SEJAUH MANA KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
(KAEDAH STAD) MENINGKATKAN PENCAPAIAN KONSEP ASAS TAJUK
UNGKAPAN ALGEBRA II BAGI TINGKATAN DUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GOH,
KUANTAN PAHANG.
TESIS YANG DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(MATEMATIK) DENGAN KEPUJIAN
SITI NOREHAN JALILLAH BT ABD MALEK
MEI 2009
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
1
PENGAKUAN
“SAYA MENGAKU BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI
DAN SETAKAT PENGETAHUAN SAYA, IA TIDAK MENGANDUNGI APA-APA BAHAN
YANG TELAH DITULIS OLEH SESIAPA SAMA ADA UNTUK PENGIJAZAHAN ATAU
DIPLOMA DARIPADA MANA-MANA UNIVERSITI ATAU PUSAT PENGAJIAN TINGGI
YANG LAIN KECUALI BAHAN-BAHAN YANG DIAMBIL SEBAGAI RUJUKAN
DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG TELAH DIKENAL PASTI.”
TANDATANGAN :..............................................................
NAMA : SITI NOREHAN JALILLAH BT ABD MALEK
TARIKH :
2
PENGHARGAAN
Di atas kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Puan Low Yoke Ken di atas segala bimbingan, dorongan dan sokongan yang diberikan selama
ini sehingga membolehkan tesis ini sampai ke noktah yang terakhir.
Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Zullaffandi Bin
Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh , Kuantan yang memberi
kebenaran untuk membuat kajian di sekolah. Tidak lupa kepada guru pembimbing, Puan Nor
Haribah Binti Abdul Rashid yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang kajian ini dilaksanakan
dan juga murid-murid yang yang memberi kerjasama di dalam kajian ini.
Terima kasih kepada ahli keluarga yang telah banyak bersusah payah dan memahami
kesibukan pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini serta sahabat-sahabat yang lain.
Akhir kata, untuk semua yang terlibat menjayakan kajian ini secara langsung mahu pun tidak
langsung, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Siti Norehan Jalillah Bt Abd Malek
3
SEJAUH MANA KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
(KAEDAH STAD) MENINGKATKAN PENCAPAIAN KONSEP ASAS TAJUK
UNGKAPAN ALGEBRA II BAGI TINGKATAN 2
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah Pembelajaran Koperatif dalam
matematik dapat meningkatkan prestasi murid dalam matematik. Kajian ini ditujukan kepada
murid Tingkatan 2 sebagai sampel dan tajuk yang menjadi pilihan ialah Ungkapan Algebra II.
Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik, soalan ujian pra dan soalan ujian pos.
Perlaksanaan kajian dijalankan dengan mengambil dua kelas dijadikan sampel: satu kelas
sebagai Kumpulan Eksperimen dan satu kelas lagi sebagai Kumpulan Kawalan. Kumpulan
Eksperimen diajar mengikut struktur Pembelajaran Koperatif Kaedah STAD, sementara
Kumpulan Kawalan diajar secara kaedah tradisional. Tempoh masa mengajar ialah empat
minggu. Data yang di kumpul, akan dianalisis menggunakan ujian t-min, kekerapan dan peratus.
Hasil kajian akan menguji sama ada terdapat peningkatan dalam prestasi matematik murid
selepas kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dijalankan. Hasil kajian ini juga
akan mengkaji tentang kaedah pengajaran mempengaruhi prestasi murid dalam mata pelajaran
matematik.
4
THE EFFECTIVENESS OF COOPERATIVE LEARNING
METHOD IN IMPROVING THE ACHIEVEMENT OF THE BASIC CONCEPTS OF
ALGEBRAIC EXPRESSION II FOR FORM 2 STUDENTS
ABSTRACT
This case study aims to measure how far can the cooperative learning helps to improve
students’ performance in maths. It was experimented on from 2 students as samples and
Algebraic Expression II was chosen to be taught. The instrument used in this study is
questionnaire and pre and post test. The implementation of the study was carried out on 2 classes
as samples. The experimental groups and controlled group. The experimental groups is taught
using the cooperative learning method, STAD while the controlled group was taught using the
traditional method. The duration for the experimental was 4 weeks. Collective data used would
be analysed by using T-test for mean frequencies and percentage. The results would show
whether there was improvement in students’ performance in maths. It would also show that the
teaching methods used had significantly influenced the students’ performance in mathematics.
BAB 1
5
MASALAH KAJIAN
1.1 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan dalam pembelajaran matematik yang
berasaskan kepada pencapaian konsep asas tajuk Ungkapan Algebra II bagi tingkatan 2. Untuk
meningkatkan prestasi matematik, beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa
pengetahuan asas dalam matematik adalah penting dalam menentukan tahap kecekapan dan
kecerdasan murid dalam mata pelajaran matematik terutamanya di peringkat sekolah rendah dan
menengah.
Jika pengetahuan asas yang kurang atau tidak memuaskan akan menyukarkan murid dalam
menguasai serta memahami konsep matematik bertahap tinggi seperti algebra, matriks, janjang
geometri serta tajuk-tajuk yang lain. Masalah ini amat serius dan perlu ditangani bersama. Oleh
itu, terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang telah ditemui oleh pengkaji-pengkaji dalam
menangani masalah ini.
Pencapaian pembelajaran murid sekolah di Malaysia dalam mata pelajaran Matematik
adalah agak lemah. Dalam Laporan Portal Pendidikan Utusan bertarikh 23 Mei 2003 telah
menyiarkan kelemahan murid dalam Matematik berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), murid beranggapan mata
pelajaran Matematik adalah tidak penting untuk dipelajari. Kenapakah gejala ini boleh berlaku?
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan bagi menangani masalah ini? Sebagai warga
pendidik kita harus memikirkan satu jalan tengah untuk menarik minat murid dalam mempelajari
mata pelajaran Matematik.
Menurut Hewey(2000), guru memang sudah biasa dengan kaedah pengajaran tradisional
iaitu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Tetapi dalam era globalisasi yang berubah
dengan cepat ini, cara tersebut tidak semestinya efektif untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana ia
tidak dapat menarik minat murid disebabkan murid hanya mendengar guru memberi
penerangan. Ini akan menjemukan murid dan akhirnya minat mereka terhadap mata pelajaran
matematik semakin berkurangan.
6
Guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Di antara teknik yang berkesan
adalah teknik yang dapat memberi peluang murid berinteraksi sesama sendiri ketika mengikuti
pembelajaran mereka. Pembelajaran seperti ini akan lebih menyeronokkan kerana murid dapat
berkongsi idea sesama sendiri. Ini adalah selaras dengan tumpuan khas sukatan pelajaran
kurikulum Matematik KBSM iaitu untuk memupuk nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kerohanian di kalangan murid. Dengan yang demikian kajian yang dijalankan adalah bertujuan
untuk menentukan keberkesanan pembelajaran Matematik berasaskan pendekatan Pembelajaran
Koperatif dengan menggunakan kaedah Student-Team Achievement Division (STAD).
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Skop kajian ini difokuskan kepada tajuk yang kecil iaitu untuk melihat sejauh mana
pendekatan pembelajaran koperatif dalam kaedah (STAD) ini dapat meningkatkan pencapaian
ujian konsep asas dalam mendarab dan membahagi dua atau lebih sebutan dalam tajuk Ungkapan
Algebra II bagi Tingkatan 2. Menurut pengalaman yang lepas, didapati murid agak keliru untuk
mengenalpasti apakah konsep yang perlu digunakan dalam tajuk Ungkapan Algebra.
Mengikut pendapat Ngean (1984), kemahiran matematik bersifat heirarki Nik Azis(1966)
juga berpendapat bahawa pengetahuan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti
penyelesaian masalah. Pengalaman asas tentang konsep matematik adalah penting untuk
memahami lebih mendalam lagi tentang pengetahuan matematik yang lebih mendalam.
Kelemahan murid adalah hanya menghafal konsep dan kaedah penyelesaian. Mereka tidak
memahami secara mendalam konsep asas dan akibatnya mereka gagal mengaitkan pengetahuan
konsep asas untuk menyelesaikan masalah yang lain. Untuk menyelesaikan masalah matematik
harian murid mesti mempunyai pemahaman konsep asas matematik yang kukuh.
Mengikut Souviney(1989), konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang
menghubung-kaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran
dan pembelajaran konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks. Beliau juga
mengatakan setiap murid mempunyai set pengalaman dan kebolehan yang unik untuk
menyelesaikan setiap tugasan pembelajaran. Oleh itu, guru matematik mesti bijak memainkan
7
peranan yang penting dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
membantu murid membina dan mengembangkan pengetahuan matematik mereka.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian dan pandangan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah, mata
pelajaran matematik merupakan mata pelajaran yang sukar difahami dan susah untuk dikuasai
oleh murid terutamanya murid melayu. Keadaan bertambah rumit apabila sesi pengajaran
dijalankan dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Matematik merupakan salah satu mata
pelajaran yang dianggap sukar dikuasai oleh sebilangan besar murid, sama ada di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Pada kajian ini pengkaji sedar mendarab dan membahagi dua atau
lebih sebutan dalam tajuk Ungkapan Algebra II merupakan salah satu masalah bagi murid
Tingkatan 2.
Murid menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi apabila
terdapat dua atau lebih sebutan dalam satu ungkapan algebra. Mereka mengalami kesukaran
untuk memansuhkan sebutan sepunya dalam operasi bahagi dan lebih-lebih lagi jika sebutan
tersebut dikuasakan. Di dalam operasi darab pula, murid keliru untuk mendarab sebutan-sebutan,
lebih-lebih lagi jika terdapat kuasa dua atau kuasa tiga. Masalah pemahaman konsep asas
ungkapan algebra yang ringkas telah menjadi masalah menyebabkan murid tidak dapat
meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka sepertimana yang diharapkan. Pendekatan dan
kaedah pengajaran harus difikirkan agar murid minat untuk belajar dan seterusnya memahami
konsep secara detail.
Pengkaji berminat untuk mengkaji sejauhmana penggunaan pendekatan pembelajaran
koperatif kaedah STAD dapat memberi pemahaman konsep asas yang kukuh bagi murid.
