1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
BARANGAN ASAS (BA100)
2
PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA
15 JANUARI 2020 (RABU)
2.00 PETANG
COOPMART KOPERASI UMK
BERHAD, TAMAN PINGGIRAN
UNIVERSITI, BACHOK, KELANTAN
3
1. Saya mengucapkan syukur ke
hadrat ALLAH S.W.T. kerana dapat
bersama-sama dalam Majlis
Pelancaran Program Barang Asas
(BA100) peringkat Institusi Pengajian
Tinggi bagi Coopmart Koperasi UMK
Berhad.
4
2. Untuk makluman, Koperasi
UMK adalah yang pertama dalam
kalangan koperasi IPT yang menjadi
agen atau peruncit Program BA100.
Syabas dan tahniah kepada pihak
pengurusan koperasi UMK.
5
3. Saya juga mengambil
peluang mengucapkan terima
kasih kepada koperasi UMK yang
menjemput saya bagi merasmikan
majlis pelancaran program ini.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
6
4. BA100 merupakan projek
nasional yang diluluskan oleh
Perdana menteri dan menjadi nadi
kepada program pembangunan
ekonomi gerakan koperasi oleh
kementerian pembangunan
usahawan dan digerakkan secara
7
bersama oleh ANGKASA, SKM dan
IKM.
5. Rancangan pembangunan
program BA100 telah bermula sejak
November 2017 bagi mencapai
matlamat ekonomi dan anggota
8
koperasi khususnya dalam sektor
pemborongan dan peruncitan.
6. Matlamat akhir BA100 adalah
untuk:
❖ Menurunkan kos sara hidup
rakyat.
9
❖ Membantu koperasi dan IKS
memasarkan barangan koperasi
dan IKS.
❖ Membentuk gerakan koperasi
yang kuat menerusi ekosistem
yang lengkap.
10
❖ Menambah peluang pekerjaan
kepada anggota koperasi dan
rakyat Malaysia.
7. Melalui program ini, manfaat
yang akan diperolehi koperasi
(coop retailer) adalah:
11
❖ Mengurangkan kos barangan
jualan.
❖ Mengurangkan kos operasi
melalui platform JIMAT.
❖ Dividen lebih kepada anggota
koperasi melalui peningkatan
kualiti perniagaan dan
keuntungan koperasi.
12
❖ Meningkatkan jumlah anggota
dengan peningkatan
pulangan dividen.
8. Tiga modul utama
pelaksanaan BA100 (secara web
base) iaitu:
13
A. JIMAT HUB (pengedar
utama/pengilang) - menerima dan
menghantar tempahan pukal yang
telah dibuat oleh outlet.
B. JIMAT BIZ (outlet) - Akan
mempunyai paparan niaga
tentang aktiviti jualan termasuk PO,
14
inbois, resit dan sistem e-inventori
untuk pengurusan stok.
C. JIMAT SHOP (pengguna) - Dapat
melihat dan menyemak senarai
outlet mengikut lokasi, stok dan
harga promosi jualan, membuat
belian dan bayaran secara online
15
dan menerima notifikasi tentang
belian dan waktu pengambilan
di outlet.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
9. Bagi sektor peruncitan, Projek
BA100 merupakan projek utama
16
bagi ANGKASA untuk tahun 2020.
Pada tahun ini, ANGKASA
membuat ‘roadshow’ secara
besar-besaran dan tersusun bagi
meluaskan bilangan koperasi
menjadi peruncit atau agen
menjual barang-barang BA100
yang lebih jimat dan murah.
17
10. Sasaran lagi BA100 bagi
tahun 2020 adalah penyertaan
outlet 1500 seluruh negara dengan
jualan outlet sebanyak RM711 juta
dengan kadar penjimatan 5 %.
Status pencapaian sehingga 31
Disember 2019, 313 outlet telah
mendaftar sebagai agen dengan
18
jualan sebanyak RM179,000 dan 20
vendor. ANGKASA berharap lebih
banyak koperasi yang akan
menyertai program ini, terutama
koperasi IPT akan mengikut jejak
langkah koperasi UMK.
19
11. Mengikut statistik SKM
sehingga Jun 2019, terdapat 72
buah kopersi di IPTA dan 10 koperasi
di IPTS di seluruh Malaysia. Koperasi
IPTA sahaja jumlah keanggotaan
seramai lebih 49,000, dengan
syer/saham berjumlah lebih RM173
juta, aset lebih RM571 juta dan
20
perolehan sebanyak RM199.75 juta.
Sekiranya kesemua koperasi IPTA
memanfaat dan menyokong usaha
ini, matlamat yang kita harapkan
dan sasaran akan menjadi
kenyataan.
21
12. Saya dengan lafaz
bismillahirahmanirahim merasmikan
Pelancaran Program Barang Asas
BA 100 Peringkat Institusi Pengajian
Tinggi Malaysia.
Sekian, terima kasih.