KERTAS KERJA
IBADAH KORBAN & AKIKAH
1439H / 2018M
TEMA
PROJEK KORBAN & AKIKAH DI
NEGARA-NEGARA YANG
MEMERLUKAN
TARIKH
22 OGOS 2018
HARI RAYA AIDILADHA 1439H
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon PENGLIBATAN
BADAN-BADAN KORPORAT/ INDIVIDU-INDIVIDU BAGI
BEKERJASAMA MENJAYAKAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN
& AKIKAH 1439H tahun 2018M.
2.0 LATAR BELAKANG
Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, umat
Islam seluruh dunia akan meraikannya dengan mengerjakan ibadat haji di
Makkah dan melaksanakan ibadat Korban. Semua ini dilaksanakan dengan tujuan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat korban adalah bertepatan dengan
dalil Al-Quran dan Hadis dan diantaranya adalah seperti berikut :
لربك وانحر فصل
“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur)..” Surah Al-Kautsar: 2..
Yayasan Ikhlas dengan pengalaman selama lebih 7 tahun telah melaksanakan
Ibadah Korban di banyak negara dan tempat yang memerlukan. Pada tahun 2017,
Yayasan Ikhlas telah laksanakan ibadah korban sebanyak 129 ekor lembu dan 11
ekor kambing di lebih dari 13 kawasan sama ada dalam Malaysia dan luar negara.
KAWASAN IBADAH KORBAN 2017 JUMLAH
Perkampungan Mualaf Di Sabah 3 Ekor Lembu
Perkampungan Mualaf Di Sarawak 4 Ekor Lembu
Penempatan Orang Islam Miskin Di Kemboja 28 Ekor Lembu
Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah Di
Lhoksuemawe, Aceh 3 Ekor Lembu
Perkampungan Islam Di Pulau Panjang, Thailand 4 Ekor Lembu
Madrasah Dan Masyarakat Miskin Di
Bangladesh 69 Ekor Lembu
Makkah 11 Ekor Kambing
Baling, Sik Dan Alor Setar, Kedah 18 Ekor Lembu
Pada tahun 2016, Yayasan Ikhlas membesarkan lagi kawasan pengagihan daging
ke Pulau Panjang di Thailand & Daerah Dhaka serta Kushtia di Bangladesh.
Yayasan Ikhlas juga melangkah kaki ke Kemboja, dan dilaksanakan di 3 tempat
orang Islam miskin iaitu di Kampung Svay Khleang dalam Daerah Krauch
Chmar, di Kampung Chhnang dan Kampung Senjumren. Setiap perkampungan
ini menempatkan orang muslim hampir 500 keluarga seramai 2200 orang secara
purata.
Di Lhokseumawe, Aceh pula, peristiwa musibah Gempa dan Tsunami yang
melanda Aceh pada tanggal 26 Disember 2004 lalu, telah membuat keadaan Aceh
berada dalam keadaan menghayat hati, buruk dan tidak mampu bangkit. Yayasan
Ikhlas dengan kerjasama PKPU Indonesia dan Yayasan Ar-Raudhah telah
mengumpulkan anak-anak yatim, yang kemudian dikumpulkan dalam sebuah
pondok, maka lahirlah pondok yatim yang diberi nama Tsunami Orphan House.
Pada 26 Disember 2006 pondok ini telah diubah nama menjadi Pondok Yatim
Tahfiz Ar-Raudhah Lhokseumawe. Projek Korban akan dijalankan setiap tahun
di sini, dan daging-daging Korban diberi kepada Pondok Yatim Tahfiz serta
penduduk sekitar yang memerlukan.
Pada tahun 2018 ini, Yayasan Ikhlas mensasarkan ibadah Korban & Akikah
sebanyak
KAWASAN IBADAH KORBAN 2018 TARGET 2018
Perkampungan Mualaf di Sabah 20 ekor lembu
Perkampungan Mualaf di Sarawak 30 ekor lembu
Penempatan Orang Islam Miskin Di Kemboja 200 ekor lembu
Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah Di Lhoksuemawe,
Aceh 20 ekor lembu
Perkampungan Islam di Pulau Panjang, Thailand 10 ekor lembu
Madrasah dan Masyarakat Miskin Di Bangladesh 50 ekor lembu
Kem Pelarian Rohingya 100 ekor lembu
3.0 OBJEKTIF
Obejktif Am : Menyediakan ruang dan peluang kepada seluruh umat Islam untuk
berkorban atau aqiqah dan daging diagihkan kepada mereka yang memerlukan,
yang tidak dapat menikmati daging Korban pada hari-hari biasa.
Objektif Khusus :
1. Mendekati sasaran masyarakat muallaf dan kawasan pendalaman, dengan
menjalankan majlis Korban secara komuniti, gotong royong ketika
penyembelihan dan jamuan makan. Mendapatkan kepercayaan kawasan
penduduk sekitar dan disediakan beberapa perancangan khas dalam
membangunkan kefahaman masyarakat Muslim khususnya kumpulan
mualaf terutamanya di Sabah dan Sarawak.
2. Menambahkan bilangan penyertaan rakyat Malaysia 10% lebih dari
penyertaan tahun 2017 (penyertaan tahun 2017 seramai lebih kurang 600
peserta)
3. Yayasan Ikhlas dapat membawa peserta korban ke kawasan korban serta
menghayati sejarah yang ada hubung kait dengan bangsa Melayu Islam.
4.0 MALAYSIA
4.1 SABAH
Di Sabah, Yayasan Ikhlas telah mengenal pasti golongan sasaran yang akan
terlibat dan akan menerima pengagihan daging Korban antaranya ialah keluarga
muallaf, keluarga miskin dan fakir. Setiap penerima agihan daging Korban akan
diambil butiran diri untuk memudahkan perancangan projek seterusnya.
20 ekor di Sabah akan dibahagi kepada dua kawasan, iaitu di Kg Mulung Kulung,
Pitas, dan di Nabawan.
4.2 SARAWAK
Sejak tahun 2014, Korban di Sarawak dijalankan di SMK Pending atas faktor
ramainya pelajar yang baru memeluk agama Islam (mualaf) di sana. Pada tahun
lalu, Yayasan Ikhlas berjaya jalankan ibadah Korban sebanyak 2 ekor di sana,
dan daging-daging diagihkan kepada pelajar-pelajar mualaf dan masyarakat
sekitar. Seterusnya korban juga akan dijalankan di Kampung Taee dan Kampung
Samalatong, Serian, Sarawak kerana di sana telah dijalankan kelas pengajian
mingguan untuk mualaf. Justeru itu, ibadah korban dirancang di sana supaya
menjadi program kemasyarakatan bersama antara Yayasan Ikhlas dan
masyarakat.
10 ekor lembu
di Nabawan
10 ekor lembu
di Kg Mulung
Kulung, Pitas
Kampung
Samalatong, Serian
SMK Pending,
Kuching
Kg Taee, Serian
5.0 LUAR NEGARA
5.1 THAILAND
Pada tahun 2015 dan 2016, Yayasan Ikhlas telah menjalankan Ibadah Korban di
Pulau Panjang, Satun Thailand sebanyak 2 ekor sahaja. Tahun 2017, dijalankan
sebanyak 4 ekor penyembelihan korban lembu.
Perkampungan Satun ini terdiri daripada orang-orang nelayan, dimana terdapat
perkampungan Islam di sana dikelilingi kampung-kampung Buddha. Lokasi
ibadah Korban akan dijalankan di Kampung Soi Ped, Kuankalong, Satun,
Thailand di Madrasah Nuruddin yang menempatkan 40 pelajar tahfiz dari
keluarga miskin. Target Korban di Thailand pada tahun 2018 adalah sebanyak
10 ekor lembu.
5.2 KEMBOJA
Segala perancangan kebajikan di Kemboja, akan dijalankan di kawasan orang
Melayu Cham tinggal. Melayu Cham adalah berasal dari Negara Champa yang
hari ini telah bertukar menjadi Vietnam. Mereka melarikan diri dari Champa ke
Kemboja melalui Sungai Mekong pada tahun 1826 hingga 1836. Mereka
membentuk komuniti bangsa Cham dalam masyarakat Khmer di Kemboja. Pada
17 April 1975, orang Islam dibunuh beramai-ramai ketika pemerintahan Polpot.
Kanak-kanak, perempuan, orang tua, imam-imam masjid surau, orang cerdik
pandai, dianggarkan seramai 500ribu orang melayu Cham dibunuh. Ketika itu,
orang Islam dipaksa makan babi, masjid surau dijadikan kandang babi,
menyebabkan kelompongan pemimpin dalam komuniti Melayu Cham.
Pulau
Panjang dan
Pulau Puju,
Satun
Thailand
Tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan ibadah korban di 3
perkampungan muslim iaitu di Kampung Senjumren dan Kampung Olung
sebanyak 69 ekor lembu.
Peta Kemboja :
5.3 ACEH
Yayasan Ikhlas dengan kerjasama PKPU Indonesia dan Yayasan Ar-Raudhah
telah mengumpulkan anak-anak yatim, yang kemudian dikumpulkan dalam
sebuah pondok, maka lahirlah pondok yatim yang diberi nama Tsunami Orphan
House. Pada 26 Disember 2006 pondok ini telah diubah nama menjadi Pondok
Yatim Tahfiz Ar-Raudhah Lhokseumawe. Projek Korban akan dijalankan setiap
tahun di sini, dan daging-daging Korban diberi kepada Pondok Yatim Tahfiz serta
penduduk sekitar yang memerlukan.
