KURSUS TMK TAHUN 5 2014
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 4.0 PENGENALAN KEPADA INTERNETA. ObjektifPada akhir sesi ini,
peserta dapat:
1. Menyatakan
maksud
internet dan
menyenaraik
an
perkhidmatan
internet yang
diketahui
2. Menyenaraik
an laman
web
mengikut
kategori yang
betul melalui
carian yang
dibuat
3. Mencari
Laman web
yang spesifik
dengan satu
cubaan dan
menyebarkan
laman web
yang spesifik
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
kepada rakan
melalui e-
4. Membuat
perbandingan
antara 2 jenis
laman web
dan membuat
pembentanga
n
B. Kandungan Pengajaran
4.1 Maksud
Internet
4.2
Perkhidmatan
Internet
4.3 Pengelasan
Laman Web
4.4 Penerangan
URL
4.5 Perbezaan
web 1.0, web 2.0
dan web 3.0
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4.1 Maksud InternetInternet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan
berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan organisasi termasuk agensi kerajaan,
swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet.
4.2 Perkhidmatan Internet
Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi,
pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian,
organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video,
emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain.
Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna
dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal
perkhidmatan Internet merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai
wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang
menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring,
Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes.
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4.3 Pengkelasan Laman WebPada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks
sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi.
Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari
pada pelbagai jenis dan kategori. Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
https://www.google.com.my/#q=entertainment+sites
http://www.upsi.edu.my/en
http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms
Perbezaan HTTP dengan HTTPS
Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada
laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit.
Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital
Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan HTTPS.
Biasanya HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat
sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web
e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting. SSL
Digital Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan pada
laman e-dagang.
Sekiranya laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat
tersebut bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak jangan masukkan demi keselamatan
anda.
4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 Dan Web 3.0 (Semantic Website)
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 Web 1.0
Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru
di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada
dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara
umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit
interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai
mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu
anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.
2 Web 2.0
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004
sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang
lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi informasi secara
dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing,
spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel. Pada era Web 2.0, anda
boleh membuka internet browser dan mencari informasi, anda dapat berkongsi
maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet yang lain.
Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini
ensiklopedia.com menyajikan semua informasi yang anda perlukan. Namun kini,
wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang
lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka
pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.
3 Web 3.0
Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah
perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0. Konsep
Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience.
Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-
2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic Web. Semantic Web
adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era
Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang
dapat berfikir. Namun melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan”
informasi yang sedang dicari. Contohnya, apabila anda mencari perkataan “kuda”,
anda akan memperoleh semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk
mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.
Web 1.0 Tertutup, individual publishing, komunikasi sehala, penglibatan pasif
membaca sahaja laman web persendirian.
Web 2.0Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2 hala, penglibatan
yang aktif, pengguna – menjana kandungan dan blogging, print and
digital – unfiltered “The social web”.
Web 3.0 Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif “The intelligent Web” digital,
dynamic – filtered.
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Web 1.0Merupakan teknologi web yang
pertama kali digunakan dan
merupakan sebuah bentuk
revolusi terbaru di dunia internet.
Tujuan pengembangan daripada
web ini adalah untuk kemudahan
dalam pengaksesan informasi.
Web 1.0 bersifat statis dan
halaman webnya hanya dapat
menampilkan sahaja, halaman
web benar-benar direka sebagai
HTML yang asli, dan
komunikasinya biasanya hanya
satu arah.
Web 2.0Merupakan web yang muncul
setelah keberadaan Web 1.0.
Web 2.0 ini bersifat Read-
Write dan Web 2.0 memiliki
kemampuan melakukan
aktivita drag and drop, auto
complete, chat, voice yang
dapat dilakukan seperti
aplikasi desktop. Web 2.0
pertama kali disebutkan oleh
O'Reilly Media pada tahun
2003, dan tahun 2004
dilancarkan dalam
persidangan Web 2.0 pertama.
Oleh kerana bersifat platform,
aplikasi-aplikasi pada Web 2.0
tidak lagi terbatas kepada
sistem operasi seperti pada
Windows. Kelebihan lain dari
aplikasi Web 2.0 ialah
menggunakan teknik-teknik
penprograman yang “ringan”
seperti AJAX dan RSS,
maksudnya Ajax atau
Asynchronous JAVA Script
dan XLM itu bekerja dengan
mengirimkan permintaan data
dari user ke server dan hasil
dari permintaan data tidak
dikemukakan sebagai
halaman HTML yang penuh,
tetapi hanya sebagian kecil
halaman. Dalam Web 2.0 ada
menggunakan Web Service
dan REST sebagai teknologi
asas.
Web 3.0Ini merupakan web generasi
ketiga setelah Web 1.0 dan
Web 2.0. Dalam
pengembangannya, Web 3.0
membuat tampilan seolah-olah
seperti nyata atau hidup. Dalam
hal search engine, web 3.0
tidak hanya dapat menemukan
keywords yang akan user cari,
tetapi dapat juga
menginterpretasi konteks dari
pemintaan yang pengguna
lakukan. Ia akan mencarikan
hasil yang lebih sesuai dan
mencadangkan kandungan
yang berkaitan. Saat ini Web
3.0 mulai dikembangkan di
beberapa perusahaan dunia,
seperti Secondlife dan Google
Co-Ops.Ciri - ciri Web 3.0: Tran
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET