luar negara dan matlamat golongan atasan dalam pelaksanaan
objektif dasar luar. Perbincangan tersebut secara ringkasnya menyentuh tentang
kronologi kepentingan dasar luar setiap negara sebelum Perang Dunia Kedua dan
kepentingan dasar luar setiap negara selepas Perang Dunia Kedua pada tahun
1945. Buku ini tidak menyeniuh tentang aktor-aktor dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan dasar luar di setiap negara. Bab kedua penulisan
beliau membincangkan tentang dasar luar dalam komuniti Eropah, dimensi bagi
11
masalah di Timur Tengah, dasar luar Amerika Latin dan kepelbagaian keselamatan
semasa, kemakmuran serta perpaduan.
Kajian yang herkaitan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika', hanya
mengkaji tentang proses pembentukan dasar luar dalam konteks negara Amerika
sahaja dan tidak mengkaji proses pembentukan dasar luar negara-negara lain
sepertimana yang terdapat dalam buku penulisan Marcidis. Latarbelakang kajian
menyentuh tentang dasar luar Amerika sehelum Perang Dunia Kedua pada tahun
1945 dan selepas Perang Dunia Kedua. Berdasarkan tajuk kajian tersebut,
penulisan kajian lebih menekankan aktor-aktor dan faktor-faktor yang terlibat
dalam proses pembentukan dasar luar Amerika.
Brewer (1997) dalam hukunya `American Foreign Policy' membincangkan
tentang dasar Amerika Syarikat dan proses pembuatan dasar luar Amerika
Syarikat. Walau bagaimana pun, penulisannya turut membincangkan mengenai
konteks global dalarn proses pembentukan dasar luar Amerik Syarikat seperti
ketenteraan, ekonomi, sistem politik dunia dan kuasa semulajadi. Dalam
penulisannya, heliau juga mengambil kira penganalisaan model-model yang
berhubungkait dengan pembentukan dasar luar bagi kepentingan dasar Amerika
Syarikat. Brewer turut membincangkan aktor-aktor dalam proses pembentukan
dasar luar Amerika Syarikat yakni pendapat umum, kumpulan herkepentingan dan
Kongres.
Kajian mengenai 'Pembentukan Dasar Luar Amerika' pula tidak
membincangkan konteks global dalam pembentukan dasar Iuarnya. Sebaliknya
membincangkan secara keseluruhan peranan aktor-aktor yang terlihat dalam proses
12
pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Setiausaha Negara,
Kongres, Jawatankuasa Penggubalan Dasar, pendapat umum, media massa, duta-
duta serta Parti Demokrat dan Part] Republikan.
1 ?
BAB 2 KONSEP DASAR LUAR
Bab 2 pula akan membincangkan tentang matlamat dasar luar darf
perspektif Amerika Syarikat, model-model yang digunakan dalarn pembentukan
dasar luar Amerika Syarikat dan secara amnya tentang proses pembentukan dasar
luar Amerika Syarikat.
2.1 MATLAMAT DASAR LUAR DARI PERSEKTIF AMERIKA SYARIKAT
Keban_yakan pengkaji hubungan antarabangsa seperti Han Morgenthau,
Stephen Krasner, Harold Brown dan Arnold Wolfers sependapat bahawa ada
beberapa nilai utama yang ingin dipertahankan oleh sesebuah negara yang merdeka
seperti keuntuhan wilayah, kebebasan berpolitik dan kepentingan ekonomi. Pada
asasnya matlamat dasar luar sesebuah negara adalah untuk memelihara dan
mempertingkatkan kepentingan nasional di arena antarabangsa (War'-va, 1989).
Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa matlamat dasar luar Amerika
Syarikat telah tercapai apabila Amerika Syarikat berjaya mempertahankan
keuntuhan wilayah, kebebasan berpolitik dan kepentingan ekonominya daripada
diancam oleh mana-mana negara. Dengan ini, pada abad ini matlamat dasar luar
Amerika Syarikat lebih ke arah matlamat jangka panjang kerana Amerika Syarikat
telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dan muncul sebagai kuasa terbesar
dunia. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi melalui pengiktirafan di peringkat
antarabangsa bahawa Amerika Syarikat merupakan kuasa besar dunia dan disegani
14
di arena antarabangsa. Mengikut Frankel (1989), sebaliknya semua pihak bersetuju
untuk menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan Russia seharusnya dikelaskan
sebagai dua buah kuasa terbesar `Superpower' dan majoriti terbesar membataskan
dua buah negara im sahajalah yang termasuk dalam kategori tersebut.
Menurut K. J. Hostli (1995), pula matlamat dasar luar sebenarnya bolch
dibahagikan kepada jangka pendek, pertengahan dan panjang. Dalam konteks
matlamat jangka pendek, ia lebih memfokus kepada persoalan mempertahankan
kebebasan dan kedaulatan tanahair. Matlamat jangka pertengahan pula mencakupi
aspek memperluaskan kegiatan ekonomi, menjaga kebajikan sosial rakyat, dan
mengambil peranan aktif di peringkat antarabangsa bagi mempertingkatkan imej
dan prestij tennasuklah sebagai pengantara `mediator' di antara negara-negara yang
bertelangkah atau menyertai pasukan keamanan iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) dalam misi gencatan senjata. Sementara matlamat jangl::: rä�'
adalah mencari lingkungan pengaruh dan cuba mengetengahkan ideologinya supaya
diterima oleh negara-negara lain menyusun semula sistem antarabangsa.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat jangka pendek, Amerika S_yarikat
telah memperkukuhkan aspek ketenteraannya dan menjadi kuasa militeri dunia
sebagai langkah utama untuk mempertahankan kedaulatan tanahairnya.
Amerika Syarikat telah mengukuhkan dan memperluaskan kegiatan ekonomi
di arena antarabangsa bagi mencapai matlamat jangka pertengahan. lni jelas
apabila Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam World Tradc
Organization (WTO). Melalui penglibatan dalam WTO, Amerika Svarikat secara
tidak langsung telah menguasai ekonomi dunia dan turun naik matawang di
15