Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.
Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom
Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan
pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.
TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)1) PengetahuanMengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2) KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.
3) AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.
4) AnalisisSesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.
5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
6) PenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan “The Structure of the Observed Learning Outcome”. Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.
TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:I Domain KognitifII Domain AfektifIII Domain Psikomotor
Domain Kognitif- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula
atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. - Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Domain Afektif- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain Psikomotor- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. - Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Kesimpulan- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
KONSEP TAKSONOMI BLOOM- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
ARAS TAKSONOMI BLOOMMenurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-
1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. Penilaian
Pengetahuan- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. - Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan,
nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. - Contoh soalan :-- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari. A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemur
Kefahaman- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai. - Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?
Aplikasi- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahajaD. iii dan iv sahaja
Analisis - Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.
Sintesis- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya. - Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Penilaian- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………TAKSONOMI KRATHWOHL- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
PerwatakanOrganisasiPenilaianGerak balasPenerimaan
Penerimaan- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi
perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .
Gerak balas- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
Penilaian- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
Organisasi- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
Perwatakan- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
PENTAFSIRANSatu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan.Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Konteks pendidikanü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan
semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
PENGUJIANPengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
PENILAIANPenilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.
Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan
ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukanPembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)-Satu blue print ujian / test specification-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
-Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU-Ujian tidak dibina secara sembarangan-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian-Panduan kepada penggubal soalan-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang
Siapa yang membuat JPU-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU-Ada tajuk yang hendak diuji-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran-Bina carta dua hala
-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum
DIMENSI DALAM JPUKandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran
Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun
PEMBINAAN UJIANJenis Item Ujian Ujian objektif
Ujian subjektif / esei
Item Ujian ObjektifCalon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepatJawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betulMengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan
Jenis-jenis item ujian objektif Item pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebasMemerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikanSoalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantungSoalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkanArahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikut
contohItem jawapan pendeki. Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?i. ____________Item jawapan melengkapkani. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b. Perlis __________
Item pilihan Jawapan TetapItem betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihan
Item Aneka PilihanBentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretifCantumanSoalan Objektif Aneka PilihanMengandungi dua bahagian- Stem – pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberiPilihan mengandungi :Kunci – jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) – bukan jawapanCon: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui prosesA pemeluwapanB penyulinganC pendidihanD elektrolsisAir boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stemA,B,C,dan D – opsyenA,B, dan C – penggangguD - jawapanStem SoalanMungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkapJelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calonTidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapanTidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan KunciPilihan jawapan sama dengan stem soalanTiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragamElakan memberi bayanganElakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu punElak mengulang maklumat yang samaPastikan satu sahaja jawapanSusun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D
Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betulContoh:Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meter
Ayat tidak lengkapSetiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadapA kemasukan buruh asing beramai-ramaiB industri membuat kereta berkembang pesatC migrasi penduduk dari luar bandar ke badarD industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
Jenis Jawapan TerbaikSetiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaikContoh:Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hatiC memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanD Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah
Soalan Item NegatifKesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’Contoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiA sesuai digunakan untuk ujian sumatifB dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiC jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifD boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan
Soalan Item InterpretifSoalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karanganContoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaA internetB perdaganganC telekomunikasi
D pengangkutan
Jenis Cantuman/GabunganSoalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betulContoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?I. JongII. RakitIII. PerahuIV. Kapal layarA. I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka PilihanPokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapSoalan hendaklah ringkas tetapi padatPilihan jawapan juga perlu ringkasPilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang samaPilihan jawapan tidak bertindih atau diulangElakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betulPokok soalan tidak membayangkan jawapan
Aras Item ObjektifItem-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras
kognitif yang berbezaMengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian
Item Aras PengetahuanSoalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsbSoalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bilaCon: Bilakah Malaysia merdeka?(A) 1957(B) 1964(C) 1967(D) 1969
Item Aras KefahamanMenguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsipBentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakanCon: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana(A) akarnya panjang(B) batangnya lembut(C) pokoknya ada pelampung(D) ada ruang udara dalam batangnya Item Aras Aplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asasBentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsbCon: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00,
manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.
(A) RM17.00(B) RM19.00(C) RM 21.00(D) RM 23.00
Item Aras AnalisisMenguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnyaCon: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan A air dan cahayaB air dan karbon dioksidaC air, oksigen dan cahayaD air, karbon dioksida dan cahaya
Item Aras Sintesis Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas
(A) oksigen(B) hidrogen(C) nitrogen(D) karbon dioksida
Item Aras Penilaian Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.
Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah
(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling
Ujian Esei/SubjektifSoalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulisTindak balas berbentuk terhad atau lanjutanMemerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)
Jenis soalan subjektifJawapan pendekSoalan berstrukturSoalan esei
Soalan pendek/respon terhadTerhad apa yang harus dijawabContoh soalan- senaraikan lima komponen utama …- nyatakan tiga kelebihan …- apakah definisi … mengikut …?
Soalan Esei Tindak Balas LanjutanMembolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuaiSoalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebasSoalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaianContoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .Cth: ” Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi ” Aras Item SubjektifMengingat semulaCon: Berikan definisi …Siapakah …Apakah …FahamanCon: Bandingkan …Huraikan …Apakah tujuan … AplikasiCon: Bagaimanakah …Terangkan cara …AnalisisCon: Mengapakah / apakah punca …Terangkan sejauh mana …SintesisCon: JelaskanBerdasarkan, huraikan
Penilaian
Con: Nilaikan ideaMengikut …, apakah pendapat anda
Panduan Menulis Soalan EseiTetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibinaMulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsbTentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukanSebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah
kesimpulanJPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayaiPembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diraguiSetiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIFmerupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan
ujian mingguan.
TUJUANMengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.Pelajar mengetahui kelemahan mereka.Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
PROSEDUR UJIAN FORMATIFMenentukan tajuk pengajaranü Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.ü Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.ü Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.ü Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar.
Menentukan aspek dan tahap penguasaanü Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.ü Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.ü Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.
Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
ü Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.ü Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.
Membina soalan ujianü Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.ü Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.
Mencadangkan tindakan susulanü Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.ü Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran
UJIAN SUMATIFv Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR
TUJUAN¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.
¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.
LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAANMembentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
ü Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaranü Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan
2. Membina Soalanü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkanü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab
3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematikü Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong.ü Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya
4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintisü Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.ü Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira
Menyiapkan Skema Pemarkahanü Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.ü Menjadi panduan semasa memeriksa jawapanü Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah
UJIAN BAKATØ Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
Ø Terbahagi kepada 2 kumpulan;i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaranii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu
UJIAN PENCAPAIANü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baruü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji
Tujuanü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan
1. Pengetahuan (Knowledge)Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension)Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis)Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis)Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation)Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Recommended