Kaedah STAD merupakan salah satu strategi Pembelajaran Koperatif di mana kumpulan murid
terdiri dari pelbagai tahap keupayaan akademik. Setiap ahli kumpulan perlu memahami apa yang
diajar oleh guru dan mereka harus saling bantu membantu antara satu sama lain bagi
meningkatkan pencapaian pemahaman mereka. Pengkaji memilih kaedah ini kerana tertarik
dengan penulisan artikel oleh Syuhada Choo Abdullah bertajuk “ Sekolah Jangan Asing Murid
Lemah” Arkib Berita Harian (2002).
8
Pengkaji juga ingin memenuhi saranan dalam kurikulum Matematik KBSM (Edisi 2000)
yang menyarankan untuk memberi pertimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
bahawa para guru hendaklah mempelbagaikan pendekatan pengajaran mereka. Dalam kajian ini,
pemilihan Tajuk Ungkapan Algebra II Tingkatan 2 adalah berdasarkan tinjauan pengkaji bahawa
tajuk ini merupakan salah satu tajuk penting dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
1.4 Kerangka Konseptual Kajian
Kajian ini melibatkan dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang
agak sama tetapi diberi pengajaran yang berlainan iaitu satu kumpulan dengan kaedah koperatif
dan satu kumpulan lagi dengan kaedah tradisional. Manakala hasil kajian akan dinilai dari segi
peningkatan prestasi murid.
Rajah 1: Rangka Konsep
1.5 TUJUAN KAJIAN
9
HASIL PRESTASI MURID
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Koperatif
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Tradisional
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan menggunakan
pendekatan Pembelajaran Koperatif iaitu kaedah STAD dalam menanam pemahaman yang
kukuh bagi meningkatkan pencapaian ujian asas mendarab dan membahagi Ungkapan Algebra II
Tingkatan 2. Seterusnya, dapat meningkatkan prestasi murid dalam matematik. Kajian ini juga
adalah bertujuan untuk meninjau serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid semasa
menjawab soalan-soalan.
1.5.1 Objektif Kajian
Kajian-kajian yang dijalankan ini mempunyai objektif yang tertentu:
1) Menentukan keberkesanan pengajaran secara koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik di sekolah.
2) Memahirkan murid dan meningkatkan pencapaian ujian konsep asas mendarab dan
membahagikan ungkapan Algebra II tingkatan 2.
3) Melihat keberkesanan Pembelajaran Koperatif STAD dalam pencapaian ujian yang
dijalankan.
4) Mengetahui sejauh mana penguasaan murid dalam konsep asas matematik.
1.5.2 Persoalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji ingin mendapatkan jawapan kepada soalan-
soalan kajian berikut;
a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif membantu meningkatkan prestasi murid dalam
mata pelajaran matematik.?
b) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian matematik antara murid yang diajar dengan
kaedah Pembelajaran Tradisional berbanding dengan kaedah Pembelajaran Koperatif
STAD.
c) Benarkah pencapaian matematik kurang memberangsangkan melalui kaedah
pembelajaran tradisional?
10
d) Adakah terdapat perbezaan min skor di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan
kawalan dalam ujian pra?
e) Adakah terdapat perbezaan min skor di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan
kawalan dalam ujian pos?
1.5.3 Hipotesis Kajian
Hipotesis bagi kajian ini adalah:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah koperatif kaedah STAD.
Ha1: Terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah koperatif kaedah STAD.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah tradisional.
Ha2: Terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah tradisional.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra di antara kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
Ha3: Terdapat perbezaan min skor ujian pra di antara kumpulan yang menggunakan kaedah
koperatif STAD dan kaedah tradisional.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
Ha4: Terdapat perbezaan min ujian pos bagi kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
1.6. KEPENTINGAN KAJIAN
11
Dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dilaksanakan di harap dapat dijadikan
garis panduan kepada guru-guru matematik dalam mengenal pasti kaedah-kaedah yang dapat
digunakan untuk meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam memberikan maklumat kepada
guru tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata
muridan matematik.
Kagan (1994) menyatakan seperti berikut;
“We as educators today have the unprecedented job of preparing pupils to participate ia a world we can
dimly imagine”
Guru adalah bertanggungjawab merangka dan memilih strategi pengajaran pembelajaran
yang sesuai dengan isi kandungan tahap pencapaian serta minat murid. Sudah menjadi fitrah
manusia suka bekerjasama dalam kumpulan dan saling bantu membantu. Murid akan menjadi
seronok untuk belajar dan segala konsep mudah difahami. Justeru itu, diharap hasil dapatan
kajian ini dapat menjelaskan tentang persoalan kajian.
Kajian ini juga adalah bertujuan untuk membantu guru dalam mengkaji dan memperbaiki
segala kelemahan dan kesilapan jawapan yang diberikan oleh murid. Diharapkan hasil kajian ini
dapat meningkatkan lagi tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat membantu dan
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang matematik.
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya bertumpu kepada pendekatan pengajaran iaitu pendekatan Pembelajaran
Koperatif bagi kaedah STAD sahaja. Kaedah lain seperti Team Game Tournament (TGT) adalah
tidak dikaji dalam kajian ini. Kajian ini juga hanya dibuat untuk melihat keberkesanan
Pembelajaran Koperatif STAD dalam meningkatkan pencapaian pembelajaran sahaja. Tajuk
mendarab dan membahagi satu atau lebih Sebutan Dalam Ungkapan Algebra II Tingkatan Dua
adalah dikaji dalam kajian kerana ia adalah sekadar sebagai alat untuk melihat keberkesanan
Pembelajaran Koperatif STAD sahaja.
Ianya hanya melibatkan sebahagian kecil murid iaitu 50 orang sahaja daripada
keseluruhan murid tingkatan dua, Sekolah Menengah Bukit Goh di Kuantan, Pahang. Murid
12
terdiri daripada murid lelaki seramai 26 orang manakala murid perempuan pula seramai 24
orang. Ianya melibatkan dua buah kelas. Pengkaji menggunakan gred UPSR untuk melihat tahap
pencapaian awal murid dalam matematik. Kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada semua
pelajar tingkatan dua. Mereka tidak dapat mewakili persampelan bagi tempat ini. Dalam kajian
ini mungkin akan wujud kesukaran untuk mendapatkan data yang sebenar kerana mungkin
sampel kajian memberi maklumat yang palsu.
1.8 DEFINISI PEMBOLEH UBAH KAJIAN
Daripada tajuk kajian di atas, takrifan istilah boleh dinyatakan satu persatu di bawah.
1.8.1 Keberkesanan
Keberkesanan adalah bermaksud suatu tindakan yang dibuat itu dapat menunjukkan ciri-
ciri perubahan yang dikehendaki.
1.8.2 Pendekatan
Pendekatan boleh diistilahkan sebagai satu cara dan kaedah dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Pendekatan yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dan
dapat merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah.
1.8.3 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merupakan pengajaran dan pembelajaran di mana murid
bekerjasama dalam satu kumpulan kecil serta membantu satu sama lain untuk memenuhi
kehendak tugasan yang diberikan. Selain dari itu, ia bersifat heterogenus dari segi kebolehan
akademik dan ciri-ciri sosial. Semua ahli kumpulan berasa kejayaan kumpulan bergantung
kepada kejayaan setiap ahli kumpulan itu.
Menurut Mills (1991), pembelajaran Koperatif menggunakan struktur-struktur yang
mewujudkan hubungan saling bergantung antara murid dan akauntibiliti individu. Sebagaimana
yang dijelaskan oleh Slavin (1992), Johnson, Johnson & Holubec (1990) dan Kagan (1992),
13
Pembelajaran Koperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah pengajaran yang
mana murid dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai matlamat bersama, Slavin(1995) juga menyatakan kepentingan matlamat kumpulan
dan akauntibiliti individu adalah sebagai satu bentuk galakan untuk membantu sesama sendiri
dan menggalakkan setiap individu untuk memaksimakan usaha-usaha masing-masing demi
kebaikan kumpulan mereka.
1.8.4 Student Teams Achievement Divisions (STAD)
Dalam STAD ini bermaksud kaedah yang dijalankan ialah kumpulan murid dibahagikan
kepada kumpulan pembelajaran yang terdiri daripada 5 orang ahli iaitu terdiri dari murid
cemerlang, sederhana, lemah, lelaki, perempuan dan pelbagai bangsa. Dalam kajian ini, guru
menyampaikan muridan secara syarahan atau perbincangan. Kemudian ahli kumpulan meneliti
lembaran kerja yang diberikan secara berpasangan. Mereka bersoal jawab dan berbincang. Murid
diberikan helaian jawapan bagi menyemak jawapan masing-masing.
1.8.5 Pencapaian Ujian Konsep Asas
Pemahaman konsep asas adalah kemahiran yang harus ada dalam diri murid untuk
mendapat pencapaian ujian yang tinggi. Konsep asas perlu difahami sebelum mempelajari
peringkat yang lebih tinggi. Pemahaman ialah peringkat kemahiran yang merangkumi
kefahaman dalam menterjemah, merumus dan mentaksir masalah.
1.8.6 Pembelajaran Tradisional
Pembelajaran tradisional merupakan satu bentuk pembelajaran yang telah lama
diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang
14
utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran
iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar.
1.9 RINGKASAN
Dalam bab ini telah dihuraikan tentang latarbelakang, pernyataan masalah, tujuan,
kepentingan dan batasan kajian. Selain dari itu, dalam bab ini juga ada merumuskan pendekatan
Pembelajaran Koperatif adalah di mana murid bekerjasama dalam kumpulan kecil membantu
antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan.
Diharap pendekatan Pembelajaran Koperatif STAD akan dapat meningkatkan pencapaian
ujian konsep asas murid dalam ungkapan Algebra II Tingkatan 2. Oleh yang demikian, seorang
guru matematik hendaklah sentiasa membuat penilaian semula terhadap pengajarannya dan dapat
mencuba pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan tajuk yang ingin di sampaikan.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
15
2.1 PENGENALAN
Guru perlu tahu tentang gaya pembelajaran muridnya. Apakah pendekatan pembelajaran
yang boleh digunakan oleh guru bagi mendapatkan kesan pemahaman yang lebih mendalam?. Ia
akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang pencapaian murid dan peranannya dalam
menimbulkan pencapaian prestasi murid dalam matematik. Pada asasnya pembelajaran koperatif
merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid.
Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dalam
matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri.
Pengkaji juga membincangkan mengenai matlamat KBSM dan perkaitannya dalam
Pembelajaran Koperatif dengan menggunakan kaedah STAD.
Seterusnya pengkaji akan mendiskusikan tentang kaedah-kaedah pembelajaran yang
terdapat di dalam Pembelajaran Koperatif. Pengkaji juga membentangkan setakat manakah hasil
dapatan dari pengkaji-pengkaji yang lain berkenaan keberkesanan menjalani Pembelajaran
Koperatif ini.
2.2 LITERATUR YANG BERKAITAN
2.2.1 Pendekatan Pengajaran Dalam Matematik KBSM
Guru boleh memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
digunakan bagi memastikan murid menguasai apa yang dipelajari. Pemilihan sesuatu
pendekatan yang bersesuaian dapat merangsang lagi suasana pengajaran dan pembelajaran.
Dalam matematik KBSM, tiga pendekatan telah disarankan iaitu pendekatan konstruktivisme,
pendekatan pembelajaran koperatif dan pendekatan pembelajaran kontekstual kerana
pendekatan-pendekatan ini dapat melibatkan murid secara aktif untuk memahami pengajaran
guru.
Secara ringkasnya, matlamat KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran
mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan
menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam
16
kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan
keindahan matematik.
2.2.2 Pendekatan Pembelajaran Koperatif
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih pendekatan koperatif. Vygotsky,(1896-1943)
telah menjelaskan pembelajaran koperatif sebagai ;
“…group learning activity organized on the socially structured exchange of information between
learners in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and
is motivated to increase the learning of others. “
Slavin (1991) pula telah memberikan definasi koperatif sebagai bekerja bersama untuk
mencapai matlamat bersama. Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heterogenus iaitu
berlainan dari segi tahap kebolehan, minat, jantina, bangsa dan agama.
Dalam pembelajaran koperatif, murid dengan tahap keupayaan yang sama akan mewakili
kumpulan masing-masing untuk bertanding mendapat mata tertinggi. Dapat dilihat, akhirnya ia
dapat membantu murid untuk memupuk rasa tanggungjawab bersama dan telah disokong oleh
penyelidikan ia sebagai teknik yang efektif dan murid boleh belajar jadi penyabar, kurang
kritikal, lebih mempunyai rasa belas kasihan dan bertimbang rasa.
Pembelajaran koperatif STAD dapat menghindarkan dari berlakunya sikap antisosial. Ini
adalah kerana dalam pembelajaran kumpulan dengan kaedah STAD bukan saja menekankan
markah kuiz individu bahkan konteks kerja kumpulan. Maka setiap anggota akan membantu
antara satu sama lain terutamanya anggota yang lemah. Slavin (1995) menegaskan pendekatan
Pembelajaran Koperatif merupakan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh
digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata
pelajaran.
2.2.3 Struktur Pembelajaran Koperatif
17
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norshah Saad (2002), struktur Pembelajaran
Koperatif adalah merangkumi prosedur koperatif yang piawai. Prosedur koperatif yang piawai
ini melaksanakan kemahiran genetik, pengajaran berulang dan pengurusan rutin yang berulang di
dalam bilik darjah seperti menyemak buku kerja, latih tubi dan ulangkaji.
Di dalam struktur pembelajaran koperatif ini terdapatnya peranan guru kumpulan
koperatif formal. Ianya terdiri daripada objektif pengajaran, pengajaran awal, menerangkan
tugasan, menerang dan menyelia serta menilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, dalam kaedah ini peranan murid dalam kumpulan adalah sangat penting. Murid
dapat saling pergantungan secara positif, interaksi secara bersemuka, akauntibiliti individu,
kemahiran sosial dan dapat memprosesan maklumat. Daripada proses tersebut, murid akan
mendapat kesan terhadap aspek afektif dan kognitif. Berikut adalah rajah Struktur Pembelajaran
Koperatif.
Rajah 2: Struktur Pembelajaran Koperatif
18
PERANAN GURU KUMPULAN KOPERATIF FORMAL
Objektif Pengajaran
Pengajaran Awal
Menerang Tugasan
Memantau Dan Menyelia
Menilai
PERANAN MURID DALAM KUMPULAN
Saling Pergantungan Positif
Interaksi Bersemuka
Akauntibiliti Individu
Kemahiran Sosial
Pemprosesan Maklumat
PENGAJARAN YANG MENGGUNAKAN
PEMBELAJARAN KOPERATIF
KESAN TERHADAP ASPEK
Afektif
Kognitif
2.3 KAJIAN YANG BERKAITAN
19
Pemahaman kuasa asas perlu ditanam kepada murid. Berdasarkan teori pengkelasan
Bloom (1974) pemahaman merupakan satu peringkat kemahiran yang perlu ada dalam setiap
murid. Pemahaman kepada konsep asas sesuatu pembelajaran akan memberi murid untuk dapat
menterjemah, merumus dan mentaksir masalah yang lebih rumit dan seterusnya dapat
meningkatkan pencapaian ujian murid.
E.L Thorndike (1898) telah berpendapat pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan
S-R iaitu stimulus (Rangsangan) dan Response (gerak balas). Terdapat 3 hukum dalam Hukum
Pembelajaran Thondike. Salah satu ialah hukum kesan yang menyatakan kesan yang
menyeronokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Dengan lain
perkataan dengan mengadakan pelbagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
kaedah STAD atau TGT dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.
Murid akan rasa berminat untuk belajar dan ini secara tidak langsung dapat menerap pemahaman
yang kukuh ke dalam minda murid.
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, dalam penulisannya, Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Sains Satu Kerangka Umum, telah mengemukakan kenyataan oleh
National Council Of Teachers or Mathematics (1980; 25) seperti berikut;
“ Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the
improvement of student learning as their primary professional objective.”
Ini boleh dikatakan sebagai guru harus peka dengan kehendak murid untuk belajar. Guru
mestilah cuba memperbaiki cara pembelajaran dan pengajaran mereka. Setiap pendidik
matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pencapaian murid. Pemahaman dalam matematik juga merupakan satu konsep yang sentiasa
berkembang dan bertambah. Penguasaan pemahaman dikatakan akan berlangsung jika
pembelajaran bermula dari peringkat intuitif sehingga peringkat di mana murid berupaya
menjelaskan bagaimana ia memahami konsep matematik tersebut. Melalui kajian tentang
penggunaan Pembelajaran Koperatif yang dilaksanakan di kalangan murid beberapa buah
sekolah menengah untuk mata muridan matematik. Allan and Van Sickle (1984) telah
menggunakan kaedah (STAD) sebagai rawatan eksperimen dalam satu kajian yang melibatkan
20
murid yang lemah. Hasil kajian tersebut jelas menunjukkan kumpulan yang didedahkan dengan
pembelajaran koperatif telah mencapai keputusan yang lebih baik. Ini kerana dalam
pembelajaran koperatif murid dapat memberi tumpuan kepada isi muridan.
Tahap penguasaan atau pencapaian murid terhadap konsep dan kemahiran asas dalam
sesuatu tajuk amat penting dalam pendidikan matematik. Seperti yang dinyatakan oleh Ngean
(1984), menegaskan kemahiran matematik bersifat heiraki, penguasaan konsep yang mantap
akan dapat memudahkan aktiviti penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996), seterusnya
meningkatkan pencapaian murid. Dalam pembelajaran matematik, penilaian terhadap kefahaman
konsep perlu dilakukan untuk meramalkan dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep dan
untuk menentukan kesediaan murid untuk memmuridi konsep dan kemahiran baru.
Bilbao (1977) pula telah menjalankan satu kajian tentang keberkesanan penggunaan
pembelajaran perbincangan berkumpulan berbanding dengan pembelajaran individu dalam
penulisan laporan sains. Hasil kajian ke atas 54 orang murid kelas menengah atas menunjukkan
murid dalam pembelajaran berkumpulan mencapai keputusan yang lebih baik selari dengan hasil
yang ditunjukkan oleh penyelidikan Slavin (1992).
2.4 RINGKASAN
Sebagaimana yang diperolehi dari hasil tinjauan literature, dapat dilihat memang sudah
terdapat banyak kajian kes lepas untuk mengetahui keberkesanan sesuatu pendekatan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik. Di antaranya kajian untuk melihat
keberkesanan pembelajaran koperatif.
Ramai pengkaji telah mengkaji tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif dengan
menggunakan kaedah-kaedah yang berlainan. Namun begitu, setiap kajian yang dijalankan
walaupun mempunyai matlamat yang sama iaitu melihat keberkesanan pembelajaran tersebut
tetapi ia tetap memberi satu pengalaman baru hasil daripada dapatan yang berbeza dan harus
dikongsi. Skop kajian Pembelajaran Koperatif amat luas sekali dan semakin ramai pengkaji
mengkaji Pembelajaran Koperatif. Ini akan menambahkan lagi pengetahuan para pendidik
tentang pembelajaran koperatif. Dapat disimpulkan pembelajaran Koperatif telah memberi satu
peluang kepada murid untuk berminat mempelajari matematik berdasarkan kajian-kajian lepas.
21
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Dalam bab ini akan dibincangkan mengenai reka bentuk kajian, persampelan kajian,
instrumen kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Sebelum kajian dijalankan, pengkaji telah membuat permohonan kepada Pengarah,
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Setelah diluluskan, pengkaji bertemu dengan pihak pentadbir sekolah iaitu
Encik Zulaffandi Bin Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh, Kuantan
dan guru pembimbing.
Sebelum memulakan kajian, satu taklimat kajian telah disampaikan kepada murid. Ia
menerangkan matlamat, objektif, kepentingan dan prosedur yang berkaitan. Selepas itu, borang
soal selidik latar belakang murid (Lampiran D) telah diedarkan kepada para murid untuk
dipenuhi. Borang ini adalah untuk mengetahui latar belakang setiap sampel yang terlibat dalam
kajian ini.
Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kuasi eksperimen. Kajian ini telah
berlangsung dalam jangka masa empat minggu. Untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran,
pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Selepas penerangan, kedua-dua kumpulan telah menduduki ujian pra (Lampiran
A). Kemudian, kedua-dua kumpulan diajar tajuk Ungkapan Algebra II. Dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif STAD
manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran tradisional.
22
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 5 orang. Pengkaji menjalankan sesi
pengajaran dan latihan diberikan. Setiap kumpulan kecil bekerjasama untuk memperbaiki
kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Setiap ahli kumpulan kecil bertanggungjawab
belajar untuk diri sendiri, malah membantu pembelajaran rakan ahli yang lain. Latihan
diselesaikan dengan kerjasama kumpulan kecil. Semua ahli dalam kumpulan tolong-menolong
antara satu sama lain bagi memastikan bahawa setiap ahli kumpulan tersebut memahami dan
menguasai pengajaran yang disampaikan serta dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.
Setelah semua murid berjaya menjawab semua soalan dalam set latihan yang diberikan, maka set
latihan yang lain diberikan. Walau bagaimanapun, latihan kedua ini dijawab secara individu
bagi mengesan tahap pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Markah individu dan
kumpulan diumumkan dan hadiah galakan diberikan kepada kumpulan yang mendapat jumlah
markah yang tertinggi. Pemantauan guru pembimbing semasa pengajaran dan pembelajaran
kelas ekperimen dan kawalan dijalankan dengan penyemakan setiap rancangan pengajaran
harian.
3.3 PERSEMPELAN KAJIAN
Kajian ini telah mengambil sampel yang terdiri daripada murid Tingkatan dua di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Goh, di Kuantan, Pahang. Murid terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang mempunyai tahap pembelajaran yang sederhana. Seramai 50 orang murid
terlibat untuk kajian ini. Kumpulan eksperimen, terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 17
orang murid perempuan manakala kumpulan kawalan pula terdiri daripada 18 orang murid
lelaki dan 7 orang murid perempuan.
Penempatan murid dalam kelas adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir
tahun tingkatan 1. Murid tingkatan dua dipilih adalah berdasarkan murid tersebut tidak
menghadapi sebarang peperiksaan yang umum serta pada peringkat ini kebanyakan topik yang di
ajar adalah topik asas dalam matematik serta memerlukan pengetahuan asas matematik.
23
3.4. INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang telah digunakan ialah satu set soalan ujian pra dan satu set soalan
ujian pos. Soalan untuk ujian pra ( Lampiran A) mengandungi 20 soalan objektif. Murid diberi
masa selama 35 minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Maklumat keputusan ujian ini
telah digunakan untuk melihat prestasi pencapaian murid di peringkat awal. Soalan adalah
menguji pemahaman konsep asas murid dalam tajuk Ungkapan Algebra II.
Soalan untuk Ujian Pos (Lampiran B) merupakan soalan yang diambil dari soalan Ujian
Pra tetapi telah diubah dari sudut kedudukan soalan. Pengkaji menggunakan buku teks sekolah
dan buku rujukan untuk dijadikan panduan dalam pembinaan soalan ujian. Instrumen lain kajian
yang telah digunakan oleh pengkaji ialah borang temu bual murid. Ia adalah mengenai minat
terhadap kaedah yang dijalankan (Lampiran C), borang soal selidik latar belakang murid
(Lampiran D) dan borang mencatat keputusan ujian pra (Lampiran F) dan ujian pos (Lampiran
G).
3.5. PROSEDUR KAJIAN
3.5.1 Persediaan Kajian
Sampel kajian terdiri dari kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Eksperimen.
3.5.2 Soal-selidik
Pada minggu pertama, semua murid dari kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
telah diberi borang soal-selidik latar belakang untuk dijawab. Soal-selidik ini terdiri daripada
soalan yang menanya tentang latar belakang murid.
3.5.3. Ujian Pra
Sampel kajian menjalani Ujian Pra pada minggu pertama sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
24
3.5.4. Proses Pengajaran Dan Penyampaian
Setelah Ujian Pra daripada kumpulan Eksperimen menjalani sesi suai-kenal di antara ahli
kumpulan. Sampel diberi taklimat tentang proses pengajaran dan pembelajaran Koperatif STAD.
Bagi kumpulan Eksperimen, setiap sesi pengajaran melibatkan kerja kumpulan dan latihan kerja
rumah. Kuiz individu telah dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Jadual pelaksanaan
pengajaran koperatif dipaparkan di Lampiran J
3.5.5 Ujian Pos
Selepas pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional dilaksanakan selama lebih
kurang empat minggu, kedua-dua kumpulan menduduki ujian pos. Hasil keputusan ujian
daripada kedua-dua kumpulan di catat.
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
.
Pengkaji memberi penerangan ringkas tentang tujuan ujian dan bagaimana ia dijalankan.
Ujian Pra dan Ujian Pos masing-masing berjumlah 20 soalan setiap ujian. Soalan ujian telah
diedarkan kepada murid dan mereka diberi selama 35 minit untuk menjawab soalan tersebut.
Murid dilarang meniru semasa menjawab soalan.
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos telah dicatat dalam borang seperti dalam di Lampiran
F dan Lampiran G. Data yang diterima dari ujian pra dapat mengetahui tahap pengetahuan sedia
ada murid. Selepas 4 minggu, ujian pos dilaksanakan dan keputusan mereka dicatatkan.
25
3.7 PROSEDUR ANALISIS DATA
Di dalam kajian ini terdapat dua bentuk data yang diperolehi untuk data kuantitatif dan
data kualitatif. Selepas semua data dikumpul dari instrumen kajian, ia dianalisa dengan mencari
frekuensi dan peratus serta skor min. Murid juga ditemu-bual untuk mendapatkan persepsi
murid tentang kaedah pengajaran STAD. Soal-selidik tentang latar belakang murid dan suka
mereka mengenai terhadap mata pelajaran matematik juga dijelaskan. Hasil data yang diperoleh
akan dianalisi berdasarkan markah pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos.
Secara detailnya, hasil data yang diperoleh akan dianalisis berdasarkan perkara-perkara
berikut:
1. Markah pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos.
2. Analisis soal-selidik latar belakang sampel.
Prestasi pencapaian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan dibandingkan
berdasarkan min skor Ujian Pra dan Pos. Tujuan perbandingan dilakukan adalah untuk
mengetahui keberkesanan Pembelajaran Koperatif. Selain itu analisis deskriptif juga akan
dilaksanakan bagi mengesahkan hipotesis kajian.
3.8 RINGKASAN
Kajian ini telah menggunakan rekabentuk kajian kes, kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan di ajar dengan kaedah masing-masing. Analisis ujian akan dijalankan untuk
mengetahui keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif.
26
BAB 4
KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini melaporkan latarbelakang responden dan keputusan yang diperolehi daripada
kajian yang telah dilaksanakan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan kesan
Pembelajaran Koperatif STAD terhadap pencapaian ujian konsep asas Tajuk Ungkapan Algebra
II bagi murid Tingkatan Dua. Ujian Pra dan Pos telah ditadbirkan bagi menilai pencapaian murid
dari kedua-dua kumpulan kajian.
4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Lokasi bagi kajian : SMK Bukit Goh, 26050 Kuantan, Pahang
Kumpulan Ekperimen Kumpulan Kawalan
Respoden : Tingkatan 2 Abu Dzar (AD) :Tingkatan 2 Al Ghazali(AG)
Jumlah bilangan : 25 orang : 25 orang
Jantina : 8 lelaki : 18 lelaki
17 perempuan : 7 perempuan
Bangsa : Melayu : Melayu
Sekolah Menengah Kebangasaan Bukit Goh terletak 25 kilometer dari Bandar Kuantan.
Sejumlah besar murid tinggal di Felda Bukit Goh, Felda Bukit Sagu 1, 2, 3 dan Felda Bukit
Kuantan di mana kebanyakan ibu bapa adalah peneroka Felda. Sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah gred A dimana muridnya berjumlah 1,743 orang. Sekolah ini mempunyai dua sesi
pembelajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang. Murid tingkatan 3, 4, 5, di sesi pagi manakala murid
tingkatan 1 dan 2 di sesi petang.
27
Pagi Petang Jumlah
Bilangan guru 55 31 86
Bilangan murid 980 763 1743
Agihan guru dan murid bagi sesi pagi dan petang
Bagi tingkatan 2 bilangan kelas adalah 8 buah kelas dan purata satu kelas adalah seramai
40 orang. Secara umumnya jumlah murid ini adalah terlalu ramai. Murid yang ramai adalah
sukar untuk memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Latar belakang responden
akan dianalisis dari segi jantina, menghadiri kelas tuisyen berbayar, dan minatnya terhadap mata
pelajaran Matematik .
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan demografi responden Kumpulan Eksperimen
dan Kumpulan Kawalan mengikut jantina. Daripada 25 orang responden ahli anggota Kumpulan
Eksperimen, terdapat 32% lelaki dan 68% perempuan. Manakala daripada 25 orang ahli anggota
Kumpulan Kawalan, terdapat 72% lelaki dan 28% perempuan.
KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN
Jantina Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Lelaki 8 32% 18 72%
Perempuan 17 68% 7 28%
Jumlah 25 100% 25 100%
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina Dalam Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan
4.2.2 Taburan Responden Dalam Pencapaian UPSR
Merujuk Jadual 4.2, peratusan pencapaian UPSR dalam Kumpulan Eksperimen,
terdapat 20% responden mencapai Gred A, 44% mencapai Gred B dan 36% mencapai
Gred C, manakala Kumpulan Kawalan, terdapat 12% responden mencapai Gred A, 40%
mencapai Gred B dan 48% mencapai Gred C.
28
KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN
Pencapaian
UPSR
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
A 5 20% 3 12%
B 11 44% 10 40%
C 9 36% 12 48%
Jumlah 25 100% 25 100%
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Pencapaian UPSR Dalam Kumpulan
Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan
4.2.3 Taburan Responden Yang Menghadiri Kelas Berbayar
Merujuk Jadual 4.3, dalam Kumpulan Eksperimen, terdapat 60% responden ada
menghadiri kelas tambahan 40% tidak menghadiri kelas tambahan, manakala Kumpulan
Kawalan, terdapat 44% responden ada menghadiri kelas tambahan, 56% tidak menghadiri kelas
tambahan.
KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN
Hadiri Kelas
Tambahan
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
YA 15 60% 11 44%
TIDAK 10 40% 14 56%
Jumlah 25 100% 25 100%
Jadual 4.3 : Taburan Responden Yang Menghadiri Kelas Berbayar Dalam Kumpulan
Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan
4.2.4 Taburan Responden Yang Meminati Mata Pelajaran Matematik
29
Merujuk Jadual 4.4, dalam Kumpulan Eksperimen, 100% responden mengaku meminati
mata pelajaran Matematik, manakala Kumpulan Kawalan, terdapat 80% responden mengaku
meminati mata pelajaran Matematik manakala 20% mengaku tidak meminati mata pelajaran
Matematik.
KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN
Minat
Matematik
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
YA 25 100% 20 80%
TIDAK 0 0% 5 20%
Jumlah 25 100% 25 100%
Jadual 4.4 : Taburan Responden Yang Meminati Mata Pelajaran Matematik Dalam
Kumpulan Eksperimen Dan Kumpulan Kawalan
4.3 DAPATAN KAJIAN
Analisis dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada skor pencapaian Ujian Pos dan
Ujian Pra kumpulan kajian yang mengikuti kaedah Pembelajaran Koperatif dan kaedah
Pembelajaran Tradisional. Analisis yang dibuat adalah untuk menguji keberkesanan
Pembelajaran Koperatif STAD ke atas pencapaian Matematik di kalangan murid Tingkatan Dua
AD. Analisis data dilakukan secara pengiraan manual. Ujian -t digunakan untuk menguji
hipotesis, kesignifikan adalah sebanyak 5% sahaja.
4.3.1 Analisa Berdasarkan Fakta Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Eksperimen
30
Jadual 4.5 : Perbandingan prestasi skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen
Berikut merupakan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen yang direkodkan dalam bentuk jadual.
GredUjian Pra Ujian Pos
Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%)
A 0 0 16 64
B 7 28 7 28
C 13 52 2 8
D 5 20 0 0
Jumlah 25 100 25 100
Jadual 4.6: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen
31
Bagi menentukan sama ada wujud perbezaan antara min prestasi dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
bagi Kumpulan Eksperimen, Ujian-t telah dijalankan.
Ujian pra Ujian posMarkah x f fx x2 fx2 markah x f fx x2 fx2
5 1 5 25 25 9 2 18 81 1626 2 12 36 72 13 3 39 169 5077 2 14 49 98 14 2 28 196 3928 4 32 64 256 15 2 30 225 4509 3 27 81 243 16 6 96 256 153610 3 30 100 300 17 2 34 289 57811 3 33 121 363 18 3 54 324 97212 3 36 144 432 19 4 76 361 144413 1 13 169 169 20 1 20 400 40014 3 42 196 588 0 0 095 25 244 985 2546 141 25 395 2301 6441
Jadual 4.7: Jumlah Kekerapan Mengikut Markah
Ujian pra Ujian pos
Min =
Varians =
Sisihan piawai
Jadual 4.8: Jadual Min, Sisihan Piawai Dan Varian Bagi Kumpulan Eksperimen
Penyelesaian
32
i) Hipotesis bagi kajian ini adalah:
Ho : Tidak terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah koperatif STAD.
Ha : Terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah koperatif STAD.
ii) Statistik ujian
Sp Sd
=
=
= 7.595
= (7.595)
= 2.148
Ujian t = = 2.8119
iii) Nilai kritikal dan rantau penolakan.
Merujuk jadual t, t48 , 0.05 = 1.6772
iv) Keputusan bagi statistik ujian
33
Oleh kerana t = 2.8119 > 1.6772, maka tolak H0 pada 5% tahap keertian.
Kumpulan Eksperimen
n
Perbezaan
min
Ujian-t Jadual taburan t
Ujian Pra 25 9.76 6.86 2.62
6.042.8119 1.6772
Ujian Pos 25 15.8 8.33 2.89
Jadual 4.9: Dapatan Hasil Analisis Ujian Pra dan Pos Kumpulan Eksperimen
v) Kesimpulan
Hasil analisis-t menunjukkan nilai min bagi ujian pra ialah 9.76 manakala bagi ujian pos
ialah 15.8. Perbezaan min sebanyak 6.04 pada nilai t = 2.8119, dimana nilai p = 0.25%
lebih besar dari nilai p jadual = 5%. Keputusan ujian di atas menunjukkan terdapat
perbezaan min skor ujian pra dan ujian pos kumpulan yang menggunakan kaedah
koperatif STAD. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa Hipotesis nul ditolak.
4.3.2 Analisa Berdasarkan Fakta Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan.
34
BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN POSMARKAH % GRED MARKAH % GRED
1CHE MUHAMAD HISYAM B CHE HALIM
6 30 D 9 45 C
2 HERNA IDAYU BT CHE HALIM 12 60 B 16 80 A
3 JANNAH BT MD SAAD 7 35 D 10 50 C
4 MAS FAZLIATUN BT ZAABA 11 55 C 13 65 B
5 MOHAMAD IKHWAN B ZUHIR 12 60 B 13 65 B
6 MOHAMAD IKHWAN HAMKA 8 40 C 10 50 C
7 MOHAMAD SYAFIE B SANUSI 7 25 D 9 45 C
8 MOHAMAD ZABIDI B ABDUL THANI 13 65 B 18 90 A
9 MOHD AMIRUL ISMAD B YATIM 8 40 C 12 60 B
10 MOHD FAEZ IZZUDIN B AZMI 6 30 D 8 40 C
11 MUHAMAD RIDWAN B ZAIM 15 75 B 15 75 B
12 MUHAMMAD AFIQ B ADNAN 5 25 D 8 40 C
13 MUHAMMAD AMIRUDIN B ZAKARIA 14 70 B 15 75 B
14 MUHAMMAD FADLI B MOHD JALIL 4 20 D 12 60 B
15 MUHAMMAD FARID B SAIDIN 15 75 B 15 75 B
16 MUHAMMAD IKMAL NAIM B ROSLI 12 60 B 13 65 B
17 MUHAMMAD ILYAS B KAMAZLAN 9 45 C 11 55 C
18 MUHAMMAD SUFRI HADRY 10 50 C 12 60 B
19 MUHAMMAD SYUKRI B MOHAMMAD 12 60 B 15 75 B
20 MUHAMMAD TAUFIQ SYAH 11 55 C 13 65 B
21 NAZRUL SYAMIL B MOHD YUSOF 8 40 C 10 50 C
22 NORAFIKAH BT HARUN 13 65 B 15 75 B
23 NORSYAFIKAH ELYANA BT MOHD 6 30 D 8 40 C
24 NUR AMIRA BT ABDULLAH 5 25 D 8 40 C
25 NUR ASHIKIN BT MUSTAFAR 4 20 D 9 45 C
Jadual 4.10: Perbandingan Prestasi Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan
Kawalan
GredUjian Pra Ujian Pos
Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%)
35
A 0 0 2 8
B 9 36 12 48
C 7 28 11 44
D 9 36 0 0
Jumlah 25 100 25 100
Jadual 4.11: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Bagi menentukan sama ada wujud pencapaian yang signifikan antara min prestasi dalam Ujian Pra dan
Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan, Ujian-t telah dijalankan.
Ujian pra Ujian posMarkah x f fx x2 fx2 Markah x f fx x2 fx2
4 2 8 16 32 7 1 7 49 495 2 10 25 50 8 4 32 64 2566 3 18 36 108 9 3 27 81 2437 2 14 49 98 10 3 30 100 3008 3 24 64 192 11 1 11 121 1219 1 9 81 81 12 2 24 144 28810 1 10 100 100 13 4 52 169 67611 2 22 121 242 15 5 75 225 112512 4 48 144 576 16 1 16 256 25613 2 26 169 338 18 1 18 324 32414 1 14 196 196 15 2 30 225 450 114 25 233 1226 2463 119 25 292 1533 3638
Jadual 4.12: Jumlah Kekerapan Mengikut Markah
Ujian pra Ujian pos
36
Min =
Varians =
Sisihan piawai
Jadual 4.13: Jadual Bagi Min, Sisihan Piawai Dan Varians Bagi Kumpulan Kawalan.
Penyelesaian
i) Hipotesis bagi kajian ini adalah:
Ho : Tidak terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
kawalan yang menggunakan kaedah tradisional.
Ha : Terdapat perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang
menggunakan kaedah tradisional.
ii) Statistik ujian
Sp Sd
=
= = 3.289
=
= 0.9303
Ujian t = = 2.5368
iii) Nilai kritikal dan rantau penolakan.
Merujuk jadual t, t 48,0.05 = 1.6772
37
iv) Keputusan-keputusan bagi statistik ujian.
Oleh kerana t = 2.5368 > 1.6772, maka tolak H0 pada 5% tahap keertian.
Kumpulan
kawalan
n u Perbezaan
min
Ujian-t Jadual
taburan t
Ujian Pra 25 9.32 12.143 3.485 2.36 2.5368 1.6772
Ujian Pos 25 11.68 9.477 3.078
Jadual 4.14: Dapatan Hasil Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
v) Kesimpulan
Hasil analisis-t menunjukkan nilai min bagi ujian pra ialah 9.32 manakala bagi ujian pos
ialah 11.68. Perbezaan min sebanyak 2.36 pada nilai t = 2.5368, dimana nilai p = 0.5%
lebih besar dari nilai p jadual = 5%. Keputusan ujian di atas menunjukkan terdapat
perbezaan di antara min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa Hipotesis nul
ditolak.
4.3.3 Analisa Berdasarkan Keputusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan
38
Berikut merupakan keputusan ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
GredKelas Eksperimen Kelas Kawalan
Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%)
A 0 0 0 0
B 7 28 9 36
C 13 52 7 28
D 5 20 9 36
Jumlah 25 100 25 100
Jadual 4.15: Keputusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan.
Oleh itu, keputusan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kawalan.
