1
TEKS ALUAN
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KECEMERLANGAN KOPERASI
SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
2
31 OKTOBER 2017 (SELASA)
HOTEL TAIPING PERDANA, TAIPING
PERAK
Bismillahirrahmanirrahim.,
Assalamualaikum wr. wbth. Salam
1Malaysia dan Salam 1Koperasi
Terima Kasih Pengacara Majlis
3
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA
DAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM
SEBELUM MAJLIS BERMULA]
1. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana memberi
4
kesempatan dan waktu untuk kita
berhimpun di sini, bagi menjayakan
Majlis Perasmian Penyampaian
Anugerah Kecemerlangan Koperasi
Sekolah (AKKS) Terbaik Peringkat
Kebangsaan 2017.
5
2. Saya bagi pihak ANGKASA dan
Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan
mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada YB Dato’ Seri
Hamzah bin Zainudin, Menteri
KPDNKK yang sudi meluangkan
masa bersama-sama dengan kita
pada malam yang penuh
6
bermakna ini, bagi meraikan
kejayaan koperasi-koperasi
sekolah, koperator-koperator muda
dan guru-guru koperasi terpilih dari
seluruh negara yang telah memberi
sumbangan membanggakan
dalam pembangunan koperasi
sekolah dalam majlis yang gilang
7
gemilang ini. Selamat datang ke
majlis ini kepada semua pengamal
koperasi sekolah terpilih. Tahniah
dan syabas kepada semua yang
berjaya dan bakal menerima
anugerah pada malam ini.
8
4. Untuk makluman YB Dato’ Seri,
pada kali ini majlis
penganugerahan lebih bermakna
dan meriah kerana disekalikan
dengan Anugerah Khas ANGKASA
selain dari anugerah Utama.
Penganugerahan ini, mendapat
kerjasama yang padu Kementerian
9
Pendidikan Malaysia (KPM),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
Bahagian Pendidikan Teknik &
Vokasional (BPTV) di samping
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) dan Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) yang memberi
10
sokongan dalam membangunkan
gerakan koperasi sekolah di negara
ini sehingga berada di tahap
sekarang.
YB. Dato’ Seri, Dif-Dif Jemputan dan
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
11
5. Pada peringkat awal, ANGKASA
mengasaskan sambutan HKS
bertujuan untuk menggalakkan
koperator-keperator sekolah
mendalami ilmu koperasi melalui
pertandingan kuiz yang diadakan
sempena Perayaan Hari Koperasi
Antarabangsa. Namun pada hari ini
12
konsep HKS telah bertukar dan
ditransformasi menjadi Anugerah
Kecemerlangan Koperasi Sekolah
(AKKS) yang lebih menyeluruh bagi
mencari koperasi sekolah yang
boleh menjadi penanda aras
kepada sekolah-sekolah lain. AKKS
ini diperluaskan ke peringkat zon,
13
negeri dan kebangsaan melalui
acara berasingan dengan
pelbagai aktiviti bagi menyuburkan
amalan berkoperasi dalam skala
yang lebih besar. Bagi memberi
peluang lebih ramai murid-murid,
sekolah-sekolah dan penglibatan
komuniti dalam AKKS.
14
6. Alhamdulilah, sejak HKS dan
sekarang AKKS dilaksanakan pada
1991 sehingga kini, sambutan
sangat menggalakkan. Walaupun
dalam keadaan ekonomi yang
kurang memberangsangkan,
koperasi sekolah mampu
menunjukkan prestasi yang terbaik
15
di dalam AKKS 2017 sekaligus
membuktikan keberjayaan AKKS
dalam membudayakan amalan
berkoperasi dalam kalangan
generasi muda di sekolah.
7. Statistik pertumbuhan koperasi
sekolah meningkat dengan ketara
16
sejak diasaskan pada tahun 1969,
selaras dengan usaha-usaha yang
dilaksanakan ANGKASA. Untuk
makluman, sehingga Disember
2016, koperasi sekolah berjumlah
2,376 dengan keahlian 2.02 juta,
syer berjumlah RM24.84 juta, aset
berjumlah RM327.02 juta,
17
menyumbang perolehan sebanyak
RM359.29 juta.
8. Koperasi MRSM Kepala Batas,
Pulau Pinang, MRSM Kubang Pasu,
Jitra Kedah, yang terbaru Koperasi
Kolej Vokasional Tanah Merah telah
berjaya memperolehi pendapatan
18
melebihi RM1 juta, manakala 4
buah sekolah lagi bakal mengikuti
jejak yang sama iaitu SMK Kota,
Kota Bharu Kelantan, MRSM Tawau,
Sabah dan MRSM Taiping, Perak
yang perolehannya hampir
mencecah RM1 juta. ANGKASA
berhasrat melahirkan lebih banyak
19
koperasi sekolah menyumbang
perolehan melebih sejuta.
9. Ini tidak bermakna, ANGKASA
mencuba untuk
‘mengkomersialkan’ koperasi
sekolah. ANGKASA berpandangan
koperasi sekolah berpotensi
20
menjana pendapatan tanpa
mengganggu pembelajaran
dalam kelas, malah mampu
mengasah bakat-bakat
keusahawanan dan kemahiran-
kemahiran mentadbir, mengurus,
berniaga, membuat kira-kira dan
dapat memupuk pelbagai nilai-nilai
21
murni yang diperlukan untuk untuk
menjadi manusia berguna dan
berjaya kepada agama, bangsa
dan negara selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan
Malaysia dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
22
10. Ingin saya tegaskan di sini,
pengembangan koperasi sekolah
oleh ANGKASA masih tetap
mengekalkan matlamat asal –
untuk memberi latihan, pendidikan
dan pengalaman keusahawanan
secara langsung kepada murid-
murid.Yang mana latihan ini tidak
23
dapat diperolehi di bilik darjah.
Apabila mereka habis belajar,
pengalaman ini diharap dapat
membuka minda mereka untuk
menjalankan perniagaan sendiri
atau menubuhkan koperasi. Ini
bukan sahaja dapat membantu
mewujudkan peluang-peluang
24
pekerjaan baru malah dapat
mengurangkan kebergantungan
generasi muda untuk bekerja
makan gaji.
YB. Dato’ Seri, Dif-Dif Jemputan dan
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
25
11. Penjanaan pendapatan oleh
koperasi sekolah bukan untuk
keuntungan semata-mata, malah
koperasi dapat menjual keperluan
pelajar-pelajar, guru-guru dan
sekolah pada harga yang lebih
murah. Ini dapat membantu
mengurangkan beban murid-murid
26
dan kos sara hidup. Keuntungan
yang diperolehi juga akan
dipulangkan kepada murid-murid
dalam bentuk dividen atau
membantu sekolah menyediakan
kemudahan-kemudahan untuk
murid. Ini dapat mengurangkan
kebergantungan sekolah kepada
27
kerajaan untuk pembiayaan
prasarana sekolah.
12. Selaras dengan itu, ANGKASA
memfokuskan untuk
membangunkan dan
mengembangkan perniagaan
koperasi sekolah melalui program
28
terpilih seperti Bengkel
Pembangunan Perniagaan,
Bengkel Perniagaan Kiosk, Bengkel
Pembangunan Produk, Dialog
Pengetua, kursus-kursus untuk
pelajar-pelajar dan guru-guru
koperasi, Bengkel Audit dan
Bengkel Khas Pengarah Teknik dan
29
Vokasional serta Bengkel untuk ALK
MRSM seluruh negeri.
13. Justeru, untuk
memperkasakan lagi koperasi
sekolah di negara ini, saya
memohon KPM & MARA
memastikan semua jabatan-
30
jabatan pendidikan dan pengetua-
pengetua sekolah menyokong
penuh semua program-program
pembangunan dijalankan
ANGKASA dengan memberi
pelepasan kepada guru-guru
koperasi dan pelajar-pelajar,
mengurangkan waktu mengajar
31
guru koperasi, memberi ruang
operasi, menggalakkan perluasan
perniagaan koperasi dan
kelonggaran menjual makanan
dan minuman yang tidak bermasak
semasa kantin beroperasi.
Sokongan mereka ini amat penting
dalam memacu kejayaan koperasi.
32
Banyak bukti menunjukkan
sokongan pengetua menjadi
pemangkin kejayaan koperasi
sekolah.
14. ANGKASA juga
mengharapkan, SKM dapat
menambah bajet KWAP untuk
33
pembangunan koperasi sekolah
bagi tahun hadapan dan semua
program pembangunan koperasi
sekolah diserahkan kepada
ANGKASA selaras dengan Deklarasi
Putrajaya.
34
15. Saya juga mengharapkan
koperasi sekolah dapat mencari
satu inisiatif untuk meningkatkan
tabungan pelajar-pelajar melalui
peningkatan kadar yuran atau
mewujudkan tabung simpanan
bagi menggalakkan pelajar-pelajar
menyimpan dan berjimat cermat.
35
Apabila mereka habis belajar dan
berjaya menyambung pengajian di
IPT ada sumber kewangan yang
dapat mereka gunakan untuk
menampung perbelanjaan di awal
pengajian.
36
16. Akhir kata, marilah kita
bersama-sama mengekalkan
prestasi koperasi sekolah negara di
persada dunia.
Sekian, wabillahi tawfiq wal
hidayah. Wassalamualaykum wrh.
wbth.