ة اإلصـالحيةا درسـة الدينيـ لمة( )الثانويـ
SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)BOHOR MALI, 02700 SIMPANG EMPAT,PERLIS
TELEFON : 04-9807360 FAX : 04-9808785
Ruj. Kami :Ruj. Tuan :Tarikh : 03 Ogos 2009
Yang Berbahagia, Pengetua,Sekolah Menengah Dato Ali Ahmad,Jalan Bohor Gonchar, 01000 Kangar, Perlis.(u.p. Tn. Hj Sezali b Musa)
Assalamualaikum wbt
Tuan,
MEMOHON PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATAPELAJARAN SAINS ( PMR )
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi Matapelajaran Sains
akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 05 Ogos 2009 Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Kelas 3 Abdurrahman, SMA Al-Islahiyah, Bohor Mali
3. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Tn Hj Sezali Bin Musa
untuk hadir sebagai penceramah. Saya juga memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan
permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………………….(HJ MAT DESA B HJ ISMAIL)Pengetua,Sekolah Agama Al-Islahiah (Men)
Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis.