8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
1/30
PENGENALAN
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antaraindividu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga, kita tidak hanya berlawansecara terus dengan individu atau kumpulan tetapi juga cuba berlawan dengancatatan masa dan keupayaan sendiri untuk menjadi pemenang. Olahraga jugaterdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat danmembaling. Oleh itu, sukan olahraga merupakan asas penting kepada individudalam menguasi semua jenis kemahiran sukan dan permainan.
SEJARAHOlahraga merupakan sukan tertua di dunia. Adalah dipercayai bahawa sukanolahraga bermula di Greece Kuno 1000 tahun Sebelum Masihi. Ini bererti,olahraga sudah diiktiraf menjadi satu sukan 3000 tahun yang lampau. Namunpada peringkat awal, olahraga merupakan satu bidang seni dan bukannya satu
bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 S.M. di Greeceyang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia.Pada tahun 1896, apabila Sukan Olimpik moden diperkenalkan di Greece,
1.1
TTooppiikk
11 Sukan
Olahraga
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan sejarah olahraga;
2. Mengkategorikan sukan olahraga; dan
3. Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandinganolahraga.
HASIL PEMBELAJARAN
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
2/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA2
olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukansahaja terkenal dan menjadi sukan wajib dalam temasya Sukan Olimpik, malahdalam beberapa kejohanan sukan serantau seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan
lain-lain sukan lagi.
Rajah 1.1: Gambaran atlet yang bersaing dalam Sukan Olimpik purba
(a) Sejarah Acara Larian
Acara larian merupakan acara yang terawal dalam olahraga. Malahandalam pesta Olimpik kuno, semua acara yang dipertandingkan adalahdalam bentuk acara larian (lihat Rajah 1.1). Adalah dipercayai acara stademerupakan acara larian yang paling awal dipertandingkan. Stademelibatkan acara larian pada jarak 192 meter (jarak panjang stadium ketikaitu). Acara dialos dan dolichos juga merupakan antara dua acara terawalyang dipertandingkan. Dialos merupakan larian ulang alik berjarak 384meter (192 meter x 2) manakala Dolichos merupakan acara jarak jauh 5000
meter.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
3/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 3
Rajah 1.2: Acara balapan merupakan acara tertua dalam olahraga
Sebelum tahun 1880an, tiada cara pengukuran masa pertandingan yangstandard. Ketika itu juga, gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.Dalam tahun 1880-an, gaya permulaan dikaji oleh jurulatih dan pakar sainssukan. Pada tahun 1884, gaya dekam telah mula diperkenalkan di Scotland.Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat.
Contohnya gaya ini dikenali sebagai gaya permulaan kangaroo, diAustralia (lihat Rajah 1.2).
(b) Sejarah Acara Lompat TinggiAcara lompat tinggi mula dipertandingkan pada abad ke-19 dan mulaterkenal pada abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlet lompat tinggimenggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting. Ini disebabkan dalamsemasa itu, atlet melompat dan mendarat di permukaan tanah rumput.Seterusnya pada awal abad ke-20, pasir dilonggokan di tempat mendaratuntuk mengurangkan kecederaan kepada peserta yang mengambil
bahagian (lihat Rajah 1.3).
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
4/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA4
Rajah 1.3: Atlet lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting danmendarat di tanah atau rumput dalam abad ke-19
Dengan menggunakan pasir longgok, lompatan gaya gunting mulaterkenal dalam kalangan atlet. Bilangan kes kecederaan bagi atlet lompattinggi dengan menggunakan pasir longgok sebagai tempat mendarat masihtinggi pada waktu itu. Tilam atau getah mula digunakan sebagai tempatmendarat dalam tahun 1930an. Apabila penggunaan tilam dan getah
diperkenalkan sebagai alatan mendarat, teknik lompatan gaya timur mulaterkenal dalam kalangan atlet lompat tinggi. Secara teknikalnya gaya iniagak sukar dilakukan oleh atlet pada waktu itu.
