Siri Kuliah Generasi al-Quran Kehebatan al-‘I`jāz al-Bayāniy
(Mukjizat Pada Huruf, Lafaz & Gaya)
Surah al-Wāqi`ah : Yang Pasti Berlaku
Disusun oleh
Ahmad Qadri bin Mohamed Sidek
Program Mudārasah al-Quran | 1
Catatan
Surah al-Wāqi’ah
Pengenalan tentang Surah
Nama Surah
Surah ini dinamakan dengan surah al-Wāqi’ah kerana disebut
sedemikian oleh Rasulullah shollallāhu ‘alai wa sallam dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi; telah berkata Ibnu
Abbas: “Telah berkata Abu Bakar: “Wahai Rasulullah, kamu telah
beruban. Rasulullah berkata: “Telah membuat aku beruban (surah)
Hud, (surah) al-Wāqi’ah, (surah) al-Mursalāt, (surah) ‘Amma
Yatasā’alun, dan (surah) Idzā as-Shamsu Kuwwirat.” Imam al-Tirmizi
berkata: Hadis Hasan Ghorib.
Imam Ahmad pernah meriwayatkan dari Jabir bin Samrah bahawa
Rasulullah shollallāhu ‘alai wa sallam membaca (surah) al-Wāqi’ah dan
yang seumpamanya dalam solat Fajar.
Demikianlah nama yang diberikan kepada surah ini. Ia hanya dikenali
dengan nama al-Wāqi’ah dan tidak dengan nama yang lain.. (Lihat
Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir Ibnu Kathir & Tafsir al-Shaukāni -
Surah al-Wāqiah)
Penurunan
Surah ini diturunkan di Makkah (al-Makkiyyah) keseluruhannya
menurut sebahgian ulamak tafsir, namun ada pandangan yang
menyatakan bahawa terdapat beberapa ayat dalam surah ini yang
diturunkan di Madinah (al-Madaniyyah).
Kaedah dalam menentukan al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah adalah
seperti berikut (Lihat Tafsir al-Uthaimin, surah Yasin & al-Waqiah):
“Untuk menentukan sama ada sesuatu ayat itu adalah
ayat Makkiyyah atau Madaniyyah maka ia memerlukan
kepada dalil yang menyokong; iaitu dalil yang menjadi
Sabab al-Nuzul kepada ayat tersebut. Jika tiada dalil yang
menyokong maka pandangan tersebut tidak boleh
dijadikan hujjah.”
Atas sebab yang dinyatakan di atas, maka surah ini dikira sebagai surah
Makkiyyah keseluruhannya.
Program Mudārasah al-Quran | 2
Catatan
Surah ini adalah surah ke 46 yang diturunkan mengikut tertib
penurunan wahyu. Ia diturunkan selepas surah Tāhā dan sebelum
surah al-Syu’arā. (Lihat Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir)
Kelebihan surah al-Wāqiah
1. Imam Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya; Abdullah bin Mas’ud
berkata: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shollallāhu ‘alai
wa sallam bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa membaca surah
al-Wāqi’ah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa
kefakiran (berjahat kepada yang lain) selama-lamanya.”
2. Imam al-Shaukani menyebut dalam tafsirnya bahawa Ibnu al-A’sākir
telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah
shollallāhu ‘alai wa sallam, baginda bersabda yang bermaksud,
“Surah al-Wāqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah akan ia dan
ajarkannya kepada anak-anak kamu.”
3. Masrūq bin al-Ajda’ – seorang Imam zaman Tabi’in - menyebut,
“Sesiapa yang ingin tahu tentang berita orang-orang terdahulu dan
yang terakhir, berita ahli Syurga dan neraka, dan berita ahli dunia
dan akhirat, maka bacalah surah al-Wāqiah.” (Lihat Tafsir al-Tahrir
wa al-Tanwir)
Matlamat surah al-Wāqiah
Di antara perbahasan utama surah ini adalah:
1. Mengingatkan tentang hari Kiamat yang pasti berlaku.
2. Menggambarkan keadaan alam dunia ketika berlakunya hari
Kiamat.
