Telekomunikasi Di Malaysia Disediakan Oleh
Zulhazlia Bt Zulkifli
SMK Seri Berang
21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu
Di akhir pembelajaran, murid dapat
3.2.1 Mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia 3.2.2 Menerangkan kemajuan alat telekomunikasi di
Malaysia 3.2.3 Membahaskan kepentingan telekomunikasi di
Malaysia 3.2.4 Menilai kesan telekomunikasi terhadap
pembangunan negara di Malaysia 3.2.5 Menentukan penggunaan alat telekomunikasi secara
beretika
Sejarah Telekomunikasi Malaysia
Telegraf
Telefon
Mesin teleks
Mesin faks
Telefon bimbit
Telefon pintar
1876
1891
Telefon yang berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks
Alat yang digunakan untuk memindahkan maklumat melalui rangkaian telefon
Telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1980 an
Telefon yang boleh digunakan untuk internet dan aplikasi-aplikasi media yang lain
Alat Telekomunikasi di Malaysia
Kemajuan Sistem
Telekomunikasi Di Malaysia
Satelit Kabel fiber
optik
Telefon pintar
Syarikat telekomunikas
i
Komputer
Koridor raya multimedia
(MSC)
Rangkaian jalur lebar
Satelit • Sejajar dengan perkembangan internet dunia, sistem
telekomunikasi negara juga turut berkembang
• Malaysia telah mula membina satelit bumi pertama di Kuantan, Pahang pada 6 April 1970.
• Ini diikuti dengan beberapa lagi stesen seperti di Alor Gajah (Melaka), Semantan (Sarawak) Wilayah Labuan dan Cyberjaya (Selangor)
• Perkembangan telekomunikasi bermula dengan pelancaran
dua satelit Malaysia iaitu MEASAT I dan MEASAT II pada tahun 1996 dan diikuti oleh beberapa satelit
MEASAT yang lain
• Malaysia juga telah melancarkan Satelit mikro pertama iaitu Tiungsat-I pada tahun 2000
• Ini disusuli dengan pelancaran RazakSAT pada 2009 yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik
• Siaran televisyen juga kian berkembang pesat. Siaran TV 1, TV 2 dan TV3 kini disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD)
• Sehingga 2016, ASTRO juga telah menawarkan sehingga 185 saluran televisyen dan 20 siaran radio kepada pelanggan berbayar.
• Kabel Fiber Optik
- Kabel fiber optik merupakan kabel yang diperbuat daripada
serat kaca atau plastik yang sangat halus
- Ia digunakan untuk menghantar isyarat telekomunikasi kepada peranti lain seperti komputer atau telefon
• Telefon pintar
- Alat telekomunikasi yang kebanyakannya dimiliki oleh
masyarakat sekarang
- Alat ini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi yang mampu menghantar maklumat dengan cepat
• Syarikat Telekomunikasi
- Syarikat telekomunikasi utama Malaysia adalah Telekom Malaysia (TM)
- Terdapat juga pelbagai syarikat swasta yang
lain yang berkembang pesat sejajar dengan
permintaan tinggi daripada penduduk
• Komputer/ Laptop
- Komputer marupakan alat telekomunikasi yang biasa digunakan pada masa sekarang
- Perisian di dalam komputer mampu melakukan kerja-kerja perkongsian maklumat dan data
- Perhubungan seperti sidang video juga dapat dinikmati oleh pengguna biasa seperti perisian skype
• Koridor Raya Multimedia
- MSC adalah pertubuhan yang diwujudkan untuk menyelia aktiviti-aktiviti yang melibatkan industri ICT tempatan
• Rangkaian Jalur Lebar berkelajuan
- Dasar kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan rakyat telah mewujudkan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
- SKMM berusaha untuk meluaskan kemudahan jalur lebar ke serata Malaysia
Kepentingan Telekomunikasi Di Malaysia
• Perkembangan sistem telekomunikasi negara telah membantu perkembangan ekonomi negara
• Perkembangan ini telah membantu
Memudah dan mempercepatkan penyebaran maklumat
Mengembangkan kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pelancongan, pengangkutan dan lain-lain
Meluaskan pasaran barangan
Membuka peluang pekerjaan
Kesan Perkembangan Sistem Telekomunikasi Di Malaysia
Kesan positif telekomunikasi
E perbankan Multimedia
interaktif
Tele sidang
Tele kesihatan E kerajaan
E dagang
Peluang pekerjaan
Dunia tanpa sempadan
Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika
• Perluasan perkembangan teknologi telekomunikasi membolehkan setiap orang mendapat talian internet
• Kemudahan ini membolehkan kita menerima segala maklumat terkini secara terbuka
• Namun, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memanipulasi kelebihan ini untuk kepentingan peribadi
• Oleh itu, penggunaan alat telekomunikasi secara beretika perlu diterapkan kepada generasi muda agar kemudahan yang disediakan tidak disalahguna
Tatacara penggunaan internet secara beretika
Menghargai hasil karya orang lain
Menggunakan kata-kata yang sopan dan
berperibadi tinggi
Menjaga kata laluan dan hak milik
peribadi
Mencari kesahihan maklumat dengan merujuk sumber
yang tepat
Mengelakkan dari menceroboh hak milik orang lain
Sentiasa akur dengan Akta Komunikasi
kerajaan
Menghindarkan diri daripada menyentuh isu-isu berbaur
agama dan perkauman
Menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk aktiviti
bermanafaat
Membuat penilaian yang berkhemah tentang sesuatu isu dengan merujuk kepada
yang pakar
Antara isu berkait dengan perkembangan telekomunikasi. Bincangkan