TATACARA PERMOHONAN AKTIVITI MARIN, ANALISA RISIKO MARIN DAN KEBENARAN OPERASI
KEPERLUAN DAN PROSEDUR JABATAN LAUT MALAYSIA
JABATAN LAUT MALAYSIA
2020
Bahagian : i. Pelabuhan, Logistik, dan Perdagangan
ii. Keselamatan Pelayaran dan Komunikasi Maritim
Tarikh : 1 Oktober 2020
Nombor Pindaan : 01/2020
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 2 / 17
ISI KANDUNGAN
KLAUSA PERKARA MUKASURAT
1.0 Am 3
2.0 Latar Belakang Dan Objektif 3
3.0 Proses Permohonan Dan Format 4
4.0 Carta Alir Proses 7
5.0 Jadual Proses Perjalanan 9
6.0 Pengecualian Analisa Risiko Marin (MRA) 10
7.0 Juruperunding Analisa Risiko Marin (MRA) Yang Diiktiraf 10
8.0 Format Laporan Analisa Risiko Marin (MRA) 10
9.0 Dokumen-Dokumen Serahan 12
10.0 Kaedah Serahan 13
11.0 Masa Dan Tarikh Serahan 13
12.0 Penentuan Tarikh Serahan 13
13.0 Jawatankuasa Penilai Laporan MRA 14
14.0 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian Laporan MRA 15
15.0 Keanggotaan Minimum Jawatankuasa Penilai Semasa
Mesyuarat Penilaian MRA
16
16.0 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penilai Laporan MRA 16
17.0 Kebenaran Operasi 16
18.0 Lampiran-Lampiran Berkaitan 17
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 3 / 17
1.0 AM
1.1 Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran
Operasi (selepas ini disebut “Tatacara”) ini adalah pindaan kepada Prosedur Analisa Risiko
Marin bertarikh 1 Julai 2019 yang telah dikeluarkan sebelum ini. Tatacara ini merupakan satu
(1) tatacara operasi standard (TOS) yang diwujudkan sebagai rujukan dan panduan kepada
pihak yang ingin memohon melaksanakan aktiviti marin di dalam perairan Malaysia, proses
yang berkaitan penilaian laporan analisa risiko marin dan kebenaran operasi terhadap aktiviti
marin tersebut.
1.2 Tatacara ini hendaklah dipatuhi oleh pihak yang berkaitan. Kegagalan mematuhi
Tatacara ini boleh menyebabkan permohonan berkaitan sesuatu aktiviti marin yang berkaitan
tidak dipertimbangkan atau laporan analisa risiko marin (marine risk assessment – MRA)
yang dihantar tidak dapat diproses dan seterusnya tidak dipertimbang bagi tujuan kebenaran
operasi.
1.3 Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Bahagian Pelabuhan,
Logistik, dan Perdagangan (BPLP) Ibu Pejabat Laut (IPL) Jabatan Laut Malaysia (JLM)
melalui [email protected].
2.0 LATAR BELAKANG DAN OBJEKTIF
2.1 Pada masa kini perairan Malaysia telah melalui proses pembangunan dan
perkembangan yang pesat dalam sektor maritim baik dari segi penambahan dan
pembesaran jumlah pelabuhan, aktiviti eksplorasi minyak dan gas serta tenaga diperbaharui
dan juga peningkatan berkaitan aktiviti-aktiviti marin yang melibatkan kapal. Sejajar dengan
kepesatan pembangunan dan industri marin serta peningkatan kepada jumlah kapal-kapal
yang belayar melalui perairan Malaysia dan sekitar had-had pelabuhan, Pengarah Laut
Malaysia melalui peruntukan di bawah Seksyen 491B (3) Ordinan Perkapalan Saudagar
1952 telah mensyaratkan aktiviti marin yang boleh memberi impak atau risiko kepada
keselamatan pelayaran perlu melaksanakan MRA dan menyediakan laporan MRA.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 4 / 17
2.2 Objektif pelaksanaan keperluan MRA, adalah untuk bertujuan memberikan
panduan kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti berkaitan marin yang
melibatkan kapal di kawasan seperti had pelabuhan termasuk alur sungai yang dilingkungi
dalam had pelabuhan yang di bawah bidang kuasa Pengarah Laut Malaysia dan juga
kawasan perairan pesisir sebuah negeri sehingga had laut wilayah Malaysia. MRA yang
dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti semua risiko yang berkaitan dengan aktiviti yang
ingin dijalankan, di samping mengambilkira sifat persekitaran termasuk kawasan
perkampungan pesisir, kawasan yang sensitif terhadap alam sekitar, alur pelayaran, tempat-
tempat yang bersejarah atau mempunyai nilai warisan, kawasan perlindungan taman laut,
kawasan penangkapan ikan tradisional, terumbu, terumbu buatan, kawasan tumbuh-
tumbuhan laut, ladang akuakultur, kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan
sosial seperti pantai dan resort awam dan kawasan pesisir atau luar pesisir yang sedang
dibangunkan. Semua risiko yang diketahui harus dinilai dengan tepat dan langkah-langkah
mitigasi atau aspek pengawalan risiko yang ditetapkan bagi tujuan meminimumkan risiko.
Langkah-langkah mitigasi ini akan dinilai dan ditetapkan sebagai pelan tindakan atau
prosedur yang harus dipatuhi oleh semua pihak semasa operasi dijalankan.
2.3 MRA ini akan menjadi salah satu terma dan syarat yang dikenakan oleh
Pengarah Laut di bawah sub Seksyen 491B (3) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kepada
pemilik kapal dan ejen kapal yang kapalnya terlibat dalam salah satu aktiviti marin seperti
yang disenaraikan di dalam Notis Perkapalan Malaysia No.2/2019. Aktiviti marin yang
dimaksudkan juga adalah sepertimana yang disenaraikan sub Seksyen 491B (1) Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952 hendaklah dibaca bersama dengan Notis Perkapalan Malaysia
No.5/2014 bertarikh 02 Julai 2014 yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut.
3.0 PROSES PERMOHONAN DAN FORMAT
3.1 Bagi membolehkan JLM membuat penilaian awal ke atas permohonan aktiviti
marin, senarai semak bagi permohonan perlu dipatuhi supaya setiap permohonan yang
merangkumi dokumen-dokumen wajib adalah lengkap semasa penyerahan permohonan
kepada JLM. JLM hanya akan menerima serahan dan mempertimbangkan permohonan
tersebut sekiranya didapati maklumat permohonan adalah lengkap dan mematuhi format
yang telah ditetapkan. Sekiranya semakan awalan terhadap permohonan dan dokumen-
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 5 / 17
dokumen wajib didapati tidak cukup, tidak lengkap, dan tidak mematuhi format yang
ditetapkan, pihak JLM di peringkat Wilayah berhak menolak penyerahan tersebut melalui
slip maklumbalas Permohonan Aktiviti Marin – Fasa 1: Proses Permohonan Awalan
dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
3.2 Permohonan dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi format
yang ditetapkan hendaklah diserahkan kepada JLM dalam bilangan seperti berikut:
i. Sesalinan permohonan pemakluman menjalankan sesuatu aktiviti marin
menggunakan surat rasmi syarikat;
ii. Sesalinan dokumen pendaftran syarikat dan profil syarikat beserta latar belakang,
carta organisasi, senarai kakitangan, dan pengalaman syarikat;
iii. Sesalinan dokumen yang menerangkan aktiviti marin yang akan dilaksanakan yang
merangkumi tetapi tidak terhad bagi perkara berkaitan skop kerja marin yang akan
dilaksanakan, kawasan operasi, tempoh operasi, terma rujukan bagi operasi
tersebut dan perlu mengambilkira penilaian awalan perkara berikut:
a. Kawasan aktiviti terletak di kawasan sama ada yang diisytiharkan sebagai
kawasan di dalam had pelabuhan atau di luar had pelabuhan dan
mengambilkira kawasan seperti labuh tunggu, tapak pelupusan (dumping
ground), kawasan larangan (ammunition disposal areas) dan apa jua
kawasan yang telah ditanda di dalam carta navigasi;
b. Penilaian keselamatan pelayaran yang mengambilkira trafik perkapalan dan
aktiviti persekitaran seperti kawasan aktiviti nelayan tradisional, sangkar
ikan dan lain-lain;
c. Kedudukan Alat Bantuan Pelayaran – Rumah Api, Tanda Arah Suar, Boya
dan lain-lain;
d. Kawasan karaman kapal (ship wreck) dan tukun;
e. Kabel dasar laut dan saluran paip dasar laut; dan
f. Kawasan perlindungan atau kawasan pelancongan yang diwartakan di
bawah mana-mana undang-undang negeri atau persekutuan dan kawasan
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 6 / 17
persekitaran yang terdapat terumbu karang yang perlu dilindungi.
iv. Perincian terma rujukan bagi kajian analisa risiko marin perlu mengambilkira perkara
yang berkaitan sepertimana yang dinyatakan di Lampiran 5 Tatacara ini.
3.3 Permohonan yang lengkap dan patuh akan dinilai oleh pihak JLM di peringkat
Wilayah dan Bahagian yang berkenaan. Penilaian boleh dibuat dalam apa-apa kaedah yang
difikirkan sesuai seperti perbincangan atau mesyuarat. Pemohon akan dimaklumkan
mengenai keputusan penilaian oleh pihak JLM melalui surat rasmi dalam tempoh tidak
melebihi sembilan belas (19) hari bekerja dari tarikh permohonan berkenaan sama ada:
a) permohonan Tidak Diluluskan; atau
b) Surat Pertimbangan Dasar dengan pengecualian MRA; atau
c) Surat Pertimbangan Dasar dengan pelaksanaan MRA.
3.4 Sebelum proses MRA dilaksanakan bagi sesuatu projek berkaitan marin,
pemohon perlu memastikan bahawa terma rujukan (TOR) MRA tersebut yang merupakan
asas dan strategi pelaksanaan dalam penentuan hala tuju MRA itu dipastikan terlebih dahulu.
Ini bagi memastikan perkara berkaitan isu-isu dasar dan perkara yang melibatkan aspek
teknikal dapat dibincangkan dan diselesaikan bagi mengelakkan kekeliruan serta
menyebabkan penilaian tersebut terpesong dari objektif asal.
3.5 Pelaksanaan MRA ke atas beberapa aktiviti marin yang disenaraikan di bawah
Seksyen 491B Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 telah dikuatkuasakan melalui
Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 02/2019 pada 15 Julai 2019. Sesuatu permohonan
berkaitan keperluan pelaksanaan MRA adalah berdasarkan perkara berikut:
i) Fasa 1: Permohonan Aktiviti Marin (Permohonan)
ii) Fasa 2: Proses MRA (MRA)
iii) Fasa 3: Kebenaran Operasi (Operasi)
*Sila Rujuk Carta Alir Proses Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan
Kebenaran Operasi bagi maklumat lanjut.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 7 / 17
4.0 CARTA ALIR PROSES
Pemohon IPL JLM (W) MOT
Permohonan Proses
FASA 1 pemakluman
Aktiviti Marin beserta
Terma Rujukan (TOR)
Pelaksanaan Kajian
Penilaian Risiko
Marin (MRA)
Mesyuarat
Perbincangan Ulasan
Teknikal / Terma
Rujukan dan kemuka
laporan ke IPL dalam
tempoh 14 hari
bekerja.
Surat PERTIMBANGAN DASAR dengan
PENGECUALIAN MRA dalam tempoh 3 hari
bekerja
Surat TIDAK DILULUSKAN dalam
tempoh 3 hari bekerja
F
A
S
A
1
P
E
R
M
O
H
O
N
A
N
Lain-lain
aktiviti marin
STS Petroleum
Rujuk ke
permohonan Proses
FASA 3 Kebenaran
Operasi
Surat PERTIMBANGAN DASAR dengan
PELAKSANAAN MRA dalam tempoh 3 hari
bekerja
Semakan ulasan Teknikal / Terma Rujukan laporan
Keputusan
Tidak Lulus
Lulus
Pertimbangan
ketetapan dasar
bagi aktiviti kapal
ke kapal (STS) yang
berkaitan
Petroleum
ATAU
Semakan pematuhan
dokumen pemohon
dalam tempoh 2 hari
bekerja. Tidak lengkap
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 8 / 17
Pemohon IPL JLM (W)
Keputusan
Edaran dokumen MRA dan
Mesyuarat Jawatankuasa
Penilaian MRA bersidang
dalam tempoh 14 hari bekerja
Surat TIDAK DILULUSKAN dalam tempoh 3 hari bekerja
Surat KELULUSAN AKTIVITI
MARIN dan SYARAT
KELULUSAN (jika perlu)
dikeluarkan dalam tempoh 3
hari bekerja.
Lulus
Tidak lulus
Permohonan Proses FASA 2
dengan mengemukakan
Laporan MRA yang lengkap
F
A
S
A
2
M
R
A
Permohonan Proses FASA 3
Kebenaran Operasi dengan
mengemukakan sijil dan
dokumen kapal yang lengkap
Pemeriksaan fizikal terhadap
kapal akan dilaksanakan pada
bila-bila masa dan kegagalan
pemeriksaan (major deficiencies)
boleh menyebabkan aktiviti
operasi digantung sementara
waktu atau ditamatkan.
LULUS
Semakan sijil kapal dan
dokumen kapal.
*Pemeriksaan kapal hanya
dilakukan terhadap kapal
yang memenuhi sela masa
yang ditetapkan
Pemakluman surat TIDAK DILULUSKAN dalam tempoh 3
hari bekerja
F
A
S
A
3
O
P
E
R
A
S
I
Surat KEBENARAN
OPERASI dalam tempoh 3
hari bekerja
Tidak
Ya
Persediaan bagi mendapatkan
kebenaran operasi
Semakan pematuhan
dokumen pemohon dalam
tempoh 2 hari bekerja. Tidak
lengkap
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 9 / 17
5.0 JADUAL PROSES PERJALANAN
i) Fasa 1: Permohonan Aktiviti Marin
BIL PROSES FASA 1 TEMPOH
BEKERJA
1 Terima kesemua dokumen yang lengkap* (Wilayah). 1 hari
2 Semakan dokumen pemohon. 2 hari
3 Mesyuarat Perbincangan Ulasan Teknikal / Terma Rujukan
(ToR) peringkat Wilayah bersama Lembaga Pelabuhan (jika
terlibat) dan kemukakan maklumbalas UlasanTeknikal
berkaitan Aktiviti Marin Ke Ibu Pejabat Laut
14 hari**
4 Ibu Pejabat Laut mengeluarkan notifikasi secara bersurat sama
ada aktiviti tidak diluluskan atau pertimbangan dasar dengan
pengecualian MRA atau pelaksanaan MRA kepada pemohon.
3 hari
*Pematuhan kepada Klausa 3 Tatacara – Proses Permohonan dan Format
**Hari mesyuarat boleh berubah tertakluk kepada kehadiran wakil lembaga pelabuhan.
ii) Fasa 2: Proses MRA
BIL PROSES FASA 2 TEMPOH
BEKERJA
1 Terima dokumen MRA yang lengkap* (IPL). 1 hari
2 Semakan dokumen MRA pemohon. 2 hari
3 Edaran dokumen MRA kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa dan
Mesyuarat Penilaian MRA bersidang.
14 hari**
4 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian MRA. 3 hari
*Pematuhan kepada Klausa 6 Tatacara – Format Laporan MRA
**Hari mesyuarat boleh berubah tertakluk kepada kecukupan Ahli Jawatankuasa Penilai.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 10 / 17
iii) Fasa 3: Kebenaran Operasi
BIL PROSES FASA 3 TEMPOH
BEKERJA
1 Terima kesemua sijil statutori / dokumen kapal yang lengkap. 1 hari
2 Semakan sijil statutori / dokumen kapal. 2 hari
3 Pemeriksaan bagi kapal-kapal yang mempunyai tempoh
pemeriksaan terbuka - Port State Control open time window
berdasarkan keperluan (maksimum 2 buah kapal bagi tempoh 1
hari) dan penyediaan laporan kapal.
3 hari*
4 Surat Kebenaran Operasi dikeluarkan. 3 hari
*Hari boleh berubah tertakluk kepada jumlah pemeriksaan kapal yang dilaksanakan.
6.0 PENGECUALIAN ANALISA RISIKO MARIN (MRA)
6.1 Sesuatu pengecualian MRA hanya akan ditentukan oleh Pengarah Laut
berdasarkan laporan perbincangan ulasan teknikal atau terma rujukan yang dikemukakan
oleh JLM Wilayah kepada JLM IPL.
7.0 JURUPERUNDING ANALISA RISIKO MARIN (MRA) YANG DIIKTIRAF
7.1 MRA dan laporan MRA hanya boleh dilaksanakan oleh syarikat yang mempunyai
kompetensi serta kepakaran berkaitan MRA setelah melalui proses penilaian dan menepati
syarat-syarat yang ditentukan oleh JLM. Senarai juruperunding yang menepati syarat-syarat
JLM boleh didapati dan dimuat turun di laman web Jabatan (www.marine.gov.my). Sebarang
pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Bahagian Keselamatan Pelayaran dan
Komunikasi Maritim (BKPKM), IPL, JLM melalui [email protected].
8.0 FORMAT LAPORAN ANALISA RISIKO MARIN (MRA)
8.1 Bagi membolehkan pihak Urusetia membuat penilaian awal ke atas laporan
MRA, pihak Bahagian Pelabuhan, Logistik, dan Perdagangan (BPLP) Ibu Pejabat Laut (IPL)
sebagai Urusetia telah menyelaraskan format wajib yang perlu ada pada setiap laporan MRA
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 11 / 17
dan senarai semak agar dokumen-dokumen wajib adalah mencukupi dan lengkap untuk
tujuan penyerahan laporan MRA kepada pihak Urusetia. Mana-mana laporan yang tidak
mematuhi format yang ditetapkan akan ditolak.
8.2 Format laporan MRA hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
i. Nama, alamat, nombor telefon, nombor faks, dan email syarikat proponent;
ii. Nama alamat, nombor telefon, nombor faks, dan email syarikat perunding;
iii. Tajuk laporan dan projek;
iv. Tarikh laporan disiapkan;
v. Nombor rujukan laporan;
vi. Nombor revision atau siri atau pindaan bagi laporan;
vii. Nota kaki (tajuk/tarikh) di setiap halaman;
viii. Setiap halaman laporan hendaklah mempunyai muka surat dan logo perunding
(header);
ix. Laporan MRA hendaklah disahkan (ditandatangani oleh Pengarah Urusan) oleh
syarikat perunding dan syarikat proponent;
x. Berjilid - bound (tape atau ring);
xi. Laporan MRA hendaklah mengandungi isi-isi kandungan yang tidak terhad seperti
berikut:
1.0 Executive summary;
2.0 Introduction;
3.0 Project background and location;
4.0 Study scope;
5.0 Research methodology;
6.0 Sea State, Physical environment & climate condition;
i. Verification of data sources;
ii. Wind;
iii. Squalls;
iv. Tidal;
v. Current; dan
vi. Wave.;
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 12 / 17
7.0 Safety of Navigation Assessment;
8.0 Protection of Marine Environment Assessment;
9.0 Maritime Security Assessment;
10.0 Navigational simulation studies (if applicable);
11.0 Hazard Identification (HAZID) Analysis;
12.0 Risk Management Tools;
13.0 Risk Control Options and Mitigation Measures; dan
14.0 Summary of Findings and Recommendation.
8.3 Kegagalan mematuhi format laporan MRA ini boleh menyebabkan keseluruhan
laporan MRA pemohon tidak dapat diproses dan seterusnya tidak dipertimbangkan.
9.0 DOKUMEN-DOKUMEN SERAHAN
9.1 Laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi format yang
ditetapkan hendaklah diserahkan kepada pihak Urusetia dalam bentuk dan bilangan seperti
berikut:
i. Surat rasmi penyerahan laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib daripada syarikat
proponent. (Sekiranya surat rasmi penyerahan adalah daripada syarikat perunding, sila
rujuk Klausa 8.0 Kaedah Serahan);
ii. Tiga (3) salinan hardcopy laporan MRA;
iii. Satu (1) salinan softcopy laporan MRA menggunakan format PDF dengan pemacu pena
/ kilat (pendrive / flashdrive);
iv. Satu (1) salinan kertas pembentangan menggunakan format PDF dengan pemacu pena
/ kilat (pendrive / flashdrive);
v. Satu (1) salinan Borang 1: Senarai Semak (dilampirkan di dalam dokumen ini) yang
telah dilengkapkan oleh syarikat proponent atau syarikat perunding; dan
vi. Satu (1) salinan surat lantikan kepada syarikat perunding yang dikeluarkan oleh syarikat
proponent.
9.2 Kegagalan mematuhi dokumen-dokumen serahan ini boleh menyebabkan
keseluruhan laporan MRA pemohon tidak dapat diproses dan seterusnya ditolak.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 13 / 17
10.0 KAEDAH SERAHAN
10.1 Laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi format yang
ditetapkan hendaklah diserahkan sama ada dengan tangan atau pos kepada pihak Urusetia
oleh syarikat proponent sahaja. Sekiranya diserahkan oleh syarikat perunding, maka syarikat
perunding tersebut hendaklah menyerahkan bersama-sama surat lantikan memberi kuasa
untuk menyerahkan keseluruhan dokumen tersebut daripada syarikat proponent kepada
pihak Urusetia semasa penyerahan laporan MRA tersebut. Walau bagaimananapun, pihak
Urusetia hanya menerima laporan MRA yang diserah syarikat perunding yang diluluskan
oleh JLM sahaja.
10.2 Kegagalan mematuhi kaedah serahan laporan MRA ini boleh menyebabkan
laporan MRA ditolak.
11.0 MASA DAN TARIKH SERAHAN
11.1 Laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi format yang
ditetapkan hendaklah diserahkan dan diterima oleh pihak Urusetia selewat-lewatnya jam
4.30 petang pada atau sebelum 1 haribulan setiap bulan, atau, pada atau sebelum 11
haribulan setiap bulan di Bahagian Pelabuhan, Logistik, dan Perdagangan, IPL, JLM,
Pelabuhan Klang, Selangor.
12.0 PENENTUAN TARIKH SERAHAN
12.1 Apabila serahan laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib dibuat melalui pos,
tarikh tanda pos pada sampul surat itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh serahan laporan
MRA dan dokumen-dokumen wajib itu dibuat, dan jika pihak Urusetia tidak dapat
menentukan tarikh pada tanda pos itu, serahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat
tiga (3) hari sebelum tarikh serahan itu diterima oleh pihak Urusetia; atau
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 14 / 17
12.2 Apabila serahan laporan MRA dan dokumen-dokumen wajib dibuat melalui
serahan tangan, tarikh cop terima pada surat serahan laporan MRA dan dokumen-dokumen
wajib itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh serahan itu dibuat.
13.0 JAWATANKUASA PENILAI LAPORAN MRA
13.1 Jawatankuasa Penilai Laporan MRA adalah suatu Jawatankuasa yang dilantik
oleh Ketua Pengarah Laut Malaysia. Tugas-tugas Jawatankuasa Penilai ini tidak hanya
tertakluk kepada menyemak, menilai, mengesyor, dan seterusnya memperakukan atau
meluluskan laporan MRA bagi setiap projek atau aktiviti yang memerlukan laporan ini, tetapi
Jawatankuasa Penilai ini juga boleh mempertimbangkan suatu laporan MRA untuk diterima
ataupun sebaliknya bagi tujuan rujukan Jabatan atau Agensi Kerajaan yang lain.
Jawatankuasa Penilai ini dijadualkan akan bermesyuarat dua (2) kali dalam tempoh satu (1)
bulan. Setiap Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian akan diadakan dalam tempoh tidak
melebihi sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh 1 haribulan atau dari tarikh 11 haribulan pada
setiap bulan. Penilaian laporan MRA secara edaran adalah tidak dibenarkan dan keputusan
penilaian tersebut adalah tidak sah.
13.2 Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik berdasarkan surat rujukan (2)dlm.IPL.2740-
A.Jld.13 bertarikh 29 Januari 2020 adalah mengikut penjawatan seperti jadual berikut:
i. Jawatankuasa (J/k) Tetap:
Bil. Jawatan Fungsi
1. Timbalan Ketua Pengarah Laut I (Perancangan) Pengerusi J/k Penilai
2. Timbalan Ketua Pengarah Laut II (Operasi) Pengerusi Ganti
3. Pengarah/Wakil Bahagian Operasi Maritim Ahli J/k Penilai
4. Pengarah/Wakil Bahagian Pendaftaran Kapal Ahli J/k Penilai
5. Pengarah/Wakil Bahagian Kawalan Industri Maritim Ahli J/k Penilai
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 15 / 17
6. Pengarah/Wakil Bahagian Pengurusan Trafik dan
Bantuan Pelayaran
Ahli J/k Penilai
7. Pengarah/Wakil Bahagian Keselamatan Pelayaran dan
Komunikasi Maritim
Ahli J/k Penilai
8. Pengarah/Wakil Bahagian Keselamatan, Sekuriti dan
Alam Sekitar
Ahli J/k Penilai
9. Pengarah/Wakil Bahagian Pembangunan Perkapalan
dan Pelaut
Ahli J/k Penilai
10. Pengarah/Wakil Bahagian Pelabuhan, Logistik dan
Perdagangan
Ahli J/k Penilai
11. Pengarah/Wakil Institut Latihan Pengangkutan Laut Ahli J/k Penilai
12. Pengarah Laut/Timbalan Pengarah Laut/Wakil Pengarah
Laut Wilayah berkaitan
Ahli J/k Penilai
ii. Jawatankuasa (J/k) Jemputan:
Bil. Agensi Kerajaan Fungsi
1. Pegawai Wakil Kementerian berkaitan Ahli Mesyuarat
2. Pegawai Wakil Jabatan/Agensi berkaitan Ahli Mesyuarat
3. Pegawai Wakil Lembaga Pelabuhan berkaitan Ahli Mesyuarat
13.3 Ahli Jemputan ini hanya akan dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
Penilaian tertakluk kepada kawasan yang terlibat bagi membuat penilaian bersama ke atas
laporan MRA yang akan dibentangkan.
14.0 MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS PENILAIAN LAPORAN MRA
14.1 Mesyuarat Jawatankuasa (J/k) Khas ini hanya akan dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Laut Malaysia sahaja sekiranya terdapat keperluan mendesak yang tidak sesuai
dipengerusikan oleh Pengerusi J/k Penilai atau Pengerusi Ganti J/k Penilai yang telah
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 16 / 17
dilantik. Mesyuarat Jawatankuasa (J/k) Khas ini akan bersidang pada bila-bila masa yang
ditetapkan mengikut keperluan dan arahan Ketua Pengarah Laut Malaysia.
15.0 KEANGGOTAAN MINIMUM JAWATANKUASA PENILAI SEMASA
MESYUARAT PENILAIAN MRA
15.1 Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Khas Penilaian Laporan
MRA hanya boleh bersidang dan diterima keputusan mesyuarat tersebut sekiranya
kehadiran Ahli-Ahli Jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada lima (5) orang, iaitu
seorang Pengerusi J/k Penilai dan empat (4) orang Ahli J/k Penilai sahaja. Kehadiran syarikat
proponent dan syarikat perunding adalah wajib. Ketidakhadiran ke mesyuarat ini akan
menyebabkan mesyuarat dibatalkan. Wakil daripada Agensi atau Kementerian lain yang
berkait dengan sesuatu laporan MRA itu boleh dijemput sebagai Ahli Mesyuarat tetapi bukan
sebagai Ahli J/k.