3. Menyebut keadaan ahli Syurga dan sebahagian daripada nikmat-
nikmat yang mereka dianugerahkan.
4. Menyebut keadaan ahli Neraka dan azab yang menimpa mereka atas
sebab pendustaan mereka terhadap hal kebangkitan.
5. Mengisbatkan perihal al-Hasyr dan pembalasan.
Program Mudārasah al-Quran | 3
Catatan
6. Berhujjah dengan boleh berlakunya penciptaan kedua(kebangkitan)
kerana Allah berkuasa menciptakan semua daripada tiada.
7. Berhujjah dengan dalil dan contoh yang menunjukkan kekuasaan
Allah yang mutlak.
8. Menegaskan bahawa kitab al-Quran itu adalah wahyu yang nyata
dari Allah dan ia merupakan nikmat kepada manusia sekalian.
(Lihat Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir)
Hubung kait di antara surah-surah al-Quran
Para ulama sepakat (ijmak) bahawa sususan (tertib) ayat dalam al-
Quran adalah tauqīfiy (berpandukan wahyu). Ini berdasarkan dalil
berikut:
Daripada Uthman bin Abu al-A’sh r.a. bahawa beberapa surah turun ke
atas Nabi s.a.w. Apabila turun ke atasnya sesuatu daripada al-Quran,
Baginda akan memanggil mereka yang menulis seraya berkata,
“Letakkan ayat-ayat ini dalam surah yang menerangkan tentang sekian
dan sekian.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmizi)
Adapun susunan surah dalam al-Quran, maka ulama telah berbeza
kepada 3 pandangan utama iaitu:
Susunan surah dalam al-Quran adalah:
a) Ijtihād (usaha) para sahabat
b) Tauqīfiy sama seperti susunan ayat al-Quran
c) Tauqīfiy majoritinya kecuali surah al-Anfāl dan Taubah
Perbezaan ini adalah pada masa sebelum al-Quran dikumpulkan dalam
bentuk Mushaf atau dalam satu buku. Namun setelah al-Quran
dikumpulkan menjadi Mushaf, maka susunan surah-surah al-Quran
perlu dijaga dan dihormati sepertimana yang dilaksanakan oleh para
sahabat.
Ini kerana susunan surah-surah al-Quran dalam Mushaf Uthmāniy
merupakan ijmak (konsensus) para sahabat danijmak adalah hujjah
yang kuat. Pada aspek lain, mengikuti ijmak para sahabat ini juga
merupakan sunnah yang disuruh oleh Rasulullah shollallāhu ‘alai wa
sallam. Hal demikian adalah kalau kita berpegang kepada pandangan
pertama.
Program Mudārasah al-Quran | 4
Catatan
Kalau pada pandangan kedua atau ketiga, maka menghormati dan
mengamalkan sususan ini jelas merupakan sunnah Rasulullah
shollallāhu ‘alai wa sallam.
Dalam kedua-kedua hal, menjaga susunan Mushaf al-Quran adalah
sangat perlu kerana ini memelihara umat Islam daripada fitnah dan
menjaga al-Quran daripada amalan fasid.