Min Varians Sisihan piawai
Eksperimen 9.67 6.857 2.619
Kawalan 9.32 12.143 3.485
Penyelesaian
i) Hipotesis bagi kajian ini adalah:
Ho : Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pra di antara kumpulan yang
menggunakan kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
Ha : Terdapat perbezaan min skor ujian pra di antara kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
ii) Statistik ujian
Sp Sd
39
=
= = 3.1053
= 3.1053
= 0.8783
Ujian t = = 0.50097
iii) Nilai kritikal dan rantau penolakan.
Merujuk jadual t, t 48,,0.05 = 1.6772
iv) Keputusan-keputusan bagi statistik ujian
Oleh kerana t = 0.50097 < 1.6772 , maka terima H0 pada 5% tahap keertian.
Jadual 4.16 : Dapatan Hasil Analisis Ujian Pra Bagi Kumpulan Eksperimen
dan Kumpulan Kawalan
Ujian pra n u Perbezaan
min
Ujian-t Jadual
taburan t
Eksperimen 25 9.76 6.857 2.6197 0.44 0.50097 1.6772
Kawalan 25 9.32 12.143 3.485
v) Kesimpulan
Hasil analisis-t menunjukkan nilai min bagi kumpulan eksperimen ialah 9.76 manakala
bagi kumpulan kawalan ialah 9.32. Perbezaan min sebanyak 0.44 pada nilai t = 0.50097,
40
dimana nilai p = 20% lebih kecil dari nilai p jadual = 5%. Keputusan ujian pra di atas
menunjukkan terdapat perbezaan min skor di antara kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa
Hipotesis nul diterima.
4.3.4 Analisis Berdasarkan Keputusan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan.
Berikut merupakan keputusan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang
direkodkan dalam bentuk jadual.
GredKelas Eksperimen Kelas Kawalan
Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%)
A 16 64 2 8
B 7 28 12 48
C 2 8 11 44
Jumlah 25 100 25 100
Jadual 4.17: Keputusan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan.
Oleh itu, keputusan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kawalan.
Min Varians Sisihan piawai
Eksperimen 15.8 8.333 2.887
Kawalan 11.68 9.477 3.078
Penyelesaian
i) Hipotesis bagi kajian ini adalah:
41
Ho : Tidak terdapat perbezaan min skor ujian pos bagi kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
Ha : Terdapat perbezaan min ujian pos bagi kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional.
ii) Statistik ujian
Sp Sd
=
= = 3.0131
= 3.0131
= 0.8522
Ujian t = =
4.8345
iii) Nilai kritikal dan rantau penolakan.
Merujuk jadual t, t 48,,0.05 = 1.6772
iv) Keputusan-keputusan bagi statistik ujian
Oleh kerana t = 4.8345 > 1.6772, maka tolak H0 pada 5% tahap keertian.
Jadual 4.18 : Dapatan Hasil Analisis Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen
dan Kumpulan Kawalan
42
Ujian pos n u Perbezaan
min
Ujian-t Jadual
taburan t
Eksperimen 25 15.8 8.333 2.887 4.12 4.8345 1.6772
Kawalan 25 11.68 9.476 3.078
v) Kesimpulan
Hasil analisis-t menunjukkan nilai min bagi kumpulan eksperimen ialah 15.8 manakala
bagi kumpulan kawalan ialah 11.68. Perbezaan min sebanyak 4.12 pada nilai t = 4.8345,
dimana nilai p = 0.05% lebih besar dari nilai p jadual = 5%. Keputusan ujian pos di atas
menunjukkan terdapat perbezaan min skor di antara kumpulan yang menggunakan
kaedah koperatif STAD dan kaedah tradisional. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa
Hipotesis nul ditolak.
4.4 Kesimpulan
Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa aktiviti Pembelajaran Kooperatif
kaedah STAD dapat meningkatkan kefahaman murid untuk memahami tajuk yang diajar.
Dengan kewujudan kefahaman, maka dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding
dengan mereka yang memperoleh skor ujian pos melebihi skor murid kumpulan kawalan.
Secara tidak langsung pandangan murid terhadap matematik telah berubah ke arah yang
lebih positif kerana mereka berasa seronok dapat menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
Pembelajaran kooperatif bukan sahaja bermaksud mengumpulkan murid di dalam satu
kumpulan, tetapi juga memerlukan struktur dan perancangan yang rapi supaya setiap individu
dapat memberi sumbangan yang bermakna.
BAB 5
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI
43
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi bahagian-bahagian termasuklah ringkasan kajian, perbincangan
berdasarkan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan
kajian lanjutan. Bahagian ringkasan kajian mengemukakan proses perlaksanaan kajian secara
menyeluruh. Bahagian dapatan kajian akan menjelaskan hasil yang diperolehi setelah data
dianalisis dan dapatan-dapatan mengikut urutan tujuan kajian akan disertai perbincangan sama
ada dapatan kajian menyokong atau tidak menyokong dapatan kajian yang lepas, teori-teori atau
pengalaman pengkaji sendiri. Dalam bahagian kesimpulan dapatan kajian, ia akan memberikan
pendapat yang rasional mengenai hasil dapatan kajian yang diperolehi. Bagi bahagian implikasi
dapatan kajian pula akan mencadangkan implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan
berhubung Pembelajaran Koperatif secara khusus dan bahagian kajian lanjutan akan memberikan
saranan tentang kajian lanjutan yang perlu untuk melengkapkan lagi kajian seumpama ini.
5.2 Ringkasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membentangkan beberapa persoalan mengenai pembelajaran
koperatif dalam menarik minat dan iltizam murid tentang matematik. Secara umumnya kajian ini
juga meninjau kebaikan aktiviti berkumpulan sama ada aktiviti ini sesuai untuk mencapai
objektif dan persoalan kajian. Sebagaimana yang diketahui bahawa kemahiran interpersonal dan
kerja kumpulan telah diiktiraf sebagai sesuatu yang amat penting di dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuatu konsep. Dengan itu, kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi menjadi
penting dalam kerjaya yang akan ceburi nanti.
Kajian ini menggunakan rekabentuk kaedah Pembelajaran Koperatif kaedah STAD dan
kaedah tradisional. Dua kaedah ini diuji untuk melihat keberkesanannya terhadap peningkatan
pencapaian matematik topik Ungkapan Algebra II murid Tingkatan 2. Alat kajian yang
digunakan adalah Soal Selidik, Soalan Ujian Pra dan Soalan Ujian Pos. Perlaksanaan kajian
dijalankan dengan mengambil dua buah kelas dijadikan sampel. Sebuah kelas dijadikan
Kumpulan Eksperimen iaitu kelas Al Ghazali(AG) dan sebuah kelas lagi dijadikan Kumpulan
Kawalan iaitu kelas Abu Dzar(AD). Sekolah yang tersebut ialah Sekolah Menengah
Kebangasaan Bukit Goh yang terletak 25 kilometer dari Bandar Kuantan. Sejumlah besar murid
44
tinggal di Felda Bukit Goh, Felda Bukit Sagu 1, 2, 3 dan Felda Bukit Kuantan di mana
kebanyakan ibu bapa adalah peneroka Felda. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A
dimana muridnya berjumlah 1,743 orang. Kumpulan Eksperimen diajar mengikut struktur
Pembelajaran Koperatif Kaedah STAD, sementara Kumpulan Kawalan diajar secara pengajaran
Tradisional. Tempoh masa mengajar ialah empat minggu. Data yang dikumpul dianalisis
menggunakan ujian t-min, kekerapan dan peratus.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian dengan lebih mendalam. Keputusan
adalah berdasarkan hasil analisa data responden dan juga untuk menjawab persoalan kajian.
Dengan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min pencapaian di
kalangan murid sebelum dan selepas pembelajaran kooperatif bagi topik Ungkapan Algebra II
bagi Kumpulan Eksperimen. Ini adalah kerana min skor bagi ujian pra bagi Kumpulan
Eksperimen ialah 9.76 dan ujian pos ialah 15.8. Perbezaan min sebanyak 6.04 bagi Kumpulan
Eksperimen ini telah menunjukkan bahawa satu keputusan yang menggalakkan dimana tiada
orang memperolehi Gred A semasa ujian Pra dan telah melonjak kepada 16 orang murid yang
memperolehi Gred A dalam ujian pos.
Dalam Kumpulan Kawalan didapati keputusan hasil kajian, min skor bagi ujian pra ialah
9.32 dan ujian pos ialah 11.68. Perbezaan min sebanyak 2.36 bagi Kumpulan Kawalan ini telah
menunjukkan bahawa bilangan murid yang mendapat kelulusan yang lebih baik adalah lebih
ramai dalam ujian pos berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan, semasa ujian pra dijalankan
tiada orang yang mendapat Gred A malah terdapat seramai 9 orang yang mendapat Gred D.
Tetapi semasa ujian pos dijalankan, seramai 2 orang memperolehi Gred A dan tiada orang pula
yang memperolehi Gred D.
Seterusnya, berdasarkan keputusan ujian pra bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan bahawa min skor bagi Kumpulan Eksperimen ialah 9.76 dan bagi Kumpulan Kawalan
ialah 9.32. Perbezaan min adalah sebanyak 0.44. Dapat disimpulkan bahawa tahap kebolehan
murid bagi kedua-dua kelas ini adalah lebih kurang sama sebelum kaedah koperatif dan kaedah
45
tradisional dijalankan. Daripada keputusan itu menunjukkan kedua-dua kelas, tiada orang yang
memperolehi Gred A. Melalui ujian pra ini kebanyakan murid mempunyai tahap kebolehan yang
sederhana. Ini kerana murid yang mendapat Gred B adalah sebanyak 7 orang dalam Kumpulan
Eksperimen dan 9 orang dari Kumpulan Kawalan. Manakala murid yang memperolehi Gred C
adalah seramai 13 orang dan 7 orang dari Kumpulan Kawalan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min pencapaian di
kalangan murid dalam ujian pos bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Ini adalah
kerana min skor bagi ujian pos bagi Kumpulan Eksperimen ialah 15.8 dan bagi Kumpulan
Kawalan ialah 11.68. Perbezaan min adalah sebanyak 4.12. Dapat disimpulkan bahawa wujud
kesan yang ketara bagi kaedah pengajaran baru iaitu Pengajaran Koperatif Kaedah STAD untuk
Kumpulan Eksperimen berbanding Kumpulan Kawalan yang menggunakan Kaedah Tradisional.