16.0 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAI LAPORAN
MRA
16.1 Keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad. Syarikat pemohon
mahupun syarikat perunding akan dimaklumkan mengenai keputusan mesyuarat oleh pihak
Urusetia melalui surat rasmi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
17.0 KEBENARAN OPERASI
17.1 Pematuhan kapal kepada perundangan Negara, konvensyen antarabangsa dan
dasar pentadbiran semasa JLM adalah keperluan yang wajib dipatuhi semasa memohon
kebenaran ini. Pihak pemohon dikehendaki mengemukakan sijil statutory dan dokumen
insuran kapal yang lengkap bagi tujuan semakan awalan oleh pihak JLM Wilayah yang
berkaitan dan pemeriksaan fizikal terhadap kapal hanya akan dilaksanakan sekiranya kapal
tertakluk dalam sela masa tempoh pemeriksaan yang ditetapkan berdasarkan rujukan
kepada sistem APCIS – Memorandum Of Understanding On Port State Control In The Asia-
Pacific Region.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 17 / 17
17.2 Pemeriksaan lanjutan berdasarkan sela masa tempoh pemeriksaan akan
dilaksanakan pada bila-bila masa dan kegagalan semasa pemeriksaan dengan ketakakuran
yang kritikal (major deficiency) boleh menyebabkan aktiviti operasi marin tersebut digantung
sementara waktu atau ditamatkan.
18.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN BERKAITAN:
LAMPIRAN 1 – Senarai Semak Fasa 1 dan Fasa 2
LAMPIRAN 2 – Slip Maklumbalas Fasa 1: Permohonan Aktiviti Marin
LAMPIRAN 3 – Slip Maklumbalas Fasa 2: Proses MRA
LAMPIRAN 4 – Slip Maklumbalas Fasa 3: Kebenaran Operasi
LAMPIRAN 5 – Garis Panduan Terma Rujukan MRA (General Guidance TOR-MRA)
LAMPIRAN 6 – Garis Panduan Permohonan Dan Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti Pemindahan Kargo Daripada
Kapal Ke Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di Dalam Had Pelabuhan
LAMPIRAN 7 – Borang Permohonan Sebagai Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjalankan
Aktiviti Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke Kapal (Ship To Ship
Transfer - STS) Di Dalam Had Pelabuhan, Senarai Semak, dan Conditions
Of Approval (COA)
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
LAMPIRAN 1
SENARAI SEMAK
Nota: Pemohon dikehendaki mengambil tindakan sepadan dengan Keperluan Jabatan Laut [ruangan (c)].
Bagi tindakan yang telah diambil sila tandakan di ruangan (d).
Bil.
Perkara/ Dokumen
Keperluan
Jabatan Laut
Untuk Ditanda
Oleh Pemohon
Untuk Ditanda
Oleh Urusetia
Tarikh Terima
(diisi oleh Urusetia)
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
Fasa 1: Proses Permohonan Awalan
1. Surat Permohonan Aktiviti Marin
2. Proses Permohonan (Rujuk Perkara 3 Tatacara)
Fasa 2: Penyerahan Analisa Risiko Marin (MRA)
1. Surat Notifikasi Keperluan melaksanakan Analisa Risiko Marin
2. Surat Rasmi Penyerahan Laporan Analisa Risiko Marin
3. Laporan Analisa Risiko Marin mematuhi format laporan yang ditetapkan (i – xii).
4. Tiga (3) salinan hardcopy laporan Analisa Risiko Marin .
5. Satu (1) salinan softcopy laporan Analisa Risiko Marin menggunakan format PDF
6. Syarikat perunding berada di dalam senarai perunding yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM).
7. Satu (1) salinan surat lantikan kepada syarikat perunding yang dikeluarkan oleh syarikat proponent.
8. Satu (1) salinan Borang 1: Senarai Semak ini yang telah dilengkapkan oleh syarikat proponent atau syarikat perunding.
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
PERINGATAN Pernyataan butiran yang palsu dengan niat memperdaya atau mengelirukan Jabatan Laut Malaysia bagi meluluskan ‘Laporan Analisa Risiko Marin’ adalah melakukan satu (1) kesalahan rasuah di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan denda tidak kurang daripada lima (5) kali ganda atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. PENGAKUAN OLEH PEMOHON (*PROPONENT/PERUNDING) Saya mengakui bahawa segala maklumat diisi di dalam borang ini dan dokumen-dokumen berkaitan yang dikemukakan bersama-sama borang ini adalah benar dan betul.
Tandatangan
:
Nama
:
Jawatan
:
Tarikh
:
Cop Syarikat
:
*Potong yang mana tidak berkenaan.
9. Surat rasmi daripada syarikat perunding dan surat lantikan memberi kuasa untuk menyerahkan laporan Analisa Risiko Marin dan dokumen-dokumen wajib tersebut daripada syarikat proponent (sekiranya diserahkan oleh syarikat perunding).
√
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
LAMPIRAN 2
Ruangan ini untuk kegunaan pihak Urusetia sahaja.
Ruj Kami :
Tarikh :
Kepada Pemohon Di Atas
Tuan/Puan,
PERMOHONAN AKTIVITI MARIN – FASA 1: Permohonan Awalan
- Slip Maklumbalas Jabatan Laut Malaysia Wilayah ................
Adalah dimaklumkan bahawa, semakan awal ke atas dokumen-dokumen wajib yang
diserahkan oleh pihak tuan/puan adalah MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI Perkara 3 (i - iii)
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi yang telah
ditetapkan.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..
(ruang ulasan)
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
……………………………….
Pengarah Laut
Wilayah ___________
Jabatan Laut Malaysia.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
LAMPIRAN 3
Ruangan ini untuk kegunaan pihak Urusetia sahaja.
Ruj Kami :
Tarikh :
Kepada Pemohon Di Atas
Tuan/Puan,
PERMOHONAN AKTIVITI MARIN – FASA 2: Penyerahan Laporan MRA
- Slip Maklumbalas Urusetia
Adalah dimaklumkan bahawa, semakan awal ke atas dokumen-dokumen wajib yang
diserahkan oleh pihak tuan/puan adalah DITERIMA / DITOLAK untuk dipertimbangkan
diangkat ke dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian MRA.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(ruang ulasan)
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
(Urusetia)
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Laporan MRA
Bahagian Pelabuhan, Logistik dan Perdagangan
Jabatan Laut Malaysia.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
LAMPIRAN 4
Ruangan ini untuk kegunaan pihak Urusetia sahaja.
Ruj Kami :
Tarikh :
Kepada Pemohon Di Atas
Tuan/Puan,
PERMOHONAN AKTIVITI MARIN – FASA 3: Kebenaran Operasi
- Slip Maklumbalas Urusetia
Adalah dimaklumkan bahawa, semakan ke atas dokumen-dokumen dan pemeriksaan kapal
adalah MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI piawaian yang ditetapkan Konvensyen
Antarabangsa dan perundangan nasional bagi tujuan kebenaran operasi aktiviti marin.
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(ruang ulasan)
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
……………………………….
Pengarah Laut
Wilayah ___________
Jabatan Laut Malaysia.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 1 / 8
LAMPIRAN 5
General Guidance for Marine Risk Assessment - Terms of Reference (TOR)
No. General Scope of Studies
1. Baseline Study
Areas
The data scoping and base case studies include, but is not necessarily limited
to the following:
• Provide proposed project description details
• Identification of the proposed Project’s key components and activities;
• Description of the existing conditions of the Project footprint and surrounding
environment which include:
- Existing waterway design
- Meteorological and oceanographic data
- Geophysical and geotechnical data, where available
- Mapping of environment sensitive receptors
- Existing and committed future development
- Existing and future port waterway use and rate of utilization
- Marine support services including emergency response and pollution control
resource(s)
• Review of study existing marine, climate conditions and environmental
features, characteristics and conditions e.g. existing port and harbour limits,
marine operations, anchorage areas, navigational aids, IMO Routeing
measures, met-ocean conditions for wind, wave, tidal streams and visibility.
• Determination of Zone of Impact (ZOI) of the marine environment and traffic
concerns arising from the Project;
• Review marine casualty incidents statistics and areas of medium-high
degree vulnerability; and
• Identification of the potential marine impacts or other concerns and
consideration that need to be further investigated during the MRA study
Figure
• Review existing emergency response overview and pollution control
resources for project area
2.
Safety of Navigation Assessment shall be made on all risks detrimental to the safety of navigation
prior commencing any works, throughout the operation establishment
completion until the de-commissioning phase if applicable. This includes any
probable changes in any method of operation statement, location and
duration of the activity;
For activities conducted at sea area, an establishment of a designated
working area is compulsory; assessments shall be carried out to determine
the risks not limited when engaging with local and international marine traffic
lane, fishing or other aqua-culture activities, port activities and etc. Proposal
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 2 / 8
to determine the size and location of workings areas shall also be based on
this assessment including the need to designate temporary areas for the
marine operations;
When assessing the marine working area, the assessments shall include
local weather pattern, tides and currents, seabed suitability for marine traffic.
Due consideration shall be given towards the establishment of temporary
navigation channel within a working area or safe approaches to identified
working areas;
Existing and proposed aids to navigation in the reporting area is
recommended that the chartlet indicating the locations of these aids to
navigation is inserted. Information on existing or planned virtual AIS aids to
navigation, in addition to conventional lights and buoys, should be also
provided). Meteorological/environmental conditions considerations in the
area:
.1 prevailing weather conditions;
.2 tidal streams observed;
.3 currents are such that;
.4 shifting shoals;
.5 other local hazards; and
.6 visibilities.
