YUVARANI A/P SUBRAMANIAM
Teori Perkembangan Manusia : Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner
1.0Pengenalan
Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah
mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kecerdasan
pelbagai melalui bukunya “Gardner, Frames of Mind”. Teori ini hasil daripada kajian
beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai
pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata
tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan,
makanan dan suasana pembelajaran.
Teori kecerdasan pelbagai ini lebih kepaa aspek kognitif dan perkembangan
psikologi, antropologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Beliau
telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Menurut
Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan
tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang
bersesuaian.
Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kecerdasan pelbagai mempunyai
perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan
dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-
1
keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong,
1994).
2.0Jenis Kecerdasan Pelbagai
Rajah 1 : Jenis Kecerdasan Pelbagai
2.1Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau mneyelesaikan masalah.
Menurut Howard Gardner, kecerdasan kinestetik merujuk kepada sensori badan
terhadap pergerakan. Badan manusia bukan sejenis mesin, ia adalah saluran deria
rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, serta tidak ketinggalan
entiti di mana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti
kemanusiaan mereka yang tersendiri. Selalunya kita dapat melihat perkembangan
2
Kinestetik
Muzik-irama
Naturalis
Visual-Ruang
Verbal-Linguistik
Logik-Matematik
Intra-personal
Inter-personal
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh
binaan, atlit, penari, guru tari dan ahli terapi fizikal (Gardner, 1983).
2.2Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini
adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal
membantu kita bersosial dengan orang lain. Kecerdasan interpersonal amat penting
kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi seorang pemimpin.
Mereka mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam
menyampaikan idea dan pendapat. Menurut Gardner (1983), kebiasaannya kita
hanya akan melihat perkembangan potensi kecerdasan ini di dalam situasi
vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal ini adalah
seperti guru, pakar terapi, ahli politik dan pemimpin organisasi.
2.3Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri
sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi,
kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak
termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan
dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh
seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab
sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka
bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga
3
sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Antara
kerjayanya seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru meditasi dan ahli
psikologi.
2.4Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu
berkaitan dengan matematik. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah
seseorang individu yang boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru
dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka sering memberi
nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu
perkara. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan
mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu
mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak
membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak.
Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana
mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Kebanyakan
individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli
fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.
2.5Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang
berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran
menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini
mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di
dalam bahasa. Menurut Howard Gardner (1983), seseorang yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis
bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Selain itu,
seseorang yang memiliki kecerdasan ini terdiri daripada golongan yang cemerlang
pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa seperti individu yang sering
4
melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila
bersuara. Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli
puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang.
2.6Kecerdasan Visual-Ruang
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu
melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan
ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang
kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mampu
membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran
mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam
semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan
berbeza terhadap sesuatu perkara. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang
memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan
dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner
(1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan
ini dalam kegiatan vokasional.
2.7Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang
keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang
sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi.
Mereka mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan,
membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang
diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada
bersama alam yang terbuka seperti pantai dan hutan atau mereka juga dikenali
sebagai pencipta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu
yang berkaitan dengan alam sekitar wujud. Antara kerjaya yang memerlukan
5
kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani,
ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains.
2.8Kecerdasan Muzik-Irama
Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir
sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang
didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang
sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun,
aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung, deruan angin dan titisan hujan.
Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza
apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik
sensitif kepaa irama, pitch, melodi, dan nada suara. Seseorang individu yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang
terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah
teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki
kecerdasan dalam bidang muzik.
6
3.0Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Pengetahuan guru pendidikan khas tentang teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner membolehkan guru tersebut mengaplikasikannya
dalam psikologi pendidikan dan seterusnya membolehkan guru tersebut untuk
merancang proses dan pembelajaran secara berkesan dan baik di dalam atau luar bilik
darjah. Hal ini demikian kerana, kecerdasan yang terdapat pada kanak-kanak
berkeperluan khas boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada pelajar
tersebut.
Dalam konteks pendidikan, guru pendidikan khas memainkan peranan penting
untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan luar
kelas supaya dapat memenuhi lapan keperluan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner. Guru pendidikan khas boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai
panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat
pada kanak-kanak. Kaedah ini membolehkan guru pendidikan khas mempelbagaikan
cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
menjadi menarik dan tidak membosankan pelajar.
Guru pendidikan khas boleh memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas bagi mempraktikkan kecerdasan kinestetik mereka.
Aktiviti dapat dijalankan semasa waktu pendidikan jasmani. Bersukan merupakan satu
kaedah pengajaran yang dapat mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan.
Contohnya, guru pendidikan khas dapat menyusun beberapa gelung hula (hula hoop)
dan meletakkan satu bangku di atas lantai. Seterusnya, guru menyuruh kanak-kanak
lompat ke dalam gelung hula satu demi satu dan berjalan di atas bangku dengan
meletakkan satu beg kacang di atas kepala. Dengan itu, kanak-kanak seperti palsi
serebrum dan sindrom down dapat mempelajari untuk mengkoordinasikan pergerakan
dan mengimbangkan tubuh badan mereka. Secara langsung, meningkatkan keyakinan
dalam diri mereka.
7
Aktiviti yang melibatkan kecekapan menggunakan motor kasar dan motor halus
dalam teknik pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mengaplikasikan kecerdasan kinestetik. Aktiviti seperti
membuat kraf tangan sesuai untuk digunakan. Kanak-kanak mudah berasa bosan
sekiranya mengambil masa yang panjang dalam membaca dan menulis. Jadi, guru
pendidikan khas boleh mengajar kanak-kanak mengenai kemahiran membuat kraf
seperti origami untuk meningkatkan kecekapan motor kasar dan motor halus mereka.
Kanak-kanak autism dan terencat akal biasanya suka dengan aktiviti tersebut. Bagi
kanak-kanak yang kecacatan penglihatan yang tidak serius, mereka juga harus
digalakkan oleh guru untuk membuat kraf tangan untuk mrningkatkan kecerdasan
kinestetik.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak suka akan pengajaran dan
pembelajaran yang bercorak guru mengajar, murid mendengar. Minda mereka tidak
dapat berfungsi dengan cerdas dan pintar seperti kanak-kanak biasa. Oleh yang
demikian, guru pendidikan khas seharusnya memberi atau menyediakan aktiviti secara
“hands on” dari semasa ke semasa. Aktiviti yang hendak dijalankan juga mementingkan
kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dan dapat mengajar mereka dari kemahiran
dan memupuk minat terhadap aktiviti “hands on” tersebut. Secara langsung, memberi
pengetahuan kepada kanak-kanak dan kepentingan untuk berdikari.
Kecerdasan naturalis berkaitan dengan alam semula jadi. Aktiviti “hands on”
yang paling sesuai untuk dijalankan oleh guru pendidikan khas semasa pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah adalah membawa kanak-kanak berkeperluan khas
untuk menanam bunga di taman sekeliling sekolah. Guru boleh mengajar kanak-kanak
untuk mengenali flora dan fauna yang terdapat di sekolah. Selepas itu, guru mengajar
cara untuk membaja dan menanam bunga. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak juga
dapat mempelajari prihatin dan kesabaran. Mereka juga lebih peka dan menyayangi
alam semula jadi dan persekitaran di sekeliling mereka. Semasa menanam bunga, guru
pula boleh mengambil kesempatan untuk memberi kanak-kanak seperti sindrom down
dan palsi serebrum untuk menggerakkan motor kasar dan motor halus mereka. Kanak-
kanak yang mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku dapat menenangkan hati
8
mereka dengan mendekatkan diri bersama alam semula jadi. Kecerdasan naturalis
secara langsungnya memantapkan di dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas.
Selain daripada implikasi-implikasi teori terhadap pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak berkeperluan khas yang disebutkan di atas, guru pendidikan khas boleh
meningkatkan kecekapan kanak-kanak dalam teori kecerdasan pelbagai dengan
penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan bersifat konkrit. Alat bantu
mengajar konkrit ini bermaksud kanak-kanak dapat menyentuh dan belajar melalui
sentuhan dan permainan. Ini adalah kerana kanak-kanak biasanya lebih gemar untuk
menyentuh benda-benda yang nyata daripada hanya mendengar dan menggunakan
imaginasi untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru.
Kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya masalah pertuturan dan sindrom
down berasa malu untuk bercakap tidak kira di sekolah ataupun di rumah disebabkan
oleh suara mereka tersekat atau kasar. Jadi, guru dapat menjalankan aktiviti untuk
meningkatkan kecerdasan verbal-linguistik mereka berani untuk bersuara. Antara
aktiviti yang sesuai adalah dengan permainan “Talking Tom”. Permainan ini melibatkan
alat bantu mengajar yang boleh didapati dalam aplikasi smartphone. Permainan ini
senang dimainkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-
kanak menggunakan smartphone tersebut untuk bercakap dengan kucing Tom. Setelah
percakapan, kucing Tom tersebut pula akan mengulang balik apa yang dicakapkan oleh
kanak-kanak tadi. Dengan cara ini, kanak-kanak mudah untuk menarik perhatian dan
berminat untuk berkomunikasi. Impaknya, keadaan verbal-linguistik kanak-kanak
berkeperluan khas dapat ditingkatkan.
