Transcript
Page 1: Syarat Penyertaan Street Soccer

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL JOBSMALAYSIA

“STREET SOCCER 3 SEBELAH”ANJURAN

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan “STREET SOCCER 3 SEBELAH”

2. PENGANJUR

2.1 Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

3. PENYERTAAN

3.1 Terbuka hanya kepada semua pasukan daripada Jabatan Kerajaan, Swasta, IPTA, IPTS, Persatuan- Persatuan, Kelab-Kelab, Sekolah-Sekolah dan NGO sahaja.

3.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersi yang bernombor.

3.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftar seorang pengurus, dan 5 pemain sahaja untuk setiap pasukan.

3.4 Tiada Yuran Penyertaan.

3.5 Pemain yang mewakili NEGERI (tahun 2009 sahaja) TIDAK LAYAK untuk menyertai kejohanan ini dan jika sesebuah pasukan didapati menggunakan khidmat pemain tersebut, maka tindakan akan diambil oleh pihak penganjur dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

3.6 Penyertaan pemain dari berbilang-bilang kaum, bangsa dan agama adalah digalakkan.

4. HADIAH

Hadiah adalah seperti berikut :

JOHAN - Wang Tunai RM300.00NAIB JOHAN - Wang Tunai RM200.00KETIGA BERSAMA - Wang Tunai RM100.00

5. TEMPOH PERLAWANAN

5.1 Separuh masa ialah 5 minit (keseluruhan 10 minit).

5.2 Tiada masa rehat diperuntukan.

6. FORMAT PERLAWANAN

6.1 Dijalankan secara liga kumpulan.

6.2 Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada Kumpulan dan 2 pasukan teratas kumpulan sahaja akan ke pusingan suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati.

6.3 Mata akan diberi kepada keputusan seperti berikut : menang tiga (3) mata ; seri satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata.

Page 2: Syarat Penyertaan Street Soccer

6.4 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang :

6.4.1. Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol

‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ akan menduduki tempat yang lebih tinggi.

6.4.2. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

6.4.3. Jika masih sama, maka pasukan yang sedikit bolos akan dikira pemenang.6.4.4. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya

dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.

Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

7. PERATURAN KHAS

7.1 Semua pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan ‘D’ semasa perlawanan sedang dijalankan. Jika ini berlaku, maka sepakan penalty akan dihadiahkan oleh pengadil yang bertugas kepada kepada pasukan lawannya.

7.2 Paras ketinggian semasa bola dimainkan adalah para paras pinggang sahaja. Mana-mana pemain yang melakukan kesalahan tersebut, maka sepakan percuma akan diberi kepada pasukan lawannya.

7.3 Semua sepakan penalti diambil hanya dari tengah padang sahaja dan menggunakan atas kaki (tali kasut)

sahaja.

7.4 Masa diperuntukan untuk sepakan ke dalam, sepakan percuma dan sebagainya hanya 4 (empat) saat sahaja.

8. TEMPAT/ JADUAL/ TARIKH

8.1 Tempat perlawanan ialah di PADANG MERDEKA.

Page 3: Syarat Penyertaan Street Soccer

8.2 Semua jadual yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengelola tidak boleh diubah, ditangguh atau diapa- apakan oleh pasukan yang bertanding akan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah, menangguh atau mengapa-apakan jadual atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

8.3 Tarikh pertandingan ialah pada 12 Disember 2009 (Sabtu) hingga 13 Disember 2009 (Ahad).

9. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

9.1 Mana-mana pasukan tarik diri, maka pasukan tersebut dikira kalah.

9.2 Tempoh menunggu ialah 2 minit daripada masa yang ditetapkan/ dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan ini akan dikira kalah.

9.3 Jika jumlah pemain kurang dari 2 orang dari mana-mana pasukan, maka pasukan tersebut dikira kalah.

10. KAWALAN PADANG DAN KELAKUAN

10.1 Semua pengurus pasukan dalam setiap pasukan adalah bertanggungjawab untuk menentukan kepada diri sendiri dan penyokong mereka untuk berkelakuan baik sebelum dan selepas perlawanan dan jika mana- mana pasukan yang didapati bergaduh akan disingkirkan dari menyertai kejohanan ini.

11. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN RAYUAN

Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan akan terdiri daripada Jawatankuasa Pengelola itu sendiri.

12. BANTAHAN

12.1. Bantahan dan rayuan mestilah dihantar secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan 30 minit selepas perlawanan tamat besertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 dan wang tersebut tidak akan dikembalikan walaupun bantahan dan rayuan tersebut berjaya atau sebaliknya.

12.2. Segala keputusan Jawatankuasa tersebut adalah muktamad.

12.3 Jawatankuasa ini tidak akan melayan apa-apa bantahan dan rayuan mengenai keputusan pengadil perlawanan.

13. PENGADIL

13.1 Pengadil adalah lantikan dari Jawatankuasa Penganjur.

13.2 Pengadil berhak memberhentikan atau menangguhkan perlawanan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan atas persetujuan Jawatankuasa Pengelola.

13.3 Segala keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah muktamad.

14. BOLA/ TIANG GOL

Page 4: Syarat Penyertaan Street Soccer

14.1 Bola jenis ‘Indoor Football’ akan digunakan untuk kejohanan ini.

14.2 Tiang gol bersaiz 2 kaki x 3 kaki panjang.

15. TARIKH TUTUP

15.1 Tarikh tutup ialah pada 09 Disember 2009, jam 3.00 petang.

15.2 Taklimat dan cabutan undi akan diadakan pada 11 Disember 2009 di Padang Merdeka, Kuching jam 5.30 petang.

15.3 Mana-mana Pengurus atau wakil pasukan yang berdaftar akan tetapi tidak dapat hadir, maka cabutan pasukan tersebut akan diwakilkan kepada Jawatankuasa Penganjur untuk cabutan.

15.4 Pasukan yang telah lengkap mengisi borang, bolehlah menghantarkannya kepada :-

Jawatankuasa Penganjur Pentandingan “Street Soccer 3 Sebelah” D/a Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

16. PERKARA AM

16.1 Sebarang perkara yang timbul dan tidak tercatat dalam undang-undang dan peraturan ini, Jawatankuasa

Pengelola berhak dan berkuasa membuat keputusan dan segala muktamad.

16.2 Setiap perlawanan tidak akan dijalankan sekiranya pengadil belum hadir.

16.3 Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang menimpa mana-mana pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

SELAMAT BERTANDING DENGAN SEMANGAT KESUKANAN