Pada sekitar tahun 1940an, teknik gaya guling mula diperkenalkan dandiminati dalam acara lompat tinggi. Sementara awal tahun 1950an, gayaguling barat mula mendapat perhatian dalam acara lompat tinggi. Padapertengahan tahun 1950an hingga temasya Sukan Olimpik 1968, gayapelana mula mendominasi acara lompat tinggi. Pada Sukan Olimpik 1968,Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan gaya baru iaituteknik Fosbury Flop.
(c) Sejarah Lompatan
Sejarah acara lompat jauh berasal dari pertandingan berbentuk lompat jauh
berdiri. Sukan lompat jauh berdiri merupakan sukan yang terkenal padazaman purba di Greece. Dalam acara lompat jauh berdiri, pesertadikehendaki memegang beban yang dikenali halteres pada kedua-duatangan ketika melompat (lihat Rajah 1.4). Berat beban tersebut adalahantara 1 hingga 4.5 kilogram. Pada tahun 1854, Howard telah berjayamelakukan lompatan sejauh 9.02 meter tanpa menggunakan beban dengan
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
5/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 5
larian dan beliau hanya melompat sejauh 2.40 meter dalam acara lompatjauh berdiri. Peristiwa ini telah mencetuskan idea untuk mengadakanpertandingan lompat jauh.
Rajah 1.4: Lompat jauh bermula dengan gaya lompat berdiri
ACARA OLAHRAGA
Sukan olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas terdiri daripadakawasan trek (gelanggang trek), gelanggang padang dan jalan raya. Secaraamnya, acara olahraga boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu acara:
(a) Trek;
(b) Padang;
(c) Lain; dan
(d) Selingan.
(a) Acara TrekAcara trek juga biasanya dikenali sebagai acara balapan atau acara lumbalari (lihat Rajah 1.5). Acara trek ini menguji kepantasan, ketahanan, masa
reaksi dan kekuatan seseorang atlet. Acara trek boleh dilaksanakan di atastrek 200, 300 atau 400 meter. Acara balapan ini selalu menjadi tumpuan danmenarik dari segi prestasinya (lihat Rajah 1.6). Acara trek terbahagi kepadaenam bahagian (rujuk Jadual 1.1).
1.2
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
6/30
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
7/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 7
Rajah 1.6: Acara trek sentiasa mendapat perhatian penonton
(b) Acara PadangAcara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan daya tahan otot.Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acarapadang. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan
balingan (rujuk Jadual 1.2).
Jadual 1.2: Jenis Acara Padang yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Bil Jenis Acara Acara
1. Lompatan Lompat Jauh
Lompat Kijang
Lompat Tinggi
Lompat Bergalah
2. Balingan Melempar Lembing
Melempar Cakera
Lontar Peluru
Baling Tukul Besi
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
8/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA8
(c) Acara LainSelain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acaralain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya adalah
seperti berikut:
(i) DecathlonDecathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja. Decathlonmerupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek danpadang (lihat Rajah 1.7). Pencapaian peserta dalam setiap acara yangdipertandingkan akan diberi mata dan peserta yang mengumpulmata tertinggi dianggap sebagai pemenang. Acara decathlon mengujikelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukananyang tinggi. Stamina atau daya tahan kardiovaskular peserta akan
teruji dalam jangka masa dua hari pertandingan.
Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke-19, pada peringkatawal terdapat sepuluh acara dipertandingkan bagi acara decathlondan dipertandingkan dalam masa satu hari. Pada tahun 1912,decathlon mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik moden diStockholm. Pada kejohanan itu, sepuluh acara decathlon dijalankandalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalamsetiap temasya Sukan Olimpik tetapi dijalankan dalam masa dua hari(rujuk Jadual 1.3).
Rajah 1.7: Acara decathlon
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
9/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 9
Jadual 1.3
: Jenis Acara Decathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Decathlon (10 Acara) Lelaki Hari 1 100 meterLompat Jauh
Melontar Peluru
Lompat Tinggi
400 meter
Hari 2 110 meter LariBerpagar
Lempar Cakera
Lompat Bergalah
Rejam Lembing
1500 meter
(ii) HeptathlonAcara ini baru diperkenalkan pada tahun 1981 bagi menggantikanacara pentathlon. Heptathlon merupakan acara yang dikhaskanuntuk atlet perempuan sahaja. Oleh itu, heptathlon mempunyaigabungan kurang acara berbanding dengan decathlon. Acara
heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang terdiri daripadaacara trek dan padang.