Kelas pendidikan khas seharusnya dihiaskan dengan perkataan dan gambar
yang berwarna-warni dan bercorak cantik serta comel. Ini dapat menambahkan sensori
deria kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pendidikan khas patut menigkatkan
kecerdasan visual-ruang pada kanak-kanak tersebut. Kecerdasan ini dapat ditingkatkan
dengan aktiviti melukis dan bermain puzzle. Melukis adalah suatu aktiviti yang sering
digemari oleh kanak-kanak autisme. Mereka suka mengekspresikan sesuatu melalui
lukisan dan lukisan mereka merangkumi maksud-maksud tersirat. Kanak-kanak
hiperaktif juga boleh diajar supaya menumpukan perhatian yang lebih lama dengan
9
permainan puzzle. Sebaik sahaja mereka menumpukan perhatiaan dalam puzzle, maka
mereka tidak akan mengacau rakan-rakan semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Kedua-dua aktiviti melukis dan bermain puzzle membolehkan kanak-
kanak berfikir secara kritis dan kreatif untuk meningkatkan kecerdasan visual-ruang.
Kelas yang berwarna-warni juga dapat membuka minda kanak-kanak agar mencungkil
lagi kecerdasan tersebut.
Di samping itu, guru pendidikan khas dapat melibatkan kanak-kanak
berkeperluan khas dalam aktiviti tambahan di dalam atau di luar bilik darjah. Menerusi
aktiviti tambahan, guru secara langsung mengajar kanak-kanak dalam pengurusan
kendiri dan berdekatkan dengan masyarakat. Kanak-kanak berkeperluan khas ini
mudah dilupai dan dipinggirkan oleh masyarakat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat mengintegrasikan diri dalam kalangan masyarakat. Dengan melaksanakan aktiviti
tambahan oleh guru pendidikan khas, maka kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan
harmoni dan mesra dengan kalangan masyarakat dan tidak dipandang rendah.
Kecerdasan interpersonal adalah kemahiran berntindak secara berkesan
terhadap kanak-kanak secara praktikal seperti menggalakkan mereka terlibat dalam
program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan
kerjasama berkumpulan. Guru pendidikan khas boleh menjalankan program seperti
bergotong-royong dalam kelas. Ini bukan sahaja dapat memotivasikan kanak-kanak
seperti kecacatan fizikal, palsi serebrum dan sindrom down untuk melakukan sesuatu
kerja, malah kegiatan ini juga membantu mereka dalam menjalinkan hubungan yang
lebih mesra di antara rakan-rakan sebaya atau sekelas. Bagi sekolah yang mempunyai
program pendidikan khas integrasi, kegiatan bergotong-royong ini juga digalakkan
untuk melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak aliran perdana.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan rasa empati dan mengintegrasikan kedua-dua
kumpulan kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Langkah ini amat penting agar kanak-kanak berkeperluan khas memiliki kecerdasan
interpersonal justeru tidak dipinggirkan oleh masyarakat.
Tambahan pula, untuk kecerdasan logik-matematik, antara aktiviti tambahan
yang bersesuaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah membawa mereka ke
10
pasar raya untuk mengenali dan membeli barangan harian. Kaedah ini selalunya
berkesan untuk dilakukan oleh para guru pendidikan khas dan kaedah ini amat praktikal
dan dekat dengan alam dunia yang nyata. Yang paling penting sekali, selepas sesi
tersebut, kanak-kanak berkeperluan khas dapat belajar untuk berdikari dan berfikiran
logik serta tidak mudah ditipu oleh orang lain semasa membeli barang. Mereka juga
dapat mengenali barang-barangan harian dan ini dapat menambah pengetahuan
tentang kehidupan seharian. Selain itu, kanak-kanak tersebut dapat mengenali wang
dan syling serta mengira dengan tepat dan betul. Guru yang menggunakan teknik ini
mempercepatkan proses kanak-kanak untuk memperkasakan kecerdasan logik-
matematik.