(more to be added as appropriate)
Characteristics of ship traffic in the area are summarized as follows:
.1 density of traffic;
.2 conflicting navigation patterns;
.3 narrow fairways;
.4 areas where ships converge or cross;
.5 record of maritime casualties/incidents;
.6 categories of ships navigating in the area;
.7 interferences by ship traffic with other marine-based
activities; and
.8 ships carrying hazardous cargoes or types and quantities
of bunker fuel.
Marine traffic survey to be conducted and assessed. Studies on collision &
allusion risk modelling including drifting of vessels and other marine activities
such as fishing. Assessments shall also include but not limited to, existing
port activities, predicted increase in marine traffic volume, developments or
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 3 / 8
operations of nearby ports and coastal areas including land reclamation, the
existence of other working vessels in the same working areas, transiting
traffic, and local fishing activities;
Baseline shipping activity through traffic density data analysis shall be assess
at a minimum 12-months data analysis taking into account seasonal
variations in traffic patterns. A traffic forecasting at 5/10/15 years intervals of
expected operation areas to be identified.
Assessments shall also consider simulations of emergency / national duties
such as the possibility of government patrol vessels, emergency crafts,
search & rescue vessels, oil response vessels performing their respective
duties, requiring frequent movements such as entering, exiting, transiting
within the working areas or nearby areas;
In the case of activities involving the construction of berths, jetties, dolphins,
bridges, coastal or offshore reclamation, sea-wall, breakwaters or other
marine structures, the Director of Marine may, require additional
assessments by way of simulations either full mission or table-top depending
on case to case basis. Simulations shall be carried out by competent persons
in attendance by marine professionals such as ship’s master, harbour pilots
or other suitably qualified persons.
Detailed assessments shall also be carried out on submarine activity
involving the installation of outfalls, pipelines, submarine cables, or similar
works that may cause protrusions from the sea-bed, reduce navigational
depths, hinder or prohibit anchoring activities and the need for seabed
protection;
Risks assessments shall be carried out on all vessels, boats or crafts that will
be engaged whilst paying particular attention on the characteristics,
manoeuvring capabilities, operational readiness and restrictions based on the
peculiarity of each and every vessel;
Recommendations guidance and information of International Association of
Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) are to be
reviewed which applies to all structures fixed in position temporarily or
permanently which extend above or below the surface of the sea and which
are obstructions to navigation, e.g. structures used for drilling or exploring for
oil and/or minerals, oil production platforms, oil well protective jackets,
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 4 / 8
renewable offshore energy installations, ocean data platforms or offshore
aquaculture farms.
Assessments on all other hazards, obstructions, either man-made or natural,
and other risks to navigation within and in the vicinity of the working area shall
be comprehensively carried out to consider marking these hazards, if
deemed necessary. Evaluation shall be made to determine whether silt
curtains deployment, anchor or mooring buoys constitutes hazards and
require conspicuous day & night marking;
When marking is necessary, particular attention shall be given on the
responsibility to ensure all colour markings, lighted buoys, anchor buoys, etc.
are regularly and effectively maintained. Persons responsible for their
maintenance are to be identified;
Assessments shall also be carried out on the need, to establish a temporary
navigation channel during the duration of the activities. All aids to navigation
utilised shall conform to the IALA standard.
Upon completion of all activities and prior commissioning of any reclamation,
coastal or offshore developments or any marine structures such as bridges
and jetties, assessment shall be carried out to determine the placing or
deployment of aids to navigation including of preparation of transiting
procedures, restrictions, restricted or prohibited areas or activities;
If required by the Director of Marine, an assessment shall also be carried to
forecast traffic movements & densities, changes in hydrology and bathymetry
of the surrounding areas (e.g. changes in depths, rates of tidal currents, etc.)
upon completion of any activities to determine the deployment of aids-to-
navigation, imposition of certain restrictions and other navigational
requirements;
This may include post completion bathymetry survey to clear seabed of any
debris or obstructions, construction materials, to identify seabed protrusions,
determining areas of reduced depth due to seabed protection for submarine
cables or pipeline;
The delineation of the report as shown on a nautical chart (type of nautical
chart as appropriate) and a description of the system including the
geographical coordinates are in coordinates given in the WGS 84 datum. All
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 5 / 8
bathymetry or hydrography surveys and reports shall be based on the
standards and code established by the Hydrographer of the Royal Malaysian
Navy. Chart datum is to be reduced to Lowest Astronomical Tide whilst
heights are referred above Highest Astronomical Tide. All positions shall be
in World Geodetic System (WGS) 84 format.
For such requirement assessment for pilotage, tugs, mooring boats and
support craft, the scope of assessment requires to be expanded to include
but not limited to the following:
1. To study the suitable pilot boarding points factoring the navigational
limitations within the designated area.
2. To assess the tug-meeting points for securing prior approach manoeuvre
which shall not hamper or impede against other vessel movement within the
navigational channel or area.
3. Identify the number of tug(s) required to support the proposed area
operation capacity for routine and non-routine operations. These shall include
number of tug(s) required for emergency in event of emergencies e.g. fire
3. Protection of Marine
Environment
The assessment report is reasonably expected to significantly prevent or
reduce the risk of pollution or other damage to the marine environment of the
area concerned which include composition of the ecosystem/vulnerability of
the area to oil pollution.
Assessments are to be carried out in all areas and in areas in close
proximities or susceptible to areas likely to be affected, by the activities to be
carried out;
For shipboard activities such as ship-to-ship activity, floating repairs,
inspection, surveys or hull & tank cleaning, assessment shall include site
selection based on sensitive areas and shipboard operations in compliance
with the convention under MARPOL 1978 and Ballast Water Management
and sediments 2004;
All sensitive areas susceptible to pollution such as water-intakes, ports,
harbours, terminals, wildlife sanctuaries, wetlands, mangroves, public
beaches and the likes are to be assessed accordingly;
All risks related to shipping activities such as bunkering of fuel, transfer of
hydrocarbon products, chemical or gas, transfer of any hazardous or marine-
pollutants, require very extensive and comprehensive assessments;
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 6 / 8
Outsourcing of readily available oil spill response, recovery and clean-up
services shall be seriously considered unless expressly required by the
Director of Marine. However, organisation responsible for any marine activity
shall be required to meet the minimum standards of Tier 1 capability;
Other ship-to-ship activities such as the transfer of ship’s stores & spares,
oily water/sludge, garbage, scheduled wastes, sewage or untreated ballast
water shall be regulated by the ship’s master of both the discharging and the
receiving ship in accordance with existing rules & regulations including the
transportation and disposal of such wastes;
All hazards to the marine environment that has been discharged either
accidently or negligently shall be required to be removed and cleaned
according to local and national procedures and statutes. These shall be
required to report to the relevant authorities such as the Director of Marine,
Director General of Environment and Local Authorities to ensure a proper and
effective clean-up has been complied with.
All dumping areas for dredged materials shall be co-approved by the Director
of Marine/Regional Director and the Director General of Environment and
assessment needs to be carried on the suitability of the dumping ground,
location selection, bathymetry and capacity to accept dumping materials. Pre-
dumping bathymetry surveys may be required to determine the capacity
available to accept the quantity of dredged materials. A post dumping survey
may also be required to avoid seamounts and ensure even levelling of
dredged materials.
4. Maritime Security Assessments are to be carried out on all aspects to ensure that the activities
do not pose a security risk or threat to any ships, facilities or areas
designated/gazetted as restricted areas or classified as key-point targets
within the area or vicinity;
Assess the concerning areas of security with regards to ships and marine
facilities that are subjected to the ISPS Code, protected and restricted areas,
areas that may pose security risks or other areas deemed sensitive by the
National Security Council.
Evaluation shall include identification of vessels or facilities that are non-
compliance to ISPS Code. Security measures or mitigation plan shall be
imposed accordingly based on assessment and security arrangement which
are equivalent in accordance with ISPS Code.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 7 / 8
5. Hazard Identification
(HAZID)
Hazard Identification (HAZID) is a logical, structured methodology for hazard
identification and determination of control and mitigation measure, which can
be applied very early on in a project to identify both internally generated and
externally imposed risks in any process system or work activities. The
objective of HAZID is to identify any potential hazards posed by the process
system or work activities. The hazards associated with offshore cargo
transhipment activities can consist of dynamic hazard, flammable/explosive
hazard, physical hazards, etc. These hazards may result in injury/fatality to
personnel working onboard vessel(s), environmental pollution, damage to
property/assets and impact on the general repute of an organization.
Hazard Identification using established technique e.g. Fault tree analysis,
Event tree analysis, Bow-tie etc.
The HAZID exercise consists of a qualitative review of possible accidents that
may occur under the proposed marine activities. This will be done based on
previous accident experience or judgement where necessary. A structured
group reviews with relevant stakeholders to be conducted. e.g. Hazard review
workshop, Risk Ranking and Develop Hazard Register.
6. Risk Management
Tools
Quantitative Risk Analysis (QRA) is a formal and systematic risk analysis
technique to quantifying the risks associated with the proposed Project
activities supporting the understanding of exposure of risk to life, the
environment, company assets and organization reputation.
The Quantitative Risk Analysis (QRA) shall be performed using probability-
based risk modelling on the existing and anticipated future traffic conditions.
IALA Risk Management Toolbox – IWRAP Mk2 or equivalent is preferable.
AND / OR
• Qualitative Risk Management Tools
Assessment of risk in a defined waterway by means of a structured workshop
discussion. It is undertaken by carrying out a subjective assessment of the
probable risk in that waterway based on the experience of teams of maritime
experts and other stakeholders.