Ini terbukti bahawa seramai 16 orang mempeolehi Gred A bagi Kumpulan Eksperimen manakala
Kumpulan Kawalan pula hanya 2 orang sahaja yang mendapat Gred A.
Maklumat analisa telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min pencapaian di
kalangan murid sebelum dan selepas Pembelajaran Koperatif bagi topik Ungkapan Algebra II
bagi kumpulan eksperimen. Ini menunjukkan bahawa Pembelajaran Koperatif Kaedah STAD
amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam Matematik. Ini membuktikan
Pembelajaran Koperatif sesuai dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekaligus menunjukkan pencapaian matematik kurang memberangsangkan melalui kaedah
Tradisional.
Hasil tinjauan, pemerhatian dan pendapat murid semasa proses Pembelajaran Koperatif
Kaedah STAD dapat disimpulkankan bahawa kaedah ini amat bermanafaat dan berjaya menarik
minat murid dalam matematik seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Antara pendapat
murid berkaitan Pembelajaran Koperatif adalah seperti berikut:
46
a) Dapat memahami topik dengan jelas (77%)
b) Dapat mengingati fakta dengan lebih cepat (55%)
c) Dapat bertanya lebih banyak soalan (50%)
d) Lebih menyeronokkan (66%)
d) Lebih ceria / bising (72%)
Hasil dapatan daripada ujian pos bagi Kumpulan Eksperimen menunjukkan peningkatan
pencapaian yang ketara berbanding dengan ujian pra. Di mana kebanyakan murid boleh
mendapat gred A dan B. Gred terendah bagi murid di dalam ujian pos ialah gred C. Pengkaji
mendapati bahawa murid ini dapat menjawab dengan tepat dan betul selepas Pembelajaran
secara Koperatif. Hasil dapatan kajian dari ujian pra dan ujian pos ini menunjukkan bahawa
prestasi kumpulan kumpulan kaedah Pembelajaran Koperatif lebih tinggi berbanding dengan
murid kumpulan kaedah Pembelajaran Tradisional.
Kaedah Pembelajaran Koperatif berupaya meningkatkan pencapaian murid kerana
dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif
murid. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui
perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan murid dapat membantu mereka
untuk menguasai konsep-konsep penting. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif
juga, Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama murid adalah perlu untuk
membantu proses berfikir murid.
Pandangan Slavin dan Woolfolk tersebut selari dengan pernyataan-pernyataan yang
diberikan oleh murid kumpulan Eksperimen di dalam kajian ini. Murid mengakui bahawa
mereka menjadi lebih faham melalui perbincangan dan dapat bertanya kawan apabila berada di
dalam kebuntuan..
Dapatan kajian, menunjukkan respon murid terhadap pengalaman mereka di dalam
kaedah pembelajaran koperatif dapat dilihat melalui keputusan soal selidik yang diedarkan.
47
Dapatan mendapati bahawa murid menyatakan seronok belajar matematik melalui kaedah
berkumpulan. Didapati murid ini gembira berada di dalam kumpulan tanpa rasa terkongkong.
Mereka bebas berbincang dan murid lemah dapat bertanya kepada murid yang lebih baik
pencapaiannya. Seterusnya kebanyakkan murid menyatakan dapat memberi kerjasama yang baik
terhadap aktiviti secara berkumpulan. Di mana mereka berasa seronok untuk mencuba dan dan
untuk menambah mata bagi kumpulan mereka.
Pengkaji juga mendapati murid menunjukkan semangat yang tinggi terhadap
pembelajaran koperatif kerana beberapa sebab, antaranya ialah kaedah ini membolehkan mereka
berbincang, berkongsi dan bertukar pendapat., dapat memahami topik dengan jelas serta
mengukuhkan pemahaman, mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan,menghilangkan rasa
bosan apabila menghadapai masalah dengan soalan, menyelesaikan masalah dengan cepat dan
sentiasa bermotivasi.
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang diperolehi dapat disimpulkan seperti berikut :
i. Selepas Pengajaran Koperatif dijalankan kepada Kumpulan Eksperimen, skor
pencapaian murid telah meningkat. Peningkatan ini adalah kerana dalam
Pembelajaran Koperatif, murid bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
matlamat yang sama dengan menggunakan kemahiran sosial. Ini membuktikan
pembelajaran murid akan lebih berjaya sekiranya mereka diberi peluang untuk
menghuraikan atau menjelaskan idea dengan pelbagai cara.
ii. Pembelajaran Koperatif Kaedah STAD telah berjaya menunjukkan perbezaan
peningkatan skor antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dengan
kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi. Ini adalah kerana
kaedah Pembelajaran Koperatif adalah berpusatkan murid sementara pembelajaran
tradisional berpusatkan guru. Pendekatan berpusatkan murid lebih berupaya
meningkatkan skor pencapaian kerana para murid berpeluang berkomunikasi secara
matematik dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian, ingatan jangka panjang,
48
sikap positif dan konsep kendiri. Pengajaran berpusatkan guru pula menyebabkan
murid dibebani dengan pelbagai konsep dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Murid sangat berminat dan tidak mudah merasa bosan jika kaedah Pembelajaran
Koperatif digunakan. Oleh kerana matematik adalah mata pelajaran yang
membosankan jika tidak diajar menggunakan pendekatan yang betul. Maka, kaedah
Pembelajaran Koperatif adalah satu alternatif pembelajaran dalam sistem pendidikan
negara untuk mengubah sikap murid. Aktiviti Pembelajaran Koperatif membolehkan
murid-murid mengambil bahagian yang aktif. Mereka yang lemah juga mempunyai
peluang mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Dalam kumpulan kecil
mereka berani bertanya soalan dan menjawab soalan. Ini memberi peluang kepada
mereka untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Guru juga
lebih berpeluang untuk menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak
kurikulum KBSM.
5.5 Implikasi Dapatan Kajian
Proses pengajaran dan pembelajaran masih mempunyai ruang luas untuk diterokai demi
meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi kajian ini diharapkan
dapat membantu peningkatan tersebut. Kajian tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif
dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada pengkaji dan pendidik berkaitan proses
pembelajaran. Dalam kajian ini, Pembelajaran Koperatif memainkan peranan penting dalam
meningkatkan pencapaian dan sikap murid Dua implikasi yang boleh diberikan daripada kajian
ini adalah seperti berikut :
5.5.1 Implikasi kepada guru
Telah menjadi kelaziman kepada guru untuk menyampaikan maklumat yang sebanyak
mungkin kepada murid. Maklumat yang disampaikan selalunya berfokus kepada prosedur dan
49
fakta-fakta asas matematik, kemudian diikuti latih tubi dan hafalan. Walau bagaimana pun
menurut Lester (1994) fokus harus diberi kepada pengajaran yang meningkatkan aspek kognitif
dan metakognitif. Cadangan Lester ini harus diambil perhatian kerana aspek kognitif dan
metakognitif adalah kunci kepada penyelesaian masalah yang berkesan. Walau apapun kesalahan
tidak boleh diletakkan di atas bahu guru semata-mata kerana ini ada juga kaitan dengan guru
yang menganggap murid mempunyai masalah dalam kemahiran asas matematik. Oleh itu sudah
tentulah penekanan kepada aspek penyelesaian masalah dan pemahaman konsep kurang diberi
penekanan. Guru perlu membuat perancangan awal sebelum Pembelajaran Koperatif ini
dimulakan bagi memastikan guru berpuasa hati dengan pencapaian murid. Kejayaan aktiviti
kooperatif adalah sebenarnya terletak diatas perancangan awal yang teliti. Pengajaran
berpusatkan murid ini perlu dipraktikkan di semua sekolah kerana kaedah ini dapat memberi
kesan yang baik kepada guru.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor masa proses pengajaran dan Pembelajaran
Koperatif yang terhad menjadi satu lagi penghalang untuk melihat secara lebih bermakna kesan
kaedah Pembelajaran Koperatif. Ini bagi memastikan bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif
boleh dilaksanakan dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk
menjayakannya juga, guru-guru perlulah memastikan bahawa alat dan bahan bantu mengajar
lengkap. Selain daripada alat bantuan mengajar yang perlu lengkap, di dalam kaedah
Pembelajaran Kooperatif, murid akan terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, masalah kesukaran mengawal disiplin adalah merupakan satu kekangan
bagi guru. Oleh itu kepakaran guru adalah penting untuk atasi masalah ini.
5.5.2 Implikasi kepada murid
Pembelajaran Koperatif ini juga memberi implikasi positif kepada murid. Bagi
menghadapi perubahan zaman teknologi maklumat ini, murid perlu dibekalkan dengan
kemahiran menyelesaikan masalah. Adalah menjadi tanggungjawab guru dan pendidik
membantu murid mendapatkan kemahiran ini dengan memulakannya di peringkat sekolah.
Pembelajaran Koperatif merupakan pembelajaran sesuai bagi murid mengambil bahagian secara
aktif di dalam pembelajaran mereka. Murid harus digalakkan belajar secara kumpulan kerana
sebarang masalah yang dihadapi boleh dibantu oleh rakan-rakan di dalam kumpulan. Dengan
50
berbuat demikian, keupayaan murid boleh ditingkatkan (Vygotsky 1978 ). Sokongan guru dan
dorongan guru boleh memotivasikan murid melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Guru
boleh menggalakkan murid membuat refleksi terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan kerana
dengannya murid akan sentiasa berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara itu. Secara tidak
langsung Pembelajaran Koperatif boleh menghasilkan penyelesaian masalah yang baik.
