1
Bil. Perkara Muka Surat
1 Pengenalan 2
2 Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi 2
3 Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi 4
4 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam
pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid.
6
5 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan
mampu dilaksanakan di sekolah .
8
6 Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat
dan rekreasi yang dilaksanakan di sekolah luar negara.
10
7 Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi
yang di laksanakan di sekolah.
13
8 Penutup 15
9 Rujukan. 16
Isi Kandungan
2
1.0 PENGENALAN
Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan
sukan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai
prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan diri dalam sukan dan dana bagi
pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi pembangunan sosial dan
kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh penyediaan gelanggang 1 malaysia yang telah
dibangunkan secara meluas di kawasan-kawasan luar Bandar. Justeru itu, Dasar Sukan
Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi
Tinggi menurut Kementerian Belia dan Sukan, (1998, seperti yang dinyatakan oleh
Julismah Jani).
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), program pembangunan
sukan dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta sektor swasta dan
pertubuhan sukan kebangsaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di samping membina
sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha
diambil bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Justeru itu, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi giat dijalankan di sekolag
dan guru-guru memainkan perananan sebagai ejen penting untuk memastikan
pelaksanaan dan kelangsungan aktiviti sukan dalam kalangan murid.
2.0 KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
2.1 Konsep Sukan Sepanjang Hayat
Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Sukan massa
merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Sukan massa atau sukan untuk
semua menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian di dalam
sebarang kegiatan sukan. rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan
secara berterusan sepanjang hayat sehingga ianya dapat dijadikan satu gaya hidup
masyarakat.
3
Konsep utama sukan sepanjang hayat adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan
yang baik bagi semua lapisan masyarakat. Selain itu, ianya juga adalah untuk
meningkatkan tahap kesihatan semua anggota masyarakat. Aktiviti-aktiviti sukan
sepanjang hayat terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya sukan seperti bola sepak,
badminton dan sepak takraw. Selain itu, aktiviti kecergasan seperti jogging, berjalan kaki,
taichi dan lain-lain, serta aktiviti luar seperti mendaki, berkeno, berkhemah dan
mengembara.
Selain itu, sukan sepanjang hayat juga bertujuan untuk mengekalkan
kesejahteraan semua lapisan masyarakat disamping menggalakkan penyertaan yang
meluas dalam kalangan masyarakat. Sukan massa ini bukan berunsur pertandingan pada
peringkat kebangsaan atau antarabangsa semata-mata, ia merupakan aktiviti-aktiviti
rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan
menggalakkan penyertaan meluas.
Kegiatan sukan boleh meransang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan
proaktif di samping merupakan satu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat
cintakan Negara, disamping menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang
hayat.
2.2 Konsep Sukan Rekreasi.
Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri
sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang
menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.
Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri
(personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi
yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.
Selain itu, sukan rekreasi ini juga mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang
berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar
untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para
pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik
4
diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk
memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur,
toleransi, dan sebagainya.
Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu,
pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan,
pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.
3.0 DEFINISI SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
3.1 Definisi Sukan Sepanjang Hayat
Sukan sepanjang hayat merujuk kepada segala jenis sukan termasuklah
aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua
peringkat masyarakat. Ianya merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan
penyertaan yang meluas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan
sepanjang hayat adalah bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan
cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang
melibatkan slogan ‘ Malaysia Cergas ‘ telah diusahakan oleh organisasi tertentu
bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah
bersukan dan rekreasi.
Selain itu, sukan sepanjang hayat adalah satu kempen sosial secara
sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki
kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan ini merupakan usaha untuk
melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada
semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, sukan sepanjang hayat juga untuk
menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan
kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan.
Oleh itu, sukan sepanjang hayat atau sukan massa adalah satu usaha
menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia
5
disamping membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan
sejahtera.
3.2 Definisi Sukan Rekreasi
Rekreasi ialah aktiviti yang dirancang dan dilakukan untuk memenuhi
masa lapang bukan untuk pertanding tetapi untuk memperoleh keseronokan,
ketenangan minda dan merehatkan badan. Aktiviti rekreasi terbahagi kepada dua
bahagian iaitu aktiviti rakreasi luar dan aktiviti rekreasi dalam.
Aktiviti rekreasi luar dilakukan di luar daripada rumah, Contoh aktiviti
rekreasi luar ialah bermain basikal, bermain guli, aktiviti lasak seperti mendaki,
memancing dan juga berakit seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1 di
bawah. Inilah adalah antara aktiviti rekreasi luar yang sering dilakukan. Aktiviti
rekreasi dalam pula seperti bermain piano, melukis, dan bermain catur.
Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan
penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi
perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu
merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh
digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Dengan ini, jelaslah bahawa aktiviti sukan rekreasi merupakan aktiviti
yang dirancang di masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan
merehatkan badan disamping mampu memperkukuhkan pengetahuan yang
diperoleh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
6
4.0 KEPENTINGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN SUKAN REKREASI
Sukan sepanjang hayat bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan
tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan jenis ini merujuk
kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan
dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-
mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada
murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan
pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di
sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan
modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentiasa mengambil
bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan serta membantu
memperkembangkan keadaan psikomotor, kognitif serta afektif mereka.
Berikut merupakan kepentingan sukan sepanjang hayat berdasarkan:
a) Domain psikomotor
Meningkatkan daya tahan otot.
Menguatkan sistem kardiovaskular .
Mengelakkan kecederaan kepada anggota badan.
Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan.
Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktiviti
sukan yang dijalankan.
Meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang
penyakit kronik.
7
Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor.
b) Domain Kognitif
Membentuk daya pemikiran yang positif.
Melahirkan modal insan yang celik akal.
Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis.
Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat.
Membentuk idea-idea yang bernas.
Dapat berfikir dengan waras.
Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir.
c) Domain Afektif
Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
dan masyarakat.
Mewujudkan persekitaran yang yang sihat.
Menggalakkan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi.
Menggalakkan gaya hidup sihat dalam semua lapisan masyarakat.
Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada
masyarakat.
Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan.
Membina hubungan yang sihat antara ahli masyarakat.
8
5.0 PROGRAM SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI YANG
REALISTIK DAN MAMPU DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
i. Senamrobik 1 murid 1 sukan
Pada 10 julai 2012, semua sekolah seluruh negara telah melaksanakan senamrobik
serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada
waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah bersama-sama menyempurnakan pelancaran
senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. Sehubungan dengan itu, aktiviti ini
perlu diteruskan di sekolah – sekolah untuk memastikan kelansungan kebaikan aktiviti ini
kepada murid-murid. Aktiviti senamrobik ini boleh dilaksanakan setiap hari pagi Rabu
berikutan hari tersebut merupakan hari kokurikulum bagi murid-murid.
Kebiasaanya, aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid tahap 2 dan
keperluan jasmani murid tahap 1 kurang dititikberatkan. Oleh kerana itu, senamrobik ini
boleh dijadikan aktiviti mingguan untuk setiap warga sekolah disamping memberi
peluang untuk semua memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Tambahan pula, warga
sekolah memiliki kesempatan untuk beramah mesra dan meningkatkan lagi interaksi
sesama mereka terutamanya untuk para guru dan staf-staf sokongan. Aktiviti ini dapat
melibatkan setiap lapisan masyarakat untuk menjalani aktiviti sukan dalam suasana yang
harmoni dan aman.
ii. Aktiviti rekreasi bulanan.
Aktiviti luar jarang didedahkan kepada murid-murid. terdapat persepsi yang
beranggapan aktiviti rekreasi di luar membahayakan keselamatan murid-murid. namun
begitu, hal ini akan menyebabkan penafian hak untuk mereka belajar meneroka alam
sekitar dan bermain dengan aktiviti yang bersesuaian. Antara aktiviti yang dapat
dijalankan adalah berkayak, mendaki gunung, berbasikal secara berkumpulan ataupun
aktiviti jungle-trekking.
9
Aktiviti-aktiviti bukan sahaja memberi peluang untuk murid mencuba aktiviti-
aktiviti rekreasi yang berlainan malah dapat mengeratkan silaturrahim antara murid
dengan murid, murid dengan guru. Rata-rata murid tidak berpeluang melakukan aktiviti
rekreasi ini bersama keluarga mahupun sendiri. Pihak sekolah boleh memberi peluang
kepada murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti sihat di samping mengurangkan gejala
sosial di kalangan murid. Aktiviti rekreasi ini boleh dirancang dengan baik dan
melibatkan seramai murid yang mungkin.
Permulaan pelaksaan program ini boleh dilakukan di kawasan sekitar sekolah dan
seterusnya melibatkan tempat-tempat lain yang lebih menarik minat murid. satu aktiviti
setiap bulan sudah mencukupi dan segala perancangan harus dijalankan dengan teliti
untuk memastikan kelancaran program ini dijalankan kelak.
iii. Program terapi.
Program ini sudah lama dijalankan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi di
sekolah. Namun begitu, hanya murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menjalani
program terapi ini. Terapi boleh dijalankan untuk menggalakkan nilai-nilai positif dalam
diri murid seperti yakin diri, komunikasi serta motivasi diri murid. antara contoh terapi
yang boleh dilakukan adalah seperti terapi berkuda, terapi renang dan terapi pasir.
Selain bermain, murid-murid boleh belajar untuk berkomunikasi dengan haiwan,
alam sekitar dan ahli komuniti di sekeliling mereka. Program ini sesuai dijalankan dalam
kumpulan yang kecil. Oleh kerana itu, program ini boleh dirancang dan disusun
mengikut kesesuaian kelompok yang telah dipilih.