AND / OR
• Simplified IALA Risk Assessment Tools
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin dan Kebenaran Operasi
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 8 / 8
The management of risk involves a structured process that identifies hazards
and scenarios with associated risk before taking action to reduce the risk to
“As Low as Reasonably Practicable (ALARP)” which is acceptable to
stakeholders.
*Finalization of risk management tools method will be decided during
the TOR review by the Marine Department.
7. Risk Control and
Mitigation Measures
Risk control options and mitigation measures focus on either decreasing the
frequency of the event or lessening the consequences of the event should it
occur through enforcement of recovery controls. The assessment will be
designed to prioritize frequency reduction measures through preventive
barriers which are considered proactive solutions.
To provide clear identification and explanation of risk control and mitigation
measures to prevent, eliminate, reduce or offset adverse impacts of the
project during all phases including construction, operational period and
decommissioning phase if applicable.
• Cost benefit analysis of recommended RCO where applicable
8. Summary of Finding
and
Recommendation
• Provide a clear summary of the addressed findings and recommendation of
action to be taken by the respective parties or stakeholder.
LAMPIRAN 6
GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN KEBENARAN
AKTIVITI SEBAGAI PENYEDIA PERKHIDMATAN BAGI
MENJALANKAN AKTIVITI PEMINDAHAN KARGO
DARIPADA KAPAL KE KAPAL (SHIP TO SHIP TRANSFER
- STS) DI DALAM HAD PELABUHAN
KEPERLUAN DAN PROSEDUR DI MALAYSIA
JABATAN LAUT MALAYSIA
2020
Bahagian : Pelabuhan, Logistik, dan Perdagangan
Tarikh : 1 Oktober 2020
Nombor Pindaan : 01/2020
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 2 / 17
ISI KANDUNGAN
KLAUSA PERKARA MUKASURAT
1.0 Am 3
2.0 Pengenalan 3
3.0 Punca Kuasa 4
4.0 Syarat-Syarat Permohonan 5
5.0 Format Serahan Permohonan Dan Dokumen-Dokumen Wajib 9
6.0 Kaedah Serahan 11
7.0 Penentuan Tarikh Serahan 11
8.0 Proses Penilaian 12
9.0 Keputusan Penilaian 12
10.0 Pengeluaran Pertimbangan Dasar 13
11.0 Syarat-Syarat Pertimbangan Dasar Dengan Pelaksanaan
Analisa Risiko Marin
13
12.0 Syarat-Syarat Pertimbangan Dasar Dengan Pengecualian
Analisa Risiko Marin
14
13.0 Proses Dan Keputusan Jawatankuasa Penilai Laporan Analisa
Risiko Marin
15
14.0 Pengeluaran Kebenaran Aktiviti Dan Conditions Of Approval
(COA) Serta Pematuhan Syarat-Syarat
15
15.0 Tempoh Kebenaran Aktiviti 16
16.0 Kebenaran Operasi 16
17.0 Carta Alir Proses Perjalanan Garis Panduan 16
18.0 Jadual Proses Perjalanan Garis Panduan 17
19.0 Lampiran 1 17
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 3 / 17
1.0 AM
1.1 Garis Panduan Permohonan Dan Operasi Sebagai Penyedia Perkhidmatan Bagi
Menjalankan Aktiviti Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke Kapal (Ship To Ship Transfer -
STS) Di Dalam Had Pelabuhan (selepas ini disebut “Garis Panduan”) ini adalah penerangan
kaedah pelaksanaan Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) Seksyen 491B(1)(k) – aktiviti
kapal ke kapal. Garis Panduan ini merupakan satu (1) prosedur operasi standard (POS) yang
diwujudkan sebagai rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang ingin menjadi penyedia
perkhidmatan bagi menjalankan perkhidmatan aktiviti pemindahan kargo daripada dari kapal
ke kapal di dalam had pelabuhan yang dibenarkan.
1.2 Garis Panduan ini hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kegagalan
mematuhi Garis Panduan ini boleh menyebabkan permohonan tidak dapat diproses, ditolak,
dan seterusnya tidak dibenarkan beroperasi.
1.3 Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada pihak Bahagian Pelabuhan,
Logistik, dan Perdagangan (BPLP) Ibu Pejabat Laut (IPL) Jabatan Laut Malaysia (JLM)
melalui [email protected] atau talian telefon 03-33467777.
2.0 PENGENALAN
2.1 Aktiviti pemindahan kargo daripada kapal ke kapal atau aktiviti ship to ship (STS)
transfer di bawah Garis Panduan ini adalah ditakrifkan sebagai aktiviti pemindahan kargo
pukal dari ruang petak kargo (cargo hold) suatu kapal ke ruang petak kargo (cargo hold)
suatu kapal lain sahaja.
mailto:[email protected]
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 4 / 17
2.2 Kargo cecair adalah ditakrifkan terdiri daripada bahan-bahan yang dirujuk di dalam
buku Ship to Ship Transfer Guide diterbitkan oleh Witherby Publishing Group Ltd pada tahun
2013 kecuali bahan kimia (chemicals).
2.3 Kargo pepejal adalah ditakrifkan terdiri daripada bahan-bahan yang dirujuk di dalam
buku International Maritime Solid Bulk Cargoes (IMSBC) Code secara pukal kecuali bahan
kimia (chemicals).
3.0 PUNCA KUASA
3.1 Seksyen 491B(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 menyatakan bahawa “Any
ship which is engaged or intends to engage in any of the following activities; (k) ship-to-ship
activity, in Malaysian waters shall be required to notify the Director of Marine, in such form
as may be prescribed by him, of such activity”.
3.2 Seksyen 491B(3) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 menyatakan bahawa “The
Director of Marine, upon receiving the notification, may impose such terms and conditions as
he thinks fit, including prescribing the fees for anything to be done or permitted to be done
under this Ordinance, on the activity”.
3.3 Seksyen 491B(4) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 menyatakan bahawa “The
owner, master or agent of the ship or any person who contravenes subsection (1) and (3)
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one
hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both”.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 5 / 17
4.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
4.1 Mana-mana pemohon yang berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan bagi
menjalankan aktiviti STS hendaklah memaklumkan dan memohon kelulusan bagi
pelaksanaan aktiviti STS kepada Pengarah Laut Malaysia dengan mengemukakan satu
permohonan bertulis kepada Pengarah Laut Malaysia.
4.2 Pemakluman dan permohonan di bawah para 4.1 hendaklah disertakan dengan
dokumen-dokumen sebagaimana yang dinyatakan di para 4.3. Permohonan sebagai
penyedia perkhidmatan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Baharu dan
Pembaharuan. Pemohon hendaklah menggunakan Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0):
Permohonan Sebagai Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti Pemindahan Kargo
Daripada Kapal Ke Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di Dalam Had Pelabuhan semasa
memohon kepada Pengarah Laut samada permohonan baharu atau pembaharuan.
4.3 Bagi menyelaraskan permohonan ini, BPLP IPL telah menetapkan standard bagi
syarat-syarat wajib untuk dipertimbangkan sebagai penyedia perkhidmatan ini. Bagi
permohonan baharu, terdapat tiga (3) fasa yang wajib yang hendaklah dilepasi sebelum
dipertimbangkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan ini. Pemohon hendaklah mematuhi
dan memenuhi syarat-syarat wajib seperti berikut:
A. FASA 1: PERMOHONAN BAHARU –
i. Pemohon hendaklah sebuah entiti yang berdaftar di Malaysia di bawah
Perundangan Akta Syarikat yang terpakai (Syarikat Sendirian Berhad atau
Berhad sahaja) dan bebas daripada sebarang tindakan mahkamah mahupun
bankrup atau digulingkan;
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 6 / 17
ii. Pemilikan ekuiti syarikat pemohon hendaklah minima 51% ekuiti adalah
warganegara Malaysia dan minimum ahli lembaga pengarah syarikat hendaklah
2/3 adalah warganegara Malaysia;
iii. Mempunyai modal berbayar (paid up capital) minimum syarikat pemohon adalah
berjumlah RM1,000,000/koordinat (bagi kargo petroleum);
iv. Mempunyai modal berbayar (paid up capital) minimum syarikat pemohon adalah
berjumlah RM500,000/koordinat (bagi kargo bukan petroleum);
v. Penyata bank bagi tiga (3) bulan terakhir berturut-turut syarikat pemohon dengan
baki minimum berjumlah RM1,000,000/koordinat (bagi kargo petroleum);
vi. Penyata bank bagi tiga (3) bulan terakhir berturut-turut syarikat pemohon dengan
baki minimum berjumlah RM500,000/koordinat (bagi kargo bukan petroleum);
vii. Dokumen terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
kepada pemohon mengenai maklumat corporate information, summary of share
capital, directors/officers, shareholders/members, company charges, dan
summary of financial information;
viii. Penyata kewangan yang telah diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah bagi dua
(2) tahun terakhir dan terkini;
ix. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) orang kakitangan tetap sebagai STS
Superitendent* (rujuk kelayakan di dalam Conditions Of Approval);
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 7 / 17
x. Dokumen profil syarikat yang merangkumi rancangan operasi aktiviti/perniagaan
berserta pengalaman kerja/perkhidmatan;
xi. Syarikat hendaklah pemegang lesen melombong yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa negeri atau persekutuan atau mempunyai perjanjian dengan
pemegang lesen melombong yang menyokong bagi pemindahan kargo bukan
petroleum;
xii. Mengemukakan dengan lengkap dan jelas Borang Marine/491B/K/1Rev.1.0;
xiii. Laporan awal berdasarkan terma rujukan analisa risiko marin bagi koordinat
lokasi yang dipohon.