Aspek bekerja di dalam kumpulan harus diberi penekanan semasa latihan kerana
Pembelajaran Koperatif melibatkan kemahiran interaksi dengan rakan-rakan sekelas. Hasil kajian
mendapati sebelum ini murid-murid sebenarnya kurang berinteraksi dengan rakan -rakan sekelas
selain daripada rakan-rakan karib mereka. Kemahiran berkomunikasi seperti kemahiran
mendengar, kemahiran menerima dan kemahiran menyatakan sesuatu dengan jelas menjadi
keutamaannya, selain daripada saling percaya mempercayai antara satu sama lain, bertolak ansur
dan bersikap terbuka terhadap sesuatu idea. Aspek kemahiran sosial ini amat perlu bagi
menjayakan aktiviti kumpulan. Kesan daripada aktiviti kumpulan ini juga, murid akan
mempunyai semangat pembinaan pasukan (team building) untuk memastikan kumpulan mereka
berjaya . Di samping itu sistem ganjaran berdasarkan pencapaian kumpulan juga memainkan
peranan penting kepada murid. Oleh sebab murid melibatkan diri secara aktif semasa
perbincangan maka peranan guru bukan lagi hanya sebagai penyampai maklumat yang harus
diterima bulat-bulat oleh murid. Guru bertindak sebagai fasilatator dan membuat perancangan
rapi supaya aktiviti dalam kumpulan ini memberi kesan kepada semua ahli kumpulan.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Dalam kajian ini, objektif kajian adalah terbatas kepada keberkesanan Pembelajaran
Koperatif berbanding kaedah Pembelajaran Tradisional yang hanya berdasarkan prestasi murid
sahaja. Maka kajian selanjutnya perlu mempunyai objektif yang lebih luas seperti
membandingkan kesan strategi kaedah Pembelajaran Koperatif dan kaedah Pembelajaran
Tradisional terhadap konsep kendiri akademik, membandingkan kesan strategi Pembelajaran
Koperatif dan Pembelajaran Tradisional terhadap hubungan sosial dan mengenal pasti
keberkesanan perlaksanaan Pembelajaran Koperatif mengikut persepsi murid dari segi:
51
(i) Pengalaman murid kumpulan Pembelajaran Koperatif yang mengikuti strategi
Pembelajaran Koperatif
(ii) Elemen-elemen di dalam Pembelajaran Koperatif yang terdiri daripada
pembahagian kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan, kuiz, pengiraan
skor kumpulan, penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan,
pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar.
(iii) Kemahuan dan kesungguhan murid untuk belajar matematik.
Antara aspek lain yang patut diambil kira di dalam kajian selanjutnya adalah kesan
Pembelajaran Koperatif ke atas murid mengikut tahap kebolehan yang berbeza, tahap
penglibatan murid di dalam Pembelajaran Koperatif, setakat mana guru melaksanakan
Pembelajaran Koperatif dan persepsi guru yang terlibat di dalam kajian.
5.7 Kesimpulan
Pembelajaran Koperatif adalah satu kaedah yang berkesan meningkatkan pencapaian
pelajar. Dengan Kaedah STAD yang digunakan, murid merasakan tidak mudah bosan ketika
belajar matematik dan merasakan matematik adalah mata pelajaran yang seronok untuk
dipelajari penting. Di samping itu amalan Pembelajaran Koperatif oleh guru-guru dapat
meningkatkan kemahiran aktiviti bersosial dalam pembelajaran matematik yang akhirnya akan
mendorong kepada amalan yang baik dan memberi impak yang bermakna kepada pelajar-pelajar.
Kebanyakan kesan yang ditunjukkan dengan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah ke arah yang positif dan membina keyakinan pelajar untuk
belajar. Kajian kaedah Pembelajaran Koperatif oleh guru-guru dan keberkesanannya ke atas
pencapaian pelajar diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru dan murid.
RUJUKAN
52
Allen, W.H. & Van Sickle, R.L. (1984). Learning Teams And Low Achievers. Social Education,
48, 60-64.
Ary, Jacobs and Razavieh, (1996), 6th Edition :Introduction To Research In Educations,
Harcourt Brace College Publishers
Bilbao, Purita P. (1997). Effectiveness Of Small Group Discussion And Individualized Written
Report As Post Laboratory Task In High School Physics Learning. Proceedings
Of 1997 International Conference On Cooperative learning And Constructivism
In Science And Mathematics Education. Pg 3-1-3-11.
Bloom, B.S., Madaus, G.F. & Hastings, J.T. (1981). Evaluation To Improve Learning, McGraw-
Hill Book Co., N.Y.
Cambell, D.T & Stanley (1996). Experimental And Quasi-Experimental Designs For Research.
Boston: Houghton Mifflin Company.
Clement, M.A. & Marina, B. (1990). Understanding The Problem: A Prerequisite To Problem
Sloving In Mathematics. Journal Of Science And Mathematics Education In S.E
Asia: SEAMO RESCAM Vol XLLL, No 1:19-38.
E.L. Thorndike, “Animal Intelligence’, Psychological Review, Monograph Supplement 2:8.
Ginsburg, H>P & Baron, J (1993). Cognition: Young Children’s Construction Of Mathematics.
In R.J. Jensen (Ed.), Research Ideas For The Classrooms: Early Childhood
Mathematics (m.s.3-21). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.
HBEF4106, School-Based Research (May 2005), Modul Faculty Of Education Arts and Social
Science, Open University Malaysia.
Hewey (2000).The Psycholody Of Mathematics For Instruction. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Ass. Inc. Publisher.
Johnson , D.W. & Johnson, R.T. (1990). Cooperative Learning And Achievement In S. Sharan
(ed.), Cooperative Learning: Theory And Research, 23-37. New York: Praeger.
53
Johnson, D.W. & Johnson, R.T. (1989) Cooperation And Competition: Theory And Research,
Edina, MN: Interaction Book Company.
Kagan, S. (1992). Cooperative learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative Learning.
Kagan, S. (1994) Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), Pesat Perkembangan Kurikulum.
Koffka, K. (1925). The Growth Of The Mind. Trans. R.M. Ogdon. New York: Harcourt
Lee H. E. (2006), Topical Question Bank: Mathematic (Form 1), Pan Asia Publications
Lee Lai Mong, (2005) Reference Text Series Mathematics Form 1 PMR, Pearson, LONGMAN
National Council Of Teachers Of Mathematics (1989). Curriculum And Evaluation Standards
For School Mathematics. Teston, VA: Author.
Ngean, Ng See (1984). “Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah Di
Malaysia”. Kertas Yang Dibentangkan Dalam Symposium Kebangsaan
Matematik. UKM.
Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Kuala
Lumpur: DBP
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR Dan
KBSM: Kuala Lumpur: DBP
Norshah Saad (2002), Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam. Karisma
Production Sdn. Bhd.
Resnick, L.B. & Ford, W.W (1981). The Psycholody Of Mathematics For Instruction. New
Jersey: Lawrence Erlbaum Ass. Inc. Publisher.
SBEM3403, Measurement And Evaluation In Mathematic (Jan 2004), Modul Faculty Of Science
and Foundation Studies, Open University Malaysia
54
Sebastian Chan (2005), Gerak Kerja Topikal Ekselen: Mathematics (Form 1), Vital Star
Publications.
Siti Rahayah Ariffin (1998). Isu-isu Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Kooperatif Bagi Mata
Muridan Sains Sekolah Bestari. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, di Kelab Rekreasi Universiti (KRU), Universiti
Kebangsaan Malaysia, pada 26 hingga 27 November, 1998.
Slavin, R.E. (1991). Student Team Learning: A Practical Guide To Cooperative Learning.
Washington, D.C.: National Educatin Asociation.
Slavin, R.E. (1992). Cooperative Learning: Theory, Research And Practice. New Jersey: Prentice
Hall.
Slavin, R.E. (1995). Using Student Team Learning(2nd Ed.). Baltimore, MD: John Hopkins
University, Center For Social Orginaization Of Schools.
Soon Siew Lee, (2003): Kesan Pembelajaran Koperatif STAD Terhadap Pencapaian Matematik
Dikalangan Murid Tingkatan Empat, UPM
Sosial EDUH 2025, Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling (Jan 2003), Modul Pusat Pengajian
Pendidikan Sastera Dan Sains, Open University Malaysia.
Souviney (2005), Gerak kerja Topikal Ekselen:Mathematics (Form 1), Vital Star Plublications.
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (2000), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Sains Satu Kerangka Umum, National Council Of Teacher Or Mathematis.
Vygotsky, L.S. (1978) Mind In Society (ed. By M. Cole, V. John-Steiner,S. Scriber and E.
Souberman), Cambridge, MA: Harward University Press.
55
TARIKH TAJUK OBJEKTIF
Pertemuan 1 Suaikenal
Membentuk kumpulan
kawalan dan Eksperimen.
Membincangkan perkataan
yang berkait dengan pecahan
dalam perkataan inggeris
kerana murid memmuridi
Matematik dalam Bahasa
Melayu semasa darjah 6.
Pertemuan 2Ujian Pra
Untuk mendapat rekod
mereka terhadap pencapaian
murid dalam konsep asas
Tajuk Ungkapan Algebra
Tingkatan 1.
Pertemuan 3Mengenalpasti perkataan Bahasa
Inggeris dalam tajuk Ungkapan
Algebra II
Memberi pendedahan
perkataan Bahasa Inggeris
untuk Tajuk Ungkapan
Algebra II.
Pertemuan 4Kepentingan ungkapan algebra Mendedahkan kepentingan
ungkapan algebra dalam
kehidupan.
Mengenalpasti cara
56
Pertemuan 5 Mendarab ungkapan algebra dalam 2
sebutan
mendarab ungkapan algebra
yang penyebutnya 2.
Pertemuan 6Mendarab ungkapan algebra yang
sebutannya lebih dari 2
Mengenalpasti cara
mendarab ungkapan algebra
yang lebih dari 2 sebutan.
TARIKH TAJUK OBJEKTIF
Pertemuan 7 Latihan mendarab ungkapan algebra yang penyebutnya dua atau lebih dari dua.
Menguji tahap pemahaman
murid
Pertemuan 8 Membahagi ungkapan algebra yang 2 sebutan
Mengenal pasti cara
membahagi ungkapan
algebra yang lebih dari 2
sebutan.
Pertemuan 9 Membahagi ungkapan algebra yang lebih dari 2 sebutan
Mengenal pasti cara
membahagi ungkapan
algebra yang lebih dari 2
sebutan.
Pertemuan 10 Latihan pemahaman berkumpulan Menguji tahap pemahaman
murid.
Pertemuan 11 Kuiz Menguji tahap pemahaman
individu.
Pertemuan 12 1. Latihan Berkumpulan
2. Pengumpulan Markah Kuiz
Mendapatkan markah
kumpulan yang tertinggi.
57
3. Temu bual
58
Recommended