Atas sebab yang dinyatakan di atas, sebahagian para ulama sangat
memandang berat kepada menjaga susunan ini kerana di situ terdapat
banyak hikmat yang jelas dan nyata serta pengajaran yang luar biasa
bagi mereka yang meneliti tertib susunan surah-surah al-Quran. (Lihat
al-Burhān fi Tanāsub Suwar al-Qurān)
Hubung kait di antara surah al-Wāqi’ah dengan surah sebelum dan selepasnya
ـ
ح
ة ٱلر
ور
ن س
ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ
پ پٱ ٻ ٻ ٻ ٻ
ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ
ائ ائ ەئ ەئ
ة ور
ة س
اقع
و
ٱل
ڑ ک ک ک
﮵ ﮶ ﮷
ـ
ح
ٱلر
ٱ ن ة
اقع
وديد ٱ ل
ح
ل
Program Mudārasah al-Quran | 5
Catatan
ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ
ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ
ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ
ة
ور
ديد س
ح ٱل
ۉ ۉ ې ې ۋ ۅۅۈ ۈ ٴۇ ۋ
ىئ ىئ ی ی یېئىئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ
Hubung kait permulaan surah al-Wāqi’ah dengan penghujungnya
ة ور
ة س
اقع
و
ٱل
ڑ ک ک ک ک گ گ گ
ے ۓ ۓ ﮲ ﮳ ﮴
Jalan cerita (Struktur) surah al-Wāqi’ah
Jalan cerita surah ini tersusun dalam sembilan bahagian. (Lihat Tafsir
Ibnu Kathir)
Bahagian Pertama (Ayat 1- 12) :
• Perbincangan tentang hari Kiamat dan peristiwa yang berlaku
padanya
• Pembahagian manusia kepada 3 kumpulan
ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ
ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ
Program Mudārasah al-Quran | 6
Catatan
ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ہ ہ ہ
ۓ ﮲ ﮳ ﮴ ﮵ ﮶ ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮼
﮽ ﮾
Bahagian Kedua (Ayat 13 – 26):
• Perincian nikmat kumpulan pertama: Yang mendahului (al-Sābiqūn)
﮿ ﯀ ﯁
ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ
ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ڀ
ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ
ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ
Bahagian Ketiga (Ayat 27 – 40):
• Perincian nikmat kumpulan kedua: Golongan kanan (Ashhābu al-
Yamīn)
ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ڍ
ک ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ
ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ
ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ﮲ ﮳ ﮴ ڭ
Bahagian Keempat (Ayat 41 – 56):
• Perincian balasan kumpulan ketiga: Golongan kiri (Ashhābu al-
Shimāl)
Program Mudārasah al-Quran | 7
Catatan
ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې
ې ې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ
ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی
جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب خب مب ىب يب
ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ٱجت حت خت
ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ
ڤ ڤ ڤ ڦ
Bahagian Kelima (Ayat 57 – 62):
• Penegasan tentang hal kebangkitan dengan berhujjah dengan bukti
penciptaan
ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ
ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ
ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ ڳ
Bahagian Keenam (Ayat 63 – 74):
• Pengukuhan hujjah tentang kebangkitan dengan contoh-contoh
penciptaan yang hebat dan luar biasa
ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ
ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ
﮳ ﮴ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۓ ﮲
Program Mudārasah al-Quran | 8
Catatan
ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې ې ى ى ائ ائ
ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ
ېئ ېئ ىئ ىئ
Bahagian Ketujuh (Ayat 75 – 82):
• Penegasan bahawa al-Quran ini adalah wahyu Allah akan tetapi
manusia mendustakannya
ىئ ی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب
ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ
ٹ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ
ڤ ڤ ڤ
Bahagian Kelapan (Ayat 83 – 87):
• Penerangan tentang saat ruh berpisah dari jasad (nazak)
ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ
چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڎ ڈ
Bahagian Kesembilan (Ayat 88 – 96):
• Penerangan tentang keadaan tiga golongan saat nazak
• Penutup surah dengan menegaskan kebenaran hari Kiamat,
kebangkitan dan balasan hari Akhirat.
Program Mudārasah al-Quran | 9
Catatan
ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڈ ژ ژ
ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ
ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ﮲ ﮳
﮴ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ
Rumusan surah al-Wāqi’ah
Kiamat, k'bangkitan & 3
kumpulan
Balasan al-Sābiqūn
Balasan yg kanan
Balasan yg kiri Hujjah ttg
k'bangkitan dgn p'ciptaan
Dalil p'ciptaan: makan, air & api
al-Quran ibarat bintang
Saat nazak - 3 kumpulan
Kebenaran kiamat, mati &
balasan