Program terapi ini akan melibatkan domain-domain psikomotor, kognitif serta
afektif murid. Hal ini bertepatan dengan konsep suukan sepanjang hayat dan rekreasi
dalam meningkatkan lagi penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti –aktiviti
fizikal.
10
6.0 KAJIAN & TINJAUAN PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN
REKREASI DI SEKOLAH LUAR NEGARA
Secara puratanya, remaja dan kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami
masalah berat berlebihan atau obesiti. Masalah ini menyebabkan para ibu bapa bimbang
tentang tahap kesihatan anak mereka. Melalui pembacaan saya dalam artikel Improve
Physical Education Programs in U.S. Schools, hasil penulisan Allison Johnson, sekolah
di Amerika Syarikat sering mengabaikan Pendidikan Jasmani untuk murid mereka.
Hanya 6 daripada negara-negara di Amerika Syarikat yang menitikberatkan aktiviti
fizikal yang bersesuaian untuk sekolah rendah.
Menurut The National Association of Sport and Physical Education, murid
seharusnya diberi peruntukkan 150 minit seminggu untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di
sekolah rendah dan 225 minit di sekolah menengah tinggi. Namun begitu, angka tersebut
tidaklah membawa apa-apa erti kepada pihak sekolah. Secara puratanya, murid hanya
menerima 70 minit seminggu. Ibu bapa juga kurang membantu di dalam menggalakkan
perkembangan aktiviti fizikal murid anak mereka dan terdapat 75 peratus kanak-kanak
yang tidak mendapatkan aktiviti fizikal secara kerap. Hal ini membawa kepada
peruntukkan perbelanjaan yang banyak dalam menanggung kos perubatan yang berkaitan
dengan masalah obesiti. Amerika Syarikat memperuntukkan 147 billion dolar setiap
tahun untuk tujuan tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan pengkaji terdiri daripada James F. Sallis,
Thomas L. McKenzie, Bohdan Kolod, Michael Lewis, Simon Marsha dan Paul
Rosengard telah menjalankan kajian ke atas 7 buah sekolah untuk melihat kesan aktiviti
fizikal ke atas pencapaian akademik murid melalui Project SPARK. Project SPARK
merupakan akronim bagi Sports, Play, and Active Recreation for Kids. Program ini bagi
melihat direka untuk dilaksanakan sebagai Pendidikan Jasmani kepada murid. Selain itu,
program ini melibatkan aktiviti kecergasan seperti melompat tali dan senamrobik, begitu
juga sukan kecergasan seperti bola sepak dan permainan Frisbee. Program ini juga
menggalakkan aktiviti fizikal di luar sekolah dan ganjaran diberikan sekiranya murid
melakukan aktiviti fizikal bersama keluarga mereka. Hasil daripada kajian ini mendapati,
murid yang menjalani aktiviti fizikal di bawah program ini mengalami peningkatan
pencapaian akademik di dalam kelas. Hal ini jelas menunjukkan kepentingan aktiviti
11
fizikal ini dalam membantu memperkembangkan lagi potensi diri murid seterusnya
memberi peluang untuk mereka memperbaiki tahap kesihatan mereka.
Di Scotland, purata kanak-kanak di sana juga mengalami masalah obesiti seperti
di Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Pendidikan Jasmani diberi penekanan di sekolah
bagi membantu mengurangkan lambakan kes kesihatan yang berkaitan obesit di kalangan
kanak-kanak mereka.
Melalui laporan yang disediakan oleh HM Inspectorate of Education di Scotland,
terdapat beberapa buah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk
menggalakkan penglibatan aktiviti fizikal di kalangan pelajar mereka. Antaranya,
mengelolakan aktiviti sukan dan aktiviti luar sekolah untuk meningkatkan kemahiran
fizikal murid disamping menggalakkan perkembangan sosial diri murid secara personal.
Terdapat juga sekolah yang menawarkan kelas tambahan untuk lawatan ke pusat-pusat
sukan yang menawarkan pelbagai aktiviti fizikal menarik untuk murid mereka bagi
tujuan untuk menggalakkan perkembangan tingkah lau mereka. Di sesetengah kawasan
pedalaman di Scotland, mereka telah bekerjasama dengan beberapa kelab sukan tempatan
untuk menawarkan penyertaan dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal di luar sekolah dan
usaha mencari bantuan kewangan daripada badan sukan kebangsaan untuk menyediakan
pelbagai aktiviti tersebut juga giat dijalankan. Selain itu, terdapat guru besar yang
menawarkan kelas tarian di waktu rehat untuk menggalakkan penglibatan murid dalam
aktiviti tarian. Tambahan pula, ada sekolah yang menyediakan tempat permainan untuk
murid mereka bermain permainan tradisional dan peralatan untuk permainan tersebut
juga disediakan. Hal ini memberi peluang untuk murid melakukan aktiviti aktif dan
menyeronokkan ketika waktu rehat tengah hari. Contoh-contoh di atas merupakan
program-program yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di Scotland dalam
menggalakkan penyertaan murid mereka dalam aktiviti fizikal dan mereka bersetuju
penglibatan aktif kanak-kanak ini banyal memberi kesan dalam pencapaian akademik
murid-murid mereka.