Kanak-kanak berkeperluan khas kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan
untuk meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul dan positif. Bagi
mengelakkan mereka berkelakuan pasif dan negatif, guru pendidikan khas memainkan
peranan untuk meneroka alternatif penyelesaian masalah untuk mengurangkan
pemikiran kanak-kanak yang tidak baik. Apabila mereka berfikiran sebegitu, mereka
akan melakukan sesuatu yang dapat mencederakan diri seperti menghantuk kepala
sampai berdarah. Oleh itu, penerokaan alternatif penyelesaian masalah tersebut boleh
membantu kanak-kanak untuk belajar dalam melepaskan perasaan dalaman mereka.
Bagi kanak-kanak seperti hiperaktif dan autisme, mereka tidak dapat memehami
diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. Guru pendidikan khas dapat
meningkatkan kecerdasan intrapersonal mereka dengan mengadakan aktiviti sesi
refleksi selama 5 minit sebelum lepas sekolah setiap hari. Kumpulan ini biasanya tidak
dapat meluahkan perasaan sendiri. Guru haruslah membantu mereka untuk
menetapkan matlamat dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat maklum
balas antara satu sama lain dalam sesi refleksi tersebut. Guru boleh menanya kepada
mereka tentang mata pelajaran atau kemahiran yang telah dipelajari dalam hari
tersebut untuk melihat bahawa sejauh mana mereka dapat memahami dan
menerapkan ke minda. Lama-kelamaannya, mereka dapat mengetahui kehendak dan
kemahuan mereka dan mengawal tingkah laku serta disiplin mereka. Oleh itu,
kecerdasan intrapersonal turut dipertingkatkan.
11
Untuk kecerdasan yang terakhir, iaitu kecerdasan muzik-irama, adalah antara
kecerdasan yang senang dan selalu digunakan oleh guru pendidikan khas. Muzik
adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan
mengurangkan tekanan. Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan,
muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti terencat
akal, hiperaktif dan autisme melalui melodi dan irama yang didendangkan. Kanak-kanak
berkeperluan khas ini biasanya gemar dengan aktiviti menyanyi dan menari. Oleh itu,
lagu “senaman si Tommy”, “Clap your hand” dan “Old MacDonald has a farm”
merupakan lagu-lagu yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Kanak-kanak dapat menyanyi sambil menari dengan irama muzik. Teknik
ini selalunya menggembirakan hati kanak-kanak dan mengurangkan tekanan terhadap
pembelajaran di sekolah. Hubungan antara guru dengan kanak-kanak secara langsung
dirapatkan.
Secara kesimpulannya, implikasi-implikasi teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
atau di luar bilik darjah adalah berbagai-bagai untuk guru pendidikan khas
mengaplikasikannya. Setiap kecerdasan mempunyai aktiviti atau kaedah yang boleh
dilakukan oleh guru untuk membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas berkemahiran
dalam menguasainya. Kanak-kanak kumpulan ini tidak dapat belajar dengan baik dan
cergas, tetapi mereka seharusnya diajar untuk menguruskan diri dan berdikari dengan
memiliki kecerdasan pelbagai yang disebutkan. Peranan guru dalam mendidik mereka
adalah diuatamakan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran harus dirancang
dengan strategik dan martabat.
12
4.0RUMUSAN
Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner adalah
penting untuk membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka
mengikut minat kanak-kanak berkeperluan khas. Ia akan memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan sesi pengajaran mengikut atau berpandukan lapan jenis
kecerdasan ini. Selain itu, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai dapat
menggabungkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Kedua-dua bidang dapat
dibangunkan oleh guru dalam kalangan kanak-kanak sekiranya guru memahami ilmu
tentang teori kecerdasan pelbagai. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan
kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenal
pasti cita rasa kanak-kanak dengan tepat untuk membantu membangunkan daya
kreativiti kanak-kanak tersebut.
Di samping itu, ia memberi peluang kepada guru untuk mendalami aspek penilaian
yang lebih berkesan. Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan penilaian
yang mantap tarhadap kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas dalam sesuatu
bidang. Teori kecerdasan pelbagai juga secara tidak langsung menyokong
pembelajaran bersepadu dan menyeluruh yang selari dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Dalam pada itu, ia dapat mewujudkan suasana kolaboratif dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan
antara guru dengan kanank-kanak, mahupun di antara kanak-kanak sendiri. Kesemua
kecerdasan adalah dimiliki oleh setiap individu, tetapi tahapnya adalah berbeza-beza.
Keadaan ini akan menggalakkan inovasi dan penyelidikan-penyelidikan yang baru
dalam pengajaran dan pembelajaran.
13