B. FASA 2: PERTIMBANGAN DASAR –
xiv. Mematuhi dan melepasi syarat-syarat Fasa 1: Permohonan Baharu;
xv. Telah mendapat Ketetapan Dasar daripada Kementerian Pengangkutan
Malaysia (MOT) bagi kargo petroleum sahaja; dan
xvi. Mematuhi syarat-syarat Pertimbangan Dasar seperti di Klausa 11.0.
C. FASA 3: KEBENARAN AKTIVITI –
xvii. Mematuhi dan melepasi syarat-syarat Fasa 2: Pertimbangan Dasar;
xviii. Laporan analisa risiko marin diluluskan oleh Jawatankuasa Penilai; dan
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 8 / 17
xix. Mematuhi syarat-syarat Kebenaran Aktiviti dan Conditions of Approval (COA).
4.4 Manakala bagi permohonan pembaharuan, terdapat dua (2) fasa yang wajib yang
hendaklah dilepasi sebelum dipertimbangkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan ini.
Pemohon hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat-syarat wajib seperti berikut:
A. FASA 1: PERMOHONAN PEMBAHARUAN –
i. Pemohon hendaklah sebuah entiti yang berdaftar di Malaysia di bawah
Perundangan Akta Syarikat yang terpakai (Syarikat Sendirian Berhad atau
Berhad sahaja) dan bebas daripada sebarang tindakan mahkamah mahupun
bankrup atau digulingkan;
ii. Pemilikan ekuiti syarikat pemohon hendaklah minima 51% ekuiti adalah
warganegara Malaysia dan minimum ahli lembaga pengarah syarikat hendaklah
2/3 adalah warganegara Malaysia;
iii. Dokumen terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
kepada pemohon mengenai maklumat corporate information, summary of share
capital, directors/officers, shareholders/members, company charges, dan
summary of financial information;
iv. Penyata kewangan yang telah diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah bagi dua
(2) tahun terakhir dan terkini;
v. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) orang kakitangan tetap sebagai STS
Superitendent* (rujuk kelayakan di dalam Conditions Of Approval);
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 9 / 17
vi. Syarikat hendaklah pemegang lesen melombong yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa negeri atau persekutuan atau mempunyai perjanjian dengan
pemegang lesen melombong yang menyokong bagi pemindahan kargo bukan
petroleum;
vii. Mengemukakan dengan lengkap dan jelas Borang Marine/491B/K/1Rev.1.0; dan
viii. Syarikat telah diaudit sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh dua (2)
tahun oleh JLM.
B. FASA 3: KEBENARAN AKTIVITI –
ix. Melepasi syarat-syarat Fasa 1: Permohonan Pembaharuan; dan
x. Mematuhi syarat-syarat Kebenaran Aktiviti dan Conditions of Approval (COA).
4.5 Kegagalan mematuhi syarat-syarat permohonan ini boleh menyebabkan keseluruhan
permohonan ditolak.
5.0 FORMAT SERAHAN PERMOHONAN DAN DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB
5.1 Bagi membolehkan Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan membuat penilaian
awal ke atas permohonan dan dokumen-dokumen wajib, BPLP IPL telah menyelaraskan
satu (1) format senarai semak permohonan bagi permohonan dan dokumen-dokumen wajib
yang perlu disediakan. Format ini adalah bertujuan supaya setiap permohonan dan
dokumen-dokumen wajib adalah mencukupi dan lengkap semasa penyerahan permohonan
kepada Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan. Pengarah Laut JLM Wilayah yang
berkaitan hanya akan mempertimbangkan permohonan tersebut sekiranya didapati cukup,
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 10 / 17
lengkap, dan mematuhi standard format yang telah ditetapkan. Sekiranya semakan awalan
terhadap permohonan dan dokumen-dokumen wajib didapati tidak cukup, tidak lengkap, dan
tidak mematuhi standard format yang ditetapkan, Pengarah Laut JLM Wilayah yang
berkaitan berhak menolak penyerahan tersebut.
5.2 Permohonan dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi standard format
yang ditetapkan hendaklah diserahkan kepada Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan
seperti berikut:
i. Mengisi dengan lengkap Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0) dan Senarai
Semak Permohonan bagi Permohonan Sebagai Penyedia Perkhidmatan Bagi
Menjalankan Aktiviti Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke Kapal (Ship To
Ship Transfer - STS) Di Dalam Had Pelabuhan (Lampiran 1); dan
ii. Kesemua dokumen yang dinyatakan di Klausa 4 para 4.3 atau para 4.4
mengikut hasrat permohonan (baharu atau pembaharuan).
5.3 Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0) hendaklah untuk satu (1) koordinat sahaja di
dalam satu (1) had pelabuhan sahaja. Sekiranya pemohon ingin memohon melebihi satu (1)
koordinat di dalam had pelabuhan yang sama dan/atau di dalam had pelabuhan yang
berbeza, pemohon hendaklah menggunakan Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0) yang
berlainan.
5.4 Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0) ini tidak terpakai kepada aktiviti STS bagi kapal-
kapal yang ingin memasuki dan/atau keluar dari suatu pelabuhan (jeti atau terminal) untuk
tujuan lightering disebabkan oleh limitasi kedalaman draf kapal di dalam had pelabuhan
tersebut atau dalam keadaan kecemasan.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 11 / 17
5.5 Borang (Marine/491B/K/1Rev.1.0) ini juga tidak terpakai kepada aktiviti bunkering
kapal ke kapal di mana kargo dipindahkan dari tangki/ruang petak kargo (cargo hold) ke
tangki minyak (engine tank) untuk kegunaan sebagai bahan bakar atau penggerak enjin.
5.6 Kegagalan mematuhi format serahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib ini
boleh menyebabkan keseluruhan pemohonan pemohon ditolak.
6.0 KAEDAH SERAHAN
6.1 Permohonan dan dokumen-dokumen wajib yang telah mematuhi format yang
ditetapkan hendaklah diserahkan dengan tangan atau pos kepada Pengarah Laut JLM
Wilayah yang berkaitan oleh pemohon sahaja. Sekiranya diserahkan oleh individu yang tiada
di dalam senarai nama kakitangan pemohon, maka individu tersebut hendaklah
menyerahkan bersama-sama surat lantikan memberi kuasa untuk menyerahkan
keseluruhan dokumen tersebut daripada pemohon kepada Pengarah Laut JLM Wilayah
yang berkaitan semasa penyerahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib tersebut.
6.2 Kegagalan mematuhi kaedah serahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib ini
boleh menyebabkan permohonan pemohon tidak dapat diproses dan seterusnya ditolak.
7.0 PENENTUAN TARIKH SERAHAN
7.1 Apabila serahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib dibuat melalui pos, tarikh
tanda pos pada sampul surat itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh serahan permohonan
dan dokumen-dokumen wajib itu dibuat, dan jika Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan
tidak dapat menentukan tarikh pada tanda pos itu, serahan itu hendaklah disifatkan sebagai
telah dibuat tiga (3) hari sebelum tarikh serahan itu diterima oleh Pengarah Laut JLM Wilayah
yang berkaitan; atau
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 12 / 17
7.2 Apabila serahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib dibuat melalui serahan
tangan, tarikh cop terima pada surat serahan permohonan dan dokumen-dokumen wajib itu
hendaklah disifatkan sebagai tarikh serahan itu dibuat.
8.0 PROSES PENILAIAN
8.1 Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan setelah membuat penilaian awal ke atas
kecukupan dan pematuhan permohonan dan dokumen-dokumen wajib tersebut, akan
mengeluarkan slip maklumbalas kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari
tarikh serahan samada penyerahan tersebut mematuhi atau tidak mematuhi Garis Panduan
ini.
8.2 Permohonan dan dokumen-dokumen wajib yang cukup dan patuh akan dinilai oleh
Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan melalui Bahagian atau Unit yang berkenaan.
Proses penilaian dan seterusnya laporan penilaian akan dikemukakan kepada BPLP IPL
dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh slip maklumbalas yang diberikan
kepada pemohon. Penilaian boleh dibuat dalam apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai
seperti perbincangan atau mesyuarat. BPLP IPL akan menyemak laporan penilaian tersebut
dan menetapkan keputusan penilaian.
9.0 KEPUTUSAN PENILAIAN
9.1 Keputusan penilaian adalah muktamad. Pemohon akan dimaklumkan mengenai
keputusan penilaian oleh BPLP IPL melalui notis bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
dari tarikh laporan penilaian diterima. Bagi keputusan ‘Tidak Diluluskan’, pemohon boleh
menyerahkan semula permohonan dan dokumen-dokumen wajib kepada Pengarah Laut
JLM Wilayah yang berkaitan mengikut proses seperti sediada untuk dipertimbangkan
seterusnya.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 13 / 17
10.0 PENGELUARAN PERTIMBANGAN DASAR
10.1 Pemohon yang berjaya melepasi penilaian boleh diberikan Pertimbangan Dasar.
Pertimbangan Dasar adalah suatu notis bertulis keputusan awal bersyarat sebelum
Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) dipertimbangkan kepada pemohon. Terdapat dua (2)
kategori Pertimbangan Dasar iaitu:
i. Pertimbangan Dasar dengan pelaksanaan analisa risiko marin; atau
ii. Pertimbangan Dasar dengan pengecualian analisa risiko marin.