Seperti decathlon, kesemua acara heptathlon perlu dihabiskan dalammasa dua hari (rujuk Jadual 1.4). Pencapaian peserta dalam setiaptujuh acara yang dipertandingkan akan diberi mata dan peserta yangmengumpul mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. Seperti
juga decathlon, acara heptathlon menguji kelajuan, kekuatan,kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggipesertanya di samping menguji kemampuan sistem kardiovaskular.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
10/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA10
Jadual 1.4
: Jenis Acara Heptathlon yang Dipertandingkandalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Heptathlon (Tujuh Acara)Perempuan
Hari 1 100 meter lari berpagar
Lompat Tinggi
Melontar Peluru
200 meter
Hari 2 Lompat Jauh
Rejam Lembing
800 meter
(iii) Pentathlon
Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yangdipertandingkan dalam masa satu hari (rujuk Jadual 1.5). Pengiraanmata sama seperti decathlon dan heptathlon. Pada peringkat awalsebelum acara heptathlon diperkenalkan acara pentathlon dikhaskankepada kaum wanita senior. Acara ini mula diperkenalkan semasaSukan Olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981, heptathlondiperkenalkan dalam Sukan Olimpik menggantikan pentathlon.
Kini pentathlon menjadi acara yang dipertandingkan bagi peringkatwanita junior atau lelaki junior. Sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memasukkan acara pentathlon bagikategori wanita kelas satu.
Jadual 1.5: Jenis Acara Pentathlon yang Dipertandingkandalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Pentathlon (Lima Acara) Wanita Hari 1 Lompat Jauh
Rejam Lembing
200 meter
Lempar Cakera
1500 meter
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
11/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 11
(iv) MarathonMarathon merupakan acara sukan yang telah dianjurkan sejak SukanOlimpik kuno lagi. Dalam kejohanan Sukan Olimpik, Sukan Asia dan
sukan yang setaraf dengannya acara marathon menjadi acara tetapyang dipertandingkan (lihat Rajah 1.8). Marathon merupakan acaralarian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkanolahraga. Acara ini dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebihkurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer (rujuk Jadual 1.6).
Rajah 1.8: Marathon memerlukan sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental
Oleh kerana jaraknya yang terlalu jauh, acara marathon tidakdipertandingkan di peringkat sekolah. Sekiranya marathondipertandingkan pada jarak yang dekat, pertandingan ini tidak bolehdipanggil marathon. Di sekolah biasanya acara merentas desa yangmengambil alih acara marathon. Acara merentas desa jugamenggunakan jalan raya sebagai trek tetapi jarak lariannya agakpendek.
Jadual 1.6: Jarak Acara Marathon yang Dipertandingkandalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Marathon 42.195 km
(iv) Merentas DesaSesuai dengan namanya merentas desa, acara ini menggunakan
jalan raya (laluan desa) sebagai trek perlumbaan. Jarak trekpertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihakpengelola bergantung pada umur peserta pertandingan (rujuk Jadual
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
12/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA12
1.7). Jarak yang biasanya dipertandingkan ialah antara 2 hingga 14.5km. Acara merentas desa boleh dipertandingkan dalam bentukindividu atau pasukan. Di sekolah biasanya, kedua-dua pertandingan
dalam bentuk individu dan pasukan dipertandingan serentak. Selaindaripada mendapat kemenangan individu, peserta juga akanmenyumbangkan mata kepada pasukan yang diwakili.
Jadual 1.7: Jarak Acara Merentas Desa yang dipertandingkandalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Merentas Desa Jarak bergantung kepada pengelola peserta
(v) Lumba Jalan KakiLumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas. Acara inidipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. Aspek penting untuk
berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapanmelangkah (lihat Rajah 1.9). Aktiviti kelenturan serta gerakan badanserta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkat kelajuanpeserta lumba jalan kaki. Terdapat tiga jarak acara lumba jalan kakiyang dipertandingkan dalam kejohanan olahraga (rujuk Jadual 1.8).
