REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
TAJUK: Karnival Permainan Tradisional (SUTRA)
TARIKH: 18 Mac 2013
TEMPAT: Padang Hoki Ipg Kampus Ipoh
Karnival Permainan Tradisional (SUTRA) ini telah berlangsung pada
mulanya pada 18 Mac 2013. Memandangkan terdapat banyak kekurangan
semasa Karnival SUTRA bahagian 1 tersebut seperti papan skor markah tidak
disediakan, selain, konsep permainan yang tidak mengikuti ciri-ciri permainan
tradisional kerana terdapat perubahan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, terdapat
masalah atau kekurangan juga pada kertas kerja setiap kumpulan, antaranya,
tidak meletakkan rujukan sumber yang dilakukan. Secara tidak langsung
mengganggu perubahan markah kami keseluruhannya kerana tidak menepati
kriteria yang diinginkan.
Walau bagaimanapun, saya sangat teruja dan seronok dengan permainan
dan persediaan sepanjang melaksanakan permainan tradisional Karnival SUTRA
ini. Antara permainan yang dijalankan adalah seperti Jadual 1.1 berikut.
Konda kondi
Tarik upih
Galah panjang
Boling kelapa
Jadual 1.1 Aktiviti Karnival Permainan Tradisional (SUTRA) Bahagian 1
Kami telah melaksanakan kesemua permainan tersebut mengikut kumpulan
yang dibahagikan. Sila rujuk lampiran 1 untuk melihat gambar-gambar sepanjang
melaksanakan Karnival Permainan Tradisional SUTRA untuk bahagian 1
LAMPIRAN 1
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
1. KONDA KONDI
2. GALAH PANJANG
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
TAJUK: Sebelum Karnival Permainan Tradisional (SUTRA)
TEMPAT: Padang Di Gimnasium IPG KAMPUS Ipoh
Karnival SUTRA untuk kali ke-2 telah dijalankan pada 23 Mac 2013.
Sehubungan dengan itu, perbincangan dan olahan yang lebih baik dilakukan
supaya dapat melancarkan lagi majlis pada hari tersebut. Persediaan dilakukan
dari segi persediaan tempat, papan skor markah, peralatan dan persediaan dari
teknikal juga telah dilakukan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk memastikan
supaya Karnival SUTRA untuk kali yang ke -2 ini dapat berlangsung dengan
baik. Bukan itu sahaja, kertas kerja kumpulan juga telah melalui proses
pengubahsuaian termasuklah rujukan, minit mesyuarat, peraturan dan sistem
permainan yang lebih tersusun.
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
TAJUK: Semasa Karnival Permainan Tradisional (SUTRA)
TARIKH: 23 Mac 2013
TEMPAT: Padang dan di Gimnasium IPG KAMPUS Ipoh
Kami mula melakukan persiapan bermula sebelum jam 8.00 pagi dan
dianggarkan bermula pada jam 8.30 pagi. Kami telah memastikan kawasan,
papan skor markah induk dan setiap kumpulan di paparkan, selain, persiapan
peralatan bagi setiap permainan yang dijalankan. Antara aktiviti permainan yang
dijalankan seperti Jadual 1.2.
Baling selipar
Galah panjang
Batu seremban
Ting ting
Jadual 1.2 Aktiviti Karnival Permainan Tradisional (SUTRA) Bahagian 2
Permainan dimulakan denga permainan galah panjang. Permainan
tradisional ini dilaksanakan di kawasan padang. Hal ini kerana, permainan ini
memerlukan kawasan berpetak yang telah disediakan oleh ahli kumpulan yang
menguruskan permainan ini. Seterusnya, permainan baling selipar yang diuruskan
oleh kumpulan saya sendiri bersama-sama dengan Mohd Najib, Zulhilmi dan
Mohd Azrul Effendi. Saya, Zulhilmi dan Mohd Azrul Effendi ditugaskan menjadi
pengadil di setiap kawasan permainan. Manakala, Mohd Najib mengetuai dan
mengawal permainan ini.
Aktiviti permainan seterusnya pula dilaksanakan di dalam gymnasium
kerana ingin memudahkan penyediaan tempat selain permainan ini tidak
memerlukan banyak pergerakan. Bukan itu sahaja, hal ini disebabkan oleh cuaca
yang semakin panas di luar. Oleh itu, akan memudahkan pihak pengurusan dan
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
para pemain lebih selesa untuk bermain. Permainan di dala gymnasium dimulakan
dengan permainan batu seremban. Permainan batu seremban melaksanakan
permainan secara liga kerana pemenang setiap kumpulan yang menang akan ke
peringkat seterusnya. Bagi aktiviti yang terakhir iaitu ting ting juga telah
membahagikan kepada beberapa kumpulan, manakala, pemenang bagi setiap
kumpulan akan bertanding. Sistem permainan ini tertumpu kepada sistem liga,
sama seperti batu seremban.
Setelah selesai kesemua permainan, acara perasmian penutup berlangsung
juga berlangsungnya majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang. Setiap
kumpulan permainan telah menyediakan hadiah. Manakala, penyampaian hadiah
juga diberikan kepada pensyarah pembimbing. Acara seterusnya pula ialah sesi
fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.
TAJUK: Selepas Karnival Permainan Tradisional (SUTRA)
TARIKH: 23 Mac 2013
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya
dan rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan Karnival Permainan Tradisional
SUTRA untuk kali ke-2. Walaupun, pada saya ini adaah anjuran daripada unit
kami untuk kali yang ke-2, namun, saya berasa bangga dengan sikap kerjasama
yang diberikan oleh ahli kumpulan untuk sama-sama memastikan karnival ini
dapat berlangsung dengan lancar. Saya menjadikan kegagalan karnival SUTRA
ini untuk kali pertama sebagai dugaan dan pengalaman yang tidak ternilai.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Apa yang penting, tugasan amali
ini dapat dilakukan mengikut kehendak pensyarah selain menimba ilmu
pengetahuan menganjurkan serta menguruskan sesebuah karnival sukan.
Sememangnya, bukan mudah untuk melaksanakannya. Namun, saya sentiasa
berharap agar apa yang dilakukan ini dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan.
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
LAMPIRAN 2
Berkumpul di padang Taklimat ringkas daripada kumpulan galah
panjang
Bersedia menunggu giliran untuk bermain
galah panjang
Permainan galah panjang bermula
Taklimat dan undi untuk permainan ke 2
iaitu baling selipar
Permainan baling selipar bermula
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110
REFLEKSI KENDIRI
ANJURAN UNIT J3 AMBILAN JANUARI 2011
Sesi penerangan permainan batu
seremban
Permainan batu seremban bermula dan
ahli bermain dengan girangnya
Pundi kacang untuk permainan ting ting Sesi penyampaian hadiah kepada
pemenang
Sesi bergambar
SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF/ PISMP SEMESTER 5/ PJM3110