10.2 Sekiranya pemohon diberikan Pertimbangan Dasar kategori (i), pemohon hendaklah
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Pertimbangan Dasar tersebut dan
juga hendaklah merujuk kepada Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin,
dan Kebenaran Operasi Fasa 2. Manakala sekiranya pemohon diberikan Pertimbangan
Dasar kategori (ii), pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam
Pertimbangan Dasar tersebut sebelum Kebenaran Aktiviti (Approval Activity)
dipertimbangkan kepada pemohon.
11.0 SYARAT-SYARAT PERTIMBANGAN DASAR DENGAN PELAKSANAAN
ANALISA RISIKO MARIN
11.1 Pemohon hendaklah mematuhi kesemua syarat Pertimbangan Dasar ini untuk ke
peringkat seterusnya iaitu memperoleh Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) sebagai
penyedia perkhidmatan ini dan seterusnya beroperasi. Berikut adalah syarat-syarat
Pertimbangan Dasar yang wajib dipatuhi:
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 14 / 17
i. Hendaklah merujuk Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa Risiko Marin,
dan Kebenaran Operasi;
ii. Pertimbangan Dasar ini adalah sah untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan
dari tarikh dikeluarkan;
iii. Menjalankan analisa risiko marin dan seterusnya menyediakan laporan;
iv. Menyediakan STS Transfer Manual dan Oil Spill Response and Emergency Plan;
v. Hendaklah menyerahkan perkara iii dan iv selewat-lewatnya pada tarikh akhir
Pertimbangan Dasar; dan
vi. Lain-lain syarat atau tindakan yang akan dimaklumkan kelak.
11.2 Jika apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen-dokumen yang dikehendaki di
bawah para 11.1 gagal diberikan oleh pemohon dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh
BPLP IPL, Pertimbangan Dasar itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan
permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon kelak.
12.0 SYARAT-SYARAT PERTIMBANGAN DASAR DENGAN PENGECUALIAN
ANALISA RISIKO MARIN
12.1 Pemohon hendaklah mematuhi kesemua syarat Pertimbangan Dasar ini untuk ke
peringkat seterusnya iaitu memperoleh Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) sebagai
penyedia perkhidmatan ini dan seterusnya beroperasi.
12.2 Syarat-syarat Pertimbangan Dasar in adalah wajib dipatuhi tertakluk kepada
ketentuan BPLP IPL, Pengarah Laut JLM Wilayah yang berkaitan, dan juga mana-mana
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 15 / 17
Agensi Kerajaan yang terlibat kelak untuk dipatuhi oleh pemohon sebelum dipertimbangkan
untuk Kebenaran Aktiviti (Approval Activity).
12.3 Jika apa-apa syarat-syarat yang ditentukan di bawah para 12.2 gagal dipatuhi oleh
pemohon dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh BPLP IPL, Pertimbangan Dasar itu
hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat
oleh pemohon kelak.
13.0 PROSES DAN KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENILAI LAPORAN
ANALISA RISIKO MARIN
13.1 Pemohon hendaklah merujuk kepada Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa
Risiko Marin, dan Kebenaran Operasi berhubung proses dan keputusan Jawatankuasa
Penilai Laporan Analisan Risiko Marin.
14.0 PENGELUARAN KEBENARAN AKTIVITI (APPROVAL ACTIVITY) DAN
CONDITIONS OF APPROVAL (COA) SERTA PEMATUHAN SYARAT-SYARAT
14.1 Pemohon yang berjaya lulus syarat-syarat Pertimbangan Dasar dan laporan analisa
risiko marin diluluskan oleh Jawatankuasa Penilai Laporan Analisan Risiko Marin boleh
dipertimbangkan untuk Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) sebagai penyedia
perkhidmatan ini. Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) ini adalah bersekali dengan
Conditions of Approval (COA). Pemohon yang memegang Kebenaran Aktiviti (Approval
Activity) ini adalah sah sebagai Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo STS Di Dalam Had Pelabuhan (selepas ini disebut “Penyedia
Perkhidmatan STS”). Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) ini adalah kebenaran kepada
Penyedia Perkhidmatan STS untuk menjalankan aktiviti STS di dalam had pelabuhan di
bawah Seksyen 491B Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 16 / 17
14.2 Penyedia Perkhidmatan STS hendaklah merujuk dan mematuhi kesemua peraturan
dan syarat yang terdapat di dalam Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) dan COA tersebut.
Contoh Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) dan COA disertakan di Lampiran 1 Garis
Panduan ini.
14.3 Kegagalan Penyedia Perkhidmatan STS mematuhi mematuhi kesemua peraturan
dan syarat yang terdapat di dalam Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) dan COA tersebut
boleh menyebabkan Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) digantung dan seterusnya
ditamatkan.
15.0 TEMPOH KEBENARAN AKTIVITI
15.1 Tempoh Kebenaran Aktiviti (Approval Activity) kepada Penyedia Perkhidmatan STS
ini adalah sah untuk tempoh tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh dikeluarkan.
16.0 KEBENARAN OPERASI
16.1 Pemohon hendaklah merujuk kepada Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa
Risiko Marin, dan Kebenaran Operasi berhubung proses kebenaran operasi, keputusan
Jawatankuasa Penilai Laporan Analisan Risiko Marin, dan JLM Wilayah berkaitan.
17.0 CARTA ALIR PROSES PERJALANAN GARIS PANDUAN
17.1 Pemohon hendaklah merujuk kepada Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa
Risiko Marin, dan Kebenaran Operasi berhubung carta alir proses perjalanan Garis Panduan
ini.
Jabatan Laut Malaysia Nombor Pindaan: 01
Garis Panduan Permohonan Dan
Kebenaran Aktiviti Sebagai Penyedia
Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti
Pemindahan Kargo Daripada Kapal Ke
Kapal (Ship To Ship Transfer - STS) Di
Dalam Had Pelabuhan
Tarikh : 01/10/2020
Mukasurat 17 / 17
18.0 JADUAL PROSES PERJALANAN GARIS PANDUAN
18.1 Pemohon hendaklah merujuk kepada Tatacara Permohonan Aktiviti Marin, Analisa
Risiko Marin, dan Kebenaran Operasi berhubung jadual proses dan tempoh perjalanan Garis
Panduan ini.
19.0 LAMPIRAN 1
i. Borang Marine/491B/K/1Rev.1.0
ii. Senarai Semak Permohonan
iii. Template Kebenaran Aktiviti (Approval Activity)
iv. Default Conditions of Approval (COA)
******************************************************************************************************** Ruangan di bawah ini adalah diniatkan kosong.
Marine/491B/K/1Rev.1.0
Rujukan Jabatan:
Mukasurat 1 / 16
√
BORANG PERMOHONAN SEBAGAI PENYEDIA
PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI
PEMINDAHAN KARGO DARIPADA KAPAL KE KAPAL (SHIP
TO SHIP TRANSFER - STS) DI DALAM HAD PELABUHAN
BAHARU PEMBAHARUAN
*Sila tandakan yang mana berkenaan.
NAMA SYARIKAT:
NO. PENDAFTARAN SSM:
NO. PENDAFTARAN SST (sekiranya ada):
ALAMAT SYARIKAT:
EMEL SYARIKAT:
NO. TELEFON SYARIKAT: NO. FAKS SYARIKAT:
NAMA PEMOHON:
Marine/491B/K/1Rev.1.0
Rujukan Jabatan:
Mukasurat 2 / 16
√
EMEL PEMOHON:
NOMBOR TELEFON BIMBIT PEMOHON:
LOKASI PERMOHONAN:
HAD PELABUHAN:
KOORDINAT LOKASI (FORMAT WGS-84 SAHAJA):
1. LATITUD:
LONGITUD:
Contoh: LATITUD: 050 55.5555’U
LONGITUD: 1050 55.5555’T
JENIS KARGO:
Bil. Kargo Petroleum Kargo Bukan Petroleum
1. Marine Gas Oil Pasir
2. Marine Diesel Oil Bauxite
3. Marine Fuel Oil
4. Crude Oil
5. Liquefied Natural Gas
6. Liquefied Petroleum Gas
7. Lain-lain: Lain-lain:
*Sila tandakan yang mana berkenaan.
**Pemindahan kargo STS bagi kargo petroleum dan kargo bukan petroleum adalah
tidak dibenarkan di koordinat yang sama.
LAIN - LAIN (SILA NYATAKAN):
Marine/491B/K/1Rev.1.0
Rujukan Jabatan:
Mukasurat 3 / 16
SENARAI SEMAK PERMOHONAN
Bil.
Perkara/ Dokumen
Keperluan
JLM
(Baharu)
Keperluan
JLM
(Pembaharuan)
Untuk
Ditanda
Pemohon
Untuk
Ditanda
*JLM
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
1. Hendaklah sebuah entiti yang
berdaftar di Malaysia di bawah
Perundangan Akta Syarikat yang
terpakai. (Syarikat Sendirian Berhad
atau Berhad sahaja)
2. Pemilikan ekuiti syarikat pemohon
hendaklah minima 51% ekuiti adalah
warganegara Malaysia dan minimum
ahli lembaga pengarah syarikat
hendaklah 2/3 adalah warganegara
Malaysia.
3. Modal berbayar (paid up capital)
minimum syarikat pemohon adalah
berjumlah RM1,000,000/koordinat.
(bagi kargo petroleum)
4. Modal berbayar (paid u