Rajah 1.9
: Lumba jalan kaki memerlukan kemahiran jaraklangkah dan kekerapan melangkah
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
13/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 13
Jadual 1.8
: Jarak Acara Lumba Jalan Kaki yang Dipertandingkan dalam
Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Lumba Jalan Kaki 5km (Perempuan)
10km (Lelaki/Permpuan)
20km (Lelaki)
(d) Acara SelinganSelain daripada acara di atas, terdapat acara-acara selingan yangdipertandingkan dalam kejohanan olahraga. Acara tarik tali merupakanacara selingan yang selalu dipertandingkan di peringkat sekolah (lihatRajah 1.10).
Rajah 1.10: Acara tarik tali sering menjadi acara selingandalam kejohanan olahraga
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM
Kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) adalahsalah satu kejohanan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Iadiadakan setiap tahun dan setiap negeri berpeluang menghantar kontijen merekauntuk menyertai kejohanan ini (lihat Rajah 1.11). Dalam kejohanan olahragaMajlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. Acarayang berlainan dipertandingan, bersesuaian dengan umur dan psikomotorpelajar yang berada dalam kelas tersebut. Jadual 1.9 memperlihatkan acara yangdipertandingkan dalam kejohanan MSSM mengikut kelas.
1.3
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
14/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA14
Rajah 1.11: Kejohanan Balapan dan Padang (MSSM) 20
Jadual 1.9: Acara yang Dipertandingkan dalam Kejohanan MSSM
Kelas
Acara
Lelaki Wanita
Kelas 1 20 tahun
Kelas 2 16 tahun
Kelas 312 tahun
Kelas 1 20 tahun
Kelas 2 16 tahun
Kelas 3 12 tahun
100 m
200 m
400 m
800 m
1500 m
2000 m(Berhalang)
3000 m(Berhalang)
3000 m Terbuka
5000 m Terbuka
3km jalan kaki 5km jalan kaki
80 m LBerpagar
100 m LBerpagar
110 m LBerpagar
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
15/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 15
400 m LBerpagar
4 100 m
4 200 m
4 400 m
L. Tinggi
L. Jauh
L. Kijang
L. Bergalah
L. Peluru
L. Cakera
M. Lembing
Heptathlon
Pentathlon
1. Apakah acara tertua sekali dalam sukan olahraga?
2. Berikan ciri acara yang terlibat dalam acara trek.
3. Nyatakan acara-acara yang terlibat dalam acara decathlon.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan acara heptathlon?
5. Berapa hari yang diperlukan untuk kita menamatkan acarapentathlon?
6. Nyatakan jarak larian yang perlu dilalui oleh peserta marathon.
7. Nyatakan ciri-ciri acara merentas desa yang selalu dilakukan disekolah.
SEMAK KENDIRI 1.1
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
16/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA16
ALATAN
Terdapat pelbagai jenis alatan yang akan digunakan sepanjang sukan olahraga
dijalankan. Setiap alatan mempunyai fungsi yang tersendiri dan ia bersesuaiandengan acara yang akan dilakukan oleh para peserta olahraga. Alatan-alatan initermasuklah:
(a) PakaianPakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalamkejohanan olahraga. Sebagai guru kita mestilah memberi nasihat danpanduan terhadap etika berpakaian. Pakaian yang dipakai perlulah
bersesuaian dengan pertandingan dan tidak membelakangkan budayasetempat atau kawasan. Pakaian yang dipakai tidak terlalu nipis serta
menampakkan badan apabila basah. Pakaian yang dipakai seharusnyatidak mengganggu keputusan hakim.
(b) KasutSeorang atlet olahraga tidak diwajibkan berkasut dan boleh berkaki ayamatau memakai kasut pada mana-mana kaki. Walaupun begitu, demimengelakkan kecederaan adalah dinasihat supaya atlet memakai kasutsemasa acara berlangsung. Namun jika seorang atlet ingin memakai kasut
berpaku dia perlu menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjangpaku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaansintetik, panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9mm.Walau bagaimanapun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing,panjang paku yang dibenarkankan tidak melebihi 12mm. Pada trek bukansintetik pula panjang paku yang digunakan boleh lebih daripada 12mmiaitu sehingga 25mm. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi4mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu (lihat Rajah 1.12).
