Download docx - Teknik Menggambar

Transcript
Page 1: Teknik Menggambar

Teknik Menggambar

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan

sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam

menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu

berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan

kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui

pemikiran dan pengalaman.

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang

menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan

kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek

serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai

media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan

komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini

ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan,

gurisan, capan dan mozek .

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri

seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta

mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar

membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas

dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui

pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

Page 2: Teknik Menggambar

Teknik lukisan.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu

permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu

sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas

permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu

ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media

ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas,

kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas

permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak

menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar

Page 3: Teknik Menggambar

seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat

akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan

betul.

Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu

bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau

bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej

seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk

menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan

khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga

dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang

berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan

corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain

dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi

sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Page 4: Teknik Menggambar

Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-

gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran,

kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan

gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk

menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada

imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun

supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej

dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai

cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil

karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

Page 5: Teknik Menggambar

Teknik Cetakan

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat

yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan .

Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang

hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan

imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu

permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam

beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan

menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses

penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain.

Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau

beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu

permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau

bahan lain.

Page 6: Teknik Menggambar

Teknik Resis

Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar

yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam

kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.

Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini

menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan

dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan

tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat

warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi

tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

Page 7: Teknik Menggambar

Teknik Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada

permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula

menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan

adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada

sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara

satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan

menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas

suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat

supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Page 8: Teknik Menggambar

Teknik stensilan

Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Page 9: Teknik Menggambar

Teknik percikan

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk

atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled

granite- style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang

lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan

kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-

titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu

terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari

pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan

menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

Teknik Gurisan.

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan

dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar

sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh

disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal

melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik

boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan

gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan

yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Page 10: Teknik Menggambar

Teknik Capan

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori

cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan

bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu

permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan

menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan

buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai

bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

eknik Mozek

Page 11: Teknik Menggambar

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

Definisi Muzik- satu cabang seni dan juga sains yangmenggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumentaltermasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran ataurekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikutestetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga bolehmencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.ı Kemahiran Muzikal Nyanyianı Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakanı Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepadaaspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknikpengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajarmenggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Page 12: Teknik Menggambar

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalamkegiatan permainan alat muzik.

Tempura

PengenalanAlat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

FungsiDigunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara BermainDipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Erh-Hu

PengenalanErh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

FungsiAlat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara BermainErh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Page 13: Teknik Menggambar

Gambus

PengenalanSejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

FungsiGambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara BermainDipetik bagaimana cara bermain guitar.

Pipa

PengenalanPipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

FungsiPipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain

Page 14: Teknik Menggambar

Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Rehab

PengenalanAlat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

FungsiDigunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara BermainRebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Sapeh

Pengenalan

Page 15: Teknik Menggambar

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

FungsiAlat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara BermainSapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Satong

PengenalanDiperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.

FungsiDimainkan ketika mengisi masa lapang.

Cara BermainTali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.

Sitar

PengenalanAlat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi

Page 16: Teknik Menggambar

Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara BermainDimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Sundatang

PengenalanDiperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

FungsiDi Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara BermainIa dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Venna

PengenalanAlat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Page 17: Teknik Menggambar

FungsiDigunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara BermainDiletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.

Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman

Page 18: Teknik Menggambar

Pertengahan.

Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Page 19: Teknik Menggambar

Gambar belakang bahagian kompang.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.

Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Page 20: Teknik Menggambar
Page 21: Teknik Menggambar
Page 22: Teknik Menggambar
Page 23: Teknik Menggambar
Page 24: Teknik Menggambar
Page 25: Teknik Menggambar
Page 26: Teknik Menggambar
Page 27: Teknik Menggambar
Page 28: Teknik Menggambar
Page 29: Teknik Menggambar
Page 30: Teknik Menggambar
Page 31: Teknik Menggambar
Page 32: Teknik Menggambar