Lokasi Projek :
1. Kampung Senjumren, Wilayah Tbong Khmom – 5 hingga 6 jam dari
Lapangan Terbang Phnom Penh
2. Kampung Olung, Wilayah Kratie – 3 hingga 4 jam dari Kampung
Senjumren
1
2
5.4 BANGLADESH
Tahun 2016 merupakan kali pertama Yayasan Ikhlas menjalankan ibadah Korban
di Bangladesh. Sebanyak 47 ekor lembu dibawa dari penyertaan Malaysia
menunjukkan sokongan tinggi, dan Yayasan Ikhlas merasakan penyertaan akan
lebih ramai pada tahun seterusnya. Tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah jalankan
ibadah korban sebanyak 79 ekor di mana korban akan dijalankan lebih kepada
kawasan pendalaman seperti di Kushtia dan 10 ekor dijalankan di Cox’s Bazar.
Cox’s Bazar merupakan lokasi pelarian Rohingya yang telah membina
penempatan di sekitar tepi laut.
Pondok Yatim Tahfiz Ar
Raudhah, Lhokseumawe,
Aceh
Sasaran penerima daging
Korban tahun ini adalah
1. Pondok Yatim Tahfiz Ar
Raudhah
2. Penduduk miskin sekitar
Pondok Yatim Tahfiz
3. Pelarian Rohingya di
Blang Ado,
Lhoksuemawe
150 ekor lembu
di Kushtia dan
Cox’s Bazar
6.0 MODUS OPERANDI BERSAMA BADAN KORPORAT
7.0 JAWATANKUASA BERTINDAK
Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli
Pengerusi Yayasan Ikhlas
Jawatankuasa Pelaksana
Pengarah : Ir. Hj. Kamaruddin Kassim
Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Sabah : Ustaz Sarip Adul
Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak : Ustaz Dr Khairul Jamli
Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Kelantan : Ustaz Abdul Rahman
Iskandar
Petugas
Syafiq Syahmi Sazali : 012-9790211
Hafeez Bin Morni : 019-4511346
Mohamad Fathil Aqil : 019-6159496
Yayasan Ikhlas dan Badan
Korporat bersetuju bekerjasama
Yayasan Ikhlas sediakan bahan
promosi dan lain-lain
Badan Korporat lantik PIC dari
kalangan jawatankuasa
Yayasan Ikhlas akan update
penyertaan pada 18 Julai 2018
Yayasan Ikhlas akan kumpulkan
pembayaran dan nama peserta Korban
8 Ogos 2018
Yayasan Ikhlas dan wakil Badan
Korporat akan bergerak ke kawasan
lokasi Korban
Program ibadah Korban di lokasi kerjasama antara
Yayasan Ikhlas dan Badan Korporat
Laporan akan dihantar sendiri oleh Yayasan Ikhlas kepada
peserta Korban
8.0 KESIMPULAN
Bil Kawasan Sasaran Kuantiti
Lembu (ekor)
Harga Satu
Bahagian (RM)
1 Sabah 20 RM 650
2 Sarawak 30 RM 450
3 Aceh 20 RM 650
4 Kemboja 200 RM 350
5 Thailand 10 RM 650
6 Bangladesh 50 RM 360
7 Kem Pelarian Rohingya 100 RM 360
JUMLAH KESELURUHAN 430 Ekor
1. Diharapkan melalui Ibadah Korban & Akikah 14379H, dapat mewujudkan
kerjasama erat di kalangan pelbagai agensi, baik agensi dari Kerajaan
Negeri, pihak universiti, badan korporat dan badan kerjaaan.
2. Amatlah diharapkan agar Ibadah Korban & Akikah 1439H dapat membina
suatu keterikatan yang padu antara masyarakat sasaran dan Yayasan Ikhlas
bagi mencapai objektif.
3. Memberi peluang dan ruang kepada seluruh umat Islam yang tidak dapat
menunaikan haji, dapat melaksanakan ibadah Korban dalam masa yang
sama membantu mereka yang memerlukan, serta mendekatkan masyarakat
mualaf kepada syariat Allah.
9.0 LAMPIRAN BERGAMBAR
Pondok Yatim Tahfiz Ar Raudhah dan penduduk sekitar Kampung Desa Blang
Weu Panjoe, Lhoksuemawe, Aceh 2017
Ibadah korban di 4 buah daerah dalam Bangladesh tahun 2017
Ibadah korban kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh Myanmar
tahun 2017
Lhoksuemawe, Aceh 2016
Dhaka & Kushtia, Bangladesh
Kota Bharu dan Manik Urai, Kelantan
Kg Chhnang, Kemboja
Kg Mulung Kulung, Pitas dan Kg Masalog, Kota Marudu
Pulau Panjang, Thailand