1.4
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
17/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 17
(i) Lari Pecut
(ii) Lari Jarak Jauh
(iii) Marathon
(iv) Lompat Tinggi
(v) Lompat Kijang danLompat Bergalah
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
18/30
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
19/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 19
Rajah 1.13: Nombor perlu dipakai oleh atlet bagi memudahkan hakim
(d) PeralatanBagi acara balapan peralatan yang digunakan ialah:
(i) Set bendera merah dan putih
Rajah 1.14: Set bendera merah dan putih
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
20/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA20
(ii) Blok permulaan bagi acara 100, 200 dan 400 meter
Rajah 1.15: Blok permulaan digunakan bagi acara 100, 200 dan 400 meter
(iii) Pistol
Rajah 1.16: Pelepas menggunakan pistol untuk permulaan larian
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
21/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 21
(iv) Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas
Rajah 1.17:Penutup telinga
(v) Pagar yang mengikut spesifikasi
Rajah 1.18: Pagar yang digunakan dalam acara lompat pagar haruslahmengikut spesifikasi
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
22/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA22
(vi) Baton untuk larian berganti-ganti
Rajah 1.19: Lari berganti-ganti perlu menggunakan baton
(vii) Alat penyukat angin
Rajah 1.20: Alat penyukat angin
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
23/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 23
(viii) Jam untuk menyukat masa
Rajah 1.21:Jam untuk menyukat masa
(e) Alatan Acara PadangTerdapat beberapa alatan khas yang digunakan dalam acara olahraga(rujuk Jadual 1.10).
Jadual 1.10: Alatan Khas yang Digunakan dalam Kejohanan Olahraga
Acara Alatan
LompatTinggi
Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan bendera (lihatRajah 1.25)
Lompat Jauh Gelanggang lompat jauh, pita pengukur dan bendera
LompatKijang
Gelanggang lompat kijang, pita pengukur dan bendera
LompatBergalah
Tiang, galah dan palang lompat galah, tilam, pita pengukur dan bendera
Lontar
Peluru
Peluru, pita pengukur dan bendera
Rajah 1.22:Peluru
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
24/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA24
LontarCakera
Cakera, pita pengukur dan bendera
Rajah 1.23:Cakera
MerejamLembing
Lembing, pita pengukur dan bendera
Rajah 1.24:Lembing
Rajah 1.25:
Tilam, tiang dan palang lompat tinggi adalah antara alatan yang diperlukandalam acara lompat tinggi
(f) Stadium OlahragaPeraturan 137, menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta
boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh dijadikan gelanggangatau digunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawahkelolaan dan pengawasan KOM dan IAAF peraturan 12.1(a) permukaantrek yang digunakan perlu mendapat kelulusan mengikut piawaian yangtelah ditetapkan oleh KOM dan IAAF.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
25/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 25
(g) Trek dan LorongUkuran piawai gelanggang trek ialah 400 meter, lebar trek yang digunakanharus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu enam lorong (lihat Rajah 1.27).
Di sebelah dalam trek perlulah di letakkan bendul simen (lihat Rajah 1.26).Sementara bagi trek rumput penganjur boleh menggunakan bendera yangdicondongkan ke sebelah dalam pada sudut 60 . Bendera ini perlu disusunpada setiap 5 meter. Lebar setiap lorong adalah antara 1.22 dan 1.25 meterdan ditandakan dengan garis 5sm.
Rajah 1.26: Di sebelah dalam trek perlulah diletakkan bendul simen
Rajah 1.27: Trek 400 meter pertandingan perlu mengikuti spesifikasi IAAF
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
26/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA26
KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR
Dalam kejohanan olahraga terdapat kategori umur mengikut lelaki dan wanita,
yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Antarakategorinya ialah kategori junior, senior dan veteran (rujuk Jadual 1.11 dan 1.12).
Jadual 1.11: Kategori Lelaki
Kategori Kumpulan Umur
Junior Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahunpertandingan
Senior Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31Disember dalam tahun pertandingan
Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan
Jadual 1.12: Kategori Perempuan
Kategori Kumpulan Umur
Junior Di bawah 20 tahun atau hingga usia 20 tahun pada 31 Disemberdalam tahun pertandingan
Senior Di atas 20 tahun hingga usia 40 tahun pada 31 Disember dalamtahun pertandingan
Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan
1.5
SEMAK KENDIRI 1.2
1. Nyatakan ciri-ciri kasut berpaku yang dibenarkan mengikutperaturan KOM.
2. Nyatakan alat yang diperlukan dalam mengendalikan acara lompattinggi.
3. Nombor perlu dipakai oleh atlet untuk memudahkan pengurusanolahraga. Nyatakan di bahagian mana perlu diletakkan nombortersebut.
4. Nyatakan ciri trek dan lorong piawaian yang telah ditetapkanmengikut peraturan KOM.
5. Nyatakan ciri kategori peserta lelaki yang ditetapkan oleh KOM.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
27/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 27
Olahraga merupakan sukan tertua di dunia.
Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik moden diperkenalkan di Greece,olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang.
Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malah,dalam pesta Olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah acaralarian.
Sebelum tahun 1880-an, tiada cara pengukuran masa pertandingan yangstandard. Ketika itu gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.
Dalam tahun 1880-an, berbagai kajian tentang gaya permulaan dibuat olehjurulatih dan pakar sains sukan.
Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnyagaya ini dikenali di Australia sebagai gaya permulaan kangaroo.
Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke-19 dan mulaterkenal pada abad ke-20.
Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalambentuk lompat jauh berdiri.
Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelanggang olahragameliputi kawasan trek, gelanggang padang dan jalan raya.
Acara trek juga biasanya dikenali sebagai acara balapan atau acara lumbalari. Acara trek ini menguji kepantasan, ketahanan dan kekuatan seseorangatlet.
Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot.
Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acarapadang.
Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja, decathlonmerupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya Sukan Olimpikdan dijalankan dalam masa dua hari.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
28/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA28
Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan diberimata dan peserta yang mengumpul mata tertinggi dianggap sebagaipemenang.
Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang terdiri daripada acaratrek dan padang. Kesemua acara heptathlon perlu dihabiskan dalam masadua hari.
Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yangdipertandingkan dalam masa satu hari. Pengiraan mata sama sepertidecathlon dan heptathlon.
Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),pentathlon dipertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.
Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauhdalam pertandingan olahraga. Marathon dipertandingkan di jalan rayadengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.
Biasanya acara merentas desa di sekolah menggantikan acara marathon.Acara merentas desa juga menggunakan jalan raya sebagai trek tetapi jaraklariannya agak pendek.
Dalam kejohanan olahraga MSSM terdapat beberapa kelas.
Seorang atlet olahraga tidak diwajibkan berkasut dan boleh berkaki ayam.
Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjangpaku bergantung pada permukaan trek dan acara yang diambil.
Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga, setiap atletdiwajibkan memakai nombor di dada dan di belakang.
Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata sertaboleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh dijadikan gelanggang ataudigunakan untuk kejohanan olahraga.
Standard trek bagi acara trek ialah 400 meter, lebar trek yang digunakanharus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu enam lorong.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
29/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 29
Acara lumba lari
Acara merentas desa
Acara tarik tali
Acara trek
Acara utama
Acara wajib
Baton
Blok permulaan
Decathlon
Gaya guling barat
Gaya gunting
Gaya permulaan
Gaya timur
Gelanggang balapan
Gelanggang padang
Heptathlon
Interational Association of AthleticsFedarations (IAAF)
Jantung
Junior
Kecergasan otot
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
Lompat jauh berdiri
Lumba jalan kaki
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM)
Marathon
Masa pertandingan yang standardMinda
Otot-otot
Paru-paru
Pentathlon
Saraf tunjang
Satu bidang seni
SeniorSukan tertua di dunia
Tapak kasut berpaku
Veteran
Bennet, D. (1992). Sports facts: Athletic sports. London: Franklin Watts.
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa, IA:Walliam C. Brown.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohananolahraga 3.
8/12/2019 Topik 1 Sukan Olahraga
30/30
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA30
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.
Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga.Shah Alam: PenerbitanFajar Bakti.
Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dankejurulatihan. Karisma.