Di bandar New York pula, sekolah-sekolah diselia oleh Office of School Wellness
yang menggariskan panduan untuk sekolah, guru-guru dalam melaksanakan pendidikan
jasmani di sekolah. Sebagai contoh garis panduan yang telah ditetapkan, bagi sekolah
rendah, gred K-3 akan terlibat dalam Pendidikan Jasmani asas setiap hari. Manakala gred
12
4 hingga 6 akan menjalani Pendidikan Jasmani tidak kurang 3 kali seminggu. Saiz kelas
Pendidikan Jasmani juga dinyatakan dengan jelas. Melalui satu laporan mengenai
sekolah-sekolah di sana, telah terbukti, Pendidikan Jasmani memberi impak yang positif
dalam perkembangan kanak-kanak di sekolah. Rata-rata sekolah yang menjalankan
Pendidikan Jasmani dengan baik, memiliki murid-murid yang mempunyai pencapaian
akademik yang baik di samping perkembangan sosial dan tingkah laku yang positif.
Hasil tinjauan daripada ketiga-tiga tempat ini, jelas menyatakan kepentingan
Pendidikan Jasmani atau pendidikan sukan sepanjang hayat kepada diri kanak-kanak di
sekolah.
.
13
7.0 BROSUR SUKAN SEPANJANGA HAYAT DAN REKREASI YANG
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Gambar 1 Muka surat 1
14
Gambar 2 Muka surat 2
15
8.0 PENUTUP
Selain perkembangan fizikal, kanak-kanak juga dapat memperkembangkan
kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru mahupun rakan-rakan
yang berbilang kaum melalui aktiviti fizikal. Ini secara tidak langsung dapat membina
perpaduan , semangat kekitaan dalam kalangan murid apabila mereka mengikuti sesuatu
aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari
nilai-nilai murni secara tidak langsung apabila menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.
Justeru itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya memberi banyak
faedah kepada murid dan haruslah dijadikan aktiviti wajib di sekolah.
16
9.0 RUJUKAN
Johnson Ebing, Frankie Muli, Lawrence Angansuk. (2011, 27 Oktober ). Kepentingan Sukan
Rekreasi dalam Kurikulum. Didapati daripada esukan.blogspot:
http://esukan.blogspot.com/2011/10/kepentingan-sukan-rekreasi-dalam.html
HM Inspectorate of Education. (____). Improving Physical Education in Primary School.
Didapati daripada Education of Scotland:
http://www.educationscotland.gov.uk/Images/sqpe_tcm4-712817.pdf
Julismah Jani. (______). Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia.
Didapati daripada Freewebs.com:
http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-
%20dr%20julismah%20article.pdf
Johnson, A. (_____). Improve Physical Education Programs in US Schools. Didapati daripada
Forcechange.com: http://forcechange.com/26360/improve-physical-education-programs-
in-u-s-schools/
Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia.
______. Konsep Sukan untuk Semua. (2012, 16 Januari). Didapati daripada
cemerlangbahasadansastera.blogspot: http://ba-
cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2012/01/konsep-sukan-untuk-semua-sukan-
untuk.html
Sallis, J. F., T. L. McKenzie, et al. (1999). Effects of Health-Related Physical Education on
Academic Achievement: Project SPARK. Research Quarterly for Exercise and Sport
70, 2, 127-134.
Speregen, K. (_____). Physical Education in Amerika's Public Schools. Didapati daripada
University of Michigan:
http://sitemaker.umich.edu/356.speregen/physical_education_and_school_performance
17
Taras, H. (2005), Physical Activity and Student Performance at School. Journal of School
Health, 75: 214–218. doi: 10.1111/j.1746-1561.2005.00026.x
U.S. Department of Health and Human Services. (2010, Julai). The Association Between .
Didapati daripada Cdc. gov:
http://www.cdc.gov/healthyyouth/health_and_academics/pdf/pa-pe_paper.pdf
Walcott, D. M. (____). Elementary School Physical Education Requirements. Didapati daripada
NYC Department of Education: http://schools.nyc.gov/NR/rdonlyres/47EF21EF-173A-
4264-B373-D5B5146A84EB/112535/WQRSPEESRequirements_FORPOST1.pdf